Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, bertatasusila dalam
dalam hubungan antara manusia,alam dan tuhan. Penghayatan nilai murni dalam agama
dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun. Wan Mohd.Zahid
(1988) mentakrifkan nilai murni sebagai, ‘nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya
diasaskan kepada agama. Tujuan, semua agama menerapkan nilai-nilai murni adalah untuk
membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia,” (Wan Mohd
Zahid,1988)

Di negara Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Antaranya, bangsa


India, Cina dan Melayu. Bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan agama
masing-masing. Prinsip,amalan dan nilai dalam setiap agama adalah berbeza. Kesemua
ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran.

Masyarakat Melayu mengutamakan amalan budi kerana amalan ini merupakan jati diri
setiap orang Melayu dalam masyarakat Melayu. Bagi masyarakat Melayu pembentukan
sahsiah diri amat penting untuk membina peribadi Melayu yang bermoral dan berbudi. Selan
itu, masyarakat Cina mementingkan aspek kepercayaan yang boleh memberikan
kesejahteraan dan kebahagiaan. Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep
kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. Konfusius menekankan pengamalan nilai
yang mulia. Seterusnya, agama Hindu juga sangat menekankan tentang nilai-nilai murni.
Terdapat beberapa kitab suci, teks moral dan novel sastera yang dapat melahirkan insan
yang bermoral secara terpimpin.

1
2.0 NILAI-NILAI MURNI

1 ) Menghormati dan menyayangi ibu bapa.

Nilai murni menghormati dan menyayangi ibu bapa merupakan salah satu nilai yang
sangat penting dalam agama hindu. Ibu bapa merupakan insan yang mulia dalam
kehidupan kita. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Dalam epik Ramayana
terdapat contoh yang menunjukkan kasih sayang terhadap ibu bapa. Ramayana merupakan
sebuah kitab suci yang telah mempengaruhi kehidupan, pemikiran dan kebudayaan orang
Hindu  sejak beribu-ribu tahun. Contohnya, dalam epik Ramayana, Rama bersetuju untuk
pergi ke hutan selama 14 tahun untuk menepati janji ayahnya, Dasaratha. Rama, isterinya
Sita dan adiknya Lakshamana menjalankan kehidupannya selama 14 tahun di hutan.

Semasa beliau diperintah menetap di hutan, Rama tidak menanya sebarang soalan
lalu bersetuju untuk pergi ke hutan. Ayahnya, Dasaratha juga sangat merindu anaknya,
selepas Rama pergi ke hutan. Sebagai insan yang baik, kita boleh taat kepada perintah dan
suruhan ibu bapa kerana ia merupakan tanggungjawab seorang anak. Kita boleh
menghulurkan tangan semasa anak-anak berjaya dalam kehidupan. Kita tidak harus
bergelar seperti kacang melupakan kulit. Situasi ini akan melahirkan kepercayaan ibu bapa
dan orang lain kerana anak tersebut prihatin terhadap keadaan ibu bapanya. Oleh hal
sedemikian, orang yang mengetahui perkara ini akan memandang tinggi terhadap individu
tersebut. Hal ini disebabkan didikan ibu bapa serta kasih sayang terhadap ibu bapa yang
menyebabkan seseorang terikut akan nasihat dan ajaran ibu bapa yang bermoral. Di sini
lahirnya seorang insan yang bermoral dan terpimpin melalui pengamalan nilai kasih sayang.

Dimuat turun pada 17 Februari 2017 daripada,

http://www.indiaparenting.com/raising-children/131_318/ramayana-lessons-to-learn.html

2
Menjaga mereka Memberi layanan yang
dengan baik baik

Cara menunujukkan kasih


sayang terhadap ibubap

Meraikan hari-hari istimewa


ibubapa

2) Kepercayaan kepada Tuhan

Agama Hindu sangat menekankan konsep ketuhanan. Penganut Hindu percaya


kepada konsep trimurti iaitu Brahma (tuhan pencipta), Vishnu( tuhan pemelihara),
Siva(tuhan pemusnah). Dalam tirukural terdapat beberapa bahagian yang menekankan
tentang kepercayaan terhadap tuhan. Tirukural merupakan teks moral yang dikarang oleh
Thiruvalluvar. Bahagian pertama dalam Tirukural adalah aram (kebenaran dan dharma).
Kural pertama mengesahkan kebesaran Tuhan di dalam maya ini. Selain itu ,perayaan-
perayaan yang diraikan oleh penganut Hindu seperti Ponggal dan Thaipusam juga
menekankan kepercayaan yang perlu ada pada Tuhan. Tujuan perayaan-perayaaan ini
diraikan ialah untuk bersyukur kepada Tuhan , menembus dosa atau memohon ampun atas
dosa-dosa yang telah dilakukan. Dengan mempunyai nilai kepercayaan kepada Tuhan
manusia akan menuju ke jalan yang benar. Mereka akan berasa takut untuk melakukan
kesalahan. Sudah pastinya, insan yang bermoral secara terpimpin dapat dilahirkan apabila
manusia tidak melakukan sebarang kesalahan dalam kehidupan.

Dimuat turun pada 16 Februari 2017 daripada,

https://www.roketkini.com/2016/08/28/mengenali-thirukkural-bahagian-1

3
Dimuat turun pada 16 Februari 2017 daripada,

http://eventcarnival.com/files/article/photo/44/4318237340_ba56efe24a_z.jpg

dimuat turun pada 20 Februari 2017 daripada,

http://www.amu.edu.my/wp-content/uploads/Ponggal2.jpg

3) Tolong-menolong antara satu sama lain.

Agama Hindu juga mementingkan nilai tolong-menolong. Membantu antara satu


sama lain dapat menyenangkan hati orang yang berada dalam kesusahan. Contohnya,
dalam epik Ramayana, Ravana menculik Sita, iaitu isteri Rama. Rama meminta bantuan
Hanuman untuk menyelamatkan Sita daripada kawalan Ravana. Selepas mendapat bantuan
Sukrivan dan tenteranya, Rama dapat menang dalam peperangan dan bersatu dengan Sita.
Contoh ini menunjukkan bahawa jika kita menolong antara satu sama lain, kita dapat hidup
dengan bahagia. Buktinya, sebagai seorang guru kita menolong murid-murid untuk
menerapkan ilmu pengetahuan melalui pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan ini
mendidik anak-anak murid serta menerapkan nilai-nilai baik dalam diri seseorang melalui
mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik dan Kewarganegaraan. Sudah terang lagi
bersuluh, penerapan nilai-nilai moral dapat dilakukan jika ada nilai tolong-menolong antara
satu sama lain.

Ramayanam. Chakkaravarthi Rajagopalachari. ( m/s 419,420,421,422)

Mengikis sifat Mengeratkan


mementingkan hubungan
4
diri.
Kepentingan amalan tolong-menolong
Memupuk nilai-
nilai murni dalam
kehidupan

Dimuat turun pada 15 Februari 2017 daripada,

https://era-m.us/media/thumb/500x0/2013/05/tolong-menolong.jpeg

4) Kejujuran

Tidak dapat menafikan bahawa setiap agama mementingkan nilai kejujuran dalam
kehidupan. Nilai kejujuran telahpun disemai dalam sanubari setiap manusia. Negara akan
aman dan damai jika setiap pemerintah adil dalam pemerintahanya. Tamsilannya, dalam
novel sastera Silapatikaram, Raja Pandiya memberi hukuman bunuh kepada Kovalan yang
dituduhkan sebagai pencuri gelang kaki permasuri yang bermutu tinggi. Selepas isteri
Kovalan, Kannagi menjelaskan dengan marah di istana bahawa gelang kaki tersebut dimiliki
olehnya. Selepas mengetahui perkara yang benar Baginda telah meninggal dunia kerana
tidak dapat menerima kenyataan bahawa Baginda memberi hukuman yang salah. Situasi ini
memaparkan nilai kejujuran dalam pemerintahan sangat penting. Contoh ini dapat
membentuk insan yang bermoral. Keadilan dalam kepimpinan sangat penting dalam negara
kita yang mempunyai masyarakat yang majmuk. Pemerintah mesti jujur kepada semua
rakyat tanpa mengira bangsa, kaum dan status. Undang - undang dalam Perlembangan
Malaysia dapat mewujudkan pemerintah yang adil dan ini juga akan memberikan hak yang
saksama kepada rakyat. Dengan mengadakan undang-undang, kita sebagai rakyat
Malaysia dapat hidup dengan harmoni dan gembira. Jika kita tidak jujur dalam kehidupan

