Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

MINGGU: KEDUA HARI: JUMAAT TARIKH: 29 MAY 2024


MATA Pendidikan Syariah Islam STRATEGI PdP
PELAJARAN Pembelajaran /
TINGKATAN Empat Fawwas Berasaskan
Inkuiri
MASA 10.30 pagi – 11.30 pagi (Di surau sekolah) Pembelajaran
Berasaskan
Masteri
TAJUK Hadis: Syak dalam solat Pembelajaran /
Berasaskan
STANDARD Syak dalam solat Projek
KANDUNGAN Pendekatan
STANDARD 1. Menyelesaikan masalah syak ketika Bersepadu
PEMBELAJARAN menunaikan solat Pembelajaran /
2. Melakukan ibadah solat dengan sempurna Kontekstual
tanpa berlaku syak dalam solat Kecerdasan
Pelbagai
OBJEKTIF Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar
dapat:
1. Membaca hadis dan memahami maksud KEMAHIRAN ABAD KE-
21
hadis Berdaya Tahan
2. Memahami maksud syak dam khusyuk di
Mahir /
dalam solat Berkomunikasi
3. Melakukan sujud sahwi dengan cara yang Pemikir /
betul Kerja Sepasukan /
4. Menjelaskan perbezaan di antara sujud Bersifat Ingin /
sahwi dengan sujud yang lain Tahu
Berprinsip /
AKTIVITI FASA AKTIVITI PELAJAR CATATAN

KEMAHIRAN BERFIKIR
Pendahuluan Ketua kelas ARAS TINGGI (KBAT)
(3minit) membaca doa dan Nilai murni: Kerjasama Mengaplikasi /
murid yang lain
mengikut serta
mengaminkan doa Strategi P&P: Menganalisis /
yang dibaca oleh
ketua kelas. 1. Guru memberi Menilai /
salam
2. Guru meminta
ketua kelas Mencipta
membaca doa
sebelum
memulakan
pelajaran ELEMEN MERENTASU
KURIKULUM (EMK)
Bahasa Melayu /
Kelestraian Alam
Sekitar
Nilai Murni /
-
Sains Dan /
Teknologi
Permulaan / Meminta pelajar BBM: LCD, Powerpoint, Patriotisme
Induksi mengadakan LCD dan Komputer Riba
(7minit) aktiviti
penghayatan: Nilai murni: Kerjasama PENTAKSIRAN
- Adakah sempurna Strategi P&P:
Prestasi /
ibadah solat yang kemahiran
dilakukan selama Senarai Semak /
1. Guru bersoal
ini? jawab dengan Rubik
pelajar tentang Portfolio
Kefahaman pelajar rukun-rukun
Penilai Kendiri /
tentang solat
kepentingan Kertas Pensel /
ibadah solat yang 2. Guru
sempurna. mengaitkan
jawapan
- Adakah pelajar dengan tajuk
pernah solat yang akan
terkurang atau diajar
terlebih rakaat?
- Apakah punca
berlaku terkurang
atau terlebih rakaat 3. Guru bersoal
semasa solat? jawab dengan
pelajar tentang
konsep syak
Kefahaman pelajar dan khusyuk
tentang konsep dalam solat
syak dan khusyuk yang
dalam solat dijelaskan guru
- Apakah
pengertian
khusyuk dalam
solat?
- Apakah
pengertian
syak?

Perkembanga Langkah 1 BBM: Gambar, power


n (15minit): point, Komputer riba,
LCD
Mengadakan
perbincangan di Nilai murni: Berani,
dalam kumpulan Kesungguhan,
tentang Kerjasama,
kandungan hadis
yang berkaitan Strategi P&P:
sujud sahwi.

1. Guru
Mengadakan menjelaskan
perbincangan pengertian
tentang sujud sahwi
kefahaman pelajar 2. Guru akan
tentang meminta
kandungan hadis pelajar
yang berkaitan membentuk
dengan sujud lima kumpulan
sahwi serta 3. Guru
pengertian sujud memanggil
sahwi dua orang
pelajar
kehadapan
kelas untuk
membaca
hadis dan
pengertian
hadis
4. Guru
menerangkan
makdus sujud
sahwi kepada
pelajar.

Langkah 2 BBM: Power point,


(7minit): Komputer riba, LCD

Kefahaman Nilai murni: Kerjasama


tentang jenis-jenis
syak; KBAT: Sumbang saran
- Syak dalam rukun hafalan
fi’li
- Syak dalam rukun
qauli Strategi P&P:

Membuat 1. Guru meminta


perbezaan di pelajar
antara sujud sahwi menghafal
dengan sujud- serta menulis
sujud yang lain semula apa
yang difahami
tentang jenis-
jenis syak
2. Guru bersoal
jawab tentang
perbezaan di
antara sujud
sahwi dengan
sujud-sujud
yang lain.
- Apakah
perbezaan di
antara sujud
sahwi, sujud
syukur dan
sujud tilawah?
- Nyatakan
sebab-sebab
yang
disunatkan
sujud sahwi?
- Apakah
hikmah
melakukan
sujud sahwi?

