Anda di halaman 1dari 14

LEARNING THROUGH PLAY IN EARLY CHILDHOOD

EDUCATION/PEMBELAJARAN MELALUI BERMAIN


DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

(HBEC 2803)

SEMESTER JANUARY 2023

NO. MATRIKULASI : 970629565082001


NO. KAD PENGENALAN : 970629-56-5082
NO. TELEFON : 013-6715658
E-MEL : sueenurannis@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : IPOH LEARNING CENTRE
1. PENGENALAN

Bermain penting untuk perkembangan kanak-kanak sebab ia menyumbang


kepada perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan kesihatan emosi mereka.
Melalui bermain ibu bapa berpeluang untuk turut serta dalam aktiviti anak-
anak mereka. Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi
setiap kanak-kanak.

Bahan pembelajaran berasaskan bermain ini menggunakan bahan sekitar


semula dimana ianya berasaskan daripada kotak sahaja. Bahan
pembelajaran yang dipilih adalah berkonsepkan sebuah rumah yang
dikelilingi dengan nombor 1 hingga 10. Ianya sesuai dengan subjek
Matematik di mana bahan pembelajaran ini akan menarik minat kanak-kanak
untuk mempelajari nombor.

Bahan pembelajaran ini bersifat interaktif di mana kanak-kanak akan


memegang nombor 1 hingga sepuluh dan akan memasukkan nombor yang
dipegang ke dalam lubang nombor yang betul di mana ianya didapati di
sekeliling rumah tersebut. Kanak-kanak juga dapat menanggalkan kembali
nombor yang telah dimasuki ke lubang nombor tersebut agar mereka dapat
melakukan aktiviti tersebut berulang kali bersama rakan-rakan yang lain.

Malah, bahan pembelajaran yang dibina ini juga sesuai dengan kanak-kanak
yang berda peringkat umur 5 sehingga 6 tahun. Melalui bahan pembelajaran
ini, kanak-kanak akan lebih cemderung dalam mencuba dan mengenal
nombor dalam melakukan aktiviti tersebut.

2
2. PROSES PEMBUATAN

NO. Bahan Pembelajaran Langkah-langkah


1. Sediakan satu kotak besar mengikut saiz
yang dikehendaki dan gamkan
menggunakan gam plastik di dasar kotak
tersebut.

2. Lakarkan nombor 1 sehingga 10 di


sekeliling kotak tersebut dengan urutan
nombor yang tidak teratur menggunakan
pen marker.

3. Potong nombor-nombor yang telah


dilakar menggunakan pisau mengikut
bentuk nombor yang dilukis dari nombor
1 hingga 10.

3
4. Setelah nombor siap dipotong, lakarkan
atap rumah di bahgian atas kotak
tersebut.

5. Lalu, lakaran bumbung rumah yang telah


dilakar dipotong menggunakan pisau
mengikut garisan yang telah dibuat.

6. Kemudian, bahagian di dalam kotak perlu


dilapisi dan digamkan dengan kotak yang
lain untuk menutupi lubang nombor yang
terdapat di sekeliling kotak tersebut dari
dalam.

7. Kotak yang telah di potong untuk


membentuk bumbung rumah di lipat dan
digabung kan dengan kotak sebelah
untuk membentuk atap tersebut

8. Gamkan sekeliling rumah tersebut


menggunakan gam plastik agar bahan

4
pembelajaran tersebut kukuh.

9. Kemudian, ambil kertas warna yang


diingini dan gamkan pada belakang
kertas warna tersebut.

Lekatkan kertas warna di dalam lubang


nombor yang dipotong tersebut.

Lalu lekatkan kertas warna yang diingini


di sekeliling rumah tersebut serta
bumbung rumah mengikut kreativiti diri
sendiri.

Nombor yang telah di potong diwarnakan


dan dimasukan ke dalam lubang nombor
yang telah dipotong.

5
3. FAEDAH BAHAN PEMBELAJARAN

Bermain merupakan fitrah kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti bermain adalah


sebahagian daripada dunia kanak-kanak, kurikulum Pendidikan perlu
diterapkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan
aktiviti bermain. Melalui aktiviti belajar sambal bermain, ianya dapat
merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial,
emosi dan fizikal kanak-kanak.

