Anda di halaman 1dari 148

PERANAN MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU,

KOTA TINGGI, JOHOR DALAM MENDOKUMENTASI


PERADABAN NELAYAN, 1994-2014

a
ay
al
M
MUHAMMAD KHAIRUL BIN LATIFF
of
ty
r si
ve
ni
U

JABATAN SEJARAH
FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2016
PERANAN MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU, KOTA
TINGGI, JOHOR DALAM MENDOKUMENTASI PERADABAN
NELAYAN, 1994-2014

a
ay
MUHAMMAD KHAIRUL BIN LATIFF

al
M
of
ty

DISERTASI DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN


si

DARIPADA KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA SASTERA


r
ve
ni
U

JABATAN SEJARAH
FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2016
ABSTRAK
Muzium merupakan sebuah institusi yang dapat melahirkan kesedaran kepada

masyarakat tentang keagungan bangsa melalui koleksi yang dipamerkan. Pembinaan

Muzium Nelayan Tanjung Balau sangat penting khususnya kepada generasi muda

kerana peranan yang dimainkan oleh muzium ini dalam memelihara peradaban nelayan.

Persoalan utama yang ingin diketengahkan di dalam kajian ini adalah mengkaji peranan

Muzium Nelayan Tanjung Balau Kota Tinggi, Johor dalam mendokumentasi peradaban

a
nelayan di Malaysia khususnya di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Objektif yang

ay
ingin dicapai adalah penulisan ini dapat mengkaji sejarah penubuhan Muzium Nelayan

Tanjung Balau, menganalisis paparan yang ada di setiap Galeri Muzium Nelayan

al
Tanjung Balau termasuklah bahan-bahan yang disimpan bagi tujuan pemuliharaan serta
M
dapat meneliti aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak muzium.
of
Skop kajian yang melibatkan tempoh masa 20 tahun bermula tahun 1994

sehingga tahun 2014 ini dapat menerokai sejarah perkembangan dan evolusi pameran di
ty

Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor dengan meluas. Kaedah
si

penyelidikan dan sumber di dalam kajian ini meliputi kajian perpustakaan bagi
r

mendapatkan sumber primer dan sekunder. Selain itu, kaedah wawancara dan
ve

pemerhatian juga turut dilakukan bagi mendapatkan bahan dan info yang berautoriti.
ni

Kajian ini dibahagikan kepada 4 bab iaitu bab 1 adalah megenai sejarah awal
U

penubuhan Muzium Nelayan Tanjung Balau, bab 2 adalah mengenai Galeri Utama, bab

3 berkisar tentang Galeri-Galeri lain, bab 4 mengenai Galeri Bermusim dan aktiviti

yang dianjurkan oleh pihak muzium seterusnya bab yang terakhir adalah kesimpulan.

Pada masa kini, dengan arus pemodenan yang pesat, tidak ramai yang mengetahui

tentang pekerjaan nelayan, kehidupan masyarakat nelayan dan apa jua elemen yang

berkaitan dengan pekerjaan ini. Dengan adanya kajian terperinci sebegini, ia dapat

memelihara dan memberi informasi berguna kepada masyarakat akan datang.


iii
ABSTRACT
Museum is an institution that create awareness among the society throughout the

collection that is being displayed. The foundation of Muzium Nelayan Tanjung Balau

(Tanjung Balau Fishermen Museum) is important especially for the younger generation

in its role conserving the fishermen’s culture. The main question in this research is to

analyze the role of Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor, in

documenting the fishermen’s culture in Malaysia, especially in Tanjung Balau, Kota

a
Tinggi, Johor. The objective of this research is to analyze the history of the founding of

ay
the Muzium Nelayan Tanjung Balau; to analyze the display in every gallery of the

Muzium Tanjung Balau which includes the materials that is being kept for conservation

al
and to review the activities that is being held by the museum.
M
This analysis, which is focusing on the period of 20 years, beginning from 1994
of
until 2014, is to explore the history of the evolution and expanding exhibition at

Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. The method of research is mainly
ty

library research by gathering primary and secondary sourcers. Apart from that,
si

interview and observation were conducted to gain authentic info. The research is
r

divided into 4 chapters. Chapter 1 deals with the history of early foundation of the
ve

museum; chapter 2 is on Main Gallery, chapter 3 is about other Galleries; chapter 4 is


ni

on Seasonal Gallery and the activity of the Museum and the final chapter is conclusion.
U

Nowdays, the life and profession of fishermen are not well-known by others. With this

type of research, it will help to conserve and provide useful information for future

generation.

iv
PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim………

Alhamdulillahi rabbil alamin…..

Segala puji ku panjat padaMu Yang Esa


Syukur padaMu atas segala nikmat yang tidak terhitung
Kekuatan yang diberikan amat bernilai bagiku

a
Dalam mencoret secangkir warkah mencari cebisan ilmu-Mu

ay
Buat penyambung risalah nubuwwah

al
Syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberkati hidup ini dengan memberi satu
M
iltizam yang kuat untuk menyiapkan sebuah disertasi ini. Tanpa usaha dan sokongan
of
dari pelbagai pihak, kajian ini tidak akan terhasil dengan sempurna. Oleh itu,

dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
ty

terlibat dalam menjayakan kajian ini.


si

Pertama sekali jutaan terima kasih kepada Dr. Mardiana Nordin selaku penyelia
r
ve

yang banyak memberi bimbingan, sokongan dan kritikan serta membuat penelitian

setiap aspek dari permulaan hingga akhir kajian ini. Terima kasih juga kerana memberi
ni

teguran yang membina untuk saya. Moga teguran dan nasihat ini mematangkan lagi
U

minda dan menjadi pedoman dalam hidup di masa akan datang.

v
Teristimewa buat ibunda Noorlida Binti Selamat, ayahanda Latiff Bin Ahmad

dan nenda Salimah Binti Wahab, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih

diucapkan atas kasih sayang dan pengorbanan kalian. Khas buat adik-adik disayangi

Syahmi dan Nadia, teruskan perjuangan dan jadikan diri ini inspirasi untuk

mengharungi gelombang hidup yang penuh dengan dugaan. Jua buat ahli keluarga

tercinta, Mak Ngah, Pakngah, Mak Busu dan Abah, semangat dan dorongan kalian tidak

pernah dilupakan untuk mengorak langkah menuju hidup yang lebih bermakna. Jua buat

a
sesiapa sahaja yang turut membantu secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang

ay
kajian ini dilakukan, sakalung penghargaan ditintakan. Sesungguhnya apa yang baik

dimanfaatkan, sagala cacat cela harap dimaafi. Apa pun terimalah persembahan dari

al
kudrat yang berusaha mencapai redhaNya. Wassalam……
M
of
ty
si

Muhammad Khairul Bin Latiff


Jabatan Sejarah
r

Fakulti Sastera Dan Sains Sosial


ve

Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
ni
U

vi
ISI KANDUNGAN
HALAMAN
Abstrak iii

Abstract iv

Penghargaan v

Isi Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Gambar xii

a
Senarai Peta xiii

ay
Senarai Lampiran xiv

al
PENGENALAN:
Latar Belakang Kajian 1

Persoalan Kajian
M 2
of
Objektif Kajian 3

Skop Kajian 4
ty

Kepentingan Kajian 5
si

Ulasan Literatur 6
r

Kaedah Dan Sumber Penyelidikan 14


ve

Pembahagian Bab 15
ni

BAB SATU: SEJARAH AWAL PENUBUHAN DAN


PENGURUSAN MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU,
KOTA TINGGI, JOHOR
U

Pengenalan 16

Sejarah Awal Penubuhan Muzium Nelayan Tanjung Balau 17

Pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau: 22

Prinsip Asas Muzium Nelayan Tanjung Balau 23

Keperluan Asas Muzium Nelayan Tanjung Balau: 24

Misi Muzium 24

vii
Struktur Organisasi 25

Koleksi 27

Kewangan 29
30
Pemasaran
Kesimpulan 31

BAB DUA: PAPARAN PERADABAN NELAYAN DI GALERI


UTAMA

Pengenalan 32

a
Galeri Utama: 33

ay
Seksyen 1: 34

Pengenalan Muzium Nelayan 34

al
Sejarah Tanjung Balau 35
M
Sejarah Menangkap Ikan 36
of
Ramalan Dan Kepercayaan Nelayan 38

Ramalan Meteorologi 43
ty

Seksyen 2: 45
si

Peraih Dan Jeti 45


r

Alat Menangkap Ikan 47


ve

Kotak Ke Laut 49
ni

Bangau 50

Hidupan Laut 50
U

Seksyen 3: 54

Diorama Perkampungan Nelayan 54

Seksyen 4: 57

Perahu Burung Petalawati 57

Perahu Payang 57

Kesimpulan 58

viii
BAB TIGA: GALERI GEOLOGI, GALERI KESELAMATAN &
KOMUNIKASI LAUT DAN GALERI KAPAL KARAM
DESARU

Pengenalan 59

Galeri Geologi: 60

Seksyen 1: 61

Pembentukan Muka Bumi Asia 61

Fosil 63

a
Geologi 64

ay
Batuan 66

al
Seksyen 2: 67

Seksyen 3:
M
Kepelbagaian Struktur Geologi Tanjung Balau 67

71
of
Mineral 71

Seksyen 4: 73
ty

Sumbangan Geologi Terhadap Dunia 73


si

Galeri Keselamatan Dan Komunikasi Laut: 76


r

Seksyen 1: 77
ve

Rumah Api 77
ni

Kod ISM 79
U

Sistem Komunikasi Kapal 80

Tips Keselamatan Laut 81

Navigasi 82

Replika-Replika Kapal 83

Kod Keselamatan 84

Galeri Kapal Karam Desaru 86

Kesimpulan 88
ix
BAB EMPAT: GALERI BERMUSIM DAN AKTIVITI MUZIUM

Pengenalan 89

Galeri Bermusim: 90

Pameran Wau Dan Layang-Layang Antarabangsa 91

Pameran Haiwan Ganjil Dan Pelik 94

Pameran Rangka Paus Dan Barangan Antik 95

Pameran Mistik Alam Melayu 96

a
Pameran Khazanah Dasar Laut 103

ay
Pameran Topeng Mistik 106

Proses Pemuliharaan Dan Inventori Koleksi 108

al
Aktiviti-aktiviti Muzium Nelayan Tanjung Balau 112

Pesta Tanjung Balau


M 113

Bengkel Ukiran Kayu 115


of
Kesimpulan 116
ty

KESIMPULAN
si

Kesimpulan 117

BIBLIOGRAFI 126
r
ve

LAMPIRAN 130
ni
U

x
SENARAI JADUAL
Halaman
Jadual 2.1 : Pembahagian Seksyen Dan Tajuk Paparan Galeri 33
Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau

Jadual 3.1: Pembahagian Seksyen Dan Tajuk Paparan Galeri 60


Geologi Muzium Nelayan Tanjung Balau

Jadual 3.2 : Pembahagian Seksyen Dan Tajuk Paparan 76


Galeri Keselamatan Dan Komunikasi Laut Muzium
Nelayan Tanjung Balau

Jadual 3.3 : Kod Keselamatan 84

a
ay
Jadual 4.1: Pembahagian Seksyen Dan Tajuk Paparan 90
Galeri Bermusim Muzium Nelayan Tanjung Balau

al
M
of
ty
r si
ve
ni
U

xi
SENARAI GAMBAR
Halaman
Gambar 2.1: Replika Rumah Perkampungan Nelayan Di Muzium 55
Nelayan Tanjung Balau

Gambar 2.2: Diorama Nelayan Dan Peraih Ikan Di Jeti 56


Perkampungan Nelayan Di Muzium Nelayan Tanjung
Balau
Gambar 2.3: Diorama Perkampungan Nelayan Di 56
Muzium Nelayan Tanjung Balau

Gambar 4.1: Kambing Berkepala Satu Berbadan Dua 94

a
Gambar 4.2: Poster Rasmi Pameran Misteri Alam Melayu 96

ay
Gambar 4.3: Jenglot Yang Dipamerkan Di Pameran Misteri Alam 97
Melayu

al
Gambar 4.4: Ikan Duyung Yang Dipamerkan Di Pameran Misteri 98
Alam Melayu

Gambar 4.5: M
Burung Cenderawasih Yang Dipamerkan Di Pameran
Misteri Alam Melayu
99
of
Gambar 4.6: Buluh Perindu Yang Dipamerkan Di Pameran Misteri 100
Alam Melayu
ty

Gambar 4.7: Senjata Yang Dipamerkan Di Pameran Misteri Alam 101


Melayu
si

Gambar 4.8: Encik Mohammed Iqbal Rosli, Penolong Kurator, 102


Muzium Nelayan Tanjung Balau Di Segmen “Jenglot”
r

Yang Dipamerkan Di Pameran Misteri Alam Melayu


ve

Gambar 4.9: Poster Rasmi Pameran Topeng Mistik 107


ni
U

xii
SENARAI PETA
Halaman

Peta 1.1: Peta Kedudukan Pantai Tanjung Balau Di Dalam Negeri 18


Johor Darul Takzim

a
ay
al
M
of
ty
r si
ve
ni
U

xiii
SENARAI LAMPIRAN
Halaman

Lampiran 1: Bendera Kod Keselamatan Laut 130

Lampiran 2: Perahu Payang yang dipamerkan di Muzium Nelayan 131


Tanjung Balau

Lampiran 3: Perahu Burung Petalawati yang dipamerkan di Muzium 132


Nelayan Tanjung Balau

Lampiran 4: Laluan Pejalan Kaki Menuju Ke Muzium Nelayan 133


Tanjung Balau

a
ay
Lampiran 5: Diorama Nelayan Membaiki Perahu dan Jala 134

al
M
of
ty
r si
ve
ni
U

xiv
PENGENALAN
LATAR BELAKANG KAJIAN

Pelbagai jenis muzium yang dibangunkan kerajaan di Malaysia seperti Muzium

Telekom, Muzium Etnologi, Muzium Kesenian Islam dan beberapa muzium lain bagi

membuka mata rakyat dalam menghargai sejarah sebagai sebahagian daripada aset

warisan untuk generasi akan datang. Sekitar tahun 1960-an, 1970-an dan 1990-an,

hanya Muzium Negara, Muzium Negeri dan Balai Seni Lukis sahaja yang menjadi

tarikan untuk dilawati.1 Namun kini masyarakat di negara ini dan juga masyarakat luar

a
ay
berpeluang melawat satu lagi muzium iaitu Muzium Nelayan yang terletak di Tanjung

Balau, Kota Tinggi, Johor.

al
Pembinaan Muzium Nelayan Tanjung Balau sangat penting khususnya kepada
M
generasi muda kerana peranan muzium ini dalam memelihara peradaban nelayan.
of
Muzium ini merupakan hasil ilham cipta Perbadanan Kemajuan Johor Tenggara

(KEJORA). Dibangunkan dengan peruntukan RM 1.48 juta di Kampung Tanjung


ty

Balau, kira-kira 100 kilometer dari Johor Bahru. Muzium Nelayan Tanjung Balau ini
si

dibina pada 20 Ogos 1990 dan siap sepenuhnya pada 8 Julai 1992. Bangunan muzium
r

yang didirikan di tanah berkeluasan berkeluasan 4.03 hektar ini berkonsepkan seni
ve

tradisional Melayu yang direka oleh pakar dari Universiti Teknologi Malaysia.2
ni
U

1
Utusan Malaysia, 23 Februari 2010, hlm. 14.
2
Kosmo, 22 Oktober 2014, hlm. 26.
1
PERSOALAN KAJIAN

Asas pembinaan setiap muzium yang didirikan mempunyai signifikasi tersendiri

dalam menggambarkan matlamat dan misi penubuhannya. Setiap muzium yang dibina

mempunyai imej dan identiti tersendiri. Sebagai contoh, pembinaan Muzium Bugis di

Pontian Johor mempunyai signifikasi jelas dalam mencerminkan kebudayaan dan adat

resam masyarakat Bugis. Begitu juga dengan pembinaan Muzium Nelayan Tanjung

Balau, Kota Tinggi, Johor ini dimana ia menggambarkan dunia peradaban nelayan.

a
ay
Oleh yang demikian, persoalan utama yang ingin diketengahkan adalah untuk

mengkaji bagaimanakah Muzium Nelayan Tanjung Balau Kota Tinggi, Johor

al
memainkan peranan dalam mendokumentasi peradaban nelayan di Malaysia umumnya

M
dan di Tanjung Balau secara khususnya. Isi kandungan persoalan ini lebih tertumpu

kepada perkembangan pembinaan muzium, aspek pameran yang dibuat oleh pihak
of
muzium dan intipati pendokumentasian muzium ini dalam memaparkan kehidupan

nelayan.
ty
r si
ve
ni
U

2
OBJEKTIF

Objektif yang ingin dicapai daripada penulisan ini adalah mengkaji proses

penubuhan Muzium Nelayan Tanjung Balau ini daripada pencetusan idea awal, proses

pembinaan sehinggalah perasmian. Objektif pertama ini turut meneliti organisasi yang

bertanggungjawab dalam merealisasikan penubuhan Muzium Nelayan Tanjung Balau.

Objektif yang kedua adalah menganalisis paparan yang ada di setiap Galeri Muzium

Nelayan Tanjung Balau termasuklah bahan-bahan yang disimpan bagi tujuan

a
pemuliharaan dan tujuan pameran di waktu yang bersesuaian. Objektif kedua ini

ay
memberi penekanan terhadap aspek isi kandungan yang terdapat di setiap paparan.

al
Manakala objektif yang terakhir adalah meneliti aktiviti-aktiviti yang pernah

dilaksanakan oleh pihak Muzium Nelayan Tanjung Balau.


M
of
ty
r si
ve
ni
U

3
SKOP KAJIAN

Kajian ini melibatkan tempoh masa 20 tahun bermula tahun 1994 sehingga

tahun 2014. Tahun 1994 dipilih sebagai pemula tempoh masa adalah kerana tahun

tersebut merupakan tahun pertama Muzium Nelayan Tanjung Balau beroperasi.

Manakala kajian terhenti di tahun 2014 kerana pada tahun tersebut berlaku renovasi

besar-besaran di Muzium Nelayan ini. Pada tahun 2014, Kementerian Kemajuan Luar

bandar Dan Wilayah yang diterajui oleh Yang Berhormat Dato‟ Seri Hj. Mohd Shafie

a
Bin Hj Apdal telah melulus dan menyalurkan dana berjumlah RM800, 000.00 kepada

ay
KEJORA untuk tujuan renovasi Muzium Nelayan Tanjung Balau ini. Renovasi ini

al
merangkumi banyak aspek seperti dekorasi ruang pameran, hiasan dalaman, struktur

bangunan di Galeri utama dan juga penambahan ruang pameran dan paparan baru.
M
Selain itu, kesan langsung dari suntikan dana ini juga membawa kepada perubahan
of
dalam penjawatan iaitu penambahan beberapa jawatan baru di Muzium Nelayan

Tanjung Balau. Oleh yang demikian, sisi pandangan Muzium ini juga akan berubah
ty

dalam beberapa aspek penting seperti aspek paparan selepas renovasi besar-besaran ini
si

dilakukan. Renovasi ini dijangka siap sepenuhnya dalam penghujung tahun 2015.3
r
ve
ni
U

3
Wawancara dengan Encik Hamzah Bin Hj. Isa, Pengurus Kerajaan Tempatan KEJORA di Lobi Muzium
Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.
4
KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan utama dalam kajian ini adalah untuk menerokai sejarah Muzium

Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi. Kajian ini mampu menyalurkan banyak

maklumat-maklumat penting di dalam dunia peradaban nelayan. Pada masa kini, dengan

arus kemodenan yang pesat, tidak ramai yang mengetahui tentang pekerjaan nelayan,

kehidupan masyarakat nelayan dan apa jua elemen yang berkaitan dengan pekerjaan ini.

Dengan adanya kajian sebegini, ia dapat memelihara dan memberi informasi berguna

a
kepada masyarakat akan datang. Sebagai contoh di Muzium Nelayan Tanjung Balau ini

ay
terdapat pelbagai galeri yang dipamerkan seperti Galeri Geologi yang menempatkan

al
lebih 200 jenis batuan geologi dari pelbagai nilai dan bentuk. Galeri Keselamatan dan

Komunikasi Laut pula memaparkan penerangan tentang sistem komunikasi yang


M
digunakan nelayan moden. Galeri Kapal Karam Desaru pula mempamerkan artifak
of
kapal yang pernah karam di Perairan Desaru yang berusia ratusan tahun iaitu daripada

Dinasti Ming. Turut dipamerkan adalah artifak daripada Kapal Nanyang dan Kapal
ty

Turiang yang berusia 200 tahun.


si

Kepentingan yang seterusnya adalah penelitian dalam aspek sosio masyarakat


r
ve

tempatan. Di muzium ini turut dipamerkan pelbagai artifak sejarah nelayan di rantau ini

seperti sampan, pukat, bubu, jaring dan peralatan menangkap ikan. Ia juga memaparkan
ni

gambar-gambar dan lukisan mengenai suasana kampung nelayan serta kehidupan


U

masyarakatnya yang begitu akrab dan saling membantu diantara satu sama lain. Kajian

akan menyelusuri segenap aspek termasuklah kaedah dan tatacara masyarakat di sini

membuat alatan-alatan tradisional menangkap ikan dan ia dijadikan sumber ekonomi

masyarakat tempatan.

5
ULASAN LITERATUR

Terdapat beberapa penulisan yang menarik mengenai insititusi muzium yang

terdapat di Malaysia. Walaubagaimanapun, belum ada penulisan ilmiah yang

memfokuskan terhadap Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi. Salah satu

penulisan yang menarik berkaitan dengan institusi Muzium ditulis oleh Nor Hayati

Hussain dalam bukunya bertajuk Muzium Negara.4 Di dalam penulisannya, beliau

menekankan beberapa bahagian penting iaitu sejarah muzium, arkitek yang terlibat,

a
perancangan dan konsep, fasad Muzium Negara, mural, ukiran dan dekorasi serta ruang

ay
pameran di muzium tersebut. Dalam penulisan ini beliau telah menyebut senibina

al
moden mula berkembang pesat di rantau Asia Tenggara pada tahun 1950-an hingga

tahun 1970-an. Oleh itu, penubuhan sebuah muzium sebagai gedung khazanah sejarah
M
asal usul tamadun, budaya, perkembangan dan identiti sesebuah negara adalah sangat
of
penting. Ia berperanan sebagai medium pemupuk semangat kebangsaan dan menjadi

kebanggaan rakyat sesebuah negara yang berdaulat.


ty

Nor Hayati mencatatkan, muzium pertama yang dibina di Malaysia ialah


si

Muzium Perak di Taiping yang ditubuhkan pada 1886.5 Beliau juga turut merungkai
r
ve

biodata arkitek yang terlibat di dalam pembinaan muzium tersebut. Keindahan Muzium

Negara yang bercirikan aspek ketimuran dan kemelayuan adalah hasil karya Arkitek Dr
ni

Ho Kok Hoe. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang memiliki latar belakang seni,
U

maka tidak sukarlah bagi beliau untuk menyampaikan wawasan budaya negara melalui

manifestasi senibina Muzium Negara yang diilhamkannya.

4
Nor Hayati Hussain, Muzium Negara, Subang Jaya, Selangor: Massa Monographs, 2010, hlm. 1.
5
Muzium pertama dibina di Tanah Melayu ialah Muzium Perak di Taiping yang ditubuhkan pada tahun
1883. Kemudian, Muzium Sarawak telah dibina di Kuching oleh Raja II Sarawak, Sir Charles Brooke
pada tahun 1888. Muzium Negeri Selangor pula dibina pada tahun 1899. Pada tahun 1910, pihak
pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan di bawah Persekutuan Jabatan Muzium
Negeri Melayu. Rujuk: Abdullah Bin Haji Jedi, „Muzium Negara Malaysia: Sejarah Perkembangan 1958
-1975‟, Latihan Ilmiah B.A., Universiti Kebangsaan Malaysia, 1981, hlm. 29.
6
Penulis juga mengemukakan perancangan dan konsep pembinaannya. Bagi

mendapatkan bangunan yang indah, arkitek Ho menggunakan prinsip klasik “golden

rectangle”. Ia adalah kaedah asas bagi mendapatkan perkadaran fasad bangunan yang

seimbang, di mana cara ini digunakan dalam mengekalkan prinsip bangunan-bangunan

lama di Greek mahupun di Rom.6 Beliau mengatakan, “golden rectangle” adalah

sistem perkadaran yang telah diterima pakai oleh artis, arkitek dan ahli matematik.

Di dalam bahagian tajuk kecil Fasad Muzium Negara pula, penulis merungkai

a
satu persatu bentuk bangunan Muzium Negara daripada pelbagai pandangan. Sebagai

ay
contoh, daripada pandangan hadapan, fasad Muzium Negara boleh dibahagikan kepada

al
tiga bahagian iaitu bahagian asas, badan dan bumbung. Bahagian asas iaitu paras

tingkat bawah menyerupai rumah tradisional Melayu berlantai tinggi. Dinding di


M
tingkat bawah dimasukkan ke dalam, bertujuan menonjolkan lagi tiang-tiang rumah
of
yang menyokong bangunan disamping berfungsi sebagai simbol kolong rumah Melayu

tradsional. Terdapat 26 batang tiang tertonjol dengan 13 tiang di kedua-dua belah sayap
ty

bangunan. Ia merupakan simbolik 13 buah negeri di Malaysia.7 Tuntasnya karya Nor


si

Hayati Hussain ini menggarap segenap aspek visualiti segala apa yang ada di Muzium
r

Negara. Hasil penulisan Nor Hayati Hussian ini sangat teliti dimana keseluruhan
ve

kandungan penulisannya sangat terperinci mengenai segala aspek bangunan Muzium


ni

Negara. Penulisannya tertumpu pada sejarah awal muzium dan juga pandangan dari
U

kacamata arkitek.

Walaubagaimanapun, kajian ini tidak akan menyentuh secara mendalam

mengenai rekabentuk bangunan Muzium Nelayan Tanjung Balau seperti penulisan Nor

Hayati. Kajian ini memberi penumpuan di dalam aspek urus tadbir Muzium, aspek

pendokumentasian dan juga perkembangan muzium.

6
Janet Tee Siew Mooi, „Face to Face with the Architect of Muzium Negara‟. Berita JMA, Jil. 26, No. 2,
Jan. 2000, hlm. 18-19.
7
Harian Metro, 25 Ogos 2003, hlm. 25.
7
Usaha untuk memperlihatkan tema-tema berkaitan muzium ini juga terdapat

dalam sebuah penulisan daripada Dzulfawati Hj. Hassan dalam buku bertajuk “Muzium

Dan Cabaran Menjelang Abad Ke-21”.8 Penulisan buku ini merangkumi koleksi

himpunan kertas-kertas kerja sewaktu Kongres Antarabangsa Jaringan Muzium Asia

Timur. Secara asasnya buku ini mempunyai sembilan bahagian. Bahagian satu berjudul

Muzium Kita: Meneroka Bidang Baru. Di dalam bahagian ini terdapat enam penulis

terdiri daripada pelbagai negara seperti Indonesia, Korea dan juga Jepun. Kupasan

a
bahagian ini menjurus kepada perkembangan muzium di negara masing-masing. Boleh

ay
dikatakan bahagian awal buku ini banyak meneroka aspek pengertian sebuah muzium

menurut sisi kacamata negara masing-masing. Bahagian satu buku ini juga menyentuh

al
mengenai sistem permuziuman mengikut negara masing-masing dan perkongsian
M
pengalaman yang berlaku di negara penulis.
of
Buku ini sangat menyerlah di bahagian ketiga yang berjudul Muzium Dan

Masyarakat: Fungsi, Objektif Dan Peranan. Bahagian ketiga buku ini mengupas
ty

objektif utama penubuhan muzium. Muzium diwujudkan bagi menjalankan


si

penyelidikan dan kajian secara terperinci mengenai sejarah dan kebudayaan termasuk
r

segala yang berkaitan dengan alam kemanusian dan alam semulajadi. Penyelidikan
ve

serta kajian ini dijalankan sama ada melalui sumber-sumber lisan, surat-surat,
ni

dokumen-dokumen dan bahan-bahan tinggalan yang tersimpan ataupun melalui


U

penyelidikan dan kajian luar.9 Penulis juga merungkai peranan muzium pada hari ini

dan meneliti peranan muzium sebagai hub pendidikan.

8
Dzulfawati Hassan, Muzium Dan Cabaran Menjelang Abad Ke-21, Kuala Lumpur: Institut
Perkembangan Minda (INMIND), 1999, hlm. 71-112.
9
Aziz Deraman, „Kenapa Muzium Etnologi Dunia Melayu Malaysia?‟, Kertas kerja Bengkel „Muzium
Nasional Etnografi Dunia Melayu‟, Muzium Kelantan, 7-8 Ogos 1990, hlm. 1-17.
8
Bahagian keempat buku ini lebih tertumpu kepada kaedah ataupun tatacara

pengurusan sesebuah muzium. Bahagian ini mengupas keperluan asas dalam

pengurusan muzium. Sir Roy Strong, bekas Pengarah Victoria dan Albert Museum,

London menyatakan,

Planning, targeting and long term strategies were never really a


part of museum life as I remember in the 1950s and 1960s, on
the whole it was a piece-meal pragmatic approach. This lack of
emphasis in management was not, it appears peculiar to Britian.

a
A review of museum management in the United State in the

ay
1970s considered that the well-run museum is an accident. Most
trustees and directors are either unfamiliar with modern

al
management principles or have never thought to apply them to
museum.
M
Pandangan Roy Strong ini merupakan rumusan atau analisis hasil penyelidikan yang
of
beliau telah kendalikan beberapa lama dalam aspek pengurusan muzium di Britain dan

Amerika Syarikat. Ia boleh digunakan sebagai panduan dalam menetapkan asas-asas


ty

keperluan penubuhan dan pengurusan sesebuah muzium.10


si

Seterusnya bahagian yang penting di dalam buku ini adalah bahagian keenam
r
ve

yang berjudul Koleksi Muzium Kita: Satu Penilaian Umum dan bahagian ketujuh iaitu

Penekanan Bidang Dan Disiplin Koleksi Muzium. Di dalam bahagian keenam dan
ni

ketujuh ini memaparkan teknik pengumpulan dan pengurusan sumber bagi


U

membangunkan perspektif teoritikal. Di bahagian yang kelapan buku ini pula berjudul

Peranan Muzium Dalam Mendidik Masyarakat: Pendidikan Formal Dan Tidak Formal.

Di bahagian ini penulis cuba merangkumkan peranan yang dimainkan oleh institusi

muzium dan sumbangannya terhadap masyarakat tempatan mahupun luar khusunya

dalam bidang pendidikan baik secara formal mahupun tidak formal.

10
G.D. Adams, Museum Public Relations, Nashville, TN: American Association for State and Local
History, 1983, hlm. 66.
9
Kajian ini pula tidak mengangkat topik pengertian muzium sebagai topik utama

penulisan. Namun, terdapat juga aspek lain yang ditekankan dalam kajian ini seperti

topik di bahagian ketujuh buku tersebut iaitu topik mengenai disiplin dalam aspek

koleksi. Walaubagaimanapun, topik tersebut memberi pengkhususan dalam prinsip dan

asas yang telah ditetapkan oleh pihak KEJORA dalam pengurusan koleksi.

Penulisan ketiga yang berkaitan dengan kajian ini adalah tulisan Ayuni Rezwan

berjudul Di Manakah Budaya Bangsa Dipelihara.11 Tulisannya lebih berbentuk

a
dokumentasi beberapa muzium yang terdapat di Malaysia. Intipati pengenalannya

ay
menceritakan pada zaman klasik Yunani. Muzium pertama dipercayai telah ditubuhkan

di Iskandariah, Mesir pada abad ke-3 sebelum Masihi. Sejak itu, institusi ini mula

al
mendapat perhatian ramai terutama daripada cendiakawan dan para ilmuan berlumba-
M
lumba memberikan definisi muzium yang paling sesuai.12 Bab 1 mengisahkan mengenai
of
Muzium Negara dan Muzium Negeri Selangor. Manakala bab 2 berkisar mengenai

Muzium Negeri Melaka dan Negeri Sembilan seterusnya bab ke 3 adalah mengenai
ty

Muzium Negeri Johor, Pahang dan Kelantan. Setiap satu muzium tersebut dikupas
si

dalam skop latar belakang kajian, bangunan muzium dan juga ruang pameran. Kajian
r

Muzium Nelayan Tanjung Balau pula memberi penelitian aspek paparan dan pameran
ve

yang terdapat dalamnya. Penelitian dibuat di setiap galeri dan aktiviti-aktiviti yang
ni

pernah dianjurkan oleh pihak Muzium Nelayan Tanjung Balau. Nor Ayuni Rezwan pula

tidak menyentuh aspek aktiviti yang pernah dianjurkan oleh muzium tetapi
U

penulisannya berkisar mengenai aspek latar belakang muzium.

11
Ayuni Rezwan, Dimanakah Budaya Bangsa Diperihara, Seri Kembangan, Selangor: Penerbitan
Premier, 2009, hlm. 1-23.
12
Aziz Deraman, „Kenapa Muzium Etnologi Dunia Melayu Malaysia?‟, hlm. 26.
10
Penulisan keempat yang diteliti adalah buku terbitan Jabatan Muzium Malaysia

yang berjudul Koleksi Muzium Negara: Penerokaan Sejarah Dan Budaya.13 Buku ini

mengandungi keterangan koleksi-koleksi terpilih yang terdapat di gedung khazanah

Negara ini. Kesemua koleksi yang dipaparkan dalam buku ini mempunyai nilai sejarah

yang tinggi dan telah dikumpul serta dipulihara mengikut piawaian muzium. Penerbitan

buku ini merupakan penerokaan terhadap koleksi yang merupakan satu cerminan dan

jalan cerita tentang sejarah dan budaya Malaysia. Walaubagaimanapun, penelitian buku

a
ini hanya tertumpu pada aspek koleksi sahaja. Kajian Muzium Nelayan Tanjung Balau

ay
juga turut menyentuh aspek koleksi yang terdapat didalamnya tetapi kajian ini ditambah

satu elemen lain iaitu perkembangan sesuatu paparan tersebut.

al
Penulisan yang kelima yang diteliti adalah buku berjudul Koleksi Pilihan Dunia
M
Melayu.14 Buku terbitan Jabatan Muzium Malaysia ini memperihalkan mengenai
of
koleksi dunia Melayu. Buku ini memperihalkan mengenai pengumpulan pelbagai

artifak dari seluruh dunia yang berkaitan dengan Alam Melayu meliputi dari Kepulauan
ty

Melayu, beberapa kawasan lain yang mempunyai hubungan geografi dan kebudayaan
si

Melayu, Afrika Selatan serta Indo-China. Penulisannya sangat teliti dalam


r

memperihalkan setiap koleksi yang ditemui. Kajian Muzium Nelayan Tanjung Balau
ve

tidak memperihalkan asal-usul setiap koleksi itu ditemui dan dari manakah motif
ni

kedatangan sesuatu koleksi itu secara terperinci. Walaubagaimanapun, buku ini amat

membantu dari sudut pengendalian, pemuliharaan dan tatacara-tatacara yang betul


U

dalam mengendalikan artifak. Hal ini amat penting kerana setiap artifak berbeza antara

satu sama lain dan kaedah pengendaliannya juga turut dipengaruhi oleh jenis dan bentuk

artifak yang sedang dikaji.

13
Jabatan Muzium Malaysia, Koleksi Muzium Negara: Penerokaan Sejarah Dan Budaya, Kuala Lumpur:
Penerbit Jabatan Muzium Malaysia, 2014, hlm. 1-42.
14
Jabatan Muzium Malaysia, Koleksi Pilihan Dunia Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Jabatan Muzium
Malaysia, 2009, hlm. 1-26.
11
Penulisan keenam yang diteliti adalah penulisan Abu Talib Ahmad yang

berjudul Museums, History and Culture in Malaysia.15 Penulisan Abu Talib Ahmad ini

merangkumi lima bahagian utama. Setiap daripadanya memperlihatkan pelbagai aspek-

aspek utama berkaitan dengan muzium. Aspek yang disentuh bermula daripada aspek

gambaran dan diorama sehinggalah kepada aspek pengurusan dan ideologikal yang

mempengaruhi konsep sesebuah muzium. Selain itu, penulisan ini turut menyentuh

topik mengenai polisi kebangsaan terhadap perkembangan sejarah kebangsaan melalui

a
gambaran-gambaran penting di muzium, sejarah negeri dan pembesar-pembesar diraja.

ay
Buku ini turut membuka ruang diskusi mengenai galeri-galeri yang memperlihatkan

memorial yang mengangkat kisah tokoh-tokoh negara. Penulisan ini menyenaraikan

al
intipati yang sangat komprehensif mengenai muzium-muzium yang terdapat di
M
Malaysia beserta penilaian koleksi di setiap muzium.
of
Buku ini memberi tumpuan kepada aspek pengertian muzium era pasca kolonial

di Malaysia. Abu Talib Ahmad jelas memberi fokus kepada penubuhan Muzium Negara
ty

sebagai intipati utama. Namun, penulisannya turut menyentuh muzium lain termasuk
si

Muzium Negeri serta memberikan perbandingan beberapa muzium yang terdapat di


r

Malaysia. Muzium di Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan pembangunan


ve

negara kerana ia menonjolkan pengalaman yang dikongsi bersama pada masa lalu.
ni

Kebanyakkan bahagian di dalam buku ini mencakupi ruang masa yang berbeza. Penulis
U

cekap menganalisis kisah-kisah sejarah di Malaysia. Penulis merungkai perbezaan

utama di antara Muzium Negara dan Muzium Negeri semenjak era kedatangan islam

serta meneliti kepentingan penjajahan Jepun dalam Sejarah Malaysia yang dilihat dapat

menyerlahkan penulisan sejarah Malaysia. Penulis memberikan latar belakang sejarah

Malaysia purba dengan pandangan keseluruhan apa yang telah ditemui melalui

penemuan arkeologi terutamanya di negeri-negeri seperti Kedah, Perlis dan Perak.

15
Abu Talib Ahmad, Museums History And Culture in Malaysia, Singapore: NUS Press, 2015, hlm. 1-78.
12
Perbincangan tertumpu kepada tempoh prasejarah animistik, tempoh Hindu-Buddha dan

juga kedatangan Islam. Penulis memperihalkan penemuan arkeologi yang menunjukkan

orang Melayu telah mewarisi warisan Hindu-Buddha yang selama berabad-abad

membentuk budaya mereka. Penulis turut memberi keutamaan dan pemfokusan dalam

topik Melaka.

Secara keseluruhannya, buku ini sangat teliti dalam memperihal mengenai

institusi muzium di Malaysia. Topik pendudukan Jepun ditulis dengan baik dan

a
disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami. Selain itu, penulis juga mengangkat

ay
topik mengenai orang asli di dalam penulisannya. Perbincangan mengenai Orang Asli

al
boleh diberi ruang yang besar dan terdapat banyak maklumat mengenai Muzium Orang

Asli diulas pada buku ini. Ia turut menyumbang ke arah pemahaman rakyat Malaysia
M
mengenai budaya dan sejarah masyarakat orang asli. Perbincangan latar belakang
of
kumpulan etnik ini boleh diluaskan dengan melihat orang Austro-Melanesia di seluruh

Asia Tenggara. Selain daripada itu, di dalam satu bahagian lain, penulis cuba untuk
ty

menyatakan pelbagai pameran dan diorama yang digambarkan dalam muzium awam
si

ataupun muzium negeri cenderung untuk kearah Melayu-Centric. Penulis menyatakan


r

hampir setiap muzium di Malaysia kurang memberi penekanan dan mengabaikan


ve

sejarah bukan Melayu dalam sumbangan mereka ke arah menjadikan Tanah Melayu ini
ni

moden. Satu lagi perkara penting di dalam penulisan ini adalah fasa sebelum
U

kedatangan Islam Sejarah Melayu iaitu fasa Hindu-Buddha yang seringkali diabaikan

dalam muzium Malaysia, sekali gus menafikan pelajar sejarah Malaysia daripada

memahami sepenuhnya budaya masa lalu dan sejarah Melayu.

13
KAEDAH PENYELIDIKAN DAN SUMBER

Bagi memperoleh sumber kajian, pengkaji menggunakan tiga kaedah iaitu gerak

kerja ke perpustakaan, wawancara dan pemerhatian. Sehubungan dengan itu, gerak

kerja perpustakaan dilakukan di beberapa seperti Pusat Sumber Jabatan Sejarah,

Universiti Malaaya, Perpustakaan Utama Universiti Malaya dan Perpustakaan

Peringatan Za‟ba, Universiti Malaya. Selain itu, terdapat juga lokasi lain yang

dikunjungi seperti Ibu Pejabat KEJORA, Yayasan Warisan Johor dan Perpustakaan

a
Awam Bandar Penawar. Bahan-bahan yang diperolehi adalah seperti laporan-laporan

ay
tahunan, kertas kerja persidangan, laporan gerak kerja, buletin rasmi, minit mesyuarat,

al
buku, jurnal, akhbar, majalah, tesis dan disertasi. Selain mendapatkan sumber dari

Perpustakaan Universiti Malaya, pengkaji juga merujuk bahan yang terdapat di Muzium
M
Nelayan Tanjung Balau, Muzium Etnologi dan Muzium Daerah Kota Tinggi.
of
Kebanyakan bahan-bahan yang berkaitan dengan kajian boleh didapati di tempat

tersebut.
ty

Kaedah kedua pula adalah daripada sumber lisan. Pengkaji turut menggunakan
si

kaedah wawancara beberapa individu yang berkaitan di dalam kajian ini seperti Encik
r
ve

Hamzah Bin Hj. Isa iaitu Pengurus Kerajaan Tempatan KEJORA dan Puan Noriah

Hussain iaitu Penolong Pengurus Pelancongan KEJORA. Manakala kaedah yang ketiga
ni

adalah melalui pemerhatian ke lokasi yang berkaitan. Sementara itu, penelitian terhadap
U

laman sesawang sebagai sumber pula dihadkan kepada laman web rasmi kerajaan atau

badan berkanun sahaja. Laman web yang digunakan di dalam kajian ini adalah seperti

laman web rasmi KEJORA, blog rasmi Muzium Nelayan Tanjung Balau dan lain-lain.

14
PEMBAHAGIAN BAB

Secara keseluruhannya kajian ini merangkumi 5 bab. Bab 1 kajian ini tertumpu

kepada pengenalan awal kajian. Disebabkan kajian ini berbentuk kajian sebuah institusi,

bab 1 ini dipecahkan kepada 2 bahagian di dalamnya. Bahagian yang pertama adalah

“Sejarah Awal Penubuhan Muzium Nelayan Tanjung Balau” dan bahagian kedua adalah

“Pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau”.

Bab 2 kajian ini memperjelaskan bahagian yang penting iaitu pendokumentasian

a
ay
Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau. Segenap aspek pameran di dalam Galeri

Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau ini akan diperjelaskan di dalam bab ini.

al
Bab 3 kajian ini pula memberi fokus pada tiga lagi galeri lain iaitu Galeri
M
Geologi, Galeri Keselamatan dan Komuikasi Laut dan Galeri Kapal Karam. Penelitian

dibuat terhadap semua barang, bahan dan artifak yang dipamerkan. Seterusnya penulis
of
meneliti aspek penemuan barang-barang yang dipamerkan, aspek penjagaan,
ty

penyimpanan dan juga aspek pemuliharaan bahan sejarah tersebut.


si

Bab 4 kajian ini menjurus kepada Galeri Bermusim dan semua aktiviti yang
r

dilakukan oleh pihak muzium sepanjang takwim penubuhannya sehingga tahun 2004.
ve

Kesemua pameran dan aktiviti yang dilakukan oleh pihak Muzium Nelayan Tanjung
ni

Balau akan dibincangkan di dalam bab ini.


U

Bab terakhir adalah kesimpulan dimana rangkuman keseluruhan dibuat di dalam

bab ini. Hipotesis dan kesimpulan akan dihuraikan. Dapatan kajian penuh di dalam

kajian ini akan dipaparkan didalam bab yang terakhir ini.

15
BAB SATU

SEJARAH AWAL PENUBUHAN DAN PENGURUSAN MUZIUM


NELAYAN TANJUNG BALAU, KOTA TINGGI, JOHOR

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dalam pelbagai aspek

termasuklah dalam aspek budaya dan warisan. Budaya dan warisan merupakan antara

pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi khususnya dalam bidang pelancongan. Selain

a
dalam bidang pelancongan, warisan turut memiliki kepentingan dalam bidang

ay
pendidikan kepada masyarakat. Salah satu institusi yang berperanan sebagai medium

pendidikan mengenai warisan adalah muzium. Sebagaimana yang diketahui umum,

al
muzium merupakan organisasi yang sudah bertapak sejak bertahun lamanya dan mampu
M
berdiri teguh di Malaysia. Perkembangannya ini mampu menyerlahkan fungsi dan
of
peranan institusi muzium ke arah yang lebih tinggi sejajar dengan citarasa dan tuntutan

masyarakat pada masa kini.


ty

Pelbagai jenis muzium yang dibangunkan kerajaan bagi membuka mata


si

masyarakat untuk menghargai sejarah sebagai sebahagian daripada warisan. Jika


r
ve

diamati pada tahun 1960-an hingga 1990-an antara lokasi muzium yang seringkali

menjadi tarikan untuk dilawati hanyalah Muzium Negara, Muzium Negeri dan Muzium
ni

Seni Lukis.1 Namun, pada 1994, muncul sebuah lagi muzium iaitu Muzium Nelayan
U

Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Muzium Nelayan ini terletak di persisiran pantai

Tanjung Balau dan menghadap Laut China Selatan. Pada tahun pembukaannya iaitu

tahun 1994, muzium ini merupakan satu-satunya Muzium di Malaysia yang mengangkat

tema nelayan sebagai subjek utama paparan.2

1
Utusan Malaysia, 23 Februari 2010, hlm. 15.
2
Wawancara dengan Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan Tanjung
Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.
16
SEJARAH AWAL PENUBUHAN MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) merupakan sebuah agensi

kerajaan yang bertanggungjawab menyelaras dan membangunkan kawasan Wilayah

Johor Tenggara.3 Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab ke atas pembangunan

300,480 hektar tanah di negeri Johor, peranan yang dimainkan oleh KEJORA adalah

penting dalam memastikan setiap rancangan berjalan dengan licin dan berkesan.4

Autoriti dan pentadbiran KEJORA dilaksanakan sebagaimana yang termaktub dalam

a
Pelan Induk Johor Tenggara (Plan G 738) di bawah 410 Kanun Tanah Negara

ay
sebagaimana PU (B) 219 bertarikh 29 Mei 1973.5

al
Salah satu kawasan pentadbiran KEJORA di bawah Pelan Induk Johor Tenggara

M
(Plan G 738) adalah kawasan Pelancongan Desaru bermula dari Tanjung Sedili

sehingga ke Teluk Ramunia.6 Strategi-strategi dalam sektor pelancongan telah disusun


of
bagi melaksanakan rancangan yang telah digariskan sama ada di dalam pelan induk

mahupun rancangan-rancangan sampingan dari semasa ke semasa.7 Di dalam kawasan


ty

Pelancongan Desaru tersebut, kawasan peranginan Tanjung Balau dilihat oleh KEJORA
si

sebagai salah satu prospek pelancongan berdaya saing di masa depan.


r
ve

3
ni

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972. KEJORA telah
diwujudkan hasil cetusan idea oleh Tan Sri Haji Othman Bin Mohd Saat iaitu Menteri Besar Johor setelah
beliau berbincang bersama Tun Haji Abd. Razak Bin Dato‟ Husein. KEJORA ditubuhkan di bawah akta
U

Parlimen 75 iaitu “Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara”. Sebagai tambahan kepada akta ini, satu
Enakmen Negeri telah ditubuhkan untuk menyerahkan tugas-tugas tertentu yang meliputi hal ehwal tanah
dan pentadbiran kepada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara. Pembinaan bandar-bandar ini adalah
bertujuan untuk menampung pertumbuhan penduduk dan melaksanakan obligasi sosial dan ekonomi oleh
KEJORA. Konsep pembinaan bandar-bandar baru dilaksanakan mengikut objektif untuk memberikan
segala kemudahan sosial mengikut "projected urban national standard" bagi membolehkan ia
mempunyai daya saing dan daya keluaran yang lebih tinggi, efisyen dan mampan. Rujuk:
http://www.lbjt.gov.my/latarbelakang-johor tenggara (tarikh diakses pada 12 Jun 2015).
4
Johari Mat, Regional Development In West Malaysia: A Comparative Effectiveness Study Of JENGKA,
DARA, KEJORA And KETENGAH, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara, 1983, hlm. 51-89.
5
Wawancara dengan Puan Noriah Hussain, Penolong Pengurus pelancongan KEJORA di Muzium
Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.
6
Latar Belakang Johor Tenggara, web rasmi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara,
http://www.lbjt.gov.my/latarbelakang-johor-tenggara;, (tarikh akses pada 12 Jun 2015).
7
Mohd. Shukri Abdullah, Strategi Pembangunan Desa Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 13-28.
17
Peta 1.1
Peta Kedudukan Pantai Tanjung Balau Di Dalam Negeri Johor Darul Takzim.

a
ay
al
M
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada, Latar Belakang Johor Tenggara, web rasmi
of
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), http://www.lbjt.gov.my/latarbelakang-
johor-tenggara;jsessionid=5F4D29C9F0EC1D327A2F82428C493736, akses pada 12
Jun 2015.)
ty

Tanjung Balau terletak di daerah Kota Tinggi, Johor. Terumbu Pantai Tanjung
si

Balau yang kaya dengan ikan dan udang ini menjadi tempat tumpuan nelayan bermusim
r
ve

untuk mendirikan penempatan sementara. Setibanya musim tengkujuh, mereka akan

pulang ke kampung halaman masing-masing.8 Kekayaan hasil laut Pantai Tanjung


ni

Balau yang menjadi tumpuan nelayan bermusim ini telah mendorong KEJORA untuk
U

membangunkannya sebagai salah satu pusat pelancongan. Maka dengan itu, pada tahun

1985, KEJORA telah membina satu perkampungan nelayan yang terancang dan

tersusun. Kemudian, kesemua nelayan bermusim yang tinggal di penempatan sementara

ini dipindahkan ke kawasan perkampungan tersusun tersebut.9

8
Wawancara dengan Puan Noriah Hussain, Penolong Pengurus pelancongan KEJORA di Muzium
Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.
9
Wawancara dengan Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan Tanjung
Balau di Lobi Muzlum Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.
18
Strategi KEJORA dalam membina Perkampungan Nelayan Tersusun pada tahun

1985 ini ternyata menunjukkan kesan positif . Bilangan pelancong dari dalam dan luar

negara yang datang ke Tanjung Balau dilihat meningkat saban tahun. Selain dapat

menikmati keindahan pantai di Tanjung Balau, para pengunjung juga boleh melihat

secara dekat kehidupan sebenar nelayan di Tanjung Balau. Rentetan itu, pihak KEJORA

mencari formula baru dalam memastikan bilangan pelancong ini terus meningkat di

masa akan datang. Melihat kepada faktor lokasi Tanjung Balau sebagai pusat

a
pelancongan dan penempatan perkampungan nelayan, KEJORA merancang untuk

ay
membina sebuah muzium berkonsepkan nelayan di Tanjung Balau.10 Selain daripada

melihat secara dekat aktiviti nelayan di Tanjung Balau, pembinaan muzium ini dapat

al
mendokumentasi segala hal ehwal dunia peradaban nelayan secara lebih sistematik.
M
Muzium berkonsepkan nelayan ini dilihat sebagai satu strategi baru KEJORA dalam

memastikan pengunjung terus datang ke pusat pelancongan Tanjung Balau.


of

Oleh itu, pada tanggal 20 Ogos 1990, Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota
ty

Tinggi Johor ini mula dibina.11 Muzium Nelayan hasil ilham cipta KEJORA ini
si

dibangunkan dengan peruntukan sebanyak RM1.48 juta dan bangunan ini siap
r

sepenuhnya pada 8 Julai 1992.12 Muzium Nelayan Tanjung Balau ini mula dibuka
ve

kepada pengunjung pada September 1994. Bangunan utama muzium ini merupakan
ni

sebuah bangunan kayu dan ia berkeluasan 2,197 kaki persegi. Bangunan Muzium
U

Nelayan Tanjung Balau yang menghadap Laut China Selatan ini dirasmikan oleh Duli

Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor

pada 4 Julai 2001.13

10
Wawancara dengan Puan Noriah Hussain, Penolong Pengurus pelancongan KEJORA di Muzium
Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.
11
Utusan Malaysia, 23 Februari 2010, hlm. 14.
12
Wawancara dengan Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan Tanjung
Balau di Lobi Muzlum Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.
13
Utusan Malaysia, 23 Februari 2010, hlm. 15.
19
Bahan pameran di muzium ini terdiri daripada semua jenis kelengkapan yang

digunakan oleh nelayan untuk turun ke laut. Turut dipamerkan elemen-elemen yang

berkaitan dengan dunia nelayan seperti aktiviti hiburan bagi golongan nelayan, pakaian,

kediaman dan lain-lain lagi. Objektif utama pembinaannya adalah sebagai pusat rujukan

ilmu pengetahuan bagi seluruh lapisan masyarakat dan sebagai satu tarikan

pelancongan. Selain itu, pembinaan muzium ini dapat menghargai jasa para nelayan

sekali gus menjadi satu-satunya muzium nelayan dan perikanan di negara ini pada

a
waktu tersebut.14

ay
Salah satu sumber ekonomi penduduk di Tanjung Balau adalah menangkap ikan.

al
Muzium ini mempamerkan pelbagai artifak sejarah nelayan tempatan ini seperti

sampan, pukat, bubu, jaring dan pelbagai peralatan menangkap ikan. Ia juga turut
M
memaparkan gambar-gambar dan lukisan mengenai suasana kampung nelayan serta
of
kehidupan masyarakatnya yang begitu akrab dan saling bantu membantu di antara satu

sama lain. Selain daripada itu, pihak Muzium Nelayan Tanjung Balau turut meletakkan
ty

keterangan bagi setiap artifak yang dipamerkan sebagai panduan kepada pengunjung
si

untuk memahami fungsi setiap artifak tersebut. Langkah ini amat membantu
r

pengunjung memahami alatan yang digunakan oleh nelayan. Antara artifak yang
ve

disertakan keterangan adalah Bubu dan Serkap.15


ni
U

14
Kosmo, 22 Oktober 2014, hlm. 26.
15
Bubu merupakan sejenis alat menangkap ikan dan termasuk dalam kumpulan perangkap. Terdapat
beberapa jenis bubu antaranya ialah bubu batang, bubu daun, bubu janbul dan bubu sadah. Secara amnya,
sebuah bubu dibentuk daripada tapak berbentuk empat segi bujur yang diperbuat daripada rotan atau
buluh mengikut rupa bentuk tertentu. Seluruh tapak dan rangka ini diliputi dengan kawat mata punai. Di
bahagian depannya terdapat satu pintu masuk yang dipanggil injap yang berbentuk seperti leher kuda.
Fungsinya adalah untuk memerangkap hasil tangkapan dengan membenarkan ikan masuk tetapi
menghalangnya daripada keluar, manakala satu lagi pintu yang boleh dibuka dan ditutup, berada di
bahagian tapak untuk mengeluarkan hasil tangkapan. Antara hasil tangkapan ikan yang biasa diperolehi
ialah ikan sepat, keli, haruan, puyu dan ikan air tawar yang lain yang amat digemari oleh masyarakat
desa. Rujuk: „Alat Menangkap Ikan dan Jerat Tradisional‟, (Pamplet).
20
Serkap merupakan diantara alat menangkap ikan yang seringkali digunakan oleh

nelayan.16 Sauk pula digunakan untuk menangkap ikan, memungut siput dan remis di

sungai-sungai.17 Di Muzium Nelayan Tanjung Balau ini juga terdapat Replika Perahu

Burung Petalawati. Ia berasal dari negeri Kelantan. Ia diberi nama berdasarkan

rekabentuk bahagian hadapan perahu yang berbentuk kepala Burung Petalawati. Pada

zaman dahulu setiap kali perayaan keputeraan Sultan, baginda akan diarak di dalam

perahu Burung Petalawati ini. Namun kini upacara itu tidak lagi diamalkan kerana

a
dianggap mengandungi unsur-unsur khurafat.18 Replika perahu ini dipamerkan bagi

ay
menunjukkan kemahiran seni ukiran halus yang diukir di bahagian kepala perahu dan

ekornya. Selain daripada replika Perahu Burung Petalawati, terdapat juga replika

al
Perahu Payang yang merupakan perahu terbesar digunakan di Terengganu untuk
M
menangkap ikan. Operasi memukatnya adalah di kawasan laut dalam menggunakan

pukat payang dengan awak-awak seramai kira-kira 15 orang. Perahu ini dikenali sebagai
of
perahu payang berdasarkan operasi memukatnya yang kebiasaan menggunakan pukat
ty

payang. Koleksi dan paparan yang selanjutnya akan dibincangkan di bab-bab yang
si

berikutnya.
r
ve
ni

16
Serkap merupakan sejenis alat penangkapan ikan Melayu traditional yang terdapat dalam pelbagai
U

jenis. Antaranya ialah "serkap Perlis","serkap Banjar" dan "serkap Kedah". Serkap lazimnya diperbuat
daripada buluh, rotan, akar atau bemban. Serkap diperbuat daripada buluh yang diraut halus. Buluh yang
biasa digunakan ialah buluh duri dan buluh tela. Manakala akar yang digunakan adalah akar pukang dan
rotan biasa. Kemudian buluh tersebut akan disusun di atas kerangka yang berbentuk bulat. Kerangka itu
pula diperbuat daripada buluh yang dililit menggunakan rautan rotan. Ia berbentuk seperti kelongsong dan
terbuka hujungnya. Penangkap ikan akan berjalan sambil menyerkap secara rawak ke dalam air atau
lumpur kemudian menggagau ke dalam serkap tersebut. Serkap biasanya digunakan untuk menangkap
ikan haruan, keli dan puyu terutamanya di dalam kubang air di sawah pada musim kemarau. Serkap juga
boleh digunakan bagi menangkap dan mengurung ayam. Rujuk: „Alat Menangkap Ikan dan Jerat
Tradisional‟, (Pamplet).
17
Sauk mempunyai pemegang yang diperbuat daripada kayu bersaiz sederhana mengikut keselesaan dan
keperluan tersendiri. Bahagian sauk yang berbentuk penceduk itu diliputi dengan jaringan berlubang kecil
bagi membenarkan air keluar dan meninggalkan hasil yang disauk di dalamnya. Ikan yang biasa
ditangkap dengan menggunakan sauk adalah seperti kalui dan belida. Rujuk: „Alat Menangkap Ikan dan
Jerat Tradisional‟, (Pamplet).
18
Adi Taha, Muzium Sebagai Pusat Pembelajaran, Buletin JMA, Jil. 12, No. 6, Feb. 2001, hlm. 8-25.
21
PENGURUSAN MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU

Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM) pada mesyuarat Agongnya 1974 telah

menggariskan definisi muzium sebagai institusi bersifat tetap. Muzium juga tidak

mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya

terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan dan mempamerkan

untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti ketinggalan manusia

dan persekitaran.19 Oleh itu, untuk memenuhi segala aspek yang terdapat dalam definisi

a
yang telah digariskan oleh ICOM, pihak pengurusan sesebuah muzium perlu

ay
memainkan peranan penting. Aspek pengurusan merupakan perkara penting yang perlu

al
diutamakan dalam kewujudan sesuatu muzium kerana pihak pengurusan yang menjadi

tunggak utama dalam pemantapan sesebuah muzium.20 Selain itu, tahap pencapaian
M
sesebuah muzium juga dapat diukur dan dikenalpasti melalui sistem pengurusannya.
of
Organisasi pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau dibentuk berpandukan

kepada dasar-dasar yang telah ditetapkan KEJORA dan digerakkan di atas landasan
ty

struktur pengurusan yang serasi dan selari dengan misi, visi, objektif dan fungsi
si

sesebuah muzium. Setiap muzium tidak semestinya mempunyai sistem organisasi yang
r
ve

sama tetapi setiap muzium perlu menepati kehendak program dan pengurusan seperti

pentadbiran, kewangan, penerbitan, editorial, latihan, pusat rekod, arkib, perhubungan


ni

awam, pemasaran dan teknologi taklumat. KEJORA telah menggariskan dua elemen
U

penting yang perlu diutamakan agar segala program yang dibuat berjalan lancar. Dua

elemen tersebut adalah “Prinsip Asas Muzium Nelayan Tanjung Balau” dan “Keperluan

Asas Muzium Nelayan Tajung Balau”.

19
S. Certo, Modern Management 6th Edition, United State: Prentice Hall, 1999, hlm. 14-18.
20
Adi Taha, „Muzium Sebagai Pusat Pembelajaran‟, hlm. 8-25.
22
Prinsip Asas Muzium Nelayan Tanjung Balau

Prinsip pertama yang digariskan oleh KEJORA adalah keupayaan projek yang

dilaksanakan. Projek yang dilaksanakan perlulah diketahui oleh masyarakat

terutamanya dalam kalangan remaja. Kedatangan pengunjung mampu menjadi penentu

kemajuan dan menjadi pendorong atas kejayaan sesebuah muzium.21 Selain itu,

masyarakat juga perlu mengetahui kepentingan sejarah dan mengetahui peristiwa-

peristiwa sejarah yang telah berlaku terutamanya di Malaysia. Hal ini kerana, dengan

a
adanya kesedaran mengenai sejarah, sedikit sebanyak mampu menarik minat

ay
pengunjung untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu peristiwa sejarah.22

al
Prinsip yang kedua yang ditekankan oleh KEJORA adalah keaslian bahan yang

M
dipamerkan. Bahan atau koleksi pameran dan segala maklumat berkaitan koleksi yang

dipamerkan di Muzium Nelayan ini seharusnya daripada bahan asal atau salinan-salinan
of
yang jarang dilihat oleh masyarakat. Dengan pelaksanaan prinsip seperti ini, masyarakat

akan terdorong dan berminat untuk mencari setiap maklumat berkaitan sejarah di
ty

muzium. Perkara ini juga merupakan salah satu promosi yang boleh dilakukan oleh
si

pihak KEJORA agar para pengunjung berterusan mengunjungi ke Muzium Nelayan


r
ve

Tanjung Balau untuk mencari maklumat dan sumber rujukan yang sahih.23 Selain

daripada keaslian bahan yang dipamerkan, KEJORA juga perlu memastikan fakta-fakta
ni

yang dipaparkan di Muzium Nelayan ini menggambarkan ketepatan sesebuah topik


U

yang diketengahkan.

21
Sesebuah muzium perlu mengadakan pertandingan-pertandingan seperti pertandingan melukis dan
mewarna, kuiz, peraduan mengarang dan sebagainya. Pihak muzium juga perlu menetapkan topik utama
bagi projek-projek berkenaan. Dengan adanya aktiviti seperti ini, pihak muzium dapat mengenalpasti
tahap keberkesanan pameran-pameran yang terdapat di dalam muzium mahupun pameran di luar dari
kawasan muzium. Rujuk: „ Pengenalan Kepada Dunia Permuziuman‟, (Pamplet).
22
Dzulfawati Hassan, Muzium Dan Cabaran Menjelang Abad Ke-21, hlm. 65.
23
Zakiah Hanum Abdul Hamid, Pengurusan Memorial: Prinsip Asas, Kuala Lumpur: Institut
Perkembangan Minda (INMIND), 1999, hlm. 47.
23
Keperluan Asas Muzium Nelayan Tanjung Balau

Di awal penubuhan Muzium Nelayan Tanjung Balau, KEJORA telah

menetapkan lima keperluan asas dalam pengurusan muzium ini. Lima keperluan asas

yang telah ditetapkan oleh KEJORA adalah misi, struktur organisasi, kewangan, koleksi

dan pemasaran muzium.

Misi Muzium Nelayan Tanjung Balau

a
Penubuhan setiap muzium perlu mempunyai misinya yang tersendiri. Misi bagi

ay
Muzium Nelayan Tanjung Balau adalah “memelihara dan memartabatkan warisan

peradaban masyarakat nelayan”.24 Hala tuju Muzium Nelayan ini jelas menunjukkan

al
peranannya dalam mengangkat isu nelayan sebagai tema induk. Misi ini berfungsi
M
sebagai arah tuju dan tujuan sesebuah muzium itu ditubuhkan. Pernyataan misi ini

hanya merupakan garis permulaan. Tanpa pernyataan misi yang jelas, muzium akan
of
bergerak ke satu arah yang serba kabur dan akan menyebabkan pergerakan muzium
ty

tidak terancang dan kebarangkalian menghadapi risiko adalah sangat tinggi. Dari misi
si

jugalah wujudnya dasar, objektif, fungsi, program dan aktiviti muzium dirancang dan

digerakkan.25
r
ve
ni
U

24
Wawancara dengan Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan Tanjung
Balau di Lobi Muzlum Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.
25
L. Condit, Museums, Imagination And Education, Paris: Unesco, 1976, hlm. 16.
24
Struktur Organisasi Muzium Nelayan Tanjung Balau

Keperluan asas kedua yang ditetapkan oleh KEJORA adalah struktur organisasi

Muzium Nelayan Tanjung Balau. Struktur organisasi merupakan landasan bagi

pengurusan sesebuah muzium yang berpandukan kepada dasar-dasar yang telah

ditetapkan selari dengan misi, objektif, dan fungsi muzium.26 Struktur Organisasi

Muzium Nelayan Tanjung Balau pada tahun pertama operasinya iaitu tahun 1994

hanyalah terdiri daripada seorang “Pembantu Tadbir” dan seorang “Pekerja Awam”.

a
Keseluruhan pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau pada tahun tersebut

ay
diletakkan dibawah kendalian Pengurus Kerajaan Tempatan KEJORA. Carta Organisasi

tersebut kekal sehingga tahun 2007.27

al
M
Pada tahun 2007, organisasi pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau

diletakkan dibawah Pengurus Pelancongan KEJORA. Pada tahun 2007, struktur


of
organisasi Muzium Nelayan Tanjung Balau diselaraskan semula oleh Jabatan

Pelancongan KEJORA. Terdapat 5 jawatan yang diwujudkan iaitu seorang Penolong


ty

Kurator disandang oleh Encik Mohammed Iqbal Bi Rosli, dua orang Pembantu Muzium
si

iaitu En Mohd Ubaidillah Bin Abdul Rahman dan En Rossyah Bin Ahmad, seorang
r
ve

Pembantu Am Pejabat iaitu En Rosli bin Jaafar dan seorang Pekerja Awam iaitu En

Thukiman Bin Abdul Rahim.28 Carta Organisasi dan individu yang menjawat jawatan
ni

tersebut masih kekal di posisinya sehingga tahun 2014.


U

26
Struktur pengurusuan muzium biasanya berkait rapat dengan kaedah seperti kuratorial, konservasi,
pameran dan khidmat teknikal, pentadbiran dan kewangan, pengurusan koleksi, editorial, katihan, pusat
rekod dan perhubungan awam. Struktur organisasi ini tidak bersifat kekal, ia boleh dipinda dan
disesuaikan dengan keperluan dan perubahan dari semasa ke semasa atau pengkhususan skop bidang yang
dikendalikan oleh muzium berkenaan. Rujuk: http://www.lbjt.gov.my/latarbelakang-johor tenggara
(tarikh diakses pada 12 Jun 2015).
27
Wawancara dengan Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan Tanjung
Balau di Lobi Muzlum Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.
28
Wawancara dengan Mohammed Iqbal Bin Abdul Rahman, Penolong Kurator, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzlum Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.
25
Di dalam organisasi Muzium Nelayan Tanjung Balau tersebut, jawatan yang

disandang oleh Encik Mohammed Iqbal Bin Rosli sebagai Penolong Kurator Muzium

Nelayan Tanjung Balau serta jawatan yang disandang oleh En Mohd Ubaidillah Bin

Abdul Rahman dan Encik Rossyah Bin Ahmad sebagai Pembantu Muzium amat

penting dalam menguruskan hal ehwal mengenai bangunan muzium, menjaga

perhubungan dengan mekanisma organisasi dan peranan mereka terhadap orang ramai.29

Muzium yang memiliki kurator yang mempunyai kreativiti dan komited dalam

a
pengurusan koleksi yang muzium miliki, akan mampu menghasilkan pameran-pameran

ay
yang boleh menarik minat orang ramai untuk mengunjungi muzium tersebut.30

al
Pengunjung yang berkunjung ke muzium terdiri daripada berbagai lapisan

masyarakat dan latar belakang pendidikan. Mereka datang dengan pelbagai tujuan
M
seperti ingin mengetahui maklumat tentang koleksi, sekadar memenuhi masa lapang,
of
menemani rakan dan sebagainya. Setiap pengunjung juga mempunyai keinginan yang

tersendiri dan pastinya mereka mengharapkan sesuatu yang menarik dan hal yang
ty

berbeza yang terdapat di muzium yang mereka kunjungi. Oleh yang demikian, setiap
si

jawatan yang diwujudkan didalam organisasi sesebuah muzium itu amatlah penting
r

dalam memastikan semua program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan
ve

sempurna.31
ni
U

29
Sebuah muzium yang berjaya memiliki kakitangan yang seimbang dari pelbagai sudut pekerjaan seperti
menjalankan kerja-kerja kuratorial, pendidikan, keperluan rekreasi dan keperluan-keperluan lain yang
diperlukan oleh para pengunjung di samping bersesuaian dengan konsep, objektif dan fungsi muzium
berkenaan. Dalam konteks strategi pemasaran muzium, setiap kakitangan boleh memainkan peranan
melalui bidang tugas mereka masing-masing di muzium. Pandangan ini bermaksud bahawa setiap staf
yang bertugas di muzium berperanan penting dalam menjaga imej dan reputasi muzium di mata
masyarakat. Hal ini merupakan antara faktor penting dalam konteks pemasaran muzium. Rujuk: Abdullah
Bin Haji Jedi, „Muzium Negara Malaysia: Sejarah Perkembangan 1958 -1975‟, Latihan Ilmiah B.A,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 1981, hlm. 52.
30
Mad Redzuan Tumin, Penubuhan Muzium: Idealisme dan Realiti, Buletin JMA, Jil. 32, No. 8, 2001,
hlm. 1-12.
31
Setiap kakitangan yang dilantik perlu mengikuti latihan dan ini merupakan tanggungjawab pihak
pengurusan untuk menyediakan skim latihan ini. Skim Latihan ini dapat dilakukan dalam bentuk latihan
dalam perkhidmatan dalam jangka masa panjang dan jangka masa pendek atau latihan-latihan profesional
yang terfokus kepada sesuatu bidang seperti pengurusan muzium, konservasi, reka bentuk pameran
“exhibit design”, teknologi maklumat, pengurusan koleksi, pengurusan sumber manusia dan sebagainya.
26
Koleksi

Keperluan asas ketiga yang ditetapkan oleh KEJORA adalah koleksi. Sesebuah

muzium itu tidak akan wujud jika tiada koleksi. Koleksi berperanan sebagai simbol

identiti dan populariti sesebuah muzium. Kewujudan muzium sebagai khazanah

penyimpanan warisan negara tidak akan menjadi realiti tanpa himpunan koleksi.

Sesebuah koleksi muzium diperoleh daripada pelbagai cara seperti pembelian,

penyelidikan di lapangan, hadiah atau wakaf, wasiat dari individu tertentu, keluarga atau

a
pertubuhan yang menamakan muzium sebagai pengamanah khazanah tertentu.32

ay
Sesebuah muzium perlu membuat kepelbagaian koleksi khususnya warisan sejarah,

al
kebudayaan dan alam semula jadi. Pengurusan koleksi merupakan salah satu tunggak

utama muzium yang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut piawaian yang
M
standard seperti yang digariskan Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM).33 Dalam
of
pengurusan muzium, telah ditetapkan beberapa etika yang perlu dipatuhi terutamanya di

dalam aspek pengumpulan koleksi.34


ty
si

Latihan-latihan perlu dilakukan kepada kakitangan untuk mereka mengetahui perkembangan dunia
r

permuziuman dan aspek-aspek semasa. Jika Skim Latihan tidak diadakan, ia dapat menjejaskan prestasi
ve

muzium. Rujuk: Abdullah Bin Haji Jedi, „Muzium Negara Malaysia: Sejarah Perkembangan 1958 -1975‟,
Latihan Ilmiah B.A, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1981, hlm. 39.
32
Koleksi harus diuruskan dengan betul dan beretika bermula dari peringkat proses perolehan dilakukan.
Sebarang perolehan yang dibuat melalui pembelian atau hadiah dari orang awam haruslah dilakukan
ni

dengan cara yang telus, jujur, adil mengikut kaedah dan sistem perolehan yang telah ditetapkan bagi
mengelakkan dari sebarang kemungkinan yang tidak diingini dan yang boleh menjejaskan kredibiliti
muzium atau pembekal. Pihak muzium akan membuat perolehan koleksi berdasarkan objektif penubuhan
U

sesebuah muzium, skop atau bidang yang dikendalikan serta kemampuan kewangan yang disediakan.
Bagi muzium-muzium umum sama ada peringkat nasional, negeri, atau daerah, ia memiliki koleksi yang
bersifat umum. Namun bagi muzium-muzium khas seperti muzium arkeologi, geologi, alam semulajadi,
pusat sains dan yang seumpama dengannya, koleksinya adalah bersifat khusus iaitu berkaitan dengan
objektif penubuhannya sahaja. Setiap muzium juga perlu mempunyai dasar bertulis mengenai koleksi
yang sah atau diluluskan oleh kuasa tertinggi terhadap muzium. Rujuk: „Muzium Sebagai Pusat
Pembelajaran‟, (Pamplet).
33
Hassan, Z., Kechot, A., „Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan‟: Kajian di Jabatan Muzium Malaysia.
Jurnal Melayu, Jil. 2, Vol. 9, 2012, hlm. 32.
34
Kaedah penjagaan dan pemuliharaan merupakan aspek pengurusan yang terpenting dalam pengendalian
pengurusan khazanah sejarah di muzium. Kewujudan muzium sebagai khazanah penyimpanan warisan
negara tidak akan menjadi realiti tanpa himpunan koleksi artifak. Koleksi khazanah sejarah juga
memberikan identiti dan populariti sesebuah muzium. Reputasi sesebuah muzium itu bergantung kepada
kepentingan koleksi yang dimilikinya dan kaedah-kaedah yang digunakan untuk memberi manfaat kepada
umum seperti teknik-teknik pameran yang digunakan, program interpretasi, pemasaran dan penerbitan
mengenainya dalam pelbagai media. Rujuk: „Muzium Sebagai Pusat Pembelajaran‟, (Pamplet).
27
Koleksi Muzium Nelayan Tanjung Balau dapat diperoleh dalam beberapa

kaedah seperti pembelian, hadiah, pinjaman dan sumber-sumber lain. Proses pembelian

ini akan dilakukan apabila pihak muzium telah mengenalpasti koleksi yang bakal dibeli

sama ada melalui penyelidikan yang dijalankan ataupun melalui pembekal yang

menawarkan untuk menjual sesuatu koleksi. Terdapat beberapa aspek yang perlu

dibincangkan sebelum pembelian dilakukan. Pihak yang terlibat dalam proses

pembelian perlu mengenalpasti tahap keaslian sesuatu koleksi, perkaitan koleksi yang

a
hendak dibeli dengan sejarah dan budaya, keunikan sesuatu koleksi dan sebagainya.35

ay
Kaedah yang kedua pula adalah pemberian secara hadiah atau derma adalah

al
terdiri daripada hadiah dari orang perseorangan, pembekal antik, sebuah organisasi atau

institusi awam dan swasta. Sejumlah koleksi yang diperolehi tidak melibatkan sebarang
M
pembayaran, pampasan atau saguhati. Bagi menggalakkan pendermaan koleksi kepada
of
muzium, pihak muzium telah membuat beberapa insentif iaitu memberi surat atau sijil

penghargaan dan memaparkan nama penderma setiap kali koleksi tersebut diguna atau
ty

dipamerkan.36 Selain daripada pembelian dan hadiah, terdapat juga koleksi di Muzium
si

37
Nelayan Tanjung Balau ini diperoleh daripada wakaf dan pinjaman. Kaedah yang
r

terakhir adalah daripada sumber sumber seperti sumber jumpaan, cari gali arkeologi,
ve

dan pengumpulan spesimen alam semulajadi. Pada kebiasaannya, kaedah jumpaan dan
ni

cari gali dikendalikan oleh bahagian Antikuiti ataupun Unit Arkeologi.


