Anda di halaman 1dari 38

030427-02-0092

1.0 Pengenalan

Tujuan kajian ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kerja krusus Pengajian
Perniagaan Kertas 4 (946/4). Kajian ini untuk mengkaji sebuah organisasi yang meliputi
aspek-aspek iaitu strategi kemasukan organisasi ke perniagaan antarabangsa, cabaran-
cabaran perniagaan yang dihadapi oleh organisasi, lini produk organisasi dan kitaran
hayat bagi salah satu produk organisasi tersebut.

Pengkaji memilih Ford Motor Company bagi menjalankan kajian yang meliputi
aspek-aspek tersebut. Syarikat yang dipilih adalah sebuah syarikat multinasional.
Syarikat ini beroperasi dalam sektor perkilangan bagi industri kenderaan. Pengkaji
menjalankan kajian ke atas strategi kemasukan Ford ke pasaran China.
1.1

1
030427-02-0092

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama kajian bagi FORD MOTOR
COMPANY seperti berikut:
1. Mengkaji strategi kemasukan FORD ke negara CHINA.
2. Menjelaskan cabaran perniagaan yang dihadapi oleh FORD di China dari aspek:
a) Struktur organisasi
b) Kawalan pengurusan
c) Politik dan perundangan
d) Ekonomi
e) Sosiobudaya
3. Menjelaskan lini produk FORD dari aspek:
a) Kelebaran produk
b) Kedalaman produk
4. Mengenalpasti kitaran hayat FORD EDGE Syarikat Ford.

2
030427-02-0092

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Perniagaan antarabangsa ialah perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai
pihak antara sesebuah negara dengan negara lain. Perniagaan dijalankan melangkaui
sempadan geografi dan politik sesebuah negara untuk mencapai objektif individu atau
organisasi. (Jamaludin Bin Mohd Noh). Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji strategi
kemasukan Ford ke negara China. Seterusnya, menjelaskan cabaran perniagaan yang
dihadapi oleh Ford di China dan juga lini produk Ford. Akhir sekali, mengkaji kitaran
hayat produk Ford EDGE.

Objektif kajian pertama adalah untuk mengkaji strategi kemasukan Ford ke China.
Strategi kemasukan organisasi ke perniagaan antarabangsa meliputi strategi import,
eksport, kontrak pengeluaran, pelesenan, francais, usaha sama, subsidiari dan operasi
serah kunci. Pengkaji akan mengenalpasti strategi Ford masuk ke dalam pasaran
antarabangsa.

Objektif kajian yang seterusnya ialah megenalpasti cabaran perniagaan yang


dihadapi oleh Ford di pasaran China. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh organisasi di
pasaran antarabangsa adalah dari aspek struktur organisasi, kawalan pengurusan, politik
dan perundangan, ekonomi, dan sosiobudaya.

Objektif ketiga ialah mengkaji tentang lini produk bagi syarikat Ford yang
merangkumi aspek-aspek kelebaran produk dan kedalaman produk Ford. Lini produk
merupakan sebarisan produk yang lebih kurang sama jenis atau yang berkaitan antara
satu sama lain yang dijual oleh sesebuah perniagaan. Setiap satu lini atau barisan
produk mempunyai ciri-ciri, pengguna dan kegunaan yang sama. Item produk
tersebut mungkin menggunakan teknologi, pengedaran, harga dan promosi yang
sama (https://www.scribd.com/document/495282729/LINI-PRODUK ).

Akhir sekali, pengkaji juga akan menjelaskan tentang kitaran hayat Ford Edge iaitu
salah satu produk syarikat Ford. Kitaran hayat dibahagikan kepada empat tahap iaitu

3
030427-02-0092

peringkat pengenalan, peringkat pertumbuhan, peringkat kematangan dan peringkat


kemerosotan. Kitaran hayat produk adalah kitaran teori pemasaran atau penggantian
strategi yang dialami oleh setiap produk yang bermula dengan pengenalan produk,
kadang kala dirujuk sebagai penyelidikan dan pembangunan, diikuti dengan pertumbuhan
jualannya, kemudian kematangan dan akhirnya tepu dan penurunan pasaran
(https://ms.theastrologypage.com/product-life-cycle).

Sebelum syarikat itu menjadi Ford Motor Company, ia ditubuhkan sebagai Detroit
Automobile Company pada tahun 1889. Ford Motor Company ditubuhkan pada tahun
1903 oleh Henry Ford. Sepanjang sejarahnya, Ford dipimpin oleh ahli keluarga Ford dan
menjadikan perniagaan keluarga yang terbesar di Amerika Syarikat. Ketika syarikat itu
ditubuhkan pada tahun 1903, hanya ada 12 pelabur dengan jumlah 1,000 saham. Henry
Ford menjadikan anaknya Edsel Ford sebagai presiden syarikat itu, sementara dia
mengambil jawatan naib presiden. Pada tahun 1904, Ford membuat pengembangan
antarabangsa pertama dan mencipta Ford Kanada. Menjelang tahun 1911, syarikat ini
mula berkembang di luar negara. Sekitar masa ini, Ford juga terkenal dengan membuat
barisan pemasangan bergerak pertama yang mengubah industri pembuatan (
https://ms.ciwanekurd.net/6397-ford-motor-company-incorporated.html ).

Ford bekerjasama dengan Republik China pada June,1978. Pada masa itu Henry
Ford I dan pengawasnya berjumpa dengan Deng XiaoPing di China. Inilah kali pertama
kereta Amerika Syarikat bermula operasi di China. Lama-kelamaan, kerjasama China
dengan Ford telah stabil dan pada tahun 1995 Syarikat Ford Motor Company, China, Ltd
ditubuhkan(https://baike.baidu.com/item/%E7%A6%8F%E7%89%B9%E6%B1%BD
%E8%BD%A6%EF%BC%88%E4%B8%AD%E5%9B%BD%EF%BC%89%E6%9C
%89%E9%99%90%E5%85%AC%E5%8F%B8/2450546#reference-[2]-9304777-wrap).

4
030427-02-0092

4.0 KAEDAH KAJIAN


Kaedah kajian dijalankan bertujuan menghubungkaitkan objektif kajian dengan
hasil kajian. Bahagian ini menerangkan kaedah kajian yang telah digunakan oleh
pengkaji dalam melaksanakan kajian ini dengan sempurna. Antara kaedah kajian
yang dijalankan pengkaji adalah dengan menggunakan dua sumber data iaitu data
primer dan data sekunder.

