Anda di halaman 1dari 26

3838 Patah Perkataan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

HPGD2303

PENILAIAN PENDIDIKAN

(EDUCATIONAL ASSESSMENT)

SEMESTER MAY 2019

NAME : MOHD HAFIZ BIN YUNUS

MATRIC NUMBER : CGS01872526

OUM EMAIL : hafizyunus@oum.edu.my

OUM LEARNING CENTRE : KENINGAU LEARNING CENTRE

TUTOR : PUAN LAIMAH BINTI SUNGAP

SUBMIT BY : 28 JULAI 2019

0
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Tugas 1: Membina Soalan Essai---------------------------------------------------------------------2-8

Tugas 2: Skema Pemarkahan-------------------------------------------------------------------------9-8

Ulasan--------------------------------------------------------------------------------------- 9-16

Tugas 3: Menjadikan Soalan Essai Sebagai Item Ujian----------------------------------------17-20

Tugas 4: Refleksi----------------------------------------------------------------------------------- 21-22

Lampiran---------------------------------------------------------------------------------- 23-25

1
TUGAS 1 : MEMBINA SOALAN ESEI

Nama dan Topik Pembelajaran

i. Matapelajaran : Pendidikan Islam


ii. Topik : Akhlak Islamiyyah (Adab)
iii. Kelas : Tahun 6
iv. Topik pembelajaran :

Bil Topik Pecahan Topik


Pengertian Keluarga
Adab Bergaul Dalam Bentuk dan contoh adab bersama keluarga
01
Keluarga Faedah mengamalkan adab bersama keluarga
Akibat mengabaikan adab bersama keluarga
Pengertian Jiran
Bentuk dan contoh adab bersama jiran
02 Adab Terhadap Jiran
Faedah mengamalkan adab bersama jiran
Akibat mengabaikan adab berjiran
Adab di masjid dan surau
Faedah menjaga adab di masjid dan surau
03 Adab di masjid dan surau
Akibat tidak menjaga adab di masjid dan surau
Doa masuk dari keluarga masjid dan surau
Adab menaiki kenderaan
Hafaz doa menaiki kenderaan
Perkara yang perlu dielakkan semasa menaiki
04 Adab menaiki kenderaan
kenderaan
Faedah mengamalkan adab menaiki kenderaan
Akibat mengabaikan adab menaiki kederaan
Hasil Pembelajaran yang Dinilai :

Cara yang paling biasa digunakan untuk menilai prestasi pelajar adalah dengan memberikan
pelajar-pelajar ujian bertulis dan juga kuiz. Ia boleh dibuat dengan ujian berbentuk subjektif
seperti dalam format esei atau jawapan pendek dan ujian objektif. Pada penulisan ini, fokus
utama hasil pembelajaran adalah dengan menggunakan ujian berbentuk subjektif.

UJIAN SUBJEKTIF

Ujian subjektif adalah ujian yang terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar
memberikan tindak balas secara lisan sama ada ia berbentuk bebas ataupun terhad. Tindak
balas tersebut mungkin dalam satu ayat, beberapa ayat atau sebuah karangan yang lengkap
dan menyeluruh.

KRITERIA HASIL PEMBELAJARAN YANG DINILAI

Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam
instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap
kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan. Oleh itu, Hasil pembelajaran boleh
dikategorikan ke dalam enam kategori berikut mengikut Taksonomi Bloom:

i. Pengetahuan:
Mengingat kembali sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau
prosedur.
ii. Kefahaman:
Kebolehan menerangkan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara
atau prosedur dengan perkataan sendiri.
iii. Aplikasi:
Kebolehan menggunakan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara
atau prosedur dalam situasi yang baru.
iv. Analisis:
Kebolehan memecahkan kkonsep, kaedah, cara atau prosedur kepada bahagian-
bahagian dan mengenal pasti perkaitan di antaranya.
v. Penilaian:
Kebolehan menilai sesuatu idea, konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur, projek atau
tindakan.
Hasil pembelajaran dinilai dari matapelajaran pendidikan islam :

