Anda di halaman 1dari 6

Disediakan oleh: Rabbaniyah Binti Mohamed

SGDX 4028 PRAKTIKUM KEGURUAN


SEMESTER KEDUA SESI 2021/2022
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MINGGU 12

Tarikh / Hari : 12 Jun 2022 / Ahad


Kelas / Masa : 3A13 / 12.00-1.00 pm
Kehadiran 13/34 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Bidang Pembelajaran : Kemahiran Membaca
Standard Kandungan : 2.1 Membaca secara mekanis pelbagai bahan prosa dan puisi.
Standard : 2.1.2 Membaca dan memahami laras bahasa cerpen dengan
Pembelajaran sebutan, intonasi yang betul dan nada yang sesuai.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi PdP, murid berupaya:
1. Membaca dengan sebutan, intonasi yang betul dan nada
yang sesuai.
2. Menyatakan secara lisan maksud sekurang-kurangnya 3
perkataan yang tidak diketahui berdasarkan buku cerita
yang dibaca.
3. Menceritakan secara ringkas sinopsis cerita yang telah
dibaca.
Pra Syarat : Murid sudah mempelajari tentang bacaan laras bahasa sesuatu
laporan dan berita.
Bahan Bantu : Perpustakaan, buku cerita, buku latihan, pen.
Mengajar
Aktiviti : Set Induksi (5 minit)
1. Murid masuk ke dalam perpustakaan.
2. Murid membaca doa sebelum kelas bermula.
3. Murid mendengar cerita pendek yang dibacakan oleh
guru.
4. Murid disoal tentang ringkasan cerita yang telah
dibacakan oleh guru.
5. Murid memberi pelbagai respon.
6. Murid menerima maklum balas daripada guru.

Langkah 1 (10 minit)


1. Murid diberi peluang untuk memilih buku cerita yang
ingin dibaca.
2. Masa membaca diberikan selama 10 minit.
3. Guru memantau aktiviti murid.

Langkah 2 (20 minit)


1. Murid mendengar dengan teliti tentang arahan aktiviti
yang disampaikan oleh guru.
2. Murid perlu membaca buku cerita yang dipilih sebentar
tadi dengan suara yang jelas dan lantang.
3. Murid yang lain memberi perhatian tentang bacaan rakan
mereka.
Disediakan oleh: Rabbaniyah Binti Mohamed

4. Murid mendapat pujian dan galakkan daripada guru.


5. Murid dengan bacaan dan ringkasan cerita yang
menarik, menerima ganjaran.
6. Murid yang lemah dalam kemahiran membaca akan
mendapat bimbingan daripada guru.

Langkah 3 (10 minit)


1. Beberapa murid dipilih secara rawak untuk menceritakan
semula cerita yang telah dibaca.
2. Murid juga menyatakan nilai murni yang terdapat dalam
cerita tersebut.
3. Murid mendapat pujian dan galakkan daripada guru.

Langkah 4 (10 minit)


1. Guru mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam
sesebuah cerita.
2. Murid diterapkan nilai murni dalam diri.
3. Murid memberi respon terhadap soalan yang ditanya
oleh guru.
4. Murid mendapat lembaran kerja.

Penutup (5 minit)
1. Murid menyimpulkan sesi pengajaran dan pembelajaran
ini secara sukarela.
2. Guru memberikan rumusan terhadap topik pengajaran
secara ringkas.
3. Guru mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang
baik dan respon yang diberikan oleh murid bagi
sepanjang sesi PdP berlangsung.
I-Think : -
KBAT : Mengaplikasi
Elemen Merentasi : Nilai Murni
Kurikulum
Strategi Pengajaran : Secara langsung
dan Pembelajaran
Nilai/ Profil Murid : Berdaya tahan, berusaha, pemikir
Refleksi/ Catatan : 07/13 orang murid memberi respon ketika sesi pembelajaran
dijalankan.
06/13 orang murid tidak mencapai objektif pembelajaran dan
dapat bimbingan daripada guru.
21/34 orang murid tidak hadir.
Disediakan oleh: Rabbaniyah Binti Mohamed

Tarikh / Hari : 13 Jun 2022 / Isnin


Kelas / Masa : 3A13 / 8.30-9.30 am
Kehadiran : 19/34 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Bidang Pembelajaran : Tatabahasa (Ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat
seruan)
Standard Kandungan : 5.1 Memahami dan menggunakan perkataan daripada pelbagai
golongan kata dalam pelbagai ayat.
Standard : 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata tugas dalam ayat
Pembelajaran mengikut konteks.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi PdP, murid berupaya:
1. Membezakan sekurang-kurangnya 2 jenis ayat sama
ada ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat
seruan.
2. Membina sekurang-kurangnya satu ayat lengkap sama
ada ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat
seruan.
Pra Syarat : Murid sudah mempelajari tentang kata hubung.
Bahan Bantu : Buku rujukan Sistem Bahasa Tingkatan 3, cop ganjaran, kertas
Mengajar A4, pen, lembaran kerja, papan putih, pen penanda.
Aktiviti : Set Induksi (5 minit)
1. Murid membaca doa sebelum memulakan sesi PdP pada
hari ini.
2. Guru bertanya khabar murid.
3. Guru menulis 4 ayat di papan putih iaitu ayat penyata,
ayat perintah, ayat tanya dan ayat seruan.
4. Murid disoal oleh guru tentang 4 ayat tersebut.
5. Murid memberikan pelbagai respon.
6. Guru memberi maklum balas terhadap respon murid.
7. Guru mengaitkan 4 ayat tersebut topik pengajaran pada
hari ini.

Langkah 1 (10 minit)


1. Guru menerangkan secara ringkas ciri 4 jenis ayat
tersebut.
2. Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
3. Sesi soal jawab antara murid dan guru berlaku.
4. Murid memberikan respon yang baik terhadap soalan
yang diajukan oleh guru.
5. Guru memberi maklum balas yang positif kepada murid.

Langkah 2 (20 minit)


1. Murid mendengar dengan teliti tentang arahan aktiviti
yang disampaikan oleh guru.
2. Murid mendapat lembaran kerja.
3. Setiap murid perlu menyiapkan lembaran kerja tersebut.
4. Lembaran kerja tersebut mengandungi 15 ayat yang
Disediakan oleh: Rabbaniyah Binti Mohamed

terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya


dan ayat seruan.
5. Murid perlu mengelaskan ayat-ayat tersebut dalam jenis
ayat yang betul.
6. Guru memantau aktiviti murid.
7. Murid yang lemah akan diberikan bimbingan.

Langkah 3 (10 minit)


1. Sebagai penilaian aktiviti berkumpulan, perbincangan
jawapan diadakan.
2. Setiap soalan perlu dibacakan oleh seorang murid
secara rawak dengan jelas.
3. Murid menerima pujian dan galakkan daripada guru.
4. Guru memberi cop ganjaran sebagai pemangkin
semangat kepada murid agar lebih bersemangat.

Langkah 4 (10 minit)


1. Sebagai pengukuhan, murid diminta untuk membina
sekurang-kurangnya 1 ayat penyata, 1 ayat perintah, 1
ayat tanya dan 1 ayat seruan secara berpasangan.
2. Murid perlu menyalin binaan ayat itu di dalam buku
latihan.
3. Murid menunjukkan hasil kerja mereka.
4. Guru memberikan maklum balas positif terhadap murid.

Penutup (5 minit)
1. Murid menyimpulkan sesi pengajaran dan pembelajaran
ini secara sukarela.
2. Guru memberikan rumusan terhadap topik pengajaran
secara ringkas.
3. Guru mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang
baik dan respon yang diberikan oleh murid bagi
sepanjang sesi PdP berlangsung.
I-Think : -
KBAT : Mengaplikasi
Elemen Merentasi : Bahasa
Kurikulum
Strategi Pengajaran : Secara langsung
dan Pembelajaran
Nilai/ Profil Murid : Bersifat ingin tahu, berusaha, pemikir
Refleksi/ Catatan : 08/19 orang murid memberi respon ketika sesi pembelajaran
dijalankan.
11/19 orang murid tidak mencapai objektif pembelajaran dan
dapat bimbingan daripada guru.
15/34 orang murid tidak hadir.

Tarikh / Hari : 15 Jun 2022 / Rabu


Disediakan oleh: Rabbaniyah Binti Mohamed

Kelas / Masa : 3A13 / 11.40 am-12.20 pm


Kehadiran :
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Bidang Pembelajaran : Tatabahasa (kata kerja)
Standard Kandungan : 5.1 Memahami dan menggunakan perkataan daripada pelbagai
golongan kata dalam pelbagai ayat.
Standard : 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja dalam ayat
Pembelajaran mengikut konteks.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi PdP, murid berupaya:
1. Menyatakan secara lisan maksud kata kerja.
2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 kata kerja dengan
betul.
3. Membina sekurang-kurangnya 1 ayat lengkap yang
mengandungi kata kerja.
Pra Syarat : Murid sudah mempelajari tentang perbezaan antara ayat
penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat seruan.
Bahan Bantu : Potongan kertas, kotak, papan putih, pen penanda, kertas
Mengajar warna, lembaran kerja.
Aktiviti : Set Induksi (5 minit)
1. Murid membaca doa sebelum memulakan sesi PdP pada
hari ini.
2. Guru bertanya khabar murid.
3. Murid dipanggil secara sukarela untuk tampil ke hadapan
sebagai wakil bagi aktiviti Pilih, Lakon dan Teka.
4. Murid perlu memilih beberapa cebisan kertas yang ada
di dalam kotak.
5. Murid tersebut melakonkan aksi yang tertulis pada
cebisan kertas itu.
6. Murid yang lain perlu meneka dengan tepat untuk aksi
rakan mereka.
7. Ganjaran diberikan kepada murid yang dapat menjawab
dan murid yang menjadi wakil di hadapan.
8. Guru mengaitkan topik hari ini dengan aktiviti sebentar
tadi.

Langkah 1 (5 minit)
1. Guru menerangkan secara ringkas maksud kata kerja.
2. Sesi soal jawab antara murid dan guru berlaku.
3. Murid memberikan respon yang baik terhadap soalan
yang diajukan oleh guru.
4. Guru memberi maklum balas terhadap respon murid.

Langkah 2 (15 minit)


1. Murid mendengar dengan teliti tentang arahan aktiviti
yang disampaikan oleh guru.
2. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
3. Setiap kumpulan dibekalkan kertas warna dan satu
Disediakan oleh: Rabbaniyah Binti Mohamed

sampul surat yang mengandungi kepingan kertas.


4. Murid perlu menyuaipadankan kepingan gambar dengan
kata kerja yang bersesuaian.
5. Murid menampal kepingan gambar dan padanan
kepingan kertas yang tertera kata kerja yang sesuai di
atas kertas warna.
6. Setelah selesai, setiap kumpulan perlu memilih satu
gambar berdasarkan suai padan tadi untuk membina
satu ayat lengkap.
7. Aktiviti ini dinamakan “Padankan Saya”.
8. Guru memantau aktiviti murid.

Langkah 3 (10 minit)


1. Perbincangan jawapan diadakan secara keseluruhan.
2. Teknik penyoalan digunakan untuk menggalakkan murid
memberi respon.
3. Guru memberikan maklum balas yang positif dan pujian
kepada murid.
4. Kumpulan yang terpantas menyiapkan tugasan akan
diberikan ganjaran.
5. Guru turut mengaitkan unsur nilai murni dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
6. Murid menerima lembaran kerja sebagai latihan
pengukuhan,

Penutup (5 minit)
1. Murid menyimpulkan sesi pengajaran dan pembelajaran
ini secara sukarela.
2. Guru memberikan rumusan terhadap topik pengajaran
secara ringkas.
3. Guru mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang
baik dan respon yang diberikan oleh murid bagi
sepanjang sesi PdP berlangsung.
I-Think : -
KBAT : Mengaplikasi
Elemen Merentasi : Nilai Murni
Kurikulum
Strategi Pengajaran : Koperatif (Padankan Saya)
dan Pembelajaran
Nilai/ Profil Murid : Bersifat ingin tahu, berusaha, kerjasama
Refleksi/ Catatan :

Anda mungkin juga menyukai