Anda di halaman 1dari 4

Ifādah daripada kupasan hadith #3 daripada kitab Arba’un An-Nawawiyyah

Tajuk: Rukun Islam.

1) Bilamana kita gunakan istilah ‫ رضي هللا‬kepada para sahābat, ia adalah jazm (suatu bentuk yang
pasti), kerana sudah semestinya para sahabat diredhai Allah ‫ ﷻ‬.

Adapun, jika digunakan kepada ulama’, maka ia adalah doa (mudah-mudahan diredhai oleh Allah ‫)ﷻ‬

2) Kata Al-Imam Ibn Hajar Al-Asqalani,

Definisi sahābat; sesiapa yang,

1. Berjumpa Nabi ‫ﷺ‬

2.Beriman dengan Nabi ‫ﷺ‬

3.Mati dalam keadaan beriman

Jikalau wanita, digelar sahābiah.

3) Islam terbina atas 5perkara;

1. Syahadatain.

Merupakan syarat penerimaan amal seseorang kerana mencakupi dua perkara,

‫ال إله إال هللا‬

Menuntut kita untuk ikhlas; ikhlas disini adalah dengan cara mengesakan Allah dalam ‘ibadat.

Hanya kepada Allah kita mengabdikan diri.

Amalan tanpa disertakan dengan ikhlas; sia-sia.

Analogi ringkas, kita berada di tingkat bawah sekali, rumah kita di tingkat 19, dalam masa yang sama
lif tidak berfungsi.

Lalu, kita memilih untuk naik satu per satu hingga sampai ke rumah kita menggunakan tangga.

Sesampainya kita dihadapan pintu rumah, baru teringat yang kunci tertinggal, sama juga, tetap tidak
boleh masuk ke dalam rumah walaupun setelah berpenat lelah.

Begitu jugalah bila kita penat lelah dalam beramal, tetapi kita lupa, syarat penerimaan suatu amalan
itu adalah ikhlas.

Adapun,
‫محمد رسول هللا‬

Menuntut kita untuk ittiba’ rasulillah ‫ ;ﷺ‬mengikuti segala apa yang telah diajarkan Baginda ‫ ﷺ‬.

Mengikuti sunnah disini meliputi 6️⃣ perkara;

1.Tempat.

Contohnya haji, umrah dan seluruh manasiknya adalah tempatnya di tanah harām dan sekelilingnya.

Maka, tidak tepat dan bercanggah dengan sunnah jika kita lakukan di tempat selain tanah harām.

2. Masa

Solat subuh; sunnahnya adalah selepas terbitnya fajar sādiq.

Tidak tepat dan bercanggah dengan sunnah jika kita lakukan pada waktu yang lain.

3. Kadar bilangan

Sunnahnya; solah subuh 2 rakaat.

Maka, melaksanakan solat subuh kurang atau lebih daripada 2 rakaat, maka ianya tidak tepat dan
bercanggah dengan sunnah.

4.Kaifiat

Hadith sahih,

“Solatlah sepertimana kamu melihat aku solat”

Walaupun kita tidak melihat Nabi ‫ ﷺ‬secara langsung, tetapi ia tetap sebagaimana yang dilakukan
oleh Baginda ‫ ﷺ‬kerana diturunkan kepada para sahabat, tabi’in seterusnya sampailah kepada kita.

Adapun, jika kita melaksanakan solat dengan cara selainnya, maka ianya tidak tepat dan bercanggah
dengan sunnah.

5.Sebab ia dibuat.

Contoh;

Kita masuk masjid lalu solat dua rakaat, lalu orang bertanya, kenapa kamu solat dua rakaat?

Dijawab, kerana aku masuk masjid.

Hadith,

“Apabila kamu masuk ke dalam masjid, janganlah kamu duduk sebelum menunaikan dua rakaat.”
6.Jenis.

‘Aqiqah - ada jenis-jenis binatang yang wārid didalam sunnah untuk dilakukan ‘aqidah.

Maka, selainnya dianggap tidak tepat dan bercanggah dengan sunnah.

2. (bersambung rukun islam 1.), solat.

Bahasa - doa.

Istilah - ucapan atau perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salām.

Ibadah terbahagi kepada 3;

- Anggota badan.

- Harta.

- Anggota badan + harta.

Maka, solat dikategorikan sebagai ‘ibadah badaniyyah (anggota badan).

3. Zakat.

Mengeluarkan harta untuk berzakat, tidak lain tidak bukan untuk membersihkan hati dan
menyucikan jiwa.

Juga, mendekatkan diri kepada Allah ‫ ﷻ‬.

Sedekah terbahagi kepada dua,

Wajib - Zakat.

Sunat - Selain zakat.

4.‘Ibadah haji.

Ianya terikat dengan syarat mengikuti sunnah yang pertama iaitu tempat, dilaksanakannya di
masjidil harām.

Ianya adalah ibadah yang tertinggi dalam kehidupan seorang muslim kerana mencakupi kedua-dua
item; badaniyyah (anggota badan) dan harta.

5. Puasa Ramadhān.

Definisi; Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sādiq
hingga terbenam matahari dengan niat ‘ibadat.
Ianya terikat dengan syarat mengikuti sunnah yang ke-2; masa. Kerana ianya dilakukan hanya pada
bulan Ramadhān sahaja.

Wajib - Nazar, qadha’.

Sunat -

i) Tahunan - 6 syawal, hari arafah.

ii) Bulanan - hari putih.

iii) Mingguan - isnin khamis.

Puasa hari putih; 3 hari setiap bulan, seolah-olah berpuasa setahun.

3 hari x 12 bulan (setahun) : 36

Setiap ‘amalan kebaikan digandakan dengan 10.

Total : 360 (Hari dalam setahun menurut kalendar Hijri).

Anda mungkin juga menyukai