Anda di halaman 1dari 21

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS (BTPSE)

AMBILAN MEI 2021

HBEF3203
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN
MEI 2022

NAMA : TEOH SIN BEE


NO. MATRIKULASI : 850127025602002
NO. KAD PENGNEALAN : 850127-02-5602
NO. TELEFON : 012-5280033
E-MEL : teohsinbee850127@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : Kedah Learning Centre (Alor Setar)
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

BAHAGIAN 1_TUGASAN BERTULIS


1.0 Pengenalan tentang Pengukuran, Pengujian dan Penilaian 1
2.0 Definisi Konsep Pengukuran 1-2
3.0 Definisi Konsep Pengujian 2
4.0 Definisi Konsep Penilaian 2-3
5.0 Perbincangan Domain Objektif Pengajaran
5.1 Kognitif 3
5.1.1 Aras Rendah – Pengetahuan dan Kefahaman 3
5.1.2 Aras Sederhana – Aplikasi dan Analisis 4
5.1.3 Aras Tinggi – Penilaian dan Reka Cipta 4
5.2 Afektif 4
5.2.1 Penerimaan 4-5
5.2.2 Gerak Balas 5
5.2.3 Penilaian 5
5.2.4 Organisasi 5
5.2.5 Perwatakan 5
5.3 Psikomotor 6
5.4 Sosial 6
6.0 Soalan Ujian Bahasa Melayu
6.1 10 Item Aneka Pilihan 7–8
6.2 5 Item Esei Berjawapan Pendek 9 – 11
6.3 Skema Jawapan Item Aneka Pilihan 12
6.4 Skema Jawapan Item Esei Berjawapan Pendek 12 - 13
7.0 Pengiraan Indeks Diskriminasi Item 13
8.0 Kesimpulan 14

BAHAGIAN 2: PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN


9.0 Forum 15 - 16
10.0 Rujukan 17
BAHAGIAN 1: TUGASAN BERTULIS

1.0 Pengenalan tentang Pengukuran, Pengujian dan Penilaian


Pengukuran, pengujian dan penilaian merupakan antara beberapa konsep penting dalam bidang
pendidikan. Istilah ini sering kali bertukar ganti digunakan. Walaupun mempunyai tafsiran yang
berlainan dari segi pengertian, ciri-ciri dan tujuan, tetapi berkaitan rapat dengan proses
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Malah ketiga-tiga perkara tersebut memainkan peranan
yang amat penting dalam kurikulum pendidikan dan saling membantu dalam pencapaian matlamat
yang sama. Ia juga berfungsi untuk menilai sama ada sesuatu objektif tercapai atau tidak setelah
sesuatu pembelajaran. Dalam bidang pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil
kira semua faktor yang boleh mempengaruhi dapatan atau maklumat yang didapati akan membantu
guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.

2.0 Deinisi Konsep Pengukuran


Pengukuran adalah satu proses yang menetapkan nombor kepada individu mengikut peraturan
yang spesifik. Airasian (2005) mendefinisikan pengukuran sebagai proses memberi nombor
kepada pencapaian dalam konteks pendidikan. Menurut Miller, Linn & Gronlund (2009),
Pengukuran melibatkan soalan "Berapa banyakkah?" Miller, Linn & Gronlund (2009). Secara
amnya, pengukuran ialah satu cara yang sistematik untuk mendapat maklumat yang sah tentang
ciri-ciri dan tingkah laku murid. Dalam hal ini, deskripsi numeral terhadap pencapaian digunakan
dalam proses ini.

Sikap, minat dan kecenderungan adalah antara tingkah laku yang boleh diukur. Tingkah
laku ini boleh diukur menerusi beberapa instrumen yang spesifik. Biasanya kita mengukur suhu,
tinggi, berat, saiz dan tekanan dengan menggunakan instrumen yang spesifik misalnya pembaris,
jangka suhu dan penimbang. Instrumen yang digunakan itu bertujuan untuk mengumpulkan
maklumat secara relatif dengan sesuatu standard.

Contohnya, Akmal mendapat 90 markah dalam ujian Matematik, Firdaus mempunyai


darjah kecerdasan sebanyak 120, Diana menskor 25 daripada 30 item dalam Sains dan Janice
mendapat 88 markah dalam ujian penulisan Bahasa Melayu., Skor numerikal diberikan bagi
mewakili prestasi murid yang merujuk pengukuran dalam setiap contoh yang dinyatakan. Tinjauan
literatur mendapati bahawa ujian kertas dan pensel, ujian prestasi, ujian lisan, temu bual, soal
selidik, skala kadar, pemerhatian, latihan, lembaran kerja dan penyoalan merupakan alat

1
pengukuran yang digunakan di dalam bilik darjah untuk mengukur prestasi murid.

3.0 Definisi Konsep Pengujian


Untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang murid dalam pembelajarannya, pengujian
merupakan cara yang sesuai dan sistematik. Menurut Airasian (2005), ujian merujuk kepada satu
prosedur formal yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang prestasi murid. Miller, Linn
dan Gronlund (2009) pula berpendapat bahawa ujian sebagai satu instrumen atau prosedur yang
sistematik untuk mengukur sampel tingkah laku dengan mengemukakan satu set soalan secara
formal. Contohnya, kemahiran murid dari segi lisan, bertulis dan matematik atau saintifik,
pencapaian keseluruhan dan prestasi murid. Cara melaksanakannya termasuk beberpaa jenis ujian
seperti ujian lisan, ujian pensel dan kertas, portfolio dan ujian prestasi.

Dalam pengujian, matlamat yang sah amat penting. Ujian mesti digubal untuk memperoleh
maklumat yang diperlukan dan guru yang menggunakan ujian perlu menentukan jenis maklumat
yang dikehendaki. Guru harus jelas dengan tujuan pengujian di dalam bilik darjah serta
memastikan ujian yang digunakan memenuhi objektif yang dikehendaki.

4.0 Definisi Konsep Penilaian


Kizlik (2015) mentakrifkan penilaian sebagai satu proses yang direka bentuk untuk mendapatkan
maklumat supaya dapat membantu kita membuat satu penghakiman mengenai satu situasi. Apabila
maklumat dikumpulkan melalui ujian kertas dan pensel, latihan bertulis atau ujian lisan, guru akan
menggunakan data untuk pelbagai tujuan seperti membuat keputusan terhadap murid serta
menentukan proses pengajaran pembelajaran. Proses ini merupakan intrepretasi maklumat dan
proses pengumpulan maklumat tentang kurikulum dalam aspek seperti strategi pengajaran dan
pembelajaran serta bahan pengajaran. Hal ini melibatkan penghakiman dan keputusan yang yang
dibuat tentang kualiti terhadap sesuatu aspek sama ada pencapaian murid, pengajaran guru atau
aktiviti pengajaran.

Dalam penilaian bilik darjah, maklumat dikumpulkan sebelum penilaian boleh


dilaksanakan. Mula-mula, guru akan mentadbirkan alat pengukuran seperti ujian pendek.
Maklumat dikumpulkan dalam bentuk markah. Kemudian, guru akan menetapkan kriteria untuk
membuat keputusan. Misalnya, dalam ujian bilik darjah guru akan menetapkan markah lulus iaitu
40 markah. Maka, penilaian melibatkan penghakiman nilai berdasarkan kriteria yang ditentukan.
Dengan kata lain, semasa guru membuat penilaian, guru membuat keputusan dengan merujuk

2
kepada maklumat yang disediakan olehnya bagi membantunya dalam proses tersebut. Sebagai
contoh, Damia mendapat 46 markah dalam ujian Sains. Jika guru menetapkan markah lulus ialah
40 markah (kriteria ditetapkan awal), maka Damia dikira lulus (penghakiman nilai), manakala jika
markah lulus ditetapkan sebanyak 50, Damia telah gagal ujian tersebut.