Langkah 3 BBM: Power point,


(10minit): Komputer riba, LCD

Mengadakan Nilai murni:


tunjuk cara Kesungguhan
melakukan sujud
sahwi dengan KBAT: Amali / Praktikal
betul dan soal jawab

Memastikan
bacaan yang betul
ketika melakukan Strategi P&P:
sujud
1. Guru meminta
semua pelajar
melakukan
sujud sahwi
mengikut cara
yang betul
2. Guru meminta
pelajar
membaca
beramai-ramai
dengan
bacaan yang
betul
3. Guru meminta
murid untuk
praktis cara
melakukan
sujud sahwi

Penilaian Pelajar diminta BBM: Slide


(5minit) mengingat semula
tentang: Nilai murni:
Kesungguhan
- Konsep syak dan
kusyuk dalam solat KBAT: Pengulangan
- Jenis-jenis syak:
syak dalam rukun
fi’li dan syak dalam Strategi P&P:
rukun qauli 1. Guru
- Perbezaan di mengadakan
antara sujud sahwi refleksi
dengan sujud-sujud bersama
yang lain pelajar di akhir
pembelajaran
2. Guru meminta
pelajar
mengingat
semula dan
menyebut
semua isi
kandungan
pembelajaran

BBM: Slide
Penutup Rumusan
(3minit) Nilai murni: Rajin

Strategi P&P:
1. Guru
menyimpulkan
kandungan isi
pengajaran
2. Guru meminta
pelajar-pelajar
mempraktikkan
dalam
kehidupan
seharian

REFLEKSI
18/28 orang murid dapat menguasai objektif
pembelajaran dan diberi latihan pengayaan/
pengukuhan.

10/28 orang murid tidak menguasai objektif


pembelajaran dan diberil latihan pemulihan.
JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI/ KAEDAH PDP

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang disediakan oleh guru sebagai salah satu panduan dalam pelaksanaan
penyampaian maklumat dan ilmu kepada para pelajar. RPH biasanya terdiri daripada tiga
peringkat iaitu peringkat perancangan sebelum pengajaran, peringkat pelaksanaan pengajaran
dan peringkat penilaian.

Beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh guru dalam merancang dan
melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) iaitu guru perlu memilih kemahiran-
kemahiran dan isi pelajaran secara mendalam. Guru juga perlu memilih kemahiran-
kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai dan mengikut hierarki kebolehan pelajarnya. Bahan
bantu pelajar pula merupakan salah satu alat yang dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Bagi tugasan ini, tajuk RPH ini dipilih kerana solat merupakan
tiang agama Islam dan solat juga merupakan penghubung antara manusia dengan
Penciptanya. Sehubungan dengan itulah, Islam menyuruh membimbing dan menitikberatkan
pelaksanaan solat fardu sebagai amalan anak-anak mereka seawal usia 7 tahun. Oleh itu,
kefahaman pelajar tentang konsep syak dan khusyuk dalam solat amat penting bagi
mengelakkan solat fardu yang dilakukan tidak sah.

Elemen RPH yang pertama ialah permulaan yang dihasilkan oleh guru ialah
dimulakan dengan bacaan doa iftitah iaitu meminta ketua kelas membaca doa dan murid yang
lain mengikut serta mengaminkan doa yang dibaca oleh ketua kelas. Hal ini dapat memupuk
sifat kerjasama diantara pelajar dan guru. Aktiviti pertama yang dilakukan adalah dengan
mengadakan penghayatan kepada pelajar samaada ibadah solat yang dilakukan sebelum ini
sempurna atau tidak selama 7minit. Maka para pelajar akan menghayati dan mengingati
kembali solat yang mereka lakukan. Selepas selesai sesi penghayatan guru akan bersoal
jawab dengan pelajar tentang rukun-rukun solat, dan soalan-soalan lain seperti ‘adakah
pelajar pernah solat terkurang atau terlebih rakaat?’ dan ‘apakah punca berlaku terkurang atau
terlebih rakaat semasa solat?’. Soalan-soalan ini ditujukan bertujuan untuk kefahaman pelajar
tentang kepentingan ibadah solat yang sempurna. Antara kaedah pembelajaran yang
digunakan dalam aktiviti ini adalah berasaskan inkuiri iaitu melibatkan pertayaan, mencari
jawapan melalui penghayatan dan bahan bantu pelajar dalam aktiviti ini ialah menggunakan
powerpoint, LCD dan komputer riba.
Selain itu, elemen (RPH) kedua ialah perkembangan dan ia mempunyai tiga langkah
untuk mencapai objek utama dalam RPH ini. Langkah pertama ini dilakukan selama 15 minit
iaitu dengan mengadakan perbincangan di dalam kumpulan tentang kandungan hadis yang
berkaitan sujud sahwi dan kefahaman pelajar tentang kandungan hadis yang berkaitan dengan
sujud sahwi serta pengertiannya. Selepas itu, guru juga akan meminta pelajar membentuk
lima kumpulan dan memangil dua pelajar volunteer untuk kehadapan kelas untuk membaca
hadis dan pengertian hadis. Pelajar juga diminta untuk membentang hasil kerja yang
dilakukan dalam bilik darjah selama 30minit bagi setiap kumpulan dan guru memberi ulasan
tentang hasil kerja pelajar. Dalam perkembangan ini bahan pembelajaran yang digunakan
adalah gambar, power point, komputer riba dan LCD. Antara nilai murni yang dapat
diwujudkan adalah sifat berani, semangat kerja kumpulan, kesungguhan dan kerjasama.

Langkah kedua pula dalam perkembangan ini ialah kefahaman tentang jenis-jenis
syak iaitu syak dalam rukun fi’li dan syak dalam rukun qauli dan membuat perbezaan di
antara sujud sahwi dengan sujud-sujud yang lain. Selepas itu, guru akan meminta pelajar
menghafal serta menulis semula apa yang difahami tentang jenis-jenis syak dan bersoal jawab
tentang perbezaan di antara sujud sahwi dengan sujud-sujud yang lain dan ia dilakukan
selama 7minit. Dalam perkembangan ini bahan pembelajaran yang digunakan adalah power
point, komputer riba dan LCD. Antara nilai murni yang diwujudkan adalah sifat sumbang
saran hafalan.

Langkah yang terakhir ialah mengadakan tunjuk cara melakukan sujud sahwi dan
bacaan yang betul ketika melakukan sujud sahwi dan ia mengambil masa selama 10 minit.
Selepas itu, guru akan guru meminta semua pelajar membaca beramai-ramai dengan bacaan
yang betul dan melakukan sujud sahwi mengikut cara yang betul serta praktis cara
melakukannya. Dalam perkembangan ini kaedah pembelajaran yang digunakan secara amali
dan praktikal dan bahan bantu pelajar adalah menggunakan power point, komputer riba dan
LCD. Antara nilai murni yang dapat diwujudkan adalah sifat sumbang saran hafalan.

Seterusnya pada bahagian (RPH) yang terahir iaitu elemen penilaian, Pelajar diminta
mengingat semula tentang konsep syak dan kusyuk dalam solat, jenis-jenisnya iaitu syak
dalam rukun fi’li dan syak dalam rukun qauli dan perbezaan di antara sujud sahwi dengan
sujud-sujud yang lain. Selepas itu guru mengadakan refleksi bersama pelajar di akhir
pembelajaran dan meminta pelajar mengingat semula dan menyebut semua isi kandungan
pembelajaran yang telah dilakukan di bilik darjah. Dalam perkembangan ini kaedah
pembelajaran yang digunakan adalah pengulangan dan bahan pembelajaran yang digunakan
adalah menggunakan slide. Nilai murni yang dapat diwujudkan dalam aktiviti ini adalah
kesungguhan dan ketekunan.

Pada bahagian penutup pula, guru dapat menyimpulkan kandungan isi pengajaran
tentang apa yang dipelajari dan guru meminta pelajar-pelajar mempraktikkan dalam
kehidupan seharian. Hal ini dapat menunjukkan kefahaman pelajar telah wujud dan guru juga
dapat menilai tahap kefahaman dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam
rancangan pengajaran harian (RPH) itu. Nilai kejujuran dan keyakinan mestilah wujud antara
pelajar supaya guru dapat mengklasifikasikan tahap kefahaman murid-murid yang berbeza-
beza di dalam bilik darjah.

Akhir sekali, rancangan pengajaran harian (RPH) ini telah membantu guru dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran (Pdp) untuk merangka setiap aktiviti yang akan dijalankan oleh
pelajar dalam bilik darjah. Dengan adanya pengajaran yang berkesan para pelajar akan dapat
menimba ilmu yang bermanfaat pada masa akan datang.

Disediakan oleh : Cikgu Nur Nasihah Binti Awang Yahya


No Kad Matrik : P129960
Fakulti : Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai