Anda di halaman 1dari 38

TEKNOLOGI SENIBINA (STS)

STS20072
(SESI II 22/23)

LAPORAN
AMALAN IKHTISAS

TAJUK TUGASAN
TAFSIRAN DAN KEHENDAK UNDANG-UNDANG
PEMBINAAN

DISEDIAKAN OLEH :-
SHAKIRAH ATIQAH (CO1STS22F001)

PENSYARAH :-
PUAN AZHARINA AZMAN
1.0 PENGENALAN

Memulakan sesuatu pembinaan bangunan, tidak kira besar


atau kecil, kebiasaannya bermula dengan satu persoalan. Di
antara banyak persoalan yang difikirkan, persoalan yang paling
penting adalah, bagaimana untuk mereka bentuk dan perkara-
perkara yang perlu dipatuhi semasa mereka bentuk?. Setiap
orang mempunyai keperluan rekabentuk masing-masing. Reka
bentuk yang digunakan oleh individu mampu mempengaruhi
kawasan persekitaran dan penghuni kawasan. Seharusnya ada

beberapa piawaian di mana reka bentuk bangunan boleh


dilakukan. Bagi memastikan perkara ini berlaku mengikut
keperluan, tindakan untuk melaksanakan peraturan yang
tertentu harus diikuti ketika membina bangunan (Bhati, 2014).
Oleh itu, beberapa undang-undang telah dibentuk oleh

kerajaan bagi mengawal selia pembinaan bangunan yang


dikenali sebagai Undang-Undang Bangunan. Undang-undang
bangunan ialah satu himpunan peraturan yang perlu `dipatuhi
bagi menentukan piawaian bagi sesuatu perancangan
pembinaan seperti bangunan dan infrastruktur
1.1 Tafsiran Bahagian- bahagian yang terkandung di dalam Undang-Undang

Kecil Bangunan Seragam (UBBL)

Dalam Undang-Undang Kecil ini melainkan jika konteksnya menghendaki


makna yang lain-

“Akta” ertinya Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974;

“alas” ertinya binaan yang dengannya berat struktur atau bangunan itu
dipindahkan daripada struktur

asas kepada asas tapaknya;

“ambang” ertinya rasuk yang menyangga dinding di atas suatu ruang buka atau
ceruk;

“arkitek” ertinya seseorang yang didaftarkan sebagai Arkitek Professional di


bawah mana-mana undangundang berhubungan dengan pendaftaran arkitek,
dan yang dibenarkan di bawah undang-undang itu

menjalankan amalan dan urusan sebagai seorang arkitek

“asas” berhubungan dengan sesuatu dinding atau tembok sambut ertinya-

(a) sebelah bawah lapisan yang terletak sebaik sahaja di atas alas, jika ada,
atau dalam hal

sesuatu dinding yang disangga oleh rasuk, di atas rasuk itu; dan

(b) mengenai apa-apa hal lain, bahagian bawah dinding atau tembok sambut
itu;

“asas tapak” ertinya sesuatu sistem atau susunan unit-unit asas tapak seperti
alas, rakit atau cerucuk

yang melaluinya beban daripada sesuatu bangunan atau struktur dipindahkan


ke tanah atau batu yang

menahan;
“balak kayu keras” bagi maksud Undang-Undang Kecil ini termasuklah Cengal
Batu, Balau, Resak,

Tempenis, Jati, Cengal, Merbau, Kapur, Belian, Tembusu, Damar Laut Merah,
Keruing atau apa-apa

kayu berat asli tahan lama yang serupa yang dikelaskan sedemikian oleh
Jabatan Hutan;

“bangunan berasingan” ertinya sesuatu bangunan yang tidak berkembar


dengan mana-mana bangunan

lain;

“bangunan berkembar” ertinya sesuatu bangunan yang direkabentuk untuk


didirikan berkembar dua dan

mempunyai dinding dua pihak sebagai satu daripada dinding-dindingnya;

“bangunan kediaman” ertinya sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya


yang direkabentuk,

dipadan atau digunakan untuk kediaman manusia;

“bangunan sementara” termasuklah sesuatu bangunan yang dibina


keseluruhan atau sebahagiannya

daripada bahan-bahan yang, jika tidak dijaga secara istimewa, mungkin cepat
rosak, atau selainnya tidak

sesuai untuk digunakan bagi pembinaan bangunan kekal, dan boleh meliputi
sesuatu rumah atau

bangunan yang pembinaannya dibenarkan di bawah lesen yang dikeluarkan


oleh pihak berkuasa

tempatan bagi suatu tempoh terhad yang akan ditetapkan dan apabila tamat
tempoh itu bangunan

tersebut hendaklah dirobohkan;


“batu baur” ertinya apa-apa bahan selain daripada simen dan air yang
digunakan untuk membuat konkrit

yang tidak mengandungi bahan campuran atau bahan tambahan;

“bawa beban” berhubungan dengan sesuatu bahagian bangunan yang


termasuk asas tapaknya, ertinya

bahagian bangunan itu yang menahan sesuatu beban selain daripada yang
disebabkan oleh beratnya

sendiri dan oleh tekanan angin pada permukaannya;

“beban angin” ertinya semua beban yang disebabkan oleh tekanan atau
sedutan angin;

“beban guna” ertinya beban yang dianggap akan ditimbulkan oleh penghunian
atau penggunaan yang

dicadangkan termasuk beban-beban teragih, hentaman tertumpu dan inersia


tetapi tidak termasuk beban

angin;

“beban mati” ertinya berat statik kesemua dinding, dinding sekat, lantai,
bumbung dan kemasan,

termasuk semua binaan kekal lain;

“bilik” ertinya sesuatu bahagian bangunan yang dikepungi oleh dinding atau
dinding sekat;

“bilik kediaman” ertinya sesuatu bilik yang luasnya tidak kurang daripada 6.5
meter persegi tetapi tidak

termasuk bilik mandi, jamban pam, beranda terbuka, laman atau garaj;

“bumbung cerun” ertinya bumbung yang mempunyai kecondongan lebih


daripada tujuh setengah darjah

dengan garis ufuk;


“bumbung rata” ertinya bumbung yang tidak mempunyai kecondongan atau
yang mempunyai

kecondongan tidak lebih daripada tujuh setengah darjah dengan garis ufuk;

“diluluskan” ertinya diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan;

“dinding api” ertinya sesuatu dinding, yang bukan dinding dua pihak atau
dinding luar, daripada bahan

yang mempunyai ketahanan api sebagaimana dikehendaki di bawah Bahagian


VII Undang-Undang Kecil

ini dan sama ada diguna atau dibina untuk digunakan bagi mengasingkan
bangunan yang bersampingan

atau mengasingkan bahagian-bahagian sesuatu bangunan dengan apa-apa cara


yang boleh mencegah

atau mengurangkan kemerebakan api daripada suatu bangunan ke suatu


bangunan lain atau daripada

suatu bahagian bangunan ke bahagian lain bangunan itu dan termasuklah


dinding prosenium, dinding

pangsa, dinding pengasing dan suatu struktur pelindung;

“dinding dua pihak” ertinya dinding yang menjadi sebahagian daripada suatu
bangunan dan diguna atau

dibina untuk digunakan bagi mengasingkan bangunan-bangunan bersampingan


yang dipunyai oleh

pemunya berlainan atau diduduki atau dibina atau dipadankan untuk diduduki
oleh orang-orang berlainan

sama ada dibina di atas atau bersempadan dengan sempadan bersama;

“dinding luar” ertinya dinding luar sesuatu bangunan yang bukan dinding dua
pihak walaupun ianya

bersampingan secara langsung dengan dinding sesuatu bangunan lain;


“dinding panel” ertinya dinding tak bawa beban yang dipasang dalam suatu
struktur berangka;

“dinding sekat” ertinya sesuatu dinding dalam yang bukan dinding dua pihak
atau dinding luar;

“dukungan samping” berhubungan dengan sesuatu dinding atau tembok


sambut, ertinya sesuatu

dukungan mengikut arah tebal, panjang atau lebarnya dinding atau tembok itu
yang mencegah

pergerakannya pada paras itu dan mengikut arah dukungan tersebut;

“garaj” bagi maksud Undang-Undang Kecil ini, ertinya sesuatu bangunan atau
sebahagian daripadanya

yang direkabentuk, dipadan atau digunakan untuk menyimpan kenderaan


bermotor;

“garis bangunan” ertinya garis yang ditetapkan sama ada oleh pihak berkuasa
perancangan atau pihak

berkuasa tempatan yang kompeten di mana tiada apa-apa bahagian sesuatu


bangunan boleh mengunjur

melebihinya, kecuali sebagaimana dibenarkan selainnya oleh Undang-Undang


Kecil ini;

“gudang” ertinya sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang


direkabentuk, dipadan atau

digunakan bagi maksud-maksud penstroran tetapi tidak termasuk sesuatu


garaj yang ditambah kepada

sesuatu bangunan kediaman;

“hospital” ertinya sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang


direkabentuk, dipadan atau
digunakan bagi menjaga, menempat atau merawat orang-orang sakit, lemah,
tua, baru sembuh atau

hamil;

“hotel” ertinya sesuatu bangunan yang direkabentuk dan dibina khas atau
sebahagian besarnya dipadan

untuk digunakan bagi menempatkan orang-orang bagi maksud mendapatkan


laba atau untung, dengan

atau tanpa perkiraan untuk menyediakan makanan untuk semua, dan


termasuklah rumah tumpangan,

rumah penginapan atau rumah tetamu;

“jalan kaki lima” ertinya suatu lorong jalan kaki beratap yang berhadapan
dengan sesuatu jalan;

“jaring” berhubungan dengan pengukuran bahan ertinya jaring sesuatu ayak


yang mematuhi PB 410-

Ayak Ujian;

“jurutera” ertinya seseotang yang didaftarkan sebagai Jurutera Profesional di


bawah mana-mana undangundang yang berhubungan dengan pendaftaran
jurutera dan yang di bawah undang-undang itu

dibenarkan menjalankan amalan atau urusan sebagai seorang jurutera;

“kawasan rendah” ertinya apa-apa tanah yang permukaannya adalah di bawah


paras banjir atau yang

olah sebab kedudukannya tidak boleh pada bila-bila masa dialirkan dengan
sempurna oleh kuasa gravity

ke dalam parit air permukaan awam atau saluran air yang sedia ada;

“kedalaman” berhubungan dengan sesuatu bangunan, ertinya jarak yang


diukur di antara garisan depan
bangunan itu dengan garisan belakang dinding utama di sebelah belakang yang
mengasingkan

bangunan besar daripada kawasan lapang;

“kilang” ertinya sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang


direkabentuk, dipadan atau

digunakan untuk-

(a) membuat sesuatu benda atau sebahagian sesuatu benda, komoditi atau
keluaran; atau

(b) mengubah, membaiki, menghiasi, mengemas, membasuh,


membersih atau menceraikan atau
merombak sesuatu benda, komoditi atau keluaran; atau

(c) memadankan untuk jualan atau pemasangan sesuatu benda,


komoditi atau keluaran; dan

(d) mana-mana bangunan lain sebagaimana ditakrifkan dalam Akta


Kilang dan Jentera 1967

“kolam renang” ertinya sesuatu kolam atau tempat mandi bagi maksud
berenang;

“konkrit tegas dahulu” ertinya konkrit yang diadakan tegasan-tegasan


ditentukan lebih dahulu untuk

menindakklawan tegasan-tegasan yang disebabkan oleh beban mati dan beban


tindihan bagi maksud

menghapus atau mengurangkan tegasan-tegasan teganag yang disebabkan


oleh lenturan dan ricihan;

“langkan” ertinya sesuatu pentas, pelantar, tingkap unjur atau struktur lain
yang serupa yang mengunjur
keluar dari dinding sesuatu bangunan dan disangga oleh pendakap atau julur;

“lantai” termasuklah sesuatu pelantar mendatar yang menjadi permukaan


mana-mana tingkat dan

sesuatu gelegar, papan, kayu, batu, konkrit, keluli atau bahan lain yang
berkaitan dengan atau menjadi

sebahagian daripada pelantar itu;

“lantai mezanin” ertinya sesuatu lantai yang terletak antara lantai-lantai utama
sesuatu bangunan dan

termasuklah sesuatu pelantar atau pelantar tangga yang lebarnya lebih


daripada 2.5 meter;

“orang utama yang mengemukakan” ertinya orang yang berkelayakan yang


mengemukakan pelan

bangunan kepada pihak berkuasa tempatan untuk kelulusan mengikut


Undang-Undang Kecil ini dan

termasuklah mana-mana orang yang berkelayakan lain yang mengambil alih


kewajipan dan

tanggungjawab atau bertindak untuk orang yang berkelayakan yang pertama


disebut

itu mengikut undang-undang kecil 7”

“orang yang berkelayakan” ertinya seseorang Arkitek Profesional,Jurutera


Profesional atau pelukis pelan

bangunan yang berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang


berhubungan dengan

pendaftarannya;

‘”orang-orang yang kurang keupayaan” ertinya orang-orang yang mempunyai


kekurangan keupayaan
fizikal, pendengaran atau penglihatan yang memberi kesan terhadap
pergerakan atau penggunaan

bangunan yang disebut di bawah undang-undang kecil 34A;

“orang yang mengemukakan” ertinya orang yang berkelayakan yang


mengemukakan pelan, selain pelan

bangunan, kepada pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun


yang berkaitan mengikut

Undang-Undang Kecil ini dan termasuklah mana-mana orang yang


berkelayakan lain yang mengambil

alih kewajipan dan tanggungjawab atau bertindak untuk orang yang


berkelayakan yang pertama disebut

itu mengikut undang-undang kecil 7;

“papan dinding iklan” ertinya sesuatu bingkai, papan dinding, papan, dinding,
bar, tiang, tonggak, dawai

atau sesuatu gabungan benda-benda itu, atau apa-apa jenis binaan, atau
sesuatu permukaan atau ruang

yang digunakan bagi mempamerkan iklan perdagangan, perniagaan atau


profesion;

“paras banjir” ertinya apa-apa paras banjir yang ditetapkan bagi sesuatu
kawasan oleh pihak berkuasa

tempatan;

“PB” ertinya Piawaian British yang terakhir diterbitkan;

“pelan bangunan” ertinya pelan yang termasuklah pelan tapak,,pelan punca,


pelan lantai, muka keratan

dan tampak bangunan,dan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam


undang-undang kecil 8, 9 dan

10;
“pelan susunatur” ertinya sesuatu pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa
perancangan yang

kompeten;

“pelan yang diluluskan” ertinya pelan bagi sesuatu bangunan yang diluluskan
oleh pihak berkuasa

tempatan mengikut Undang-Undang Kecil ini;

“pelukis pelan bangunan” ertinya mana-mana pelukis pelan bangunan yang


didaftarkan di bawah Akta

yang berkaitan;

“perakuan siap dan pematuhan” ertinya suatu perakuan yang dikeluarkan di


bawah undang-undang kecil 25;

“perubahan” termasuklah tambahan dan sambungan;

“pintu menutup sendiri” ertinya sesuatu pintu yang dipasang dengan suatu alat
yang tidak mempunyai

apa-apa cara untuk menahannya dalam keadaan terbuka dan yang akan
menutup secara automatik

melainkan jika ditahan terbuka dengan cara lain yang diluluskan;

“pintu penahan asap” ertinya sesuatu pintu atau sepasang pintu yang apabila
dipasang pada sesuatu

bingkai memuaskan kehendak-kehendak seksyen 7 PB 476: Bahagian 8: 1972


mengenai ketahanan

daripada roboh selama tidak kurang daripada 30 minit dan dapat merintangi
laluan api dan gas-gas

panas selama tidak kurang daripada duapuluh minit dan dipasang dengan
kelegaan-kelegaan minimum

yang praktik di antara daun dan bingkai;


“PJHPPA” ertinya Pertubuhan Jurutera Haba, Penyejuk dan Penyaman Udara
Amerika;

“PM” ertinya edisi Piawaian Malaysia yang terakhir diterbitkan;

“”ruang atas” ertinya jarak tegak yang lapang antara paras lantai kemas
dengan tampang bawah anggota

mengunjur atau permukaan yang terendah sekali di atas takat itu;

“rumah kedai” ertinya sesuatu bangunan, yang sebahagiannya direkabentuk,


dipadan atau digunakan

bagi maksud-maksud perniagaan;

“rumah pangsa” ertinya sesuatu kediaman berasingan yang diguna atau dibina
atau dipadan untuk

digunakan keseluruhan atau terutamanya bagi kediaman manusia sekeluarga,


di mana dapur, tandas

dan bilik mandi atau jamban pamnya terletak dalam kediaman berasingan itu
dan kediaman itu terletak

dalam suatu bangunan yang terdiri daripada dua atau lebih kediaman tersebut
yang bersambung secara

menegak;

“rumah teres” ertinya sesuatu bangunan kediaman yang direkabentuk sebagai


suatu unit kediaman

tunggal dan menjadi sebahagian daripada suatu deretan atau teras yang tidak
kurang daripada tiga

bangunan kediaman sedemikian;

“sekolah” ertinya sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang


direkabentuk, dipadan atau

digunakan untuk menyebar pengetahuan dan termasuklah tempat asuhan


kanak-kanak;
“siling” ertinya penutup bagi sebelah bawah gelegar lantai atau jeriau siling
atau kepingan lantai tidak

termasuk dalam semua hal sesuatu rasuk penyangga, dan jika penutup itu
tidak ada, ertinya sebelah

bawah gelegar lantai atau peran atau alang tidak termasuk apa-apa alang
penyangga;

“SPAH” ertinya “Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan” di


mana air hujan dikumpul

daripada bumbung dan kemudiannya disalurkan ke tangki-tangki penyimpanan


air hujan sebelum

digunakan”

“syarat teknikal” ertinya syarat yang berkenaan dengan isu kesihatan dan
keselamatan yang

berhubungan dengan bangunan dan perkhidmatan perlu yang diadakan bagi


bangunan itu;

“TAPB” ertinya edisi Tatatertib Amalan Piawaian British yang terakhir


diterbitkan;

“TAPM” ertinya edisi Tatatertib Amalan Piawaian Malaysia yang terakhir


diterbitkan;

“tiang” berhubungan dengan struktur keluli, kayu, atau konkrit bertetulang,


ertinya mana-mana bahagian

binannya yang oleh kerana ia tahan dihimpit mengikut arah panjangnya dan
tidak lentur oleh sebab

himpitan itu, boleh menyangga dan memindahkan beban;

“tinggi” berhubungan dengan-

(a) suatu bilik ertinya jarak tegak yang diukur antara paras lantai kemas dengan
sebelah bawah
siling tidak termasuk tebal plaster;

(b) sesuatu tingkat ertinya jarak tegak yang diukur antara permukaan atas
lantai tingkat itu

dengan permukaan atas lantai sebaik sahaja di atasnya;

(c) suatu dinding ertinya jarak tegak yang diukur daripada asas dinding itu
kepada bahagiannya

yang tertinggi sekali atau, mengenai suatu tebeng layar, sehingga separuh
tinggi tebeng layar itu;

“tingkat” ertinya ruang antara permukaan atas tiap-tiap lantai dengan


permukaan lantai yang sebaik

sahaja di lantai atasnya, atau jika sekiranya tidak ada lantai tersebut, dengan
sebelah bawah alang kecil

bumbungnya atau penutup lain atau jika sekiranya tidak ada alang atau alang
kecil itu, dengan paras

separuh daripada tinggi tegak sebelah bawah kasau atau penyangga lain
bumbung itu;

“tingkat bawah” ertinya tingkat terbawah sekali bagi sesuatu bangunan yang
ada pintu masuk daripada

luar pada atau di atas paras tanah di hadapan bangunan itu;

“tingkat bawah tanah” ertinya sesuatu tingkat atau tingkat-tingkat bangunan


yang terletak di paras yang

lebih rendah daripada tingkat bawah.


1.2 TAFSIRAN DAN ISTILAH-ISTILAH UNDANG-

UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM (UBBL)

ARKITEK

 “arkitek” ertinya seseorang yang didaftarkan sebagai arkitek di bawah


mana-mana undang-undang berhubungan dengan pendaftaran arkitek
dan yang dibenarkan di bawah undang-undang untuk menjalankan
amalan atau urusan perniagaan sebagai seorang arkitek;

PELUKIS PELAN BANGUNAN BERDAFTAR

 “pelukis pelan bangunan” ertinya mana-mana pelukis pelan bangunan


yang didaftarkan di bawah akta yang berkatain.

PELAN YANG DILULUSKAN

 “pelan yang diluluskan” ertinya pelan bagi sesuatu bangunan yang


diluluskan oleh pihak bekuasa tempatan mengikut Undanfg-undang Kecil
ini;

PELAN SUSUNATUR

 “pelan susunatur” ertinya sesuatu pelan yang diluluskan oleh pihak


berkuasa perancangan yang kompeten;
1.3 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PERUMAHAN

(GARIS ANJAKAN BANGUNAN BAGI KEDIAMAN BERTANAH)

RUMAH KEDIAMAN SESEBUAH


 Merupakan sebuah tempat kediaman manusia yang mempunyai dinding dan
bumbung yang dapat menahan dari kerpasan, angin, kepanasan, kesejukkan dan
pencerobohan.
RUMAH KEDIAMAN BERKEMBAR

 Dihubungkan dengan rumah jiran yang lain di satu dinding, dan sebelah
rumah yang lain biasanya merupakan taman / ruang terbuka yang besar,
dan merangkumi bahagian depan dan belakang rumah.
1.4 KELUASAN MINIMUM RUANG DAN TINGGI BILIK DENGAN MERUJUK
UBBL

 BILIK TIDUR UTAMA

1) Luas bilik kediaman yang pertama dalam sesuatu bangunan kediaman


hendaklah tidak kurang daripada 11 meter persegi, bilik kediaman yang
kedua hendaklah tidak kurang daripada 9.3 meter persegi dan luas
semua bilik kediaman lain hendaklah tidak kurang daripada 6.5 meter
persegi.

2) Lebar tiap-tiap bilik kediaman dalam sesuatu kediaman hendaklah tidak


kurang daripada 2 meter.

3) Luas dan lebarnya sesuatu dapur dalam suatu bangunan kediaman


hendaklah masing-masingnya tidak kurang daripada 4.5 meter persegi
dan 1.5 meter.

 DAPUR

1) Luas dapur hendaklah tidak kurang daripada 4.5 meter persegi.

2) Lebar dapur hendaklah tidak kurang daripada 1.5 meter.

3) Tinggi dapur hendaklah tidak kurang daripada 2.25 meter.


1.5 PERBANDINGAN PENCAHAYAAN DAN

PENGUDARAN BAGI RUANG BILIK TIDUR UTAMA DENGAN RUANG DAPUR

1. PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN RUANG BILIK TIDUR UTAMA


(peratus % pencahayaan semulajadi)

 Secara terus dari sinaran matahari

 Melalui bukaan seperti tingkap dan pintu, atau melalui pantulan cahaya daripada
keadaan persekitaran luar bangunan seperti pantulan pemukaan tanah, pantulan
cahaya daripada bangunan bersebelahan

 Melalui pantulan dalaman bangunan seperti pantulan siling, dinding, lantai licin atau
berkilat dan sebagainya.

Teknik pencahayaan semula jadi amat penting untuk mengurangkan penggunaan lampu
tiruan dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Sebenarnya, penggunaan teknik
pencahayaan semulajadi telah dibuktikan dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang
dan keselesaan penghuni bangunan atau rumah kediaman. Bagaimanapun, tahap
kemasukan cahaya itu perlu dikawal supaya tidak terjadi berlebihan yang akan
menyebabkan silau dan ketidakselesaan.

Untuk rekabentuk sesebuah bangunan atau rumah kediaman, selalunya, teknik


mendapatkan pencahayaan semulajadi amat dititikberatkan untuk memastikan bahagian
dalaman rumah kediaman atau bangunan menerima jumlah cahaya yang mencukupi.
Bagaimanapun, untuk keadaan tertentu, pencahayaan tiruan juga adalah dibolehkan untuk
menampung kekurangan jumlah cahaya di dalam bangunan yang mungkin terjadi akibat
daripada pengubahsuaian, susunatur kedudukan bangunan dan sebagainya.
Jumlah bukaan minimum berdasarkan kepada kehendak-kehendak UBBL
1984 ialah seperti berikut:

1. 10%, minimum untuk bukaan pencahayaan semulajadi daripada keluasan keluasan


sesuatu ruang
2. 5%, minimum untuk bukaan laluan pengudaraan semulajadi dripada keluasan
sesuatu ruang

CONTOHNYA, jika keluasan bilik 100 kaki persegi atau 9.3 meter persegi, ruang bukaan
untuk perolehan pencahayaan semulajadi yang mesti disediakan ialah sekurang-kurangnya
mestilah 10 kaki persegi atau 0.93 kaki peresegi. Lagi besar saiznya, lagi baik.

Teknik pencahayaaan semulajadi ke dalam rumah kediaman atau bangunan bukanlah


dengan mudah ianya dapat dilakukan. Ia perlu kepada penilaian dan perancangan
semulajadi, perlu mempertimbangkan jumlah cahaya yang masuk, mengimbangi
penerimaan dan kehilangan haba, kawalan silau dan sebagainya. Dalam masa yang sama,
memilih jenis bukaan tingkap, saiz dan jarak antara satu sama lain, pemilihan kaca (glass)
bukaan, pantulan bahan-bahan dalaman (interior) atau pantulan dinding atau pembahagi,
perabut atau yang seumpama dengannya juga perlu dipertimbangkan.

Pemasangan bukaan Untuk Pencahayaan Semulajadi


(Bukaan Tingkap/Pintu/Pintu Gelangsar)
Pemasangan bukaan semulajadi boleh menggunakan bukaan seperti tingkap. Bukaan
tingkap adalah cara yang paling biasa digunakan untuk mendapatkan sumber cahaya
semulajadi dengan mudah. Malah, ia juga merupakan teknik paling sesuai yang
direkabentuk pada bangunan atau rumah kediaman sejak dari peringkat rekabentuk
bangunan lagi. Mempunyai ketinggian aras kepala dan ia mudah untuk mengawal silau atau
kemasukan lebihan cahaya ke dalam bangunan dengan serta merta. Selain tingkap, pintu
dan pintu gelangsar (sliding door) juga merupakan salah satu jenis bukaan yang boleh
digunakan dalam sesebuah bangunan atau rumah kediaman.

Bukaan Atas (Tingkap Bumbung/Skylight)

Bukaan atas ialah bukaan untuk menerima pencahayaan daripada atas atau bumbung.
Bahasa yang mudah untuk difahamai, tingkap menghadap langit. Ia terdapat dalam dua (2)
jenis iaitu bukaan pasif dan bukaan aktif. Bukaan pasif ialah jenis statik, tidak boleh bergerak
dan tidak boleh diubah-ubah mengikut keadaan dan kedudukan matahari. Manakala,
bukaan aktif pula boleh dilaraskan sama ada dibantu dengan bantuan manual atau secara
automatik. Ia juga dapat meningkatkan lagi keberkesanan tujuan pengumpulan cahaya
semulajadi ke dalam bangunan atau ke dalam rumah kediaman.

Terlalu banyak bukaan atau saiz bukaan yang terlalu besar tidak semestinya memberi kesan
yang baik kepada ruang dalam sesebuah bangunan atau rumah kediaman. Tidak salah untuk
menggunakan saiz yang besar atau terlalu banyak bukaan tetapi kawalan terhadap
kemasukan cahaya sangat perlu dilakukan. Maksudnya, bukan sekadar untuk meningkatkan
jumlah cahaya yang masuk tetapi kawalan juga perlu dilakukan supaya tidak berlaku
perolahan haba yang terlalu tinggi atau terlalu sedikit dan tidak sialu yang boleh
mengganggu pandangan mata penghuni bangunan atau rumah kediaman.

Selain pencahayaan semula jadi, pengudaraan semula jadi atau Natural ventilation juga
merupakan salah satu elemen yang penting yang menggunakan teknik pengudaraan
daripada sumber alam semula jadi. Teknik pengudaraan semula jadi ialah satu sisitem untuk
membenarkan pengudaraan dari luar bangunan masuk ke dalam sesebuah bangunan atau
sesebuah rumah kediaman.

Pengudaraan dan pengchayaan semula jadi selalunya saling berkait kerana di dalam
keadaan tertentu kedua-dua elemen ini sangat saling memerlukan di antara satu sama lain.
Pengudaraan semulajadi juga bermaksud satu proses yang membawa udara atau angin
daripada luar ke dalam bangunan dan menyingkirkan udara di ruang bangunan tanpa
menggunakan sistem mekanikal. Selain itu, ia juga membawa maksud kepada aliran udara
luar masuk ke dalam bangunan yang disebabkan oleh perbezaan tekanan udara terhasil
daripada tindak balas alam semula jadi. Bagaimanapun, keberkesanan pengudaraan
semulajadi ke dalam bangunan bergantung kepada keadaan angin yang berada di luar
bangunan.

NOTA: udara sejuk yang lebih tumpat akan masuk menggantikan udara panas yang kurang
tumpat.
Setiap kali membuat rekabentuk sesebuah bangunan atau rumah kediaman, mestilah
menyediakan ruang bukaan seperti tingkap untuk membenarkan pengudaraan dan
pencahayaan semula jadi masuk ke dalam bangunan. Ini merujuk kepada kehendak-
kehendak Uniform Building By-Law (UBBL) 1984, By Law 39, Natural Lighting and
Ventilation, Muka Surat 28, 1 November 2013, (1) Every room designed, adapted or used
for residential, busiiness or other purpose except hospitals and schools shall be provided
with natural lighting and natural ventilation by means of one or more windows having a
total area of not less then 10% of the clear floor area of such room and shall have opening
capable of allowing a free uninterrupted passage of air not less than 5% of such floor area.

Berdasarkan kepada UBBL 1984, kehendak-kehendak yang mesti dipatuhi ialah dengan
menyediakan bukaan untuk membenarkan pengudaraan semula jadi masuk ke dalam
bangunan mestilah sekurang-kurangnua 5% daripada keluasan setiap ruang.
Contoh. Sekiranya keluasan bilik ialah 100 kaki persegi (kps) atau 9.3 meter persegi (mps),
jumlah minimum ruang bukaan pengudaraan yang mesti disediakan ialah 5 kps atau 0.465
mps. Berdasarkan contoh rajah di atas, jumlah bukaan yang disediakan ialah 2.1 mps atau
22 kps dan telah melebihi jumlah minimum yang ditetapkan.

Oleh sebab itu, keberkesanan teknik pengudaraan semula jadi ke dalam sesebuah
bangunan adalah bergantung kepada:
I. Rekabentuk bangunan
II. Beban haba dalaman
III. Kedudukan bukaan (biasanya tingkap)

Terdapat tiga (3) teknik asas terhadap penggunaan sistem pengudaraan semula jadi:

I. Pengudaraan Tunggal (Single-sided Ventilation)


II. Pengudaraan Melintang/Silang (Cross Ventilation)
III. Perolakan Pengudaraan (Stack Ventilation)

Rekabentuk sesebuah bangunan

Rekabentuk sesebuah bangunan perlu menitikberatkan kepada teknik pengudaraan


semulajadi. Rekabentuk bangunan mestilah dapat menangkap angin daripada luar untuk
masuk ke dalam bangunan supaya suhu di dalam bangunan dapat menyejukkan ruang di
dalam bangunan. Sama ada dengan membuat bukaan, atau membuat perangkap angin,
atau mengikut arah lazim angin dan sebagainya.
Menyediakan Bukaan

Contohnya ialah menyediakan bukaan tingkap di setiap ruang. Tingkap pula mestilah tingkap
yang boleh dibuka dan ditutup jika perlu. Tujuannya supaya penghuni di dalam bangunan
dapat menerima udara dengan baik, berasa selesa dan dapat mengawal suhu di dalam
bangunan. Jika rasa panas, tingkap boleh dibuka dan jika rasa terlalu sejuk tingkap boleh
ditutup atau dikecilkan sedikit bukaannya. Cuba bayangkan jika tingkap tidak dibuka
langsung, sudah tentu kita akan berasa panas, lemas dan tidak selesa. Ini kerana, tekanan
udara di dalam bangunan atau sesuatu ruang itu menjadi terlalu tinggi, haba atau udara
panas tidak dapat keluar daripada bangunan yang menyebabkan kita yang berada di dalam
bangunan akan berasa tidak selesa.

Begitu juga ketuka kita memasak di dalam rumah tetapi tidak membuka tingkap atau pintu.
Selain keadaan di dalam rumah menjadi panas atau berhaba, bau masakan juga tidak dapat
dibebaskan yang akan menyebabkan keadaan di dalam rumah berbau, suhu meningkat dan
gangguan pernafasan yang akan mengakibatkan sistem pengudaraan menjadi tidak selesa.
Oleh sebab itu, setiap ruang mesti diadakan bukaan untuk memudahkan pengudaraan
keluar masuk ke dalam bangunan.

Untuk mendapatkan kesan pengudaraan semulajadi yang baik, penyediaan bukaan juga
perlu diatur dengan betul. Satu bukaan akan membawa masuk udara sejuk atau angin dan
satu bukaan lagi akan menyingkirkan udara panas atau haba di dalam bangunan.

Selain itu juga, untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengudaraan semulajadi ialah
dengan menyediakan perangkap atau penangkap angin pada bangunan. Perangkap atau
penangkap angin boleh dibuat dengan pelbagai cara. Salah satunya ialah dengan membuat
koridor. Perangkap atau penangkap angin koridor berfungsi apabila angin yang kuat di luar
bangunan menghentam dinding bangunan lalu angin tersebut akan masuk melalui koridor-

koridor yang disediakan, seterusnya angin tersebut memasuki ruang dalam bangunan
melalui bukaan yang terdapat pada bangunan tersebut.
Keberkesanan teknik pengudaraan ini dapat dipertingkatkan lagi jika sistem pengudaraan
melintang/silang (cross ventilation) dipraktikkan di dalam bangunan tersebut. Selain itu,
kehadiran angin melalui teknik perangkap angin ini dapat menyejukkan dan menstabilkan
suhu di dalam sesebuah bangunan. Semakin mengecil laluan angin, semakin laju pergerakan
angin.

Pengudaraan Tunggal (Single-sided Ventilation)

Pengudaraan tunggal selalunya ada pada bilik tidur, atau pejabat atau mana-mana ruang
yang hanya mempunya bukaan pasa satu bahagian atau sisi sahaja. Bukaan seperti ini
selalunya lebih efektif untuk tujuan pembebasan haba atau udara panas yang berada di
dalam bangunan.

Pergerakan angin ke dalam bangunan juga agak terbatas. Untuk kesan yang lebih baik, cuba
buka pintu bilik supaya pergerakan angin dari luar yang masuk ke dalam bilik melalui tingkap
itu akan bergerak dengan lancar. Kesan pengudaraan akan menjadi lebih baik apabila
tingkap atau bukaan di ruang-ruang yang lain juga dibuka. Teknik ini akan jadi seperti teknik
pengudaraan melintang/silang.

Pengudaraan Melintang/Silang (Cross Ventilation)


Jika kita biasa ke bangunan hospital lama yang bertingkat, kita boleh jumpa teknik ini
dengan mudah. Selalunya di ruang wad atau bahagian wad biasa. Jika anda perhatikan
betul-betul, ada dua bukaan pintu gelangsar yang besar di sebelah kiri dan kanan bilik wad
itu. Bukaan besar ini akan memudahkan laluan keluar masuk angin daripada luar bangunan
masuk ke dalam bangunan untuk menyingkirkan haba yang ada dalam bangunan tersebut.
Walaupun, fungsi sebenar bukaan pintu gelangsar itu bukan sahaja untuk laluan angin bagi
tujuan pengudaraan, tetapi dengan adanya bukaan dari kedua-dua bahagian atau sisi,
secara tidak langsung teknik pengudaraan semulajadi dapat dipraktikkan dengan lebih
efisyen. Jadi, keadaan di dalam bangunan akan sentiasa berasa sejuk. Ia sama dengan
bangunan sekolah.

Ini menunjukkan bahawa, arkitek yang bertanggungjawab terhadap bangunan tersebut


telah membuat kaji selidik terlebih dahulu supaya keberkesanan rekabentuk bangunan
tersebut dapat dipraktikkan sepenuhnya.
Teknik ini juga boleh dipraktikkan pada rumah kediaman dengan membina dua bukaan dari
sisi yang berbeza. Contohnya, sebelah kanan rumah adalah ruang makan, manakala sebelah
kiri pula ialah ruang keluarga. Kedua-duanya terdapat bukaan seperti tingkap atau pintu
gelangsar. Jadi, angin dari luar bangunan boleh keluar masuk ke dalam bangunan dengan
lebih mudah seterusnya dapat menyingkirkan haba yang terdapat di dalam sesebuah
bangunan itu dengan lebih cepat.

Perolahan Pengudaraan (Stack Ventilation)

Di dalam rajah di atas menunjukkan udara panas atau haba meningkat dan naik ke atas. Ini
kerana udara panas adalah kurang tumpat berbanding udara sejuk. Apabila udara panas
naik ke atas iaitu aras bumbung, ia akan menghasilkan sedikit vakum di bahagian bawah
seterusnya ia akan menarik udara luar atau angin dari tingkap di dinding bahagian bawah.
Keadaan ini telah mencipta aliran udara semulajadi. Stack ventilation atau perolahan
pengudaraan berlaku apabila tingkap di bumbung dibuka untuk membenarkan udara panas
atau haba keluar daripada bangunan melalui bumbung seperti dalam rajah di atas dan
membenarkan udara segar semulajadi atau angin dari luar masuk ke dalam bangunan.
Proses ini bermaksud udara sejuk akan menyingkirkan udara panas keluar melalui tingkap
yang berada di bumbung. Jika bukaan di bumbung dibuka dengan lebih luas, jumlah udara
panas yang keluar akan lebih pantas dan proses pengudaraan juga akan berjalan dengan
lancar.
Bagaimanapun, saiz bukaan juga perlu dikawal supaya suhu di dalam bangunan tidak terlalu
rendah dan menjadi terlalu sejuk. Jumlah angin yang merentas masuk terlalu banyak atau
terlalu kuat juga boleh menyebabkan keadaan di dalam bangunan menjadi tidak terlawal.

2. PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN RUANG DAPUR


(peratus % pencahayaan semulajadi)

Peraturan pencahayaan di dapur

Dapur harus sentiasa terang sepanjang masa. Pada siang hari ia adalah sumber semula jadi,
pada waktu petang – alat pencahayaan buatan. Untuk memasak dan membersihkan,
diperlukan fulks cahaya terang untuk melihat hasil kerja. Cahaya yang terlalu terang di
dapur menyebabkan kerangsaan visual dan psikologi, menyebabkan kos kewangan yang
tidak perlu.
Piawaian pencahayaan untuk premis diberikan dalam norma kebersihan. Anda secara bebas
dapat menentukan berapa banyak cahaya yang anda perlukan, dengan mengambil kira
jumlah lekapan lampu, mengira jumlah kuasa. Pencahayaan pelbagai tingkat menyebarkan
aliran cahaya ke seluruh ruang dapur tanpa meninggalkan sudut gelap.
Prinsip pencahayaan

Kadar pencahayaan diatur oleh SniP 23-05-2010. Untuk menerangi dapur, anda memerlukan
fulks bercahaya 150 Lx. Anda perlu mengira bilangan elemen pencahayaan untuk
memastikan aliran ini. Kuasa yanag diperlukan untuk menerangi meter persegi, bergantung
pada lampu:

 12-40 W untuk lampu pijar;


 30-35 W untuk lampu halogen;
 8-10 W untuk lampu pendaflour.

Semasa memasang elemen LED atau cahaya, pengiraan dibuat untuk setiap sumber, dengan
mengambil kira pekali yang sesuai. Untuk menentukan penggunaan cahaya dapur tertentu,
parameter berikut diambil kira:

 Kawasan dan ketinggian bilik;


 Pakai pencahayaan semula jadi KEO. Ditentukan pada titik tengah lantai;
 Bilangan peranti pencahayaan yang dimaksudkan, dengan mengambil kira jalur LED;
lampu latar pada perkakas rumah;
 Ciri fluks cahaya luminer – terarah atau tersebar;
 Kekuatan setiap lampu.

Pencahayaan dapur tidak boleh mengganggu atau tidak selesa.


Organisasi lampu umum di dapur

Lampu siling tetap menjadi lampu utama di dapur. Candelier di dapur yang luas terletak di
atas meja makan. Bentuk dan gayanya sesuai dengan reka bentuk perabot dapur. Sebagai
pilihan - beberapa gantung, terletak pada ketinggian yang berbeza. Di ruang selebihnya,
elemen titik dipasang, ia sering digunakan ketika memasang siling regangan.
Lokasi warna mempengaruhi pengedaran fluks bercahaya lampu. Turunkan ke bawah akan
menerangi bulatan tepat di bawahnya. Dengan mengarahkan plafond ke atas, aliran
diperoleh yang dipantulkan dari siling. Ia akan hilang, memberikan dapur rasa selesa. Di
dapur kecil, yang berada di "Khrushchevs", lampu di atas meja disediakan oleh candelier
yang terletak di tengah, dan penerangan kawasan kerja dengan pencahayaan tambahan.

Semasa mengatur bahagian dalam dapur dalam gaya loteng atau berteknologi tinggi, yang
menyambut minimalisme perabot dan hiasan, lebih baik meletakkan lampu sorot di siling.
Skema susunan mereka dipilih oleh pereka atau pemiliknya, ia mengulangi bentuk geometri
atau terletak secara kacau.
Dapur adalah bilik istimewa dalam pelbagia cara. Walau bagaimanapun, ini tidak hanya
terpakai untuk reka bentuk premis dan penempatan perabot, tetapi juga penting untuk
memberi perhatian kepada pengudaraan. Ia dihasilkan dengan menggunakan penggunaan
yang direka dengan teliti.

Dapur biasanya penuh dengan makanan dan makanan siap sedia. Tetapi mereka tidak selalu
menyenangkan, terutamanya jika bau ini tidak dikeluarkan pada waktu yang tepat. Apabila
tingkap kayu ditolak oleh kaca plastik, masalah itu semakin memburukkan.Tidak mustahil
untuk memastikan tingkap dibuka sepanjang masa, terutamanya apabila ia sejuk dan
lembap di luar. Dan jika dapur dilengkapi dengan dapur gas, kepekatan kelembapan akan
meningkat dengan cepat.
Piawaian dan keperluan

Perlu diakui bahawa dalam bangunan dan pangsapuri kediaman kualiti pengudaraan tidak
selalu memenuhi keperluan peraturan. Perokok boleh membuat ujian mudah: merokok
rokok dan kembali selepas 20 minit. Jika bau asap masih dikesan dengan jelas, ini bermakna
pengudaraan tidak berfungsi dengan baik. Tetapi cara kejam untuk menilai tindakannya
tidak akan berfungsi, tentu saja, ketika merancang - itu tidak cukup informatif. Ketentuan
standard untuk dapur dengan kompor gas adalah sebagai berikut:

 slot lebar di bawah pintu masuk adalah wajib (dengan keluasan 25 cm²);
 mesti ada pembukaan khas untuk kemasukan dan keluar jisim udara;
 salur masuk itu hendaklah terletak pada ketinggian sekurang-kurangnya 2 m di atas asas;
 saluran keluar hendaklah berakhir dengan lubang yang terletak di atas bumbung (dengan
peningkatan 0.5 m di atas bumbung).
Menggunakan piawaian tipikal, kirakan kawasan keratan rentas segi empat tepat. Selalunya
mereka terbentuk daripada keluli tahan karat dengan permukaan halus. Diandaikan bahawa
kedua-dua salur keluar dan salur masuk ditutup dengan gratings. Kemudian bahaya
tersumbat saluran pengudaraan dan bilik itu sendiri akan diminimumkan. Pada musim sejuk,
saluran di mana udara masuk dari luar, perlu dipanaskan.

Ia penting! Hud dapur, walaupun yang paling kuat dan boleh dipercayai, tidak boleh
menggantikan sistem pengudaraan yang sepenuhnya. Ia tidak mengatasi tugas utama -
penyingkiran bahan pencemar yang telah tersebar jauh dari pinggan. Tidak kira berapa kali
udara itu sendiri telah berubah di bawah tudung sendiri selama sejam, jisim yang jauh akan
tetap tidak dapat diakses oleh sistem. Peralatan berkualiti tinggi harus memastikan
pelepasan semua udara kotor ke luar, sambil bergantung kepadanya untuk dilengkapi
dengan sistem pengudaraan dengan penapis khas.

1.6 KEHENDAK – KEHENDAK PEMBINAAN DALAM UKBS

DEFINISI TANGGA
Tangga adalah satu siri binaan anak tangga pada bangunan yang menghubungkan satu aras
lantai ke aras lantai yang lain.

- Tinggi sesuatu anak tangga itu hendaklah tidak lebih daripada 180 milimeter dan
jejaknya tidak kurang daripada 255 milimeter dan dimensi-dimensi ketinggiannya
dan jejaknya tangga yang dipilih hendaklah seragam dan bersamaan seluruhnya.
- Lebar sesuatu tangga hendaklah mengikut undang-undang kecil 168.
- Lanjar pelantar hendaklah tidak kurang daripada lebar anak tangga itu.
107.
- Kecuali bagi tangga yang mempunyai kurang daripada 4 tetingkat, semua tangga
hendaklah disediakan dengan sekurang-kurangnya satu susur tangan.
- Tangga yang lebarnya lebih daripada 2200 milimeter hendaklah disediakan dengan
susur tangan tengah bagi setiap 2200 milimeter daripada lebar yang dikehendaki itu
dan mempunyai jarak yang hampir-hampir sama.
- Bagi bangunan lain daripada bangunan kediaman, susur tangan hendaklah diadakan
pada setiap sisi tang'ga itu jika lebar tangga itu adalah 1100 milimeter atau lebih.

TANGGA LUAR DAN TANGGA DALAM

- Tangga luar bermaksud sesuatu tangga yang terbuka sepenuhnya kepada udara luar dan
pada sekurang-kurangnya dua sisi daripada paras sebelah atau pelepar ke sebelah bawah
larian tangga yang sebaik-baik sahaja di atasnya.

Mana-mana tangga luar yang dipasang kekal adalah diteima sebagai suatu tempat keluar
yang dikehendaki di bawah keadaan yang sama seperti tangga dalam. Dengan syarat
bahawa tangga itu hendaklah mematuhi semua kehendak bagi tangga dalam. Tangga luar
hendaklah diasingkan daripada bahagian dalam bangunan itu dengan dinding dan pintu api
yang mempunyai kadar ketahanan api yang sama sebagaimana dikehendaki bagi tangga
dalam.

TANGGA MENENTANG KEBAKARAN

- Tangga menetang kebakaran ertinya sesuatu tangga yang diuntukkan sebagai jalan masuk
yang diiktirafkan ke dalam bangunan untuk pegawai bomba jika berlaku sesuatu kebakaran.

TANGGA TERLINDUNG

- Tangga terlindung ertinya sesuatu tangga yang diasingkan daripada bangunan yang
menggunakannya oleh dinding sekat yang mempunyai TKA tidak kurang daripada setengah
jam dan ruang buka dalam dinding sekat itu dipasangkan dengan lampu tetap dan pintu
menutup sendiri yang tiao-tiap satu mempunyai TKA tidak kurang daripada setengah jam.

DIMENSI MINIMA DAN MAKSIMA JEJAK DAN PENAIK


1 Bagi sesuatu tangga, tinggi sesuatu anak tangga itu hendakalah tidak lebih daripada
180 milimeter dan jejaknya tidak kurang daripada 275 milimeter dan dimensi-
dimensi ketinggiannya dan jejaknya tangga yang dipilih hendaklah seragam dan
bersamaan seluruhnya.

2 Lebar sesuatu tangga hendaklah mengikut undang-undang tangga.

3 Lantar pelantar hendaklah tidak kurang daripada lebar anak tangga.


LARIAN MAKSIMA ANAK TANGGA

- Bagi bangunan kediaman, suatu pelantar yang tidak kurang daripada 1.80 meter
lanjurannya hendaklah diadakan bagi tangga pada jarak-jarak tegak yang tidak lebih
daripada 4.25 meter dan bagi tangga-tangga dalam semua bangunan lain hendaklah
tidak lebih daripada 16 tetingkat di antara setiap pelantar itu.

- Tiada mana-mana bahagian dalam sesuatu larian mana-mana tangga boleh


mempunyai kurang daripada dua tingkat

PELANTAR

- Pelantar ditakdirkan sesuai dengan bahagian ruang 1500mm dan ke atas. ia dihasilkan
dengan akses bulat 900mm dan biasanya digunakan dalam lubang manhole yang lebih
dalam, dengan kedalaman terhad maksimum 6 meter dan menyediakan platform pinjaman
yang selama.

1.7 JENIS – JENIS TANGGA

TANGGA LARIAN LURUS

-Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga yang menghubungkan dari satu tingkat ke
tingkat yang lain dalam satu arah. Untuk tangga larian lurus yang terlalu panjang boleh
diputuskan dengan pembinaan pelantar perantaraan supaya mendapatkan deretan anak
tangga yang lebih senang dan selesa di daki. Penggunaan tangga lurus memberikan rupa
bentuk yang paling mudah dan murah dalam pembinaan tangga.
TANGGA SUKU PUSINGAN
- Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat dari lantai bawah ke lantai
atas dengan pelantar yang membelek sejauh 900 (suku pusingan) dipertengahannya.

Penggunaan tangga suku amat sesuai untuk ruang bukaan tangga yang terhad di mana
tangga larian lurus tidak dapat digunakan.

Anda mungkin juga menyukai