Anda di halaman 1dari 10

JKA512: RASISME DAN HUBUNGAN ETNIK

TEORI SOSIAL RAS


WEBEX 2
SIDANG 2022/23

OBJEKTIF Struktural fungsionalisme dan


Konflik Sosial

Melalui kelas ini, pelajar akan


didedahkan dengan paradigma Robert Park [1864 – 1944]
dan tokoh utama dalam bidang
kajian ras dan rasisme.
John Rex [1925 – 2011]

Robert Miles [1950]

Pandangan Eropah kurun ke-18


terhadap ras

1
RAS DAN
ETHNISITI DALAM
PARADIGMA
SOSIOLOGI

[1] STRUKTURAL FUNGSIONALISME


•  Masyarakat mempunyai struktur dan setiap struktur mempunyai fungsi untuk
mengekalkan kestabilan dalam masyarakat.
•  Struktur atau elemen yang tidak menyumbang kepada kestabilan masyarakat
tidak akan dipindahkan ke generasi yang seterusnya.
Q: Kenapa rasisme wujud sekiranya ia menyebabkan gangguan kepada kestabilan
masyarakat?
Ia mempunyai kesan positif untuk individu atau kumpulan yang bersifat rasis.
①  Memberi justifikasi kepada berkepentingan seperti pihak penjajah (British dan
Amerika), kapitalis (majikan) dan parti politik (Nazi dan gerakan Aryan)
②  Mengelak persoalan dari orang yang diexploitasi.
③  Mitos rasisme mengekalkan sistem yang sedia ada.
④  Pendokong rasisme merasakan mereka bertanggungjawap untuk menjaga
kumpulan ras yang dianggap mereka tidak berkemampuan.

2
•  Rasisme boleh berkembang atau kekal walaupun ia boleh mengancam sistem yang
sedia ada.
•  Rasisme = ketidakfungsian/disfungsi (dysfunction – elemen yang boleh mengancam
kestabilan dalam masyarakat).
•  Rasisme adalah suatu disfungsi kerana:
①  Gagal untuk menggunakan sumber untuk semua ahli dalam masyarakat.
Mengehadkan pencarian bakat dan kepimpinan contoh: global brain drain
②  Diskriminasi menyebabkan anomie (Robert K Merton) seperti penggangguran,
jenayah, devian yang dilakukan sebagai kekecewaan terhadap kumpulan dominan.
③  Suatu pembaziran kerana perlu mengeluarkan modal bagi mengekalkan
sempadan pengasingan.
④  Memberi kesan terhadap hubungan antara bangsa. Contoh: xenofobia di Amerika
terhadap orang Cina.
⑤  Menghalang perubahan sosial.
⑥  Menyebabkan gangguan kepada keamanan masyarakat dan hilang rasa hormat
terhadap pihak berkuasa seperti polis.

[2] KONFLIK SOSIAL

•  Bertentangan dengan struktural fungsionalisme.


•  Dunia sosial = perubahan yang berterusan disebabkan konflik dan tekanan
antara kumpulan-kumpulan yang bersaing.
•  Konflik menyebabkan ketaksamaan dalam pendidikan, pendapatan, pasaran
buruh, perumahan, dan penjagaan kesihatan.
•  Persaingan berlaku apabila kuasa ekonomi dan politik tidak setara.
•  Revolusi berlaku apabila individu mempunyai kesedaran kelas (class
consciousness) ‘in-itself’ dan ‘for-itself’.
Contoh rusuhan ras/etnik:
①  Amerika Syarikat – 11 Januari 1961 (University of Georgia riot)
②  Singapura – 21 Julai 1964
③  Malaysia – 13 Mei 1969
④  Indonesia – Peristiwa 1998 (Mei 1998)

3
ROBERT PARK
(1864-1944)

•  Merupakan seorang ahli sosiologi Amerika.


•  Pengasas utama School of Chicago. Tumpuan utama
dalam sosiologi urban.
Kumpulan A
•  Hasil kerja dipengaruhi oleh kehidupan dan pengalaman
hidup ras di Amerika Syarikat.
•  Hubungan ras (race relation) adalah hubungan yang
wujud antara manusia yang dibezakan dengan keturunan
‘ras’, terutamanya apabila perbezaan ‘ras’ disedari oleh
individu dan kumpulan tersebut sehingga menentukan
pemahaman individu tentang dirinya dan statusnya
dalam komuniti (Park, 1950/1999).
•  Kesedaran ras (race consciousness) perlu dilihat seperti
fenomena sosial lain seperti kesedaran kelas kerana ia Kumpulan B Kumpulan C
boleh memberi jurang sosial.
•  Hubungan ras turut melibatkan teori sosial psikologi.
•  Kategori ras penting kepada individu kerana:
1.  Keperluan untuk dikenali Kumpulan D

2.  Keyakinan diri


3.  Identiti
4.  Kumpulan – perpaduan dan moral

4
Hasil kerja Robert Park
[1] Introduction to Science of Sociology (1921): Robert E. Park & Ernest W.
Burgess
•  Bandar = organisma sosial = ekologi semulajadi.
•  Wujud melalui proses semulajadi seperti simbiosis, pencerobohan,
pewarisan, penguasaan, peluasan, penyeliaan, dan subordinasi (konsep yang
dipinjam daripada ekologi semulajadi)
•  Perbezaan ekologi manusia dengan ekologi semulajadi adalah evolusi
budaya manusia.
[2] The city (1925): Robert E. Park, Ernest W. Burgess & Roderick Duncan
McKenzie
•  Menerbitkan teori/model pemusatan bandar iaitu ‘concentric zone theory’.
•  Model teori ini kerap digunakan oleh kriminologi bandar.

[3] Introduction to Science of Sociology (1969): Robert E. Park & Ernest W.


Burgess
Menekankan model ‘race relation circle’ = competition, conflict, accommodation
and assimilation.
[1] Pertandingan (competition): adalah normal, universal, tidak peribadi, tetapi
tidak disedari, tidak perlukan pertandingan bersemuka.
[2] Konflik (conflict): terjadi apabila pesaing mula sedar dengan kewujudan satu
sama lain.
[3] Proses mencapai persetujuan (accomodation): mengorganisasikan
hubungan sosial dan menggalakkan sikap sosial dan norma yang boleh
membenarkan kumpulan-kumpulan hidup bersama dalam kehidupan seharian.
[4] Assimilasi (assimilation): menggabungkan dua (atau lebih) budaya kepada
satu budaya, perkongsian memori dan tradisi. Assimilasi tidak membentu
persamaan atau keseragaman tetapi “unity of experience and orientation, out of
which may develop a community of purpose and action” (Park 1969, p. 737).

5
JOHN REX
(1925-2011)

Ahli sosiologi British. Mengkaji hubungan ras berdasarkan sistem stratifikasi. Ia


dapat dibincangkan berdasarkan lima situasi.
[1] Situasi sempadan – dimana suatu kumpulan politik yang berorganisasi,
mempunyai kekuatan teknologi dan pendidikan berhadapan dengan kumpulan
yang mempunyai teknologi yang rendah.
•  Stereotaip external proletariat – contoh: ‘barbarian’ dan orang Rom.
•  Malaysia: kolonial dan kawasan jajahan.
[2] Hubungan sosial dalam sistem produksi – dijumpai dalam sistem
penghambaan ladang dan masyarakat yang wujud walaupun selepas sistem
penghambaan tersebut dihapuskan.
•  Contoh: ladang kapas dan orang kulit hitam.

6
[3] Situasi konflik sosial Max dan Weber – konfrantasi kumpulan yang berbeza
kuasa pasaran
•  Contoh: Bourgeoisie dan Proletariat.
•  Malaysia: golongan T20 dan B40
[4] Estet dan kasta sistem – kumpulan menikmati pelbagai keuntungan dari segi
undang-undang dan mempunyai pekerjaan yang khas.
•  Contoh: nelayan di India
•  Malaysia: sebelum Dasar Ekonomi Baharu (DEB), masyarakat Melayu, Cina
dan India dipisahkan oleh pekerjaan yang khas.
[5] Pluralisasi budaya – beberapa kumpulan berinteraksi untuk tujuan yang
terhad seperti ekonomi tetapi tetap meneruskan kehidupan sebagai kumpulan
yang berbeza.

ROBERT
MILES
(1950)

7
Merupakan seorang ahli sosiologi British yang memberi tumpuan kepada
konsep rasisme. Konsep rasisme sentiasa diperdebatkan dalam dua bentuk:
[1] Rasisme adalah satu ideologi yang terbentuk kerana:
Faktor #1: Perkembangan saintifik yang telah menolak idea ‘ras’ sebagai
semulajadi, berbeza dan kekal dalam spesis manusia, dengan budaya yang
berlainan dan tahap kemampuan dan kebolehan yang berbeza untuk
mencapai kemajuan.
Faktor #2: Merupakan suatu reaksi kepada fasisme di Jerman.
[2] Rasisme bukan sekadar ideologi tetapi merupakan satu praktis atau
kesan yang disengajakan atau tidak disengajakan.

Pandangan Eropah pada


kurun ke-18 terhadap
'ras'

8
Berdasarkan pandangan eropah kurun ke-18, ras adalah suatu pembahagian
manusia berdasarkan biologi yang mempengaruhi taraf pemikiran dan
kebolehan mereka dan menjadikan kumpulan tertentu superior
berbanding kumpulan lain. Fahaman ini menjustifikasikan dominasi, kolonisasi,
penghambaan, steoretaip, dan diskriminasi.
Contoh #1: sistem apartheid di Afrika Selatan (white supremacy).
•  Undang-undang dan polisi apartheid tidak membenarkan orang berkulit
hitam masuk ke kawasan bandar tanpa mempunyai pekerjaan dengan
segera.
•  Menjadi satu kesalahan undang-undang sekiranya orang berkulit hitam tidak
membawa buku kebenaran (passbook).
•  Orang berkulit hitam tidak boleh berkahwin dengan orang kulit putih.
•  Orang berkulit hitam tidak boleh menjalankan perniagaan di kawasan orang
kulit putih.
•  Pengasingan berlaku termasuklah di hospital dan kawasan pantai.
•  Pendidikan terhad.
•  Orang kulit hitam tidak boleh mengundi.

9
Contoh #2: Kod penghambaan orang Afrika di Amerika Syarikat (white supremacy)
Kod sistem penghambaan di Amerika Syarikat mempunyai lima kunci utama: penghambaan
seumur hidup, diwarisi, berstatus harta, tidak mempunyai hak, dipaksa mematuhi sistem.
1.  Hamba tidak boleh berkahwin atau berjumpa dengan orang kulit hitam yang bebas.
2.  Perkahwinan hamba tidak diiktiraf.
3.  Hamba tidak boleh melakukan urusan jual beli kecuali dalam hal khas.
4.  Tidak boleh memiliki arak atau senjata.
5.  Tidak boleh bergaduh atau menggunakan perkataan kasar dengan orang kulit putih.
6.  Tidak boleh mewarisi harta.
7.  Tidak boleh memiliki harta.
8.  Tidak boleh keluar dari ladang tanpa kebenaran.
9.  Orang bebas termasuk orang berkulit putih dilarang mengajar orang kulit hitam
termasuk Bible.
10.  Tidak boleh berjudi.
11.  Perlu mematuhi perintah berkurung.
12.  Tidak boleh memberi keterangan di mahkamah.

10

Anda mungkin juga menyukai