Tahap
Aspek Pembelajaran Hasil Pembelajaran yang dinilai
Penguasaan
Murid dapat menguasai asas pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam setiap kandungan
1 Ilmu
yang dipelajari mengikut soalan yang
dikemukakan.
Murid dapat menjelaskan konsep atau
menggunakan pengetahuan, kemahiran dan
2 Amali
nilai daripada kandungan yang dipelajari
mengikut keupayaan masing-masing.
Murid dapat menjelaskan dan mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada
3 Amalan
kandungan yang dipelajari mengikut keupayaan
masing-masing dalam kehidupan harian.
Murid berkebolehan menghuraikan dan
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan
4 Iltizam nilai daripada kandungan yang dipelajari secara
bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab
melaksanakannya dalam kehidupan harian.
Murid berkebolehan memberikan justifikasi
serta istiqamah terhadap tindakan yang
5 Penghayatan dilakukan dalam kehidupan harian berdasarkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada
kandungan yang dipelajari.
Murid berkebolehan merumuskan pengetahuan,
mengaplikasikan kemahiran dan nilai daripada
kandungan yang dipelajari dalam bentuk
6 Pentabiatan perubahan tingkah laku serta mempamerkan
ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang yang
bertaqwa dan boleh dicontohi atau boleh
membimbing orang lain.
Contoh Soalan Esei

Bahagian ini mengandungi 4 soalan, Jawab semua soalan.

1. Adab Bergaul Dalam Keluarga

a) Apakah yang dimaksudkan dengan keluarga. (4 Markah)


b) Berikan tiga cara beradab dengan ibu bapa dan berikan contoh setiap satu. (6 Markah)
c) Jelaskan faedah beradab dengan ibu bapa. (10 Markah)

2. Adab Terhadap Jiran

a) Nyatakan dua adab terhadap jiran dan beri contoh setiap satu. (4 Markah)
b) Huraikan tiga cara memupuk hubungan baik dengan jiran tetangga. (6 Markah)
c) Bagaimanakah adab berjiran ini dapat memupuk kasih sayang dalam kalangan rakyat
Malaysia? (10 Markah)

3. Adab Menaiki Kenderaan

a) Jelaskan adab menaiki kenderaan beserta contoh. (2 Markah)


b) Huraikan kesan buruk tidak mengamalkan adab menaiki kenderaan. (8 Markah)
c) Apakah kesan mengamalkan adab menaiki kenderaan terhadap individu, masyarakat
dan negara. (10 Markah)

4. Adab Di Masjid Dan Surau

a) Berikan empat contoh adab berada di masjid dan surau. (4 Markah)


b) Apakah faedah mengamalkan adab di masjid dan surau. (6 Markah)
c) Huraikan kesan buruk sekiranya tidak mengamalkan adab di dalam masjid dan surau.
(10 Markah)
Justifikasi penggunaan soalan esei

Perkara Esei
masa 1 jam
markah 80
Bilangan soalan 4
Markah 1 soalan 20
Masa bagi setiap soalan 20 minit

Jadual Spesifikasi Ujian Mata Pelajaran: Pendidikan Islam

Tajuk: Akhlak (Adab)

Kandungan Domain Kognitif (Objektif Intelektual)

@ Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian %

Tajuk

Adab terhadap
keluarga 1 1

Adab terhadap
jiran 1 1

Adab menaiki
kenderaan 1 1 1 1 4

Adab di
masjid dan
surau 1 1

Jumlah 2 1 1 1 1 1 7

Peratus 28.5 14.3 14.3 14.3 14.3 14.3 100

Nota: Ratio untuk mudah: sederhana: sukar = 1:3:1


Prinsip yang digunakan dalam pembinaan soalan esei

Item subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak
spesifik seperti jawapan kepada item objektif. Item subjektif ini membenarkan
subjektiviti dalam jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk mempamerkan
kedalaman pengetahuan yang dimiliki. Oleh itu, item ini sesuai untuk mengukur
tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis,
mensintesis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan, yang
memerlukan kemahiran berfikir. Item subjektif juga memberi kebebasan kepada
pelajar dari segi gaya persembahan jawapan dan juga panjang atau pendek jawapan
tersebut. Oleh yang demikian, terdapat beberapa prinsip atau kriteria yang perlu
dititikberatkan dalaam pembinaan item subjektif.

Prinsip Penerangan
• Semak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran, supaya soalan yang
1 dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran
tersebut.
• Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar
2 perlu menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau
dalam kertas jawapan.

