Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakahtu ustaz sekalian.

Izinkan saya menulis sebuah cerpen


mengenai ilmu yang bermanfaat sepanjang saya belajar bersama ustaz pada tahun 2022, dan ilmu
yang saya nak dipelajari atau rakan-rakan mempelajarinya pada tahun akan datang.

Sejak tahun 2022 ini, saya merasakan perubahan baharu dari segi tingkah laku, adab, sukan dan
akademik terutamanya subjek Pendidikan Agama Islam. Pendidikan Agama Islam selalunya dipelajari
dengan kaedah teori sahaja, yang menyebabkan tahap pemikiran pelajar terbantut akibat keluasan
pemikiran mereka hanya bergantung kepada teori tersebut. Tetapi apabila ustaz kali pertama
melangkah masuk ke kelas kami, saya merasakan kaedah pembelajaran akan menjadi lebih menarik
lebih-lebih lagi apabila ustaz mengaitkan pembelajaran dengan isu semasa. Kaedah ini dapat melatih
pelajar supaya sentiasa berfikir dengan lebih luas. Kaedah ini juga berkesan bagi pelajar untuk
mengingati ilmu tersebut kerana ustaz menekankan kefahaman pelajar dan bukannya keingatan
pelajar tersebut. Disebabkan itulah saya dapat mempelajari ilmu yang bermanfaat sepanjang
pembelajaran Pendidikan Agama Islam bersama ustaz yang menyebabkan saya ingat ilmu tersebut
sehingga sekarang.

Jadi antara ilmu tersebut , ilmu yang paling bermanfaat yang saya pernah pelajari ialah tentang
hadis 7 golongan yang mendapat naungan Allah S.W.T. Mengapa? Tajuk hadis ini adalah tajuk yang
saya perlu bentangi di hadapan rakan sekelas saya. Saya memahami tajuk tersebut dan
membentangkannya. Ia masih lagi ada di kepala saya kerana saya memahami tajuk tersebut dan
bukannya hafal. Selepas pembentangan, ustaz menambah lagi info tentang hadis tersebut
menyebabkan saya lebih fahami dan Insya Allah akan mengamalkannya. Selain itu, saya juga boleh
berkongsi hadis ini pada kaum kerabat kerana ianya bermanfaat bagi siapa yang mahu menjadi
naungan Allah S.W.T.

Bukan sahaja ilmu bermanfaat yang saya mahu kongsikan, malah ilmu yang saya mahu pelajari
bersama rakan saya pun sama. Saya mahu ustaz menerangkan asalnya negara Islam. Apa maksudnya?
Saya nak rakan-rakan saya tahu apa erti Islam yang sebenarnya ramai orang tak tahu. Saya nak
mereka tahu akidah sebagai orang Islam dan apa yang perlu kita buat sebagai orang Islam (ibadah).
Ini kerana ramai saya melihat mereka yang solat tetapi tak tahu kenapa mereka solat. Alasannya
kerana mengikut sahabatnya solat, jadi dia pun solat. Mereka tidak mengetahui erti keihsanan dalam
diri kerana apa yang mereka buat hanyalah kepentingan diri dan duniawi sahaja. Sebab itulah
pentingnya subjek tasawwur bagi kalangan umat Islam khususnya umur remaja yang seharusnya
ditekankan dari kecil lagi. Jika mereka mengenali dengan lebih lanjut tentang Islam, dan menepati
akidah sebenar sebagai orang Islam, tentu mereka tidak takut ketika berjalan di tempat gelap. Tentu
mereka tidak mahu melewatkan solat. Insya Allah mudah-mudahan ustaz dapat bincangkan dengan
pendapat saya ini.

Anda mungkin juga menyukai