Anda di halaman 1dari 5

NAMA KURSUS

PPPH1203 LOGIK KLASIK DAN MODEN

SEMESTER 2 SESI 2020\2021

SET 1

TUGASAN

RENCANA: HUKUM DAN KEPERLUAN MEMPELAJARI ILMU MANTIK

PENSYARAH

DR. WAN HASLAN KHAIRUDDIN

NAMA

SITI NUR MAISARAH BINTI ZAHARI (A182276)


1

Ilmu Mantiq: Pengenalan, Hukum dan Keperluan Mempelajarinya


Oleh: Siti Nur Maisarah Zahari

Pengenalan

Akal merupakan satu kurniaan yang istimewa dari Allah S.W.T kepada manusia, maka
menjadi tanggungjawab setiap manusia untuk mendidik akal fikiran mereka supaya
dapat berfikir secara betul dan selari dengan syariat Allah Taala. Mendidik fikiran di
sini bermaksud memberi kekuatan kepadanya dengan mengkehendaki beberapa
pembelajaran yang berhubung dengan akal fikiran yang mana salah satu contohnya
adalah ilmu mantiq (Mustafa Abdul Rahman Mahmud, 1955).

Istilah ilmu mantiq mungkin istilah yang pertama kali didengar oleh para
pembaca dan terdapat juga mereka yang sering kali mendengarnya namun tidak
memahami ilmu tersebut secara lebih mendalam. Malah, ada juga segelintir pihak yang
mempersoalkan adakah ilmu ini masih relevan untuk dipelajari dan apakah hukumnya.
Walau bagaimanapun, sebelum kita menilai sesuatu perkara terutama berkaitan ilmu,
penting bagi kita untuk memahami apa konteks yang terdapat dalam ilmu tersebut.
Ringkasnya, ilmu mantiq adalah satu ilmu yang sangat berkait rapat dengan akal
fikiran.

Kalimah mantiq adalah berasal daripada bahasa Arab iaitu nathoqo ‘‫ ’نطق‬yang

bermaksud berkata-kata atau bertutur. Terdapat beberapa definisi ilmu mantiq yang
disebut oleh para ulama, antaranya:

(i) Definisi yang masyhur adalah ilmu mantiq merupakan satu wasilah dan
kaedah yang sistematik yang memelihara seseorang daripada sebarang
kesalahan berfikir (Ahmad ibn ‘Umar al-Hazimi).
(ii) Al-‘Atthar mendefinisikan ilmu mantiq sebagai satu ilmu yang diketahui
dengannya pemikiran yang benar dan juga yang salah.

Maka, dapat kita fahami bahawa ilmu ini mengajar kita tentang kaedah dan usul
yang membawa kepada pengetahuan tentang pemikiran yang benar dan pemikiran
yang salah. Secara ringkasnya, ia mempunyai beberapa perbahasan yang penting yang
mana terbahagi kepada dua perbahasan utama iaitu tasawwur dan tasdiq. Tasawwur
2

antaranya merangkumi kaedah pendefinisan dan pengkelasan sesuatu perkara,


manakala tasdiq pula antara lain membicarakan tentang kaedah-kaedah qiyas (Mufti
Wilayah Persekutuan, 2018).

Hukum Mempelajari Ilmu Mantiq

Walaupun ilmu mantiq ini mendapat perhatian daripada ahli-ahli falsafah


Muslim seperti Abdullah Ibn Al-Muqaffa’, Yaqub Ibn Ishaq Al-Kindi, Al-Farabi, Ibn
Sina, Imam al-Ghazali dan Ibn Rusyd (Mufti Wilayah Persekutuan, 2018), ia juga turut
mendapat tentangan yang hebat daripada para ulama yang lain. Hal ini kerana
dikhuatiri ia bercanggah dengan aqidah Islam yang sebenar kerana dianggap
mengandungi unsur-unsur falsafah ketuhanan Yunani yang bertentangan dengan
agama Islam. Oleh itu, melihat kepada situasi ini apakah hukum sebenar dalam
mempelajari ilmu mantiq? Terdapat khilaf dalam kalangan ulama mengenai hukum
mempelajari ilmu ini yang mengandungi unsur-unsur falsafah yang menyeleweng.
Menurut Imam al-Akhdhari dalam penulisannya matan al-Sullam, terdapat tiga
pandangan para ulama terhadap ilmu mantiq ini:

(i) Ibn Solah, Imam al-Nawawi dan beberapa yang lain menetapkan haram dalam
mempelajari ilmu mantiq.
(ii) Terdapat juga ulama yang mewajibkan mempelajarinya seperti pandangan
Imam al-Ghazali.
(iii) Pendapat ketiga mengatakan harus dengan tujuan untuk membetulkan akal
yang mengkaji al-Quran dan Sunnah bagi membezakan kebenaran dan
kebatilan.

Perbazaan pendapat-pendapat ulama ini hanyalah pada illmu mantiq yang telah
bercampur dengan unsur-unsur falsafah dan pemikiran yang bertentangan dengan
ajaran Islam yang sebenar. Manakala bagi ilmu mantiq yang bebas daripada pemikiran
falsafah, maka para ulama bersepakat bahawa harus bagi hukum mempelajarinya. Oleh
itu, menurut pandangan Dr. Zulkifli al-Bakri bahawa mempelajari ilmu mantiq yang
tidak diresapi dengan fahaman falsafah hukumnya harus, bahkan ia disunatkan
sepertimana pandangan-pandangan para ulama muktabar terdahulu dan juga
kontemporari. Jelas di sini bahawa terdapat tuntutan daripada ilmuan Islam bagi
memperlajari ilmu mantiq ini.
3

Keperluan Mempelajari Ilmu Mantik

Di samping mengetahui konteks pembelajaran ilmu mantiq, perlu juga bagi


kita mengetahui apa keperluan dan kepentingan mempelajari ilmu ini serta apa
manfaatnya jika kita menguasainya.

(i) Pertama sekali, pentingnya mendalami ilmu mantiq ini supaya manusia dapat
berfikir dengan benar sehingga sampainya seseorang pada kesimpulan yang
benar tanpa mempertimbangkan keadaan dan situasi yang kemungkinan dapat
mempengaruhi seseorang (H. Baihaqi A.K 1996).
(ii) Ilmu mantiq juga dapat menajamkan akal dan fikiran serta memelihara akal
daripada tersalah dalam berfikir (Wan Haslan Khairuddin).
(iii) Imam al-Ghazali juga ada menyebut tentang kepentingan ilmu mantiq melalui
kata-katanya dalam muqaddimah kitab Al-Mustasfa yang berbunyi:

ِِ ِ ِ ‫ومن ََل حُِيي ح‬


ْ ‫ط ِبَا فَ ََل ث َقةَ لَهح بِعحلحومه أ‬
‫َصل‬ ْ ََ

Maksudnya: “Dan barangsiapa yang tidak menguasainya (ilmu mantiq), maka


ilmunya adalah diragukan dan tidak dipercayai keabsahannya”. Hal ini kerana
beliau memandang ilmu mantiq adalah sebagai pengantar kepada semua ilmu
yang lain.

Penutup

Kesimpulannya, dapat kita fahami bahawa ilmu mantiq merupakan satu ilmu
yang membincangkan tentang kaedah dan usul berfikir bagi membimbing akal fikiran
manusia ke arah menghasilkan kesimpulan yang benar. Malah sama ada kita sedar atau
pun tidak, mantiq secara umumnya telah diguna pakai dan dipraktikkan oleh seluruh
manusia dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini kerana ilmu ini sangat berkait rapat
dengan penggunaan akal yang dianugerahkan oleh Allah taala kepada semua manusia.
Oleh yang demikian, menjadi satu tuntutan buat kita semua dalam mempelajari ilmu
mantiq ini kerana jelas sekali terdapat keperluan dan kepentingannya terutama dalam
bidang pengajian Islam.
4

Rujukan

Abdul Rahman Mahmud, Mustafa. 2019. Ilmu Mantiq (Logik). (atas talian)
https://www.academia.edu/37775191/ILMU_MANTIQ_LOGIK_OLEH_Mu
stafa_Abdul_Rahman_Mahmud [22 Jun 2021]

Abdul Shukor, Fateh. 2020. Sejarah Ringkas dan Pengenalan Ilmu Mantiq. (atas
talian) https://www.thepatriots.asia/sejarah-ringkas-dan-pengenalan-ilmu-
mantiq/ [22 Jun 2021]

Mufti Wilayah Persekutuan. 2018. Irsyad al-Fatwa #252: Hukum Mempelajar Ilmu
Mantiq. (atas talian) https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-
fatwa-umum/2664-irsyad-al-fatwa-252-hukum-mempelajar-ilmu-mantiq [22
Jun 2021]

Wahab, Muhammad Rashidi & Hamat, Mohd Fauzi. 2020. Kedudukan Ilmu Mantik
dalam Pemikiran Islam. Journal Afkar. 22(2): 1-42

Anda mungkin juga menyukai