Anda di halaman 1dari 23

EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

TUGASAN
SEMESTER SEPTEMBER 2015

KOD SUBJECT CODE : EMB412

TAJUK : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN


BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU
MATA PELAJARAN

PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR : ZAHARAH BINTI ZAKARIAH

NO. MATRIK : E30209130938

FASILITATOR AKADEMIK : EN. TAJIP TASSAN

PUSAT PEMBELAJARAN : KYS KOTA KINABALU


EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN A 1-4

1.0 Pengenalan

2.0 Tujuan dan Kaedah kajian

3.0 Strategi meningkatkan keupayaan komunikasi pelajar

4.0 Penutup

BAHAGIAN B 5-8

Esei bertajuk ‘Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu di
Sekolah Rendah tidak ditekankan di sekolah.’

BAHAGIAN C 9 - 18

Laporan : ‘Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur di SK.Pekan Keningau, Sabah.’

1.0 Pengenalan

2.0 Kepentingan Kemahiran Mendengar dan Bertutur

3.0 Masa yang Diperuntukkan

4.0 Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Di Dalam Kelas

5.0 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Di SK.Pekan Keningau.

RUJUKAN 19

LAMPIRAN 20
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

BAHAGIAN A

1.0 Pengenalan`

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran biasanya akan menghadapi empat masalah utama


yang besar dalam komunikasi iaitu input, intergrasi, mengingat dan output. Murid dengan
keperluan khas adalah berbeza daripada murid normal dari segi kebolehan mental, keupayaan
fizikal, deria, tingkah laku sosial, keupayaan emosi dan keupayaan berkomunikasi.
Ketidakupayaan berkomunikasi secara tidak langsung dapat menghalang kejayaan pembelajaran
dan sossialisasi seorang kanak-kanak. Justeru itu, domain yang sangat penting kepada kanak-
kanak adalah komunikasi dan bahasa kerana dengan berkomunikasi, maka setiap individu akan
dapat menjalinkan rasa persefahaman, keseronokan, perubahan sikap, perhubungan yang baik
dengan orang lain. Secara tidak lanngsung, komunikasi dapat meningkatkan konsep kendidiri
kanak-kanak

2.0 Tujuan dan Kaedah kajian

Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengenalpasti prevalen murid yang
mengalami kecacatan komunikasi lisan kategori murid-murid bermasalah pembelajaran dalam
kalangan murid pendidikan khas. Selain itu, kajian ini juga adalah bertujuan untuk mengkaji dan
mengenalpasti apakah simpton umum dan juga simptom spesifik kecacatan komunikasi lisan
yang dihadapi oleh murid-murid khasnya murid pendidikan khas.

Pengkaji menggunkan kaedah atau teknik persampelan secara penyesuaian, dimana


pengkaji telah memilih sampel kajian seramai 1125 orang murid pendidikan khas yang terlibat
dalam program intergrasi yang melibatkan sebanyak 56 buah sekolah. Untuk mengutip data pula,
pengkaji menggunakan senarai semak kecacatan komunikasi atau bahasa oleh Hannel berskala
Likert 4.

1
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

3.0 Strategi meningkatkan keupayaan komunikasi pelajar

Strategi komunikasi berkesan murid-murid adalah memerlukan satu bentuk komunikasi


yang baik dan jelas bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ketidaktentuan
sewaktu berkomunikasi dapat mewujudkan ketidakberkesanan dalam hubungan sosial. Oleh itu,
dalam aspek komunikasi, seorang guru perlu mengambil kira apa juga mesej yang hendak
disampaikan adalah memerlukan tindakan yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan
murid. Oleh itu, antara strategi yang dapat digunakan adalah seperti aktiviti intervensi dan juga
menggunakan komunikasi berbentuk komunikasi alternatif dan komunikasi augementatif.

31. Komunikasi alternatif & Komunikasi augumentatif

Komunikasi alternatif adalah teknik-teknik yang digunakan untuk


menggantikan komunikasi lisan bagi individu yang mengalami hambatan dalam bicara ataupun
mereka yang tidak beupaya berkomunikasi melalui bahasa lisan.Komunikasi augementatif pula
adalah merujuk kepada kaedah-kaedah dan juga peralatan atau media yang digunakan
untuk meningkatkan keupayaan murid bermasalah untuk berkomnikasi dalam
pembelajaran mereka. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa komunikasi alternatif dan
augementatif ini adalah satu bentuk media atau cara yang dapat digunakan oleg seorang guru
khasnya guru Pendidikan Khas untuk mengajar komunikasi dalam kalangan kanak-kanak ynag
bermasalah dalam komunikasi lisan agar mereka dapat melakukan proses berkomunikasi dengan
lebih baik dan lancar.

Dalam teknik atau strategi komunikasi alternatif dan augementatif ini terdapat dua
komponen yang boleh digunakan iaitu teknik komunikasi, sistem simbol dan juga
kemampuan berkomunikasi. Dalam teknik komunikasi terdapat dua bentuk iaitu teknik
komunikasi tanpa bantuan dan teknik komunikasi dengan bantuan. Teknik komunikasi tanpa
bantuan bermaksud murid-murid yang bermasalah tidak memerlukan sebarang alat bantu dari
luar mahupun tidak memerlukan prosedur khusus dalam penggunannya. Ini bermaksud teknik ini
hanya menggunakan kaedah seperti bahasa isyarat, pergerakan badan dan mimik muka.

2
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

Komunikasi dengan bantuan pula adalah satu teknik pengajaran yang memerlukan
guru menggunakan prosedur yang teliti sama ada menggunakan bahan bantu seperti alat
elektronik ataupun bukan elektronik dan juga penggunaan simbol. Di sini, guru boleh
menggunakan ala bantu dari yang sderhana hinggalah kepada yang paling canggih mengikut
kesesuaian dan keperluan murid. Ini bermaksud, guru hendaklah menggunakan objek atau bahan
maujud yang berupa peralatan yang boleh digunakan untuk membantu murid berkomunikasi
dengan lebih mudah.

Sistem simbol pula bermaksud guru-guru menggunakan alat bantu mengajar yang
sebenar sama ada berbentuk gambar ataupun benda asli yang dapat mewakili sesuatu
bentuk atau keadaan bagi memudahkan pemahaman kanak-kanak bermasalah dalam
pembelajaran.

3.2 Penggunaan bahan bergambar dan pergerakan badan

Melalui strategi ini. guru-guru yang mengajar boleh menggunakan gambar atau
pergerakan badan yang dapat dilihat dan difahami oleh murid-murid yang melihatnya. Guru-
guru boleh menggunakan pelbagai bentuk isyarat dan bahasa tubuh yang diguna oleh
seseorang untukmembantu kelancaran proses komunikasi seperti tersenyum, mengangguk,
menggeleng, menunjuk dan sebagainya. Manakala, untuk bahan bergambar pula, guru boleh
menggunakan pelbagai hal secara alami yang terdapat di persekitaran seperti benda. orang,
gambar, foto, tanda lalu lintas, poster dan sebagainya untuk membantu murid-murid ini
memahami apa yang disampaikan dan dipelajari dengan lebih efektif.

3
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

4.0 Penutup

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran memerlukan kaedah pengajaran yang dapat


menarik dan menggalakkan interaksi sesama mereka. Keadaan ini memerlukan keupayaan guru
yang tinggi dalam mengenalpasti cara murid itu bertingkah laku. Kanak-kanak sebegini
seringkali memberikan tekanan emosi kepada guru jika guru tersebut tidak bijak mengawal
keadaan. Oleh itu, guru yang mengajar kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini perlu
menggunakan pelbagai strategi yang efektif untuk mengawal tingkah laku kanak-kanak ini serta
menarik perhatian mereka untuk belajar.

4
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

BAHAGIAN B

Esei bertajuk ‘Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu di
Sekolah Rendah tidak ditekankan di sekolah.’

1.0 Pengenalan

Kemahiran mendengar dan bertutur adalah satu daripada unsur komunikasi yang
tertua dan terpenting dalam kehidupan seharian. Kemahiran ini juga merupakan kemahiran
pertama yang harus dikuasai oleh murid-murid kerana kemahiran mendengar dan bertutur ini
merupakan kemahiran yang paling asas dalam berbahasa. Abdul Azizi Abdul Talib (1993),
berpendapat bahawa seseorang yang telah menguasai kemahairan ini, secara tidak langsung akan
dapat menguasai aspek tatabahasa, fonologi dan semantik yang dipelajari melalui aktiviti
mendengar sebagai satu proses menerima komunikasi dan melalui aktiviti bertutur sebagai
proses menghasilkan bahasa.

Kemahiran mendengar boleh didefinisikan sebagai keupayaan seseorang murid


mendenar dengar dengan teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam
pelabagi konteks dan situasi pengucapan seperti lakonan, perbincangan dan temu bual. Murid
yang dapat menguasai kemahiran mendengar dengan baik akan dapat memberikan respons atau
tindakbalas yang sewajarnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Sebahagian besar pengetahuan adalah diperolehi melalui pendengaran, tetapi hanya lebih
kurang 25 peratus sahaja yang akan kita ingati daripada apa yang didengar.( C.M faeyten,1991).
Oleh yang demikian, kemahiran mendengar seharusnya dijadikan sebagai satu aktiviti
pembelajaran yang aktif di dalam kelas. Disamping itu, pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu perlu melibatkan aktiviti pendengaran iaitu aktiviti memahami dan mene;liti maklumat
yang didengar. Mengikut kajian yang telah dibuat, dianggarkan lebih kurang 60 peratus
daripada masa pengajaaran dan pembelajaran adalah bertujuan untuk mendengar.

5
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

Kemahiran bertutur adalah merujuk kepada kebolehan dan keupayaan murid


mengajukan pertanyaan dan menyampaikan maklumat, meluahkan pendapat, perasaan
dan idea secara lisan dengan sebutan baku yang betul, intonasi dan jeda yang tepat.
Penekanan seharusnya diberikan dalam aspek kesantunan berbahasa dalam pengucapan dan
penggunaan tatabahasa yang betul. Hai ini secara tidak langsung dapat menjadikan pengajaran
Bahasa Melayu di peringkat sekolah berjalan dengan efektif dan dinamik.

Kemahiran bertutur juga adalah kemahiran lisan yang begitu penting sama ada dalam
situasi formal atau situasi tidak formal dan setiap pertuturan yang berlaku, biasanya mempunyai
maksud tertentu. Keupayaan menuturkan sesuatu dengan tepat dan betul akan dapat
membantu mempercepatkan tahap pemahaman murid-murid, terutamanya berkaitan dengan
komunikasi secara interpersonal. Murid-murid di sekolah rendah perlulah diajar dan dserapkan
dengan kemahiran bertutur dengan sebaik mungkin agar mereka dapat mengaplikasikan
kemahiran bertutur ini dengan baik dalam kehidupan mereka seharian.

Jelaslah disini bahawa kemahiran mendengar dan bertutur atau dikenali juga sebagai
kemahiran lisan ini adalah penting untuk diajar dan dipelajari oleh murid-murid sekolah
rendah secara insentif. Penerapan kemahiran ini akan membantu murid untuk memhami aktiviti
pengajaran Bahasa Melayu oleh guru dengan lebih cekap.

2.0 Kemahiran mendengar dan bertutur tidak ditekankan di sekolah rendah

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan


murid-murid dengan ketrampilan berbhaasa serta berkomunikasi bagi memenuhi keperluan
diri, memperolehi ilmu, perhubungan sosial dan juga dalam urusan-urusan harian. Hal ini jelas
menunjukkan betapa penggunaan Bahasa Melayu itu amat penting dalam kalangan murid-murid
sekolah tendah.

6
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

Jika kita merujk kepada Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,
penekanan adalah diberikan terhadap kemahiran berbahasa seperti kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca dan juga menulis. Dalam sukatan pelajaran ini, terangkum
pertimbangan-pertimbangan tentang pelabagai gaya pembelajaran, minat dan tahap kecerdasan
mrid yang pelbagai.

Selain itu, terdapat lima belas prinsip yang perlu dipatuhi oleh guru bagi menjamin
keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Antara prinsip yang
seharusnya dipatuhi adakah guru seharusnya menekankan pengajaran kemahiran mendengar
dan bertutur. Pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur hendaklah diutamakan
kerana ia merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai terlebih dahulu oleh murid-urid
sebelum mereka mampu menguasai kemahiran berbahasa yang lain iaitu kemahiran membaca
dan menulis.

Mulai tahun 2011, aspek kemahiran mendengar dan bertutur ini ,mula di pandang
serius bilamana kemahiran ini dimasukan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Kepentingan dan keutamaan ini dapat dilihat dalam Standard Kandungan Bahasa
Melayu dan juga di dalam Standard Pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran mendengar dan
bertutur juga turut dinyatakan menerusi aspek kemunikasi yang diterapkan dalam diri
murid-murid sekolah rendah melalui aktiviti penggabungjalin kemahiran bahasa, baik secara
lisan mahupun bukan lisan sewaktu aktiviti komunikasi berlasngsung. Ini jelas membuktikan
bahawa, kemahiran mendengar dan bertutur ini tidak seharusnya diabaikan malahan harus
diterapkan dalam kalangan murid-murid supaya mereka daapat membentuk diri mereka dengan
lebih berketrampilan dalam berbahasa.

Sebenarnya, banyak kaedah dan strategi pengajaran lkemahirtan mendengar dan


bertutur yang telah diperkenalkan. Ini bermakna, guru-guru boleh memilih dan
menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan pengajaran kemahiran mendengar dan
bertutur ini mengikut tahap kebolehan dan keperluan murid yang diajar. Misalnya, seoarng guru
boelh sahaja menggunakan aktiviti permainan bahasa di dalam kelas sebagai satu cara membantu
murid untuk menguasai ssuatu topik pelajar yang diajar.

7
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

Dalam aktiviti permainan bahasa, murid-murid akan dilatih untuk menggunakan kemahiran
mendengar bagi memastikan sesuatu ayat itu adalah betul ataupun tidak melalui aktiviti seperti
melakonkan aksi untuk diteka. Disamping itu, murid-murid yang terlibat dalam menyampaikan
sesuatu perkataan ataupun ayat yang dibisikkan oleh guru atau rakan-rakan adalah memerlukan
murid-murid mengaplikasikan kemahiran mendengar dan bertutur untuk menyampaikan
maklumat dengan betul.

Jika dilihat, sedar ataupun tidak, sebenarnya kemahiran mendengar dan bertutur ini
ada diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menerusi aktiviti-
aktiviti perbincangan atau penyampaian soalan yang dilakukan di dalam bilik darjah. Ini
kerana melalui aktiviti ini, murid-murid perlu mendengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh
guru mahupun oleh rakan-rakan agar dapat menyampaikan maklumat yang diterima dan
didengar dengan betul. Secara tidak langsung, kamhiran mendengar dan bertutur murid dapat
ditingkatkan tahap penguasaannya.

Selain itu, aktiviti melengkapkan dialog yang dijalankan sewaktu aktiviti bacaan
dilaksanakan akan dapat meningkatkan kemahiran bertutur murid malah dapat
menambahbaik kemahiran mendengar mereka dengan mendengar dialog yang sebenarnya.
Dalam kandungan buku teks KSSR, terkandung banyak bahan yang sesuai digunakan untuk
melatih dan mengembangkan potensi murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur.

Kesimpulannya, kemahiran mendengar dan bertutur ini sentiasa dilaksanakan dalam


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sama ada guru-guru sedar atau tidak.Di zaman ini,
kemahiran mendengar dan bertutur adalah amat penting dipraktikkan dalam pengajaran Bahasa
Melayu selaras dengan objektif yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
sekolah rendah(KSSR).

Kemahiran mendengar dan bertutur adalah saling melengkapai anatara satu sama lain dan
diajarkan kepada muted-murid sekolah rendah agar mereka akan dapat menghayati dan
memahami sesuatu perkara yang didengar dalam pelbagai situasi dan seterusnya bertindakbalas
melalui pengucapan yang gramatis.

8
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

BAHAGIAN C

Laporan : ‘Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur di SK.Pekan Keningau, Sabah.’

1.0 Pengenalan

Kemahiran mendengar dan bertutur adalah elemen asas yang paling utama dan penting
dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang dapat menguasai
kemahiran mendengar dan bertutur ini dengan baik biasanya berkemampuan untuk menguasai
dua lagi kemahiran berbahaya yang lain iaitu kemahiran membaca dan menulis dengan lebih
baik.

Penguasaan kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang itu memperoleh


dan memproses segala maklumat yang diterima dengan tepat. Manakala, seseorang yang dapat
menguasai kemahiran bertutur dengan baik pula dapat membantu seseorang itu menyampaikan
pesanan, pendapat dan juga buah fikiran dengan lebih efektif. Ini bermakna seseorang yang
menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik akan dapat menguasai kemahiran
membaca dan menulis dengan kerana keupayaan mendengar dan bertutur yang baik akan dapat
membantu mereka dalam proses membaca dan menulis.

2.0 Kepentingan Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, kemahiran mendengar atau bertutur
adalah bertujuan untuk membolehkan seseorang itu berkomunikasi atau berinteraksi dengan
orang lain secara tepat bagi menyatakan kehendak, perasaan, pengalaman dan berupaya
mengutarakan pandangan serta pendapat yang jitu serta berkesan. Misalnya dalam aktiviti
kumpulan berbentuk perbincangan, seoarang murid yang telah menguasai kemahiran mendengar
dan bertutur akan dapat memberikan pendapat dan pandangan yang bernas berdasarkan
pengalaman sedia ada murid yang telah dipelajarai dalam kemabiran mendengar dan bertutur.

9
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

Penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur yang baik dapat membantu murid-murid
menyebut atau membunyikan perkataan dan ayat dengan jelas dan tepat. Hai ini kerana, murid-
murid yang mendengar pengajaran guru bahasa Melayu mereka membunyikan sesuatu perkataan
akan menjadikan mereka turut berusaha untuk menyebut dan seterusnya membunyikan perkataan
yang didengar dengan gaya, sebutan dan intonasi yang sama dengan apa yang disebut oleh guru
bahasa mereka. Melalui cara peniruan seperti ini, dapat membantu murid meningkatkan cara
sebutan mereka dan akhirnya membantu mmurid-murid ini menyebut ayat denganbetul, jelas dan
tepat. Secara tidak langsung, murid-murid juga akan dapat berkomunikasi dengan individu yang
lain dan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam kelas juga dapat berjalan dengan
lancar.

Murid –murid yang dapat menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik
akan dapat menggunakan ayat yang teratur, tersusun, menggunakan perkataan dan kosa kata
yang sesuai dan pelbagai. Sebagai contoh, dalam pengajaran Bahasa Melayu, dimana guru
bahasa mengajar murid tentang cara menggunakan ayat yang tepat, tersusun dengan perkataan
yang sesuai sewaktu bertutur. Melalui kemahiran mendengar yang aktif, murid-murid dapat
mendengar apa yang diucapkan dan disampaikan oleh guru bahasa mereka yang menyampaikan
pengajaran dengan penggunaan ayat yang tepat. Aktiviti seperti ini sudah pasti dapat membantu
muted untuk menguasai kemahiran bertutur menggunakan perkataan atau ayat yang tepat.

Penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur yang baik oleh murid-murid sekolah
rendah juga dapat meningkatkan rasa yakin dan percaya diri dan menjadikan murid-murid ini
lebih yakin dan berani dalam bercakap, seterusnya menyatakan pandangan atau pendapat
mereka. Kemahiran mendengar dan bertutur yang diserapkan dalam pengajaran bahasa Melayu
dapat membantu murid-murid untuk mendengar secara aktif dalam mem[pelajari bahasa yang
ssuai mengikut konteks penggunaannya denganlebih mahir. Murid-murid yang telah mahir akan
menjadi lebih berani dan lebih yakin untuk bersuara khasnya dalam mengutarakan pertanyaan
dan juga soalan kepada guru mereka.

10
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

Selain itu, murid-murid yang mahir dan mempunyai keyakinan untuk berkomunikasi akan dapat
menarik lebih banyak kawan kerana proses interaksinya dengan orang sekitarnya, penyampaian
pendapatnya lebih mudah difahami kerana pertuturannya adalah jelas dan tepat dengan
penggunaan perkataan atau ayat yang sesuai.

Kemahairan mendengar dan bertutur juga adalah penting untuk dikuasai oleh murid-
murid sekolah rendah kerana penguasaan yang baik dan berkesan dalam kemahiran ini akan
dapat mewujudkan suasana komunikasi yang baik, dimana mesej dapat disampaikan dan
persefahaman dapat dihasilkan dengan efektif dan berkesan secara optimum. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, kemahiran mendengar dan bertutur ini perlu
dikuasai oleh murid secara berkesan bagi membolehkan mereka menerima dan menguasai isi
pelajaran yang disampaikan dengan lebih mudah, lancar dan berkesan. Misalnya, seorang guru
akan memberikan penerangan tentang bagaimana sesuatu tugasan atau aktiviti itu seharusnya
dilakukan. Murid yang mendengar dengan teliti akan dapat memahami kehendak soalan atau
arahan yang disampaikan oleh guru. Arahan yang dapat difahami akan memudahkan murid-
murid ini melaksanakan tugasan dan arahan yang diberikan dengan tepat dan jayanya dan
menjadikan proses pemerolehan ilmu berjalan secara berkesan.

Proses penerimaan dan memperoleh ilmu secara berkesan akan dapat meningkatkan
kemahiran mendengar seorang murid dan seterusnya mudah memahami pertuturan yang didenga
dalam kehidupan mereka sehari-hari. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa kemahiran mendengar
dan bertutur ini amat penting untuk dipelajari dan dikuasai secara optimum supaya proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat berlaku dengan berkesan.

3.0 Masa yang Diperuntukkan

Sebenarnya, kebanyakkan guru hanya memperuntukkan masa sebanyak sejam atupun dua
jam untuk mengajar dan menyampaikan kemahiran mendengar dan bertutur dalam seminggu
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pengajaran kemahiran ini juga disampaikan secara
tidak langsung dan kebanyakkan guru tidak begitu menekankannya,

11
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

Masa sedikit yang diperuntukkan oleh guru ini adalah disebabkan guru bahasa lebih
mementingkan pengajaran dalam aspek bacaan dan penulisan, Guru lebih mementingkan
pengajaran kemahiran membaca dan menulis kerana pembelajaran adalah lebih berorientasikan
peperiksaan. Pembelajaran berorientasikan peperiksaan menyebabkan guru lebih memberi
penekanan pengajaran tentang cara menjawab soalan penulisan ( kertas 2 ) dan soalan
pemahaman khasnya terhadap murid-murid di Tahap Dua yang akan menghadapi peperiksaan
UPSR.

Masa sedikit yang diperuntukkan oleh guru dalam mengajar kemahiran mendengar dan
bertutur ini dapat memberi impak kepada kemahiran lisan murid-murid sekolah rendah seperti
murid menjadi tidak berani bersuara untuk menyampaiakan pendapat mereka kerana tidak tahun
menggunakan bahasa atau ayat yang betul sewaktu bertutur. Oleh itu, semua guru seharusnya
memberi penekanan terhadap kemahiran mendengar dan bertutur ini supaya murid-murid dapat
berkomunikasi dengan lebih berani, yakin dan berkesan. Ini dapat dicapai, apabila guru-guru
menambah dan memperuntukkan masa yang lebih dalam mengajar dan menyampaikan
pengajaran kemahiran lisan ini kepada murid-murid.

4.0 Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Di Dalam Kelas

Kaedah dapat diertikan sebagai satu prosedur mengajar yang wujud berdasrkan
kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru.. Manakala, pengertian
untuk kaedah kemahiran mendengar dan bertutur pula merujuk kepada prosedur mengajar
berdasarkan kepada kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru-guru
untuk menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. Melalui prosedur-prosedur ini, murid-
murid akan dapat menguasai kemahiran mendengar dan bertutur selaras dengan objektif Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

12
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

Terdapat beberapa kaedah pengajaran kemahiran ini yang dapat digunakan dalam
pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Secara umumnya, terdapat tujuh kadah yang lazimnya
dapat digunakan dalam menyampaiakan pengajaran Bahasa melayu seperti kaedah bacaan,
kaedah terus, kaedah tyradisional, kaedah fonetik, kaedah eklektik, kaedah audio-lngual dan
kaedah komunikatif. Bagaimanapun, untuk mengajar kemahiran mendengar dan bertutur dalam
Bahasa melayu hanya beberapa kaedah sahaja yang sesuai digunakan iaitu kaedah terus, kaedah
fonetik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual dan juga kaedah komunikatif.

Kaedah terus adalah mengutamakan prinsip-prinsip pengajaran bedasarkan ilmu


psikologi. Kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua dan segala bahasa pengajaran
tidak menggunakan bahasa yang telah diketaui oleh murid.. Manakala, kaedah fonetik pula
merupakan satu kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik. Ini bermaksud pengajaran
bahasa adalah dengan membandingkan antara dua bahasa iaitu antara bahasa yang dipelajari
dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid seperti bahasa ibunda atau bahasa yang lain..
Pengetahuan murid adalah bertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa tersebut selain daripada
aspek lain seperti bunyi, bentuk ayat, makna ayat dan sebagainya. Dalam erti kata lain, kaedah
ini adalah menekankan pertuturan serta membenarkan murid-murid menggunakan bahasa yang
telah mereka ketahui. Kaedah ini amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran mendengar
dan bertutur kerana pengajaran ini dimulakan dengan laihan pendengaran dan kemudiannya
diikuti dengan latihan sebutan.

Kaedah eklektik dikatakan amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran mendengar
dan bertutur kerana kaedah ini menggabungkan segala ciri yang baik dalam pengajaran bhasa
yang terdapat dalam kaedah-kaedah yang lain. Misalnya, melalui kaedah ini uru dapat
menggabunkan kaedah nahu dengan kaedah terjemahan yanh diubahsuai mengikut aktiviti dan
situasi pengajaran yang dilaksanakan.Selain guru-guru bahasa dapat menggunakan daya
kreativiti mereka sendiri, kaedah ini juga membolehkan mereka mengajar secara bebas mengikut
keolehan dan keupayaan murid-murid.

13
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

Kaedah ini juga bersifat lebih fleksibel kerana guru-guru boleh mengubahsuai kaedah
pengajaran mereka mengikut keperluan murid-murid dan situasi sama ada situasi secara induktif
mahupun secara deduktif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan melalui
kaedah ini adalah merangkumi latihan mendengar dan bertutur, bersoal jawan dan juga aktiviti
membaca secara kuat.

Sementara itu, kaedah audio-lingual adalah lebih sesuai serta praktikal digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua. Kaedah ini berkesan digunakan dalam pengajaran
kemahiran mendengar dan bertutur kerana kaedah ini bersandarkan kepada prinsip iait mengajar
kemahiran mendengar dan bertutur terlebih dahulu, kemudiannya barulah diajar kemahiran
membaca dan menulis. Kaedah ini adalah gabungan kemahiran mendengar( audio) dan juga
kemahiran bertutur (lingual). Dlama kemahiran ini, murid-murid akan dapat mengenal,membeza
dan mengajuk bunyi disampung, mengecam serta menunjuk arah datangnya bunyi. Oleh itu,
apabila kadah audio-lingual diaplikasikan secara ansur maju, maka kemahiran mendengar dan
bertutur akan dapat berkembang ke tahap seterusnya dan menjadi lebih baik.

Kaedah komunikatif pula merupakan kaedah yang berdasarkan kepada pemikiran bahawa
kemampuan menggunakan bahasa dalam komunikasi adalah tujuan yang harus dicapai untuk
pembelajaran bahasa. Kaedah ini amat menitikberatkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak
yang mengaitkan aspek kognitif dengan interaksi bahasa. Ini bererti, kaedah komunikatif yang
menekankan kecekapan berbahasa iaitu bahasa dan juga kecekapan komunikatif terutamanya
dalam kemahiran mendengar dan bertutur. Dalam kaedah ini, terdapat tiga prinsip asas iaitu
mengetahui tujuan setiap aktiviti bahasa dilaksanakan,membuat pengajaran bahasa dalam
konteks wacana dan prinsip terakhir adalah bahasa perlu diajar berpandukan kepada proses
komunikasi yang sebenar.

5.0 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Di SK.Pekan Keningau.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, saya mendapati bahawa pengajaran kemahiran


mendengar dan bertutur ini masih terdapat banyak kekurangannya dan kurang ditekankan dalam
pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid.

14
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

Hal ini berlaku kerana kebanyakan guru khasnya guru-guru di Tahap 2 yang mengajar lebih
memfokuskan kepada soalan-soalan peperiksaan sebagai persediaan murid untuk menghadapi
peperiksaan. Memandangkan kemahiran mendengar dan bertutur ini tidak dinilai dalam
peperiksaan awam menyebabkan para guru agak mengabaikan kemahiran ini dalam pengajaran
dan pemvelajaran Bahasa Melayu.

5.1 Pandangan dan Amalan Guru Bahasa melayu Di S.Pekan Keningau

Saya telah berkesempatan menemubual tiga orang guru Bahasa Melayu di sekolah ini
iaitu Pn.Suziana dan Pn.Rahimah yang mengajar di Tahap 2, manakala Pn.Mimie pula mengajara
bahasa Melayu di Tahap 1.

Ketiga-tiga guru yang ditemu bual berpendapat bahawa sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, kemahiran mendengar dan bertutur kurang ditekankan oleh guru-guru
Bahasa Melayu di sekolah ini. Hai ini disebabkan guru-guru lebih mementingkan pengajaran
kemahiran membaca dan menulis. Guru-guru bahasa khasnya lebih menitikberatkan kemahiran
membaca dan menulis kerana hambatan peperiksaan yang memerlukan murid-murid lulus
dengan baik bagi tujuan penilaian tahap pencapaian murid dalam subjek Bahasa Melayu. Oleh
itu, guru-guru lebih menekankan pengajaran cara bagaimana menjawab soalan dengan baik dan
tepat sehinggakan pengajaran kemahairan mendengar dan bertutur tidak diberikan perhatian
dengan sewajarnya.

Selain itu, tiga orang guru yang ditemu bual turut mengatakan bahawa terdapat beberapa
faktor yang menyebabkan kemahiran mendengar dan bertutur ini tidak mendapat perhatian serius
dalam kalangan guru-guru bahasa. Misalnya, faktor komunikasi dikatakan antara halangan yang
menghalang guru-guru dalam melakukan perancangan dan pelaksanaan aktiviti kemahiran
mendengar dan bertutur dengan baik, lancar dan berkesan. Masalah komunikasi ini boleh timbul
disebabkan ada antara kalangan guru-guru bahasa tidak mahir dengan kemahiran komunikasi
khasnya, sewaktu mengajar di dalam kelas.

15
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

Pn.Suziana dan Pn.Rahimah mengatakan bahawa timbulnya masalah guru tidak mahir
dalam adalah kerana tidak ada kursus-kursus yang berkaiatan dengan pengajaran kemahiran
mendengar dan bertutur ini diberikan atau diadakan untuk guru-guru Bahasa Melayu.
Pendedahan yang kurang diberikan ini menyebabkan guru-guru tidak mempunyai pengalaman
dan pengetahuan tentang kaedah serta teknik yang sesuai untuk digunakan dalam melaksanakan
pengajaran kemahiran dan bertutur. Hal ini menyebabkan guru-guru bahasa terpaksa mengajar
berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka sendiri hinggakan ada ketikanya, pendekatan
mahupun kaedah dan teknik yang digunakan tidak bersesuaian dengan aktiviti pengajaran.

Guru-guru seharusnya perlu bertindak bijak dan harus meningkatkan kemahiran


komunikasi mereka agar mereka dapat menyampaikan isi pelajaran dengan baik dan berkesan,
berupaya menyebarkan maklumat, ilmu pengetahuan dan juga tunjuk ajar secara efektif kepada
murid-murid tanpa menimbulkan sebarang rasa tidak faham dalam diri murid tentang sesuatu
yang disampaikan dan dipelajari.

Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan akan menyebabkan murid-murid


sekolah rendah sukar dan lambat menerima penagajaran yang disampaikan oleh guru, sekaligus
menyebabkan objektif yang dirancang tidak tercapai. Oleh itu, adalah perlu dan penting seorang
guru menyusun strategi dan teknik yang berkesan agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran
melibatkan kemahiran mendengar dan bertutur dapat dijalankan dalam suasana yang berkesan
dan lancar. Apabila mesej yang disampaikan oleh guru dapat difahami dan diterima oleh murid
dengan mudah, maka proses komunikasi yang berkesan telah berlaku.

Pn.Mimie pula berpendapat bahawa tahap kecerdasan murid yang berbeza juga
merupakan antara sebab yang menyebabkan pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur tidak
dapat dilaksanakan secara sempurna dan semaksimanya. Ini kerana, tahap kecerdasan murid
adalah berperanan dalam menentukan keberhasilan pembelajaran seseorang murid itu.
Pn.Suziana dan Pn.Rahimah turut menambah bahawa murid dengan kecerdasan yang pelbagai
akan menyebabkan guru-guru bahasa sukar melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran
yang melibatkan kemahiran berbahasa.

16
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

Ini kerana, tahap kecerdasan yang berbeza yang terdapat dalam setiap kelas memerlukan kaedah
dan strategi yang bersesuain dengan semua aras murid agar proses pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan lancar..

Tahap kecerdasan yang berbeza dapat menjadi hambatan kepada guru kerana tahap
penerimaan dan pemahaman terhadap sesuatu yang di ajar juga adalah berbeza. Misalnya, murid
dengan tahap kecerdasan yang tinggi akan cepat dan mudah menerima serta memahami isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru berbanding dengan murid yang mempunyai tahap
kecerdasan yang rendah.

Ketiga-tiga guru yang ditemubual turut mengatakan bahawa terdapat lebih kurang 85 %
murid-murid di sekolah ini yang tidak berani dan tidak berupaya untuk memberikan pendapat
dan pandangan secara spontan. Disamping itu, murid-murid ini nuga tidak berminat atau tidak
suka menjawab soalan-soalan yang memerlukan mereka berfikir secara kritis dan kreatif. Pn.
Mimie berpendapat hal ini disebabkan murid-murid tidak mempunyai keyakinan dan keberanian
untuk menyuarakan pendapat mereka kerana tidak terbiasa dan tidak dilatih untuk bertutur secara
spontan. Masalah ini juga adalah disebabkan murid-murid tidak mahir dalam memilih dan
menggunakan kosa kata yang bersesuaian apabila bertutur. Situasi ini berlaku disebabkan guru-
guru Bahasa Melayu kurang menitikberatkan pengajaran yang melibatkan aspek mendengar dan
bertutur kerana mereka lebih memntingkan dan mnekankan pengajaran kemahiran membaca dan
menulis.

Pn.Rahimah berpendapat bahawa semua guru sewajarnya memberi pertimbangan dan


perhatian yang lebih teliti apabila merancang aktiviti-aktiviti pengajaran. Ini bermakna guru-guru
perlu merancang, menyusun dan memilih dengan bijak kaedah, teknik, bentuk dan jenis aktiviti
serta kesesuaiannya dengan tahap kebolehan murid di dalam kelas. Sebenarnya, seorang guru
boleh menggunakan pelbagai cara dan strategi sewaktu merancang untuk menyampaikan isi
pelajaran atau kemahiran kepada murid-murid. Guru yang bijak sudah pasti akan memilih dan
menggunakan bermacam bahan bantu mengajar serta cara pengajaran yang berseuaian dengan
tahap murid dalam langkah-langkah yang teratur secara sistematik.

17
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

Apapun kaedah atau pendekatan yang dipilih dan digunakan dalam melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur itu haruslah dilaksanakan
dengan sempurna dan dengan jayanya. Apabila ditanya, ketiga-tiga guru yang ditemubual
mengatakan bahawa antara pendekatan yang agak berkesan digunakan sewaktu mengajar
kemahiran mendengar dan bertutur ini adalah pendekatan komunikatif. Hai ini demikian,
pendekatan komnikatif ini menitikberatkan pengajaran kecekapan berbahasa iaitu tatabahasa dan
kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika murid-murid
melalui proses pemerolehan bahasa, mereka akan menguasai makna terlebih dahulu sebelum
dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu..

Proses menggambarkan makna dalam struktur ayat memerlukan guru melatih murid-
murid menguasai kemahiran mendeengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna,
Sehubungan dengan itu, aktiviti-aktivi bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif ialah
seperti penyelesaian masalah, perbincangan, sumbang saran, dialog, wawancara dan sebagainya.
Murid yang berupaya berkomunikasi dengan cekap dan berkesan akan dapat menyampaikan
mesej tertentu dan seterusnya dapat menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan aktiviti
komunikasi yang diajar, digunakan atau diaplikasikan oleh guru.

Sebagai kesimpulannya, guru-guru Bahasa melayu hendaklah bertindak bijak dan


sentiasa berusaha untuk menyelesaikan dan menangani apa juga masalah yang timbul dalam atau
sewaktu melaksanakan aktiviti kemahairan berbahasa. Masalah-masalah berbahasa yang boleh
ditangani dengan baik oleh seorang guru itu akan dapat mengelakkan timbulnya gangguan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Suasana pengjaran dan pembelajaran yang
teratur dan lancar akan membantu murid untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih mudah dan
selesa untuk mereka menguasai kemahiran berbahasa yang disampaikan secara berkesan.

18
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

RUJUKAN

Abdullah hassan & Ainon Mohd.(2002). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. Pahang: PTS

Punblications & Disitributor Sdn.Bhd.

Ee Ah Meng(1993). Amalan Di Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Marzuki Nyak Abdullah (1994). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu KBSR. Kuala Lumpur:

Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Muhamad Hassan Abdl Rahman (2000). Media Pengajaran: Penghasilan Bahan Pengajaran

Berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Shahhabudin Hashim et.al.(2005). Pedagogi Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan.

Batu Caves,Selangor: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.

19
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

LAMPIRAN 3

Temu bual bersama Pn.Rahimah Temu bual bersama Pn.Rohani

Guru Bahasa Melayu Tahun 4 Guru Bahasa Melayu Tahun 3

Temu bual bersama Pn.Mimie

Guru Bahasa Melayu Tahun 5

20
EMB412 ZAHARAH ZAKARIAH E30209130938

Anda mungkin juga menyukai