Anda di halaman 1dari 23

PSYCHOLOGICAL WELL-BEING

NUR SYIHAMA BINTI HELMI (BIF2122020018)


MUHAMMAD AIMAN ZUHAIRI BIN AZMAN (BMA2122020001)

WISDOM & WELL-BEING DIMENSION AND POLICY


UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA

2022

1
PENGHARGAAN

‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬


Assalamualaikum w.b.t

‫ والصالة والسالم على نبينا حممد صلى اهلل عليه وسلم وعلى آله وأصحابه‬،‫احلمد هلل رب العاملني‬
‫أمجعني‬
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah
dengan kurnianya, kami dapat menyiapkan kerja kursus subjek Wisdom & Well-Being
Dimension and Policy dengan sempurna dalam masa yang telah ditetapkan. Kami juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Wan Muhammad Salam selaku pensyarah subjek
Wisdom & Well-Being Dimension and Policy, yang telah banyak memberi tunjuk ajar, menabur
ilmu serta berkongsi maklumat dalam membantu untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Universiti
Islam Malaysia, Petaling Jaya Selangor atas kemudahan yang disediakan seperti pusat sumber
bagi mendapatkan buku-buku rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan yang dipilih dan juga
kemudahan Wi-fi bagi memudahkan kami untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan
kerja kursus ini.

Seterusnya, tidak lupa juga kepada ahli kumpulan kami atas kerjasama dan komitmen yang telah
diberikan serta sepanjang kami menyiapkan kerja kursus ini. Kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi memberi tunjuk ajar serta dorongan
serta berkongsi maklumat dan tidak kedekut ilmu dalam menyalurkan pandangan dan maklumat
sepanjang kami menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambah ilmu
pengetahuan kami disamping dapat menjadi insan yang bertanggungjawab bagi melahirkan
modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi manfaat
terutamanya kepada diri sendiri serta pembaca agar kita sama-sama menjadi manusia yang
berpendidikan dan berpengetahuan yang luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja
dalam proses pembelajaran malah kepada masyarakat setempat khususnya.

2
ISI KANDUNGAN

Muka surat

PENGHARGAAN 2

ISI KANDUNGAN 3-4

Bab 1: PENGENALAN PSYCHOLOGICAL AND WELL-BEING 5

1.1 PENDAHULUAN 5
1.2 DEFINISI 5

1.2.1 ETIMOLOGI

a. Psikologi 5
b. Kesejahteraan 6

1.2.2 EPISTEMOLOGI 6

a. Psikologi 6
b. Kesejahteraan 6
c. Kesejahteraan Psikologi 7

Bab 2: KONSEP PSIKOLOGI DAN KESEJAHTERAAN 8

2.1 KONSEP 8

2.2 DIMENSI 9
2.2.1 Meningkatkan motivasi 9
2.2.2 Pengurusan mental 9-10
2.2.3 Hubungan positif dengan orang lain 10

2.2.4 Perkembangan kendiri 10-11

2.3 MODEL 11

3
2.3.1 Penerimaan diri 11
2.3.2 Kawalan ke atas persekitaran 11-12
2.3.3 Hubungan positif dengan orang lain 12
2.3.4 Autonomi 12-13
2.3.5 Pertumbuhan peribadi 13
2.3.6 Tujuan hidup 13

Bab 3: Kesejahteraan Psikologi Dari Perspektif Islam 14

3.1 PENDAHULUAN 14

3.2 PERSPEKTIF ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI 14


3.2.1 Realiti manusia 15
a. Al-Quran 15
b. Al-Sunnah 15
3.2.2 Konsep kesejahteraan 16
a. Al-Quran 16
b. Al-Sunnah 16-17

3.3 DIMENSI PERSPEKTIF ISLAM 17


3.3.1 Meningkatkan motivasi 17
3.3.2 Pengurusan mental 17-18
3.3.3 Hubungan positif dengan orang lain 18
3.3.4 Perkembangan kendiri 19

4.0 KESIMPULAN 20

RUJUKAN 21-22

4
BAB I
PENGENALAN PSYCHOLOGICAL AND WELL-BEING

1.0 PENDAHULUAN

Konsep kesejahteraan merupakan salah satu daripada perbahasan psikologi yang penting
khususnya pada era pasca Covid-19. Ini kerana, kesejahteraan membincangkan tentang
bagaimana kehidupan manusia mampu menyumbang ke arah kesejahteraan global, apatah lagi
jika dilihat kepada peranan manusia sebagai khalifah yang sewajarnya menggerakkan kestabilan
dan kemakmuran alam sejagat.

Psychological well-being (PWB) atau kesejahteraan psikologi merupakan suatu keadaan yang
menjadikan individu dapat mengenali, menggali dan memiliki potensi yang khusus dalam diri
seseorang individu. Sikap seperti inilah yang pada kemudiannya dapat mengarahkan seseorang
untuk mencapai kepuasan dalam hidupnya. Hal ini adalah kerana, apabila seseorang individu
dapat merasakan kepuasan hidup maka kesejahteraan psikologi telah dicapai dan automatik
keadaan mental individu tersebut dikategorikan dalam keadaan yang sihat.

1.1 DEFINISI

1.1.1 ETIMOLOGI

a. Psikologi (Psychology)

Perkataan psikologi yang berasal daripada perkataan Yunani iaitu "psyche" yang membawa
maksud minda, jiwa dan roh. Perkataan kedua yang berasal daripada Yunani juga seperti "logos"
bermaksud wacana iaitu suatu perbincangan atau untuk dipelajari. Kedua-dua perkataan ini
apabila digabungkan menghasilkan 'Kajian Minda'.