U

35
Bagi mewujudkan suatu sistem pembelian yang baik, pihak Jawatankuasa Pembelian perlu
menyediakan jadual dan perancangan yang teratur yang mengandungi aspek perbelanjaan, arah tuju
pembelian koleksi dari peringkat awal sehingga sesuatu koleksi diperolehi dan kekerapan mesyuarat
dilakukan. Rujuk: „Muzium Sebagai Pusat Pembelajaran‟, (Pamplet).
36
Zakiah Hanum Abdul Hamid, Pengurusan Memorial: Prinsip Asas, hlm. 52.
37
Proses ini biasanya melibatkan individu, institusi atau organisasi awam dan swasta. Ianya dilakukan
sempena mengadakan pameran khas atau bagi tujuan penyelidikan. Tempoh pinjaman adalah dalam
tempoh masa yang singkat. Proses ini hanya berlaku jika pemilik koleksi tersebut bersetuju untuk
meminjamkan koleksi bagi tempoh masa yang ditetapkan. Memandangkan koleksi tersebut adalah
bersifat sementara sahaja, koleksi tersebut perlu diasingkan dari koleksi yang biasa termasuklah dari segi
kaedah pendaftarannya. Rujuk: „Muzium Sebagai Pusat Pembelajaran‟, (Pamplet).
28
Kewangan

Keperluan asas yang keempat yang digaris oleh KEJORA adalah kewangan.

Meskipun muzium merupakan non-profit making organization, bagi melancarkan

pergerakan muzium, pihak muzium perlu mempunyai kewangan yang mencukupi.38

Kewangan ini berfungsi untuk membiayai perkara seperti emolumen, aktiviti

penyelenggaraan, program-program yang diadakan, latihan kakitangan dan projek-

projek khas yang dikenalpasti di bawah program penyelidikan dan pembangunan. Pada

a
kebiasaannya, muzium-muzium di Malaysia dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan,

ay
Kerajaan Negeri dan Institusi-institusi mengikut peruntukan kuasa yang telah

ditetapkan.39 Muzium Nelayan Tanjung Balau ini sepenuhnya di bawah kelolaan pihak

al
KEJORA. KEJORA merupakan entiti yang bernaung di bawah Kementerian Kemajuan
M
Luar Bandar dan Wilayah. Segala bentuk belanjawan pihak Muzium Nelayan Tanjung
of
Balau ini diperolehi daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
ty
r si
ve
ni
U

38
Non-profit making organization ini bermaksud sebuah pertubuhan yang tujuan utamanya adalah untuk
melibatkan diri dalam aktiviti untuk kepentingan awam tanpa apa-apa tujuan komersil atau keuntungan
Pertubuhan sebegini mencakupi banyak aspek seperti elemen seperti warisan, kebudayaan, sosial, alam
sekitar, pertolongan kemanusiaan, perlindungan haiwan, pendidikan, seni, isu sosial, kebajikan,
pendidikan kanak-kanak awal, kesihatan, politik, agama, penyelidikan dan sukan. Rujuk:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_bukan_untung. ( tarikh diakses 24 Jun 2015)
39
Mad Redzuan Tumin, Penubuhan Muzium: Idealisme dan Realiti, hlm. 13-15.
29
Pemasaran

Keperluan asas yang terakhir yang dititikberatkan oleh KEJORA adalah konteks

pemasaran. Pemasaran muzium adalah berbeza dengan konsep pemasaran barangan

yang sememangnya bermatlamatkan keuntungan.40 Namun, aspek pemasaran masih

merupakan faktor penting yang perlu diutamakan oleh pihak pengurusan sesebuah

muzium. Bangunan muzium juga perlu diutamakan dalam aspek pemasaran muzium.

Bangunan muzium dan kemudahan di dalamnya dapat memberi perlambangan kepada

a
imej sesebuah muzium.41 Rekaan senibina tradisional Melayu di bangunan utama

ay
Muzium Nelayan Tanjung Balau ini merupakan salah satu daya penarik pengunjung

al
untuk melihat apakah yang terdapat didalamnya.

M
Selain dari bangunan muzium, kedudukannya yang strategik juga memainkan

peranan penting dalam aspek pemasaran ini. Lokasi yang strategik memudahkan para
of
pengunjung berkunjung ke muzium. Bangunan-bangunan muzium juga boleh menjadi

tarikan orang ramai sekiranya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan
ty

oleh pengunjung. Lokasi Muzium Nelayan Tanjung Balau merupakan lokasi yang
si

strategik dimana Tanjung Balau merupakan sebuah pusat pelancongan. Sambil


r
ve

menikmati panorama keindahan pantai Tanjung Balau, sudah pastinya pengunjung tidak

akan melepaskan peluang untuk mengunjungi Muzium Nelayan Tanjung Balau.


ni
U

40
Permasaran muzium ini lebih tertumpu kepada usaha-usaha untuk menarik lebih ramai pengujung
untuk mengunjungi muzium untuk memanfaatkan pameran-pameran dan pelbagai perkhidmatan yang
disediakan oleh pihak pengurusan muzium. Bagi sesebuah muzium yang dibiayai sepenuhnya oleh
kerajaan, ia tidak mengalami masalah pemasaran muzium kerana kerajaan akan berkerjasama dengan
pihak muzium untuk mempromosikan muzium. Berbeza dengan muzium yang memiliki sumber
kewangan yang terhad dan berharap kepada pihak penaja dan orang ramai untuk memberi bantuan dari
segi kewangan. Sumber kewangan ini perlu dicari dengan pelbagai cara agar muzium terus popular dan
tidak ketandusan pelanggan. Rujuk: „Muzium Sebagai Pusat Pembelajaran‟, (Pamplet).
41
Secara tradisi, bangunan muzium mempunyai reka bentuk seni bina tradisional yang biasanya
mencerminkan kehebatan dan disesuaikan pula dengan koleksi-koleksi yang dimiliki dan yang
dipamerkan di muzium. Terdapat banyak bangunan-bangunan lama seperti istana, kota dan ibu pejabat
kerajaan bagi sesuatu era zaman yang diubahsuai menjadi muzium. Pada zaman kini, konsep seni bina
moden telah menjadi pilihan dan memiliki keunikan yang tersendiri berdasarkan seni bina moden yang
direka. Rujuk: „Muzium Sebagai Pusat Pembelajaran‟, (Pamplet).
30
KESIMPULAN

Secara etimologis, istilah muzium ini berasal daripada perkataan Yunani iaitu

muoseion. Kewujudan awal muzium adalah sebagai tempat untuk ahli-ahli ilmuan dan

ahli-ahli falsafah berkumpul serta bertukar-tukar pandangan. Segala bahan-bahan

berkaitan sejarah, seni, budaya, astronomi dan keagamaan dikumpul untuk dijadikan

sebagai bukti kewujudan sesuatu bahan tersebut. Muzium juga dirujuk sebagai sebuah

bangunan untuk menyimpan pelbagai khazanah warisan sejarah dan budaya bangsa

a
sesebuah negara. Begitu juga dengan Muzium Nelayan Tanjung Balau. Pembinaan

ay
Muzium Nelayan Tanjung Balau ini dilihat sebagai satu landasan yang tepat dalam

al
konteks memelihara khazanah dan juga warisan mengenai dunia peradaban nelayan.

KEJORA memainkan peranan yang penting dalam memastikan objektif dan misi
M
penubuhan Muzium Nelayan Tanjung Balau ini sentiasa selari dengan matlamat
of
penubuhannya. Prinsip dan keperluan asas Muzium Nelayan Tanjung Balau menjadi

tulang belakang di dalam memastikan pengurusan dan organisasi Muzium Nelayan


ty

Tanjung Balau ini senantiasa kukuh.


r si
ve
ni
U

31
BAB DUA

PAPARAN PERADABAN NELAYAN DI GALERI UTAMA

PENGENALAN

Muzium dilihat sebagai institusi pembinaan minda yang unggul dan mampu

membawa nilai kesedaran terhadap budaya bangsa melalui setiap pameran yang

diadakan. Intipati utama sesebuah muzium berperanan sebagai satu talian pelestarian

warisan dan menjadikannya sebagai salah satu wahana yang boleh membantu dalam

a
mengekalkan wajah budaya dan citra bangsa. Galeri Utama di dalam sesebuah muzium

ay
berperanan sebagai wadah terpenting dalam memberi imej dan konsep keseluruhan

al
sesebuah muzium. Galeri Utama ini dapat menggambarkan sebahagian besar kandungan

M
keseluruhan sesebuah muzium. Sebagai contoh adalah Galeri Utama di Muzium

Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Di Galeri Utama Muzium Nelayan inilah
of
segala perihal mengenai kehidupan nelayan, sejarah aktiviti menangkap ikan dan

perkara yang berkaitan dipamerkan. Adalah jelas, Galeri Utama Muzium Nelayan ini
ty

memberikan imej keseluruhan muzium tersebut.


r si
ve
ni
U

32
GALERI UTAMA

Galeri Utama merupakan galeri induk di Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota

Tinggi, Johor. Secara asasnya, Galeri Utama ini dibahagikan kepada 4 seksyen dan

setiap seksyen mempunyai ruang pameran dan juga paparan tersendiri. Berikut

merupakan jadual pembahagian seksyen di Galeri Utama ini beserta tajuk paparan

setiap aspek yang dipamerkan bagi setiap seksyen.

Jadual 2.1

a
Pembahagian Seksyen Dan Tajuk Paparan Galeri Utama Muzium Nelayan

ay
Tanjung Balau

Seksyen Tajuk Paparan

al
Seksyen 1 1) Pengenalan Muzium
2) Sejarah Tanjung Balau
3)
4)
M
Sejarah Menangkap Ikan
Ramalan, Kepercayaan & Pantang Larang
of
5) Ramalan Meteorologi
Seksyen 2 1) Peraih & Jeti
ty

2) Alat Menangkap Ikan


3) Kotak Kelaut
si

4) Bangau
r

5) Hidupan Laut
ve

Seksyen 3 1) Diorama & Replika


Seksyen 4 1) Perahu-Perahu
ni
U

(Sumber: Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium,
Muzium Nelayan Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober
2015.)

33
Seksyen 1

Seksyen 1 Galeri Utama ini mempunyai lima paparan di dalamnya. Lima

paparan tersebut berjudul Pengenalan Muzium, Sejarah Tanjung Balau, Sejarah

Menangkap Ikan, Ramalan Kepercayaan & Pantang Larang dan paparan terakhir

berjudul Ramalan Meteorologi. Secara keseluruhannya, seksyen satu ini mengangkat

tema sejarah awal menangkap ikan dan ramalan serta kepercayaan golongan nelayan.

Pengenalan Muzium Nelayan

a
ay
Paparan pertama di dalam seksyen 1 yang dapat dilihat oleh pengunjung selepas

melalui kaunter tiket Muzium Nelayan Tanjung Balau adalah paparan berjudul

al
“Pengenalan Muzium Nelayan”. Paparan ini dipamerkan sejak tahun pertama muzium
M
ini dibuka iaitu pada tahun 1994.1 Paparan ini memaklumkan kepada pengunjung

mengenai Muzium Nelayan Tanjung Balau ini dibangun dan diuruskan oleh Lembaga
of
Kemajuan Johor Tenggara atau KEJORA. Ia dibina dengan tujuan untuk memberikan
ty

maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai khususnya para pelajar dan generasi
si

muda mengenai budaya dan cara hidup nelayan tempatan sejak dari zaman dahulu
r

hingga ke hari ini. Paparan ini juga menjelaskan mengenai lokasi Muzium ini yang
ve

berdekatan dengan Perkampungan Nelayan Tanjung Balau. Ia sesuai dengan konsep

keseluruhan kawasan ini yang bertemakan hidupan nelayan. Di akhir paparan ini, ia
ni

menjelaskan bahawa pembinaan Muzium Nelayan Tanjung Balau dapat memberikan


U

gambaran kehidupan nelayan, model-model perahu nelayan dan juga perkara yang

berkaitan dengan dunia nelayan. 2

1
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
2
Bahan-bahan pameran diperolehi dengan bantuan dan kerjasama pihak-pihak seperti Jabatan Muzium
dan Antikuiti, Arkib Negara, UKM serta individu-individu yang telah menyumbang bahan-bahan dan
artifak untuk muzium ini. Rujuk: Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu
Muzium, Muzium Nelayan Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober
2015.
34
Sejarah Tanjung Balau

Paparan kedua di dalam Seksyen 1 Galeri Utama ini adalah bertajuk “Sejarah

Tanjung Balau”. Paparan ini juga dipamerkan sejak tahun pertama muzium ini dibuka

iaitu pada tahun 1994.3 Daripada maklumat yang dipaparkan, Tanjung Balau pada

mulanya ialah sebuah perkampungan nelayan yang dikenali sebagai Kampung Tengah

yang mengandungi rumah-rumah yang tidak tersusun sepanjang persisiran pantai. Pada

awal tahun 1960-an, aktiviti Komunis telah menyebabkan ramai penduduk berpindah ke

a
kawasan yang lebih selamat. Oleh sebab itu, Tanjung Balau menjadi lengang dan yang

ay
tinggal hanyalah rumah-rumah usang, bekas tapak pertanian dan tanah perkuburan.

al
Paparan ini juga menjelaskan, menjelang tahun 1980-an, keindahan semulajadi Pantai

Tanjung Balau mendorong Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) untuk


M
membangunkannya sebagai salah satu tarikan pelancongan. Maka dengan itu, pada
of
tahun 1985, rumah-rumah nelayan tempatan dan nelayan bermusim ini telah

dipindahkan ke satu perkampungan yang terancang dan teratur.4 Paparan di bahagian ini
ty

diakhiri dengan maklumat berkenaan program pembangunan pada tahun 1990-an.


si

Seiringan dengan pembinaan Muzium Nelayan, pelbagai kemudahan dan program telah
r

dibuat bagi menarik minat pelancong untuk merasai kehidupan sebagai nelayan. Oleh
ve

kerana potensinya sebagai destinasi pelancongan baru di negeri Johor, hotel, chalet dan
ni

jeti baru telah dibina bagi menyemarakkan lagi daya tarikan pelancong ke Tanjung
U

Balau ini. 5

3
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
4
Terumbu Pantai Tanjung Balau juga dikenali sebagai “Terumbu Emas” dalam kalangan masyarakat
nelayan tempatan. Ia sangat kaya dengan ikan dan udang dan telah menjadi tempat tumpuan nelayan
tempatan dan nelayan bermusim. Nelayan bermusim merupakan golongan nelayan dari kampung luar
yang datang ke kawasan terumbu Pantai Tanjung Balau untuk mendapatkan hasil laut. Mereka akan
mendirikan penempatan sementara dan adakalanya mereka menumpang di rumah-rumah nelayan
tempatan di Tanjung Balau. Rujuk: „Sejarah Tanjung Balau‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
5
Wawancara dengan Puan Noriah Hussain, Penolong Pengurus Pelancongan KEJORA di Galeri Utama
Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
35
Sejarah Menangkap Ikan

Bersebelahan dengan paparan “Sejarah Tanjung Balau”, terdapat paparan ketiga

di dalam Seksyen 1 Galeri Utama ini. Paparan ketiga bertajuk “Sejarah Menangkap

Ikan”. Paparan ini juga dipamerkan sejak tahun pertama muzium ini dibuka iaitu pada

tahun 1994.6 Paparan ini menjelaskan aktiviti menangkap ikan sudah dikenali oleh

peradaban manusia sekitar 10,000 tahun yang lalu. Peninggalan-peninggalan arkeologi

pada gua-gua tua membuktikan bahawa aktiviti penangkapan ikan sudah ada sejak

a
duhulu dengan kewujudan tulang-belulang, mata kail dan gambar serta lukisan pada

ay
zaman batu di dalam gua-gua tersebut. Paparan ini juga menjelaskan bahawa teknik

menangkap ikan mula dipelbagai pada zaman Neolitik sekitar 4,000 – 8,000 tahun yang

al
lalu yang kemudian telah berkembang menjadi teknik yang lebih moden dan masih
M
dipakai hingga ke hari ini. Begitu juga dengan cara penyimpanan hasil tangkapan ikan,
of
hingga hari ini cara tersebut masih dilakukan dengan teknik yang sama misalnya dengan

kaedah pengawetan ikan dengan menggarami atau cara pengasapan.7 Paparan ini juga
ty

menyingkap penangkapan ikan menurut sejarah yang lebih awal sekitar 100,000 tahun
si

terdahulu dilakukan oleh manusia “Neanderthal”.8 Mereka pada asalnya hanya


r

menggunakan tangan dan kemudiannya berkembang terus menerus secara perlahan


ve

dengan menggunakan alat bantuan berupa batu, kayu, tulang dan juga tanduk.9
ni
U

6
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
7
Pengasapan adalah salah satu teknik dehidrasi (pengeringan) yang dilakukan untuk memanjangkan daya
penyimpanan ikan supaya tidak busuk. Teknik pengasapan ini menggunakan kayu sebagai bahan bakar
untuk menghasilkan asap. Pembakaran itu akan menghasilkan udara yang panas sekaligus dapat
mengurangkan kadar air pada ikan. Selepas proses pengasapan ikan, barulah proses-proses berikut akan
dilakukan seperti penggaraman, pengeringan dan pemanasan. Rujuk: „Sejarah Menangkap Ikan‟,
(Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
8
“Neanderthal” adalah manusia yang muncul secara tiba tiba 100,000 tahun yang lalu di Eropah dan
kemudiannya menghilang. Ada pendapat menyatakan mereka berasimilasi kerana melakukan dengan ras
lain secara diam-diam. Satu-satunya perbezaan yang paling ketara antara manusia Neanderthal dengan
manusia moden adalah rangka tubuh mereka lebih tegap dan bahagian otaknya sedikit besar berbanding
manusia moden. Rujuk: „Sejarah Menangkap Ikan‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
9
Erik Trinkaus, “The Neanderthal Barin: What was Primitive”, American Journal of Physical
Anthroplogy Supplement, Jil. 12, No. 2, 1991, hlm. 12.
36
Paparan ketiga ini juga turut menghuraikan mengenai perkembangan kaedah

penangkapan ikan yang dikatakan tidaklah begitu pesat dari sudut revolusinya. Sebagai

contoh dari dahulu hingga kini, penggunaan alat pancing tidak jauh berbeza dengan

konsep umpan diletakkan di mata kail dan pemancing akan tarik apabila umpan itu

dimakan.

Paparan ketiga ini diakhiri dengan maklumat mengenai teknik-teknik

menangkap ikan yang seringkali diamalkan beserta dengan replika alatan yang

a
digunakan untuk menangkap ikan. Daripada maklumat yang dipaparkan, terdapat di

ay
sesetengah tempat di negara China dan juga negara Jepun menggunakan sejenis burung

air yang terlatih, iaitu burung “Cormorant” sebagai salah satu teknik menangkap ikan.10

al
Teknik menangkap ikan yang berikutnya yang dipaparkan adalah dengan cara
M
menombak. Menombak lebih mudah daripada menggunakan tangan dan cara ini sudah
of
digunakan sekian lama oleh manusia. Hujung tombak dibuat tajam sedemikian rupa

seperti pada mata kail agar ikan yang tertangkap tidak dapat lepas dari mata tombak.
ty

Tombak yang digunakan ini terdapat dalam pelbagai bentuk, dari yang mempunyai
si

pemegang pendek hingga yang panjang dan biasanya bercabang tiga dihujungnya atau
r

tombak yang hanya bermata satu. Teknik yang terakhir yang dipaparkan di bahagian ini
ve

adalah dengan teknik meracun ikan.11


ni
U

10
Teknik Burung Cormorant ini dilakukan secara berkumpulan. Dengan menggunakan perahu, para
nelayan akan membentuk lingkaran. Kemudian burung-burung tersebut diperintahkan untuk mengejar
ikan kearah tengah lingkaran. Setelah mengejar dan menangkap ikan, burung kembali naik ke atas perahu
dengan membawa ikan. Teknik ini sudah ada sejak lama di negara tersebut dan diwariskan secara turun-
temurun. Rujuk: „Sejarah Menangkap Ikan‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
11
Nelayan kebiasaannya menggunakan “Barbasco”, “Sianida” atau “Potassium” dengan tujuan
membuat ikan menjadi lemas namun banyak juga yang mati. Teknik ini biasanya dilakukan untuk
mendapatkan ikan hias jenis karang supaya dapat dijual hidup-hidup. Kaedah ini dilarang keras kerana ia
mengakibatkan kemusnahan pada terumbu karang dan juga hidupan akuatik. Rujuk: http://biang-desa-
kelurahan.kucing.biz/en4/soccer-982/Memancing_50975_biang-desa-kelurahan-kucing.html
(tarikh diakses pada 19 Jan 2015).
37
Ramalan Dan Kepercayaan Nelayan

Paparan keempat di seksyen ini pula bertajuk “Ramalan Dan Kepercayaan

Nelayan”. Paparan ini juga dipamerkan sejak tahun pertama muzium ini dibuka iaitu

pada tahun 1994.12 Paparan ini berkisar mengenai aspek spiritual dan kepercayaan yang

diamalkan secara turun temurun oleh golongan nelayan ini. Daripada maklumat yang

dipaparkan, golongan nelayan ini dapat meramalkan kehadiran ikan dalam beberapa

teknik. Teknik yang pertama adalah melalui teknik kepadatan ikan. Ramalan kepadatan

a
ikan ini banyak bergantung pada analisis juru selam dan juga juragan. Juru selam dan

ay
juragan memainkan peranan penting dalam hal ini. Kebiasaannya, juru selam ataupun

al
juragan ini mempunyai pengalaman yang cukup luas di lautan. Mereka boleh

mengetahui kawasan itu terdapat banyaknya ikan ataupun tidak. Dua kaedah yang
M
sering digunakan dalam mengesan kawasan kumpulan ikan adalah melalui ketajaman
of
penglihatan di atas permukaan laut, mendengar ataupun melihat semasa menyelam ke

dalam laut. Teknik ini biasanya digunakan oleh nelayan yang menggunakan Pukat Jerut
ty

dan Pukat Tangkul.13


si

Teknik yang kedua yang dipaparkan disini adalah teknik pengaruh warna dan
r
ve

cahaya air laut. Daripada maklumat yang dipaparkan, pemerhatian kedudukan cahaya

air laut memainkan peranan untuk menentukan arah menangkap ikan. Paparan ini turut
ni

menjelaskan keadaan air berwarma hijau bercampur atau seakan kemerah-merahan


U

menunjukkan kawasan tersebut terdapat banyak ikan. Warna air kelabu putih

menunjukkan tidak banyak terdapat ikan yang boleh dikesani. Warna air laut biru tua

menunjukkan jarang ikan boleh dikesani.

12
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
13
Sebelum mereka menurunkan pukat, juru selam akan melakukan survei terhadap kawasan yang
berpotensi mempunyai kepadatan ikan yang tinggi. Jika tidak cukup dengan melihat dari permukaan air,
juru selam akan terjun kedalam laut untuk meninjau sendiri keadaan di dalamnya. Rujuk: „Ramalan Dan
Kepercayaan Nelayan‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
38
Teknik ketiga yang dipaparkan di bahagian ini adalah meramal pengaruh riak

permukaan air. Nelayan-nelayan pukat jerut biasa menggunakan teknik ini. Golongan

nelayan meramal pengaruh riak air untuk mencari kawasan “selemang”.14 Ikan yang

diramal di kawasan tersebut terdiri daripada ikan selar, kembung, tuna dan cencaru.

