Anda di halaman 1dari 3

Jurnal Praktikum Minggu 8

Mingggu Praktikum: 8

Tarikh: 27 Ogos 2021

Tajuk Jurnal: Seorang Murid Tidak Menyiapkan Kerja yang diberi Dalam Google
Classroom

Isu Yang Difokuskan:

Semasa memeriksa kerja rumah murid dalam Google Classroom dan mengurus kehadiran
murid untuk kelas 2M, saya mendapati bahawa terdapat seorang murid yang selalu tidak
menyiapkan kerja dalam Google Classroom, tetapi dia menghadir kelas dalam Google Meet
dan telah menyiapkan kerja yang diberikan semasa Google Meet dan telah memuatnaikkan
kerjanya dalam Google Classroom.

Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):

Punca murid tidak menyiapkan kerja dalam Google Classroom adalah disebabkan
ketidaktanggungjawab murid. Selain itu, kemungkinan oleh sebab murid itu mengalami
masalah semasa menyiapkan kerja tanpa bimbingan, oleh itu dia tidak menyiapkan kerja.

Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Aslian bin Pios (2013), beliau telah menyatakan bahawa melaksanakan kerja
rumah adalah antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan murid dalam pelajaran.
Kerja rumah yang diberikan kepada murid adalah bertujuan untuk memastikan tahap
pencapaian murid, sekali gus mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu saya kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa altenatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah:-

a) Memberi nasihat kepada murid tersebut melalui Whatapps secara private.


b) Mengadakan perbincangan dengan murid tersebut semasa Google Meet.
c) Menahan murid tersebut selepas Google Meet diakhirkan untuk menyiapkan
kerjanya.

Tempoh Penyelesaian Masalah:

1 Minggu

Tindakan Susulan:
Saya akan mengambil tindakan memberi nasihat kepada murdi tersebut melalui Whatapps
secara private. Selain itu, saya juga menahan murid tersebut selepas kelas diakhirkan agar
dia dapat menyiapkan kerja dengan bimbingan saya.

Rujukan:

Aslian bin Pios.(2013). Masalah Tidak Menyiapkan Kerja Rumah Dalam kalangan Murid
Orang Asli Di Sk Bukit Lanjan : Faktor Penyumbang Dan Cadangan Menanganinya.
https://www.academia.edu/25627236/MASALAH_TIDAK_MENYIAPKAN_KERJA_
RUMAH_DALAM_KALANGAN_MURID_ORANG_ASLI_DI_SK_BUKIT_LANJAN_F
AKTOR_PENYUMBANG_DAN_CADANGAN_MENANGANINYA_Aslian_bin_Pios
Jurnal Praktikum Minggu 8

Mingggu Praktikum: 8

Tarikh: 27 Ogos 2021

Tajuk Jurnal: Seorang Murid Tidak Menyiapkan Kerja yang diberi Dalam Google
Classroom

Tarikh Tindakan Susulan:

1 September 2021

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:

Tindakan yang telah saya melaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian


yang telah kenal pasti telah memberi kesan kepada tingkah laku murid tersebut.

Kesimpulan/Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)):

Saya berpuas hati dengan dengan menggunakan cadangan penyelesaian saya. Murid
tersebut sememangnya dapat menyiapkan kerja dengan baik walaupun tanpa bimbingan
saya. Tetapi oleh sebab dia malas, dia tidak menyiapkan kerja saya, tetapi sekarang dia
telah menyiapkan semua kerja yang saya berikan sebelumnya.

Tandatangan Guru Pembimbing, Tandatangan Pensyarah Pembimbing,

Nama: Nama:

Anda mungkin juga menyukai