4.1 DATA PRIMER


Menurut Umi Narimawati (2008), data primer merujuk kepada sumber data yang
diperoleh secara langsung daripada sumber asli atau pihak pertama. Data primer
secara khusus dikumpulkan oleh pengkaji untuk menjawab pertanyaan riset dan
penelitian. Manfaat utama dari data primer adalah bahawa unsur-unsur kebohongan
tertutup terhadap sumber fenomena. Antara contoh kaedah data primer ialah soal
selidik, temu bual, kajian lapangan dan pemerhatian. Pengkaji tidak menggunakan
kaedah data primer tersebut untuk mendapatkan maklumat kajian.

4.2 DATA SEKUNDER


Umi Narimawati (2008) turut mentakrifkan data sekunder sebagai sumber data
yang diperoleh melalui media pengantaraan seperti buku atau internet. Data sekunder
merupakan sumber data yang diperoleh peneliti secara tidak langsung melalui media
perantara. Data sekunder pada umumnya berupa bukti, catatan atau kajian lepas yang
telah tersusun dalam arkib, samaada yang diterbitkan atau yang tidak diterbitkan.
Contoh data sekunder yang digunakan oleh pengkaji ialah laman sesawang, buku
rujukan dan kaedah perpustakan.

4.2.1 Laman Sesawang


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), laman sesawang atau laman web
bermaksud dokumen berisi maklumat yang boleh dilawat jaringan sejagat
menggunakan sesuatu pelayar sesawang. Pengkaji telah melayari beberapa laman
sesawang yang berkaitan dengan tajuk dan objektif kajian bagi mendapatkan
maklumat yang berkenaan. Laman sesawang ini memudahkan pengkaji mengumpul

5
030427-02-0092

maklumat mengenai strategi kemasukan, cabaran-cabaran perniagaan, lini produk,


dan kitaran hayat bagi Syarikat Honda. Antara laman sesawang yang dilayari ialah:
a) Sejarah dan strategi kemasukan Syarikat Ford
 https://chinacarhistory.com/2021/12/12/henry-ford-i-and-china/
 http://cpc.people.com.cn/n1/2017/0331/c69113-29182161.html
 http://finance.sina.com.cn/s/53064.html
 http://finance.sina.com.cn/s/56274.html
 https://baike.baidu.com/item/%E7%A6%8F
%E7%89%B9%E6%B1%BD%E8%BD%A6%EF%BC
%88%E4%B8%AD%E5%9B%BD%EF%BC%89%E6%9C
%89%E9%99%90%E5%85%AC%E5%8F%B8/2450546#reference-
[2]-9304777-wrap
 https://ms.ciwanekurd.net/6397-ford-motor-company-
incorporated.html
b) Cabaran-cabaran Syarikat Ford
 https://ivypanda.com/essays/ford-motors-company-organizational-
structure-assessment/
 http://m.eeo.com.cn/2019/0824/364328.shtml
 https://www.icauto.com.cn/baike/69/695889.html
 https://www.cnbc.com/2022/07/08/ford-q2-china-sales-were-worst-
since-covid-pandemic-began.html
 https://m.jiemian.com/article/2667558.html
 https://www.theseus.fi/bitstream/handle/10024/155176/
Jiang_Xinyue.pdf?sequence=1
 https://info.mercer.com/rs/521-DEV-513/images/0919-3-chuck-
monastra-ford-china-culture-change-journey.pdf
 https://www.dongchedi.com/article/7167306913439449631
c) Lini produk Syarikat Ford
 https://www.ford.com/
 https://www.carmodelslist.com/ford/

6
030427-02-0092

d) Kitaran hayat Ford Edge


 https://xl.16888.com/b/57534/
 https://news.ifeng.com/a/20160204/47353908_0.shtml
 https://news.emao.com/news/201707/1173047.html
 http://iauto.ifeng.com/news//langfang/jiangjia/2017/1011/83707.shtml
 http://auto.sina.com.cn/zz/sh/2017-09-12/detail-
ifyktzim9773000.shtml
4.2.2 Buku Rujukan
Buku rujukan adalah buku yang disimpan untuk dijadikan bahan atau sumber
informasi yang tidak diperkenankan diguna di luar gedung perpustakaan tersebut.
Buku rujukan juga diguna untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara,
antaranya maklumat tentang makna perkataan, sesuatu kejadian, peristiwa, berita,
fakta, butiran tentang tempat, data dan sebagainya. Antara buku rujukan yang
diguna oleh pengkaji ialah:
a) Shanthi Subramaniam dan Mah Boon Kiet, 2018
b) Jamaludin Bin Mohd Noh, 2019-2020

4.2.3 Rujukan Perpustakaan


Rujukan perpustakaan ini dijalankan dengan cara merujuk kepada buku teks
dan buku rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Sumber rujukan adalah penting untuk melihat hasil dapatan terdahulu dan sebagai
panduan kepada pengkaji semasa menjalankan kajian ini. Pengkaji telah pergi ke
beberapa perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Pengkaji telah membuat
rujukan di perpustakaan tersebut untuk medapatkan maklumat berkaitan tajuk
yang akan dikaji. Semua maklumat yang diperoleh akan digunakan oleh pengkaji
untuk menulis kajian tersebut. Pengkaji telah berkunjung ke perpustakaan
tersebut:
a) Perpustakaan Digital Kedah (28/9/2022, 10.00 a.m. hingga 5 p.m.)
b) Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah (2/10/2022, 10.00 a.m.
hingga 5 p.m.)

7
030427-02-0092

Kesimpulannya, pengkaji hanya menggunakan tiga jenis data sekunder iaitu


laman sesawang, buku rujukan dan rujukan perpustakaan untuk menyiapkan kajian
pengkaji. Pengkaji dapat menjimatkan masa untuk memperoleh maklumat kerana semua
maklumat yang diperlukan dapat diperoleh melalui tiga jenis data sekunder yang
digunakan.

8
030427-02-0092

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini membincangkan tentang hasil kajian yang diperolehi berdasarkan
aspek-aspek yang berikut iaitu strategi kemasukan Ford ke negara China, cabaran
perniagaan yang dihadapi oleh Ford di China, lini produk Ford dan kitaran hayat Ford
Edge Syarikat Ford. Pengkaji mendapat hasil kajian melalui kaedah data sekunder
iaitu laman sesawang.