5
kita akan menghadapi pelbagai masalah. Dengan bersikap jujur kita akan dapat memberikan
kepercayaannya kepada orang lain dalam hal-hal yang dianggap penting. Semua akan
menghormati kita jika kita jujur dalam kehidupan. Menyedar hakikat di atas, kejujuran dalam
pemerintahan dapat mewujudkan insan yang bermoral .

Aiperum Kaapiyangal. M.Narayanavelupillai.( m/s 47,48,49,50)

5) Harga diri

Agama Hindu sangat mementingkan nilai harga diri. Dalam tirukural disiplin sesorang
dianggap mulia daripada nyawa. Terdapat tirukural yang menekankan aspek disiplin.
Perempuan dinasihati menjaga maruah diri agar masyarakat tidak menuduh seseorang
sebagai perempuan yang tidak bermoral. Contohnya, dalam novel sastera Silapatikaram
Kannagi digelar sebagai ‘karpukarasi’ bermaksud wanita yang menjaga maruah. Walaupun
suaminya meninggakan dia dan mencari wanita lain, tetapi Kannagi tidak pernah
melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak moral. Kannagi merupakan seseorang insan yang
menjaga harga diri dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Senario ini jelas menunjukkan,
seorang wanita yang dipandang tinggi oleh masyarakat sehingga zaman kini yang
menjadikan harga diri sebagai aspek yang signifikan. Penjagaan harga diri akan menjaga
nama baik seseorang dan orang lain akan percaya dengan individu tersebut kerana apa-apa
perbuatan yang dibuatnya akan dilakukan dengan mengutamakan prinsip tidak menjejaskan
maruah diri. Hal ini akan melahirkan individu yang bermoral insan.

Aiperum Kaapiyangal. M.Narayanavelupillai.( m/s 47,48,49,50)

6
Dimuat turun pada 22 Februari 2017 daripada,

https://image.slidesharecdn.com/cd2hargadiri-130626232915-phpapp01/95/cd-2-harga-diri-
6-638.jpg?cb=1372289365.

3.0 KESIMPULAN
Amalan nilai murni dalam agama Hindu membantu membentuk insan yang bermoral
secara terpimpin. Nilai menghormati dan menyayangi ibubapa, kepercayaan kepada Tuhan,
tolong-menolong antara satu sama lain, kejujuran dalam pemerintahan dan harga diri
merupakan nilai-nilai yang menekankan dalam agama Hindu. Kitab suci, teks moral, novel
sastera agama Hindu menekankan kepentingan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Sudah
terang lagi bersuluh, insan yang bermoral secara terpimpin dapat dilahirkan andai kata kita
mengamalkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan.

4.0 REFLEKSI
Sebelum memulakan kerja kursus ini saya rasa bimbang kerana saya ingat tidak boleh
siapkan esei ini dalam masa yang diberikan. Semasa menulis esei ini saya rasa gembira
kerana saya dapat mengetahui tentang nilai-nilai murni dalam agama Hindu. Saya juga ingin
mangkaji banyak tentang tajuk ini .Selepas menulis esei, saya pasti akan mengamalkan
nilai-nilai murni seperti yang ditekankan dalam agama Hindu.

Anda mungkin juga menyukai