Anda di halaman 1dari 4

Saya dilahirkan di Rungkup, Bagan Datuk Perak.

Saya adalah anak bongsu dari lapan orang


adik beradik. Semasa saya berumur 4 tahun, ibu saya meninggal dunia disebabkan oleh
komplikasi penyakit tekanan darah tinggi. Saya bersekolah rendah di SK Bagan Pasir, Bagan
Datuk Perak dan SK Temenggung Abdul Rahman, Segamat Johor. Di peringkat Menengah
saya bersekolah di Sekolah Tinggi Segamat, Sekolah Menengah Seri Perak Teluk Intan dan
Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak. Subjek yang saya minati adalah
Matematik dan Sains. Selepas tamat tingkatan lima, saya melanjutkan pelajaran di peringkat
Ijazah di USM, Pulau Pinang. Saya pernah bekerja di Kart Food Industries di Shah Alam,
Selangor dan Barkath CORO di Prai, Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran dalam
bidang perguruan di USM juga. Selepas tamat membuat Diploma Pendidikan saya
ditempatkan di SM Teknik Seri Manjung. Sekolah-sekolah lain yang saya pernah mengajar
ialah antaranya IPG, Ipoh, SMJK Nan Hwa, SMK Methodist ACS dan SMK Ahmad
Boestamam.

Siapakah saya?

___________________________________________________________

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam hidup ini.


Saya juga tidak terkecuali. Saya yang dibesarkan dalam sebuah keluarga
yang kecil tinggal di utara Semenanjung Malaysia. Berkecimpung dalam
bidang perguruan hampir 16 tahun lamanya. Saya seorang yang sangat
suka memasak walaupun masakan tu adakalanya tidaklah sedap🥹 Saya
juga sangat garang, tegas dan seorang yang selalu mencuba. Saya minat
untuk mencuba nasib dalam semua pertandingan. Bukan kemenangan
yang saya harapkan tetapi kepuasan hasil dari usaha yang dilakukan.
Sejak dari bangku sekolah , saya sering mengikuti pertandingan seperti
pidato, perbahasan, syarahan, nyanyian dan masakan. Tetapi itu semua
saya anggap sebagai kenangan sejarah dimasa persekolahan. Sehingga
ke hari ini saya masih belajar dan terus belajar untuk menang dalam apa
juga yang saya lakukan. Bagi saya ia merupakan kepuasan apabila kita
selalu berusaha untuk capai apa yang kita lakukan. Maksudnya
disini..saya selalu menasihati pelajar- pelajar saya supaya sentiasa
bersikap terbuka dan menyahut segala cabaran untuk menjadikan diri ini
untuk lebih berusaha dan berjaya dimasa hadapan. Kenali potensi yang
ada pada diri anda. Saya juga bukanlah guru yang terbaik dan saya cuba
untuk buat yang terbaik kepada pelajar- pelajar supaya mereka jadi yang
terbaik.. Itulah saya😃
Cer teka siapakah saya?

___________________________________________________________
Assalamualaikum dan hi..
Saya seorang yang ceria dan tegas. Waktu kelas, pelajar tidak dibenarkan
duduk selagi belum menghantar atau menyerahkan homework. Siapa
yang nerjaya siapkan kerja di dalam kelas sellau akan diberi jajan
terutamanya lolipop chupa chup. Yang paling penting suara saya lantang
dan jelas. Cuba teka siapa saya..
Siapakah saya?

___________________________________________________________

*Saya mempunyai 4 orang anak, 2 perempuan dan 2 lelaki. Kegemaran


saya ada menonton drama Korea dan membaca novel cinta tapi dengan
syarat mesti happy ending. Sejak saya di sekolah rendah, saya sudah
bercita-cita untuk menjadi seorang guru dan sekarang saya sangat
gembira kerana dapat mengajar di sekolah saya sendiri. Saya suka
membuatkan pelajar-pelajar saya seronok dan ketawa di dalam kelas.
Siapakah saya?*

___________________________________________________________

Ni kisah saya dalam dunia pendidikan. Jadi guru bukanlah impian


pertama saya. Tapi memang benar, redho orang tua sangat penting
dalam hidup seorang anak. Akhirnya, ini tahun ke-19 saya bergelar
pendidik dalam bidang matematik. Dan ternyata ia adalah pilihan yang
tepat.
Sekolah ini adalah sekolah ke-4 saya bertugas. Sekolah pertama saya
berada di Sabah. Cukup 6 tahun, saya bertukar ke Perak, negeri
kelahiran. Saya berasal dari Perak. Bersekolah pun di sini. Walaupun
hanya sekolah harian, saya mampu beroleh kecemerlangan dalam
peperiksaan SPM dan menyambung pengajian dalam bidang Sains
Gunaan Matematik di USM.
Siapakah saya?

___________________________________________________________
Hai semua
Saya ada sorang je kat sek kita, lepas tu saya ada nama khas yang anak-
anak didik panggil. Saya seronok mengajar apa yang saya ajar dan sering
berdoa satu hari nanti, anak- anak dapat menggunakan ilmu yang saya
ajar utk melihat kebesaran ciptaan Allah...
Siapa saya?

___________________________________________________________

Tidak tua tidak juga muda


Ada hand bag tapi penuh dengan kunci
Melukis, melakar dan membaca...menjadi minat selain K Drama
Mungkin nampak lembut, tapi garang
Boleh dibawa bergurau namun berpada
Adab adalah keutamaan
Hampir setiap hari exercise ke sekolah
Jarang  namaku disebut dengan tepat
Siapakah saya?
___________________________________________________________

Sy peminat setia running man selain drakor dan suka menonton saluran
astro warna kerana banyak cerita kelakar / lawak untuk sy hilangkan
stres. Sy juga minat bersukan dan seni. Pernah bercita-cita menjadi
pegawai polis forensik kerana sukakan bidang penyiasatan namun
ditakdirkan untuk menjd guru yang juga mengajar subjek berkaitan
penyiasatan saintifik.
Siapakah saya?

___________________________________________________________
Anak kampung yg dibesarkan oleh ibu seorang penoreh getah.
Aku tak sempat merasa kasih sayang seorang ayah.
Sejak dari usia 7 tahun Aku menyimpan mimpi untuk menjadi seorang
guru, anggun membawa buku dan bergaya berbicara dalam khalayak
anak didik.
Aku berusaha mengerah seribu kudrat dalam kedaifan hidup agar cita-
cita ku menjadi realiti.
Masihku ingat minat ku untuk menjadi guru ditentang habisan oleh
Cikgu Mat Amin, guru kaunseling ku dahulu. Katanya kerjaya guru tidak
sesuai buatku. Masihku ingat dia berhabisan memujukku untuk memilih
kerjaya sebagai wartawan.
Tawaran untuk melanjutkan pengajian Di USM 1993 juga bukan senang.
Banyak onak Dan duri asbab kemiskinan. Sedikit tanah pusaka menjadi
korban sebagai modal Di universiti. Nendaku juga menentang katanya
sisa hidup gadis hanya di dapur. Namun pilihan bonda mengikuti pilihan
si bongsunya ini ternyata tepat sekali.
Ada kala aku tersenyum sendirian.
PILIHAN... Ya, Kita punya pilihan.
Guru adalah pilihan ku sejak dahulu.....
kini .....
Dan selamanya.
Kini 26 tahun Aku menggalas amanah mendidik anak bangsa hingga aku
lupa penat dan lelah kerana kerjaya ini lahir dek minat yang bukan
sedikit.
Buat rakan guru...
Pilihlah dan buatlah sesuatu yg kau minati nescaya kau tak akan pernah
menyesal.
Siapakah saya?

___________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai