Anda di halaman 1dari 10

1

MENINGKATKAN AMALAN BERDOA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN PELAJAR


MENGGUNAKAN “KAEDAH SSB-D2”

1
Abdul Rusuwan Bin Rozali, 2Nasaruddin Bin Shamsuddin
12,
Unit Pendidikan Islam dan Moral, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
1
rusuwan.rozali@kmkph.matrik.edu.my, 2nasaruddin.shamsuddin@kmkph.matrik.edu.my

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan amalan berdoa dalam kehidupan seharian yang
dipetik melalui ayat-ayat Al-Quran dan hadis. Ia dimulakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran sebelum memulakan tajuk yang telah ditetapkan. Ia dilaksanakan lima minit
sebelum PdP dimulakan. Teknik mengumpul data yang digunakan adalah melalui bacaan doa
secara lisan, Tasjili, Tasmik dan teknik temubual. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
pemerhatian sewaktu sesi awal PdP dan temubual dengan rakan-rakan pensyarah seunit dan
para pelajar yang terlibat. Hasil tinjauan dan dapatan selepas intervensi, dengan menggunakan
kaedah “kaedah SSB - D2 (1H1D)” , pelajar dapat meningkatkan dan mengamalkan amalan
berdoa dalam kehidupan seharian mereka.
Kata Kunci :” Wahyu, Doa, Sukses Hidup”

1.0 PENDAHULUAN
Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam dan Moral, Program Matrikulasi,
Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM2012) terdiri dari 3 komponen iaitu Falsafah
Ilmu, Tamadun Islam dan Ulum As-Syariah. Disamping itu, pelajar juga dinilai tahap
pencapaiannya dalam Penilaian Berterusan (PB) Diantara instrument yang dinilai ialah
kerja kursus berdasarkan tugasan projek yang ada nilai keagamaan dan kemanusian.
Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar yang beriman, berilmu, beramal serta
menghayati prinsip-prinsip ajaran Islam pada setiap masa dan memiliki peribadi mulia
sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Antara objektif subjek ini ialah meningkatkan pengetahuan dan kefahaman
mengenai isi kandungan Hurian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam yang merangkumi
kefahaman mengenai Iman, Islam dan Ikhsan, pengukuhan ibadat solat, etika akhlak
islam dan pengukuhan penguasaan Al-Quran. Pelajar juga dapat menghayati prinsip-
prinsip ajaran Islam pada setiap masa serta mempunyai pandangan yang jelas
mengenai kehidupan dunia dan akhirat.Disamping itu juga pelajar dapat menampilkan
imej Islam yang bersifat dinamik, berfikiran luas, kritis dan kreatif, bersifat sederhana
serta bersemangat untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup di dunia dan
akhirat.Selain daripada itu ianya mampu meningkatkan kualiti terbaik pencapaian
pelajar dalam Penilaian Berterusan (PB) terutamanya dalam menguatkan ingatan dan
hafazan.
2

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU


Pada sesi 2022/2023 semester 2 ini, penyelidik telah di amanahkan untuk mengajar
Matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral bagi kelas EA1T1 dan ketika sesi awal PdP
penyelidik telah meminta pelajar untuk membacakan doa sebelum belajar, Melalui
pemerhatian dan pengesanan awal didapati ada pelajar yang tidak dapat membaca doa
dengan lancar dan menyebut lafaz doa dengan betul. Situasi ini amat menyedihkan
serta mengecewakan kami sebagai tenaga pengajar kerana pelajar seusia 18
tahun(pelajar matrikulasi) sepatutnya sudah mampu menguasai bacaan doa dengan
baik dan lancar.Dari sinilah penyelidik mula berfikir untuk menyelesaikan masalah
mereka dan mengambil tanggungjawab untuk cuba memastikan pelajar tersebut
mampu mengusai bacaan doa dengan baik dan seterusnya dapat mengamalkannya
disepanjang hayat mereka.Untuk mengatasi masalah tersebut, penyelidik memilih untuk
menggunakan kaedah SSB- D2 yang kami rasa sesuai dan praktikal.

3.0 ISU/KEPERIHATINAN ( FOKUS KAJIAN )


Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada meningkatkan amalan berdoa di
kalanga pelajar dalam kehidupan seharian. Pengkaji meletakkan isu amalan berdoa
sebagai fokus utama kajian kerana menyedari hakikat bahawa pelajar juga adalah
hamba Allah yang lemah juga tergolong mereka yang mempunyai matlamat yang ingin
dicapai.Tidak mungkin bagi seseorang individu yang lemah berbanding
Penciptanya,untuk mencapai matlamat tanpa bantuan seseorang yang lain.Walau
sehebat dan segagah mana pun individu tersebut,pada suatu keadaan dan masa yang
tertentu,beliau tetap akan memerlukan bantuan daripada pihak lain.Jesteru adalah
penting kepada pelajar untuk sentiasa memantapkan penghayatan dan amalan berdoa
dalam kehidupan mereka.Selain menyatakan pengharapan dan hajat kepada
Allah,ianya akan menjadi pendorong supaya sentiasa berusaha gigih mencapai apa
yang dihajatinya dengan penuh rasa yakin dan ketaqwaan kepada Allah.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap dapat mencapai objektif
berikut :

4.1 Objekti Umum


Pelajar dapat meningkatkan amalan membaca doa dalam kehidupan seharian
menggunakan kaedah “ SSB - D2 “ .
3

4.2 Objektif Khusus


4.2.1 Pelajar dapat membaca doa dalam kehidupan seharian mereka dengan
betul dan tepat.
4.2.2 Pelajar dapat menghafal doa dengan baik dan lancar.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian ini melibatkan 7 orang pelajar kelas EA1T1 Kursus Kejuruteraan Awam Kolej
Matrikulasi Kejuruteraan Pahang semester 2 sesi 2022/2023.Pelajar ini terdiri daripada
4 lelaki dan 3 perempuan. Pelajar-pelajar ini dipilih berdasarkan kepada pemerhatian
dan pengesanan awal ketika sesi awal PDP bermula.

6.0 PERANCANGAN TINDAKAN

6.1 Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah


yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti
berikut :

6.1.1 Ujian khas membaca teks doa bagi mengesan kelemahan penguasaan
sebutan huruf ketika membaca doa tersebut.

6.1.2 Latihan menulis teks doa berserta pengertian doa tersebut.

6.1.3 Ujian lisan secara Talaqi bagi mengesan kemampuan pelajar

6.2 Program “ SSB (Sehari Selembar Benang) “ D2 (1Day 1Doa )

Cara Pelaksanaan :

i. Guru mengumumkan satu teks potongan doa berserta tujuan dan maksud doa
tersebut sebelum memulakan sesi PdP.
ii. Pelajar mencatat dalam buku catatan khas
iii. Guru menulis teks doa tersebut didalam group whatsap kelas.
iv. Bacaan contoh daripada guru untuk diikuti oleh pelajar.
4

v. Guru meminta pelajar menghafaz doa tersebut dan mengaplikasikan


pengunaannya sepertimana yang telah ditetapkan (dimaklumkan).
vi. Guru Memantau dan Mendengar hafazan pelajar.

7.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN


TARIKH
PELAKSANAAN
BIL AKTIVITI
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Awal Januari
2 Menulis proposal kajian Febuari
3 Merancang tindakan - ( Individu/Unit ) Awal Febuari
4 Melaksanakan tindakan - Aktiviti 1 (Ujian Pra) Febuari
5 Membincangkan masalah yang timbul dalam Tindakan Febuari
1 ( Dalam Unit )
6 Melaksanakan tindakan - Aktiviti 2 (Ujian 1) Febuari
7 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan Febuari
2 ( Dalam Unit )
8 Melaksanakan tindakan - Aktiviti 3 (Ujian 2) Febuari
9 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan Mac
3 (Dalam Unit )
10 Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar Mac
11 Refleksi kajian Awal April
12 Menulis laporan kajian April
13 Pembentangan dapatan kajian : 1. Peringkat Kolej 7 Ogos 2023
15 Ogos 2023
1. Peringkat Pusat
5

8.0 DAPATAN KAJIAN

Kebolehan pelajar membaca doa seharian dalam kehidupan.

Dapatan yang melibatkan penguasaan dan peratusan dijalankan untuk mengkaji


penguasaan pelajar untuk membaca doa seharian menunjukkan hasil dapatan taburan
penguasaan dan peratusan yang diperolehi daripada soal selidik adalah seperti di
bawah :

UJIAN PRA
BIL ITEM DOA (D1 - D20) PERATUS

P1 5/20 25%
P2 4/20 20%
P3 5/20 25%
P4 6/20 30%
P5 4/20 20%
P6 5/20 25%
P7 4/20 20%

IMPLIKASI DAN CADANGAN


IMPLIKASI
Pengkaji merasakan bahawa implikasi membaca doa dalam kehidupan seharian pelajar
merupakan suatu bentuk amalan harian bagi orang-orang yang beriman dan beramal
soleh. Doa juga adalah senjata buat mereka bahkan para Nabi dan Rasul juga sentiasa
berdoa kepada Allah. Diantara doa para Nabi dan Rasul itu telah diajar oleh Allah
kepada mereka dan dinukilkan dalam Al-Quran Al-Karim.

CADANGAN

Pengkaji mencadangkan agar kajian yang boleh dilakukan pada masa hadapan
khususnya pelajar EA1T1 sesi 2022/23 untuk meningkatkan amalan bacaan doa dalam
kehidupan seharian dengan menggunakan kaedah “SSB - D 2” .
6

DAPATAN KAJIAN

Kebolehan pelajar membaca doa seharian dalam kehidupan.

Dapatan yang melibatkan penguasaan dan peratusan dijalankan untuk mengkaji


penguasaan pelajar untuk membaca doa seharian. Kajian ini dilaksanakan kepada
pelajar kelas EA1T1 selama 4 minggu bermula awal bulan januari. Seramai 7 orang
pelajar terlibat dalam kajian tentang keberkesanan menggunakan Kaedah SSB - D2 .
Ujian 1 menunjukkan hasil dapatan taburan penguasaan dan peratusan yang diperolehi
daripada data penguasaan membaca doa adalah seperti di bawah :

UJIAN 1
BIL ITEM DOA (D1 - D20) PERATUS

P1 11/20 55%
P2 10/20 50%
P3 11/20 55%
P4 10/20 50%
P5 9/20 45%
P6 10/20 50%
P7 9/20 45%

Hasil dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam ujian 1 mendapati berlakunya
peningkatan penguasaan pelajar dalam amalan berdoa adalah sebanyak 25% - 30%.

DAPATAN KAJIAN

Kebolehan pelajar membaca doa seharian dalam kehidupan.

Dapatan yang melibatkan penguasaan dan peratusan dijalankan untuk mengkaji


penguasaan pelajar untuk membaca doa seharian. Kajian ini dilaksanakan kepada
pelajar kelas EA1T1 selama 4 minggu bermula awal bulan Mac sehingga kajian ini
ditulis. Seramai 7 orang pelajar terlibat dalam kajian tentang keberkesanan
2
menggunakan Kaedah SSB - D . Ujian 2 menunjukkan hasil dapatan taburan
penguasaan dan peratusan yang diperolehi daripada data penguasaan membaca doa
dalam kehidupan seharian pelajar adalah seperti maklumat di bawah :
7

UJIAN 2
BIL ITEM DOA (D1 - D20) PERATUS

P1 18/20 90%
P2 17/20 85%
P3 18/20 90%
P4 17/20 85%
P5 16/20 80%
P6 17/20 85%
P7 17/20 85%

Hasil dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam ujian 2 menunjukkn berlakunya
peningkatan yang ketara dalam penguasaan pelajar bagi amalan berdoa dalam
kehidupan seharian pelajar adalah sebanyak 40% - 45%.

Perbezaan penguasaan dan peratusan amalan membaca doa dalam kehidupan


seharian pelajar antara ujian pra dan ujian 1 serta ujian 2 ditunjukkan dalam jadual di
bawah :

ITEM PERATUS PENINGKATAN


UJIAN PRA 25% - 30% -
UJIAN 1 45% - 55% 25% - 30%
UJIAN 2 80% - 90% 40% - 45%

Perbezaan penguasaan dan peratusan amalan membaca doa dalam bentuk graf
adalah seperti di bawah:
8

70
60
50
40
30
20
10
0
ujian Pra ujian 1 ujian 3

Rumusan

Hasil dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam jadual di atas mendapati
berlakunya peningkatan yang ketara di mana dalam ujian 1, peratus pencapaian
diperolehi oleh pelajar adalah sebanyak 45% - 55% berbanding pencapaian ujian pra
sebanyak 25% - 30% manakala pencapaian ujian 2 adalah sebanyak 80% - 90%
meningkat sebanyak 40% - 45% berbanding dengan ujian 1. Peningkatan penguasaan
keseluruhan dalam amalan membaca doa dalam kalangan pelajar kelas EA1T1 adalah
sebanyak 60% - 65%.

9.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN

REFLEKSI

Berdasarkan hasil dapatan kajian yang dijalankan membuktikan bahawa penggunaan


Kaedah SSB - D2 mampu meningkatkan penguasaan amalan membaca doa dalam
kehidupan seharian pelajar. Bagi mempastikan pelajar dapat menguasai dan sering
mengamalkan doa dalam kehidupan seharian, pensyarah sentiasa mengingatkan
tentang kelebihan dan kebaikan amalan berdoa serta kelebihan bagi mendapat rahmat
dan keberkatan di sisi Allah Swt dalam kehidupan seharian mereka.

KESIMPULAN

Kaedah SSB-D2 mempunyai kebaikan iaitu tidak memerlukan perbelanjaan yang besar
dari segi penyediaan bahan kajian dan peralatan.Penyedian bahan adalah mudah dan
tidak membebankan pensyarah dan pelajar dan sekaligus kaedah ini dapat
dilaksanakan dengan mudah tanpa halangan.

Namun begitu,kaedah SSB-D2 juga mempunyai kelemahan antaranya memerlukan


masa yang panjang untuk membimbing pelajar melalui perjumpaan dan aktiviti yang
telah dirancang.Kaedah ini juga memerlukan komitmen yang tinggi antara pensyarah
dan pelajar secara berterusan.
9

Kajian ini telah berjaya meningkatkan amalan membaca doa seharian dikalangan
pelajar. Kesannya pelajar yang terlibat mengalami peningkatan dalam amalan
membaca doa seharian yang telah dibuktikan melalui aktiviti-aktiviti yang telah
dilaksanakan.Keberkesanan dapat dilihat dari segi peningkatan dapat membaca doa
seharian yang telah ditetapkan dengan baik serta dapat menghafal doa tersebut
dengan lancar dan tepat.

Secara kesimpulannya,para pelajar berupaya melakukan peningkatan dalam amalan


berdoa melalui kaedah SSB-D2.
10

Bibliografi

Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani (2019). Amalan Doa Rabbana.Kuala Lumpur
Galeri Ilmu Sdn.Bhd.

Ustaz Haji Jafri Abu Bakar (2018). Hidup Dalam Sunnah. Kuala Lumpur
Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Osman Haji Khalid Muhammad Shadat (1997). Al Quran Dalam Pendidikan.


Kuala Lumpur. JAKIM.

Dr. Shuhadah Mahmud (2020). Mendidik Gaya Rasulullah. Kuala Lumpur.


Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Imam An Nawawi (1997). Adab-Adab Bersama Al Quran.Kuala Lumpur.


Pustaka Salam

Mutiara al Quran,The Jewel Of Al Quran (2010). JAKIM Kuala Lumpur.


GIGA WISE Network Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai