Anda di halaman 1dari 1

Tanah Rumah untuk Owner 3.

5 Ekar
bersama Ru… dijual Bankrup !! {B… Sungai Canti…
Melaka Perak Selangor Kelantan

Redeem up to RM400 e-
voucher* upon pre-order
of the Next Galaxy. T&Cs
apply.

Sign Up

Amie's Little Kitchen


Rasulullah S.A.W. tidak pernah mencela pada sesuatu
makanan. Jikalau baginda berselera pada makanan itu
baginda akan memakannya dan jikalau tidak
menyukainya, maka baginda tinggalkan tanpa berkata
apa-apa.”

Laman utama ▼

Jumaat, 20 Mac 2020

Cempiang @ Cinnamon Rolls @ Kuih


Ubat Nyamuk
Assalamualaikum.
Cerita Covid 19 semakin rancak di negara kita.
Baru sahaja tadi dengar berita kematian mangsa Covid
19 ketiga di Tawau. Allahu Akbar!
Teruskan patuhi larangan keluar dari rumah. Kita bantu
diri sendiri dan orang lain.
Moga semuanya akan baik-baik sahaja.

Terokai Triton hari ini

Alami rekaan, prestasi dan pengendalian pemenang


kejuaraan.

Ketahui Lagi

Malam ini cerita dari dapur hanyalah tentang kuih


cempiang, kuih kegemaran Firdaus. Pernah suatu ketika,
dia hanya mahu makan kuih cempiang sahaja sehingga
bekal ke sekolah pun nak bawa cempiang! Kadang-
kadang kami panggil kuih cempiang ini sebagai kuih ubat
nyamuk sebab rupanya yang melingkat itu. Dan kalau
nak naik taraf sikit, panggillah cinnamon rolls...ahaks!
Boleh klik resepi di sini juga: KUIH CEMPIANG

Bahan untuk doh:


4 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 cawan air suam

Cara membuat doh:


1. Satukan yis, garam, gula dalam satu cawan air suam.
Kacau dan biarkan selama 5 minit.
2. Dalam sebuah mangkuk besar, gaulkan mentega
dengan tepung gandum bersama susu tepung hingga
rata.
3. Tuang sedikit demi sedikit air tadi sambil menguli
tepung. Uli sehingga menjadi doh.
4. Tutup doh untuk proses mengembang - Amie
tinggalkan selama 30 minit sebab nak buat kerja
lain..hiks!

Bahan inti doh:


1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu serbuk rempah (kulit kayu manis, bunga lawang &
bunga cengkih kisar)
1 sudu besar air suam

Cara:
Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Ketepikan.

Cara membuat cempiang:


1. Bahagiakan doh kepada dua bahagian - kalau nak buat
besar tak perlu bahagi 2
2. Canaikan doh. Kalau boleh biar tepinya sekata, kalau
tak boleh pun tak apa.
3. Letakkan bancuhan kicap secara merata di atas doh,
tetapi jangan sampai di bahagian tepi.
4. Gulung doh sehingga ke hujungnya. Kemudian potong
anggaran 1.5 cm setiap satu. Kalau nak tebal boleh
potong sehingga 2 cm atau lebih.
5. Goreng di dalam minyak yang banyak.

Cempiang ni sedap dimakan ketika masih panas. Sesuai


dimakan diwaktu pagi atau petang. Makan seketul tak
cukup. Makan 3-4 ketul baru puas...ahaks!

Jangan lupa sediakan secawan kopi!


Selamat malam.

Terokai Triton hari ini

Alami rekaan, prestasi dan pengendalian pemenang


kejuaraan.

Ketahui Lagi

at 9:31 PTG

Kongsi

1 ulasan:

Nasa Mulia 20 Mac 2020 pada 10:15 PTG


boleh try kah nie buat,,, mmg suka makan cempiang tapi
x pernah buat lagi.
Balas

Untuk meninggalkan ulasan, klik butang di bawah untuk


log masuk dengan Google.

LOG MASUK DENGAN GOOGLE

‹ Laman utama ›
Papar versi web

Dikuasakan oleh Blogger.

Anda mungkin juga menyukai