Anda di halaman 1dari 3

DUS 2023 ULUM AL-QURAN

NAMA MUHAMMAD AFIQ


HAKIM BIN NORAZIZUL

NO MATRIK 0211102032

NAMA PENSYARAH DR. MOHAMMAD


DHIYA’UL HAFIDH BIN
FATAH YASIN
Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril A.S. yang menjadi
mukjizat pada lafaz dan maknanya , membacanya juga menjadi
satu ibadah serta diriwayatkan secara mutawatir . Ia juga boleh
ditulis di mushaf dan dimulai surah al-Fatihah dan diakhiri dengan
surah an-Nas .

Dari segi bahasa , perkataan ‘Nuzul’ bermaksud turun dari


tempat yang tinggi atau menetap di suatu tempat . Kata
perbuatannya ‘nazala’ ( ‫ ) نزل‬bermaksud dia telah turun . Istilah
Nuzul al-Quran ini secara majaz bermaksud pemberitahuan al-
Quran . Tujuannya adalah untuk menunjukkan betapa tingginya
kemuliaan al-Quran . Perkataan nuzul dalam pelbagai wajah sama
ada kata nama , kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-
Quran lebih kurang sebanyak 290 kali .

Seterusnya , penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk


iaitu secara sekali gus dan berperingkat . Terdapat tiga pandangan
mengenai penurunan al-Quran . Yang pertama ialah penurunan al-
Quran dari Allah ke Lauh Mahfuz . Ini membuktikan ketinggian
dan kekuasaan Allah kerana ia berlaku secara sekali gus . Pendapat
ini dapat dilihat daripada ayat 21 hingga ayat 22 surah al-Buruj
yang bermaksud “ Sebenarnya apa yang Engkau sampaikan kepada
mereka bukanlah syair atau sihir “ , bahkan ia adalah al-Quran yang
tinggi kemuliannya , “ Lagi terpelihara dengan sebaik-baiknya “
pada Luh Mahfuz . “ ( surah al-Buruj : 21-22 ) . Selain itu
penurunan al-Quran pada peringkat yang kedua ialah dari Lauh
Mahfuz ke Baitul Izzah . Ia berpandukan dari firman Allah yang
bermaksud “ Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan
Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk
bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan
petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara benar dan salah . Oleh
itu sesiapa diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan
, maka hendaklah dia berpuasa di bulan itu dan sesiapa yang sakit
atau dalam musafir maka bolehlah ia berbuka . Kemudian wajiblah
dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari
yang lain . ( Dengan ketetapan demikian itu ) Allah mengkehendaki
kamu beroleh kemudahan dan tidak kehendaki kamu menanggung
dalam kesukaran dan juga supaya kamu mendapat pentunjuk Nya
dan supaya kamu bersyukur . “ ( surah al-Baqarah : 185 ) .
Peringkat yang ketiga ialah penurunan al-Quran dari Baitul Izzah
kepada Rasulullah SAW . Penurunan ini telah berlaku secara
beransur – ansur . Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah
SAW sejak Baginda dilantik menjadi Rasul sehingga Baginda
wafat , iaitu selama 23 tahun yang mana 13 tahun di Kota Makkah
dan 10 tahun di Madinah Al Munawwarah . Sebahagian daripada
al-Quran disimpan di Baitul Izzah untuk disampaikan kepada
Rasulullah SAW dalam masa 20 malam .

Akhir sekali , hikmah dari peringkat penurunan al-Quran


ini ialah untuk meneguhkan hati Rasulullah SAW dengan
penyebaran dakwahnya pada awal menjadi Rasul . Sepanjang
Baginda menyebarkan dakwah islam , banyak halangan dan
cabaran yang perlu ditempuh oleh Baginda . Dengan itu ,
penurunan al-Quran secara beransur ini ialah untuk memberikan
kekuatan kepada rohani dan jasmani Baginda dalam berdakwah .
Kemudian , penurunan ayat-ayat al-Quran ini selaras dengan
peristiwa yang dilalui oleh Baginda kerana setiap peristiwa
memerlukan jawapan sebagai panduan kepadanya . Contohnya
peristiwa berkaitan masalah – masalah umat yang mengelirukan ,
hukum hakam , tatacara perperangan dan lain – lain . Kaedah ini
juga dapat dihafaz dan mudah difahami kerana kedatangan islam
pada awalnya ditentang orang kafir dan orang islam pada waktu itu
perlu belajar tentang agama islam secara tersembunyi .

Anda mungkin juga menyukai