Paparan ini turut menjelaskan permukaan berolak-olak keputihan menunjukkan terdapat

ikan tamban, tuna dan selar. Riak ikan kemerahan mengikut arus ombak menunjukkan

terdapat ikan bilis. Air laut memercik-mercik bagai tiupan angin dipermukaan

a
menunjukkan jenis ikan yang berkawan.

ay
Teknik yang terakhir yang dipaparkan dibahagian ini adalah teknik sinaran

al
bulan. Paparan yang dipamerkan mencatat faktor bulan terang dan bulan gelap

memainkan peranan penting terhadap nelayan tradisional. Mengikut takwim Islam,


M
nelayan dapat menentukan masa bulan terang dengan tepat apabila bulan mengeluarkan
of
cahaya sepenuhnya iaitu bulan penuh pada tarikh 15 haribulan pada sesuatu bulan. Pada

masa ini, nelayan pukat jerut tidak menjalankan operasi kerana taburan ikan bergerak
ty

secara rawak. Manakala, sewaktu bulan gelap pula, nelayan tidak menjalankan aktiviti
si

mencandat sotong kerana dikatakan sotong tidak timbul di permukaan air. Tetapi
r

kepada nelayan pukat jerut, bulan gelap selalu dinantikan mereka kerana cahaya lampu
ve

rumah api yang dipasang menarik perhatian ikan untuk berkumpul.15


ni
U

14
Kawasan “Selemang” merupakan istilah yang digunakan oleh nelayan tradisional bagi menggambarkan
pemukaan air berombak kehitaman yang menandakan kawasan tersebut terdapat sekumpulan ikan sedang
bermain. Rujuk: „Ramalan Dan Kepercayaan Nelayan‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
15
Wawancara dengan En. Fadhli Bin Ahmad, Nelayan Kampung Tanjung Balau di Galeri Utama
Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
39
Paparan keempat ini diakhiri dengan topik mengenai pantang larang dan adat ke

laut yang masih lagi dipraktikkan oleh para nelayan di perkampungan Tanjung Balau.

Daripada maklumat yang dipaparkan, adat ini dikatakan dapat menjamin keselamatan

para pelaut semasa mereka berada di tengah lautan atau semasa menangkap ikan di

laut.16 Paparan ini juga turut menyebut, kebanyakan adat ini masih lagi diamalkan. Adat

dahulu yang kekal hingga sekarang bagaimanapun telah pun dipermudahkan. Dalam

kehidupan seharian orang Melayu di pesisiran pantai, laut merupakan nadi utama

a
kepada mereka. Ia amat penting bagi punca rezeki masyarakat Melayu di kawasan

ay
tersebut. Oleh kerana terdapat beberapa kepentingan terhadap laut, maka timbul

beberapa kepercayaan yang berhubungkait dengan laut, sehingga masyarakat tersebut

al
mempercayai bahawa laut adalah satu dunia lain yang perlu dipatuhi adat dan
M
peraturannya. Dalam hal ini, maka wujudlah berbagai-bagai adat yang berhubung

dengan laut. Daripada beberapa jenis adat yang terdapat dan paling ketara diamalkan
of
pada masa dahulu ialah adat “main pantai”.17
ty

Daripada maklumat yang dipaparkan, upacara “main pantai” ini dilakukan


si

bertujuan sebagai satu tradisi penyembahan terhadap semangat laut. Ia diadakan pada
r

setiap tahun dan telah menjadi satu tuntutan kepada para pelaut untuk
ve

mengendalikannya. Paparan ini menjelaskan, adat ke laut paling dipatuhi


ni

memandangkan adat tersebut ada kepentingannya kepada para pelaut. Sekiranya tidak
U

dipatuhi, maka dijangkakan satu bencana akan menimpa mereka. Antara pantang larang

yang perlu dipatuhi semasa hendak ke laut yang dipaparkan di bahagian ini adalah adat

persiapan diri semasa turun ke laut, adat menurunkan perahu baru, adat menurunkan

pukat, upacara penyembahan, adat semasa berada di tengah lautan dan peranan juragan.

16
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.
17
Wawancara dengan En. Fadhli Bin Ahmad, Nelayan Kampung Tanjung Balau di Galeri Utama
Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
40
Paparan ini menjelaskan secara terperinci seseorang pelaut yang mahu ke laut

hendaklah turun sebelum matahari terbit. Mereka juga dilarang bercakap besar semasa

berada di rumah. Selain itu, mereka juga tidak boleh berpatah balik apabila telah turun

dari rumah untuk menuju ke laut. Jika mereka melanggar pantang larang ini, dipercayai

bencana akan menimpa. Perahu yang baru siap dan pertama kali akan diturunkan ke laut

hendaklah disembah terlebih dahulu oleh pawang. Daripada maklumat yang dipaparkan,

pawang akan menyediakan peralatan yang diperlukan bagi tujuan tersebut. Pawang akan

a
menjampi perahu tersebut dengan mengelilingnya sebanyak tiga atau tujuh kali. Adat

ay
ini dilakukan bertujuan untuk menjaga keselamatan pelaut yang menggunakan perahu

tersebut semasa berada di tengah laut supaya tidak mendatangkan bencana kepada

al
penggunanya.
M
Paparan ini kemudiannya memperincikan mengenai adat menurunkan pukat.
of
Daripada maklumat yang dipaparkan, setiap pukat baru yang akan digunakan di laut

akan disembah terlebih dahulu. Sebagaimana upacara menyembah perahu, upacara


ty

penyembahan pukat juga dilakukan oleh seorang pawang. Pawang ini akan menyembah
si

dan menjampi pukat tersebut dengan menggunakan bacaan mantera lama. Adalah
r

dipercayai bahawa dengan berbuat demikian, pukat tersebut akan mendapatkan hasil
ve

tangkapan yang lumayan. Paparan ini turut menjelaskan bahawa upacara penyembahan
ni

pukat ini dilakukan serentak dengan adat turun ke laut dan ianya dikendalikan oleh
U

seorang pawang. Kesemua peralatan yang diperlukan di dalam upacara tersebut akan

disediakan oleh pawang. Peralatan yang disediakan diletakkan di dalam sebuah perahu

layar. Apabila upacara penyembahan tersebut telah selesai, maka layar perahu akan

dihanyutkan ke laut.18

18
Wawancara dengan En. Fadhli Bin Ahmad, Nelayan Kampung Tanjung Balau di Galeri Utama
Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
41
Penutup kepada paparan keempat ini menjelaskan mengenai pantang larang

semasa berada di tengah lautan yang mesti dipatuhi. “Awak-awak” atau anak kapal

tidak boleh berkelakuan kasar dan bercakap besar. Mereka hendaklah mematuhi arahan

ketua mereka. Jika mereka tidak mematuhi arahan ketua atau bergaduh sesama sendiri,

dikhuatiri bencana akan datang menimpa keseluruhan anak kapal. Selain itu, paparan ini

turut memperjelaskan mengenai juragan. Juragan adalah ahli yang paling penting dalam

bidang pelayaran. Juragan juga biasanya seorang pawang dan mengetuai setiap

a
kumpulan pelayaran. Daripada maklumat yang dipaparkan ini, peranan juragan adalah

ay
besar dan dia juga yang akan menyelam ke dasar laut untuk mengetahui tentang adanya

ikan ataupun hidupan laut yang lain. Bukan semua orang boleh dilantik menjadi

al
juragan. Hanya yang benar-benar layak sahaja yang boleh memikul tugasan juragan ini.
M
Begitulah gambaran mengenai pantang larang, upacara-upacara tahunan nelayan dan

juga jawatan penting di dalam nelayan. Tradisi ini masih lagi diamalkan oleh nelayan
of
Tanjung Balau namun tidaklah meluas.19 Bagi sesetengah nelayan, amalan ini perlu
ty

dilakukan memandangkan ia dapat menjamin kesejahteraan mereka semasa berada di

tengah lautan.20
r si
ve
ni
U

19
Selain daripada adat dan pantang larang dilaut, paparan tajuk keempat seksyen 1 ini diselitkan juga
mengenai pantang larang aktiviti memancing. Daripada maklumat yang yang dipaparkan, joran tidak
boleh dipancang betul-betul dipangkal tebing kerana ditakuti melanggar penghuni “Tanjung”. Joran juga
tidak boleh diletakkan ditengah-tengah teluk kerana akan menimbulkan kemarahan semangat tebing.
Paparan tersebut menyatakan, nelayan mempercayai terdapat banyak kejahatan yang dikaitkan dengan
semangat laut, bahaya jerung, ikan pari, ular, buaya, angin, ribut, kilat dan taufan yang tidak diingini.
Kebanyakan orang Melayu tidak makan ikan “belida” kerana dipercayai berasal dari seekor kucing,
mereka mengatakan ikan ini menjerit seperti kucing ketika ditikam dan tulangnya putih dan halus seperti
bulu kucing. Begitu juga ikan “tumuli” dipercayai berasal dari manusia yang lemas disungai dan ikan
“kalui” yang berasal dari penjelmaan monyet. Rujuk: „Ramalan Dan Kepercayaan Nelayan‟, (Paparan
Muzium Nelayan Tanjung Balau).
20
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.
42
Ramalan Meteorologi

Paparan kelima ataupun paparan terakhir di seksyen 1 ini bertajuk “Ramalan

Meteorologi”. Paparan ini juga dipamerkan sejak tahun pertama muzium ini dibuka

iaitu pada tahun 1994.21 Bahagian ini turut memaparkan salah satu aspek kepakaran

golongan nelayan iaitu dalam membuat ramalan meteorologi. Daripada maklumat yang

dipaparkan, nelayan yang berpengalaman di Tanjung Balau mahir membuat ramalan

keadaan meteorologi. Pada umumnya, ramalan tradisional keadaan meteorologi dibuat

a
mengikut bulan berdasarkan beberapa jenis bintang yang disebut dalam loghat tempatan

ay
seperti Bintang Tika, Bintang Belatek, Bintang Tanggung, Bintang Tukah dan Bintang

al
Kelambu. Paparan ini juga menjelaskan semua jenis bintang ini dapat dikenali

berdasarkan bentuk-bentuk yang berlainan antara satu sama lain. Ia juga mempunyai
M
pengaruh yang berlainan terhadap keadaan meteorologi, rupa bentuk bintang-bintang
of
dan pengaruhnya terhadap keadaan meteorologi.22

Paparan di bahagian ini menklasifikasikan lima bintang utama yang seringkali


ty

digunakan dalam ramalan nelayan-nelayan di Tanjung Balau. Daripada maklumat yang


si

dipaparkan, bintang “Tika” terdiri dari 7 butir bintang yang beratur berderetan secara
r
ve

memanjang diantara satu sama lain. Ia terbit secara berselangseli dengan bintang

“Belatek” pada bulan tertentu. Bintang “Tika” ini tidak akan dilihat pada bulan Jun.
ni

Mengikut ramalan yang dipaparkan, apabila Bintang Tika terbit pada sesuatu bulan, ia
U

mempunyai kaitan dengan tabiat ikan tamban yang berkumpul di unjam-unjam.

Nelayan-nelayan disini sehingga sekarang masih lagi menggunakan teknik meramal

bintang ini dalam menentukan jenis ikan dan perkara yang berkaitan dengannya.

21
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
22
Meteorologi berasal dari bahasa Yunani iaitu “Meteoros” yang membawa maksud ruang atmosfera dan
logos membawa maksud ilmu. Definisi Meteorologi adalah ilmu mengenai permasalahan berkaitan
atmosfera seperti suhu, udara, cuaca, angin dan pelbagai sifat fizik dan kimia atmosfera. Rujuk:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Meteorologi (tarikh diakses pada 28 Jan 2015).

43
Bintang yang seterusnya dipaparkan disini adalah bintang “Belatek”. Bintang

“Belatek” pula terdiri dari 3 butir bintang berkedudukan seperti tiga segi. Bintang

Belatek biasanya terbit selepas 1 bulan dari Bintang “Tika”. Menurut ramalan yang

dipaparkan, kehadiran Bintang Belatek dilangit memberi petanda tiupan angin kencang

akan berlaku, tetapi tidak membawa hujan. Tiupan angin pada masa ini amat kencang

dan menyebakan laut bergelora.

Bintang yang ketiga yang dipaparkan adalah bintang “Tanggung” yang terdiri

a
dari 3 butir bintang beratur secara berderetan memanjang. Bintang ini biasanya

ay
kelihatan pada bulan Oktober dan biasanya terbit pada lewat petang. Menurut ramalan

al
yang dipaparkan, kehadiran bintang ini akan menandakan berlakunya tiupan angin

kencang yang membawa hujan lebat pada bulan tersebut. Seterusnya adalah bintang
M
“Tukoh” . Bintang Tukoh terdiri dari 7 butir bintang yang bersusun dalam bentuk
of
kalung rantai leher. Bintang “Tukoh” biasanya kelihatan dalam bulan Novermber dan

terbit dari arah timur. Menurut ramalan yang dipaparkan, kehadiran bintang ini akan
ty

membawa hujan lebat dalam jangkasama panjang serta tiupan angin kencang.
si

Bintang yang terakhir yang dijelaskan melalui paparan adalah bintang


r
ve

“Kelambu”. Bintang ini terdiri dari 4 butir bintang yang berterabur dalam bentuk 4

penjuru seperti kotak. Bintang ini biasanya kelihatan pada bulan Disember. Menurut
ni

ramalan yang dipaparkan, kehadiran bintang ini menyebabkan tiupan angin kencang
U

yang membawa hujan lebat berterusan. Kelima-lima bintang ini sentiasa dijadikan

sandaran buat nelayan-nelayan di Tanjung Balau kerana ia dapat membantu mereka

dalam menentukan kondisi cuaca. 23

23
Cuaca adalah suatu fenomena atau perubahan yang terjadi di wilayah tertentu yang menunjukkan
adanya perubahan aktiviti alam seperti hujan, panas atau mendung. Dengan membuat ramalan cuaca, para
nelayan dapat memilih waktu yang tepat untuk menangkap ikan. Selain itu, keselamatan nelayan juga
terjamin kerana dapat mengelak daripada cuaca buruk, gelombang tinggi dan juga angin kencang. Rujuk:
„Ramalan Meterorologi‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
44
Seksyen 2

Seksyen 2 Galeri Utama ini bermula selepas paparan yang terakhir di seksyen 1

iaitu paparan “Ramalan Meteorologi”. Terdapat lima paparan di dalam seksyen ini.

Lima paparan tersebut berjudul Peraih dan Jeti, Alat Menangkap Ikan, Kotak Kelaut,

Bangau dan paparan terakhir bertajuk Hidupan Laut. Fokus utama di seksyen 2 adalah

berkisar mengenai hal ehwal peraih dan peralatan yang digunakan oleh golongan

nelayan untuk pergi ke laut.

a
ay
Peraih dan Jeti

Paparan pertama di dalam seksyen 2 ini bertajuk “Peraih dan Jeti”. Paparan ini

al
dipamerkan sejak tahun pertama muzium ini dibuka iaitu pada tahun 1994. 24 Paparan di
M
bahagian ini menjelaskan mengenai peraih. Peraih ialah orang perantaraan di antara

nelayan dengan pembeli. Peraih akan mendekati perahu nelayan yang mendarat di
of
pantai untuk membeli hasil tangkapan sebelum dijual semula kepada pembeli. Peraih ini
ty

memainkan peranan yang penting dalam menentukan harga ikan pasaran tempatan.
si

Walaubagaimanapun, daripada maklumat yang dipaparkan, peraih ini jugalah antara

penyumbang kepada faktor berkurangnya pendapatan nelayan. 25 Paparan di bahagian ini


r
ve

juga menyatakan masalah yang menganggu nelayan iaitu kerakusan sikap golongan

peraih. Terdapat golongan peraih yang mengambil kesempatan dengan membeli hasil
ni

tangkapan nelayan dengan harga yang murah tetapi menjualnya dengan kadar yang jauh
U

lebih tinggi untuk mengaut keuntungan berlipat ganda. Golongan nelayan ini

bertungkus lumus menangkap ikan di tengah lautan tetapi yang menerima hasil yang

lebih besar ialah peraih yang hanya duduk di tepi pantai menanti kepulangan nelayan.

24
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
25
Wawancara dengan Puan Noriah Hussain, Penolong Pengurus Pelancongan KEJORA di Galeri Utama
Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
45
Daripada maklumat yang dipaparkan, golongan peraih atau orang tengah

menjadi dominan dalam kehidupan nelayan. Peranan peraih dan orang tengah begitu

besar dalam kehidupan nelayan sehinggakan mereka turut menawarkan pinjaman

kewangan kepada nelayan yang mengalami kesempitan. Situasi tersebut menyebabkan

nelayan tidak mempunyai pilihan lain bagi menjual hasil tangkapan mereka dengan

harga yang rendah bagi mengelak daripada menanggung kerugian lebih besar sekiranya

stok ikan itu tidak terjual. 26

a
Di dalam bahagian yang sama, selepas paparan mengenai peraih, paparan yang

ay
berikutnya adalah mengenai jeti. Terdapat binaan diorama didirikan di bahagian

paparan “Peraih dan Jeti” ini. Daripada maklumat yang dipaparkan, Jeti sememangnya

al
tidak boleh dipisahkan dengan golongan nelayan. Jeti adalah sebuah pejalan kaki
M
merentasi air yang tinggi yang ditampung oleh cerucuk yang dijarakkan secara jauh-
of
jauh. Binaannya yang membolehkan arus mengalir tanpa disekat ini menjadikan jeti

seperti kapal yang sedang berlabuh.27


ty
r si
ve
ni
U

26
Utusan Malaysia, 16 Februari 2013, hlm. 14.
27
Istilah jeti yang berasal dari perkataan Perancis “ Jetee” yang bermaksud sesuatu yang di humban. Jeti
diperbuat daripada pelbagai jenis struktur yang didirikan di dalam sungai dan limbungan yang terdapat di
dalam alur yang keluar kearah air dalam. Jeti kayu secara lazimnya merentang ke tengah, bertentangan
antara satu sama lain dari kedua belah tebing sungai dan dibina berselang untuk mengecilkan terusan
yang lebar. Seterusnya ia membentuk bahagian tengah yang dalam dengan adanya penumpuan arus.
Walaubagaimanapun, sistem ini menyebabkan hakisan berlebihan pada hujung jeti berbanding dengan di
dalam terusan dan ini menghasilkan kedalaman yang tidak rata. Sistem ini telah diganti dengan
“longitudinal training works” ataupun dengan cara membina benteng dalam air yang mengunjur sedikit ke
hulu. Sepertimana terdapat berbagai rupa bentuk dan cara pembinaan jeti begitulah cara penggunaannya,
walaupun jeti tetap dibina merentasi air dan digunakan untuk mengubah haluan arus atau dijadikan
tempat melabuh kapal, adakalanya ia dibina berbeza hanya dibahagian benteng, bergantung kepada tujuan
penggunaannya. Rujuk: „Jeti‟, (Pamplet).
46
Alat Menangkap Ikan

Paparan kedua di Seksyen 2 Galeri Utama muzium ini adalah berjudul “Alat

Menangkap Ikan”. Paparan ini turut dipamerkan sejak tahun pertama muzium ini dibuka

iaitu pada tahun 1994.28 Paparan di bahagian ini memperincikan alat-alat menangkap

ikan secara tradisional di pantai Semenanjung Malaysia. Alatan tradisional yang

pertama dipaparkan adalah Jermal. Jermal berfungsi apabila ikan yang dibawa masuk

mengikut arus dan dipandukan oleh jajar ke dalam kawasan tangkuk di mana pukat

a
telah sedia dilabuh. Pada masa tertentu pukat dinaikkan ke atas dan ikan yang

ay
terperangkap dipungut dengan sauk. Jenis ikan yang biasa ditangkap dipungut ialah

al
udang dan ikan baja. Alatan yang dipaparkan seterusnya adalah bubu. Bubu ini pula

diletakkan di kawasan batu karang selama beberapa hari. Ikan-ikan terperangkap


M
apabila memasuki ke dalam bubu melalui injap. Ikan-ikan yang terperangkap ialah ikan
of
merah, ikan jenahak dan juga ikan kerapu. Alatan tradisional yang ketiga yang

dipaparkan adalah Bintoh. Bintoh ini menggunakan umpan untuk menangkap ketam
ty

hutan bakau semasa air besar. Ketam-ketam yang berada di dalam Bintoh akan
si

terperangkap apabila Bintoh diangkat naik. Paparan yang berikutnya pula adalah Sauk
r

Tangan. Sauk Tangan biasanya digunakan untuk menangkap kerang ketika air sedang
ve

surut. Alat Sauk Tangan ini sama juga seperti Tangguk Kerang yang digunakan untuk
ni

menangkap kerang.
U

28
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
47
Alatan seterusnya yang dipaparkan adalah terdiri daripada keluarga pukat.

Pukat Rawa adalah alatan yang ditolak bertentangan dengan arus untuk menangkap

udang. Ambal pula dilabuhnya ketika air mula pasang besar atau surut. Arus air akan

membawa ikan-ikan dan udang ke dalam keroncong pukat. Tangkapan utama melalui

teknik ini adalah ikan baja. Pukat yang ketiga adalah Pukat Kenka. Ia adalah sejenis

pelampung penanda dan alat yang dilabuhkan dari sebuah bot mengikut pelampung

penanda. Kemudian pukat ini akan ditarik naik. Antara hasil tangkapan melalui teknik

a
ini adalah udang dan ikan baja. Ahli keluarga pukat keempat yang dipaparkan adalah

ay
Pukat Tarik.29 Ianya dilabuhkan ke dalam air cetek dan kedua-dua tali penghujungnya

ditarik kearah pantai untuk mendapatkan hasil. Diantara hasil tangkapan melalui kaedah

al
ini adalah udang baring, ikan campuran dan juga ikan baja. Paparan seterusnya adalah
M
Pukat Sudu. Ikan-ikan akan terperangkap apabila pukat ini ditarik naik keatas

permukaan air. Ikan-ikan utama yang ditangkap ialah Ikan Kembong, Bawal Hitam,
of
Selar dan juga Ikan Tamban. Pukat yang keenam yang dipaparkan pula adalah Pukat
ty

Kisa. Pukat ini dilabuh ke dalam air mengikut arus dan ditarik melengkongi sesuatu
si

kawasan oleh dua orang nelayan dimana seorang akan berada di dalam air manakala

seorang lagi berada di atas bot. Hasil tangkapannya ialah udang, ketam dan ikan baja.
r
ve

Paparan yang terakhir di bahagian ini adalah paparan mengenai Belat Lengkong. Ia

adalah pukat yang direntang dari pantai pada air pasang besar supaya melengkongi
ni

sesuatu kawasan. Apabila air surut, ikan-ikan dan udang yang terperangkap di
U

sepanjang pukat di pungut dengan sauk. Hasil tangkapan terdiri daripada jenis campura

seperti udang, ikan siakap dan ikan belanak.30

29
Pukat Tarik adalah alat menangkap ikan yang diperbuat dari jaring dengan dua panel yang tidak
dilengkapi alat pembuka mulut jaring secara horizontal. Ia diletakkan dibelakang kapal yang tidak
berjalan (kapal keadaan berlabuh/jangkar/berhenti) dan tidak dihela (dragging). Penurunan jaring
dilakukan dari salah satu sisi. Ia dilambung dibahagian belakang perahu/kapal. Rujuk: „Alat Menangkap
Ikan‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
30
Wawancara dengan En. Fadhli Bin Ahmad, Nelayan Kampung Tanjung Balau di Galeri Utama
Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
48
Kotak Ke Laut

Paparan ketiga di Seksyen 2 Galeri Utama muzium ini adalah berjudul “Kotak

Ke Laut”. Paparan ini turut dipamerkan sejak tahun pertama muzium ini dibuka iaitu

pada tahun 1994.31 Bahagian ini memaparkan persiapan para nelayan untuk turun ke

laut. Paparan ini memperjelaskan mengenai kotak yang dibawa oleh nelayan untuk

turun ke laut. “Kotak” ini digunakan untuk meletakkan mata kail, rokok daun, mancis,

tembakau dan beberapa barangan lain yang dibawa ke tengah lautan. Selain daripada

a
kotak kecil, nelayan juga membawa cepu kayu.32 Barangan ketiga yang dipaparkan

ay
adalah Pelontang. Ia diikat bersama umpan cuma kedudukannya sedikit keatas dan ia

al
diapungkan di atas permukaan air dan sekiranya ikan menyambar umpan, pelontang

akan tenggelam timbul serta dibawa lari. Daripada maklumat yang dipaparkan, para
M
nelayan juga membawa tuwar dan juga jaring. Tuwar berfungsi sama seperti Lukah
of
digunakan dengan cara meletakkan di sungai dengan muncungnya dibuka, ikan akan

masuk ke dalam lukah dan terperangkap. Manakala jaring ataupun jala digunakan
ty

dengan kaedah menebarkannya ke sungai dan ikan ataupun udang yang terperangkap di
si

celah jaring akan dikutip nelayan dan dimasukkan ke dalam bakul. Seterusnya
r

dibahagian ini juga dipamerkan sebahagian alat untuk membuat perahu seperti patil,
ve

cangkul, kapak dan pahat. Penutup bagi paparan ini memaparkan barangan seperti
ni

gergaji ekor buaya, gergaji kayu, gergaji andang, pasak kayu penaga, kapak beliung,
U

rembas kecil, ketam kayu, patil dan juga kapak kecil. Di akhir paparan bahagian ini,

terdapat gambar-gambar proses pembuatan perahu dari peringkat awal sehingga ke

peringkat akhir.