5.1 Strategi Kemasukan Organisasi ke Perniagaan Antarabangsa

Sejarah Ford di China boleh dikesan pada 1913 iaitu, kereta Ford pertama
Model T diimport ke Shanghai tetapi negara China gagal untuk meneruskan import
masuk kereta Ford ke China kerana harga yang terlalu tinggi. Namun pada tahun
1924, sekali lagi China berusaha untuk membawa masuk kereta Ford ke China Pada
tahun 1924, Presiden China, Sun Yat-sen (Sun Zhongshan) menulis sepucuk surat
kepada Henry Ford I untuk menjemput beliau memulakan usaha sama membina
industri kenderaan kenderaan Ford di China. Namun pada masa itu syarikat Ford
hanya mementingkan untuk mengeksportkan keretanya ke negara lain seperti Rusia,
Jepun, Asia Tenggara dan Eropah ( https://chinacarhistory.com/2021/12/12/henry-
ford-i-and-china/ ).

Pada tahun 1978, Henry Ford II telah meminta perjumpaan dengan Deng
Xiaoping di China. Hal ini kerana Syarikat Ford ingin bekerjasama dengan kilang
kereta China untuk mengeluarkan kereta yang murah dan penduduk tempatan dapat
membeli dan mengguna kereta Syarikat Ford. Pada tahun yang sama, Syarikat Ford
telah membina syarikat di China dan menjadi sebagai syarikat Amerika yang
pertama bekerjasama dengan China (http://cpc.people.com.cn/n1/2017/0331/c69113-
29182161.html ).

Syarikat Ford telah berjaya ditubuhkan secara usaha sama di China pada 25
Oktober 1995 dan diberikan nama Chang An Ford China Co. ltd. di Chong Qing,
China. Kedua-dua pihak telah melabur sebanyak RMB 98,000 ribu dan China telah

9
030427-02-0092

mengeluarkan sebanyak RMB 211,480 ribu dalam bentuk wang tunai. Disebabkan
strategi perniagaan mereka ialah usaha sama, maka kedua-dua pihak masing-masing
mendapat 50% daripada saham syarikat. Tujuan syarikat menjalankan usaha sama
adalah untuk memenuhi keperluan kereta rakyat dengan harga yang lebih sederhana
untuk membeli. Pada tahun yang sama, kilang Ford telah mengeluarkan sebanyak 50
ribu kereta dan kereta pertama yang diperkenalkan di China ialah Ford Transit
(http://finance.sina.com.cn/s/53064.html dan http://finance.sina.com.cn/s/56274.html
).

10
030427-02-0092

5.2 Cabaran-cabaran yang Dihadapi oleh Organisasi


Objektif kajian ini akan membincangkan cabaran perniagaan yang dihadapi oleh
Syarikat Ford di China dari aspek struktur organisasi, kawalan pengurusan, politik
dan perundangan, ekonomi dan sosiobudaya.

5.2.1 Struktur Organisasi


Struktur organisasi adalah suatu susunan komponen-komponen atau unit-
unit Kerja dalam sebuah organisasi. Struktur organisasi menunjukkan bahawa
adanya pembahagian kerja dan bagaimana fungsi atau kegiatan-kegiatan berbeza
yang dikoordinasikan.

Menurut hasil kajian yang diperoleh, didapati bahawa Syarikat Ford


menggunakan struktur organisasi mengikut matirks. Struktur organisasi mengikut
matirks ialah satu gabungan dengan dua atau lebih kerja ke atas struktur yang
berbeza. Dalam struktur ini, penjabatan mengikut fungsi biasanya digabungkan
dengan kumpulan produk berdasarkan projek asal. Jika kumpulan produk
bercadang untuk membangunkan produk baharu, ia akan mendapat tenaga kerja
daripada fungsian jabatan seperti penyelidikan, kejuruteraan, pengeluaran, dan
pemasaran. Penjabatan mengikut matriks Syarikat Ford terdiri daripada Pengerusi
(Bill Ford) dan diikuti Ketua Pengawai (Alan Mulally), kemudian ialah Naib
Pengerusi Eksekutif (Lewis Booth) dan seterusnya ialah Ketua-ketua Pengurus
yang dibahagi kepada VP Pembangunan Produk, VP Pembelian dan VP
Komunikasi (Ford Motorsn 2011, p.4).

Sebagai peraturan dalam organisasi berstruktur matriks, perkongsian


maklumat dalam Syarikat Ford adalah wajib memandangkan sebilangan orang
mungkin diperlukan untuk melaksanakan tugas tertentu. Syarikat ini mengguna
pakai model ketiga pengurusan matriks dan peminjaman yang disokong oleh
Kenneth Knight (Knight 1977, p.142). Sebaliknya, Ketua Jabatan
bertanggungjawab untuk mengekalkan kejayaan teknikal projek. Oleh itu,

11
030427-02-0092

perkongsian maklumat adalah satu aspek penting dalam struktur matrik jika
sinergi ingin direalisasikan.

Struktur organisasi matriks yang diamalkan oleh Syarikat Ford


mempunyai banyak kerumitan yang berpunca daripada peranan yang jelas.
Disebabkan pelh permindahan tenaga kerja yang berterusan, peranan menjadi
tidak jelas kerana orang bawahan tiada pengurus yang jelas di Syarikat Ford.
Arahan yang disampaikan biasanya dalam bentuk formal dan secara relatif
sebagai satu angkah di atas hierarki.

Walau bagaimanapun, pergantungan syarikat pada ciptaan baharu dalam


industri permotoran menjadikan organisasi pengurusan tertinggi menyerahkan
beberapa kuasa kepada pengurus projek untuk membuat keputusan kritikal.
Sebagai firma kejuruteraan, Syarikat Ford serasi dengan struktur organisasi
matriks kerana professional dan pekerja separa mahir dengan kepakaran lain yang
dijalankan (https://ivypanda.com/essays/ford-motors-company-organizational-
structure-assessment/).

5.2.2 Kawalan Pengurusan


Menurut Sabri Haji Hussin (2010), kawalan pengurusan terdapat dua
kaedah kawalan iaitu pendekatan pemusatan serta pendekatan pemencaran.
Pendekatan pemusatan melibatkan segala aktiviti anak syarikat dikawal oleh ibu
penjabat. Pendekatan pemencaran pula berlaku apabila anak syarikat lebih bebas
bertindak dan membuat keputusan berhubung pasaran.

Melalui hasil kajian yang didapati, Syarikat Ford di China merupakan


kawalan pengurusan pendekatan pemencaran atau tidak berpusat. Syarikat Ford
China dapat membuat keputusan dalam perolehan, pembuatan, kewangan,
pentadbiran, dan jualan berkumpulan. Pada tahun 2011 hingga tahun 2015 prestasi
Syarikat Ford di pasaran China telah mengecewakan syarikat utama Ford.
Pengerusi Ford Motor Global Business Joe Hinrichs telah memberitahu media

12
030427-02-0092

bahawa Syarikat Ford telah menghadapi beberapa cabaran dalam persekitaran


pasaran kereta China, tetapi mereka kini mempunyai pasukan pengurusan baharu
di China dan telah dapat melihat banyak peluang.

Joe Hinrichs juga mengakui bahawa berbanding dengan “Rancangan


1515” pada tahun 2011 hingga 2015, strategi pasaran sekarang lebih
bertanggungjawab untuk menghadapi cabaran di pasaran China dan mereka
berusaha untuk mewujudkan reformasi dalam pasaran China. Oleh itu, Syarikat
Ford telah mempercepatkan pembangunan mereka di pasaran China melalui
rancangan kejituan.

Pada tahun 2018, sebahagian besar pencapaian Syarikat Ford China telah
muncul cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Oleh itu, Syarikat Ford
China telah membuat satu pelan iaitu mengurangkan setiap modal anak
syarikatnya dan meningkatkan kecekapan operasi. Pengerusi Syarikat Ford China,
Bao Lin Zhang telah memberitahu media bahawa mereka akan dapat keuntungan
selepas pelan penjimatan dijalankan.

Bukan itu sahaja, Joe Hinrichs telah melancarkan ciptaan produk yang
direka khas untuk China selepas beliau mendapati Syarikat Ford China telah
mempunyai tanda pemulihan yang baik. Ford mempromosikan pembukaan pusat
penggayaan khusus di China untuk mencipta produk yang kompetitif untuk
pasaran China.

Untuk memulihkan pasaran China, Ford telah mempamerkan strategi


“More Ford, More China” pada April tahun 2019. Strategi ini merancangkan
untuk mengeluarakan lebih daripada 30 buah model baharu di pasaran China dan
tempoh tiga tahun. Joe HInrichs telah mengambil bahagian dalam perumusan dan
pelaksanaan pelan 5 tahun pertama Ford di China. Beliau percaya bahawa
keperluan pengguna China adalah unik dan Ford perlu memenuhi asas ini pada
masa hadapan. Oleh itu, Ford telah menaik taraf pasaran China kepada unit

13
030427-02-0092

perniagaan tunggal dan pasaran China dan bebas dari kawalan Amerika Syarikat.
Tuntasnya, Syarikat Ford China mempunyai hak untuk mencipta produk baru
yang sesuai kepada keperluan pengguna China.
(http://m.eeo.com.cn/2019/0824/364328.shtml)

5.2.3 Politik dan Perundangan


Menurut Sabri Haji Hussin, 2010 politik dan perundangan adalah keadaan
politik sesebuah negara yang menentukan kejayaan sesebuah perniagaan
manakala perundangan mempunyai berkaitan yang rapat dengan politik. Syarikat-
syarikat perniagaan antarabangsa perlu menyesuaikan corak pengurusan dengan
sistem ekonomi yang diamalkan di sesebuah negara dan keputusan memasuki
industri dan pasaran selalunya bergantung kepada kestabilan politik.

Menurut Kementerian Perdagangan Republik China, negara China boleh


menyekat atau melarang barangan import untuk menjaga keselamatan negara dan
kepentingan sosial awam. Seterusnya ialah untuk melindungi kesihatan,
keselamatan dan kehidupan manusia. Oleh itu, negara China telah mengehadkan
bilangan import dari luar negara.

Sebelum tahun 1985, tarif import auto China adalah 120% hingga 150%
dan cukai pelarasan import sebanyak 80% atas dasar tarif ini. Disebabkan oleh
pengenalan tariff dan cukai ini, semua harga kereta import telah meningkat
hampir tiga kali ganda daripada harga asal. Kesannya, kereta import hanya dapat
dijadikan sebagai kenderaan rasmi pada masa itu.

Manakala pada tahun 2001, China menyertai WTO. Bagi memenuhi


komitmen WTO, kadar tarif kereta China telah ambil langkah pengiraan anjakan
kereta untuk memberikan tarif kepada kereta import. Perubahan tarifnya adalah
berikut:

14
030427-02-0092

 Pada 1 Januari 2001, kadar tarif untuk model import dengan anjakan
3.0L dan ke atas telah dikurangkan kepada 80% dan kereta yang
kurang daripada 3.0L telah menurun kepada 70%
 Pada 1 Januari 2002, kadar tarif untuk model import dengan anjakan
3.0L dan ke atas telah dikurangkan kepada 50.7% dan kereta yang
kurang daripada 3.0L telah menurun kepada 43.8%
 Pada 1 Januari 2003, kadar tarif untuk model import dengan anjakan
3.0L dan ke atas telah dikurangkan kepada 43% dan kereta yang
kurang daripada 3.0L telah menurun kepada 38.2%
 Pada 1 Januari 2004, kadar tarif untuk model import dengan anjakan
3.0L dan ke atas telah dikurangkan kepada 37.6% dan kereta yang
kurang daripada 3.0L telah menurun kepada 34.2%

Pada tahun 2005, semua tarif telah menurun kepada 30% dan China telah
menjalankan sistem pengiraan Dasar Tarif + Cukai Penggunaan dan batalkan
system pelesenan kuota import. Hasilnya, pengguna China tidak perlu lagi
memohon dokumen kelulusan untuk membeli kereta import. Selapas dua kali
permotongan tarif, China akhirnya membuat keputusan bahawa semua tarif kereta
import hanya boleh menerima 25% tarif dan alat ganti kereta dikurangkan kepada
10%. Akhirnya, China memperkenalkan Dasar Tarif Auto China yang baru iaitu
hanya mengambil kira “tarif, cuikai penggunaan dan cukai nilai tambah”. Dasar
ini akan dilancarkan lebih daripada 10 tahun secara rasmi.

Berdasarkan dasar ini, kos untuk membeli kereta import dibahagi kepada
tiga langkah iaitu:

 Tarif = Harga Tarif x Kadar Tarif


 Cukai Penggunaan = [ (harga berduti + tarif) / (1 – kadar cukai
penggunaan) ] x kadar cukai penggunaan
 Cukai nilai tambah = (harga bayar duti + duti kastam + cukai
penggunaan) x kadar cukai nilai tambah

15
030427-02-0092

Manakala kereta yang mempunyai anjakan 4.0L dan ke bawah dikenakan


tarif sebanyak 1-25% dan kenderaan yang melebihi 4.0L secara langsung
meningkat kepada 40%. Namun begitu, rakyat China masih meminta kerajaan
untuk mengurangkan tarif kereta kerana masih tidak dapat menangguh harga
kereta import yang tinggi. Akhirnya pada tahun 2018, kerajaan membuat
keputusan menurunkan tarif kereta kepada 15% dan membatal sekatan ke atas
perkadaran pelaburan asing dalam kenderaan tujuan khas dan kenderaan tenaga
baru (https://www.icauto.com.cn/baike/69/695889.html).

5.2.4 Ekonomi
Ekonomi terbahagi kepada inflasi, system ekonomi, kemelesetan ekonomi
dan sebagainya. Justeru, apabila berlaku kemelesetan ekonomi, negara akan
berdepan dengan masalah pengangguran dan kehilangan pekerjaan. Bagi
mengelakkan imbangan perdagangan tempatan terjejas, sekatan dalam aktiviti
pelaburan langsung akan dibuat (Aini Hayati Mohamed, 2015)

Menurut hasil kajian yang didapati, Syarikat Ford mula-mulanya ingin


mengembangkan pengeluarannya di Mexico tetapi akhirnya meluaskan
pasarannya di China kerana pasaran China dapat mengelakkan kos perkakasan
dan pelaburan yang tidak perlu. Satu kenyataan di laman web Ford ialah “Ford
dapat menjimatkan 1 bilion dollar berbanding dengan rancangan pengeluaran
yang sebelumnya” dan hasilnya ialah kewangan tahunan syarikat meningkat sejak
membuat pelaburan di China.

Thomas Ward, Presiden PIM China, firma penyelidikan pasaran industri


telah menyatakan bahawa Syarikat Ford mempunyai lebihan kapasiti dalam kilang
China yang jalan dengan baik dengan rantaian bekalan yang mantap. Bukan itu
sahaja, Syarikat Ford juga dapat menjimatkan kos buruh dan kos kilang kerana
China mempunyai loji automatik yang mantap. Hasilnya, Syarikat Ford China
dapat mencapai rekod baru di semua francais Ford dalam dunia iaitu berjaya
mencapai jualan sebanyak 23.6 milion dollar.

16
030427-02-0092

Namun begitu, mulai tahun 2017 jualan Ford telah megalami kemelesetan
ekonomi. Hal ini berlaku kerana produk baru tiada kreativiti dan kualiti produk
semakin teruk. Sebab lain menyebabkan hal ini berlaku ialah ketegangan
perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. Sebagai sebuah syarikat yang
terkenal di Amerika Syarikat, penurunan jualan Ford juga dalam jangkaan. Selain
itu, penurunan jualan Ford juga sebab kenderaan tenaga baharu diperkenalkan.
Pembangunan berterusan kereta ini telah menyebabkan ruang hidup syarikat
kereta tradisional terjejas (https://m.jiemian.com/article/2667558.html).

Pada tahun 2020, disebabkan oleh pandemik COVID-19 jualan Ford telah
menurun sebanyak 22% berbanding dengan tahun sebelumnya. "Kejadian
pandemik berulang dalam beberapa bulan lalu mencabar kami untuk mengatasi
rantaian bekalan dan halangan logistik untuk meletakkan Ford bagi pertumbuhan
pada separuh kedua tahun ini," kata Anning Chen, presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutif Ford China (https://www.cnbc.com/2022/07/08/ford-q2-china-sales-
were-worst-since-covid-pandemic-began.html).

5.2.5 Sosiobudaya
Menurut Sabri Haji Hussin, 2010, sosiobudaya merujuk kepada jika
sesebuah organisasi mempunyai budaya yang berlainan, setiap negara mempunyai
budaya yang berbeza. Sosiobudaya ialah kombinasi lebih daripada dua budaya
yang berlainan.

Menurut hasil kajian yang didapati, persekitaran budaya dan sosial


merangkumi nilai rakyat, adat resam, pendidikan, status penduduk dan
kepercayaan agama. Adat dan kebiasaan mereujuk kepada norma tidak bertulis
yang telah diturankan dari genarasi kegenerasi untuk membentuk tingkah laku dan
tabiat berfikir manusia. Estetika penilaian rakyat yang berbeza baik dan buruk,
cantik dan hodoh, suka dan tidak suka

17
030427-02-0092

(https://www.theseus.fi/bitstream/handle/10024/155176/Jiang_Xinyue.pdf?
sequence=1).

Menurut laman web Ford, pengkaji mendapati satu pelan baru Ford iaitu
“Ford China 2.0”. Slogan pelan ini ialah “Best of Ford amd Best of China” yang
membawa maksud menjadi syarikat yang paling dipercayai oleh pengguna China.
Pelan ini mempunyai empat objektif iaitu pengurusan, kebakatan, kemahiran dan
kemampuan (https://info.mercer.com/rs/521-DEV-513/images/0919-3-chuck-
monastra-ford-china-culture-change-journey.pdf ).

Namun begitu, Ford masih mengalami kemelesetan jualan kerana


keretanya tidak dapat lagi menampung citarasa pengguna China. Pengurusan
kitaran hayat produk Ford tidak betul, penggantian model yang perlahan dan
barisan produk yang semakin tua dan ketinggalan zaman. Selain itu, kualiti kereta
Ford sentiasa bermasalah dan tidak memberi sebarang pampasan kepada
pengguna. Sebagai contoh, slah satu pelanggan Ford, Encik Wang menyatakan
bahawa keretanya mengalami masalah kecacatan reka bentuk plat pengumpul
hujan tetapi syarikat Ford tidak memberi sebarang pampasan dan memanggil
Enck Wang membaikinya dengan wang sendiri. Hal ini telah melanggar hak
pengguna dan kes menyebabkan banyak pengguna China tidak lagi memilih
kereta Ford sebagai kenderaan mereka
(https://www.dongchedi.com/article/7167306913439449631).

18
030427-02-0092

5.3 Lini Produk Organisasi


Menurut Shanthi Subramaniam dan Mah Boon Kiet (2018), lini produk merujuk
kepada sekumpulan produk yang berhubungan rapat kerana mempunyai fungsi dan
lingkungan harga yang sama, ditawarkan kepada kumpulan pengguna yang sama,
serta menggunakan saluran agihan yang sama. Bahagian ini pengkaji
membincangkan lini produk Syarikat Ford dari aspek kelebaran dan kedalaman
produk.

Kelebaran produk
Hatchback Sedan/ Station Sports SUV/ Pickup MPV/ Van Heavy
Liftback wagon car crossover truck minivan commercial
vehicles
Fiesta Escort Focus GT Bronco F-Series Tourneo E-Series F-MAX
(estate) Courier (passenger van)
Focus Focus Mustang Bronco F-150 Transit E-Series (cargo Cargo
Kedalaman produk

(hatchback) (sedan) Sport Lightning Connect van)


Wagon
Mondeo Eco Sport Ranger Tourneo Transit Courier Transit (cutaway)
Connect
Taurus Edge Maverick Tourneo Transit E-Series
Custom Connect (cutaway)

Equator Transit S-MAX Transit Custom F-Series (medium


(pickup) duty truck)
Escape Transit Super Duty
(F-350/450/ 550)
Kuga

Everest

Evos

Expedition

Explorer

Mustang
Mach-E

19
030427-02-0092

Puma

Territory

Jadual 1 : Lini produk Syarikat Ford

20
030427-02-0092

5.3.1 Kelebaran Produk


Kelebaran produk merujuk kepada bilangan barisan produk yang ditawarkan
kepada pengguna. Kelebaran produk juga untuk mendapatkan pelbagai segmen
pengguna dan memberi lebih banyak pilihan kepda pengguna. Hasil kajian
menunjukkan bahawa Syarikat Ford mempunyai 9 kelebaran produk Syarikat
Ford iaitu Hatchback, Sedan/Liftback, Station Wagon, Sports car,
Suv/crossover, Pickup truck, MPV/minivan, Van, Heavy commercial vehicles.

5.3.2 Kedalaman Produk


Kedalaman produk merujuk kepada bilangan item produk yang terdapat dalam
sesuatu barisan atau lini produk. Hasil kajian mendapati bahawa kedalaman
produk bagi Hatchback Syarikat Ford ialah Fiesta dan Focus (hatchback). Hasil
ini bpleh dilihat pada gambar 1 dan gambar 2 di bawah.

Gambar 1: Fiesta

Gambar 2: Focus (hatchback)

21
030427-02-0092

Seterusnya, kedalaman produk bagi Sedan/ Liftback Syarikat Ford ialah Escort,
Focus (sedan), Mondeo dan Taurus boleh didapati dalam gambar 3,4,5 dan 6 di bawah.

Gambar 3: Escort

Gambar 4: Focus (sedan)

Gambar 5: Mondeo

22
030427-02-0092

Gambar 6: Taurus

Selain itu ialah kedalaman produk bagi Station Wagon Syarikat Ford. Kedalaman produk
Station Wagon hanya Focus (estate) dan gambar kenderaan tersebut dapat dilihat dalam
gambar 7 di bawah.

Gambar 7: Focus (estate)

23
030427-02-0092

Lini produk yang seterusnya ialah Sports Car Syarikat Ford. Kedalaman produk ini ialah
GT dan Mustang. Gambar untuk model ini dapat dilihat di bawah iaitu gambar 8 dan
gambar 9.

Gambar 8: GT

Gambar 9: Mustang

24
030427-02-0092

Seterusnya ialah kedalaman lini produk SUV/Crossover Syarikat Ford. Antaranya


ialah, Bronco, Bronco Sport, Eco Sport, Edge, Equator, Escape, Kuga, Everest, Evos,
Expedition, Explorer, Mustang Mach-E, Puma, dan Territory. Gambar-gambar di bawah
ialah sebahagian daripada kedalaman produk ini iaitu gambar 10,11 dan 12. Gambar-
gambar suv/crossover lain boleh rujuk dalam Lampiran 1

Gambar 10: Edge

Gambar 11: Puma

25
030427-02-0092

Gambar 12: Explorer

Seterusnya ialah kedalaman lini produk Pickup Truck yang meliputi F-Series, F-
150 Lightning, Ranger, Maverick, dan Transit (pickup). Gambar 13,14 dan 15 di bawah
merupakan sebahagian daripada kedalaman produk Pickup Truck. Gambar-gambar
Pickup Truck lain boleh dirujuk dalam Lampiran 2

Gambar 13: Ranger

26
030427-02-0092

Gambar 14: Maverick

Gambar 15: F-150 Lightning

27
030427-02-0092

Lini produk yang seterusnya ialah MPV/minivan. Antaranya ialah Tourneo Courier,
Transit Connect Wagon, Tourneo Connect, Tourneo Custom dan S-MAX. Gambar 16,17
dan 18 di bawah menunjukkan kedalaman produk MPV/minivan. Gambar-gambar model
lain boleh dirujuk dalam Lampiran 3.

Gambar 16: S-MAX

Gambar 17: Tourneo Connect

28
030427-02-0092

Gambar 18: Tourneo Custom

Selain daripada itu ialah kedalaman lini produk Van Syarikat Ford. Sebagai contoh,
E-Series (passenger van), E-Series (cargo van), Transit Courier, Transit Connect, Transit
Custom dan Transit. Gambar 19,20 dan 21 di bawah ialah sebahagian daripada
kedalaman lini produk Van. Gambar-gambar van lain boleh dirujuk dalam Lampiran 4

Gambar 19: Transit

29
030427-02-0092

Gambar 20: Transit Custom

Gambar 21: E-Series (cargo van)

30
030427-02-0092

Kedalaman produk bagi Heavy Commercial Vehicles ialah F-MAX, Cargo, Transit
(cutaway), E-Series (cutaway), F-Series (medium duty truck) dan Super Duty (F-
350/450/550). Gambar 22,23 dan 24 di bawah ialah sebahagian daripada model Heavy
Commercial Vehicles. Gambar-gambar lain bagi model Heavy Commercial Vehicles di
Lampiran 5.

Gambar 22: F-MAX

Gambar 23: Cargo

Gambar 24: E-Series (cutaway)

31
030427-02-0092

5.4 Kitaran Hayat Produk Organisasi


Bahagian ini membincangkan hasil kajian terhadap kitaran hayat Ford Edge iaitu
salah satu produk Syarikat Ford. Kitaran hayat produk merupakan peringkat yang
perlu dilalui pelh produk baharu dari permulaan hingga ke akhir dari segi jualan dan
keuntungan. Kitaran hayat produk dapat dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu
pengenalan, pertumbuhan, kematangan dan kemerosotan.
TAHUN JUALAN (unit)
2015 65152
2016 123690
2017 106956
2018 59892
2019 36089
2020 23678
2021 29419
Jadual 2 menunjukkan kitaran hayat Ford Edge Syarikat Ford.
Rajah 1 menunjukkan kitaran hayat Ford Edge Syarikat Ford.

5.4.1 Peringkat Pengenalan


Hasil kajian mendapati bahawa Syarikat Peringkat
Ford China telah
Kemelesetan
memperkenalkan kereta SUV Ford Edge pada tahun 2015. Kereta ini

KITARAN HAYAT FORD EDGE

140000
123690
120000 Peringkat
Pertumbuhan 106956
100000
JUALAN (UNIT)

65152
80000 Peringkat Kematan- 59892
gan
60000
36089
40000 29419
23678
20000
Peringkat
Pengenalan
0
2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021
32
TAHUN

Jualan (Bilangan)
030427-02-0092

dilancarkan di China dengan harga RMB27.98juta. Harga ini amat tinggi


kerana tarif kereta import yang tinggi. Berdasarkan jadual 2 dan rajah 1,
jualan Ford Edge amat tinggi pada peringkat ini iaitu sebanyak 65152 unit
dan mendapat keuntungan yang banyak. Jualan Ford Edge terutamanya pada
bulan 11 dan 12 tahun 2015 paling banyak kerana Syarikat Ford telah
membuat promosi jualan. Promosi ini adalah pinjaman bank dalam tempoh
12 kali tidak perlu bayar kadar faedah dan 24 kali kadar faedah rendah.
(https://news.ifeng.com/a/20160204/47353908_0.shtml)

5.4.2 Peringkat Pertumbuhan


Menurut hasil kajian yang didapati, tahun 2016 ialah peringkat
pertumbuhan bagi kereta Ford Edge. Kereta ini mula dikenali dan disukai
oleh banyak pengguna China. Harga kereta ini tidak berubah iaitu sebanyak
RMB27.98juta. Menurut jadual 2 dan rajah 1, jualan Ford Edge telah
meningkat kepada 123960 berbanding dengan 2015 dan peningkatannya
sangat besar iaitu sebanyak 58538unit atau sebanyak 89.85%. Hal ini berlaku
kerana lagi banyak pengguna dapati bahawa kereta ini sangat selesa dan
mempunyai banyak promosi ketika membelinya. Antara promosinya adalah
mempunyai pandu uji, deposit antara RMB5000 hingga RMB10000 dan
kitran pengambilan kereta boleh diambil dengan serta-merta. Sebagai
tambahan kepada subsidi gentian, bandar yang berbeza juga menyediakan
diskaun seperti penyelenggaraan awal dan tiada kadar faedah selama 2 tahun.
(https://news.emao.com/news/201707/1173047.html)

5.4.3 Peringkat Kematangan


Melalui hasil kajian yang dikaji, tahun 2017 ialah peringkat
kematangan Ford Edge tetapi peringkat ini dicapai dengan agak perlahan
kerana kereta ini telah dikenali oleh semua pengguna China dan cita rasa

33
030427-02-0092

mereka mula berubah. Namun begitu, jualan kereta Ford Edge masih tinggi
iaitu sebanyak 106956 unit. Harga Ford Edge pada tahun 2017 menurun
kepada RMB26.98juta. Jualan kereta ini masih banyak kerana promosi yang
lumayan. Antaranya ialah dapat mengambil kereta dengan serta-merta dan
boleh memilih warna kereta. Seterusnya ialah dapat set hiasan kereta yang
berjumlah RMB18000 dari kilang asal Ford dan pembeli dapat membayar
balik perbelanjaan perjalanan ke Syarikat Ford dengan menunjukkan kad
pengenalan pembeli sendiri pada tempoh 11 Oktober 2017 hingga 31 Oktober
2017.
(http://iauto.ifeng.com/news//langfang/jiangjia/2017/1011/83707.shtml)

5.4.4 Peringkat Kemerosotan


Menurut hasil kajian yang didapati, mulai tahun 2018, Ford Edge
mengalami peringkat kemerosotan hingga tahun 2021. Hal ini berlaku kerana
citarasa pelanggan China telah berubah dan Syarikat Ford tidak membuat
sebarang perubahan ke atas model keretanya. Kesannya harga jualan kereta
ini menurun kepada tahap yang tidak pernah dijumpai sebelum itu iaitu hanya
dijual sebanyak RMB24.98juta. Menurut jadual 2 dan rajah 1, jualan kereta
Ford Edge menurun dengan mendadak sebanyak 83278 unit (77.86%) kepada
23678 unit dari tahun 2017 hingga tahun 2020 dan meningkat balik sedikit
kepada 29419unit pada tahun 2021. Keuntungan terhadap kereta ini adalah
negatif dan menyebabkan syarikat Ford China terpaksa melaksanakan pelan
“More Ford, More China” untuk menyelamatkan kerugian yang besar ini.
Oleh itu, Syarikat Ford China telah memperkenalkan model Ford Edge Plus
dan membuat promosi yang lumayan terhadap Ford Edge supaya stoknya
habis dalam pasaran China. (http://auto.sina.com.cn/zz/sh/2017-09-12/detail-
ifyktzim9773000.shtml)

34
030427-02-0092

6.0 RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP


Satu kajian dilakukan untuk mengenalpasti strategi kemasukan Ford ke
negara China, menjelaskan cabaran perniagaan yang dihadapi oleh Ford di China,
menjelaskan lini produk Ford dan mengenalpasti kitaran hayat Ford Edge Syarikat
Ford. Bahagian ini merumuskan empat objektif tersebut dan memberikan cadangan
kepada isu yang dihadapi oleh Syarikat Ford China.

Hasil kajian menunjukkan syarikat Ford menggunakan strategi usaha sama


sebagai strategi kemasukan ke dalam pasaran China. Pihak Amerika Syarikat dan
China telah sama-sama melabur sebanyak RMB 98000 ribu dan saling mendapat
saham syarikat sebanyak 50%.

Syarikat Ford menghadapi lima cabaran dalam operasinya di China. Struktur


organisasi mengikut matriks yang digabungkan dengan kumpulan produk berdasarkan
projek asal ialah struktur organisasi Syarikat Ford China. Kawalan pengurusan
Syarikat Ford China ialah bebas dari kawalan Amerika Syarikat dan diberi hak untuk
mencipta produk baru dalam pasaran China. Seterusnya cabaran politik dan
perundangan Syarikat Ford China ialah tarif kereta import yang terlalu tinggi.
Cabaran ekonomi Syarikat Ford China ialah pada tahun 2017, Syarikat Ford
mengalami kemelesetan ekonomi kerana kenderaan tenaga baru diperkenalkan.
Akhirnya ialah cabaran sosiobudaya adalah kualiti kereta Ford sentiasa bermasalah
dan tidak memberi sebarang pampasan kepada pelanggan.

Lini produk Syarikat Ford mempunyai Sembilan kelebaran produk iaitu


Hatchback, Sedan/Liftback, Station wagon, Sports car, SUV/Crossover, Pickup truck,
MPV/Minivan, Van dan Heavy commercial vehicles. Bagi setiap kelebaran produk
tersebut terdapat pelbagai kedalaman produk keluaran Syarikat Ford.

Kitaran hayat produk SUV Ford Edge digunakan dlam kajian ini. Syarikat
Ford telah memperkenalkan Ford Edge pada tahun 2015 dan ini merupakan peringkat
pengenalan. Peringkat pertumbuhan dicapai apabila Ford Edge mula dikenali oleh

35
030427-02-0092

pasaran China pada tahun 2016 dan Ford Edge mencapai peringkat kematangan pada
tahun 2017. Akhirnya mulai tahun 2018, Ford Edge telah mengalami peringkat
kemerosotan kerana kebanyakkan pengguna tidak lagi berminat dengan model ini.

Isu yang dihadapi oleh Syarikat Ford ialah kualiti produk yang semakin teruk.
Syarikat Ford China tidak memberi sebarang pampasan kepada pengguna dan
mengusik bahawa kereta yang mengalami masalah teknikal ialah pengguna sendiri
yang menyebabkan hal itu berlaku. Pada pendapatan pengkaji, pengkaji bercadang
bahawa Syarikat Ford dapat mengakui bahawa kereta mereka sudah bermasalah dan
memberi pampasan kepada sesiapa yang telah menderita supaya pengguna China
ingin memberi keyakinan dan kepercayaan kepada Syarikat Ford China.

Kesimpulannya, pihak Syarikat Ford China kini telah memperkenalkan


banyak pelan untuk menyelamatkan pasaran China yang semakin teruk pada setakat
ini. Pengkaji berharap bahawa Syarikat Ford dapat mengembang maju lagi pada masa
hadapan.

36
030427-02-0092

7.0 SENARAI RUJUKAN


M.B. Muda et.al, tahun 2001. Pengajian Perniagaan 2, Edisi Kedua. Selangor Darul
Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Shanthi Subramaniam dan Mah Boon Keat, tahun 2018. Pengajian Perniagaan
penggal 1,2,3. Selangor Darul Ehsan, Malaysia: Penerbit Pelangi Sdn.Bhd.
Aini Hayati Mohamed, tahun 2015. Pengajian Perniagaan Penggal 3. Petaling Jaya:
Penerbit Sasbadi Sdn.Bhd.
Sabri Haji Hussin, Tahun 2010 . Pengurusan Perniagaan , Jilid 1. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sejarah Syarikat Ford:
https://baike.baidu.com/item/%E7%A6%8F%E7%89%B9%E6%B1%BD%E8%BD
%A6%EF%BC%88%E4%B8%AD%E5%9B%BD%EF%BC%89%E6%9C
%89%E9%99%90%E5%85%AC%E5%8F%B8/2450546#reference-[2]-9304777-
wrap
http://hfha.org/the-ford-story/the-birth-of-ford-motor-company/
http://auto.sina.com.cn/news/9802.shtml%E3%80%81
https://chinacarhistory.com/2021/12/12/henry-ford-i-and-china/
https://www.dongchedi.com/article/7089308133201576485

Strategi kemasukan Syarikat Ford:


http://auto.sina.com.cn/news/9802.shtml
http://news.sina.com.cn/c/2002-02-20/1941479051.html
https://baike.baidu.com/reference/2450546/3be1n91J_tFOmfa42oRMgfZbl-
aL_bgj2TK1M2MalKW-Og1LmJowb9Jq3E_uE9JiUsxJDUX-
NIDREOo4bGQUvV0fY1o
http://finance.sina.com.cn/s/56274.html

Cabaran-cabaran Syarikat Ford:


http://www.chinaseed114.com/market/10/market_47266.html
https://www.catarc.ac.cn/upload/www/201901/171600577xim.pdf
http://m.eeo.com.cn/2019/0824/364328.shtml

37
030427-02-0092

https://www.icauto.com.cn/baike/69/695889.html
http://chinawto.mofcom.gov.cn/article/ap/p/202201/20220103236582.shtml
https://zhuanlan.zhihu.com/p/37188336
https://nev.ofweek.com/2021-06/ART-71011-8500-30504868.html
https://www.xincheping.com/daogou/141284.html
https://www.ford.com.cn/newsroom/2022/20220907/
https://www.dongchedi.com/article/7167306913439449631
https://m.jiemian.com/article/2667558.html
https://www.cnbc.com/2022/07/08/ford-q2-china-sales-were-worst-since-covid-
pandemic-began.html
https://www.theseus.fi/bitstream/handle/10024/155176/Jiang_Xinyue.pdf?sequence=1
https://info.mercer.com/rs/521-DEV-513/images/0919-3-chuck-monastra-ford-china-
culture-change-journey.pdf
https://ivypanda.com/essays/ford-motors-company-organizational-structure-
assessment/

Lini produk Syarikat Ford:


https://www.ford.ca/
https://www.carmodelslist.com/ford/

Kitaran hayat Syarikat Ford:


https://xl.16888.com/b/57534/
https://news.ifeng.com/a/20160204/47353908_0.shtml
https://news.emao.com/news/201707/1173047.html
http://iauto.ifeng.com/news//langfang/jiangjia/2017/1011/83707.shtml
http://auto.sina.com.cn/zz/sh/2017-09-12/detail-ifyktzim9773000.shtml

Isu yang dihadapi oleh Syarikat Ford:


https://nev.ofweek.com/2021-03/ART-71000-8500-30489808.html

38

Anda mungkin juga menyukai