Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum semua…

Nama saya Dayang Fadzillah Binti Abd Masri, saya berumur 42 tahun (oppps dah tua
rupanya) dan saya berasal dari Sandakan Sabah. Walaubagaimanapun sekarang saya menetap
di Putrajaya, dan bekerja sebagai guru di Sekolah Rendah Agama Al Najah presint 9
disamping meyambung pengajian di UTM secara separuh masa dalam bidang Pendidikan
Islam. Saya mula menjejakkan kaki di Semenanjung dengan mengikuti Ayah saya, yang pada
ketika itu saya berusia lebih kurang 11 tahun. Makanan kegemaran saya ialah apa – apa sahaja
yang dimasak oleh Mak ( mestilah kan.. ). Namun apabila saya telah berjauhan dengan Mak
( muka sedih) maka makanan kegemaran saya adalah nasi lemak, laksa dan juga makanan laut
seperti ikan, udang, sotong dan ketam. Manakala pada masa lapang pula saya suka berjalan –
jalan bersama keluarga seperti membeli – belah, balik kampung atau makan angin.

Baiklah seterusnya, saya akan menceritakan pula akan kekuatan perwatakan diri saya.

Pertama : KEYAKINAN

Sebenarnya saya juga tidak pasti apakah ciri – ciri kekuatan perwatakan yang saya ada, tetapi
apabila diamati dari kecil hingga sekarang, saya dapati ‘ye’ KEYAKINAN adalah ciri utama
yang ada dalam diri saya, contohnya pada umur saya 11 tahun, saya telah berhijrah dari
sebuah perkampungan kecil di Borneo ( peta sabah..) ke tanah Semenanjung, yang mana saya
menghadapi suasana yang serba baru seperti keluarga baru, kawan – kawan baru, makanan
baru dan suasana persekitaran juga baru.

Seterusnya keyakinan yang kedua ialah ketika saya meyambung pelajaran diperingkat
menengah di Pondok PakYa, gurun kedah, dengan tinggal di Asrama, tanpa mendapat
pendidikan akademik yang sempurna diperingkat rendah, serta umur yang agak berbeza dari
rakan – rakan ( biarlahlah rahsia) namun berkat kepercayaan pihak sekolah dan keyakinan
diri, saya diberi percubaan mengikuti terus tingkatan 2, Alhamdulillah dengan keyakinan dan
dengan izin Allah SWT, saya Berjaya meneruskannya dan menghabiskan pengajian saya
hingga ke SPM.

Dan keyakinan yang terakhir ialah apabila saya melanjutkan pengajian diperingkat ijazah,
tanpa ada rakan – rakan yang turut serta, sedangkan sebelum ini saya dan rakan – rakan
meyambung pengajian secara bersama – sama, samada diploma mahupun ijazah, tetapi
rupanya masa memohon UTM hanya saya seorang ( oppps… lonely rupanya ),
walaubagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus meneruskannya dan
Alhamdulillah…, saya telah pun berada ditahun 2 akhir sekarang

Kedua : OPTIMISME

Selain sifat keyakinan Saya dapati saya juga mempunyai ciri perwatakan yang optimisme ini
kerana saya selalu melihat segala hal yang berlaku itu dari sudut kebaikan sahaja, contohnya
ketika mengikuti Ayah berhijrah, ketika meyambung pelajaran diperingkat menengah
mahupun diperingkat ijazah, saya hanya memandangnya dari sudut kebaikan sahaja tanpa
memikirkan apa yang perlu saya hadapi kelak, walaupun sebenarnya banyak rintangan yang
terselit disebaliknya, namun semuanya saya ambil sebagai pengajaran dan penambahbaikan
dalam diri saya.

Disamping itu saya juga sangat menitikberatkan akan pengurusan masa, kerana masa itu
ibarat emas jika kita tidak merebutnya maka rugilah kita, malah Allah SWT ada menegaskan
dalam Al Quran, di dalam Surah Al – Ashr, yang menerangkan akan kepentingan masa
kepada manusia. Oleh itu saya membahagikan masa dengan baik seperti waktu bekerja,
waktu bersama keluarga, waktu belajar dan waktu bersama rakan – rakan, dan syukur
Alhamdulillah…, semua berjalan dengan lancar, inilah sahaja yang dapat saya ceritakan serba
sedikit mengenai diri saya, diharap semuanya baik – baik sahaja, terima kasih kerana
menonton video ini, terutamanya kepada Dr. Nor Akmar Binti Nordin yang banyak
membimbing saya dan Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai