Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : DIA

PENGARANG : UMIE NADZIMAH

SINOPSIS :

Dia, hasil karya Umie Nadzimah yang diterbitkan pada tahun 2017. Penulis novel ini merupakan novelis
terbaik anugerah buku negara pada tahun 2017. Buku ini adalah sebuah karya olahan daripada drama bersiri
Dia, untuk siaran TV3.

Buku ini mengisahkan tentang pergolakan sebuah keluarga yang tinggal di kawasan bandar. Aira dan
Emelda merupakan sepupu yang tinggal Bersama di dalam sebuah rumah. Mereka membesar bersama-sama
dari kecil sehiggalah dewasa. Namun, pergolakan berlaku apabila muncul seorang lelaki yang berasal
daripada Indonesia yang bernama Aidit.

Dalam diam, Aira menyukai Aidit namun begitu Emelda juga menyukai Aidit. Walaupun begitu, Aira
yang mementingkan ikatan persahabatan terus merahsiakan perasaannya itu. Takdir Tuhan, jodoh telah
menyatukan Aidit dan Emelda dalam ikatan perkahwinan. Malangnya, perkahwinan tersebut tidak mendapat
restu ibu Emelda.

Tidak lama kemudian, lahirlah seorang anak yang bernama Ica. Takdir Tuhan lagi sekali telah
menguji keluarga ini apabila Emelda meninggal dunia ketika melahirkan anaknya. Ibu Emelda tidak henti-
henti menyalahkan Aidit kerana menyebabkan Emelda meninggal dunia.

Aidit membesarkan anaknya Ica seorangg diri dengan penuh kasih sayang. Dialah ayah dan dia
jugalah ibu. Ica juga tidak disukai oleh neneknya. Kasihan anak kecil yang tidak berdosa itu. Masa merubah
segalanya, Nenek Ica dapat menerimanya kembali. Begitu juga Aidit. Ica dapat merasakan kasih sayang
neneknya.

Aira juga melayani Ica dengan baik dan penuh kasih sayang. Aidit melamar Aira. Namun begitu, Aira dalam
dilema kerana telah bertunang dengan Zaid. Akhirnya, Zaid membiarkan Aira pergi mencari cinta sejatinya.
Aira pun berkahwin dengan cinta pertamanya itu, Aidit.

Banyak pengajaran yang saya peroleh melalui cerita ini, sabar itu indah, setiap yang berlaku pasti ada
hikmahnya. Kita mestilah menjadikan dugaan dan rintangan sebagai pemangkin semangat untuk berjaya.
Keakraban sesebuah keluarga merupakan tulang belakang kejayaan seseorang. Walau pahit untuk ditelan
pasti akan manis jua akhirnya.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua saya pohonkan.
Tuntasnya, kita mestilah mengambil pengajaran untuk setiap kejadian. Ibu bapa hendaklah memupuk
nilai murni dalam diri anak-anak. Anak-anak mestilah membaca/ menjaga keselamatan/mematuhi peraturan/
menjaga kebersihan (bergantung pada tema soalan). Anak-anak merupakan aset bernilai untuk masa depan
negara. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Konklusinya, kita mestilah mengambil pengajaran untuk setiap kejadian. Semua pihak mestilah
memainkan peranan masing-masing khususnya ibu bapa. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak sejak kecil
lagi tentang kepentingan membaca/ menjaga keselamatan/ mematuhi peraturan/ menjaga kebersihan
(bergantung pada tema soalan). Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak
merupakan aset bernilai untuk masa depan negara.

Anda mungkin juga menyukai