3 • Membina soalan menggunakan ayat yang mudah difahami.


• Soalan yang diberikan haruslah dapat meransang pemikiran pelajar dan
4
bukan terdiri daripada soalan jenis tertutup.
• Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga,
5
supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.
• Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang
6
diberi markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.
• Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan
7
markahnya untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.
• Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat)
8 daripada soalan berjawapan panjang (2-3 muka surat), supaya lebih
banyak soalan boleh diberikan.
Rujukan

Ahmad Mohd Salleh.(2011). Kurikulum, Metadologi dan Pedagogi Pengajian Islam.


Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Bhasah Abu Bakar. (2009). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim: Quantum Books.

Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Selangor:
Kayazano Enterprise.
TUGAS 2 : MENYEDIAKAN SKEMA PEMARKAHAN
Skema Pemarkahan

No. Peraturan Pemarkahan Markah


Soalan
1 ADAB BERGAUL DENGAN KELUARGA
(i) Maksud Keluarga 4 isi x 1m = 4m
- Sanak saudara, kaum kerabat dan saudara mara
terdekat termasuk ibu bapa,datuk, nenek ,adik
beradik,bapa saudara dan emak saudara
(ii) Tiga cara beradab dengan ibu bapa beserta contoh
- Mengucap salam apabila bertemu
- saling ziarah-menziarahiuntuk merapatkan lagi ikatan
3 isi x 2m = 6m
kekeluargaan
- bercakap dengan sopan ketika berkomunikasi Isi 1m
- saling hormat-menghormati antara satu sama lain Huraian 1m
Catatan : Mana-mana jawapan lain yang munasabah di
terima
(iii) Faedah beradab dengan keluarga
Rubic penskoran
Menyatakan fakta sahaja 1m
5 isi x 2m =
Menyatakan fakta berserta huraian yang ringkas 2m 10m
Menyatakan fakta berserta huraian yang jelas 3m
dan lengkap serta disokong dengan Isi 1m
hujah/dalil/peribahasa/kiasan/kesan Huraian 1m
Menyatakan fakta berserta huraian yang jelas 4m
dan lengkap serta disokong dengan
hujah/dalil/peribahasa/kiasan/kesan dan ada
kesimpulan atau rumusan
Cadangan isi
- dikasihi dan dirahmati oleh Allah S.W.T
- jiwa dan perasaan sentiasa tenang dan tenteram
- merapatkan hubungan dan kasih-sayang antara ahli
keluarga
2 ADAB TERHADAP JIRAN
(i) Dua adab terhadap jiran dan contoh
- bertegur sapa dan hormat menghormati
2 isi x 2m = 4m
- ziarah-menziarahi
Isi 1m
- mengucap tahniah di atas kejayaan dan takziah ketika
Contoh 1m
ditimpa musibah

(ii) Cara memupuk hubungan baik dengan jiran


- Memberi bantuan kepada jiran jika
mereka mengalami kesusahan
- Bertegur sapa dengan mengguanakan
3 isi x 2m = 6m
Bahasa yang sopan
- Memberi penghargaan ataupun hadiah
Catatan : Mana-mana jawapan lain yang
munasabah di terima
(iii) Bagaimana adab berjiran dapat memupuk kasih sayang
dalam kalangan rakyat Malaysia
Rubic penskoran
Menyatakan fakta sahaja 1m 5 isi x 2m = 10m
Menyatakan fakta berserta huraian yang ringkas 2m
Menyatakan fakta berserta huraian yang jelas 3m
dan lengkap serta disokong dengan
hujah/dalil/peribahasa/kiasan/kesan
Menyatakan fakta berserta huraian yang jelas 4m
dan lengkap serta disokong dengan
hujah/dalil/peribahasa/kiasan/kesan dan ada
kesimpulan atau rumusan

Cadangan jawapan:
- Kehidupan dipenuhi kedamaian dan keharmonian.
- Dapat bersatu ke arah kemajuan yang lebih berkualiti.
- Kemungkaran dapat dibasmi dengan lebih mudah dan
cepat.
ADAB MENAIKI KENDERAAN
3 (i) Adab menaiki kenderaan
- Membaca doa naik kenderaan 2 Isi x 1 m = 2m
- Melangkah masuk dengan kaki kanan
- Mematuhi peraturan jalanraya
(ii) Kesan buruk tidak mengamalkan adab
menaiki kenderaan
- Tidak disukai oleh orang lain
- Mengakibatkan kemalangan 4 isi x 2m = 8m
- Menyusahkan orang lain
- Lambat sampai ketempat yang di tuju.
- Menyebabkan kesesakan di jalan raya
Catatan : Mana-mana jawapan lain yang munasabah di
terima
(iii) Kesan mengamalkan adab menaiki kenderaan kepada
individu masyarakat dan negara
Rubic penskoran
Menyatakan fakta sahaja 1m
Menyatakan fakta berserta huraian yang ringkas 2m
Menyatakan fakta berserta huraian yang jelas 3m
dan lengkap serta disokong dengan 5 isi x 2m = 10m
hujah/dalil/peribahasa/kiasan/kesan
Menyatakan fakta berserta huraian yang jelas 4m
dan lengkap serta disokong dengan
hujah/dalil/peribahasa/kiasan/kesan dan ada
kesimpulan atau rumusan

Cadangan jawapan:
Individu - melatih diri menjadi insan yang
bertanggungjawab(1m)/ mempunyai nilai murni yang tinggi
(1m)/ kerana terbiasa melakukan kebaikan.
Masyarakat – masyarakat akan hidup dalam keharmonian(1m)/
kehidupan selamat (1m)/ kerana persekitaran jalanraya yang
selamat.
Negara – negara akan aman dan selamat (1m) tiada pergaduhan.
4 ADAB DI MASJID DAN SURAU
(i) Contoh adab di masjid dan surau
- Masuk dengan langkah kaki kanan dan keluar dengan
langkah kaki kiri.
- Disunatkan solat tahiyyatul masjid 4 isi x 1m = 4m
- Duduk dengan tertib serta niat I’tikaf
- Membaca Al-Quran
- Tidak bermain, bergurau, berlari-lari, membuat bising
dan berjual beli di dalam atau kawasan masjid dan
surau
(ii) Faedah amalkan adab di masjid dan surau
- Masjid dan surau menjadi lebih indah dan sentiasa bersih
- Menjadi muslim dan muslimah yang dihormati
- Dicontohi masyarakat dan Mendapat pahala 3 isi x 2m = 6m
- Dikasihi dan dimuliakan Allah kerana kita sentiasa 1 Isi
menjaga rumahNya 1 Huraian
Catatan : Mana-mana jawapan lain yang munasabah di
terima
(iii) Kesan buruk tidak mengamalkan adab di masjid dan
surau
Rubic penskoran
Menyatakan fakta sahaja 1m
Menyatakan fakta berserta huraian yang ringkas 2m 5 isi x 2m = 10m

Menyatakan fakta berserta huraian yang jelas 3m


dan lengkap serta disokong dengan
hujah/dalil/peribahasa/kiasan/kesan
Menyatakan fakta berserta huraian yang jelas 4m
dan lengkap serta disokong dengan
hujah/dalil/peribahasa/kiasan/kesan dan ada
kesimpulan atau rumusan
Cadangan jawapan:
- Sentiasa dalam keadaan rugi
- Dibenci Allah
- Mendapat dosa
- Masjid menjadi kotor
ULASAN

Skema penskoran rubrik merupakan skema yang dibuat oleh guru atau penilai sebagai
panduan untuk menganalisis hasil atau proses yang dilakukan oleh pelajar. Pengskoran rubrik
menyediakan panduan pada setiap aras yang diperlukan untuk menilai pelajar. Panduan
penilaian ini membolehkan pelajar memahami mengapa mereka mendapat sesuatu markah
dan mereka perlu mempertingkatkan pencapaian mereka di masa hadapan. Kelebihan
pengskoran rubric adalah antaranya menyokong peperiksaan di mana spesifik kriteria telah
dicapai. Selain itu, ia menyediakan maklumbalas kepada pelajar bagaimana mereka boleh
meningkatkan pencapaian mereka.

PENGSKORAN HOLISTIK

Skema pemarkahan yang disediakan secara umum sebagai panduan. Skema ini sesuai bagi
pemarkahan soalan berbentuk karangan atau esei. Pemarkahan diberi berdasarkan
imprasi. Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa terlebi dahulu secara
keseluruhan jawapan yang diberikan oleh murid dan kemudian mengelaskan atau
menelompokkan pencapaian mengikut kelompok pencapaian ikut kumpulan atau kelompok
pencapaian sebelum menganggarkan pemberian markah keseluruhan bagi sesuatu
soalan. Murid bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak
soalan. Pemeriksaan secara holistik ini memerlukan pemeriksa atau guru yang
berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan.

Skema pemarkahan secara holistik.


Markah Kriteria
Cemerlang-menguasai semua objektif serta dapat berhujah
5
dengan baik dan berkesan.
Baik-menguasai kebanyakan objektif dan dapat memberikan
4
hujah dengan baik dan berkesan.
Memuaskan- menguasai hampir sebahagian besar objektif dan
3
memberikan hujah dengan memuaskan.
Lemah – Menguasai sebahagian kecil objektif dan hujah yang
2
diberikan tidak memuaskan.
Kurang memuaskan – belum menguasai sebarang objektif dan
1
hujah adalah lemah.
Skema pemarkahan secara holistik mempunyai kelebihan dari segi pemeriksaan kertas
jawapan yang lebih cepat berbanding cara analitis. Walaubagaimanapun, cara pemarkahan
sebegini kurang objektif. Langkah meningkatkan keobjektifan dapat dilaksanakan melalui
mesyuarat penyelarasan atau pemurnian markah antara guru berkenaan. Dalam mesyuarat
berkenaan ketua bagi pemeriksaan skrip peperiksaan akan memberikan panduan memeriksa
skrip jawapan diikuti dengan latihan tertentu.

PENGSKORAN ANALITIK

Pemarkahan secara analitik lebih terperinci daripada holistik. Ia mengandungi nilai tara isi
kandungan, pengelolaan dan proses yg lebih khusus. Misalnya penentuan pemberatan
jawapan, banyaknya fakta serta kualiti hujah yang diberikan untuk pertimbangan, layak
diberikan markat penuh, dan agihan markat berdasarkan aspek seperti markat untuk isi,
persembahan, bahasa ataupun isi mengikut fakta.

Contoh skema pemarkahan analitik :

Kriteria Aras Pencapaian


Bilangan 0-4 5-9 10 - 12
sumber
Ketepatan Tidak ada isi yang Sedikit isi yang Banyak isi yang
isi tepat tepat tepat
Organisasi Tidak dapat Sukar Senang menyatakan
menyatakan sumber menyakatan sumber maklumat
maklumat diperolehi sumber maklumat diperolehi
diperlehi
Bibliografi Bibliografi Bibliografi Bibliografi
mengandungi sedikit mengandungi mengandungi
maklumat yang relevan banyak maklumat kesemua maklumat
yang relevan yang relevan

Pemarkahan secara analitik lebih objektif berbanding dengan holistik. Hal ini disebabkan
skemanya yang lebih terperinci. Walaupun begitu pemarkahan begini akan mengambil masa
yang lama lebih-lebih lagi sekiranya bilangan calon yang ramai.
Ulasan Kaedah Yang Digunapakai

Dalam pembuatan skema pemarkahan ini, penulis memilih kaedah pemarkahan holistik
kerana ia sesuai untuk digunakan bagi menentukan pemarkahan murid tahun 6 dalam subjek
pendidikan islam yang diduduki. Menurut Siti Rahayah (2003), pemarkahan jawapan dengan
kaedah holistik untuk menentukan pencapaian calon dalam ujian subjektif didasarkan pada
andaian bahawa pelajar mempunyai pandangan keseluruhan tentang keseluruhan soalan.
Kaedah ini menekankan aspek yang baik, bukan yang buruk, dalam sesuatu jawapan. Oleh itu
kaedah ini sesuai digunakan untuk memeriksa soalan yang menekankan pengkonsepsian yang
menyeluruh. Dengan demikian, penekanan holistik diberi berasaskan pandangan pemeriksa
terhadap jawapan pelajar secara keseluruhan.

Mengikut Modul 4: Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (PPT, UMP 2004), dalam
pemeriksaan cara holistik ini, ada dua jenis skala yang lazim digunakan, iaitu skala ordinal
dan skala nominal. Sekiranya pemeriksaan secara holistik dibuat dengan menggunakan skala
ordinal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah seperti memeriksa setiap skrip jawapan
calon secara keseluruhan, menyusun skrip-skrip jawapan calon mengikut prestasinya, dan
memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan peratusan calon
yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred. Dalam pemeriksaan yang menggunakan skala
nominal, pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan calon sekali lalu berdasarkan
kriteria kandungan, pengolahan, dan proses untuk memperoleh gambaran setinggi mana tahap
jawapan calon. Pemeriksa kemudian dikehendaki menetapkan gred yang difikirkan sesuai
diberikan kepada skrip tersebut berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.

Menurut Azizi (2006), walaubagaimanapun cara pemeriksaan sebegini adalah kurang


objektif. Namun, langkah meningkatkan keobjektifan dapat dilaksanakan melalui mesyuarat
penyelarasan atau pemurnian markat antara guru-guru. Dalam mesyuarat berkenaan, ketua
bagi pemeriksaan skrip peperiksaan perlu memberikan panduan memeriksa skrip jawapan
diikuti dengan latihan tertentu. Pemeriksaan dengan cara holistik adalah berdasarkan kepada
andaian bahawa keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian. Menurut
Mohd Isha (2005), pemarkahan cara holistik adalah sesuai digunakan untuk memeriksa
karangan apatah lagi bilangan karangan yang banyak perlu dinilaikan dalam tempoh masa
yang terhad. Pemarkahan holistik lebih mudah dilaksanakan kerana contoh jawapan dan
skema pemarkahan tidak diperlukan.
Rujukan

Azizi Ahmad. (2006). Pengukuran dan Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.

Hashim Othman. (2005). Pentaksiran karangan Bahasa Melayu. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.

Hashim Othman. (2000). Penerokaan Komponen-Komponen Komunikatif Dan Pembinaan


Skema Pemarkahan Holistik Berfokus Bagi Menggred Perlakuan Karangan Bahasa
Malaysia Sekolah Menengah. Tesis Dr. Fal. Universiti Sains Malaysia.
TUGAS 3 : MENJADIKAN SOALAN ESSEI SEBAGAI ITEM UJIAN

Ujian bulanan untuk mata pelajaran Adab (Akhlak Islamiah) telah dijalankan kepada seramai 30
orang pelajar. Pelajar diminta menjawab soalan subjektif yang berbentuk soalan essai yang
menggunakan kaedah pemarkahan rubik holistik.

Markah Kekerapan Peratus (%)


30 0 0.00
35 0 0.00
40 1 3.33
45 1 3.33
50 3 10.00
55 3 10.00
60 5 16.67
65 5 16.67
70 4 13.33
75 6 20.00
80 2 6.67
Jumlah 30 100.0

Jadual 1: Taburan kekerapan dan peratus mengikut markah Adab (Akhlak Islamiah)

Min = 0 + 0 + 40 + 45 + 150 + 165 + 300 + 325 + 280 + 450 + 160


30
=1915
30
x =63.83
Jadual 1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus mengikut markah yang telah
diperolehi oleh 30 orang pelajar di dalam ujian tersebut. Hasil dapatan daripada ujian
tersebut ialah markah yang paling ramai diperolehi murid ialah 75 markah iaitu 6 kekerapan
(20.00%). Diikuti dengan murid yang mendapat 50 dan 55 markah iaitu masing-masing 3
kekerapan (10.00%) dan juga murid yang mendapat 60 dan 65 iaitu masing-masing 5
kekerapan (16.67%). Selain itu, murid yang mendapat 70 markah sebanyak 4 kekerapan
(13.033%), diikuti 80 markah yang masing-masing mendapat 2 kekerapan (6.67%), serta 40
dan 45 markah yang masing-masing mendapat 1 kekerapan (3.33%). Mod atau kekerapan
tertinggi ialah 75 markah dan kekerapan ini membawa kepada nilai min/purata 68.83.

Markah (x) x-x (x - x)2


40 40-63.83=-23.83 (567.87)2
45 45-63.83=-18.83 (354.57)2
50 50-63.83=-13.83 (191.27)2
50 50-63.83=-13.83 (191.27)2
50 50-63.83=-13.83 (191.27)2
55 55-63.83=-8.83 (77.97)2
55 55-63.83=-8.83 (77.97)2
55 55-63.83=-8.83 (77.97)2
60 60-63.83=-3.83 (14.67)2
60 60-63.83=-3.83 (14.67)2
60 60-63.83=-3.83 (14.67)2
60 60-63.83=-3.83 (14.67)2
60 60-63.83=-3.83 (14.67)2
65 65-63.83=1.17 (1.37)2
65 65-63.83=1.17 (1.37)2
65 65-63.83=1.17 (1.37)2
65 65-63.83=1.17 (1.37)2
65 65-63.83=1.17 (1.37)2
70 70-63.83=6.17 (38.07)2
70 70-63.83=6.17 (38.07)2
70 70-63.83=6.17 (38.07)2
70 70-63.83=6.17 (38.07)2
75 75-63.83=11.17 (124.77)2
75 75-63.83=11.17 (124.77)2
75 75-63.83=11.17 (124.77)2
75 75-63.83=11.17 (124.77)2
75 75-63.83=11.17 (124.77)2
75 75-63.83=11.17 (124.77)2
80 80-63.83=16.17 (261.47)2
80 80-63.83=16.17 (261.47)2
Sum ∑ 1915
Min (x) = 63.83 ∑(x - )2 = 3395.3
N = 30

Jadual 2: Markah-markah dalam ujian Adab (Akhlak Islamiah) yang diperolehi oleh 30 orang
pelajar.

Sisihan Piawai =√∑ (x - x)


2 N-1

=√3395.3
29
=√117.08
=10.82

Jadual 2 menunjukkan markah-markah dalam mata pelajaran Adab (Akhlak Islamiah)


yang diperolehi oleh 30 orang pelajar tersebut dan sisihan piawai (standard deviation) yang
diperolehi ialah 10.82. Sisihan piawai menunjukkan jumlah yang agak besar. Hasil dapatan
daripada keseluruhan ujian tersebut, tiada pelajar yang gagal dan mendapat gred D iaitu di
bawah julat markah 0-39 peratus. Seramai 8 murid mendapat gred C iaitu julat markah di
antara 40-59 peratus. Seramai 20 orang murid mendapat gred B iaitu julat markah di antara
60-79 peratus dan hanya 2 orang mendapat gred A iaitu 80 peratus. Keputusan keseluruhan
ujian adalah memberangsangkan kerana majoriti murid mendapat peratusan yang sederhana
atau gred B di dalam ujian ini.
Graf 1 : Taburan markah adab (Akhlak Islamiah)

Markah Adab (Akhlak Islamiah)

3
Kekerapan

1
S.P =10.82
0 Min =63.83
N =30

3035404550556065707580
Graf menunjukkan taburan markah Adab (Akhlak Islamiah)

Skew positif

Graf di atas menunjukkan ilustrasi taburan markah yang diperolehi oleh 30 orang
pelajar tahun enam dalam mata pelajaran Adab (Akhlak Islamiah). Skew menunjukkan
ekornya lebih panjang berada pada arah positif. Ini bermaksud lebih ramai pelajar yang
mendapat markah tinggi, yang mana ini menunjukkan soalan ujian agak mudah dan berada
dalam lingkungan yang sederhana. Perkara ini menunjukkan bahawa soalan item yang
diberikan difahami oleh murid dan jawapan murid mengikut skema pemarkahan yang telah
disediakan. Murid juga dapat dipastikan telah mengusai beberapa tajuk dalam pembelajaran
adab (Akhlak Islamiah) berdasarkan ujian bulanan yang telah diberikan.
TUGAS 4 : REFLEKSI

Berdasarkan tugas yang telah diberikan, terdapat pelbagai ilmu dan pengetahuan baru yang
diperolehi sepanjang melaksanakan tugasan ini. Ini kerana, kursus pengajian semasa
mengambil Ijazah Sarjana Muda dahulu tidak ada kaitan lansung dengan bidang perguruan.
Hal ini merupakan satu cabaran kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Sebagai contoh, antara ilmu baru yang saya perolehi dalam melaksanakan tugasan ini
adalah semasa ingin menentukan hasil pembelajaran yang dinilai. Ini merupakan pengalaman
pertama untuk saya dalam menentukan hasil pembelajaran yang dinilai. Sebelum melakukan
penilaian terhadap hasil pembelajaran tersebut, saya terlebih dahulu perlu menguasai nota
modul yang diberikan dan mempelajari secara terperinci aras-aras pengetahuan dalam
Taksonomi Bloom. Antaranya adalah aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan
penilaian. Secara keseluruhannya, aras pengetahuan dalam Taksonomi Bloom ini adalah
tentang kebolehan dalam menerangkan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah
ataupun cara prosedur dalam situasi tertentu.

Setelah menentukan hasil pembelajaran yang ingin dinilai, saya mula membina soalan
essai sesuai dengan hasil pembelajaran yang disediakan. Perkara ini juga menjadi cabaran
yang besar kepada saya kerana tidak mempunyai pengalaman dalam membina soalan essai
mengikut cara yang betul dan memenuhi kriteria yang baik dalam pembinaan item soalan
yang berbentuk essai. Namun, dengan merujuk kepada modul pembelajaran saya dapat
memahami dan meneliti dengan baik tentang pembinaan item soalan yang berbentuk
subjektif ataupun essai. Antaranya ialah dengan menyemak sukatan pelajaran dan objektif
pengajaran, supaya soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif
pengajaran tersebut, soalan yang diberikan haruslah dapat meransang pemikiran pelajar dan
bukan terdiri daripada soalan jenis tertutup dan sebagainya.

Seterusnya, saya menyediakan skema pemarkahan berdasarkan rubik pengskoran


yang dipelajari didalam nota modul pembelajaran. Skema penskoran rubrik merupakan
skema yang dibuat oleh guru atau penilai sebagai panduan untuk menganalisis hasil atau
proses yang dilakukan oleh pelajar. Perkara ini menyediakan panduan pada setiap aras yang
diperlukan untuk menilai pelajar. Selain itu, ia membolehkan pelajar memahami mengapa
mereka mendapat sesuatu markah dan mereka perlu mempertingkatkan pencapaian mereka di
masa hadapan. Secara asasnya, skema pemarkahan ini terbahagi kepada juga jenis iaitu
holistik dan analitik.
Setelah itu, saya telah membuat ujian dan analisis prestasi murid berdasarkan soalan
yang telah dibuat. Cara pemarkahan yang dilakukan mengikut skema pemarkahan holistik
yang telah disediakan. Bagi soalan ini terdapat jadual taburan kekerapan dan peratus yang
telah disediakan sebagai rujukan bagi menilai prestasi pelajar-pelajar di dalam ujian ini.
Berdasarkan kepada keputusan ujian tersebut menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar
dapat memahami kehendak sebenar soalan dan dapat menjawab soalan dengan baik mengikut
aras kefahaman dan aplikasi.

Hasil dapatan daripada keseluruhan ujian tersebut, tiada pelajar yang gagal dan
mendapat gred D iaitu di bawah julat markah 0-39 peratus. Seramai 8 murid mendapat gred C
iaitu julat markah di antara 40-59 peratus. Seramai 20 orang murid mendapat gred B iaitu
julat markah di antara 60-79 peratus dan hanya 2 orang mendapat gred A iaitu 80 peratus.
Keputusan keseluruhan ujian adalah memberangsangkan kerana majoriti murid mendapat
peratusan yang sederhana atau gred B di dalam ujian ini. Oleh yang demikian, usaha yang
lebih gigih diperlukan bagi mengekalkan dan meningkatkan lagi prestasi murid-murid tahun
6 terhadap subjek pembelajaran ini.

Kesimpulannya, kesemua tugasan di atas telah memberikan banyak pengalaman dan


pelajaran yang sangat berguna dan saya berharap segala ilmu pengetahuan yang telah
diperolehi daripada tugasan ini dapat memberi manfaat yang besar buat diri ini bukan sahaja
untuk kegunaan masa kini tetapi juga di masa-masa akan datang.
LAMPIRAN

Rajah 1 : Kertas ujian dan pemarkahan murid yang mendapat keputusan tinggi
Rajah 2 : Kertas ujian dan pemarkahan murid yang mendapat keputusan sederhana
Rajah 3 : Kertas ujian dan pemarkahan murid yang mendapat keputusan rendah

Anda mungkin juga menyukai