Anda di halaman 1dari 79

2022

PRAKATA
Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti dan
Penggalian Jalan Negeri Selangor (GPLKUPJNS) Edisi
Pertama ini merupakan Garis Panduan yang telah
diluluskan di dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri (MMKN) ke 19/2022 pada 10 Ogos 2022 dan
disahkan oleh MMKN ke 20/2022 pada 24 Ogos 2022 dan
telah berkuatkuasa bermula 1 September 2022.

Garis panduan ini dilihat selari dengan senario dan


perkembangan pembangunan semasa dengan tujuan
untuk mempertingkatkan kualiti persekitaran dan
kehidupan yang lebih sempurna selaras dengan visi
Kerajaan Negeri Selangor iaitu “Selangor Negeri Smart
and Caring” (SAC).

Bagi merealisasikan Garis Panduan ini, gerak kerja telah dimulakan pada tahun
2020, PlanMalaysia@Selangor bersama-sama dengan jabatan-jabatan teknikal,
pihak berkuasa tempatan, dan lain-lain agensi di peringkat persekutuan dan negeri
berganding bahu dalam menyediakan Garis Panduan Laluan Kemudahan Utilti dan
Penggalian Jalan Negeri Selangor. Garis Panduan ini merangkumi hampir kesemua
aspek utama dalam perancangan dan pengurusan utiliti bagi kawasan pembangunan
baru ataupun pembangunan sediada. Selain itu juga Garis Panduan Edisi pertama ini
juga dilengkapkan dengan perkara dan sub-perkara khususnya yang melibatkan
perundangan dan peraturan serta aspek teknikal yang berkuatkuasa dan ia
dipersembahkan dengan cara yang mudah dirujuk kepada semua pengguna.

Penyediaan Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti dan Penggalian Jalan ini
juga dihasilkan selari dengan prinsip dan matlamat peduli rakyat dan Smart Selangor.
Menjadi harapan kita semua supaya garis panduan ini dapat digunakan secara
berkesan dan menyeluruh bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat di
Negeri Selangor.

TPr MD. NAZRI BIN ABDULLLAH


PENGARAH
Disediakan oleh

Dengan Kerjasama



MAJLIS PERBANDARAN
KUALA LANGAT
Garis Panduan ini telah diluluskan di dalam
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
ke 19/2022 pada 10 Ogos 2022 dan disahkan
oleh MMKN ke 20/2022 pada 24 Oos 2022 dan
telah diluluskan pemakaiannya berkuatkuasa
1 September 2022.

KLAUSA KECUALIAN (SAVING CLAUSE)


Semua manual, garis panduan, tatacara, pekeliling,
pemberitahuan, notis, yang dikeluarkan atau dibuat di
bawah atau menurut mana-mana pernyataan bertulis
yang mansuh menurut kuasa oleh Garis Panduan Laluan
Kemudahan Utiliti dan Penggalian Jalan Negeri Selangor
ini hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang tidak
bertentangan dengan Garis Panduan Laluan
Kemudahan Utilti dan Penggalian Jalan Negeri Selangor
ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh manual,
garis panduan, tatacara, pekeliling, pemberitahuan,
notis, yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau
menurut mana-mana pernyataan bertulis atau dibuat di
bawah Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti dan
Penggalian Jalan Negeri Selangor ini.
CETAKAN PERTAMA 2022

EDISI PERTAMA (2022)

@Hakcipta

Hakcipta terpelihara
Mana-mana dalam laporan ini tidak lagi boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam
apa-apa bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

ISBN 978-629-97113-1-5

ISBN 978-629-97113-1-5

9 7 8 6 2 9 9 7 11 3 1 5
GARIS PANDUAN LALUAN
KEMUDAHAN UTILITI DAN
PENGGALIAN JALAN NEGERI
SELANGOR

PLANMalaysia@Selangor
Perancangan Melangkaui Kelaziman
Planning : Beyond Conventional

1|P a ge
GARIS PANDUAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI DAN PENGGALIAN JALAN NEGERI
SELANGOR

KANDUNGAN GARIS PANDUAN

BAHAGIAN 1
PENGENALAN

1. TAFSIRAN
2. PUNCA KUASA
3. TUJUAN GARIS PANDUAN
4. LATARBELAKANG
5. SKOP PELAKSANAAN GARIS PANDUAN KEMUDAHAN UTILITI
5.1 Skop Kawasan Pembangunan Utiliti

BAHAGIAN 2
GARIS PANDUAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI

6. PENYELENGGARAN/PEMBINAAN UTILITI DI KAWASAN PEMBANGUNAN SEDIA


ADA (BROWNFIELD) YANG MELIBATKAN PENGGALIAN PERMUKAAN
BERTURAP JALAN.
6.1 Kerja 1: Prosuder Kerja Terancang
6.2 Kerja 2: Prosedur Kerja Tidak Terancang (Kerja Kecemasan)
6.3 Kerja 3: Kerja Pengalihan Utiliti Bagi Pembangunan Semula

7. KORIDOR UTILITI DI KAWASAN PEMBANGUNAN BARU (GREENFIELD)


7.1 Penyediaan Laluan Koridor Utiliti di Kawasan Greenfield

8. KAEDAH-KAEDAH PEMBANGUNAN LALUAN KHUSUS KORIDOR UTILITI


8.1 Terowong Utiliti Bersepadu (Common Utility Tunnel)
8.2 Dedicated Utilities Road Crossing (DURC)
8.3 Duktus Komunikasi Gunasama

2|P a ge
BAHAGIAN 3
STRUKTUR PENGURUSAN KORIDOR UTILITI NEGERI SELANGOR

9. STRUKTUR PENGURUSAN
9.1 Peranan Agensi & Jawatankuasa Berkaitan
9.2 Pihak Berkuasa Melulus
9.3 “One Stop Agency”/ Koridor Utiliti Selangor (KUSEL)
9.4 Penyedia Utiliti/ Pemohon
9.5 Agensi Teknikal

BAHAGIAN 4
SISTEM PENGURUSAN INFRASTRUKTUR KORIDOR UTILITI

10. PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAGI KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR &


UTILITI
10.1 Tujuan
10.2 Pangkalan Data Negeri
10.3 Struktur Pangkalan Data

BAHAGIAN 5
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KUSEL DI DALAM MELAKSANAKAN KORIDOR
UTILITI

11. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KUSEL


11.1 Aktiviti Penggalian dan Penyelarasan Penyelenggaraan Kemudahan/ Utiliti
11.2 Pelaksanaan Garis Panduan Untuk Pembangunan (Greenfield) kurang 100
hektar
11.3 Membantu Pembangunan Sistem Maklumat Infrastruktur (bawah tanah) di
Negeri Selangor.
11.5 Menyediakan Satu Platform Berasaskan Internet Yang Dapat Dijadikan
Rujukan kepada Pihak Umum dan Jabatan Teknikal

12. LAIN-LAIN RUJUKAN


13. PENUTUP

3|P a ge
SENARAI RAJAH

Rajah 1: Susunatur Utiliti Bawah Tanah

Rajah 2: Skop bagi Pembangunan Brownfield dan Greenfield

Rajah 3: Carta Alir Proses Pembangunan Brownfield Bagi Kerja-Kerja Terancang.

Rajah 4: Jajaran Sepanjang Tebing Sungai

Rajah 5: Carta Alir Bagi Proses Permohonan Brownfield Untuk Kerja-Kerja Tidak
Terancang

Rajah 6: Carta Alir Proses Permohonan Bagi Kerja-Kerja Pengalihan Pembangunan


Semula (Brownfield)

Rajah 7: Carta Alir Proses Permohonan Rundingan Seksyen 20A

Rajah 8: Keratan Rentas Laluan Koridor Utiliti Di Dalam ROW – 66’

Rajah 9: Keratan Rentas Laluan Koridor Utiliti Di Dalam ROW – 100’

Rajah 10: Susunatur Utiliti Bawah Tanah

Rajah 11: Keratan Rentas Terowong Utiliti Bersepadu (CUT) Putrajaya (Secondary)
Yang Mempunyai 4 Ruang/ Galeri. Saluran Gas Dan Kabel Elektrik Diletakkan
Dalam Galeri Berasingan

Rajah 12: Keratan rentas menunjukkan kedudukan CUT di bawah rezab jalan

Rajah 13: Dedicated Utility Road and Crossing (DURC)

Rajah 14: Rekabentuk Duktus Gunasama Komunikasi

Rajah 15: Duktus Komunikasi Gunasama Bagi Pembangunan Sedia Ada dan Baharu
(Brownfield & Greenfield)

Rajah 16: Kategori Duct

Rajah 17: Rekabentuk dan Spesifikasi Standard Manhole

Rajah 18: Struktur Pengurusan Bagi Koridor Utiliti

Rajah 19: Standard Operating Prosedur (SOP) bagi Penerimaan, Pemprosesan dan
Muatnaik Data Digital

Rajah 20: Model Pangkalan Data Utiliti Negeri Selangor

Rajah 21: Data Atribut Koridor Utiliti Selangor

Rajah 22: Proses Utama Berdasarkan Manual OSC 3.0 Plus

4|P a ge
SENARAI JADUAL

Jadual 1: Caj Perkhidmatan Utiliti

Jadual 2: Tempoh masa Penyediaan Pelan Pemetaan Infrastruktur Utiliti dan Pelan
Pengurusan Trafik

Jadual 3: Jarak Maksimum Korekan Terbuka

Jadual 4: Proses Pra Rundingan Greenfield (20A)

Jadual 5: Keperluan Koridor Utiliti Mengikut Keluasan Pembangunan

Jadual 6: Keperluan Laluan Utiliti Mengikut Kelebaran Jalan

Jadual 7: Jarak dan Susunan Kemudahan Utiliti

Jadual 8: Jenis-Jenis Manhole

Jadual 9: Jawatankuasa Induk & Jawatankuasa Teknikal

5|P a ge
SINGKATAN

BD : Bank Deraf
BG : Bank Guarantee
CCC : Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan/ Certificate of Compliance and Completion
DLP : Tempoh Liabiliti Kecacatan/ Defected Liability Period
DURC : Dedicated Utilities Road Crossing
GI : Galvanized Iron
GP : Garis Panduan
HDD : Horizontal Direct Drilling
HDPE : High density Polythylene
IWK : Indah Water Konsortium
JKR : Jabatan Kerja Raya
JPS : Jabatan Pengairan dan Saliran
JTB : Juruukur Tanah Berlesen
JUPEM : Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
KUSEL : Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd
MBI : Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
MMKN : Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
MTSFB : Malaysia Technical Standard Forum Berhad
NFP : Penyedia Kemudahan Rangkaian

OSA : One Stop Agency


OSC : One Stop Centre
PBM : Pihak Berkuasa Melulus
PBT : Pihak Berkuasa Tempatan
PVC : Polyvinyl Chloride
ROW : Right of Way
SKMM : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
SOP : Standard Operation Procedure
TM : Telekom Malaysia
TNB : Tenaga Nasional Berhad
TSIR : Technical Standard And Infrastructure Requirement
UPEN : Unit Perancang Ekonomi Negeri

6|P a ge
BAHAGIAN I

PENGENALAN

1.0 TAFSIRAN

1.1 “Brownfield” ertinya kawasan yang telah dibangunkan tetapi ditinggalkan


atau terbiar atau mempunyai struktur pembangunan yang usang atau
kawasan pembangunan yang tidak siap sepenuhnya, terbengkalai dan
mungkin tercemar atau tidak tercemar

1.2 “Caj Pendaftaran Utiliti” ertinya bayaran ‘wang hangus’ yang dikenakan ke
atas pemohon untuk mendaftarkan permohonan pemasangan infrastruktur
utiliti;

1.3 “Caj Perkhidmatan Utiliti” ertinya bayaran ‘wang hangus’ yang dikenakan ke
atas pemohon oleh PBM di atas perkhidmatan urus tadbir pemasangan
infrastruktur utiliti yang disediakan berdasarkan skop kerja yang telah
ditentukan;

1.4 “Greenfield” ertinya kawasan / tanah yang merangkumi habitat / kawasan


hutan dan tanah pertanian produktif yang tidak dibangunkan. Ini termasuklah
lingkaran hijau di kawasan bandar.

1.5 “Infrastruktur Utiliti” ertinya rangkaian infrastruktur bawah dan atas tanah
untuk perkhidmatan yang disediakan oleh penyedia utiliti termasuk
pengagihan kabel elektrik, paip air, kabel komunikasi, paip gas, paip
pembentungan, kabel lampu isyarat, kabel lampu jalan dan CCTV;

1.6 “Jawatankuasa Pengurusan Koridor Utiliti Negeri” ertinya jawatankuasa


yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi meluluskan dan meminda
Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti Negeri Selangor yang akan
digunapakai dalam perancangan dan pembangunan koridor utiliti Negeri
Selangor.

1.7 “Koridor Utiliti” ertinya sebahagian rizab jalan (ROW) yang menempatkan
rangkaian infrastruktur utiliti seperti kabel elektrik, telekomunikasi, paip air,
paip gas dan sistem pembentungan;

7|P a ge
1.8 “Koridor Utiliti Selangor Sdn. Bhd. (KUSEL)” ertinya syarikat yang dilantik
oleh pihak Berkuasa Negeri untuk melaksanakan peranan dan
tanggungjawab sebagai Agensi Pusat Setempat / “One Stop Agency (OSA)”
bagi tujuan menyelaras dan mengurus aktiviti berkaitan pembangunan dan
penyelenggaraan laluan kemudahan utiliti serta membangunkan Pangkalan
Data Utiliti Negeri;

1.9 “Pemohon” ertinya Penyedia utiliti, syarikat-syarikat, firma atau pertubuhan


perbadanan yang memohon untuk menjalankan kerja-kerja pembangunan,
pemasangan dan/atau penyelenggaraan infrastruktur utiliti;

1.10 “Penyedia Utiliti” ertinya syarikat-syarikat utiliti yang menyediakan


perkhidmatan awam seperti yang telah dilantik atau diberi lesen di bawah
undang-undang Malaysia iaitu Air Selangor, Tenaga Nasional Berhad (TNB),
Telekom Malaysia (TM), Gas Malaysia, Gas Petronas, Indah Water
Konsortium (IWK) dan Syarikat Telekomunikasi yang memiliki lesen yang
ditakrifkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588);

1.11 “Pengurus Pemetaan Dan Pengurusan Trafik” ertinya pihak yang dilantik
oleh KUSEL untuk menyediakan pelan utiliti, pelan trafik, pelan siap bina dan
laporan- laporan berdasarkan format yang ditetapkan.

1.12 “Pihak Berkuasa Melulus” ertinya Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan
Kerja Raya;

1.13 “Wang Cagaran Utiliti” ertinya deposit wang jaminan pelaksanaan dalam
bentuk Bank Deraf (BD) dan/atau Jaminan Bank/ “Bank Guarantee” (BG)
yang dibayar kepada Pihak Berkuasa Melulus atau agensi berkaitan
mengikut terma, kadar, tempoh dan syarat- syarat yang ditetapkan;

1.14 “Pelan siap bina (As-Built Plan)” ertinya lukisan bagi pembinaan yang telah
siap secara keseluruhan merangkumi semua sistem perkhidmatan dan
fasiliti yang berkaitan dokumen-dokumen sokongan berkaitan seperti
manual operasi dan penyelengaraan

8|P a ge
2.0 PUNCA KUASA

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 35/2020 bertarikh 07 Oktober


2020 dan disahkan oleh MMKN ke 36/2020 pada 14 Oktober 2020 mengambil
maklum akan maklum balas daripada Kamar Penasihat Undang-Undang berhubung
keputusan MMKN ke 30/2020 mengenai cadangan Penubuhan Agensi Koridor
Utiliti Selangor Sdn. Bhd. (KUSEL).

Selanjutnya, MMKN menimbangkan dan meluluskan perkara-perkara berikut:-

i. Bersetuju dengan penubuhan Koridor Utiliti Selangor Sdn. Bhd. (KUSEL)


sebagai badan penyelaras dan Penyelia Utiliti Negeri Selangor di bawah
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI);

ii. Bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Induk Pembangunan Koridor


Utiliti Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Y.B. Pengerusi Jawatankuasa
Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam serta diurus setia oleh Seksyen
Makro dan Penswastaan, UPEN;

iii. Bersetuju dengan Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Koridor Utiliti Negeri


Selangor yang dipengerusikan oleh Pengarah PLANMalaysia@Selangor serta
diurus setia oleh Koridor Utiliti Selangor Sdn. Bhd. (KUSEL);

iv. Bersetuju agar Seksyen Makro dan Penswastaan, UPEN bersama semua
pihak yang terlibat membuat kajian lanjut atau feasibility study untuk
memastikan peruntukan undang-undang kecil tidak bercanggah dengan
undang-undang lain yang terpakai seperti ulasan Kamar Penasihat Undang-
Undang.

9|P a ge
3.0 TUJUAN GARIS PANDUAN

Garis panduan ini dinamakan Garis Panduan Kemudahan Utiliti dan Penggalian
Jalan Negeri Selangor Tahun 2022. Garis Panduan ini bertujuan untuk memandu dan
merancang pembangunan koridor utiliti bagi pembangunan baru, pembangunan
semula dan sedia ada bagi mengawal selia aktiviti penggalian jalan akibat
penyelenggaraan/pembaikan utiliti supaya situasi jalan dalam keadaan baik untuk
memastikan perancangan dan pembangunan utiliti akan lebih teratur dan terkawal
serta pembangunan pangkalan data yang komprehensif bagi Negeri Selangor.

Objektif Garis Panduan adalah seperti berikut: -

i. Memastikan perancangan dan penyediaan rizab serta penempatan utiliti di


Negeri Selangor adalah selaras dan bersistematik;

ii. Memastikan penggalian jalan untuk penyelenggaraan/pembaikan utiliti


dibuat dengan teratur, terkawal dan dipulihkan sebaik-baiknya;

iii. Membangunkan pangkalan data mengikut format keseragaman yang telah


ditetapkan, mengawal dan mengemaskini data serta melaksanakan
pemantauan yang berterusan.

iv. Menjamin kesejahteraan dan keselamatan pengguna jalan raya dan


masyarakat.

4.0 LATAR BELAKANG

Infrastruktur dan utiliti memainkan peranan penting dalam membentuk persekitaran


kehidupan manusia yang berkualiti. Walaupun begitu terdapat beberapa isu berkaitan
perancangan dan pembangunan utiliti terutamanya di Negeri Selangor seperti berikut::-

i. Penempatan laluan utiliti sering kali tidak dirancang dari peringkat awal
cadangan pembangunan;

10 | P a g e
ii. Ketiadaan penyelarasan rangkaian laluan dan kabel bagi kemudahan utiliti telah
mengakibatkan ianya diletakkan secara tidak teratur;

iii. Penyelenggaraan atau kerja menaik taraf perkhidmatan sering kali melibatkan
korekan atas turapan jalan. Ianya memberi kesan negatif ke atas kualiti visual,
alam sekitar dan kesejahteraan penduduk;

iv. Melibatkan kos yang tinggi dan jangkamasa yang panjang berkaitan
perancangan dan pembangunan utiliti;

v. Tiada pangkalan data utiliti berpusat yang dibangunkan diperingkat Negeri


Selangor;

vi. Kekurangan penyelarasan dan panduan berdasarkan kepada Dasar Tanpa


Korekan (No Dig Policy) yang menggariskan keperluan untuk: -

• Mengelakkan korekan terbuka dalam pemasangan laluan utiliti baru dan


penambahbaikan akan datang;
• Meminima gangguan terhadap trafik dan orang awam; dan
• Memberi perlindungan kepada talian atau kabel utiliti.

5.0 SKOP PELAKSANAAN GARIS PANDUAN KEMUDAHAN UTILITI

Rizab koridor utiliti dalam garis panduan ini bermaksud ruang khas yang disediakan
untuk menempatkan laluan kabel atau paip untuk kemudahan utiliti yang dikongsi
bersama oleh penyedia-penyedia perkhidmatan utiliti. Ianya boleh digunakan bagi
menempatkan utiliti-utiliti seperti berikut:
i. Paip Air
ii. Paip Gas
iii. Kabel Telekomunikasi
iv. Paip pembentungan
v. Kabel Elektrik
vi. Lain-lain Utiliti seperti Storm Drain

11 | P a g e
Kebiasaanya, laluan ini adalah terletak di dalam rezab jalan yang disediakan bagi sesuatu
kawasan.

Rajah 1: Susunatur Utiliti Bawah Tanah

5.1 Skop Kawasan Pembangunan Utiliti


Bagi maksud Garis Panduan ini, skop kawasan pembangunan utiliti ini
meliputi dua kawasan utama iaitu pembangunan brownfield dan greenfield.

SKOP

PEMBANGUNAN BROWNFIELD PEMBANGUNAN GREENFIELD

PEMBANGUNAN PEMBANGUNAN PERMOHONAN ULASAN


TERANCANG TIDAK PENGALIHAN PERANCANGAN
TERANCANG PEMBANGUNAN KEBENARAN
SEMULA MERANCANG

Rajah 2: Skop bagi Pembangunan Brownfield dan Greenfield

5.1.1 Garis Panduan ini memberi penekanan kepada aspek perletakan, saiz, reka
bentuk dan pelaksanaan serta pengawalan. Syarat-syarat terperinci yang
melibatkan kepakaran kejuruteraan dan teknikal yang lain hendaklah dirujuk

12 | P a g e
kepada agensi pakar yang berkaitan serta keperluan pihak berkuasa
tempatan (PBT).

5.1.2 Garis panduan ini merangkumi perancangan rizab koridor utiliti di bawah tanah
yang terletak di bahagian kiri dan kanan jalan di dalam ROW (Right of Way)
untuk laluan utiliti. Garis panduan ini adalah terpakai bagi pembangunan
brownfield dan greenfield.

5.1.3 Garis panduan ini melibatkan pembangunan utiliti di kawasan brownfield dan
greenfield yang meliputi rezab jalan yang telah diwartakan di bawah seliaan
pihak berkuasa melulus (Jabatan Kerja Raya, Pejabat Tanah dan Daerah
serta Pihak Berkuasa Tempatan).

13 | P a g e
BAHAGIAN II
GARIS PANDUAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI

6.0 PENYELENGGARAN/PEMBINAAN UTILITI DI KAWASAN PEMBANGUNAN SEDIA


ADA (BROWNFIELD) YANG MELIBATKAN PENGGALIAN PERMUKAAN
BERTURAP JALAN.

6.1 Kerja 1: Prosedur Kerja Terancang

6.1.1 Definisi

Merupakan kerja-kerja pembangunan utiliti mengikut keperluan


pembangunan dan penambahbaikan di kawasan brownfield yang telah
dirancang dan dijadualkan pelaksanaannya seperti pemasangan utiliti
baru atau menaiktaraf utiliti.

6.1.2 Prosedur pembangunan sedia ada bagi kerja-kerja terancang


merangkumi:

i. Sebelum Kerja;

ii. Semasa Kerja;

iii. dan Selepas Kerja

6.1.3 Berikut merupakan carta alir proses pembangunan brownfield bagi


kerja-kerja terancang:

14 | P a g e
Rajah 3: Carta Alir Proses Pembangunan Brownfield Bagi Kerja-Kerja Terancang.
MULA

+
PERMOHONAN MASUK
Pendaftaran Permohonandan Pengisian Maklumat Pra
Permohonan melalui Sistem SAAT (http://saat.kusel.my) PEMOHON
Caj Pendaftaran Projek Utiliti
Pelan cadangan Korekan Utiliti 2 hari
+
SEMAKAN DAN EDARAN PERMOHONAN
KEPADAPBM DAN JAB TEKNIKALBERKAITAN

TIDAK LULUS
KELULUSANIZIN LALU
*LAWATAN TAPAKJIKA PERLU
._ P_B_M i} 7 hari
t
PEMAKLUMAN KELULUSANIZIN LALU
••••••}-2harl
~ PENYEDIAANDOKUMEN DAN PEMATUHAN SYARAT
_::,, KELULUSANPERMIT KERJA
w
en
w
SenaraiSemakPermohonan Permit Korekan
Pengisian Borang Maklumat Permohonan Permit
"' Kaedah Pelaksanaan (Method Statements) Bergantung
Jadual Pelaksanaan (Work Progress) PEMOHON kepada
lnsuransKontraktor Pemohon
Surat Kebenaran/ Permit Pelupusan Sisa Korekan
Bayaran Perkhidmatan UDM & TMP


LENGKAPKANDOKUMEN
Caj Perkhidmatan Utiliti & Wang Cagaran Utiliti

PENYEDIAANMAKLUMAT DI TAPAK
---}Silarujuk
Pelan Pengurusan Trafik
• Jadua/2
Pelan Pemetaan Utiliti Bawah Tanah
TIDAK LENGKAP
SEMAKAN DOKUMEN PERMO HONAN PERMIT KERJADAN

PELAN
..
KELULUSANPERMIT KERJA
----}-
._ P_B_M
Shari
.....,:=r-14-30hari
~
PEMAKLUMAN KELULUSANPERMIT KERJA

··-·--------- ------------------------------------l·----------------------------------------------------------
········:=r 2hari

PELAKSANAANKERJAPEMASANGAN UTILITI ]ergantung


PERMOHONAN LANJUT KERJA - Notis Mula Kerja (Har, Pertama Kerja di Tapak) kepada
1_ - Laporan Kerja Semasa
PEMOHON temp
k oh

"Sekiranva terdapat keperluan perlanjutan kerja, pemohon peIa sanaan


melalu, KUSELperlu memohon kepada PBM ydangh
+ tmo on
PEMANTAUAN KERJAPEMASANGAN UTILITI PBM kepadaPBM
-------------------------------------------------- ... ----------------------------------------------------------

}i
PEMATUHAN SYARATSIJILPERAKUANSIAP KERJA(CPC) ergantung
Notis Siap Kerja PEMOHON
kepada
Siap Kerja Pemohon
Laporan
Senarai Semak CPC
L._Silarujuk
_r-Jadua/2
PENYEDIAANPELANSIAP BINA (AS-BUILT}

PEMATU HAN ARAHAN BAIKPULIH


SEMAKAN DOKUMEN BAGI PEMATU HAN SYARATSIJIL
"f' PERAKUAN SIAP KERJA(CPC) ]- Shari

w
_, 1
"' PEMANTAUAN SIAP KERJA PBM
Tertak/uk
kepada
TIDAK LULUS .... ----~P~BM } PBM
SIJILPERAKUANSIAP KERJA(CPC)
----------~

DEFECT LIABILITY PERIOD (OLP} PBM
Bergantung
L._kepada


RMOHONAN PEMULANGAN WANG CAGAR PEMOHON SPemohon
PE AN
PEMULANGAN WANG CAGARAN** PBM =:}--- Tertak/uk
TAMAT
t
15 | P a g e
----------~ kepada
PBM

*Tempoh masa yang dinyatakan adalah merujuk kepada hari bekerja.


**Pemulangan Wang Cagaran adalah berdasarkan kepada Wang Cagaran yang telah dibayar oleh penyedia utiliti kepada PBM. Tempoh
permohonan ada/ah tertak/uk kepada prosedur yang ditetapkan o/eh Pihak Berkuasa Melulus.

16 | P a g e
6.1.4 Syarat Am

Bagi prosedur kerja-kerja terancang dikawasan sedia ada:

Sebelum Kerja

Pada peringkat Pra Permohonan/ Kelulusan Izin Lalu:

1. Pemohon hendaklah mendaftar dan mengemukakan permohonan izin lalu melalui


format dan kaedah yang ditetapkan serta membayar Caj Pendaftaran Projek Utiliti
mengikut kadar yang ditetapkan oleh KUSEL dengan melayari Sistem Aplikasi
Atas Talian KUSEL (SAAT), http://saat.kusel.my.
2. Sistem SAAT adalah sistem aplikasi atas talian yang digunakan oleh Pemohon
untuk membuat permohonan permit korekan.
3. Pemohon perlu melengkapkan perincian permohonan mengikut butiran berikut:
• Surat Permohonan kepada KUSEL
• Cadangan Teknikal (Pelan Tapak, Laporan Gambar Tapak Kerja, Penandaan
Lokasi & Cadangan Kaedah Kerja)
• Cadangan laluan dalam fail kmz atau kml
4. KUSEL akan menyemak dan memastikan segala dokumen yang dikemukakan
lengkap sebelum memproses permohonan ke peringkat seterusnya.
5. Setelah segala dokumen telah dipastikan lengkap, KUSEL akan membuat lawatan
tapak (jika perlu) berdasarkan cadangan teknikal pemohon dengan melibatkan
Pihak Pemohon, Pihak Berkuasa Melulus, Pengurus Penyedia Pemetaan Dan
Pengurusan Trafik serta pihak Penyedia Utiliti lain.
6. Pihak Berkuasa Melulus akan memberi ulasan berkenaan kesesuaian cadangan
teknikal permohonan di lokasi permohonan dan syarat- syarat kelulusan permit kerja
di kawasan permohonan.
7. Jika terdapat sebarang pindaan, PBM akan menyerahkan kepada KUSEL untuk
pindaan dan proses seterusnya.
8. KUSEL akan memaklumkan kelulusan izin lalu, syarat-syarat kelulusan permit kerja
dan Caj Perkhidmatan Utiliti yang perlu dibayar bagi tujuan pemprosesan Kelulusan
Permit Kerja kepada Pemohon.
9. Tempoh kelulusan izin lalu hanya sah untuk tempoh tiga (3) bulan sahaja dari
tarikh diterima oleh Pemohon.

Peringkat seterusnya, Permohonan Lengkap/ Kelulusan Permit:

17 | P a g e
1. Permohonan kelulusan permit kerja perlu dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan sahaja
dari tarikh surat kelulusan izin lalu diterima oleh Pemohon. Sekiranya tamat tempoh
tiga (3) bulan tersebut dan tiada sebarang permohonan kelulusan permit kerja
dikemukakan, maka kelulusan izin lalu akan terbatal dengan sendirinya dan
Pemohon perlu membuat permohonan semula kepada KUSEL.
2. Pemohon perlu melengkapkan perincian permohonan lengkap dengan merujuk
kepada Senarai Semak Permohonan Permit Korekan dan Borang Maklumat
Permohonan Permit yang dikeluarkan oleh pihak KUSEL melalui Sistem Atas
Talian KUSEL (SAAT). (Rujuk Lampiran 1)
3. Pemohon juga hendaklah menjelaskan semua Caj berkaitan Perkhidmatan Utiliti
termasuk caj yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Melulus serta mengemukakan
permohonan kelulusan permit kerja kepada KUSEL sebelum tempoh tamat.
4. Antara caj yang perlu dijelaskan oleh pemohon termasuk caj yang dikenakan oleh
PBM:
Caj Perkhidmatan Utiliti Bayaran Kepada
Caj Pelan Pemetaan Utiliti Bawah Tanah (UDM)
Caj Topografi KUSEL
Caj Pelan Pengurusan Trafik (TMP)
Caj Proses Permohonan Permit (Wang Hangus)
Wang Cagaran PBM
Lain- lain caj tambahan yang disyaratkan oleh PBM
Jadual 1: Caj Perkhidmatan Utiliti

5. Jika pembayaran wang cagaran tidak di selesaikan dalam tempoh tersebut, maka
permohonan akan terbatal dan perlu membuat permohonan semula.
6. Pemohon hendaklah menjelaskan Wang Cagaran Utiliti kepada Pihak Berkuasa
Melulus berdasarkan kadar yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melulus.
Kesemua kadar caj berkaitan perkhidmatan utiliti yang dikenakan oleh Pihak
Berkuasa Melulus adalah mengikut ketetapan semasa oleh Pihak Berkuasa Melulus
masing-masing.
7. KUSEL akan menguruskan penyediaan Pelan Pemetaan Infrastruktur Utiliti dan
Pelan Pengurusan Trafik berdasarkan format yang ditetapkan dengan melantik
pihak yang kompeten. Pada masa yang sama, Pemohon akan menyediakan
dokumen permohonan lengkap untuk permit kerja.
8. Penyediaan Pelan Pemetaan Infrastruktur Utiliti dan Pelan Pengurusan Trafik yang
dilaksanakan oleh pihak kompeten yang dilantik oleh KUSEL mengambil masa
dengan minima 16 hari bekerja bagi panjang projek lebih daripada 3km. (Rujuk
Jadual 1)

18 | P a g e
Jarak (Meter) Tempoh Siap (Minima)

<1000m 7 hari bekerja

1001m – 2000m 10 hari bekerja

2001m – 3000m 12 hari bekerja

>3000m 16 hari bekerja

Jadual 2: Tempoh masa Penyediaan Pelan Pemetaan Infrastruktur Utiliti dan


Pelan Pengurusan Trafik
9. KUSEL akan menyemak, mengulas dan memajukan permohonan yang telah lengkap
kepada Pihak Berkuasa Melulus berkaitan bagi mendapatkan kelulusan permit kerja.
10. Permit Korekan akan dikeluarkan di atas nama KUSEL selaku pemohon permit bagi
permohonan yang mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Melulus untuk
tujuan penyelarasan kerja dan pemantauan.
11. Semua resit bayaran permit korekan jalan dan deposit akan dikeluarkan atas nama
“Pembayar” yang membuat bayaran samada Penyedia Utiliti/ Pemaju/ Kontraktor
Sendiri.
12. KUSEL akan memaklumkan kelulusan permit berserta syarat-syarat korekan
kepada pemohon.
Semasa Kerja

Peringkat Kelulusan Permit Kerja:

1. Pemohon perlu menyerahkan Notis Mula Kerja pada hari pertama kerja di tapak
dijalankan kepada KUSEL. (Rujuk Lampiran 2)
2. Pihak kontraktor yang dilantik hendaklah menjalankan kerja tapak dengan mematuhi
syarat-syarat mengikut kelulusan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Melulus.
3. Waktu menjalankan kerja akan dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Melulus.
Penjadualan kerja di kawasan yang penting atau sibuk hendaklah dilakukan pada
waktu diluar waktu puncak “off peak period” atau pada lewat malam.
4. Kontraktor hendaklah menyerahkan Laporan Kerja Semasa di tapak mengikut
format serta kaedah yang ditetapkan oleh KUSEL.

19 | P a g e
5. Pemantauan semasa kerja akan dijalankan sekiranya perlu oleh pihak PBM dan
KUSEL bagi memantau kerja-kerja ditapak.
6. Bagi tempoh kerja yang melebihi tempoh permit yang diluluskan, permohonan
lanjutan tempoh untuk permit baru perlu dikemukakan oleh Pemohon dua (2) minggu
sebelum tamat tempoh permit itu.
7. Sekiranya terdapat sebarang kegagalan atau ketidakpatuhan mengikut syarat yang
ditetapkan, PBM berhak mengambil tindakan sewajarnya atau memberhentikan
sebarang kerja di tapak.
Selepas Kerja

Bagi Peringkat Kelulusan Siap Bina: Sijil Perakuan Siap Kerja/Certificate of Practical
Completion (CPC):

1. Pemohon hendaklah menyerahkan Notis Siap Kerja satu (1) hari selepas kerja di
tapak pembinaan selesai dilaksanakan. (Rujuk Lampiran 3)
2. Pemohon juga hendaklah menyerahkan laporan siap kerja yang lengkap mengikut
format yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melulus.
3. KUSEL akan menyediakan Pelan Siap Bina (As-Built Plan) yang telah disahkan dan
lengkap mengikut format untuk diserahkan kepada Pihak Berkuasa Melulus.
4. Tempoh penyediaan Pelan Siap Bina (As Built Plan) adalah sama dengan tempoh
penyediaan Pemetaan Utiliti Bawah Tanah.
5. KUSEL juga akan menyemak dokumen lengkap bagi pematuhan syarat Sijil
Perakuan Siap Kerja sebelum penyerahan kepada Pihak Berkuasa Melulus.
6. Pemantauan akan dilaksanakan oleh pihak PBM dan KUSEL bagi memastikan kerja
yang dijalankan mengikut spesifikasi dan syarat yang telah ditetapkan.
7. Sekiranya terdapat ketidakpatuhan, Pemohon dan Kontraktor perlu
bertanggungjawab membaiki kerosakan dengan kos tanggungan sendiri sehingga
didapati memuaskan dan seperti yang diminta PBM yang berkenaan.
8. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) akan dikeluarkan atas pertimbangan Pihak Berkuasa
Melulus setelah meneliti laporan bahawa semua kerja-kerja telah sempurna
dijalankan mengikut syarat dan garis panduan yang ditetapkan.
Peringkat Pemulangan Wang Cagaran:

20 | P a g e
1. Setelah mendapatkan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC), Pemohon perlu membuat
permohonan bagi pemulangan Wang Cagaran kepada PBM selepas tempoh Defect
Liability Period tamat (Tempoh DLP tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melulus).
2. Pemohon perlu membuat permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan untuk
mengelakkan daripada wang cagaran tidak dapat ditebus tertakluk kepada setiap
PBM
3. Tempoh bagi pemulangan Wang Cagaran adalah tertakluk kepada PBM masing-
masing.

6.1.5 Syarat-Syarat Teknikal;

a) Kerja-kerja pengorekan boleh dilaksanakan menggunakan


kaedah pengorekan terbuka (Open Cut), Horizontal Directional
Drilling (HDD) atau mengikut kelulusan daripada pihak PBM dan
ketetapan syarat-syarat merujuk kepada garispanduan MCMC
MTSFB TC G025-1:2020, Basic Civil Work.

b) Bagi kaedah HDD kedalaman minima dan jarak anjakan yang


dibenarkan adalah bergantung kepada jumlah saliran merujuk
kepada garispanduan MCMC MTSFB TC G025-1:2020, Basic
Civil Work Part 4: Horizontal Directional Drilling.

c) Bagi kerja pengorekan terbuka (Open Cut) di atas jalan berturap,


kerja tersebut hendaklah dimulakan secara “Clean-cut with
diamond cutter” atau seumpama dengannya dimana penggunaan
jentera pengorek secara terus adalah tidak dibenarkan.

d) Hanya satu pemotongan terbuka yang merentangi jalan


dibenarkan di kawasan yang sama pada satu-satu masa.
Pemotongan lain akan hanya dibenarkan selepas kerja-kerja
baikpulih selesai dijalankan dengan sempurna di lokasi rentangan
pertama.

21 | P a g e
e) Kerja pengorekan jalan pada satu masa adalah tidak dibenarkan
melebihi panjang sebagaimana yang dinyatakan di jadual seperti
yang berikut;

Jarak maksimum
korekan terbuka yang
Bil Penyedia Utiliti dibenarkan pada satu
. masa
i. Telekomunikasi 250 meter
ii. Bekalan Air 100 meter
iii. Bekalan Elektrik 100 meter
iv Gas 100 meter
v. Pembentung 100 meter
Nota: Untuk lain-lain penyedia utiliti, jarak maksimum adalah bergantung
kepada kelulusan Pihak Berkuasa Melulus.
Jadual 3: Jarak Maksimum Korekan Terbuka
Sumber: Prosedur Permohonan Syarikat Utiliti Kepada JKR Pindaan 2018

f) Kedalaman paip/kabel seharusnya ditanam tidak kurang


1.5meter daripada permukaan jalan hingga bahagian atas paip
(crown pipe level).

g) Semua lintasan/jajaran di pavemen dan bahu jalan seharusnya


disediakan rekabentuk oleh perunding kejuruteraan awam
dan/atau perunding berkaitan yang bertauliah untuk persetujuan
Pihak Berkuasa Melulus.

h) Pengurusan trafik di tapak kerja perlu mematuhi perkara berikut:

i. Perlantikan Jururunding bertauliah untuk kerja-kerja


Pengurusan Trafik dan Keselamatan di tapak kerja.

ii. Perunding yang dilantik hendaklah mematuhi kaedah-


kaedah dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh
KUSEL.

iii. Mengikut kehendak JKR/SPJ/2008- Seksyen 4 dan REAM


Guideline – GL4/2002.

22 | P a g e
i) Bagi pembangunan koridor yang melibatkan kawasan sungai dan
saliran perlu merujuk Garis Panduan Pembangunan Melibatkan
Sungai dan Rizab Sungai yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pengairan dan Saliran Malaysia pada tahun 2011.

j) Jajaran di bawah sungai perlulah:

i. Kedalaman minima antara aras dasar sungai yang


direkabentuk (design bed level) dengan lapisan teratas
saluran paip utiliti mestilah tidak kurang dari 1.5 meter.

ii. Panjang bagi saluran paip utliti mengufuk yang merintangi


sungai sekurang-kurangnya mestilah sama dengan lebar
dasar sungai yang direkabentuk (design bed width)

iii. Kecerunan saluran paip utiliti mestilah tidak melebihi 3


(mengufuk): 1 (menegak).

iv. Tambahan 6 meter di bawah dasar sungai

k) Jajaran merentangi sungai perlu:

i. Aras minima tamping bawah (soffit level) paip utiliti mestilah


sekurang-kurangnya 1 meter tinggi dari aras cadangan
banjir kala ulangan 100 tahun.

ii. Di mana sungai digunakan sebagai laluan pengangkutan


air, aras tamping bawah mestilah mengambilkira keperluan
minima bagi pengangkutan air yang melaluinya

iii. Laluan kabel kuasa tinggi yang merintangi atas sungai


hendaklah diberi ruang lepas yang mencukupi dan selamat
untuk jentera-jentera bergerak dan menjalankan kerja-kerja
penyelenggaraan

l) Jajaran sepanjang tebing sungai perlu:

i. Kedalaman saluran paip utiliti yang ditanam di dalam rizab


sepanjang tebing sungai mestilah tidak mengganggu kerja-
kerja penyelenggaraan dan mampu menanggung berat
peralatan dam jentera yang digunakan.

ii. Keperluan rizab sungai bagi kawasan yang sedang


membangun mestilah ditentukan berdasarkan kriteria
umum rekabentuk.

23 | P a g e
iii. Paip utiliti mestilah dipasang di hujung sempadan rizab
sungai. Pemasangan utiliti di bawah muka keratan
rekabentuk tidak dibenarkan sama sekali.

Rajah 4: Jajaran Sepanjang Tebing Sungai

Sumber: Garis Panduan Pembangunan Melibatkan Sungai dan Rizab Sungai oleh Jabatan Pengairan
dan Saliran (JPS), Tahun 2011

6.1.6 Syarat-Syarat Tambahan;

a) Bagi kebenaran untuk melalui tanah hak milik persendirian


hendaklah diperolehi oleh pemohon sendiri daripada pemilik
tanah.

b) Manakala permohonan korekan yang memerlukan ulasan


daripada jabatan atau agensi yang berkaitan perlu melalui
KUSEL.

c) Mana-mana syarat yang tiada di dalam garis panduan ini adalah


tertakluk kepada arahan teknik jalan dan prosedur sedia ada
Pihak Berkuasa Melulus.

d) Penggunaan DURC (Dedicated Utilities Road Crossing) di


kawasan brownfield adalah digalakkan.

24 | P a g e
6.2 Kerja 2: Prosedur Kerja Tidak Terancang (Kerja Kecemasan)

6.2.1 Definisi

Kerja tidak terancang atau kecemasan adalah kerja baikpulih utiliti di


luar jangka yang perlu dilaksanakan dalam tempoh selewat-lewatnya
24 jam daripada tempoh permohonan disebabkan telah berlakunya
gangguan bekalan pada pengguna seperti kejadian paip pecah.

Rajah 5: Carta Alir Bagi Proses Permohonan Brownfield Untuk Kerja-Kerja Tidak
Terancang

25 | P a g e
6.2.2 Syarat Am;

Sebelum Kerja
1. Pemohon perlu memaklumkan sebarang kerja kecemasan kepada PBM dan KUSEL
dengan melampirkan notis kerja kecemasan/ luar jangka
2. PBM akan ambil maklum terhadap kerja tersebut dan memberikan izin lalu kepada
pemohon dalam tempoh 24 jam
3. Dalam tempoh 48 jam daripada tempoh kerja dilakukan, Pemohon perlu membuat
pendaftaran permohonan melalui Sistem Aplikasi Atas Talian KUSEL (SAAT) dengan
mengisi maklumat dan melampirkan dokumen yang berkaitan.
4. Pemohon juga perlu membuat pembayaran caj pendaftaran utiliti, caj perkhidmatan utiliti
dan wang cagaran.
5. Proses Penyediaan wang cagaran secara pukal atau berkelompok & wang amanah
tertakluk kepada proses sedia ada Pihak Berkuasa Melulus masing-masing.
6. Pihak KUSEL akan menyemak dan menyerahkan permohonan tersebut kepada PBM
untuk mendapatkan kelulusan permit kerja kecemasan.
7. Pemohon hendaklah mendapatkan kelulusan menjalankan kerja- kerja kecemasan
daripada Pihak Berkuasa Melulus dengan cara mendaftarkan permohonan kerja
kecemasan melalui kaedah dan format yang ditetapkan oleh KUSEL.
8. Permit Luar Jangka akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam oleh PBM dan KUSEL akan
memaklumkan perkara tersebut kepada Pemohon.

Semasa Kerja
1. Setiap kerja pembaikan semula permukaan jalan yang terlibat selepas mendapat
kelulusan permit perlu dijalankan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam selepas
pembaikan utiliti dan perlu menghantar notis mula kerja
2. Pemohon dan kontraktor perlu mematuhi spesifikasi kerja dan prosedur yang ditetapkan
oleh Pihak Berkuasa Melulus sepanjang tempoh masa kerja dijalankan.
3. Pemohon juga perlu menyediakan Laporan Kerja Semasa kepada Pihak Berkuasa
Melulus
Selepas Kerja
Bagi Peringkat Perakuan Siap Kerja Kecemasan:

25 | P a g e
1. Pemohon dan kontraktor hendaklah menyediakan dan menyerahkan Laporan Siap
Kerja Dan Pelan Siap Kerja kepada KUSEL untuk semakan dan pengesahan.
2. Lawatan tapak akan diadakan jika perlu bagi tujuan pengesahan di tapak yang dihadiri
oleh PBM, KUSEL dan Pemohon.
3. Sekiranya PBM berpuas hati terhadap kerja kecemasan tersebut maka satu surat
perakuan siap kerja akan dikeluarkan.
4. Namun jika terdapat ketidakpatuhan, Pemohon dan Kontraktor perlu bertanggungjawab
membaiki kerosakan dengan kos tanggungan sendiri sehingga didapati memuaskan dan
seperti yang diminta PBM yang berkenaan.
5. KUSEL akan menyimpan segala maklumat yang berkaitan kerja kecemasan yang
dijalankan di dalam Pangkalan Data Kerja Kecemasan.
6. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) akan dikeluarkan atas pertimbangan Pihak Berkuasa
Melulus setelah meneliti laporan bahawa semua kerja-kerja telah sempurna dijalankan
mengikut syarat dan garis panduan yang ditetapkan.
Peringkat Pemulangan Wang Cagaran:
7. Setelah mendapatkan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC), Pemohon perlu membuat
permohonan bagi pemulangan Wang Cagaran kepada PBM selepas tempoh Defect
Liability Period tamat (Tempoh DLP tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melulus).
8. Pemohon perlu membuat permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan untuk
mengelakkan daripada wang cagaran tidak dapat ditebus tertakluk kepada setiap PBM
9. Tempoh bagi pemulangan Wang Cagaran adalah tertakluk kepada PBM masing-
masing.

6.2.3 Syarat-Syarat Teknikal;

a) Pemohon dan kontraktor yang dilantik perlu mematuhi syarat-


syarat kerja dan prosedur keselamatan yang berkaitan/terutama
seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melulus sepanjang
tempoh kerja yang dijalankan.

b) Bagi kerja-kerja pengorekan boleh dilaksanakan menggunakan


kaedah pengorekan terbuka (Open Cut) atau Horizontal
Directional Drilling (HDD) atau mengikut kelulusan daripada pihak
PBM dan ketetapan syarat-syarat merujuk kepada garis panduan
MCMC MTSFB TC G025-1:2020, Basic Civil Work.

26 | P a g e
c) Kerja – kerja pengorekan perlulah dilaksanakan dalam masa
tidak melebihi 7 hari bekerja dengan jarak korekan tidak melebihi
20 meter.

d) Pengurusan trafik di tapak kerja perlu mematuhi perkara berikut:

e) Perlantikan Jururunding Bertauliah untuk kerja-kerja Pengurusan


Trafik dan Keselamatan di tapak kerja.

i. Perunding yang dilantik hendaklah mematuhi kaedah-


kaedah dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh
KUSEL.

ii. Mengikut kehendak JKR/SPJ/2008- Seksyen 4 dan REAM


Guideline – GL4/2002.

6.2.4 Syarat-Syarat Tambahan;

a) Sebarang kerja kecemasan yang tidak dimaklumkan dan dirujuk


kepada KUSEL terlebih dahulu ataupun tidak memenuhi syarat-
syarat dan spesifikasi yang ditetapkan boleh diambil tindakan
seperti disenarai hitam dan sebagainya.

b) Kerja membaikpulih utiliti dalam rizab sungai perlulah


berpandukan kepada Garis Panduan Pembangunan Melibatkan
Sungai dan Rizab Sungai, tahun 2011 yang dikeluarkan oleh
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

c) Jajaran di bawah sungai perlulah:

i. Kedalaman minima antara aras dasar sungai yang


direkabentuk (design bed level) dengan lapisan teratas
saluran paip utiliti mestilah tidak kurang dari 1.5 meter.

ii. Panjang bagi saluran paip utiliti mengufuk yang merintangi


sungai sekurang-kurangnya mestilah sama dengan lebar
dasar sungai yang direkabentuk (design bed width)

27 | P a g e
iii. Kecerunan saluran paip utiliti mestilah tidak melebihi 3
(mengufuk): 1 (menegak).

iv. Tambahan 6 meter di bawah dasar sungai

d) Jajaran merentangi sungai perlu:

i. Aras minima tamping bawah (soffit level) paip utiliti


mestilah sekurang-kurangnya 1 meter tinggi dari aras
cadangan banjir kala ulangan 100 tahun.

ii. Di mana sungai digunakan sebagai laluan pengangkutan


air, aras tamping bawah mestilah mengambilkira keperluan
minima bagi pengangkutan air yang melaluinya

i. Laluan kabel kuasa tinggi yang merintangi atas


sungai hendaklah diberi ruang lepas yang
mencukupi dan selamat untuk jentera-jentera
bergerak dan menjalankan kerja-kerja
penyelenggaraan

e) Jajaran sepanjang tebing sungai perlu:

i. Kedalaman saluran paip utiliti yang ditanam di dalam rizab


sepanjang tebing sungai mestilah tidak mengganggu kerja-
kerja penyelenggaraan dan mampu menanggung berat
peralatan dam jentera yang digunakan.

ii. Keperluan rizab sungai bagi kawasan yang sedang


membangun mestilah ditentukan berdasarkan kriteria umum
rekabentuk.

iii. Paip utiliti mestilah dipasang di hujung sempadan rizab


sungai. Pemasangan utiliti di bawah muka keratan
rekabentuk tidak dibenarkan sama sekali.

28 | P a g e
6.3 Kerja 3: Kerja Pengalihan Utiliti Bagi Pembangunan Semula

6.3.1 Definisi

Kerja-kerja pengalihan dan pemasangan semula utiliti yang terlibat


dalam pelaksanaan program pembangunan dan perlebaran jalan
yang terletak dalam kawasan rizab Negeri seperti rizab jalan (ROW),
sungai, terusan, rizab jalan Pihak Berkuasa Tempatan dan tanah
persendirian.

6.3.2 Skop pematuhan peraturan bagi kerja pengalihan dan pemasangan


semula utiliti: -

a) Bagi kerja-kerja yang tidak terlibat dengan perlaksanaan projek


oleh pihak berkuasa melulus, kaedah permohonan kerja
pengalihan hendaklah mengikut tatacara pengurusan seperti di
dalam para 6.0 iaitu Penyelenggaran/Pembinaan Utiliti Di
Kawasan Pembangunan Sedia Ada (Brownfield) Yang
Melibatkan Penggalian Permukaan Berturap Jalan dan perkara
7.0 iaitu Perancangan Penyediaan Koridor Utiliti Di Jalanraya
Baru (Greenfield) didalam garis panduan ini.
b) Contoh-contoh kerja pengalihan seperti pelebaran jalan,
pembangunan baru dan lain-lain.

6.3.3 Berikut merupakan carta alir bagi proses pengalihan utiliti:

29 | P a g e
Rajah 6: Carta Alir Proses Permohonan Bagi Kerja-Kerja Pengalihan Pembangunan
Semula (Brownfield)
MULA

+
PERMOHONANMASUK Pendaftaran
Permohonandan Pengisian Maklumat Permohonan
melaluiSistem SAAT (http://saat.kusel.my) Caj
Pendaftaran ProjekUtiliti
PEMOHON
} Bergantung
kepada
Pemohon

KOORDINASIPERANCANGAN DAN REKABENTUK BERSAMA


PIHAK PENYEDIA UTILITI

PENYEDIAANPELANPENGURUSANTRAFIK & Silarujuk


PELANPEMETAAN UTILITI BAWAH TANAH } Jadua/1

PENYEDIAAN PELANCADANGAN REKABENTUK


PEMOHON }• Bergantung
kepada
Pemohon
KELULUSAN IZIN LALU
*LAWATANTAPAK (JIKA PERLU)
PBM
}- 7 hari
+
PEMAKLUMAN KELULUSAN IZIN LALU }- 2hari

PENYEDIAANDOKUMEN DAN PEMATUHAN SYARAT


KELULUSAN PERMIT KERJA
-Senarai Semak Permohonan Permit Korekan
Pengisian Borang MaklumatPermohonan Permit Bergantung
Kaedah Pelaksanaan(Method Statements) PEMOHON
kepada
Jadual Pelaksanaan (Work Progress) Pemohon
lnsurans Kontraktor
Surat Kebenaran/Permit Pelupusan Sisa Korekan
LENGKAPKAN Bayaran Perkhidmatan UDM & TMP
DOKUMEN
TIDAK LENGKAP +
Caj Perkhidmatan Utiliti & Wang Cagaran Utiliti
KELULUSAN PERMIT KERJA PBM }-14 -30hari

PEMAKLUMAN KELULUSAN PERMIT KERJA


-----------------------~~!1!~~-----------
Bergantung
kepada
PELAKSANAANKERJA PENGALIHAN UTIUTI

tempoh
Notis mula kerja (Hari Pertama Kerja di Tapak) PEMOHON pelaksanaan
Laporan Kerja Semasa } yang
dimohon
+ PBM
kepadaPBM

.... .....
PEMANTAUAN KERJA PEMASANGAN UTILITI
----------------------- ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~·"-------------------------------------------
Notis siap kerja
PEMATUHANSIAP KERJA

Laporan siap kerja


PEMOHON
J- Bergantung
kepada

Pelan As Built Pemohon

}
LAWATAN TAPAK (JIKA PERLU) PBM PEMOHON
Tertak/uk
i
Ill
....
w SIJILPERAKUAN SIAP KERJA(CPC) PBM
kepada
Ill
w +
DEEFECTL/ABIL/TYPER/0{0OLP} PBM
PBM

Bergantung
PENYERAHANTAPAK& PERMOHONANPEMULANGAN WANG
CAGARAN
...
PEMOHON
}- kepada
Pemohon
mengikut
PEMULANGAN WANG CAGARAN PBM syaratyang
ditetapkan
TAMAT
30 | P a g e
*Pemulangan Wang Cagaran adalah berdasarkan kepada Wang Cagaran yang telah dibayar oleh penyedia utiliti kepada PBM. Tempoh
permohonan ada/ah tertak/uk kepada proseduryang ditetapkan o/eh Pihak Berkuasa Melulus.

31 | P a g e
6.3.4 Syarat Am

Sebelum Kerja

1. KUSEL akan dilantik sebagai Pengkoordinasi Projek melalui kaedah perolehan yang
bersesuaian bagi kerja-kerja pengalihan dan pemasangan semula utiliti.
2. Setelah perlantikan sebagai pengurus projek dimuktamadkan, KUSEL akan
mengadakan mesyuarat koordinasi bersama semua pihak yang terlibat bagi
mengesahkan kedudukan, membincangkan skop kerja, perlaksanaan serta
penjadualan kerja yang akan dilaksanakan selaras dengan program induk
pembinaan.
3. Pihak kompeten yang dilantik oleh KUSEL akan menyediakan pelan pengurusan
trafik dan pelan pemetaan utiliti bawah tanah.
4. Setelah itu, pemohon/perunding akan menyiapkan rekabentuk berdasarkan hasil
perbincangan mesyuarat koordinasi.
5. Setelah mendapat kelulusan izin lalu daripada Pihak Berkuasa Melulus, pemohon
akan menyediakan dokumen untuk mendapatkan permit kerja seperti menyatakan
kaedah kerja korekan (Method Statement), Insurans dan menbayar caj perkhidmatan
utiliti dan wang cagaran tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melulus.
Semasa Kerja

1. Kerja pengalihan dijalankan setelah mendapat permit kerja daripada Pihak Berkuasa
Melulus, pemohon perlu menyatakan Notis Mula Kerja sebelum memulakan kerja
korekan. (Rujuk Lampiran 2)
2. KUSEL akan memastikan kontraktor memajukan laporan kerja semasa di tapak
mengikut kaedah serta format yang ditetapkan oleh KUSEL.
3. Pematuhan kerja-kerja ditapak hendaklah mengikut tatacara pengurusan yang telah
ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melulus.
4. PBM dan KUSEL akan melakukan pemantauan bagi memastikan kerja terkawal.
Selepas Kerja

1. Pemohon dan kontraktor hendaklah menyediakan dan menyerahkan Notis Siap Kerja
dan Laporan Siap Kerja kepada KUSEL untuk semakan dan pengesahan mengikut
format yang ditetapkan oleh KUSEL. (Rujuk Lampiran 3)

31 | P a g e
2. Selepas kerja-kerja pengalihan dilaksanakan, maklumat utiliti dalam bentuk “As-Built
Plan” perlu diserahkan untuk dikemaskini dalam pangkalan data utiliti yang ditadbir
urus oleh KUSEL.
3. Lawatan tapak akan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Melulus bersama KUSEL untuk
tujuan Pemantauan jika perlu.
4. Sekiranya pembinaan mematuhi syarat dan spesifikasi yang ditetapkan, Pihak
Berkuasa Melulus akan mengeluarkan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
5. Penyerahan tapak dan permohonan pemulangan wang cagaran akan dilakukan
selepas tempoh Defect Liability Period tamat.
6. Pemohon perlu membuat permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan untuk
mengelakkan daripada wang cagaran tidak dapat ditebus tertakluk kepada setiap
PBM
7. Tempoh bagi pemulangan Wang Cagaran adalah tertakluk kepada PBM masing-
masing.

6.3.5 Syarat-Syarat Teknikal;

a) Kaedah kerja pengalihan boleh dilaksanakan menggunakan


kaedah pengorekan terbuka (Open Cut) atau Horizontal
Directional Drilling (HDD) mengikut kelulusan daripada PBM dan
ketetapan syarat-syarat merujuk kepada garis panduan MCMC
MTSFB TC G025-1:2020, Basic Civil Work.

b) Pengurusan trafik di tapak kerja perlu mematuhi perkara berikut:

i. Perlantikan Jururunding bertauliah untuk kerja-kerja


Pengurusan Trafik dan Keselamatan di tapak kerja.

ii. Perunding yang dilantik hendaklah mematuhi kaedah-


kaedah dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
oleh KUSEL.

iii. Mengikut kehendak JKR/SPJ/2008- Seksyen 4 dan


REAM Guideline – GL4/2002.

6.3.6 Syarat-Syarat Tambahan;

a) KUSEL bertanggungjawab dalam mengemaskini data setiap


utiliti yang dialih ke dalam Pangkalan Data Utiliti

32 | P a g e
b) Bagi memastikan proses pengalihan dan pemasangan semula
utiliti perlu mematuhi Arahan Teknik Jalan JKR dari segi
kedalaman dan pemasangan dibuat di hujung sempadan rizab.
Pematuhan ini dapat mengelakkan pengalihan semula semua
utiliti yang ada apabila projek menaiktaraf dilaksanakan

c) Pemasangan utiliti dalam rizab sungai perlulah berpandukan


kepada Garis Panduan Pembangunan Melibatkan Sungai dan
Rizab Sungai, tahun 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS).

d) Jajaran di bawah sungai perlulah:

i. Kedalaman minima antara aras dasar sungai yang


direkabentuk (design bed level) dengan lapisan teratas
saluran paip utiliti mestilah tidak kurang dari 1.5 meter.

ii. Panjang bagi saluran paip utliti mengufuk yang merintangi


sungai sekurang-kurangnya mestilah sama dengan lebar
dasar sungai yang direkabentuk (design bed width)

iii. Kecerunan saluran paip utiliti mestilah tidak melebihi 3


(mengufuk): 1 (menegak).

iv. Tambahan 6 meter di bawah dasar sungai

e) Jajaran merentangi sungai perlu:

i. Aras minima tamping bawah (soffit level) paip utiliti


mestilah sekurang-kurangnya 1 meter tinggi dari aras
cadangan banjir kala ulangan 100 tahun.

ii. Di mana sungai digunakan sebagai laluan pengangkutan


air, aras tamping bawah mestilah mengambilkira keperluan
minima bagi pengangkutan air yang melaluinya

iii. Laluan kabel kuasa tinggi yang merintangi atas sungai


hendaklah diberi ruang lepas yang mencukupi dan selamat
untuk jentera-jentera bergerak dan menjalankan kerja-
kerja penyelenggaraan

f) Jajaran sepanjang tebing sungai perlu:

i. Kedalaman saluran paip utiliti yang ditanam di dalam rizab


sepanjang tebing sungai mestilah tidak mengganggu
33 | P a g e
kerja-kerja penyelenggaraan dan mampu menanggung
berat peralatan dam jentera yang digunakan.

ii. Keperluan rizab sungai bagi kawasan yang sedang


membangun mestilah ditentukan berdasarkan kriteria
umum rekabentuk.

iii. Paip utiliti mestilah dipasang di hujung sempadan rizab


sungai. Pemasangan utiliti di bawah muka keratan
rekabentuk tidak dibenarkan sama sekali.

34 | P a g e
7.0 KORIDOR UTILITI DI KAWASAN PEMBANGUNAN BAHARU (GREENFIELD)

7.1 Penyediaan Laluan Koridor Utiliti di Kawasan Greenfield


7.1.1 Definisi

a) Penyediaan Koridor Utiliti di Jalan raya Baharu (Greenfield)


adalah mewujudkan ruang khas untuk laluan kemudahan utiliti di
jalan raya yang bakal dibina oleh Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan, dan agensi yang
diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen 20A
Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172).

b) Pelaksanaan garis panduan ini adalah terpakai bagi sesuatu


permohonan untuk Kebenaran Merancang oleh pemaju
berkenaan dengan sesuatu pemajuan di bawah Seksyen 21 Akta
Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172);

7.1.2 KUSEL berperanan untuk melaksanakan Garis Panduan Laluan


Kemudahan Utiliti dan Penggalian Jalan Negeri Selangor meliputi
kebenaran merancang, tukar syarat tanah dan lain-lain yang berkaitan.

7.1.3 Peranan KUSEL adalah memberi ulasan terhadap cadangan


pembangunan melalui Kebenaran Merancang dibawah prosedur OSC
(One Stop Center) lain-lain supaya penyediaan laluan koridor utiliti
dapat dilaksanakan.

7.1.4 KUSEL memegang peranan sebagai Agensi Teknikal selaku Ahli


Jawatankuasa Mesyuarat Jawatankuasa OSC dan Jawatankuasa
Teknikal-Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor (JKT-JPNS)
Rundingan Seksyen 20A.

35 | P a g e
7.1.5 Syarat Am

a) Semua pembangunan baru dikehendaki menyediakan laluan


koridor utiliti mengikut keluasan pembangunan yang
dicadangkan.

Keluasan Pembangunan Baru Koridor Utiliti

≤100 hektar Laluan Koridor Utiliti

>100 hektar Terowong Utiliti Bersepadu atau kaedah


utility yang bersesuaian
Jadual 5: Keperluan Koridor Utiliti Mengikut Keluasan Pembangunan

b) Permohonan kebenaran merancang yang melibatkan


penyediaan rezab jalan berkelebaran 66’ dan ke atas perlu
menyediakan laluan koridor utiliti mengikut Jadual 5.

Kelebaran Koridor Utiliti

Jalan (Kiri & Kanan Bahu Jalan)

Dalam ROW

66’ (20.1168 meter) dan ke


3 meter
atas
Jadual 6: Keperluan Laluan Utiliti Mengikut Kelebaran Jalan

36 | P a g e
Laluan Koridor Laluan Koridor
Utiliti Utiliti

Rajah 8: Keratan Rentas Laluan Koridor Utiliti di dalam ROW – 66’

Laluan Laluan
Koridor Koridor
Utiliti Utiliti

Rajah 9: Keratan Rentas Laluan Koridor Utiliti di dalam ROW – 100’

37 | P a g e
c) Keperluan laluan koridor utiliti ini adalah untuk mengelakkan
sebarang permasalah terutamanya dalam menaiktaraf
kelebaran jalan secara tidak terancang.

d) Proses kerja yang dijalankan perlu merujuk Technical Code


Basic Civil Works - Part 1: General Requirements MCMC MTSFB
TC G025-1:2020 yang dikeluarkan oleh MTSFB dan SKMM
bertarikh 20 Mei 2020.

e) Jarak dan susunan utiliti juga perlu mematuhi garis panduan


yang telah ditetapkan sepertimana perkara berikut:

Rajah 10: Susunatur Utiliti Bawah Tanah


Sumber: Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (GP006-A) oleh
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

38 | P a g e
UTILITI JARAK SUSUNAN
Kabel Elektrik • Minima 0.3 meter dari sempadan atau dari laluan utiliti lain
• Saluran elektrik diletakkan berasingan dari paip gas, laluan
telekomunikaasi dan saluran air.
• Kabel bawah tanah perlu ditempatkan 1 meter dari permukaan
tanah.
• Disyorkan ditempatkan Bersama paip pembentungan dalam laluan
utiliti disebelah jalan yang sama
Paip Air • 0.3-0.45 meter dari sempadan atau dari laluan utiliti lain
• Kabel bawah tanah perlu ditempatkan 1meter dari permukaan
tanah
Kabel • Minima 0.3 meter dari sempadan atau laluan utiliti lain
Komunikasi • Kabel bawah tanah perlu ditempatkan 1 meter dari permukaan
tanah
• Disyorkan ditempatkan Bersama paip air dan paip gas pada
sebelah jalan raya yang lain
Paip Gas • Minima 0.3 meter dari sempadan atau dari laluan utiliti lain
• Kabel bawah tanah perlu ditempatkan 1 meter dari permukaan
tanah
Paip • 0.3-1.2 meter dari sempadan atau laluan utiliti lain
Pembentungan • 3-6 meter dari saluran air bersih atau mengikut piawaian yang
dibenarkan oleh agensi penyelaras
• Laluan pembentungan perlu diasingkan dengan saluran air bersih
dan diletakkan lebih rendah iaitu dalam jarak minima 1 meter lebih
rendah
Lain-lain • Minima 0.3 meter dari sempadan atau dari laluan utiliti lain
• Kabel bawah tanah perlu ditempatkan 1 meter dari permukaan
tanah

Jadual 7: Jarak dan Susunan Kemudahan Utiliti


Sumber: Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (GP006-A) oleh Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

39 | P a g e
7.1.6 Syarat-Syarat Tambahan:

a) Selain daripada pembangunan rizab koridor utiliti di bahu jalan


bagi pembangunan kawasan baru, penyediaan seperti terowong
utiliti bersepadu atau Dedicated Utilities Road Crossing
(DURC) adalah bergantung kepada keperluan yang ditetapkan
oleh Pihak Berkuasa Melulus dan rundingan KUSEL.

b) Pemasangan utiliti dalam rizab sungai perlulah berpandukan


Sungai, tahun 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan
dan Saliran (JPS).

c) Memastikan pihak pemaju hartanah dan agensi pelaksana


menyerah hak urusan tadbir dan menyelenggara kepada KUSEL
yang melibatkan infrastruktur / sesalur utiliti, duktus komunikasi
dan Rangka Pengagihan Utama (Main Distribution Frame)
termasuk Common Antenna System di kawasan pemajuan
baru, yang dibina oleh pemaju hartanah dan agensi pelaksana.
(Rujuk TSIR - Fixed Network Infrastructure (part 1) MTSFB
008/2005: Fixed Network Infrastructure for Simple Development
Properties, dan Garis Panduan Perancangan Infrastruktur
Komunikasi (GPP-I).

40 | P a g e
8.0 KAEDAH-KAEDAH PEMBANGUNAN LALUAN KHUSUS KORIDOR UTILITI

Di dalam pembangunan koridor utiliti yang khusus pada masa hadapan,


pendekatan penyediaan laluan koridor secara khusus perlu dilaksanakan.
8.1 Terowong Utiliti Bersepadu (Common Utility Tunnel)
8.1.1 Definisi

a) Penyediaan terowong utiliti bersepadu adalah perlu bagi


mewujudkan konsep bistari melalui rangkaian jaluran bawah tanah
yang sistematik dan selamat.

b) Terowong utiliti bersepadu ini merupakan ruangan yang


menempatkan wayar, conduits, paip dan sebagainya yang
digunakan untuk menyalurkan kemudahan utiliti

c) Tujuan utama adalah untuk menyediakan laluan kepada penyedia


utiliti bagi kerja-kerja pembangunan koridor tanpa menganggu trafik
atau nilai estetik kawasan persekitaran

8.1.2 Garis panduan umum

a) Pembangunan terowong utiliti bersepadu perlu dipertimbangkan


bagi kawasan pembangunan baru dan bandar utama yang
mempunyai keluasan lebih daripada 100 hektar berdasarkan
Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (GP006-
A) oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia.

b) Perincian rekabentuk terowong dan sistem keselamatan dan


sistem keselamatan perlu merujuk kepada pihak perunding
kejuruteraan yang bertauliah.

c) Perlu merujuk dan mematuhi mana-mana garis panduan yang


telah ditetapkan oleh PBT dan diperakui didalam rancangan
pemajuan.

d) Perincian garis panduan khusus seperti reka bentuk, laluan


masuk, susunan utiliti dan lain-lain boleh merujuk Garis Panduan
Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (GP006-A) oleh Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

41 | P a g e
Rajah 11: Keratan rentas Terowong Utiliti Bersepadu (CUT) Putrajaya (Secondary) yang
mempunyai 4 ruang/ galeri. Saluran gas dan kabel elektrik diletakkan dalam galeri

Rajah 12: Keratan rentas menunjukkan kedudukan CUT di bawah

42 | P a g e
8.2 Dedicated Utilities Road Crossing (DURC)
8.2.1 Pembangunan baru di kawasan Greenfield dengan penyediaan DURC.

a) Bagi jaringan yang merentasi jalan iaitu jalan pengumpul dan


jalan tempatan, hendaklah menyediakan (DURC).

b) Kelebaran minima bagi laluan hendaklah 3.0meter dan


menggunakan rekabentuk batu-bata yang tahan lama dan
berwarna;

c) Penyediaan DURC adalah seperti berikut:

• Satu DURC bagi setiap 500 meter di kawasan perumahan

• Satu DURC bagi setiap 250 meter di kawasan industri dan


perniagaan

8.2.2 Pembangunan sedia ada di kawasan Brownfield dengan penyediaan


DURC.

8.2.3 Bagi jaringan utiliti yang merentasi jalan di kawasan pembangunan sedia
ada perlu mengikut keperluan yang ditetapkan oleh KUSEL dan PBM

Rajah 13: Dedicated Utility Road and Crossing (DURC)

43 | P a g e
8.3 Duktus Komunikasi Gunasama

8.3.1 Definisi

Duktus Komunikasi Gunasama (“Communication Common Ducting”)


merupakan sesalur bawah tanah yang disediakan untuk tujuan
penyediaan laluan infrastruktur utiliti telekomunikasi yang dapat
digunakan secara bersama oleh penyedia perkhidmatan
telekomunikasi. Sesalur tersebut digunakan untuk pemasangan kabel
gentian optik oleh pihak Penyedia Kemudahan Rangkaian (NFP) yang
berlesen untuk membuat penyambungan kepada rangkaian masing-
masing.

Rajah 14: Rekabentuk Duktus Gunasama Komunikasi

44 | P a g e
8.3.2 Kategori Pembangunan Duktus

Pembangunan Duktus Komunikasi Gunasama berdasarkan kepada 2


kategori iaitu:
DUKTUS KOMUNIKASI GUNASAMA

Pembangunan Sedia Ada (Brownfield) Pembangunan Baharu (Greenfield)

KUSEL Pemaju
• Usahasama dengan penyedia utiliti • Dibina oleh pihak pemaju pembangunan
dalam menyelenggara dan memantau baharu.
sesalur yang dibina • Perlu mengikut prosedur di peringkat
Pihak Berkuasa Melulus untuk mendapat
kelulusan kebenaran merancang daripada
Pihak Berkuasa Tempatan
• Prosedur mengikut Penyediaan Koridor
Utiliti pembangunan baru (Greenfield)

Rajah 15: Duktus Komunikasi Gunasama bagi Pembangunan Sedia ada


dan Baru (Brownfield & Greenfield)

8.3.3 Pelan Perancangan Pembinaan dan Pemilikan Duktus.

a) Pelan perancangan pembinaaan Duktus Komunikasi


Gunasama yang akan dibina perlulah mendapat pandangan
dari pihak Koridor Utiliti Selangor (KUSEL).

b) Spesifikasi teknikal seperti rekabentuk, kaedah pemasangan,


saiz serta jenis sesalur dirujuk berdasarkan Garis Panduan
Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I) yang disediakan
oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) mengikut kesesuaian dan keperluan semasa
pembinaan.

c) Duktus yang dibina akan diserahkan kepada pihak Koridor


Utiliti Selangor (KUSEL) yang bertindak sebagai pihak neutral
bagi tujuan penyeliaan serta penyelenggaraan.

45 | P a g e
8.3.4 Jenis Duktus dan Kaedah Pemasangan

Beberapa spesifikasi umum sesalur dan kaedah yang dibina


berdasarkan kepada kesesuaian dan keperluan, iaitu;

a) Sesalur HDPE (High-Density Polyethylene)

Bahan HDPE adalah termoplastik polietilena yang dibuat dari


petroleum, dan tahap kebolehtelapan yang tinggi dan ikatan
molekul yang kuat menjadikannya sesuai untuk saluran paip
tekanan tinggi. HDPE biasanya digunakan untuk pembinaan
melalui kaedah terbuka atau “Horizontal Direct Drilling” (HDD).
Namun, bahan yang sama juga dapat digunakan untuk aplikasi
parit terbuka terutama untuk kawasan yang memerlukan
perlindungan tambahan seperti di jalan, longkang atau
bahagian penyeberangan jambatan.

Gred minimum HDPE untuk aplikasi komunikasi hendaklah


setara atau lebih besar daripada gred SDR13.5. Ukuran
diameter boleh 32 mm, 40 mm atau 110 mm.

b) Sesalur HDPE-Smooth Duct (High-Density Polyethylene)

Jenis saluran halus yang biasa digunakan untuk aplikasi tiup


(Blowing Fiber). Ia memberikan sedikit geseran antara
permukaan saluran dan kabel semasa pemasangan kabel.
Saluran halus dibuat dari HDPE dan diameter luarnya ialah 40
mm.

c) Sesalur PVC (Polyvinyl Chloride)

Saluran jenis PVC disyorkan untuk kaedah pemotongan


terbuka (Open Cut). Kecuali kawasan atau keadaan yang
memerlukan bahan yang lebih kuat seperti paip GI dll Saluran
PVC sesuai apabila tarikan kabel konvensional digunakan
semasa pemasangan kabel. Ukuran diameter saluran PVC
nominal 107 mm dengan panjang 6 m untuk setiap bahagian.

d) Sesalur Paip Galvanized Iron (GI)

Untuk kawasan yang memerlukan perlindungan tambahan


seperti jalan, longkang atau bahagian penyeberangan
jambatan, paip GI hendaklah digunakan sebagai saluran kabel.
Ukuran diameter paip GI adalah minimum 50 mm dan gred
hendaklah mengikut BS EN 10255. Aplikasi dan gred GI harus
diikuti seperti di bawah:

46 | P a g e
i. Gred A: Pemasangan untuk persimpangan jalan
lalulintas biasa, tiang dan premis pelanggan.

ii. Gred B: Persimpangan jalan lalulintas yang tinggi.

8.3.5 Ducting

• Ruang atau saluran yang menempatkan kabel komunikasi


dan kebiasaannya ditanam di bawah tanah dan
disambungkan melalui Manhole.

• Bagi spesifikasi pembangunan ducting perlulah mematuhi


atau merujuk kepada “Guideline on the provision on
basic work for communication’s infrastructure in new
development areas” dan “Standard Specification for
Building Work (JKR 2005)” dan Technical Code:
MCMC MTSFB TC G025-1:2020

• Duct terbahagi kepada 3 kategori iaitu:


i. Main Duct
ii. Sub Duct
iii. Microduct

Rajah 16: Kategori Duct


Sumber: MCMC MTSFB TC G025-1:2020, Basic Civil Work Part 1: General Requirement

8.3.6 Manhole

• Lubang konkrit bertutup di jalan raya tempat pekerja


memeriksa, membaiki atau menyelenggarakan
pembetung dan saliran di bawah jalan raya. Turut
menempatkan laluan saluran komunikasi (duct) untuk
digunakan bagi penyambungan perkhidmatan ke kawasan
pembangunan

47 | P a g e
• Rekabentuk dan spesifikasi manhole hendaklah merujuk
dokumen MCMC MTSFB TC G025-1:2020. Jenis dan saiz
manholes mengikut standard yang ditetapkan adalah
berbeza berdasarkan aplikasi (Rujuk Jadual 4)

Rajah 17: Rekabentuk dan Spesifikasi Standard Manhole


Sumber: MCMC MTSFB TC G025-1:2020, Basic Civil Work Part 1: General Requirement

Dimensi Bilangan
Kod Jenis Soket PVC Berat
Duct Way
Manhole (L x W x H) (mm) (100mm) Muatan (t)
(100mm)

R1B 1980 x 1370 x 1830 6 12 22.5


R2A 3280 x 1500 x 1830 12 24 22.5
R2A (M) 3740 x 1640 x 2000 16 32 22.5
JC9C 1960 x 1260 x 1020 4 16 22.5
JC9 1810 x 890 x 1150 4 8 22.5
JRC7 1160 x 855 x 850 2 4 22.5
JB30 850 x 850 x 650 2 4 22.5
Handhole 300 x 300 x 300 2 4 5.0
Nota: Penggunaan saiz lain tertakluk kepada kelulusan jurutera profesional yang berkelayakan
Jadual 8: Jenis-Jenis Manhole

Sumber: MCMC MTSFB TC G025-1:2020, Basic Civil Work Part 1: General Requirement

48 | P a g e
BAHAGIAN III
STRUKTUR PENGURUSAN KORIDOR UTILITI NEGERI SELANGOR

9.0 STRUKTUR PENGURUSAN

Jawatankuasa pengurusan koridor Utiliti Negeri Selangor diwujudkan bagi memantau


dan memandu arah tuju pembangunan utiltiti di Negeri Selangor. Jawatankuasa ini
mempunyai bidang dan fungsi yang berlainan bagi tujuan ‘check and balance’ dalam
memandu keputusan pembangunan berkaitan koridor utiliti Negeri Selangor.

Rajah 18: Struktur Pengurusan Bagi Koridor Utiliti


49 | P a g e
Jawatankuasa lnduk Pembangunan Jawatankuasa Teknikal Koridor Utiliti
Koridor Utiliti Neaeri Selanaor Neaeri Selanaor

Pengerusi: Pengerusi:
Jawatankuasa Tetap lnfrastruktur dan Pengarah PLANMalaysia@Selangor
Kemudahan Awam

Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa

• Seksyen Makro dan Penswastaan, • Seksyen Makro dan Penswastaan,


UPEN UPEN
• Pegawai Daerah Pejabat Daerah Dan • Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan,
Tanah Negeri Selangor UPEN
• Datuk Bandar I YDP Pihak Berkuasa • Pejabat Daerah dan Tanah
Tempatan • Pihak Berkuasa Tempatan Negeri
• Pengarah Jabatan Kerja Raya {JKR) Selangor
Selangor • Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
• Pengarah PLAN Malaysia@Selangor • Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri
• Pengarah Jabatan Ukur dan Selangor
Pemetaan Negeri Selangor {JUPEM} • Jabatan Pengairan Dan Saliran

• Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor


Negeri • Lembaga Urus Air Negeri Selangor
• Pengarah Jabatan Pengairan dan • Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
Saliran Negeri Selangor {JPS} • IWK Selangor
• Pengarah SKMM Wilayah Tengah • SKMM Wilayah Tengah
• Pengarah Lembaga Urus Air Negeri • Suruhanjaya Tenaga Selangor
Selangor {LUAS} • Koridor Utiliti Selangor {KUSEL)
• Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd • SMARTSEL Sdn. Bhd.
• Pengarah Suruhanjaya Tenaga • Ahli-ahli lain yang difikirkan perlu
Selangor mengikut kesesuaian
• Pengarah IWK Selangor
• Pengarah Urusan KUSEL
• Pengarah Urusan SMARTSEL
• Ahli-ahli lain yang dlfikirkan perlu
mengikut kesesuaian.