Bahan pembelajaran ini dipilih kerana ianya akan menarik minat kanak-kanak
dalam mempelajari nombor dengan cepat dan tangkas. Bahan pembelajaran
ini dibuat bersubjekkan Matematik di mana kanak-kanak sering mempunyai
kekeliruan dalam mengenal nombor. Maka dengan ini, saya memilih bahan

6
pembelajaran berasaskan nombor satu sehingga sepuluh di mana kanak-
kanak akan memegang nombor-nombor yang telah diberi oleh guru untuk
dipadankan dengan bentuk nombor yang terdapat pada rumah buatan sendiri
tersebut. Ianya mudah bagi kanak-kanak untuk merasa ingin tahu dan berasa
minat dalam melakukan aktiviti tersebut kerana kanak-kanak cenderung
dengan permainan yang menguji rasa ingin mencuba dalam diri mereka.
Sebagai contoh, permainan yang sering dimainkan oleh kanak-kanak pada
masa kini adalah jigsaw puzzle, blok dan memadankan bentuk pada sesuatu.
Hal ini mendorong bahan pembelajaran ini dibina untuk menarik minat dan
rasa ingin belajar kanak-kanak dalam mengenal nombor.

Bahan pembelajaran ini dapat mengalakkan pembelajaran dan


perkembangan kanak-kanak kerana bahan ini dibina untuk merangsang
perkembangan kognitif, sosial dan fizikal kanak-kanak. Bahan ini dilemgkapi
dengan bentuk nombor di sekeliling rumah tersebut dengan susunan yang
tidak teratur. Malah, guru akan memberi nombor-nombor kepada setiap
seorang murid ynag ingin mencuba memadankan nombor tersebut ke dalam
bentuk nombor yang betul pada rumah tersebut. Kanak-kanak akan
menggunakan aspek kognitif dalam berfikir, memahami mengingati nombor-
nombor yang telah dipelajari oleh mereka sebelum ini. Melalui ini, kanak-
kanak akan mudah mengingati nombor dan bentuk nombor yang betul yang
telah dipelajari oleh mereka sebentar tadi.

Selain itu, bahan pembelajaran ini juga dapat mengalakkan perkembangan


sosial kanak-kanak di mana kanak-kanak akan berinteraksi bersama kanak-
kanak yang lain serta guru mereka. Kanak-kanak akan melalui soal jawab
bersama guru dan rakan-rakan mereka dalam membincangkan nombor yang
telah diberi oleh guru untuk dipadankan ke tempat yang betul. Hal ini dapat
meningkatkan aktiviti sosial kanak-kanak dalam mempelajari nombor tersebut
dengan berbincang bersama rakan-rakan mereka yang lain. Kanak-kanak
akan berasa seronok dan akan berkeyakinan tinggi dalam melakukan aktiviti
tersebut dengan adanya perbincangan bersama kanak-kanak yang lain.

7
BAHAGIAN II

2. Terapi bermain adalah main dan perkembangan kanak-kanak sejak lahir,


bermain merupakan aktiviti utama dalam perkembangan kanak-kanak dan aspek
fizikal,intelek,sosial,emosi dan rohani.

Definisi terapi bermain adalah pengunaan secara sistematik model teoritikal untuk
membentuk proses interpersonal kanak-kanak. Terapi bermain untuk latih kanak-
kanak menggunakan kuasa terapeutik bermain untuk membantu kanak-kanak
menyelesaikan masalah psikosial dan mencapai pertumbuhan dan perkembangan
yang optimum.

Terapi bermain bertujuan untuk mengendalikan masalah yang mengganggu


perkembangan kanak-kanak. Ia juga boleh mengurangkan masalah tingkah laku dan
emosi kanak-kanak. Malah terapi bermain dapat meningkatkan tahap keyakinan diri

8
kanak-kanak dalam diri mereka. Ia juga boleh meningkatkan kemahiran komunikasi
dan kefahaman di antara ibubapa dengan anak-anak.

Terapi bermain berguna untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah keluarga.


Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami hal keluarga seperti kes berpisah
dan penceraian ibubapa. Malah, ianya juga digunakan untuk kanak-kanak yang telah
mengalami trauma daripada penderaan seksual,fizikal atau emosi.

Kepentingan Terapi bermain digunakan adalah untuk memberi peluang kepada


kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri. Ianya juga dapat menyediakan tempat
yang selamat bagi kanak-kanak meluahkan perasaan. Contohnya,kanak-kanak akan
berkongsi masalah mereka dan kanak-kanak tidak akan terbeban dengan masalah
yang mereka hadapi seorang diri. Malah, Terapi ini juga mengalakkan kanak-kanak
berkomunikasi dengan rakan mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak akan lebih
banyak berkomunikasi dengan rakan-rakan daripada rasa terpencil tanpa
komunikasi dengan rakan-rakan. Malah, Terapi bermain juga dapat mengalakkan
kanak-kanak dalam menyarankan memberi pendapat. Contohnya, kanak-kanak
akan berani dan aktif dalam menjawab atau melakukan aktiviti sesi soal jawab
bersama guru.

Bermain pula didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan


dan kepuasaan kepada kanak-kanak tanpa melihat hasil aktiviti yang dilakukan
berbanding dengan terapi bermain dengan kata lain kanak-kanak bermain bukan
kerana menggunakan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu.

Bermain adalah satu saluran untuk kanak-kanak belajar tentang diri mereka sendiri
dan dunia di sekeliling mereka. Ianya aktiviti spontan yang mna kanak-kanak
memperoleh pengalaman semasa bermain.

Bermain adalah satu proses yang berstruktur dalam tujuan meningkatkan proses
perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Bermain dikategorikan dapat
membantu perkembangan fizikal kanak-kanak, kanak-kanak akan berasa seronok
dengan aktiviti fizikal yang dilakukan dan mampu meningkatkan kemahiran motor
kanak-kanak. Kanak-kanak juga berkebolehan menjadi kreatif melalui penerokaan
dalam bermain.

9
3. Dalam perlaksanaan terapi bermain,guru perlu menyediakan bilik terapi. Bilik
terapi perlu dilengkapi dengan alatan yang lengkap bersesuaian dengan kanak-
kanak sebagai contoh, bilik perlu disertakan dengan bhan-bahan rujukan, alatan
asas seperti rak buku,cermin,almari dan lain-lain.

Guru juga perlu menyediakan media mainanyang boleh mendorong


ekspresi,pemikiran dan perasaan kanak-kanak. Bahan bermain juga perlu
memberi peluang untuk menguji realistra kanak-kanak melalui bahan permainan
juga perlu membolehkan kanak-kanak meluahkan perasaan yang tidak diingini
dan ianya juga mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak

Aktiviti yang boleh dilakukan dalam terapi bermain adalah main asosiatif atau
associative play, konsep ini memberikan dua orang atau sekumpulan kanak-
kanak. Ianya membuat kerjasama dan komunikasi antara kanak-kanak. Contoh
bahan aktiviti yang boleh dilakukan dalam terapi ini adalah anak patung,set

10
blok,alatan mainan dapat seperti perkakasan memasak. Kanak-kanak akan
bermain atau akan meniru apa kanak-kanak lain. Kanak-kanak akan
berkomunikasi antara satu sama lain dengan bermain block,bermain bermasak
dengan rakan-rakan tanpa mempunyai peraturan dalam permainan tersebut.

Selain itu main selari atau parallel play. Membuatkan dua atau lebih kanak-kanak
di mana bermain bersendirian di tempat,masa dan aktiviti yang sama. Kanak-
kanak akan bermain secara sendirian tetapi pilihan permainan hamper sama.
Contoh : kanak-kanak akan bermain anak patung atau bermain alatan permainan
kereta dari mana mereka akan meniru cara kanak-kanak lain bermain, aktiviti
bermain yang boleh dilakukan oleh guru dalam konsep imi adalah guru boleh
meletakkan atau terbalikan permainan di hadapan kanak-kanak seperti alatan
permainan block atau bekas aktiviti air dan pasir di mana kanak-kanak akan
bermain dengan sendirinya dan mencipta apa saja mereka inginkan melalui
permainan tersebut tanpa interaksi dengan rakan-rakan lain.

Main diri sendiri atau solitary play merupakan sesuatu aktiviti fizikal atau psikologi
atau kedua-dua nya yang dilaksanakan oleh seorang kanak-kanak tanpa peserta
yang lain. Kanak-kanak akan dilihat terlalu asyik bermain sendirian tanpa
menyedari keadaan sekitar mereka . aktiviti yang boleh dilakukan dalam konsep
bermain ini, guru perlu menyediakan alat permainan yang meransang minda
anak-anak seperti building blok, permainan susun atur jigsawpuzzle yang mudah.
Ini akan dapat merangsang perkembangan minda kanak-kanak.

Main koperatif dua atau lebih orang kanak-kanak yang menghiburkan diri mereka
dalam aktiviti permainan yang mempunyai matlamat tertentu. Kanak-kanak akan
bekerjasama dalam melakukan aktiviti bersama kanak-kanak yang lain.
Contohnya, kanak-kanak berkerjasama dalam melakukan aktiviti membina
sebuah bangunan yang dikelilingi oleh dinding dengan pasir pantai. Kanak-kanak
akan berbincang dalam mebahagikan tugas kepada rakan-rakan mereka seperti

11
membina bangunan tersebut, bertugas mencari dan menyediakan bahan-bahan
membina.

Main koperatif ini merupakan tahap yang tertinggi dalam aktiviti sosial kanak-
kanak. Hal ini kerana kanak-kanak akan berkomunikasi dan berinteraksi antara
satu sama lain dalam menjayakan sesuatu. Maka, main koperatif ini memainkan
peranan yang penting dalam perkembangan potensi kanak-kanak dari aspek
fizikal, intelek, sosial dan emosi secara keseluruhan demi menyediakan
kemahiran asas untuk aktiviti pembelajaran apabila kanak-kanak masuk ke
peringkat sekolah rendah.

BAHAGIAN II

12
13
14

Anda mungkin juga menyukai