Anda di halaman 1dari 4

FUS 0033 PENGANTAR DAKWAH

TOKOH DAKWAH : SHEIKH DR SOLAH ABDUL FATTAH AL-KHALIDI

NAMA NO.MATRIK

MUHAMMAD MU’AZ BIN HAZIZAN 0221101248

MUHAMMAD IHSAN BIN HAFIZ REZA 0221101119

MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD ILHAMI 0221101027

NAMA PENSYARAH : USTAZAH QATRUN NADA BINTI MAT SAAD


PENGENALAN

Dakwah adalah bahagian daripada kehidupan dan tanggungjawab setiap muslim. Setiap
gerak geri kehidupan seorang muslim perlulah berlandaskan syiar islam dalam apa jua
keadaan di samping mendidik masyarakat dengan nilai nilai islam yang sebenar. Dakwah
secara bahasa ini mengandung makna ajakan pada kebaikan yang akan menyelamatkan dan
ajakan pada keburukan yang akan menyebakan kecelakaan dari kehinaan. Sebagaimana
firman dalam surah baqarah 2 : 221. Terdapat banyak metode dakwah dalam islam sama
ada dari lisan maupun perbuatan, ini telah dilakukan sejak dari zaman rasullah berterusan
hingga ke zaman moden dan terlahirlah ramai tokoh-tokoh dakwah dalam pelbagai bidang
ilmu. Sheikh Dr Solah Abd al-Fattah al-Khalidi antara contoh tokoh dakwah yang hebat
dalam bidang tafsir

-Siapakah Sheikh Dr Solah Abd al-Fattah al-Khalidi?


Beliau dikenali sebagai tokoh Islam yang mencelikkan hati dan pemikiran dengan pelbagai
persoalan hidup melalui suluhan al-Quran. Beliau juga merupakan salah seorang tokoh
dalam bidang tafsir khususnya. Terdapat beberapa kitab yang dikarang oleh beliau dan
dijadikan rujukan oleh para ahli tafsir.
BIODATA SHEIKH DR. SOLAH ABD AL-FATTAH AL-KHALIDI

Nama : Solah Abd al-Fattah al-Khalidi

Tarikh Lahir : 12 Januari 1947 M / 18 Muharam 1367 H

Tarikh Wafat : 28 Januari 2022 M / 25 Jamadilakhir 1443 H

Tempat Lahir : Bandar Jenin, Palestin

Guru : 1) Syeikh Musa Sayyid rahimahullah, salah satu ulama Palestin


2) Syeikh Muhammad al-Ghazali
3) Syeikh Abdul Halim Mahmud
4) Sheikh al-Azhar

Kepakaran : Memudahkan teks yang rumit kepada huraian yang dapat difahami oleh semua
lapisan masyarakat terutamanya mereka yang tidak menguasai Bahasa Arab.

Pendidikan : Merupakan anak murid kepada Sheikh al-Azhar pada tahun 1965, kemudian
masuk ke dalam fakulti Syariah (1970). Menyambung pelajaran ke Universiti Imam
Muhammad Saud di Riyadh dengan mengambil sarjana, tesis bertajuk ’’Syed Qutb dan seni
fotografi dalam al-Quran’’ membincangkan tentang kehidupan Syed Qutd dan seni fotografi
dalam al-quran(1977). Mendapat gelaran Doktor dalam tafsiran al-quran di universiti yang
sama (1984) dengan tesis yang berjudul ’’Dalam Bayangan Al-quran’’ dan dibincang oleh
para ilmuan Syeikh Manna Al qattan rahimahullah dan Dr. Adnan Starling

Anda mungkin juga menyukai