Jadual 9: Jawatankuasa Induk & Jawatankuasa Teknikal

50 | P a g e
9.1 PERANAN AGENSI DAN JAWATANKUASA BERKAITAN
9.1.1 Dalam memproses permohonan laluan kemudahan utiliti dan
penggalian jalan di Negeri Selangor, trdapat 4 stakeholders
utama meliputi:

i. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

ii. One Stop Agency (OSA)

iii. Penyedia Utiliti; dan

iv. Agensi Teknikal

9.2 Pihak Berkuasa Melulus

9.2.1 Pihak Berkuasa Melulus terdiri daripada Pihak Berkuasa


Tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (PBM) hanya akan
menerima permohonan Kelulusan Izin Lalu, Permit Kerja, Sijil
Perakuan Siap Kerja (CPC) dan Sijil Perakuan Siap dan
Pematuhan Kerja (CCC) daripada KUSEL serta
bertanggungjawab memproses permohonan yang telah
dikemukakan dengan lengkap oleh KUSEL;

9.2.2 Melakukan pemeriksaan terhadap lokasi pembangunan dan


pemasangan utiliti sebelum, semasa dan selepas kerja
dilakukan;

9.2.3 Pihak Berkuasa Melulus akan memaklumkan kepada KUSEL


semasa/selepas pemeriksaan dilakukan, sekiranya kerja
tidak memenuhi keperluan dan piawaian minima dari segi
pembinaan, kemudahan dan sebagainya;

9.2.4 Pihak Berkuasa Melulus berhak menolak permohonan,


menarik balik kelulusan atau menggantung permit kerja dan
mengenakan denda sekiranya didapati Pemohon tidak
memenuhi keperluan minima serta syarat yang dikenakan
bagi menjalankan kerja pembangunan dan pemasangan
infrastruktur utiliti.

51 | P a g e
9.3 “One Stop Agency”/ Koridor Utiliti Selangor (KUSEL);

9.3.1 KUSEL bertindak sebagai “Agensi Permohonan Setempat’


bagi tujuan permohonan Permit Pengorekan dan
Pemasangan Utiliti;

9.3.2 Mengenakan caj pendaftaran dan perkhidmatan utiliti kepada


Pemohon;

9.3.3 Menyelaras prosedur permohonan kelulusan izin lalu,


kelulusan Permit Kerja, Sijil Siap Kerja, Sijil Sempurna Kerja
dan Pemulangan Wang Cagaran;

9.3.4 Menyemak dan mengemukakan permohonan yang telah


lengkap kepada Pihak Berkuasa Melulus;

9.3.5 Menguruskan penyediaan Pelan Pemetaan Infrastruktur Utiliti


dan Pelan Pengurusan Trafik dengan melantik orang yang
kompeten bagi menyediakan pelan berdasarkan format yang
telah ditetapkan dan diselaraskan;

9.3.6 Pemegang kelulusan izin lalu, Permit Kerja, Sijil Siap Kerja
dan Sijil Sempurna Kerja yang dikeluarkan oleh Pihak
Berkuasa Melulus;

9.3.7 Memantau dan memastikan kerja-kerja yang dijalankan oleh


kontraktor yang dilantik Penyedia Utiliti mematuhi segala
spesifikasi, peraturan dan undang- undang serta berdasarkan
jadual kerja yang telah dipersetujui oleh Pihak Berkuasa
Tempatan, Pihak Berkuasa Melulus dan sebagainya;

9.3.8 Menyediakan laporan semasa perkembangan projek kepada


Pihak Berkuasa Melulus dengan memastikan kontraktor yang
dilantik Penyedia Utiliti menyediakan laporan semasa
perkembangan kerja di tapak melalui format dan kaedah yang
ditetapkan;

9.3.9 Berhak mengenakan sebarang tindakan yang bersesuaian


bagi memastikan pematuhan kerja kontraktor di tapak;

9.3.10 Bertanggungjawab melantik panel kontraktor baik pulih


sekiranya kontraktor lantikan penyedia utiliti gagal membaiki
kerosakan mengikut spesifikasi dan piawai yang ditetapkan
melalui kaedah yang bersesuaian;

52 | P a g e
9.3.11 Menyelaraskan format penyediaan pelan dan data utiliti bagi
tujuan pembangunan dan pengemaskinian pangkalan data;

9.3.12 Membangunkan Pangkalan Data Utiliti Negeri Selangor;

9.3.13 Mengurus dan Menyelenggara Koridor Utiliti Negeri Selangor;

9.3.14 Merencana dan melaksanakan dasar kerajaan bagi


pembangunan infrastruktur utiliti Negeri Selangor.

9.4 Penyedia Utiliti/Pemohon

9.4.1 Penyedia Utiliti/Pemohon hendaklah mengemukakan


permohonan berdasarkan format yang telah ditetapkan oleh
KUSEL;

9.4.2 Penyedia Utiliti/Pemohon bertanggungjawab terhadap


pematuhan kontraktor yang dilantik dalam menjalankan kerja
mengikut segala spesifikasi, peraturan dan undang-undang
serta berdasarkan jadual kerja yang telah dipersetujui oleh
Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Melulus dan juga
syarat-syarat am dan teknikal Garis Panduan ini;

9.5 Agensi teknikal


9.5.1 Membuat ulasan berkaitan pembangunan utiliti untuk
permohonan baru atau pindaan pelan pemajuan yang diterima
daripada OSC.

9.5.2 Bertanggungjawab menerima dan merekod salinan dokumen


atau pelan kelulusan penuh daripada Jabatan Memperaku.

53 | P a g e
BAHAGIAN IV
SISTEM PENGURUSAN INFRASTRUKTUR KORIDOR UTILITI

10.0 PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAGI KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR &


UTILITI

10.1 Tujuan
10.1.1 Data Laluan Kemudahan Utiliti adalah data maklumat mengenai
pemetaan berkaitan kerja-kerja pemasangan utiliti diatas
permukaan dan dibawah tanah dimana kumpulan data dan
maklumat yang saling berkaitan ini akan diproses serta disimpan
secara sistematik dan bersepadu di Pusat Pangkalan Data Utiliti
Negeri untuk rujukan pihak yang berkaitan.

10.1.2 Data yang terdapat dalam pangkalan data merangkumi Pelan As


Built.

10.2 Pangkalan Data Negeri


10.2.1 Pihak KUSEL bertanggungjawab sepenuhnya terhadap data-data
yang terdapat didalam pangkalan data utiliti Negeri.

10.2.2 KUSEL akan menyediakan Manual Penyediaan Data Utiliti Negeri


Selangor untuk dijadikan sebagai rujukan dalam menguruskan
pangkalan data utiliti Negeri Selangor.

10.2.3 Penyediaan, Pengemaskinian dan Tatacara untuk menguruskan


data di dalam Pangkalan data utiliti perlu merujuk dokumen berikut:

i. Pekeliling KPUP Bil 1 Tahun 2006: Garis Panduan Mengenai


Pemetaan Utiliti Bawah Tanah
ii. Pekeliling KPUP Bil 1Tahun 2007: Garis panduan
Pepasangan Utiliti
iii. Pekeliling KPUP Bil 1 Tahun 2013: Garis Panduan
Pengukuran Jajaran Laluan Utiliti Baru
iv. Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan
Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bil 7 Tahun
2014

54 | P a g e
v. Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil 1 Tahun
2016, Garis Paduan Kod Warna dan Penandaan Bagi
Pemetaan Utiliti Bawah Tanah
vi. Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil 2 Tahun
2016, Garis Panduan Penerimaan Data Digital dan Pelan
Utiliti Dari Juruukur Tanah Bertauliah (JTB) oleh JUPEM
vii. ISO 19115-1: 2014 Geographic Information – Metadata
viii. MS 1759: 2015 Geographic Information/ Geomatics –
Features and Attributes Codes
ix. Manual Penyediaan Data Utiliti Negeri Selangor

10.2.4 Kaedah kemaskini pangkalan data merujuk kepada Rajah 19

55 | P a g e
Rajah 19: Standard Operating Prosedur (SOP) bagi Penerimaan, Pemprosesan dan
Muatnaik Data Digital

56 | P a g e
10.3 Struktur Pangkalan Data adalah seperti Rajah 20 berikut:

Rajah 20: Model Pangkalan Data Utiliti Negeri Selangor

57 | P a g e
10.3.1 Data Attribut Koridor Utiliti Selangor

Rajah 21: Data Atribut Koridor Utiliti Selangor

58 | P a g e
BAHAGIAN V

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KUSEL DI DALAM MELAKSANAKAN


KORIDOR UTILITI

11.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KUSEL

11.1 Aktiviti Penggalian dan Penyelarasan Penyelenggaraan Kemudahan/


Utiliti

a) Mengawal dan menganalisa aktiviti penggalian kemudahan utiliti supaya


menepati keperluan Pihak Berkuasa Melulus dan Garis Panduan yang
terpakai.

b) Membangunkan sistem permohonan dan pengurusan koridor utiliti


negeri Selangor yang seragam untuk digunapakai oleh Pihak Berkuasa
Melulus, pemohon dan orang awam.

c) Mengenakan caj pendaftaran dan perkhidmatan utiliti kepada Pemohon;


d) Menyelaras prosedur permohonan kelulusan izin lalu, kelulusan Permit
Kerja, Sijil Siap Kerja dan Pemulangan Wang Cagaran;
e) Pemegang kelulusan izin lalu, Permit Kerja, Sijil Siap Kerja dan Sijil
Sempurna Kerja yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Melulus.
f) Mengawal selia kerja pemasangan infrastruktur utiliti dan kerja-kerja baik
pulih;
g) Memantau dan memastikan kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor
yang dilantik Penyedia Utiliti mematuhi segala spesifikasi, peraturan dan
undang- undang serta berdasarkan jadual kerja yang telah dipersetujui
oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Melulus dan
sebagainya;
h) Menyediakan laporan semasa perkembangan projek kepada Pihak
Berkuasa Melulus dengan memastikan kontraktor yang dilantik Penyedia
Utiliti menyediakan laporan semasa perkembangan kerja di tapak melalui
format dan kaedah yang ditetapkan;
i) Berhak mengenakan sebarang tindakan yang bersesuaian bagi
memastikan pematuhan kerja kontraktor di tapak;

59 | P a g e
j) Bertanggungjawab melantik panel kontraktor baik pulih sekiranya
kontraktor lantikan penyedia utiliti gagal membaiki kerosakan mengikut
spesifikasi dan piawai yang ditetapkan melalui kaedah yang bersesuaian;
k) Mengurus dan menyelenggara Koridor Utiliti Negeri Selangor;
l) Merencana dan melaksanakan dasar kerajaan bagi pembangunan
infrastruktur utiliti Negeri Selangor.

11.2 Pelaksanaan Garis Panduan Untuk Pembangunan (Greenfield) kurang


100 hektar
a) Melaksanakan Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti dan Penggalian
Jalan Negeri Selangor melalui ulasan-ulasan permohonan perancangan
melibatkan permohonan perancangan meliputi kebenaran merancang,
tukar syarat tanah dan lain-lain yang berkaitan.
b) Melaksanakan pemakaian Garis Panduan bagi Pihak Berkuasa Negeri
dan kegunaan Pihak Berkuasa Melulus termasuk PBT dan JKR.
c) Mengenalpasti kriteria pembangunan yang perlu mematuhi Garis
Panduan ini.

11.3 Membantu Pembangunan Sistem Maklumat Infrastruktur (bawah


tanah) Di Negeri Selangor.
a) Menguruskan penyediaan Pelan Pemetaan Infrastruktur Utiliti dan Pelan
Pengurusan Trafik dengan melantik orang yang kompeten bagi
menyediakan pelan berdasarkan format yang telah ditetapkan dan
diselaraskan;
b) Mengawal selia kerja pemasangan infrastruktur utiliti dan kerja-kerja baik
pulih;
c) Menyelaraskan format penyediaan pelan dan data utiliti bagi tujuan
pembangunan dan pengemaskinian pangkalan data;
d) Membangunkan Pangkalan Data Utiliti Negeri Selangor;
e) Menyelaras pembangunan sistem maklumat geografi (GIS) dengan
PLANMalaysia@Selangor.

60 | P a g e
f) Menyelenggara data-data berkaitan infrastruktur dan utiliti berkaitan
pembangunan sistem maklumat.
g) Mengumpul dan menyelaras data-data yang disediakan oleh
Jabatan/Agensi teknikal di negeri Selangor termasuk data di pihak
berkuasa tempatan.

11.4 Menyediakan Satu Platform Pengurusan Permohonan dan Proses


Kerja Berkaitan Koridor Utiliti Berasaskan Internet

a) Sistem Aplikasi Atas Talian (SAAT) akan dikemaskini dan di tambahbaik


dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan teknologi terkini.
b) Mengintegrasikan SAAT dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) selaras
dengan ‘Big Data Policy’.
c) Platform portal yang mesra pengguna dan mempunyai elemen infografik
dan responsif kepada peranti luar.

61 | P a g e
12.0 LAIN-LAIN RUJUKAN

12.1 Mana-mana perkara yang tidak dinyatakan dalam garis panduan ini,
keperluan jalan hendaklah mematuhi “Guidelines and Geometric Standards
on Road Network System” dan Garis Panduan Perancangan Laluan
Kemudahan Utiliti yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan
Desa Semenanjung Malaysia.

12.2 Pemakaian garis panduan ini juga adalah tertakluk kepada lain-lain Akta
perundangan versi terkini dan Garis Panduan yang berkaitan seperti:

i. Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172);


ii. Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133);
iii. Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127);
iv. Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 655);
v. Akta Kerja-kerja Saliran, 1954 (1988);
vi. Akta Air, 1920 (Cap 146) (1989);
vii. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Umum, 2007 (Akta
672);
viii. Akta Bekalan Elektrik (Akta 447 dan Akta 448);
ix. Akta Komunikasi dan Multimedia, 1998 (Akta 588);
x. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514)
xi. Akta Kilang dan Jentera, 1967 (Akta 139)
xii. Garis Panduan Perancangan Laluan kemudahan Utiliti (GP006-A),
cetakan ke2 2012, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung
xiii. Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I,)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
xiv. Manual Garis Panduan & Piawaian Perancangan Negeri Selangor
Edisi ke 3, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
xv. ‘Guidelines for Works Related to Public Utility Installations Within the
Road Reserve’;
xvi. ‘A Guide on Geometric Design of Road’;

62 | P a g e
xvii. ‘Application for the Installation of Public Utility Services with road
reserve’;
xviii. Basic Civil Works - Part 1: General Requirements: MCMC MTSFB TC
G025-1:2020
xix. Basic Civil Works - Part 2: Open Trench: MCMC MTSFB TC G025-
2: 2020
xx. Basic Civil Works - Part 3: Micro Trench: MCMC MTSFB TC G025-
3: 2020
xxi. Basic Civil Works - Part 4: Horizontal Directional Drilling: Micro
Trench: MCMC MTSFB TC G025-4: 2020
xxii. Garis Panduan Mengenai Pemetaan Utiliti Bawah Tanah – Pekeliling
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil. 1/2006;
xxiii. Garis Panduan Ukuran Pemasangan Utiliti - Pekeliling Ketua
Pengarah JUPEM Bil. 1/2007; dan
xxiv. Garis Panduan Pelaksanaan Pengukuran Ke Atas Jajaran Utiliti
Bawah Tanah Semasa Pemasangan - Pekeliling Ketua Setiausaha
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan Bil. 7/2014
xxv. Garis Panduan Pembangunan Melibatkan Sungai dan Rizab Sungai,
Tahun 2011 oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
xxvi. Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti Negeri Terengganu Edisi
Pertama
xxvii. Proses dan Prosedur Cadangan Pemajuan serta Pelaksanaan Pusat
Setempat, Manual OSC 3.0 Plus

63 | P a g e
13.0 PENUTUP

Garis panduan ini telah menggariskan perkara-perkara asas berhubung dengan


definisi, prinsip perancangan serta garis panduan umum, garis panduan khusus dan
piawaian perancangan yang perlu dipatuhi bagi penyediaan laluan kemudahan utiliti
dan penggalian jalan. Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri agar aspek-aspek yang
dicadangkan di dalam garis panduan ini dapat dipatuhi dan memandu Pihak Berkuasa
Tempatan, penyedian utiliti dan pemaju di dalam merancang, mengawal dan
memantau penyediaan dan pembangunan infrastruktur dan utiliti secara lebih
berkesan dan mampan.

64 | P a g e
LAMPIRAN 1

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PERMIT KOREKAN

Semua senarai di bawah perlu dipatuhi, hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
Sila tandakan ( √ ) bagi perkara-perkara yang telah dilengkapkan.

BAHAGIAN A - PERMOHONAN KELULUSAN IZIN LALU

BIL. PERKARA : MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN Tindakan ( √ )

1 Surat Permohonan Izin Lalu

2 Salinan Pelan Cadangan Laluan / Korekan

3 Laporan Gambar Tapak Kerja

4 Pembayaran Yuran Pendaftaran RM50 kepada Koridor Utiliti Selangor (KUSEL)

BAHAGIAN B – PERMOHONAN PERMIT KOREKAN

BIL. PERKARA : MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN Tindakan ( √ )

1 Borang Maklumat Permohonan Permit

2 2 Salinan Kaedah Pelaksanaan (Method Statement)

3 2 Salinan Jadual Pelaksanaan (Work Progress)

4 2 Salinan Insurans Kontraktor

5 2 Salinan Surat Kebenaran / Permit Pelupusan Sisa Korekan (Sekiranya ada)

6 Pembayaran kepada Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) – RM _

BAHAGIAN C – PERMOHONAN PERMIT KOREKAN BAGI JALAN JKR (JIKA BERKAITAN)

BIL. PERKARA : MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN Tindakan ( √ )

1 Borang Permohonan Permit JKR/P-02, JKR/P-03, JKR/P-04 dan JKR/P-05 yang Lengkap

65 | P a g e
BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN

Untuk Kegunaan
BIL. PERKARA (√)
Pejabat
1 Nama Projek : Jenis
Kemudahan
1.1 Lokasi :
Air
1.2 Daerah, Negeri :
Elektrik
2 Pemohon
Pembetungan
2.1 Nama :
Telekomunikasi
2.2 Syarikat :
Gas
2.3 No. Telefon (P) :
2.4 No. Telefon (H/P) :
2.5 No. Fax :
2.4 Alamat :

PEMILIK PENYEDIA UTILITI / PEMAJU


3
(Sila Sertakan Lampiran Akuan Utiliti/Pemaju)
4 KONTRAKTOR BERDAFTAR DENGAN PENYEDIA UTILITI / PEMAJU
(Lampirkan Surat Lantikan)
4.1 Nama Syarikat :
4.2 Alamat :

4.3 Nama Pegawai : No.Tel :

No. Sijil Tempoh Sah Laku


4.4 Suruhanjaya Tenaga :
(Sila Sertakan Salinan) Ada Tiada
4.5 Suruhanjaya Komunikasi :
(Sila Sertakan Salinan) Ada Tiada

Pusat Khidmat Kontraktor :


4.6 (Sila Sertakan Salinan) Ada Tiada
4.7 Cidb :
(Sila Sertakan Salinan) Ada Tiada
5 Jururunding Yang Bertanggungjawab
(Diisi Oleh Penyedia Utiliti/Pemaju)
5.1 Nama:
No. Pendaftaran :
5.2 Jurutera (Sila Sertakan Salinan Lesen Kementerian Kewangan Malaysia)
5.3 No.Telefon :
5.4 Alamat:

66 | P a g e
KORIDOR UTILITI SELANGOR
BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PERMIT KOREKAN

BIL PERKARA
Untuk Kegunaan
6 JALAN-JALAN YANG TERLIBAT (Diisi oleh Pemohon)
Pejabat

Pihak Panjang Jajaran (m) Pemeriksaan


6.1
Nama Jalan Berkuasa Atas Bahu Jenis Tapak Bersama
Melulus Jalan Jalan Korekan Pemohon
I
II
III
IV
V
VI
VII
VIII
IX
X
Jumlah = meter
*Jalan raya yang diwartakan hendaklah disertakan dengan nombor warta
7 Jenis Kerja (Sila tandakan √ di ruang berkaitan)
7.1 Korekan Terbuka Tarik Kabel ‘Micro Trenching’Horizontal
Directional
7.2 Pemasangan Tiang ‘Pipe Jacking’ ‘Piloting’ Drilling (HDD)
8 TEMPOH YANG DIPOHON (Diisi oleh Penyedia Utiliti / Pemaju)
Mula Kerja :
Siap Kerja :
DISERTAKAN JADUAL KERJA (Utiliti / Pemaju) Ada Tiada
Lampiran I
9 DISERTAKAN PELAN INFRASTRUKTUR UTILITI YANG DISAHKAN (Pemohon) Ada Tiada

Lampiran II
10 ULASAN PIHAK BERKUASA LAIN (Jika Perlu) Ada Tiada
Lampiran III
11 SALINAN INSURANS YANG DIAKUI SAH (Penyedia Utiliti / Pemaju) Ada Tiada
11.1 Insurans Terhadap Kecederaan Diri dan Kerosakan Tempoh Sah Laku

11.2 Harta Benda


11.3 Insurans Kerja
11.4 Insurans Pampasan Pekerja
12 TAPAK PELUPUSAN LEBIHAN BAHAN KOREKAN (Penyedia Utiliti / Pemaju) Ada Tiada

12.1 Pemilik Tapak :


12.2 Alamat Tapak :

12.3 SURAT KEBENARAN TAPAK PELUPUSAN (Penyedia Utiliti / Pemaju)


Lampiran IV

67 | P a g e
KORIDOR UTILITI SELANGOR
BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PERMIT KOREKAN
BIL PERKARA

13 PERAKUAN

13.1 Kami bersetuju bahawa kami akan membayar ganti rugi kepada Pihak Berkuasa Melulus bagi sebarang
tuntutan sivil / kerugian / kerosakan harta benda / kehilangan nyawa dan sebagainya.

13.2 Kami bersetuju akan mematuhi syarat-syarat piawaian dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan dan
sekiranya terdapat kegagalan dalam berbuat demikian, Pihak Berkuasa Melulus berhak membatalkan
permit ini tanpa sebarang alasan.

Syarikat Pelaksana Kerja Tapak : Syarikat Penyedia Utiliti :

……………………………………… ……………………………………
Nama : Nama :
Jawatan : Jawatan :
Nama Syarikat & Cop : Nama Syarikat & Cop :
Tarikh : Tarikh :

13.3 Kami dengan ini bersetuju untuk mematuhi Undang-undang Kecil Kerja di Jalan 1996 dan apa-apa terma
atau syarat yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Melulus dan akan menanggung segala kos bagi
pematuhan itu. Sebagai Jurutera Profesional saya akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala
reka bentuk dan proses kerja tersebut.

Syarikat Jururunding :

……………………………………
Nama :
Jawatan :
Nama Syarikat & Cop :
Tarikh :

13.4 Kami akan memastikan Penyedia Utiliti mematuhi apa jua arahan dari Pihak Berkuasa Melulus sekiranya
diberi arahan untuk mengalihkan aset-aset Penyedia Utiliti bagi pelebaran jalan dan sebagainya dengan
kos yang ditanggung oleh pihak Penyedia Utiliti sendiri.

Koridor Utiliti Selangor :

………………………………………
Nama :
Jawatan :
Nama Syarikat & Cop :
Tarikh :

68 | P a g e
LAMPIRAN 2
(Kepala Surat
Pemohon)

NOTIS MULA KERJA


Ruj kami: Tarikh ……………

Ruj KUSEL:

Kepada Tetuan Koridor Utiliti Selangor,

Saya memberi notis bahawa kerja-kerja mengenai infrastruktur utiliti iaitu ………………………………………

……………………………………………………… Jalan …………………………………………………........

di *km/chainage ……… hingga *km/chainage………… sepanjang.............................*km/m………………….

Bagi………………………………………………………………………………………………..........................

……………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………………

Akan bermula pada tarikh …………………. hingga …………………dan menurut Pelan yang Diluluskan No.

…………………………………………….. yang Bertarikh……………………...................................................

Saya memperakui dan setuju terima tanggungjawab sepenuhnya bahawa kerja-kerja infrastruktur utiliti akan
bermula sebagaimana pelan lulus seperti tersebut di atas serta akan mematuhi Garis Panduan yang telah
ditetapkan.

……………………………….
Syarikat Utiliti/ Pemilik Projek

Nama: ……………………………………………..
Jawatan: ……………………………………………
Telefon: …………………………………………….

*Potong mana yang tidak berkenaan

69 | P a g e
LAMPIRAN 3
(KEPALA SURAT PEMOHON/PENYEDIA UTILITI)

Ruj kami :
Ruj KUSEL :
Tarikh :

KORIDOR UTILITI SELANGOR SDN BHD


Tingkat 19, Wisma Ehsan,
Persiaran Dato Menteri,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor

U/P: Pengurus

Tuan,

NOTIS PENGESAHAN SIAP KERJA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya memberi notis bahawa kerja-kerja mengenai infrastruktur utiliti di jalan ………………….
sepanjang ………………(meter) telah disiapkan pada ………………….

3. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung perkara ini, pihak tuan boleh menghubungi
pegawai kami:

Nama pegawai utiliti di tapak : …………………………………………….


Nombor Telefon : …………………………………………….

Nama Pegawai Kontraktor di tapak : …………………………………………….

Nombor Telefon : …………………………………………….

4. Perhatian serta kerjasama pihak tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian,

Yang Benar,

……………………..

Nama Pegawai Pemohon

Jawatan

70 | P a g e
sekalung
penghargaan
Alhamdulillah puji dan Syukur kepada Allah SWT dengan limpah dan KurniaNya.
PlanMalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor)
telah menyediakan Garis Panduan Kemudahan Utiliti dan Penggalian Jalan
Negeri Selangor Edisi Pertama (GPLKUPJNS Edisi Pertama)
PlanMalaysia@Selangor juga merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
ribuan terima kasih di atas Kerjasama dan sokongan daripada pelbagai agensi dan
jabatan terutamanya kepada Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Kewangan Negeri
Selangor, Jabatan-jabatan Teknikal, Agensi-agensi Pentadbiran Persekutuan dan
Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, semua lapisan pegawai
dan Kakitangan PlanMalaysia@Selangor yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menyumbang tenaga, cadangan dan idea sehingga terhasilnya
naskah GPLKUPJNS Edisi Pertama.
Juga, penghargaan ini ditujukan kepada semua Jabatan-Jabatan yang terlibat secara
langsung dalam pengumpulan maklumat bagi penghasilan Garis Panduan Laluan
Kemudahan Utiliti dan Penggalian Jalan Negeri Selangor Edisi pertama iaitu :

PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia)


Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN)
Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTG)
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor (JKR)
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS)
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
Majlis Perbandaran Klang (MPK)
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
Majlis Perbandaran Sepang (MPSpg)
Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)
Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)

PENASIHAT URUSETIA
YBrs. TPr Md Nazri bin Abdullah En. Sallehudin bin Samsuddin
Pn. Hatipah binti Ahmad
PENYELARAS En. Mohd Nazli bin Hj Yusoff
TPr Sulaiman bin Mohammad P.M.C Pn. Norhazaliza binti Hassim
Pn. Nor Zaliza binti Mohd Puzi En. Mohd Noor Syawal bin Mustari

dan Seluruh warga kerja


PLANMalaysia@Selangor
ISBN 978-629-97113-1-5

9 7 8 6 2 9 9 7 11 3 1 5

Anda mungkin juga menyukai