5
b. Kesejahteraan (Well-being)

Kesejahteraan merupakan suatu keadaan yang berasa sihat dan gembira. Ia juga dikenali sebagai
kualiti hidup dan nilai yang berhemat di mana ia merujuk kepada nilai diri seseorang secara
intrinsik. Kesejahteraan ini bergantung kepada kebaikan dan kepentingan untuk diri seseorang
itu. Keadaan ini juga boleh merujuk kepada kesejahteraan yang positif mahupun negatif. Dalam
erti kata positifnya, ia kadangkala dibezakan dengan keburukan sebagai kebalikannya.

1.1.2 EPISTEMOLOGI

a. Psikologi

Psikologi adalah sebuah kajian tentang minda, tingkah laku, perasaan dan pemikiran seseorang.
Kebanyakan pengamal profesional atau penyelidik yang dikenali sebagai ahli psikologi mencari
pemahaman tentang sifat otak yang muncul dan fenomena yang berkaitan dengan sifat tersebut
dimana ia bertujuan untuk memahami seseorang atau sekumpulan dengan menetapkan prinsip
umum dan meneliti kes-kes tertentu. Selain itu, ahli psikologi mencari pengetahuan dan berusaha
untuk memahami peranan fungsi mental dalam tingkah laku seseorang individu atau sosial dan
juga menyelidik proses fisiologi dan biologi yang mendasari fungsi dan tingkah laku yang
kognitif.

b. Kesejahteraan (Well-being)

Epistemologi ialah suatu kajian yang dilakukan untuk memperoleh sesebuah pengetahuan
tentang kesejahteraan hidup manusia. Kesejahteraan ialah subjektif iaitu menunjukkan
bagaimana orang mengalami dan menilai kehidupan mereka, biasanya diukur berkaitan dengan
kesejahteraan diri yang telah dilaporkan melalui soal selidik. Pelbagai jenis kesejahteraan
dibezakan dan dikategorikan seperti kesejahteraan jiwa, fizikal, ekonomi atau emosi. Bentuk
kesejahteraan yang berbeza selalunya berkait rapat. Contohnya, peningkatan terhadap
kesejahteraan fizikal dikaitkan dengan kesejahteraan emosi yang lebih baik. Kesejahteraan
memainkan peranan penting dalam etika kerana setiap tingkah laku yang dilakukan bergantung,
sekurang-kurangnya pada tahap tertentu, pada apa yang menjadikan kehidupan seseorang

6
menjadi lebih baik atau teruk. Menurut fahaman welfarism, tiada nilai lain selain daripada
kesejahteraan.

c. Kesejahteraan Psikologi

Kesejahteraan psikologi yang dimaksudkan adalah gabungan dimensi berkaitan dengan


penerimaan kendiri iaitu penilaian positif berkaitan dengan diri sendiri dan kehidupan masa
lampau, mempunyai autonomi, memiliki perasaan terus berkembang dan maju sebagai seorang
individu iaitu pertumbuhan personal dan juga percaya bahawa kehidupan adalah penuh dengan
keazaman dan bermakna seperti mempunyai matlamat hidup, mempunyai hubungan berkualiti
dengan orang lain dan memiliki penguasaan terhadap persekitaran dengan adanya keupayaan
untuk mengurus kehidupan dan dunia sekeliling secara berkesan (Ryff & Keyes, 1995).

Mengikut Krause dan Ellison (2003), kesejahteraan psikologi merujuk kepada


pengampunan dari Tuhan, kemaafan dari orang lain dan kesihatan dalaman individu untuk berasa
bahagia dan mendatangkan ketenangan atau sebaliknya. Rathi dan Rastogi (2007) menjelaskan
bahawa kesejahteraan psikologi bergantung kepada tindakan individu menstabilkan diri sendiri
dan mengekalkan kesihatan dalaman dan luaran. Kehidupan individu akan berasa bermakna
apabila mempunyai kualiti hubungan dengan keluarga, dapat menstabilkan tahap tekanan dalam
diri, memperoleh jaminan kesihatan fizikal dan psikologi serta wujud hubungan yang baik
sesama rakan. Walau bagaimanapun, kesejahteraan psikologi dalam konteks kajian ini
digambarkan sebagai kualiti hidup individu termasuklah memperoleh kebahagiaan, keamanan,
rasa dipenuhi, mendapat kepuasan hidup dan tidak ada gejala-gejala kemurungan (Ryff, 1989).

Sebagai rumusan, kesejahteraan psikologi boleh juga disebut sebagai kesihatan mental,
penyesuaian subjektif, ataupun kebahagiaan (Levy & Guttman, 1975). Bahkan, menurut Cooper
dan Roy (dalam Lui Ah Kan, 1997) kesan daripada masalah psikologikal boleh menyebabkan
insomnia, kebimbangan dan ketakutan, kemurungan atau rasa kurang ceria, kecenderungan untuk
menangis, meragam atau cepat marah, ketidakmampuan untuk membuat keputusan,
ketidakmampuan untuk menganalisis masalah dan ketidakmampuan untuk menyelesaikan
masalah.

7
BAB II
KONSEP DAN DIMENSI

2.0 KONSEP

Kesejahteraan psikologi merupakan sesuatu yang bersifat multidimensional dan didefinisikan


dalam pelbagai bentuk (Hupert & So, 2013, Diener et al., 2010). Walaupun secara amnya, tiada
definisi tunggal, namun terdapat kesepakatan umum dalam kalangan sarjana bahawa individu
yang sejahtera dari segi psikologinya seharusnya mempunyai mood dan emosi positif. Sebagai
contoh perasaan yang gembira, bahagia dan bersemangat. Seterusnya, rendah emosi negatif
seperti takut dan bimbang. Selain itu perasaan yang berpuas hati dengan kualiti kehidupannya.
Secara umumnya, khusus seperti pekerjaan dan kekeluargaan. Akhir sekali, berfungsi secara
positif dengan memiliki autonomi, makna dan tujuan hidup.

Siti Taniza Toha (2003) menyatakan bahawa kesejahteraan psikologi merujuk kepada
pengalaman dan fungsi psikologi yang optimum. Pengukuran kesejahteraan psikologi tidak
hanya terdiri daripada perasaan positif, perasaan negatif dan kepuasan hidup tetapi kesejahteraan
disusun sebagai suatu pemboleh ubah multi dimensi yang merangkumi 6 dimensi iaitu autonomi,
menguasai persekitaran, perkembangan peribadi, hubungan positif dengan orang lain, matlamat
hidup dan penerimaan kendiri.

Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) pula telah mendefinisikan kesejahteraan


psikologi sebagai kemampuan individu untuk menangani tekanan, mengelakkan konflik,
meningkatkan ketenangan, merangsang motivasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam
kehidupan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, kesejahteraan membawa maksud keselamatan,
kesenangan hidup, kesentosaan dan ketenteraman. Manakala psikologi bermaksud pola
pemikiran dan pelakuan seseorang.

8
2.1 DIMENSI

Myers, Sweeney dan Witner (2000) menghuraikan kesejahteraan psikologi sebagai sesuatu
kemampuan seseorang untuk mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan yang baik. Mereka
juga berpendapat bahawa kesejahteraan psikologi juga merangkumi semua aspek dari segi fizikal
dan mental seseorang. Ryff (1995) pula melihat kesejahteraan psikologi seseorang itu apabila
seseorang itu memperoleh kebahagiaan hidup dan tidak mempunyai sifat sifat yang negatif
dalam hidup seseorang itu. Bradburn, Norman dan Noll (1969) menyatakan kebahagiaan adalah
hasil daripada kesejahteraan psikologi dan tujuan yang penting untuk dicapai oleh seseorang itu.

2.1.1 Meningkatkan motivasi

Kepimpinan yang berkesan boleh mewujudkan penglibatan dan memupuk semangat yang positif
dalam kalangan pekerja. Di samping itu, pengurus harus memainkan peranan yang besar untuk
sentiasa mengekalkan psikologi pekerja dalam keadaan yang baik dan tidak terlalu memaksa
pekerja dalam sesuatu perkara. Hal yang demikian, boleh menyebabkan psikologi pekerja untuk
datang bekerja dalam keadaan yang tidak baik. Michael F. Steger, pakar psikologi Amerika
menyatakan bahawa orang ramai akan lebih berminat bekerja apabila mereka dapat
menggunakan bakat mereka. Selain itu juga, Jane E, Dutton iaitu seorang profesor perniagaan
dan psikologi menerangkan peluang untuk seseorang mencipta kesejahteraan dalam pelbagai
jenis kerja. Beliau juga menyatakan psikologi seseorang pekerja itu akan meningkat sekiranya
seseorang itu dapat membentuk suasana yang bagus.

2.1.2 Pengurusan mental

Pengurusan mental adalah dimensi yang penting dalam kesejahteraan psikologi kerana ia dapat
mengelakkan seseorang itu daripada mengalami tekanan mental dan mengalami kemurungan
yang buruk. Kesejahteraan psikologi juga penting kerana ia dapat mengenal pasti kualiti mental
seseorang itu tinggi ataupun rendah. Sebagai contoh, Persatuan psikologi dari Amerika
menyatakan bahawa tekanan di tempat kerja mempunyai kesan yang besar kepada mental
seseorang itu. Tekanan mental yang di alami oleh seseorang itu dapat memberi kesan yang

9
negatif kepada seseorang itu sehingga menyebabkan seseorang itu berfikir untuk membunuh diri
dan melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan kerosakkan kepada diri seseorang itu sendiri.
Hampir kesemua tempat dan keadaan mempunyai suatu tekanan mental, tetapi tekanan mental di
suatu tempat pekerjaan seseorang itu lebih buruk jika perlu dibandingkan. Ini adalah kerana, sifat
yang lemah dan sentiasa berfikiran negatif menyebabkan seseorang itu lebih mudah ditindas oleh
pekerja-pekerja sekelilingnya.

2.1.3 Hubungan positif dengan orang lain

Dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain terdapat dua skala yang telah dinyatakan iaitu
yang pertama ialah skala tingi. Skala tinggi ini adalah yang sentiasa akan melibatkan hubungan
positif dengan orang lain. Seseorang individu itu haruslah mempunyai hubungan yang baik
dengan orang sekeliling dan mewujudkan hubungan saling percaya dengan orang lain. Selain itu,
mewujudkan sifat prihatin sesama sendiri dan mewujudkan sifat kasih sayang sesama manusia.
Dari segi skala rendah pula dihuraikan tentang sukar untuk menjalinkan hubungan terhadap
orang lain. Sebagai contoh, seseorang itu lebih menggemarkan untuk menyendiri dan tidak
bergaul dengan orang lain. Hal ini menyebabkan, seseorang itu akan mengadapi tekanan dan
perasaan takut dan malu untuk berhadapan dengan orang lain. Seterusnya, seseorang itu tidak
dapat mengawal dirinya sendiri sekiranya tidak dapat menjalinkan hubungan positif dengan
orang lain dan menyebabkan seseorang itu akan mengalami tekanan dalam hidup. Demikianlah,
individu perlulah peka dan mengambil berat dalam menjalinkan hubungan yang baik terhadap
masyarakat yang lain. Dengan ini, pelbagai perkara negatif dapat dielakkan bagi seseorang
individu yang bersifat lemah.

2.1.4 Perkembangan kendiri

Perkembangan kendiri dalam diri seseorang itu haruslah sentiasa berkembang supaya dapat
memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Perkembangan diri ini dapat dilihat dari segi
pengalaman, potensi diri dan dapat menganalisis segala kelemahan yang terdapat dalam diri
sendiri, supaya dapat mengambil iktibar untuk berubah dan memperbaiki diri seseorang itu. Di
samping itu, terdapat juga sesetengah orang yang tidak melakukan perkembangan kendiri.

10
Sebagai contoh, seseorang itu tidak dapat melakukan sesuatu perubahan ke atas dirinya sendiri
dan merasa bosan atau tidak mempunyai semangat untuk melakukan perubahan tersebut.
Akibatnya diri seseorang itu mudah terjerumus ke arah yang negatif dan mengalami kesukaran
dalam menguruskan kehidupannya.

2.2 MODEL

Kesejahteraan psikologi termasuk dalam inisiatif bagaimana kita menilai kehiduan kita sebagai
manusia dalam pelbagai situasi kerana tidak semestinya situasi yang menyenangkan atau
sebaliknya. Terdapat ahli psikologi yang mengkaji tentang dimensi dari sudut psikologi, sebagai
contoh yang dapat dinyatakan ialah Carol Ryff yang telah menkaji tentang dimensi. Seperti yang
dinyatakan, terdapat 6 kriteria yang dikaji oleh beliau untuk mencapai kesedarajn diri dan potensi
seseorang individu. Kajian yang dilakukan ini menggunakan soal selidik tentang kesejahteraan.

2.2.1 Penerimaan diri

Dari sudut penerimaan diri, seseorang itu perlu menerima semua perkara yang berlaku sama ada
di masa lampau ataupun yang sedang berlaku supaya seseorang individu tersebut tidak
terjerumus ke arah negatif. Seseorang itu perlu mengambil sikap positif kerana ianya dapat
menenangkan badan, emosi, dan juga fikiran. Sebaliknya, jikalau tidak mengambil endah atau
tidak pedulikan tentang perkara ini, ia akan menyebabkan sukar untuk kita menerima tentang
perkara yang berlaku dan jika suatu perkara itu menjadi perkara yang negatif, sukar untuk
seseorang itu mencari jalan penyelesaian. Cara penyelesaian bagi seseorang itu terhindar
daripada perkara yang negatif dan akan mengakibatkan keburukan kepada dirinya, seseorang itu
hendaklah dapat menerima apa sahaja kekurangan dan kelebihan yang terdapat dalam dirinya
sendiri.

2.2.2 Kawalan ke atas persekitaran

Dimensi tentang perkara ini juga sangat penting terhadap seseorang untuk menangani
persekitaran. Hal ini membincangkan, persekitaran yang sukar menyebabkan seseorang itu

11
mempunyai keupayaan untuk menjadi seseorang yang negatif. Sekiranya seseorang individu itu
dapat mengawal di setiap keadaan, ia dapat memudahkan dirinya sendiri untuk mengawal
masalah yang dihadapinya tersebut. Menurut kajian oleh pakar tentang perkara ini, seseorang itu
akan menghadapi kesukaran yang lebih besar untuk mengatasi masalah yang berlaku dalam
kehidupan seseorang itu sekiranya dirinya itu tidak mampu untuk mengawal persekitarannya.
Mengawal persekitaran ini dapat diselesaikan secara baik apabila seseorang itu mempunyai sifat
keberanian yang kuat. Contohnya, seperti menyuarakan pendapatnya apabila terdapat
kesalahfahaman atau perkara yang tidak berpuas hati. Ini dapat mencegah seseorang itu daripada
mengalami perasaan takut dan direndahkan oleh individu yang lain.

2.2.3 Hubungan positif dengan orang lain

Merujuk perkara di atas, dimensi ini juga mengukur keupayaan seseorang untuk berinteraksi
dengan orang lain melalui percakapan. Keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dapat
memberikan seeorang itu emosi yang lebih stabil. Sekiranya perkara seperti ini tidak dapat
dilakukan oleh seseorang individu tersebut, ia akan menyukarkan seseorang itu untuk membuka
diri. Sebagai contoh, bertanyakan pendapat tentang bagaimana mengatasi sesuatu masalah.
Sebaliknya juga, ia akan menyebabkan seseorang itu kurang untuk mempercayakan orang lain
dan mengakibatkan sukar untuk mengekalkan sesuatu hubungan sekiranya mempunyai pasangan.
Sifat kepercayaan terhadap pasangan merupakan satu ciri-ciri dalam mengekalkan hubungan
yang positif terhadap keduanya.

2.2.4 Autonomi

Dimensi tentang autonomi ini membincangkan tentang kebebasan seseorang dalam pelbagai
aspek dalam kehidupan. Antara kebebasan yang sering dibincangkan dan diisukan adalah
kebebasan tentang memilih dan membuat keputusan untuk diri mereka sendiri. Dalam kehidupan
seseorang individu itu perlu mempunyai tahap autonomi yang tinggi supaya dapat memilih dan
membuat keputusan yang betul berdasarkan akal fikirannya sendiri. Hal ini demikian, kerana
tahap autonomi yang rendah dalam diri seseorang itu akan menyebabkan kehidupan seseorang
itu seolah-olah dikawal oleh orang lain dan juga membenarkan orang lain untuk menentukan

12
keputusan kepada diri seseorang. Dengan ini, seseorang individu itu haruslah mempunyai tahap
autonomi yang tinggi supaya tidak mempunyai tekanan dan fikiran yang negatif dalam
melakukan sesuatu perkara. Sebagai mana yang kita sedia maklum, seseorang itu perlu
mempunyai keyakinan terhadap pendapat yang diolahkan oleh dirinya sendiri dan tidak takut
sekiranya pendapat dirinya tersebut bercanggah dengan orang lain. Sekiranya, pendapatnya tidak
diterima, maka dirinya perlulah berfikiran positif dan memikirkan jalan penyelesaian yang lain
agar kedua-dua pihak dapat menerima keputusan yang betul.

2.2.5 Pertumbuhan peribadi

Dimensi ini pula mengukur tentang keupayaan untuk belajar daripada kesilapan dari diri mereka
sendiri dan membuka pengalaman dan cabaran baharu daripada kesilapan yang dilakukan pada
masa lampau. Pertumbuhan peribadi kepada seseorang individu sangatlah penting demi
perjuangan hidup. Seseorang individu harus mempunyai keupayaan untuk belajar daripada apa
yang telah dilalui dan untuk menambah baik kehidupan. Sekiranya seseorang itu tidak
melakukan perubahan dalam diri mereka sendiri, ia menyebabkan diri mereka akan buntu untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dan mengakibatkan hilang semangat untuk terus hidup. Dalam
kehidupan ini, kesilapan dalam diri adalah perkara yang biasa tetapi perlu diperingatkan agar
tidak mengulangnya dan sentiasa perbaiki diri sendiri untuk mencapai kesejahteraan dalam
kehidupan seseorang itu.

2.2.6 Tujuan hidup

Seseorang individu itu perlu menetapkan tujuan hidup mereka supaya dapat memberi makna
kepada kehidupan mereka dalam pelbagai cara seperti menentukan hala tuju masa depan mereka.
Penetapan tujuan hidup atas seseorang itu juga haruslah ditetapkan oleh diri mereka sendiri
supaya tujuan yang ditetapkan itu boleh dicapai. Hal ini demikian kerana, penetapan tujuan
hidup atas diri seseorang dapat membantu seseorang itu untuk lebih mendorongkan diri mereka
ke arah kebaikan dan dapat merasakan kehidupan mereka mempunyai makna sebagai asbab
hidup di dunia. Sebaliknya, seseorang yang tidak menetapkan tujuan hidup mereka, seolah-olah

13
mereka hidup di atas dunia ini tidak mempunyai tujuan yang perlu dilakukan untuk menaikkan
semangat ke atas diri mereka dan menyebabkan hidup mereka hilang arah.

14
BAB III
KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DARI PERSPEKTIF ISLAM

3.1 PENDAHULUAN

Kesejahteraan merupakan kesejahteraan subjektif yang boleh diukur. Secara amnya,


kesejahteraan subjektif adalah berkaitan dengan penilaian berkaitan kepuasan hidup,
kegembiraan dan kualiti dalam kehidupan manusia. Selain itu juga, ia adalah titik perbincangan
oleh ahli akademik semasa di mana manusia ingin mencapai kesejahteraan dalam kehidupan.
Menurut pandangan Islam, terdapat juga perbincangan dalam psikologi yang berkaitan dengan
kehidupan manusia untuk mencapai kesejahteraan berpandukan al-Quran dan al- Sunnah.

3.2 PERSPEKTIF ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI

Perspektif Islam terhadap kesejahteraan psikologi ialah memperbaiki kehidupan seseorang


supaya menjadi lebih baik seperti yang dicerminkan oleh para ulama pada zaman terdahulu.
Dalam hal ini, Islam juga menerangkan bagaimana ajaran Islam itu mengajar menasihati
seseorang itu untuk mencapai kesejahteraan dalam hidup. Pandangan Islam dan pandangan barat
sangat berbeza mengikut ajaran agama masing masing. Sebagai contoh, pada pandangan Islam
terdapat perbezaan mazhab, cara berfikir, cara untuk mentafsir akidah Islam dan sebagainya.
Dalam konteks ini, ia masih tidak menyebabkan pergaduhan sesama Islam. Hal ini demikian,
psikologi dalam Islam dapat juga digunakan dalam kehidupan seharian. Islam sangat
mementingkan tentang kepentingan kesihatan mental dan juga emosi. Al-Quran adalah adalah
panduan yang tepat untuk semua manusia sama ada Islam ataupun bukan Islam. Islam tidak
melarang sama sekali kepada orang bukan Islam untuk tidak mempelajari al-Quran dalam
melihat setiap sudut yang terkandung dalam al-Quran tersebut.

15
3.2.1 REALITI MANUSIA

a. Al-Quran

Untuk memahami maksud kesejahteraan dalam Islam, haruslah dilihat kepada konsep Islam
terhadap fitrah manusia terlebih dahulu. Setiap manusia perlu percaya bahawa al-Quran
mengandungi semua ajaran Islam yang utama tentang kehidupan dan kesejahteraan manusia di
dunia dan di akhirat. Setiap orang perlu beriman kepada Allah untuk mendapat kehidupan yang
lebih baik. Walaupun umat Islam pada masa kini sangat berpengaruh terhadap pelbagai
perkembangan sejarah dan budaya barat. Namun, panduan yang tepat bagi setiap umat Islam
adalah al-Quran dan al-Sunnah. Tanggapan al-Quran tentang kesejahteraan sebagai satu panduan
kehidupan kepada umat Islam. Dalam al-Quran menerangkan bahawa Allah SWT menciptakan
manusia untuk beribadah kepadaNya. Dalam konteks ini, Allah SWT mencipta manusia untuk
beriman kepadaNya melalui ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan ianya juga
merupakan panduan hidup kepada manusia untuk mencari kehidupan dan kesejahteraan yang
lebih baik.

b. Al-Sunnah

Al-Sunnah merupakan sumber utama selepas al-Quran bagi umat Islam dan menjadikannya
sebagai rujukan atau panduan dalam mencapai kesejahteraan manusia. Al-Sunnah juga
merupakan dorongan bagi setiap umat Islam untuk menuntut ilmu, mempelajari, menganalisa
dan menganjurkan penggunaan akal semaksimum yang boleh untuk mendapat keredhaan Allah.
Pandangan Syed Hossein Nasr (1984) juga menyokong pandangan ini dengan penegasan
beliau bahawa pemangkin umat Islam adalah pertamanya kekuatan ajaran Islam sendiri yang
bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah Nabi Muhammad SAW. Seterusnya, tamadun-tamadun
yang membangun sejajar dengan perkembangan Islam dalam masa yang sama ianya tidak
bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.

16
3.2.2 KONSEP KESEJAHTERAAN

a. Al-Quran

Kesejahteraan dalam al-Quran agak berbeza dengan tanggapan kesejahteraan yang dibincangkan
oleh ahli sastera. Dalam Islam terdapat tanggapan tentang kebahagaiaan manusia yang tidak
berlandaskan al-Quran, seperti harta benda dianggap sebagai tanggapan yang palsu tentang
kebahagiaan manusia. Dalam al-Quran, Allah tidak melarang kepada manusia untuk mencari
kebahagiaan sebegitu rupa tetapi haruslah tidak melarang tuntutan agama yang terdapat dalam al-
Quran. Islam telah menetapkan kehidupan yang baik untuk manusia seperti yang diterangkan
dalam al-Quran. Dari konsep al-Quran, untuk mencapai kesejahteraan dalam diri seseorang itu
perlulah mencari ketenangan dalam diri sendiri. Contohnya, umat Islam diwajibkan
melaksanakan semua perintah Allah dan sentiasa bersyukur atas apa yang telah dikurniakan.
Seseorang itu haruslah berpegang pada agama Islam untuk mencapai kesejahteraan, Allah SWT
telah mencipta manusia untuk menyembah-Nya. Keseronokan yang diperoleh daripada cara
hidup fizikal tidak dapat memberikan kebahagiaan yang mencukupi. Oleh sebab itu, setiap orang
perlu mencari kesejahteraan tentang Islam supaya menjadi pendorong untuk mendapatkan
kesejahteraan hidup yang diberkati. Allah SWT telah menetapkan kepada setiap orang manusia
untuk mencari kesejahteraan al-Quran supaya dapat menjadi pedinding agar hidup di dunia ini
tidak berasa sia-sia.

b. Al-Sunnah

Dari konsep al-Sunnah pula, kesejahteraan hidup juga dapat difahami menerusi hadis Nabi
Muhammad SAW di mana ia memainkan peranan yang sangat besar dalam menjelaskan dengan
lebih terperinci tentang kehidupan manusia secara khusus berhubung pemahaman terhadap ayat-
ayat al-Quran yang bersifat umum. Secara umumnya, beberapa elemen utama dalam
kesejahteraan hidup dilihat wujud dalam kitab-kitab hadis secara tidak langsung. Justeru, ia
boleh diperhatikan menerusi pengkategorian kitab-kitab hadis yang utama seperti hadis riwayat
al-Tirmizi, Sahih al-Bukhari dan Sahih al-Muslim. Sebagai contoh, “Ya Allah, janganlah Engkau
jadikan dunia menjadi perhatian utama kami serta batas pengetahuan kami.” Yang diriwayatkan

17
oleh Imam al-Tirmizi. Dalam hadis tersebut menunjukkan bahawa dunia hanyalah perhentian
sementara, dan akhirat menjadi perhentian selama-lamanya.

3.3 DIMENSI PERSPEKTIF ISLAM

Perkataan agama bermaksud kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan
dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya serta kepercayaan pada yang Maha Kuasa. Menurut
Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Islam adalah agama yang benar di sisi Allah dan agama bagi
umat Islam yang digelar sebagai Muslim. Malah Islam juga merupakan agama yang mengajarkan
konsep akhlak, adab dan kepercayaan terhadap Allah SWT. Justeru, dalam Islam juga terdapat
dimensi yang berkaitan dengan kesejahteraan manusia.

3.3.1 Meningkatkan motivasi

Motivasi dalam Islam dapat dikaitkan dengan seseorang untuk mencari dan mempercayai Allah
SWT sebagai pencipta alam semesta dan meminta pertolongan. Hal ini seseorang itu mampu
mencapai keinginan dalam menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.
Sebagai umat Islam, yang paling tepat adalah Nabi Muhammad SAW di mana beliau adalah
insan yang paling sempurna untuk dijadikan panduan dalam meningkatkan motivasi. Allah SWT
telah menyatakan dengan jelas di dalam al-Quran bahawa antara tugas Rasulullah SAW adalah
memberi motivasi kepada manusia. Firman-Nya dalam surah al-Kahfi ayat 56 yang
bermaksud : “Dan tidak Kami utuskan para rasul melainkan sebagai pembawa berita
gembira (mubasyyirin) dan sebagai pemberi amaran (mundzirin)”. Pembawa kegembiraan
membawa maksud tugas asasi para rasul adalah sebagai motivator yang mendorong manusia
kepada keredhaan Allah.

3.3.2 Pengurusan mental

Kesihatan mental menurut Islam menekankan peranan dan kesihatan rohani seseorang itu.
Pendekatan Islam mementingkan peranan diri dalam merawat mental dan jiwa adalah
berdasarkan kebesaran Allah SWT yang menciptakan manusia. Rasulullah SAW merupakan

18
model terbaik untuk dijadikan contoh sebagai seorang yang paling menjaga kesihatan mental dan
jasadnya dari unsur-unsur yang negatif. Dalam pada itu, minda dan akal perlu diisi dengan ilmu
pengetahuan. Sebagai contoh, mendalami ilmu pengetahuan al-Quran dan al-Sunnah tentang
penjagaan mental. Selain itu, gaya hidup seseorang muslim juga memainkan peranan sangat
penting terhadap pengurusan mental. Bagi mengukuhkan huraian di atas, gaya hidup seseorang
perlu diisi dengan amalan yang sihat seperti sentiasa melakukan amalan ibadah iaitu solat fardhu
lima waktu dan membaca al-Quran. Contoh ayat al-Quran yang menceritakan tentang
pengurusan mental ialah:

‫وب‬‫ل‬
ُ ‫ق‬
ُ ‫ل‬
ْ ‫ٱ‬ ‫ن‬
ُّ ‫َأاَل بِ ِذ ْك ِر ٱللَّ ِه تَطْمِئ‬
ُ َ
"Sesungguhnya mengingati Allah SWT hati menjadi tenteram"
(Surah ar-Ra'd 13:28)
Ayat di atas membawa maksud, umat Islam perlulah sentiasa mengingati Allah supaya hidup
sentiasa dalam keadaan yang tenang.

3.3.3 Hubungan positif dengan orang lain


Islam juga mengajar untuk menjaga hubungan dengan orang lain sebagaimana yang telah diajar
oleh Nabi Muhammad SAW. Menjaga hubungan dengan orang lain juga dapat membentuk
keharmonian dalam kalangan masyarakat. Menjaga hubungan atau mengeratkan silaturahim itu
merujuk kepada perihal berbuat baik kepada sesama manusia, bertolong-tolongan, bersikap
lemah lembut, nasihat menasihati dan menjaga perasaan. Hal ini kerana, jika hubungan sesama
manusia tidak dijaga maka ia akan menyebabkan umat Islam berpecah-belah.

‫َأخ َويْ ُك ْم ۚ َو َّٱت ُقو ۟ا ٱللَّهَ لَ َعلَّ ُك ْم ُت ْرمَحُو َن‬ ‫ب‬ ‫ا‬۟ ‫ِإمَّنَا ٱلْم ِمنو َن ِإخو ۭةٌ فََأصلِحو‬
َ َ ‫ُ ْؤ ُ ْ َ ْ ُ َنْي‬
Ayat di atas bermaksud "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah
antara kedua saudaramu itu. Dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."

(Surah Hujurat 49:10)

19
3.3.4 Perkembangan kendiri
Dalam Islam konsep kendiri boleh dihubungkan dengan diri atau peribadi manusia. Ahli
psikologi dan falsafah Islam bersetuju dengan pendapat yang hampir sama apabila
membincangkan tentang diri manusia, di mana mereka menjadikan al-Quran sebagai sumber
rujukan primer dalam mengupas dan membincangkan berkaitan diri manusia. Menurut
pandangan Islam juga, konsep kendiri dipengaruhi oleh akhlak atau perilaku seseorang. Ini
menjelaskan bahawa di dalam Islam, teras membentuk konsep kendiri manusia yang baik adalah
berakhlak mulia. Konsep kendiri merupakan penilaian, persepsi atau tanggapan individu
terhadap diri sendiri yang meliputi kepercayaan, sikap, nilai dan perasaannya. Penilaian, persepsi
atau tanggapan terhadap diri yang diperoleh daripada pengalaman yang dilalui dan alam
sekeliling boleh berlaku dalam bentuk positif mahupun negatif.

20
4.0 KESIMPULAN

Berdasarkan fakta dan huraian daripada di atas, dapat disimpulkan kesejahteraan psikologi ialah
suatu kepuasan dalam diri seseorang individu dalam mencapai keharmonian dalam dirinya dan
kelilingnya. Kepuasan yang dimaksudkan adalah kegembiraan dalam kehidupan mereka yang
ingin dicapai seperti positif dari fizikal dan mental. Kegembiraan ini juga dapat dicapai sekiranya
seseorang individu itu mampu melihat dan menerima kelebihan dan kekurangan dirinya sendiri.
Individu perlulah sentiasa belajar daripada pengalaman dan kesilapan dalam meneruskan
kehidupan dan menjadi autonomi di mana individu tersebut membuat keputusan yang betul dan
memberi manfaat pada dirinya dan orang sekelilingnya. Seterusnya, mempunyai hubungan yang
baik dengan orang sekeliling juga merupakan salah satu cara agar diri seseorang itu berada dalam
keadaan yang positif.

Kesejahteraan sebenar adalah keseronokan rohani yang berkekalan sekiranya


mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jalan untuk menuju kesejahteraan yang sebenar bukannya
mudah, pelbagai halangan yang bakal ditempuh oleh setiap manusia. Ia adalah salah satu ujian
kepada kita sama ada kita dapat terus beristiqomah dalam mencari kesejahteraan sebenar.
Kepercayaan yang sepenuhnya kepada Allah SWT membolehkan seseorang itu tidak dipengaruhi
oleh kecenderungan syaitan. Hal yang demikian, seseorang individu perlulah menjadikan al-
Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan dalam mencari kesejahteraan dalam kehidupan didunia
serta diakhirat.

21
RUJUKAN
1. Ryff, C. D., & Keyes, C. L. M. (1995). The structure of psychological well-being
revisited. Journal of Personality and Social Psychology, 69(4), 719–727. 
2. Salina Binti Mokhtar (2018), Model kesejahteraan psikologi, (UNIVERSITI SAINS
MALAYSIA)
3. Rathi dan Rastogi (2007), Meaning_in_Life_and_Psychological_Well-Being_in_Pre-
Adolescents_and_Adolescents, Journal of the Indian Academy of Applied Psychology 33(1)
4. Ryff, C. D. (1989b). Happiness is everything, or is it? Explorations on the meaning of
psychological well-being. Journal of Personality and Social Psychology, 57, 1069–1081.
5. Jong Jee Leong, Jurnal Psikologi Malaysia 33 (1) (2019): 48-64 ISSN-2289-817,)
(Psychological Well-Being and Source of Job Stress
6. Ryff, C. D., and Keyes, C. L. M. (1995). The Structure of Psychological Well-Being
Revisited. J. Pers. Soc. Psychol. 69, 719–727.
7. Crisp, Roger (2017). "Well-Being". The Stanford Encyclopedia of Philosophy. Metaphysics
Research Lab, Stanford University.
8. Stone, Arthur A.; Mackie, Christopher (2013). "Introduction". Subjective Well-Being:
Measuring Happiness, Suffering, and Other Dimensions of Experience.
9. Fletcher, Guy (2015). "Introduction". The Routledge Handbook of Philosophy of Well-Being.
10. Yang, Haiyang; Ma, Jingjing (2021-08-01). "How the COVID-19 pandemic impacts tobacco
addiction: Changes in smoking behavior and associations with well-being". Addictive Behaviors.
119: 106917.
11. Catriona Barrett (1997). Re: What Is Psychology?.
12. (2017). The 6 Dimensions of Psychological Well-Being. Retrieved from
https://exploringyourmind.com/6-dimensions-psychological-well/
13. Mohsen J., Dan W. (2019). Islamic Perspectives on Wellbeing. Positive Psychology in the
Middle East/North Africa (pp.237-256)
14. Ryff, C. D. (1989). Six-factor Model of Psychological Well-being. Retrieved from
https://en.wikipedia.org/wiki/Six-factor_Model_of_Psychological_Well-being
15. Seifert, T. A. (2005). The Ryff scales of psychological well-being. Assessment Notes.
16. Nik S. N. M., Marzudi M. Y., Muhammad S. A. A., “Analisis faktor-faktor kesejahteraan
subjektif dalam kalangan peserta mikro kredit Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM): Cawangan
Kepong, Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur Tengah” JMS Vol. 3 Issue 1 (2020): 351 – 383.

22
17. Wan M. Y. W. C., Abdul W. M. A., Ahmad J. J., Abdullah A. M. Z. (2018). Konsep
Kesejahteraan Keluarga Menurut Hadis Al-Sa‘Adah. Asian People Journal (APJ). Volume 1,
Issue 2 (2018).
18. Fia. A. R. (2022). 6 Hadis tentang Kehidupan, Ingatkan Akhirat yang Abadi.
19. Wan. M. F. A. W. R., Mastura A. W. (2021). 6 Hadis tentang Kehidupan, Ingatkan Akhirat
yang Abadi. The Malaysian Journal of Islamic Sciences. Vol.33. No.2 (2021).
20. Harmalis. (2019). Motivasi Belajar Dalam Perspektif Islam. Indonesian Journal of
Counseling & Development. Vol.1, No.1. (2019).
21. Rosni. W. (2014). Motivasi Rasulullah S.A.W Berdasarkan Hadis-Hadis Pilihan Di Dalam
Al-Arba'in Al-Nawawiyyah. International Reseacrh and Innovation Conference Proceeding
(2014).
22. Dr. R. S., (2020). Mengerat persaudaraan. Retrieved from
https://www.hmetro.com.my/addin/2020/12/654331/mengerat-persaudaraan
23. Siti N. A. M., Nurul H. C. H., Siti Z. Z., Abu B. J., Wan A. W. A. (2021). Konsep Kendiri
Pelajar Menurut Perspektif Islam. GADING (Online) Journal for Social Sciences, Special Issue
KONAKA. Vol. 24(03). (2021).
24. Siti J. A. J., Yusmini M. Y., Rozmi I. (2017) Pembinaan Konsep Kendiri dari Perspektif
Barat dan Islam. Jurnal Usuluddin 45 (1) 2017: 1-26.

23

Anda mungkin juga menyukai