Oleh yang demikian, kita mendapati bahawa keputusan yang dibuat bergantung kepada
kriteria yang ditetapkan awal. Secara keseluruhannya, kita dapat merumuskan bahawa penilaian
membolehkan guru membuat intrepretasi bermakna terhadap maklumat yang diperoleh dan
keputusan yang dibuat akan menentukan aktiviti-aktiviti atau langkah-langkah seperti pemulihan
atau penggayaan yang dilaksanakan untuk murid yang berkaitan.

5.0 Perbincangan Domain Objektif Pengajaran


5.1 Kognitif
Domain objektif kognitif melibatkan pemikiran pelajar di mana menekankan aspek intelektual
seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir. Domain objektif kognitif dalam
penetapan matlamat dan objektif kurikulum melibatkan komponen pengetahuan dan
perkembangan intelek termasuk mengenal, mengingat fakta, prosedur dan konsep yang terkandung
dalam kebolehan intelek. Aspek kognitif menjadi aspek terpenting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Taksomi domain objektif Kognitif Bloom membahagikan domain kognitif ini
kepada enam peringkat yang bermula dari tingkat paling mudah kepada yang paling kompleks.
Katogeri ini bertindak sebagai tali ukur iaitu yang pertama mestilah dikuasai sebelum yang
seterusnya boleh berlaku.

5.1.1 Aras Rendah – Pengetahuan dan Kefahaman


Setiap aras yang dinyatakan terdapat dua komponen penting untuk menjayakannya. Pada aras
rendah, komponen pengetahuan dan kefahaman diterapkan dalam diri pelajar. Dari segi
pengetahuan, pelajar perlu mendapat kembali, mengeluar kembali, mengingat kembali atau
dikenali sebagai “recall” pengetahuan yang relevan daripada ingatan jangka panjang mereka. Dari
segi kefahaman pula pelajar mampu membina makna daripada maklumat lisan, tulisan dan grafik
melalui menginterpretasi, memberikan contoh, mengklasifikasi, membuat ringkasan, membuat
inferens, membanding dan menjelaskan.

3
5.1.2 Aras Sederhana – Aplikasi dan Analisis
Peringkat yang seterusnya merupakan aras sederhana yang mana mengandungi dua komponen
penting iaitu aplikasi dan analisis yang berfungsi untuk menentukan pencapaian murid. Dalam
komponen aplikasi, pelajar berkebolehan menggunakan prinsip dan prosedur untuk melakukan
atau melaksanakan sesuatu tugas. Manakala dalam segi analisis pula ialah pelajar mampu untuk
mencerakinkan bahan kepada bahagian kecil, menetukan hubungkait antara bahagian-bahagian
kecil antara satu sama lain dan terhadap struktur atau kegunaan umum melalui perbandingan,
mengaitkan dan menyusun atur.

5.1.3 Aras Tinggi – Penilaian dan Reka Cipta


Aras yang terakhir ialah aras tinggi yang mempunyai dua komponen iaitu penilaian dan reka cipta.
Dalam segi penilaian, pelajar mestilah berkemampuan untuk membuat penghakiman berdasarkan
piawaian dan kriteria melalui kritikan dan semakan. Dalam segi reka cipta pula, pelajar mampu
untuk menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan umum yang koheran.

5.2 Afektif
Objektif Domain afektif mempunyai perkaitan dengan perasaan, emosi, sikap, minat, nilai dan
perghargaan. Guru jarang menulis objektif ini berbanding objektif kognitif, yang ditulis dalam
bentuk perlakuan pelajar. Ini disebabkan ketidakwujudan alat dana prosedur yang betul-betul
sesuai untuk mengukur pencapaian objektif afektif. Krathwohl (1964) mengkategorikan domain
afektif bagi taksonomi pendidikan kepada lima bahagian iaitu:
a) Penerimaan
b) Gerak balas
c) Penilaian
d) Organisasi
e) Perwatakan.

5.2.1 Penerimaan
Penerimaan (receiving / attending) ialah aras yang paling rendah yang merujuk kepada
kesanggupan pelajar memberi perhatian dan kesedaran kepada sesuatu fenomena atau rangsangan
seperti aktiviti pengajaran, bahan pelajaran, demonstrasi dan sebagainya. Aras penerimaan
terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
a) Kesedaran
b) Kesanggupan menerima

4
c) Perhatian terkawal atau terpilih.

5.2.2 Gerak Balas


Aras gerak balas (responding) merujuk kepada kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu
rangsangan yang diberi perhatian. Aras ini meliputi tiga kategori iaitu:
a) persetujuan membalas
b) kesudian membalas
c) kepuasan membalas.

5.2.3 Penilaian
Aras penilaian (valuing) merupakan kebolehan menilai dan memberi penghargaan terhadap
sesuatu benda, fenomena atau tingkah laku berdasarkan kriteria-kriteria diri. Pada peringkat ini,
proses internalisasi untuk memiliki dan menghayati nilai dari rangsangan yang dihadapi telah mula
timbul. Aras ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
a) Penerimaan semua nilai
b) Pemilihan nilai tertentu
c) Komitmen

5.2.4 Organisasi
Objektif keempat domain afektif ialah organisasi (organization) di mana pelajar mampu
menujukkan kebolehan mengorganisasikan nilai-nilai yang berkaitan untuk disusun menjadi satu
sistem nilai yang baharu, menentukan perhubungan di antara nilai-nilai tersebut serta membezakan
nilai-nilai yang penting dengan yang kurang penting. Aras organisasi mengandungi dua kategori
iaitu:
a) Pengkonsepsualisasi nilai
b) Penyusunan nilai

5.2.5 Perwatakan
Aras perwatakan ialah aras yang tertinggi dalam domain afektif. Pelajar dianggap berkemampuan
untuk menyusun nilai-nilai ke satu sistem yang kekal. Pelajar mampu mengawal tingkah laku
hingga membentuk suatu perwatakan tersendiri. Dalam keadaan ini, tingkah laku seseorang adalah
boleh diramalkan dan tekal. Pada peringkat ini, pelajar akan memperlihatkan:
a) Perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu
b) Sistem nilai tersendiri

5
5.3 Psikomotor
Psikomotor merujuk kepada kemahiran mengenai pergerakan anggota fizikal seseorang. Domain
ini menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian objek dan bahan yang
dimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot saraf. Ia dikaitkan dengan
tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

Biasanya, guru-guru Pendidikan Jasmani selalu menumpu kepada pergerakan anggota


dalam pengajaran. Kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah dididik untuk menguasai
pergerakan biasa dalam kehidupan seharian dan juga pergerakan baharu dalam senaman. Selain
itu, mereka juga dilatih agar menguasai kemahiran khusus yang jarang dilakukan dalam kehidupan
harian, contohnya kemahiran menggelecek dalam permainan bola sepak.
Menurut Simpson (1972), objektif domain psikomotor dibahagikan kepada tujuk peringkat
daripada mudah kepada susah iaitu:
a) Persepsi
b) Persediaan
c) Pergerakan terkawal
d) Pergerakan mekanistik
e) Pergerakan kompleks
f) Pergerakan suaian
g) Pergerakan Ciptaan

5.4 Sosial
Objektif domain sosial sering ditinggalkan dan tidak diberi tumpuan dalam objektif pengajaran.
Terdapat lapan peringkat domain khusus untuk hubungan dan tingkah laku sosial yang
dicadangkan doleh Dettmer iaitu:
a) Berhubung – membuat perhubungan dengan menunjukkan tingkah laku seperti hubungan
mata (eye contact)
b) Berkomunikasi – cuba berkomunikasi, memberi atau menerima mesej
c) Melibatkan diri – mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti
d) Berunding – membuat perbincangan dalam kumpulan
e) Bekerjasama – memberi kerjasama dengan kumpulan
f) Menghakim – bertindak mendamaikan keadaan dan membuat keputusa
g) Memulakan – memulakan sesuatu yang baru walaupun berisiko
h) Menukar – berupaya menukarkan keadaan kepada yang baharu

6
6.0 Soalan Ujian Bahasa Melayu
6.1 10 Item Aneka Pilihan

Soalan 1 hingga soalan 10


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Kami sekeluarga bercuti di __________ pada minggu lepas.


A Hospital Putrajaya B Universiti Malaya
C Balai Polis Jasin D Pulau Redang

2. “Bolehkah ___________ tolong mak cik bawakan barang-barang ini?” tanya Ariff dan Siva.
A aku B saya
C kami D kita

3. Setelah disapu minyak dan disikat oleh ibunya, rambut adik Aiman menjadi ___________.
A kasar B gebu
C licin D kesat

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Khai Jun sedang ___________ notis Kempen Kesihatan dan Kecergasan yang ditampal
pada papan kenyataan di dalam kelasnya.
A membaca B meneliti
C merenung D mengkaji

5. Ai Lin menggunakan tablet untuk __________ e-mel kepada gurunya.


A menghantar B penghantar
C hantaran D dihantar

7
6. Emak menyiram pokok-pokok bunganya setiap hari __________ hari hujan.
A tetapi B bahawa
C kecuali D sementara

7. Masalah penduduk kampung itu dapat diselesaikan dengan ___________ pegawai daerah.
A buah tangan B campur tangan
C bekas tangan D ringan tangan

8. Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Syafia mengundurkan diri daripada pertandingan itu kerana dia tidak bersedia.

A Bagaimanakah persediaan Syafia untuk menyertai pertandingan itu?

B Mengapakah Syafia mengundurkan diri daripada pertandingan itu?

C Siapakah yang mengundurkan diri daripada pertandingan itu?

D Apakah pertandingan yang tidak disertai oleh Syafia?

9. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Kakak tarik dengan gaun yang dipamerkan di butik itu.
II Elinawati tarik tali ampaian itu dengan kuat supaya tegang.
III Setiap pagi, Encik Azman gemar minum teh tarik di Restoran ABC.
IV Shazlan dan Alvin akan menyertai pertandingan tarik tali sempena hari sukan.
A I dan II B II dan III
C I dan IV D III dan IV

10. Pilih ayat yang betul.

I Bas sekolah itu remuk tetapi tidak dapat dibaiki lagi.


II Peraduan mengarang itu akan diadakan di minggu hadapan.
III Lidya membelikan ibunya seutas rantai emas sempena Hari Ibu.
IV Datuk mempunyai koleksi lagu klasik yang disimpannya sejak berpuluh-puluh tahun
dahulu.
A I dan II B II dan III

8
C I dan IV D III dan IV

6.2 5 Item Esei Berjawapan Pendek

1. Teliti maklumat di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan ayat yang lengkap.

Mengapakah pertandingan badminton antara sekolah-sekolah Kepong dianjurkan?


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

2. Teliti maklumat di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan ayat yang lengkap.

2022

Apakah aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2022?

9
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
3. Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Mengapakah suis penyaman udara ditutup pada malam itu?


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

4. Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

10
Apakah pilihan yang bijak bagi kedua-dua orang adik-beradik itu dalam gambar di atas?
Nyatakan alasan anda.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

5. Baca iklan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan dengan menggunakan ayat yang
lengkap.

Sekiranya kamu mengunjungi jualan gudang, adakah kamu akan berbelanja melebihi RM200
supaya mendapat baucar tunai? Mengapa?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

11
6.3 Skema Jawapan Item Aneka Pilihan (10 X 2% = 20%)

1 D Pulau Redang (tempat peranginan)


2 C kami (kata ganti nama diri kedua yang merujuk orang yang bercakap dan rakan-
rakannya.
3 C licin (tidak kesat [rambut yang disapu minyak dsb])
4 A membaca (memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan
memahamkan makna kandungannya.)
5 A menghantar (membawa atau menyebabkan bergerak dari satu tempat ke tempat
yang lain.
6 C kecuali (melainkan, selain daripada)
7 B campur tangan (mengambil bahagian dalam atau memasuki hal orang lain)
8 B Jawapan yang paling sesuai
9 D III dan IV
I tarik sepatutnya ditukarkan menjadi tertarik
II tarik sepatutnya ditukarkan menjadi menarik
1 D III dan IV (Ayat yang betul dari segi tatabahasa dan struktur ayat)
0 I tetapi sepatutnya digantikan dengan dan
II di minggu hadapan sepatutnya digantikan dengan pada minggu hadapan

6.4 Skema Jawapan Item Esei Berjawapan Pendek (5 X 3% = 15%)

1 Pertandingan badminton antara sekolah-sekolah Kepong dianjurkan bertujuan untuk


mengeratkan hubungan antara sekolah, melatih dan mengasah kemahiran pemain serta
memilih pemain memasuki pertandingan peringkat zon. (3%)
2 Aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2022 ialah pertandingan bercerita,
pertandingan pantun, Minggu Bahasa Melayu, Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa
Melayu dan lawatan sambil belajar. (3%)

12
3 Suis penyaman udara ditutup pada malam itu kerana cuaca sudah sejuk akibat hujan
turun dengan lebat. (3%)
4 Pilihan yang bijak bagi kedua-kedua orang adik-beradik itu ialah menaiki tangga. Hal ini
kerana mereka dapat menjimatkan tenaga elektrik yang digunakan untuk menaiki lif.
(3%)
5 Sekiranya saya mengunjungi jualan gudang, saya tidak akan berbelanja melebihi RM200
supaya mendapat baucar tunai. Ini adalah kerana saya perlu mengamalkan amalan
berjimat-cermat dan tidak membuat perbelanjaan yang tidak perlu. (atau jawapan yang
sesuai) (3%)

7.0 Pengiraan Indeks Diskriminasi Item


Indeks Diskriminasi merupakan satu formula yang dilakukan untuk tujuan mengenal pasti pelajar
yang berkeupayaan tinggi bagi matlamat tertentu. Berikut ialah formula indeks diskriminasi
menurut Mehrens dan Lehmann (1991):

BT −¿ B R
¿
I.D. = 1
J
2

BT = Bilangan calon kumpulan pada aras tinggi yang menjawab dengan betul.
BR = Bilangan calon kumpulan pada aras rendah yang menjawab dengan betul.
J = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan rendah.

Ujian kali ini melibatkan murid Tahun 6 yang berjumlah 30 orang. Murid yang berpencapaian
tinggi adalah sebanyak 8 orang (27%), manakala murid yang berpencapaian rendah pula juga
sebanyak 8 orang (27%). Seramai 7 daripada 8 orang murid berpencapaian tinggi menjawab soalan
nombor 10 dengan tepat. 3 daripada 8 orang murid berpencapaian rendah pula berjaya menjawab
soalan tersebut. Berikut ialah pengiraan indeks diskriminasi bagi salah satu item aneka pilihan:

Item INDEKS Pentafsiran soalan berdasarkan


Aneka Pilihan DISKRIMINASI Indeks Diskriminasi

13
BT −B R
I.D. = 1
J
2

7−3
=0.50
10 1 Diskriminasi positif yang tinggi
(16)
2

Berpandukan kiraan di atas, nilai indeks diskriminasi bagi item nombor 10 ialah 0.50. Kita boleh
merumuskan bahawa pengkelasan item tersebut adalah sangat baik. Jadual di bawah menunjukkan
aras diskriminasi dan pengkelasan item.

Nilai (d) Pengkelasan Item


0.00 – 0.10 Tidak baik
0.11 – 0.20 Kurang baik
0.21 – 0.30 Sederhana baik
0.31 – 0.40 Baik
0.41 – 1.00 Sangat baik

8.0 Kesimpulan

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, guru
merupakan individu yang
berperanan penting dalam
mengesan
perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian
14
pelajar-pelajarnya dalam bilik
darjah.
Guru juga yang menentukan
hasil pembelajaran bagi pelajar-
pelajarnya serta merancang dan
melaksanakan penilaian dan juga
merekod segala maklumat yang
diperoleh, dan seterusnya
melaksanakan tindakan
susulan. Melalui aktiviti
penilaian ini, guru dapat
memastikan
perkembangan potensi individu
pelajar secara menyeluruh agar
menepati dengan kehendak
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang ingin
15
melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, dan
intelektual. Sehubungan itu,
dasar penting bagi pencapaia
Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang amat penting dalam mengesan perkembangan,
pencapaian, kebolehan dan kemajuan dalam pembelajaran pelajar. Guru juga yang merancang,
menentukan hasil pembelajaran serta melaksanakan pengukuran dan penilaian serta merekod
keputusan seterusnya mengambil tindakan susulan yang sepatutnya. Menerusi aktiviti penilaian,
guru dapat memastikan perkembangan potensi individu pelajar secara menyeluruh agar menepati
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

Sehubungan itu, dasar penting bagi pencapaian penilaian yang berkesan dilaksanakan oleh
guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengukuran dan
penilaian ialah aspek yang perlu diutamakan. Di samping memahami konsep pengukuran,
pengujian dan penilaian, penguasaan guru terhadap kurikulum juga merupakan penentu kejayaan
dan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

(2791 patah
perkataan)

BAHAGIAN 2: PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN

16
9.0 Forum

17
18
10.0 Rujukan

Ayu, M. (2020, October 16). Taksonomi Bloom. Sistem Guru Online. Retrieved July 1, 2022, from
https://www.sistemguruonline.my/2017/04/taksonomi-bloom.html

Bab 1 PENGUKURAN, Pengujian Dan Penilaian. BAB 1. (n.d.). Retrieved July 1, 2022, from
http://www.geocities.ws/kheru2006/i.htm

Domain AFEKTIF - teori taksonomi pendidikan. 123dok.com. (n.d.). Retrieved July 1, 2022, from
https://123dok.com/article/domain-afektif-teori-taksonomi-pendidikan.q26ovd6z

Guru Perlu Kreatif taksir Murid Dalam Norma Baharu | berita harian. (n.d.). Retrieved July 1,
2022, from https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/01/779528/guru-perlu-
kreatif-taksir-murid-dalam-norma-baharu

Home. Pentaksiran Malaya. (n.d.). Retrieved July 1, 2022, from https://pentaksiran.webs.com/

Makna Pengukuran (Apa Itu, Konsep Dan Definisi) - Sains Dan Kesihatan - 2022. Encyclopedia
Titanica. (1970, January 1). Retrieved July 1, 2022, from https://ms.encyclopedia-
titanica.com/significado-de-medici-n

Nurhafizzi, I. (2015, February 4). Indeks Kesukaran Dan Indeks diskriminasi. Academia.edu.
Retrieved July 1, 2022, from
https://www.academia.edu/10497031/INDEKS_KESUKARAN_DAN_INDEKS_DISKRIM
INASI

Panduan pelaksanaan - IPSAH. (n.d.). Retrieved July 1, 2022, from


https://unitldp.ipsah.edu.my/images/files/PBD_Edisi_2.pdf

Tajuk 5 - Pentaksiran Malaya. (n.d.). Retrieved July 1, 2022, from


https://pentaksiran.webs.com/topik5.pdf

Tanudjaja, F. (n.d.). Jadual Penentuan Ujian (JPU) - PDF free download. adoc.pub. Retrieved
July 1, 2022, from https://adoc.pub/jadual-penentuan-ujian-jpu.html

Zainal, M. R. B. (2021, April 27). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). MOE. Retrieved July 1, 2022,
from https://www.moe.gov.my/en/soalan-lazim-menu/kurikulum/kurikulum

19

Anda mungkin juga menyukai