31
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
32
Cepu kayu digunakan oleh nelayan tradisional sebagai bekas menyimpan makanan semasa turun ke laut
dengan cara mengalas daun pisang dibahagain dalamnya. Selepas itu nelayan meletakkan nasi, lauk
ataupun kuih muih sebagai bekalan di tengah lautan. Rujuk: „Kotak Ke Laut‟, (Paparan Muzium Nelayan
Tanjung Balau).
49
Bangau

Paparan keempat di Seksyen 2 Galeri Utama ini adalah berjudul “Bangau”.33

Paparan ini turut dipamerkan sejak tahun pertama muzium ini dibuka iaitu pada tahun

1994.34 Daripada maklumat yang dipaparkan, „Bangau‟ adalah ukiran kayu yang

diletakkan melintang di hujung Perahu Layar. Terdapat pelbagai bentuk ukiran Bangau

yang membawa maksud tertentu. Ukiran berbentuk „Kepala Burung Bangau‟ ini kerap

digunakan bagi melambangkan burung bangau yang sentiasa memerhatikan ikan.35 Di

a
bahagian ini juga, terpadat beberapa buah “bangau” sebenar yang dipamerkan.

ay
Hidupan Laut

al
Paparan kelima di Seksyen 2 Galeri Utama ini berkisar mengenai hidupan laut.
M
Paparan ini juga dipamerkan sejak tahun pertama muzium ini dibuka iaitu pada tahun

1994. Paparan ini merupakan paparan terkhir di Seksyen 2 Galeri Utama, Muzium
of
Nelayan Tanjung Balau. Daripada maklumat yang dipaparkan, jenis haiwan yang
ty

terdapat di laut adalah bergantung kepada keadaan dasar laut tersebut. Paparan ini
si

menjelaskan, hidupan laut yang hidup di kawasan berlumpur dan berselut biasanya
r

mempunyai duri, rangka yang keras, berkaki panjang atau berbulu supaya ia tidak
ve

mudah tenggelam ke dasar lumpur tersebut. Ini termasuklah batu karang dan ikan pari.
ni

33
Unsur seni dapat dilihat pada rekaan “bangau” di perahu-perahu mereka. Salah satu dari unsur tersebut
ialah “bangau” dan “okok”. Hampir semua perahu yang digunakan untuk menangkap ikan menggunakan
U

“bangau” dan “okok”. Pada awalnya fungsi “bangau” dan “okok” adalah untuk menyangga layar atau
dijadikan sangga tali semasa menarik sauh atau pukat. “Bangau” dan “okok” selalu didapati pada perahu-
perahu jenis “Payang”, “Kolek”, “Kuel”, “Sekochi‟, “Bedar”, “Jalar” dan perahu buatan barat. Bangau
adalah simbol kepada tuah atau rezeki menangkap ikan. Ini berdasarkan sifat burung bangau yang suka
kepada ikan. “Bangau” dan “okok” dilihat seperti seekor bangau yang mana “bangau” sebagai kepala dan
badan sementara “okok” sebagai ekor bangau. Dari segi pembuatan, “bangau” dan “okok” masih lagi
dibuat menggunakan teknik-teknik tradisional. Rujuk: „Bangau‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung
Balau).
34
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
35
Jika mengambil contoh seperti ukiran yang sering digunakan di kawasan Pantai Timur, Perahu Wayang
menggunakan ukiran kepala watak-watak didalam permainan wayang kulit. Perahu Buatan Barat pula
menggunakan ukiran kepala naga dan ukiran daun. Seterusnya “Kolek” menggunakan ukiran kuda laut.
“Lincang” pula menggunakan ukiran kepala burung. Begitu juga dengan “Sekocil” yang menggunakan
ukiran kepala ikan dan “Bedar “ menggunakan ukiran kepala burung. Rujuk: „Bangau‟, (Paparan Muzium
Nelayan Tanjung Balau).
50
Paparan kelima ini menjelaskan secara terperinci mengenai populasi hidupan di

dasar lautan. Di lautan cetek, populasi hidupan lebih padat dengan hidupan seperti

rumpai laut serta pelbagai jenis rumpai yang lain. Daripada maklumat yang dipaparkan,

hidupan laut yang hidup di kedalaman yang berbeza mempunyai permakanan yang

berbeza.36 Sebagai contoh, hidupan laut di kedalaman 3,000 hingga 6,000 meter

umpama hidupan oasis di tengah padang pasir iaitu ia tidak bergantung kepada jaringan

makanan yang kompleks, sebaliknya bergantung hidup kepada “phytoplankton”.37

a
Selain daripada paparan mengenai populasi hidupan di dasar lautan, bahagian ini juga

ay
memaparkan topik mengenai ikan. Paparan tersebut menjelaskan mengenai tiga

kumpulan utama bagi semua ikan, iaitu kumpulan ikan yang tidak mempunyai rahang

al
dipanggil “Agnathans”, kumpulan ikan yang mempunyai tulang rawan dipanggil
M
“Chondrichthians” dan kumpulan ikan yang ketiga iaitu kumpulan ikan yang

mempunyai banyak jenis tulang dipanggil “Osteivhthians”.38 Hampir kesemua jenis


of
ikan hidup di dalam air, bernafas melalui insang, mempunyai badan yang bersisik, dan
ty

bergerak atau berenang menggunakan sirip-siripnya.39


r si

36
Permukaan lautan yang kedalamannya lebih 180 meter tidak lagi ditembusi oleh cahaya matahari dan
ve

jumlah makanannya juga berkurang secara berperingkat-peringkat sehinggalah ke kedalaman 2,000 meter
ke dasar lautan. Pada kedalaman ini, ikan-ikan pemangsa, seperti ikan “Hatchet” yang memakan sotong
serta ikan yang lain, merupakan hidupan utama. Hidupan seperti obor-obor, udang dan ikan paus hidup
dengan cara memakan ikan yang lain serta tumbuhan plankton lautan. Manakala di dasar laut yang dalam
ni

pula, terdapatnya kawasan berparit serta terlindung yang mempunyai banyak komunitinya yang unik dan
tersendiri, seperti timun laut gergasi, moluska dan cacing. Rujuk: „Hidupan Laut‟, (Paparan Muzium
Nelayan Tanjung Balau).
U

37
Phytoplankton adalah organisma yang berada di permukaan perairan yang berfungsi sebagai sumber
makanan bagi organisma yang hidup di laut. Ia juga sebagai sebagai kayu ukur tahap kesuburan perairan.
Rujuk: „Hidupan Laut‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
38
Terdapat beberapa jenis hidupan yang disangkakan ikan kerana ia hidup di dalam air, walaupun pada
hakikatnya ia bukanlah ikan. Ikan lumba-lumba atau dolphin, anjing laut dan paus adalah mamalia dan
ia akan bergerak ke permukaan air untuk bernafas. Hidupan haiwan bercengkerang seperti kepah dan
sotong pula adalah jenis “moluska”. Hidupan yang mempunyai nama ikan atau “fish”, seperti udang
karang “crayfish” dan tapak sulaiman “starfish” juga bukan merupakan jenis ikan. Rujuk: „Hidupan
Laut‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
39
Kesemua ikan adalah vetebrata, yang bermaksud ia mempunyai tulang belakang atau struktur yang
sama dengannya, serta mempunyai tengkorak. Seperti manusia, ikan juga mempunyai tulang. Spesis
jerung dan pari memiliki rawan bagi menggantikan tulang. Kebanyakan ikan mempunyai tulang yang
terbahagi kepada tiga bahagian utama. Bahagian pertama ialah tengkorak, yang berisi otak, rahang atau
tulang mulut dan telapak insang. Bahagian yang seterusnya pula ialah tulang belakang atau spinal yang
menampung tulang-tulang punggung dan menyokong sirip serta ekor. Rujuk: „Hidupan Laut‟, (Paparan
Muzium Nelayan Tanjung Balau).
51
Paparan dibawah tajuk “Hidupan Laut” diteruskan dengan dua topik yang

menjadi penutup di bahagian ini. Topik yang dipaparkan disini adalah kesan daripada

perikanan berlebihan dan juga peranan ekosistem. Paparan di bahagian ini menjelaskan

mengenai operasi perikanan yang berlebihan akan mengakibatkan kira-kira satu billion

penduduk di negara membangun menghadapi masalah kekurangan ikan dalam masa 20

tahun.40 Paparan ini turut menyatakan terdapat pertambahan lebih 90 juta penduduk

dunia setiap tahun dan bekalan ikan tidak akan dapat bertahan selepas 50 tahun apabila

a
permintaan untuk ikan secara purata per kapita bertambah hampir dua kali ganda.

ay
Hanya dengan peningkatan industri akuakultur atau penternakan ikan akan dapat

mengelakkan situasi ini menjadi lebih kritikal.41 Selain daripada kesan perikanan

al
berlebihan, paparan ini turut menjelaskan mengenai faktor persekitaran yang
M
mempengaruhi ikan. Suhu air, kandungan oksigen, kemasinan, arus dan adanya

makanan merupakan pengaruh yang penting. Oleh itu, cuaca mempunyai kesan terhadap
of
perikanan komersial. Paparan ini menjelaskan, perubahan corak cuaca dapat menukar
ty

laluan penghijrahan ikan dan mempengaruhi kadar pembiakan serta jumlah ikan yang
si

boleh ditangkap oleh nelayan. Ikan salmon memberi panduan untuknya bergerak ke

kawasan peneluran.42
r
ve
ni
U

40
Ikan merupakan 7% daripada bekalan makanan global dan merupakan sumber makanan yang paling
banyak bertambah di negara membangun namun permintaannya terlalu tinggi melebihi bekalan dan
masalah ini kian meruncing. Pengurangan hasil tangkapan laut akan mempunyai kesan serius terhadap
jaminan makanan zat dan pendapatan penduduk di negara membangun dalam tempoh dua dekad yang
akan datang. Rujuk: „Hidupan Laut‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
41
Akuakultur adalah pembiakan benih ikan atau pemeliharaan biak ikan melalui perusahaan ternak
keseluruhan atau sebahagian daripada peredaran hidupnya. Rujuk: „Hidupan Laut‟, (Paparan Muzium
Nelayan Tanjung Balau).
42
Ikan salmon muda cenderung berada dalam perairan pinggir laut apabila suhu air adalah tinggi. Ikan
yang hidup didasar laut dalam makan lebih banyak apabila berada dalam suhu tinggi berbanding dalam
suhu rendah. Tangkapan ikan kan berkurangan jika suhu air terlampau rendah akibat kadar pembiakan
dan penghijarahan yang meurun pada masa tersebut. Rujuk: „Hidupan Laut‟, (Paparan Muzium Nelayan
Tanjung Balau).
52
Topik yang menjadi penutup bagi paparan “Hidupan Laut” ini adalah mengenai

ekosistem akuatik. Paparan ini menjelaskan bahawa terumbu karang dan hutan bakau

pinggir laut telah dikenalpasti amat penting untuk mengekalkan kepelbagaian biologi.

Tempat ini merupakan habitat yang menyokong pelbagai jenis hidupan. Pantai, terumbu

karang dan perairan di sekitarnya menyediakan tempat tinggal untuk berjuta-juta spesis

hidupan. Paparan ini menjelaskan bahawa terumbu karang merupakan tempat tinggal

lebih 25% daripada semua spesis laut.43 Terumbu karang adalah ialah pengawal kualiti

a
persekitaran laut yang amat baik. Ia merupakan kawasan perikanan dan pembiakan ikan

ay
yang penting serta melindungi garis pinggir laut dan pasir pantai daripada terhakis.

al
Selain daripada terumbu karang, paparan ini mengangkat juga kepentingan

bakau. Paparan tersebut menjelaskan bahawa bakau ialah sejenis pohon atau pokok
M
renek yang tumbuh di habitat pinggir laut atau dipanggil paya bakau. Pokok bakau yang
of
tumbuh di air cetek di zon pasang surut pinggir laut tropika serta subtropika, biasanya

terlindung daripada hempasan ombak.44 Daripada maklumat di paparan tersebut,


ty

walaupun terdapat pelbagai spesis tumbuhan di habitat bakau, lebih kurang 54 spesis
si

yang wujud hanya di habitat bakau dan jarang ditemui ditempat lain. Akar pokok bakau
r

berfungsi untuk menstabilkan pasir dan lumpur.45


ve
ni
U

43
Terumbu karang menyediakan habitat untuk pelbagai organisma yang bergantung pada batu karang
sebagai sumber makanan dan perlindungan. Selain batu karang itu sendiri dan alga simbiosisnya, hidupan
lain yang tinggal di terumbu karang termasuklah pelbagai bunga karang, moluska, nudibranch, tiram,
kepah, haiwan krustasea, cacing laut, ekinoderma, kulat, penyu serta ikan. Terumbu karang dan komuniti
rumpai laut disekitarnya merupakan penunjuk kualiti air dan intergriti ekologi ekosistem yang sensitif.
Rujuk: „Hidupan Laut‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
44
Paparan ini menjelaskan di Vietnam, Thailand, Filipina dan India, ladang bakau ditanam di kawasan
pinggir laut bagi tujuan ini. Bakau dapat melindungi daratan daripada tsunami, namun lebih 50% daripada
hutan bakau diserata dunia telah musnah. Rujuk:„Hidupan Laut‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung
Balau).
45
Akar pokok bakau menapis air laut dari fosfat, nitrat dan bahan kimian lain. Di kawasan di mana pokok
bakaunya telah dibuang bagi tujuan pembangunan, garis pinggir lautnya mengalami hakisan yang teruk.
Bakau juga menyediakan habitat untuk hidupan liar termasuklah beberapa spesis ikan yang penting dari
segi komersil dan berfungsi sebagai penimbal semulajadi dari tiupan angin kencang serta dari ombak
besar yang dibawa oleh puting beliung. Rujuk: „Hidupan Laut‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung
Balau).
53
Seksyen 3

Seksyen 3 Galeri Utama ini berada di sudut paling dalam di Galeri Utama

Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Fokus di seksyen ini terarah

kepada binaan diorama perkampungan nelayan dan juga replika rumah kampung.

Diorama Perkampungan Nelayan

Bahagian ini adalah diorama perkampungan nelayan. Bahagian ini mula dibina

a
dan dipamerkan pada tahun 2000.46 Bahagian ini dimulakan dengan paparan keterangan

ay
aktiviti musim tengkujuh. Paparan tersebut menjelaskan, bahagian pantai timur

Semenanjung Malaysia terdedah kepada kesan Monsun Timur Laut bermula dari bulan

al
Ogos sehingga bulan Februari. Kebanyakan nelayan masih memilih untuk meneruskan
M
kegiatan menangkap ikan pada musim tengkujuh. Ini bergantung pada keadaan cuaca

sama ada ia terlalu berbahaya untuk mereka ke laut pada hari tersebut. Pendapatan
of
mereka memadai untuk menampung kehidupan seharian sehingga penghujung musim.
ty

Jala, bot serta peralatan perlu diservis, dibaiki dan diselenggara secara terperinci untuk
si

memastikan ia tahan lama dan semua ini dibuat pada musim tengkujuh. Segelintir
r

nelayan akan bercucuk tanam, membuat kerja pertukangan kayu atau kerja pembinaan
ve

sebagai sumber pendapatan pada musim tengkujuh. Untuk memastikan para nelayan

mendapat bimbingan yang sesuai, kerajaan mengadakan kursus pemprosesan ikan untuk
ni

mereka. Dengan ini, mereka boleh menjual hasil seperti ikan masin, keropok, surimi
U

dan sebagainya. Selain daripada itu, musim inilah permainan tradisional masyarakat

melayu mula dimainkan secara kerap. Sebagai contoh permainan tradisional adalah

gasing. Gasing popular di Semenanjung Malaysia terutama di negeri Kelantan dan

Terengganu. Terdapat beberapa jenis Gasing antaranya Gasing Piring, Gasing Melayu,

Gasing Cina dan Gasing Pinang.

46
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium Nelayan Tanjung Balau
di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
54
Masih di dalam bahagian yang sama, selepas paparan aktiviti para nelayan di

waktu tengkujuh, terdapat diorama perkampungan nelayan dalam skala yang kecil.

Terdapat binaan-binaan rumah nelayan, bengkel perahu surau dan lain-lain lagi. Selepas

itu, di hujung seksyen ini terdapat replika rumah nelayan dalam skala yang besar.

Binaan rumah ini dibina dan dipaparkan pada tahun 2005.47 Binaannya persis zaman

dahulu dapat mengembalikan nostalgia lama menggambarkan kehidupan nelayan. Di

bahagian laman rumah terdapat beberapa Jebak Puyuh.48 Replika rumah tersebut

a
dibahagikan kepada beberapa bahagian utama seperti dapur, ruang makan, bilik tidur,

ay
ruang tamu dan juga bangsal. Rekabentuk rumah nelayan lahir daripada bentuk rumah-

rumah tradisional orang Melayu. Kebanyakan rumah-rumah nelayan diperbuat daripada

al
kayu. Ia dibina diatas tiang dan masih terletak di tepi sungai ataupun berhadapan dengan

laut yang jauh dari bandar dan pekan.


M
of
Gambar 2.1
Replika Rumah Perkampungan Nelayan di Muzium Nelayan Tanjung Balau.
ty
r si
ve
ni
U

(Sumber: Koleksi peribadi dengan izin Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi,
Johor)
47
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
48
Jebak Puyuh ialah perangkap berbentuk separuh bulatan dengan tapak yang rata, dilengkap pintu kecil
dan terdapat tali jerat di dalamnya yang dilaraskan ke pintu jebak. Lazimnya, jebak berkenaan akan
dipasang di kawasan belukar berdekatan sawah dengan meletakkan seekor burung puyuh bagi menarik
perhatian burung puyuh liar mendekati pintu jebak yang terbuka. Sebaik burung puyuh liar memasuki ke
dalam jebak, ia akan terpijak jerat yang dipasang dan pintu jebak akan tertutup dengan sendirinya. Rujuk:
„Diorama Perkampungan Nelayan‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
55
Gambar 2.2
Diorama Nelayan dan Peraih Ikan di Jeti Perkampungan Nelayan di Muzium
Nelayan Tanjung Balau.

a
ay
al
M
of
(Sumber: Koleksi peribadi dengan izin Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi,
Johor.)
ty

Gambar 2.3
Diorama Perkampungan Nelayan di Muzium Nelayan Tanjung Balau.
r si
ve
ni
U

(Sumber: Koleksi peribadi dengan izin Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi,
Johor.)

56
Seksyen 4

Seksyen 4 Galeri Utama ini berada di luar Galeri Utama. Hal ini disebabkan saiz

perahu ini dipamerkan dalam skala sebenar, maka pihak Muzium Nelayan Tanjung

Balau menyediakan satu seksyen khas diluar untuk pameran perahu sahaja. Seksyen ini

dibina dan dipaparkan bermula pada tahun 1998.49

Perahu Burung Petalawati

a
Replika Perahu Burung Petalawati ini berasal dari Negeri Kelantan. Ia diberi

ay
nama berdasarkan rekabentuk bahagian hadapan perahu yang berbentuk kepala Burung

Petalawati. Paparan ini menjelaskan bahawa pada zaman dahulu, setiap kali perayaan

al
kelahiran sultan, baginda akan diarak dalam Perahu Burung Petalawati ini. Namun kini
M
upacara itu tidak lagi diamalkan kerana mengandungi unsur-unsur khurafat. Replika

perahu ini dipamerkan bagi menunjukkan keunikan seni ukiran halus yang diukir di
of
bahagian kepala perahu dan ekornya.
ty

Perahu Payang
si

Perahu Payang merupakan perahu terbesar yang digunakan di negeri


r
ve

Terengganu. Paparan bahagian ini menjelaskan bahawa perahu ini adalah salah satu

jenis perahu buatan Melayu. Operasi memukatnya adalah di kawasan laut dalam
ni

menggunakan Pukat Payang dengan awak-awak seramai 15 orang. Dikenali sebagai


U

Perahu Payang berdasarkan operasinya yang menggunakan Pukat Payang. Perahu ini

berukuran 4.2 meter panjang, 2.27 meter lebar, 3.1 meter tinggi dan bergerak

menggunakan dua layar. Biasanya Perahu Payang mempunyai “bangau” di kedua-dua

belah hujung perahu sebagai tempat menyimpan tiang dank ain layar. Pada

kebiasaannya Perahu Payang akan dihias dengan lukisan awan larat yang indah.

49
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
57
KESIMPULAN

Keempat-empat seksyen di Galeri Utama ini menampilkan tema kehidupan

nelayan bermula dengan paparan sejarah aktiviti menangkap ikan, barangan yang

dibawa oleh golongan nelayan untuk pergi ke laut, diorama perkampungan nelayan dan

replika perahu. Koleksi-koleksi yang terdapat di Galeri Utama, Muzium Nelayan

Tanjung Balau seperti Perahu Burung Petalawati ini merupakan antara koleksi yang

bernilai. Selain itu, koleksi-koleksi yang jarang ditemui ini merupakan bukti yang

a
menunjukkan pihak pengurusan muzium sentiasa komited dalam memberi impak yang

ay
jelas mengenai dunia peradaban nelayan. Galeri Utama ini memainkan peranan yang

al
sangat penting sebagai pusat rujukan dan penyelidikan berkaitan sejarah aktiviti

menangkap ikan dan hal ehwal mengenai nelayan. Selain daripada itu Galeri Utama ini
M
juga berperanan dalam memastikan pemeliharaan khazanah dan warisan sejarah
of
peradaban nelayan disimpan dan didokumentasikan dengan baik.
ty
r si
ve
ni
U

58
BAB TIGA

GALERI GEOLOGI, GALERI KESELAMATAN & KOMUNIKASI


LAUT DAN GALERI KAPAL KARAM DESARU

PENGENALAN

Setiap tahun kira-kira 10,000 orang mengunjungi Muzium Nelayan Tanjung

Balau sama ada dari dalam negara mahupun luar negara terutamanya dari Singapura.1

Lanjutan daripada bilangan pengunjung yang semakin meningkat saban tahun,

a
KEJORA (Kemajuan Johor Tenggara) telah mengambil inisiatif dengan

ay
memperuntukkan sebanyak RM4.2 juta pada tahun 2005 bagi menambah tiga lagi galeri

al
iaitu Galeri Geologi, Galeri Keselamatan Laut dan Galeri Kapal Karam Desaru. Ketiga-

tiga galeri ini dibina selepas 11 tahun pembukaan muzium ini iaitu pada tahun 1994.2
M
Penambahan tiga lagi galeri dilihat sebagai satu revolusi dalam memberi nafas baru
of
terhadap muzium ini sejajar dengan usianya mencecah 11 tahun pembukaan pada tahun

2005. Ketiga-tiga galeri ini masih dibawah konsep yang sama seperti Galeri Utama.
ty

Galeri Geologi menempatkan lebih 200 jenis batuan geologi daripada pelbagai
si

nilai dan bentuk. Uniknya galeri ini, ia menyimpan khazanah batuan geologi yang
r
ve

mempunyai kaitan dengan pesisir Pantai Tanjung Balau. Galeri Keselamatan Dan

Komunikasi Laut pula memaparkan penerangan tentang sistem komunikasi yang


ni

digunakan nelayan moden termasuk replika nelayan menangkap ikan menggunakan


U

pukat besar dan alatan komunikasi terkini. Galeri Kapal Karam Desaru mempamerkan

artifak kapal yang pernah karam di perairan Desaru berusia ratusan tahun iaitu daripada

Dinasti Ming. Turut dipamerkan adalah artifak daripada Kapal Nanyang dan Kapal

Turiang yang berusia 200 tahun.

1
Kosmo, 22 Oktober 2014, hlm. 26.
2
Utusan Malaysia, 23 Februari 2010, hlm. 14.
59
GALERI GEOLOGI

Galeri Geologi merupakan galeri kedua terbesar di Muzium Nelayan Tanjung

Balau, Kota Tinggi, Johor. Galeri ini terletak di sebelah kiri bangunan Galeri Utama.

Secara asasnya, Galeri Geologi ini dibahagikan kepada 4 seksyen. Berikut merupakan

jadual pembahagian seksyen di galeri ini beserta tajuk paparan bagi setiap elemen yang

dipamerkan di setiap seksyen.

Jadual 3.1

a
Pembahagian Seksyen Dan Tajuk Paparan Galeri Geologi Muzium Nelayan

ay
Tanjung Balau

Seksyen Tajuk Paparan

al
1) Pembentukan Muka Bumi Asia Tenggara

Seksyen 1
M
2) Fosil
3) Pengenalan Geologi
of
4) Batuan
1) Kepelbagaian Struktur Geologi Tanjung Balau
ty

- Foliasi
- Lipatan
Seksyen 2
si

- Zon Ricih
- Lineasi
r
ve

Seksyen 3 1) Mineral
1) Sumbangan Geologi Terhadap Dunia
ni

- Geologi Marin
- Pemetaan Geologi
U

Seksyen 4
- Hidrogeologi
- Geofizik
- Geowarisan

(Sumber: Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium,
Muzium Nelayan Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober
2015.)

60
Seksyen 1

Seksyen 1 Galeri Geologi ini mempunyai empat paparan di dalamnya. Empat

paparan tersebut berjudul Pembentukan Muka Bumi Asia Tenggara, Fosil, Pengenalan

Geologi dan paparan terakhir berjudul Batuan. Tema yang diangkat di seksyen ini

adalah berkisar mengenai pengenalan kepada geologi.

Pembentukan Muka Bumi Asia Tenggara

a
Paparan pertama di dalam seksyen 1 yang dapat dilihat oleh pengunjung sebaik

ay
melangkah masuk ke Galeri Geologi ini adalah paparan berjudul “Pembentukan Muka

Bumi Asia Tenggara”. Paparan ini dipamerkan sejak tahun pertama galeri ini dibuka

al
iaitu pada tahun 2005.3 Paparan ini menjelaskan, dalam melihat tamadun dan kehidupan
M
manusia, kajian di dalam aspek geologi dan iklim merupakan kajian yang sangat

penting. Kajian geologi dan pemahaman tentang pembentukan muka bumi dan keadaan
of
iklim akan membantu kita mengetahui tentang corak dan taburan flora dan fauna.
ty

Seterusnya ia juga akan menentukan pergerakan, taburan dan pembentukan kebudayaan


si

manusia itu sendiri. Paparan ini menjelaskan bahawa era geologi yang penting dalam
r

konteks Asia Tenggara adalah sekitar 50 juta tahun dahulu dengan pembentukan
ve

pelantar sunda melalui aktiviti volkanik dan tektonik sejak Zaman Permian hingga

Zaman Pliose. Maklumat daripada paparan tersebut menyatakan Pelantar Sunda ini
ni

dipercayai adalah rangkaian campuran batuan pra-kapur yang berasal dari pembentukan
U

kerak Gondwana.4

3
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
4
Batas Pelatar Sunda mencakupi Negara Malaysia, Sumatera, Jawa, Borneo ( Kalimantan, Sabah dan
Sarawak ), Filipina dan kelompok kecil seperti Riau, Lingga, Natuna dan Balambangan. Apapun yang
terjadi dari sudut geologi, yang pasti ketika manusia pertama memasuki rantau ini, bentuk geografi
wilayah Asia Tenggara telah mencapai bentuk dasarnya seperti sekarang ini dengan dua wilayah utama
mendasari pembentukan geologi iaitu Pelantar Sunda dan Pelantar Sahul yang dipisahkan oleh sempadan
garis Wallace. Rujuk: „Pembentukan Muka Bumi Asia Tenggara‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung
Balau).
61
Paparan ini menjelaskan secara terperinci mengenai Pelantar Sunda. Maklumat

daripada paparan tersebut menyatakan sebahagian besar Pelantar Sunda kini telah

menjadi lautan khususnya Laut China Selatan. Pada kemuncak Zaman Air Batu sekitar

20,000 tahun dahulu, sebahagian besar kawasan ini menjadi daratan kerana penurunan

paras permukaan air laut.5 Kajian geologi menunjukkan pada Zaman Holosen, antara

10,000 tahun hingga 6,000 tahun lalu, aras laut adalah 3 meter lebih tinggi daripada aras

sekarang. Paparan ini juga menjelaskan bahawa rekod arkeologi menunjukkan bahawa

a
manusia mula bergerak menuju ke daratan dan mendiami gua-gua batu kapur di

ay
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sekitar 12,000 tahun yang lalu. Penutup

paparan ini memberi konklusi bahawa perubahan iklim selepas itu telah membentuk

al
regim flora yang ketara di Asia Tenggara iaitu hutan hujan khatulistiwa dan hutan hujan
M
tropika dan spesis fauna. Hutan-hutan ini telah menyediakan pelbagai khazanah

biodiversiti yang dapat menampung penghuni di rantau ini.


of
ty
r si
ve
ni
U

5
Asia Tenggara mengalami Zaman Air Batu atau Zaman Glasier Maksimum setiap 120,000 tahun. Kira-
kira 20,000 tahun lampau, apabila aras laut telah menurun sehingga 120 meter dari aras laut sekarang, ia
menjadikan Laut China Selatan, Selat Melaka dan Laut Jawa sebagai daratan yang dikenali sebagai
Pelantar Sunda. Pada ketika itu, dipercayai haiwan dan manusia dari tanah besar Asia dapat merentas
dengan mudah ke kepulauan Asia Tenggara dan membawa bersama-sama warisan budaya dan kaedah
pembuatan peralatan batu mereka. Rujuk: „Pembentukan Muka Bumi Asia Tenggara‟, (Paparan Muzium
Nelayan Tanjung Balau).
62
Fosil

Paparan kedua di dalam seksyen 1 pula berjudul “Fosil”. Paparan ini

dipamerkan sejak tahun pertama galeri ini dibuka iaitu pada tahun 2005.6 Paparan ini

menjelaskan bahawa fosil merupakan tinggalan atau kesan daripada organisma,

tumbuhan atau haiwan yang telah hidup pada suatu ketika dahulu dan terawet secara

tabii dalam batuan sedimen.7 Maklumat daripada paparan ini menyatakan kebanyakan

fosil Malaysia terdiri dari cengkerang invertebrata marin. Daripada paparan tersebut,

a
fosil ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti “Fosil Jasad”, “Fosil Kesan”, “Fosil

ay
Hidup” dan “Pseudofosil”. “Fosil Jasad” merupakan jasad asal hidupan yang telah

terawet seperti tulang, cengkerang dan daun. “Fosil Kesan” pula merupakan kesan

al
fizikal aktiviti binatang seperti kesan tapak, jalaran, sarang dan lain-lain yang terawet
M
dalam batuan sedimen. Fosil ketiga pula adalah “Fosil Hidup” yang merupakan haiwan
of
atau tumbuhan yang wujud dari zaman purba hingga masa kini. Yang terakhir sekali

adalah “Pseudofosil” yang merupakan corak seakan-akan fosil yang dibentuk melalui
ty

proses geologi dan bukan dari proses biologi. Ia selalu disalah anggap sebagai fosil
si

tulen. Contoh-contoh “Pseudofosil” adalah “Dendritis” dan “Konkrisi”.8 Penutup bagi


r

paparan ini adalah keterangan mengenai kegunaan bidang fosil. Diantara kegunaan
ve

bidang fosil ini adalah seperti penentuan usia relatif batuan, penentuan unit-unit
ni

straligrafi batuan, korelasi antara unit-unit batuan, pengkelasan organisma, penentuan


U

persekitaran pengendapan batuan dan untuk tujuan gali cari hidrokarbon.

6
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
7
Batuan sedimen merupakan batuan yang kaya dengan kepelbagaian fosil yang terawet dalam strata /
lapisan batuan berusia dari Kambrian iaitu 540 juta tahun dahulu sehingga masa kini. Rujuk: „Fosil‟,
(Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
8
Dendritis dan Konkrisi merupakan antara jenis-jenis bahan galian. Ia antara istilah yang seringkali
digunakan di dalam kamus geologi. Rujuk: „Fosil‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
63
Geologi

Paparan ketiga di dalam seksyen ini adalah berjudul “Geologi”. Paparan ini

dipamerkan sejak tahun pertama galeri ini dibuka iaitu pada tahun 2005.9 Paparan ini

menjelaskan bahawan geologi adalah sains bumi. Ia meliputi kajian terhadap bumi,

komposisi dan struktur bahan-bahan yang membentuknya serta proses-proses yang

berlaku di dalamnya. Ia termasuklah kajian terhadap organisma yang hidup di bumi.

Menurut paparan tersebut, satu aspek penting mengenai geologi adalah berkaitan kajian

a
bagaimana bahan, struktur, proses bumi serta organisma-organisma ini berubah melalui

ay
peredaran zaman. Daripada maklumat yang dipaparkan, ahli geologi memainkan

al
peranan penting dalam menerokai batuan, sumber mineral dan bahan api, mengkaji

proses dan kejadian bencana geologi dan bekerja untuk memelihara alam sekitar.
M
Terdapat beberapa fenomena geologi yang diperjelaskan di dalam paparan ini.
of
Diantaranya adalah seperti gempa bumi.10 Gempa bumi, letusan gunung berapi dan

letupan di dasar lautan termasuklah peletupan peranti nuklear, gelongsoran tanah,


ty

belahan glasier, impak meteorit dan lain-lain mempunyai potensi besar menyebabkan
si

tsunami berlaku. Selain itu, banjir juga boleh berlaku kerana banjir merupakan kesan
r
ve

sekunder akibat gempa bumi. Sekiranya empangan air mengalami kerosakan, ia juga

boleh menyebabkan aliran sungai tersekat dan runtuh lalu mengakibatkan banjir.
ni
U

9
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
10
Rekahan tanah pecah dan perubahan yang berlaku di permukaan bumi. Keadaan ini boleh
menyebabkan kerosakan alam dan harta benda serta prasarana yang lain. Rekahan tanah yang berlaku di
sepanjang garisan sesar boleh mengancam kestabilan struktur kejuruteraan seperti tasik, jambatan dan
stesen janakuasa hidro atau nuklear. Rujuk: „Geologi‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
64
Paparan ini menjelaskan bahawa gempa bumi termasuklah juga aktiviti gunung

berapi dan tsunami. Topik yang dibincangkan di paparan ini memberi gambaran yang

jelas mengenai Tsunami dan juga gunung berapi. Daripada maklumat yang dipaparkan,

Tsunami merupakan ombak besar yang terbentuk akibat gempa bumi atau gelongsoran

tanah bawah lautan melanda pantai yang berhampiran dalam jangka masa yang sangat

cepat.11 Tsunami boleh bergerak beberapa kilometer merentasi lautan terbuka dan

mengakibatkan kemusnahan besar hanya beberapa jam selepas terjadi akibat gempa

a
bumi.

ay
Penutup bagi paparan ketiga ini diakhiri dengan pejelasan mengenai gunung

al
berapi. Paparan ini menjelaskan bahawa gunung berapi adalah fenomena geologi

dimana berlaku rekahan permukaan di kerak bumi yang menyebabkan lava panas, abu
M
dan gas meletus dari takungan magma di bawah permukaan bumi. Abu gunung berapi
of
boleh mengancam keselamatan pesawat terbang kerana ia boleh mencair di dalam enjin

pesawat pada suhu yang tinggi. Daripada paparan tersebut, letusan yang besar juga
ty

boleh menyebabkan perubahan suhu di mana debu dan hujan asid sulfurik menghalang
si

sinaran matahari dan menyejukkan bahagian bawah atmosfera dan menyerap suhu panas
r

dari bumi dan seterusnya menyebabkan suhu di bahagian atas atmosfera bertambah
ve

tinggi.12
ni
U

11
Tsunami berasal dari perkataan Jepun bermaksud ombak pelabuhan. Ia juga dikenali sebagai
gelombang seismik lautan atau gelombang pasang surut iaitu sautu siri ombak yang membadai
disebabkan oleh pergerakan besar isipadu air yang luas. Secara saintifiknya apabila berlaku pergerakan
plat bumi sepeti terperosok ke bawah kepingan plat lain, tekanan bertambah dan menghasilkan
“megathurst”. Apabila bahagian ini terlepas, ia menerjah dasar lautan yang menyebabkan anjakan besar
air laut maka berlakulah tsunami. Tsunami hanya dirasai sebagai riak kecil sahaja apabila ia dipermukaan
lautan, namun apabila gelombangnya tiba di daratan, ia menjadi besar kerana air semakin cetek. Rujuk:
„Geologi‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
12
Kerak lautan menjadi cair di zon subduksi, membentuk batuan basalt dan andesit di pulau. Perisai
gunung berapi terbentuk di bahagain atas titik panas di bahagian bawah kerak lautan. Magma
berkomposisi basalt terkumpul pada martel di bahagian bawah rabung tengah lautan dan membentuk
kerak baru dengan gunung berapi basalt. Seterusnya batuan granit, andesit dan basalt terbentuk di
bahagian atas zon subduksi sepanjang garis sempadan benua. Di bahagian atas kerak benua, rantaian
gunung terlipat boleh terbentuk. Rujuk: „Geologi‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
65
Batuan

Paparan yang terakhir di dalam seksyen 1 ini adalah berjudul “Batuan”. Paparan

ini dipamerkan sejak tahun pertama galeri ini dibuka iaitu pada tahun 2005.13 Daripada

paparan tersebut, “Batuan” ialah agregat satu atau lebih mineral yang wujud secara

semulajadi yang membentuk unit asas bumi dan biasanya boleh dikenalpasti dan

dipetakan. Paparan ini memperjelaskan secara terperinci mengenai 3 jenis batuan iaitu

“Batuan Igneus”, “Batuan Sedimen” dan juga “ Batuan Metamorf ”.

a
“Batuan Igneus” terhasil daripada penyejukan dan penghabluran bendalir amat

ay
panas di dalam atau di atas permukaan bumi. Bendalir ini dikenali sebagai magma dan

al
terdiri dari “Silika Lebur”, “Oksida”, “Sulfida”, air dan juga gas. 14 Batuan kedua adalah

M
“Batuan Sedimen” yang terbentuk dari pemadatan dan penyimenan mendapan longgar

yang termendap di atas permukaan bumi. Paparan ini menjelaskan bahawa “Batuan
of
Sedimen” boleh berasal daripada “Detrital” seperti batu pasir atau berasal dari kimia

seperti batu kapur.15 Penutup bagi paparan “Batuan” ini adalah penjelasan mengenai
ty

“Batuan Metamorf “. Batuan ini yang terbentuk apabila “Batuan Igneus” atau “Batuan
si

Sedimen” mengalami tindakan suhu atau tekanan yang sangat tinggi atau kedua-duanya
r
ve

sekali yang mengubah komposisi mineral, tekstur dan struktur dalaman. 16 Perubahan

tersebut khususnya berlaku jauh di dalam kerak bumi disebabkan oleh tindakan tektonik
ni

plat bumi. “Batuan Metamorf” boleh juga terbentuk di permukaan bumi impak meteorit
U

atau di sekeliling zon intrusi Igneus bersuhu tinggi.

13
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
14
Magma yang menghablur di bawah permukaan bumi akan membentuk “Batuan Intrusive” seperti
“Granit” manakala magma yang mengalir dan mengeras di permukaan bumi atau dasar lautan membentuk
ekstrusif sepeti “Basalt”. Rujuk: „Batuan‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
15
Terdapat juga mendapan Sedimen Organik seperti batu arang yang terhasil daripada penguraian tisu
tumbuhan dan haiwan yang mati. Batuan sedimen biasanya dicirikan oleh kehadiran fosil yang jarang
dijumpai dalam batuan jenis lain. Rujuk: „Batuan‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
16
“Kuarzit” contohnya ialah batu pasir termetamorf dan “Sabak” ialah batu lumpur yang termetamorf.
Rujuk: „Batuan‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
66
Seksyen 2

Seksyen 2 Galeri Geologi ini mempunyai satu paparan di dalamnya. Paparan

tersebut berjudul “Kepelbagaian Struktur Geologi Tanjung Balau”.

Kepelbagaian Struktur Geologi Tanjung Balau

Paparan “Kepelbagaian Struktur Geologi Tanjung Balau” menjadi satu-satunya

paparan di dalam seksyen yang kedua di Galeri Geologi ini. Paparan ini dipamerkan

a
sejak tahun pertama galeri ini dibuka iaitu pada tahun 2005.17 Paparan ini menjelaskan

ay
secara geologinya, Tanjung Balau yang terletak di timur Kota Tinggi, Johor ini

terbentuk dari batuan pantai dengan fitur tegasan angin yang menyimpan rahsia kuno

al
bagi hidupan dan bumi.18 Ia juga membuka lembaran kepada penemuan sejarah negara.
M
Paparan ini turut menyatakan tapak geologi batuan pantai prasejarah ini adalah unik dan

menunjukkan formasi batuan yang sangat kompleks dan luarbiasa. Ianya adalah lebih
of
tua dari usia Perm yang bermula pada sekitar 275 juta tahun dahulu. Kepelbagaian
ty

struktur geologinya yang meliputi aspek geometrik dan kinematik adalah sesuatu yang
si

sangat bernilai dan berharga dari aspek ilmiah serta sejarah. Daripada maklumat di
r

paparan ini, ciri-ciri pembentukan struktur geologi Tajung Balau dapat memberi sebuah
ve

penceritaan mengenai sejarah evolusi kinematik bagi Jaluran Timur Semenanjung

Malaysia. Kehadiran fitur-fitur geologi lain seperti endapan pantai “Kuaterner” di


ni

sepanjang garis pantainya juga menjadi satu nilai geologi warisan yang sangat berharga
U

bagi Tanjung Balau.

17
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
18
“Fitur” tegasan angin terdapat pada lapisan enapan-enapan pantai kuno berusia “Kuaterner” yang terdiri
daripada batu pasir kasar bercengkerang separa “Konsolidat”. Rujuk: „Kepelbagaian Struktur Geologi
Tanjung Balau‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
67
Paparan ini menjelaskan secara terperinci mengenai tapak geologi Tanjung

Balau mempunyai rekod sejarah aktiviti-aktiviti tektonik yang dipercayai berusia di

antara zaman “Perm” dan “Karboniferus”. Ia boleh ditemui di kawasan pantai yang

berada diatas paras air pasang penuh, berhampiran jeti Tanjung Balau. 19 Paparan ini

turut menyatakan kerajaan negeri Johor berhasrat untuk menjadikan tapak ini sebagai

sebuah monumen geologi. Ia diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negara

Johor 1989 bagi tujuan penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran selain

a
melindunginya daripada pencerobohan pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu

ay
juga, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara telah mengemukakan permohonan

penwartaan kepada Jabatan Warisan Negara untuk mengiktiraf kawasan Tanjung Balau

al
sebagai tapak geowarisan kebangsaan.20
M
Topik berikutnya yang dibincangkan di paparan ini adalah 4 aspek geologi di
of
Tanjung Balau. Empat aspek tersebut adalah “Foliasi”, “Lipatan”, “Zon Ricih” dan

“Lineasi”. Paparan ini menjelaskan “Foliasi” adalah struktur mensatah yang terbentuk
ty

pada batuan akibat pelepasan dan penyusunan selari mineral-mineral terleper dan
si

mineral-mineral berkeping di dalam batuan.21 Keistimewaan utama batuan di Tanjung


r

Balau ialah kewujudan lebih dari satu set ira yang ditandai sebagai ira pertama dan ira
ve

kedua.22
ni
U

19
“Fitur” ini terhasil akibat dari tiupan angin kencang ke daratan lalu menempa bahan-bahan sedimen
pantai yang pada masa itu bercampur air dan berbentuk kental lalu mengeras seperti bentuk sekarang.
Rujuk: „Kepelbagaian Struktur Geologi Tanjung Balau‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
20
Wawancara bersama Puan Noriah Hussain, Penolong Pengurus Pelancongan KEJORA di Lobi Muzium
Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.
21
Foliasi lazimnya dikenalpasti melalui kewujudan satah-satah lemah yang sangat rapat dan selari antara
satu sama lain, yang akan menyebabkan batuan kelihatan berkeping-keping. Foliasi terbahagi kepada
beberapa jenis yang utama seperti ira kesyisan, ira filit dan ira sabak. Rujuk: „Kepelbagaian Struktur
Geologi Tanjung Balau‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
22
Ira adalah fabrik yang terbentuk pada batuan tidak termetamorf hingga termetamorf rendah. Ira pertama
ditemui dalam bentuk ira kesyisan, ira filit dan ira sabak yang diskret, manakala ira kedua pula lazimnya
ditemui sebagai ira kerdutan atau dalam bahasa saintifiknya “Crenulation Cleavage”. Ira jenis ini amat
jarang ditemui atau dilaporkan dari mana-mana kawasan di dunia. Struktur ira kerdutan ekstensi yang
buat pertama kalinya dilaporkan di Malaysia adalah yang ditemui di kawasan Tanjung Balau. Kajian ini
dibuat oleh Tajul Anuar Jamaluddin dan Mustaffa Kamal Shuib pada tahun 2003. Rujuk: „Kepelbagaian
Struktur Geologi Tanjung Balau‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
68
Penerangan seterusnya adalah aspek lipatan. Lipatan adalah bengkokan atau

kelengkungan pada batuan yang melibatkan struktur-struktur bersatah seperti pelapisan,

foliasi, ira, sesar atau satah-satah ricih.23 Bagi pengkaji-pengkaji geologi struktur,

Tanjung Balau adalah tempat paling istimewa untuk mengkaji lipatan kerana disini

berbagai jenis struktur lipatan boleh ditemui terbentuk dengan baik.24 Paparan ini

menyatakan, sekurang-kurangnya tiga generasi lipatan boleh dibezakan berdasarkan

orientasi, jenis dan pola perlipatan dan di dalam setiap generasi lipatan itu pula terdapat

a
beberapa jenis lipatan yang berbeza yang menambah kepelbagaian struktur lipatan di

ay
kawasan ini.25

al
Aspek yang ketiga yang dibincang di dalam paparan ini adalah zon ricih.

Paparan ini menjelaskan pergerakan kerak bumi menyebabkan bahagian-bahagian


M
tertentu pada jasad batuan bergerak dan tericih antara satu sama lain. Kesan pergeseran
of
ini boleh dikenali apabila terdapatnya zon-zon ricih pada jasad batuan yang terdedah ke

permukaan bumi.26 Maklumat darpada paparan ini menyatakan berbagai-bagai jenis zon
ty

ricih boleh ditemui di sini yang merakamkan sejarah canggan dan evolusi geologi
si

kawasan ini pada masa ratusan juta tahun yang lampau. Ada diantaranya yang
r

menunjukkan ricihan kekiri, kekanan malah ada pula yang terlipat dan dipotong pula
ve

oleh sesar.
ni
U

23
Sesar merupakan retakan yang mempunyai pergerakan ketara selari dengan satah retakan. Sesar boleh
hadir sebagai sempadan yang tajam, atau sebagi zon ricih, Satah-satah ricih pula adalah garisan yang
dijadikan penanda kepada sesuatu pergerakan yang berlaku. Rujuk: „Kepelbagaian Struktur Geologi
Tanjung Balau‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
24
Wawancara bersama Puan Noriah Hussain, Penolong Pengurus Pelancongan KEJORA di Lobi Muzium
Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.
25
Untuk membezakan generasi-generasi lipatan tersebut memerlukan pencerapan yang sangat teliti dan
kemahiran yang tinggi dalam ilmu geologi struktur. Ahli geologi professional dan berpengalaman pun
kadangkala terkeliru kerana struktur lipatan ini amat kompleks dan mencabar minda. Rujuk:
„Kepelbagaian Struktur Geologi Tanjung Balau‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
26
Zon-zon ricih dicirikan oleh batuan yang terhancur seolah-olah dihimpit dan diricih dengan hebat
hinggakan tekstur dan warna batuan berubah menjadi gelap. Lebar dan panjang setiap zon ricih itu
berjulat daripada beberapa cm kepada puluhan meter. Rujuk: „Kepelbagaian Struktur Geologi Tanjung
Balau‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
69
Aspek yang keempat iaitu “Lineasi” menjadi penutup bagi paparan di seksyen 2,

Geleri Geologi ini. Paparan ini menjelaskan bahawa “Lineasi” adalah struktur berupa

garis yang terbentuk pada batuan. Lineasi boleh terbentuk akibat daripada pegaturan,

pemanjangan atau putaran mineral, persilangan antara satah-satah, gelinciran atau

geseran pada permukaan batuan dan pertumbuhan mineral. Oleh kerana batuan telah

tercangga lebih daripada satu fasa, maka beberapa generasi struktur lineasi boleh

dicerap di kawasan ini. Sebagai contoh lineasi yang terbentuk boleh akibat persilangan

a
antara ira dengan satah perlapisan. Struktur-struktur lineasi lain boleh ditemui dalam

ay
bentuk mullion atau bebatang.27 Paparan ini turut menyatakan masih terdapat banyak

lagi struktur-struktur geologi selain daripada kumpulan struktur yang dibincangkan.

al
Antaranya termasuklah struktur sesar, kekar, boudin, ramping ampul, fabrik transposisi

dan sebagainya.
M
of
Perbincangan mengenai pencirian dan pemahaman struktur geologi tersebut

lazimnya memerlukan kemahiran dan tahap pengetahuan geologi yang tinggi


ty

terutamanya apabila wujud pertindanan antara struktur yang awal dan yang terkini. Ada
si

di antara struktur tersebut belum pernah dilaporkan daripada mana-mana kawasan lain
r

di Malaysia, malah di dunia. Paparan ini memberi contoh struktur lipatan periklin
ve

tersusun rencong, menapak kekanan dan tersilang ira dalam arah mengikut jam. Struktur
ni

begini belum pernah dilaporkan daripada mana-mana kawasan dunia dan setakat ini
U

hanya diketahui terbentuk dengan baik hanya di kawasan Tanjung Balau sewaktu

canggan ricih itu berlaku.

27
Mullion adalah berupa permatang-permatang kecil yang terbantuk pada sayap-sayap lipatan akibat
perubahan kekawian batuan semasa proses perlipatan. Manakala struktur bebatang pula kelihatan seperti
batang-batang kayu yang berasosiasi dengan lipatan-lipatan ketat. Rujuk: „Kepelbagaian Struktur Geologi
Tanjung Balau‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
70
Seksyen 3

Seksyen 3 Galeri Geologi ini mempunyai satu paparan di dalamnya. Paparan

tersebut berjudul “Mineral”.

Mineral

“Mineral” merupakan satu-satunya paparan di seksyen ketiga di dalam galeri ini.

Paparan ini dipamerkan sejak tahun pertama galeri ini dibuka iaitu pada tahun 2005.28

a
Paparan ini menjelaskan terdapat 8 kelas utama di dalam mineral. Kelas mineral yang

ay
pertama adalah kelas silikat.29 Kelas yang kedua adalah karbonat.30 Seterusnya adalah

kelas sulfat.31 Kelas keempat adalah kelas halida.32 Kelas kelima pula adalah kelas

al
oksida dimana ianya amat penting kepada industri perlombongan. Kelas keenam adalah
M
kelas sufida.33 Seterusnya adalah kelas fosfat.34 Mineral kelapan adalah kelas unsur.35

Manakala kelas yang terakhir yang dijelaskan adalah mineral. Mineral adalah kumpulan
of
organik yang terdiri daripada bahan biogenik dimana proses geologi memainkan
ty

peranan dalam genesis atau punca kepada sebatian tersebut. 36


r si
ve

28
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
29
Kelas silikat merupakan kelas mineral terbesar. Kandungan utama silikat adalah silikon dan oksigen.
Disamping itu, ia mengandungi ion-ion lain seperti aluminium, magnesium, ferum dan kalsium. Rujuk:
ni

„Mineral‟, (Pamplet).
30
Mineral karbonat terdiri daripada mineral yang mengandungi anion. Kelas ini termasuklah kalsit dan
aragonite, dolomit dan siderite. . Rujuk: „Mineral‟, (Pamplet).
U

31
Mineral sulfat mengandungi anion sulfat dan terjadi di dalam persekitaran evaporit, sistem telerang
hidrotermal dan bersama mineral sulfida. . Rujuk: „Mineral‟, (Pamplet).
32
Mineral halida merupakan kumpulan mineral yang membentuk garam semulajadi. Termasuk dalam
kelas ini adalah fluorit, halit, silvit dan sal ammoniak. . Rujuk: „Mineral‟, (Pamplet).
33
Mineral sufida penting dari segi ekonomi sebagai bijih berlogam. Mineral sulfida termasuklah pirit
yang dikenali sebagai emas tiruan, kalkopirit, pentiandit dan golena. . Rujuk: „Mineral‟, (Pamplet).
34
Kumpulan mineral fosfat ini termasuklah semua mineral yang mengandungi satu unit tetrahedral AO4
dimana A adalah fosforus, antimony, arsenik atau vanadium. . Rujuk: „Mineral‟, (Pamplet).
35
Kumpulan unsur terdiri daripada logam asli dan unsur interlogam seperti emas, perak, kumprum, separa
logam dan bukan logam sepeti antimony, bismuth, grafit dan juga sulphur. . Rujuk: „Mineral‟, (Pamplet).
36
Sebahagian mineral akan mengeluarkan cahaya pendafluor apabila disinari ultra-lembayung. Fenomena
ini dikenali sebagai pendafluor. Mineral berlainan akan bertindakbalas secara berbeza di bawah sinaran
ultra-lembayung. Sebahagian mineral akan mengeluarkan cahaya pendaflour yang berwara-warni dan
terang manakala yang lain mengeluarkan cahaya pendaflour yang kurang terang. Warna pendafluor yang
dilihat adalah berbeza sama sekali dengan warna mineral yang dilihat di bawah cahaya putih. . Rujuk:
„Mineral‟, (Pamplet).
71
Penutup bagi paparan “Mineral” ini diakhiri dengan penerangan fungsi dan

kegunaan mineral dalam kehidupan seharian kita. Antara kegunaannya ialah sebagai

makanan tambahan untuk kesihatan, batu permata untuk barang kemas dan perhiasan,

serta produk farmasi. Terdapat pelbagai jenis mineral dan kegunaannya yang

dipamerkan di seksyen ini. Diantaranya adalah asbestos.37 Mineral asbestos boleh

digunakan untuk pembuatan fabrik kalis api, benang, kain, kertas, isian cat, gasket,

komposisi atap, agen menguatkan bahan getah dan plastik, pelapis brek, jubin, penebat

a
elektrik dan haba, simen serta penapis kimia. Mineral yang kedua yang dipamerkan

ay
disini adalah boraks. Boraks merupakan sumber utama boron. Sebatian boron

digunakan untuk pelbagai tujuan dalam industri dan kediaman.38 Paparan berikutnya

al
adalah bauksit.39 Mineral intan pula digunakan sebagai batu permata. Paparan ini
M
menjelaskan, intan bergred industri tidak sesuai digunakan sebagai batu permata.40
of
Di dalam seksyen ini terdapat banyak lagi mineral lain yang dipamerkan berserta

kegunaannya seperti basalt, lempung, arang batu, barit, diatomit, kromit, garnet,
ty

merkuri, magnesit, pyrolusit, pasir kuarza dan lain lain lagi. Kesemuanya mempunyai
si

fungsi dan kegunaan yang penting terhadap kehidupan seharian kita. Ini adalah
r

keunikan utama paparan di seksyen ini dimana semua mineral dipamerkan dan
ve

dipaparkan kegunaan dan fungsinya.41


ni
U

37
Kumpulan mineral silikat ini mempunyai ciri-ciri yang boleh diceraikan menjadi nipis, serat kuat yang
fleksibel, tahan panas dan lengai kimia. . Rujuk: „Mineral‟, (Pamplet).
38
Boron digunakan dalam pembuatan kaca, seramik, enamel, gentian kaca, pelembut air, pertanian,
kawalan serangga perosak, bahan perencat kebakaran, bunga api dan ubat. . Rujuk: „Mineral‟, (Pamplet).
39
Mineral bauksit adalah sumber utama bagi penghasilan logam aluminium. Aluminium banyak
digunakan dalam pembungkusan, komponen kapal terbang dan otomotif, peralatan dapur, foil, produk
bangunan dan juga elektrik. . Rujuk: „Mineral‟, (Pamplet).
40
Intan bersaiz besar digunakan sebagai alat-alat dan bit-bit gerudi untuk memotong batu dan kerikil.
Intan bersaiz halus dikenali juga sebagai habuk atau grit digunakan untuk memotong dan menggilap
produk batuan dan seramik. . Rujuk: „Mineral‟, (Pamplet).
41
Wawancara bersama Puan Noriah Hussain, Penolong Pengurus Pelancongan KEJORA di Lobi Muzium
Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.
72
Seksyen 4

Seksyen 4 Galeri Geologi ini mempunyai satu paparan di dalamnya. Ia

merupakan seksyen yang terakhir di dalam Galeri Geologi ini. Paparan tersebut berjudul

“Sumbangan Geologi Terhadap Dunia”.

Sumbangan Geologi Terhadap Dunia

Paparan terakhir Galeri Geologi ini dipamerkan sejak tahun pertama galeri ini

a
dibuka iaitu pada tahun 2005.42 Terdapat 5 topik penting yang dibincangkan di seksyen

ay
ini. Topik tersebut adalah geologi marin, pemetaan geologi, hidrogeologi, geofizik dan

geowarisan. Paparan ini menjelaskan, geologi marin atau geologi oseanografi adalah

al
kajian berkaitan sejarah dan struktur dasar laut. Ianya melibatkan penyisatan geofizik,
M
geokimia, sedimentologi dan paleontologi dasar laut serta zon pesisir pantai. Pelbagai

agensi kerajaan terlibat dalam menjalankan kajian dan penyelidikan marin seperti
of
Jabatan Perikanan, Pusat Hidrografi Nasional, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan
ty

Meteorologi dan Jabatan Laut termasuk universiti-universiti tempatan.43 Paparan ini


si

menyatakan, survey geofizik marin dijalankan bagi mendapat pelbagai maklumat


r

geologi di permukaan dasar laut dan di bawah permukaan dasar laut seperti jujukan
ve

perlapisan sedimen, jenis-jenis sedimen atau batuan dasar, struktur geologi dan lain-

lain. Persampelan sedimen pula merupakan satu aktiviti geologi marin yang penting
ni

bagi mendapatkan maklumat geologi dasar laut untuk tujuan penyelidikan dan
U

pembangunan, kejuruteraan atau eksploitasi sumber asli.

42
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
43
Antara kajian dan penyelidikan dalam geosains marin adalah dalam bidang sumber mineral, sumber
pasir laut, morfologi dasar laut, hakisan pantai, gempa bumi dan juga tsunami. Aktiviti asas dalam kajian
geologi marin pula melibatkan survey geofizik, persampelan sedimen dasar laut, penggerudian, geokimia
dan pemeriksaan mineral marin. Rujuk: „Sumbangan Geologi Terhadap Dunia‟, (Paparan Muzium
Nelayan Tanjung Balau).

73
Topik yang kedua yang dibincangkan di paparan ini adalah topik pemetaan

geologi. Paparan ini menjelaskan, pemetaan geologi adalah satu proses pemilihan

sesuatu kawasan yang berkepentingan untuk mengenalpasti segala aspek geologi di

kawasan tersebut. Malaysia dilingkungi oleh 4,800km garis pantai dan 1,007 buah

pulau-pulau. Kawasan pesisir pantai merupakan kawasan yang pesat membangun di

Malaysia untuk penempatan dan aktiviti ekonomi. Selain itu juga ia berpotensi tinggi

untuk dimajukan bagi industri pelancongan. Paparan ini menyatakan, pemetaan geologi

a
pesisir pantai dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan morfologi secara

ay
terperinci seperti terumbu karang, pasir, kerikil, lumpur dan sempadan paras pasang

surut serta ciri-ciri dasar seperti pola pergerakan pasir dan ciri-ciri sedimen.44 Ahli

al
geologi boleh menterjemahkan satu gambaran yang penuh bagi perbezaan jenis struktur
M
dan sifat pembentukan yang berlaku semasa aktiviti tektonik masa lampau dari cerapan

yang dibuat. Kepentingan utama pemetaan ini adalah ia dapat menyediakan maklumat
of
dan data geologi asas yang lengkap sebagai input perancangan pembangunan.
ty

Topik yang dibincangkan berikutnya pula adalah mengenai hidrogeologi.


si

Hidrologi adalah cabang bidang geologi yang mengkaji batuan dan struktur-struktur
r

yang terbentuk sejak masa lampau. Paparan ini menjelaskan bahawa kepentingan utama
ve

hidrologi adalah dapat menentukan lokasi simpanan air yang sesuai dan menilai
ni

kemungkinan kuantiti air yang boleh diluahkan tanpa menjejaskan akuifer bawah tanah
U

atau ekosistem kawasan sekitar. Selain itu, ia juga dapat mengenalpasti risiko dari

pencemaran dan bagaimana ianya boleh dihalang melalui perancangan yang rapid dan

menjangka apa yang akan berlaku kepada sumber air atau kesannya terhadap keatas

alam sekitar pada masa akan datang.

44
Pemetaan geologi dapat memberikan anggaran dan pergerakan sedimen di sepanjang pantai dan
mencari maklumat impak pembangunan di kawasan pantai terutamanya aktiviti hakisan dan penambakan.
Rujuk: „Sumbangan Geologi Terhadap Dunia‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
74
Topik terakhir yang dipaparkan di dalam geleri ini adalah mengenai geofizik dan

geo warisan. Geofizik merupakan satu bidang geosains yang melibatkan kajian bumi

melalui teknik fizik. Diantara kepentingan geofizik adalah mengeksplorasi sumber

mineral, sumber minyak dan gas, air bawah tanah, geoterma, kejuruteraan, alam sekita

dan juga bencana. Manakala geowarisan pula adalah tempat-tempat bersignifikan yang

mengandungi komponen-komponen penting dan bernilai kepada manusia dari segi

penyelidikan saintifik, pendidikan dan pembangunan budaya. Paparan ini menjelaskan,

a
Organisasi Pendidikan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( UNESCO ) telah

ay
memulakan inisiatif geopark pada tahun 1999, untuk memenuhi keperluan kerja

antarabangsa dalam meningkatkan, mengawal dan memelihara nilai-nilai warisan bumi,

al
landskap dan formasi geologinya. Geopark ini merupakan satu kawasan yang
M
mempunyai sebilangan tapak geowarisan kebangsaan yang dilindungai kerana

mempunyai signifikan khusus dan kepentingan saintifik, keluarbiasaan atau daya


of
tarikan keindahanya.
ty
r si
ve
ni
U

75
GALERI KESELAMATAN DAN KOMUNIKASI LAUT

Galeri Keselamatan dan Komunikasi Laut merupakan galeri ketiga di Muzium

Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Galeri ini terletak di sebelah kanan

bangunan Galeri Utama. Saiznya lebih kecil berbanding Galeri Utama dan juga Galeri

Geologi. Secara asasnya, Galeri Keselamatan Dan Komunikasi Laut ini hanya

menempatkan 1 seksyen sahaja dan seksyen ini mempunyai 7 ruang pameran dan

paparan. Berikut merupakan jadual pembahagian pameran di galeri ini beserta tajuk

a
paparan bagi setiap topik yang dipamerkan seksyen tersebut.

ay
Jadual 3.2
Pembahagian Seksyen Dan Tajuk Paparan Galeri Keselamatan Dan Komunikasi

al
Laut Muzium Nelayan Tanjung Balau

Seksyen
M Tajuk Paparan
1) Rumah Api
of
2) Kod ISM
ty

3) Sistem Komunikasi Kapal


si

Seksyen 1 4) Tips Keselamatan Laut

5) Navigasi
r
ve

6) Replika-Replika Kapal

7) Kod Keselamatan
ni
U

(Sumber: Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium,
Muzium Nelayan Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober
2015.)

76
Seksyen 1

Seksyen 1 Galeri Keselamatan dan Komunikasi Laut ini mempunyai tujuh

paparan di dalamnya. Tujuh paparan tersebut berjudul Rumah Api, Kod ISM, Sistem

Komunikasi Kapal, Tips Keselamatan Laut, Navigasi, Replika-Replika Kapal dan Kod

Keselamatan. Fokus Utama seksyen ini terarah kepada hal ehwal keselamatan dan

komunikasi di laut.

Rumah Api

a
ay
Paparan pertama di dalam galeri ini berjudul “Rumah Api”. Paparan ini

dipamerkan sejak tahun pertama galeri ini dibuka iaitu pada tahun 2005.45 Daripada

al
maklumat yang dipaparkan, sejarah rumah api di Malaysia bermula sewaktu
M
pemerintahan British iaitu dari tahun 1826. Pada masa itu, terdapat 15 buah rumah api

yang dikenali sebagai “The Straits Settlement Lighthouses”. Paparan ini turut
of
menjelaskan, antara rumah api yang masih digunakan pada hari ini adalah seperti
ty

Rumah Api Tanjung Tuan ataupun dikenali sebagai “Cape Rachado Lighthouse”.
si

Menurut paparan ini, semenjak pertengahan abad ke-20, bermula dari tahun 1948,
r

pentadbiran rumah api telah diserahkan kepada Jabatan Laut.


ve

Terdapat gambar dan replika rumah api di negeri Johor yang dipamerkan di
ni

dalam galeri ini. Rumah api yang pertama adalah Rumah Api Bukit Segenting. Paparan
U

ini menjelaskan rumah api ini dibina pada 16 Mac 1976 di laluan masuk Semenanjung

Malaysia. Rumah api ini terletak di puncak Bukit Segenting, Batu Pahat. Puncaknya

berada di tahap 282 kaki. Menara putih ini berdiri setinggi 14 meter dan kos

pembinaanya dianggarkan sebanyak RM 855,000.00. Rumah api ini mampu menyuar

sejauh 23 batu nautika direka oleh seorang pakar rekaan dari Jepun bernama Tsukinuki.

45
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
77
Rumah api kedua yang dicatatkan disini adalah Rumah Api Tandarah Tanjung

Piai. Paparan ini menjelaskan pada tanggal 27 November 1986, sebuah mercu tanda

arah yang berada di kedudukan 01‟ 15 30” 40”T telah dirasmikan di perairan negeri

Johor. Kedudukan Tanjung Piai yang menganjur lagi unik itu menjadikannya titik

paling selatan Benua Asia. Maklumat daripada paparan ini menyatakan, pembinaan

peralatan pencahayaannya telah menelan belanja sebanyak RM 80,000. Berdiri setinggi

15 meter dan bangunan putih berbentuk tiang ini mampu menyuluh sejauh 10 batu

a
nautika.

ay
Penutup paparan ini menjelaskan bahawa rumah api merupakan menara atau

al
bangunan tinggi yang memainkan peranan bagi membantu ahli pelayaran, juru mudi

atau nakhoda kapal di laut untuk belayar dan mendarat dengan selamat. Menara ini
M
dilengkapi dengan sistem lampu atau cahaya api. Biasanya rumah api dibina di kawasan
of
tebing tinggi yang strategik bagi memudahkan kapal dagang datang berlabuh pada

waktu malam hari. Rumah api juga boleh membantu menandakan kawasan berbahaya
ty

dan dalam pandu arah udara. Walaupun zaman kian moden, sistem pelayaran di dunia
si

masih lagi menggunakan sistem ini dan disokong oleh sistem satelit di angkasa lepas.46
r
ve
ni
U

46
Rumah Api Iskandariah di Mesir dianggap rumah api tertua di dunia. Ia dibina oleh raja Firaun zaman
Mesir Keyunanian. Rumah Api Iskandariah dibina pada 280 BC di atas pulau Pharos di Iskandariah,
Mesir sebagai mercu tanda. Tingginya sekitar 135 meter dibina oleh manusia daripada batu-bata. Selain
itu, dua rumah api di Dover, England dibina semasa pencerobohan Norman terhadap England. Terdapat
juga penulis China bernama Jia Dan pada zaman Dinasti Tang (785-805 Masihi) mencatatkan Bangunan
Minaret di muara Teluk Parsi berfungsi sebagai rumah api. Penulis Arab seperti Arab al-Mas'udi dan al-
Muqaddasi juga ada mencatatkan peranan dan kegunaan rumah api kepada kapal pelayaran dan kapal
perdagangan di laut. Rujuk: „Rumah Api‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
78
Kod ISM

Paparan yang kedua di dalam galeri ini berjudul “Kod ISM”. Paparan ini

dipamerkan sejak tahun pertama galeri ini dibuka iaitu pada tahun 2005.47 Paparan ini

menjelaskan kemalangan di laut sejak nahas Titanic pada tahun 1912 dan beberapa

kejadian lain telah menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai. Kebimbangan

ini telah membawa kepada pembentukan Kod Pengurusan Keselamatan Antarabangsa

(ISM) oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang diiktiraf oleh kerajaan dunia.

a
Kod ini bertujuan untuk memastikan operasi kapal selamat dan bebas daripada nahas

ay
kerana kebanyakan nahas di laut berpunca daripada kepincangan dalam amalan

al
pengurusan dan operasi.

M
Paparan ini turut menjelaskan, syarikat perkapalan telah menyahut cabaran

untuk mengurangkan kesilapan manusia. Kesilapan-kesilapan ini yang menyumbang


of
kepada peristiwa kemalangan jiwa ataupun pencemaran alam. Kod ISM mewujudkan

satu piawaian antarabangsa mengenai operasi perkapalan selamat untuk syarikat


ty

perkapalan dalam aspek keselamatan dan pencegahan pencemaran serta perlaksanaan


si

Sistem Pengurusan Keselamatan (SMS). Paparan ini menjelaskan, Kod ISM ini dapat
r
ve

mendidik supaya pelayar-pelayar dan juga nelayan mematuhi peraturan dan undang-

undang di lautan.48
ni
U

47
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
48
Kod Pengurusan Keselamatan Antarabangsa (ISM) telah dilaksanakan di bawah keperluan konvensyen
SOLAS 1974 bab 9 di Malaysia pada 1 Julai 1998. Mengikut kehendak konvensyen ini, syarikat-syarikat
yang mengurus kapal-kapal dikehendaki menyediakan sistem pengurusan keselamatan di mana ianya
akan disemak dan di audit oleh Jabatan Laut Malaysia. Ini memandangkan kepada polisi yang telah
dibuat oleh kerajaan bahawa pengauditan keatas syarikat-syarikat pengurusan keselamatan hanya akan
dibuat oleh Jabatan Laut Malaysia dan kemudiannya syarikat yang berkenaan akan dianugerahkan dengan
Dokumen Kepatuhan (Document of Compliance). Sementara itu, kapal-kapal Malaysia yang telah
disemak dan diaudit pula akan di anugerahkan dengan Sijil Pengurusan Keselamatan (Safety Management
Certificate). Rujuk: „Kod ISM‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).

79
Sistem Komunikasi Kapal

Paparan yang ketiga di dalam galeri ini adalah berjudul “Sistem Komunikasi

Kapal”. Paparan ini dipamerkan sejak tahun pertama galeri ini dibuka iaitu pada tahun

2005.49 Dibahagian ini dipaparkan beberapa alatan canggih yang digunakan oleh

nelayan pada masa ini untuk berhubung ketika mereka di tengah lautan. Diantaranya

adalah SSB frekuensi tinggi. SEA 330 –SEA Inc, iaitu penghantar-terima frekuensi

tinggi (HF) 300 watt meliputi julat frekuensi antara 1.6 hingga 29.9 Mega Hertz

a
bersama ingatan untuk rangkaian ITU dan TELEX lazim. Di dalam Sistem Kecemasan

ay
dan Keselamatan Maritim Global (GMDSS), sebuah penghantar terima HF 250 watt

al
yang mampu beroperasi di kesemua rangkaian ITU dan berupaya membuat panggilan

digital selektif ke satu lagi unit yang dilengkapkan dengan GMDSS di anjungan. 2 unit
M
penghantar-terima VHS-DSC 25-watt bagi panggilan digital selektif ke satu lagi unit
of
yang dilengkapkan dengan GMDSS di anjungan. GMDSS Standard C Inmarsat yang

berada di bilik radio, mampu menghantar-terima serta menyimpan mesej-mesej


ty

TELEX. Kapal juga membawa beberapa peralatan berupa Radio Penunjuk Kedudukan
si

Kecemasan (EPIRB) dan Transponder Radar Mencari dan Menyelamat (SART).


r

Terdapat juga Radio VHF yang mempunyai unit dengan lapan rangkaian yang telah
ve

terprogram dengan pilihan jalur marin dan frekuensi NOAA. Begitu juga komunikasi
ni

dengan sistem satelit, telefon bimbit dan juga melalui kaedah email.50
U

49
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
50
Rujuk: „Sistem Komunikasi Kapal‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
80
Tips Keselamatan Laut

Paparan yang kempat adalah berjudul “Tips Keselamatan Laut”. Paparan ini

dipamerkan sejak tahun pertama galeri ini dibuka iaitu pada tahun 2005.51 Paparan ini

berkisar mengenai tips keselamatan di laut yang amat berguna buat semua nelayan dan

juga pelayar. Diantara tips yang dipaparkan dibahagian ini adalah seperti, laluan bot

seseorang nelayan yang berukuran kurang dari 20 meter panjang, keutamaan perlu

diberikan kepada bot atau kapal yang lebih besar semasa dalam sungai atau alur yang

a
sempit. Tips yang kedua yang dipaparkan adalah setiap bot yang menangkap ikan tidak

ay
boleh menghalang laluan mana-mana bot atau kapal yang belayar dalam sungai atau

al
alur yang sempit. Tips ketiga pula, setiap bot yang tidak dapat mengelak dari memotong

bot atau kapal lain di sungai atau alur yang sempit hendaklah menyembunyikan isyarat
M
hon atau wisel yang dibenarkan. Tips keempat yang dipaparkan, setiap bot atau kapal
of
yang menghampiri selekoh atau sesuatu kawasan yang sungai atau alurnya yang sempit

dimana bot atau kapal lain mungkin terlindung hendaklah belayar dengan waspada dan
ty

menyembunyikan isyarat hon atau wisel yang dibenarkan. Apabila dua buah bot atau
si

kapal bertemu, hendaklah masing-masing mengubah haluan ke kanan dengan


r

membunyikan isyarat hon pendek 1 saat dan membuat selisihan kiri bot. Tips yang
ve

terakhir yang dipamerkan adalah, setiap bot atau kapal hendaklah sentiasa mematuhi
ni

isyarat lampu apabila terbenam matahari hingga terbitnya esok hari. Bot-bot yang
U

terlibat dengan operasi menangkap ikan atau memancing hendaklah sentiasa

mempamerkan lampu-lampu isyarat yang betul.

51
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
81
Navigasi

Paparan yang kelima di dalam galeri ini adalah berjudul “Navigasi”. Paparan ini

dipamerkan sejak tahun pertama galeri ini dibuka iaitu pada tahun 2005.52 Paparan ini

menjelaskan navigasi ini bertujuan untuk mengetahui kedudukan semasa kapal. Juru

mudi zaman dahulu bergantung kepada tanda tempat atau ciri-ciri pantai, memaksa

semua kapal belayar berhampiran pantai. Terciptanya kompas magnetik membolehkan

kapal mengekalkan hala pelayaran dan membuat kiraan jangkaan terhadap kedudukan

a
kapal.53 Paparan ini turut menyatakan perkembangan seterusnya melibatkan

ay
penempatan rumah api dan boya yang bertindak sebagai papan tanda jalan marin dan

al
akan membantu kapal mendekati persisiran pantai atau terusan dengan selamat.

Penciptaan radio pula memperlihatkan sebagai tanda tetap dan tepat di daratan yang
M
mempermudahkan lagi tugas pengemudian. Namun, paparan ini turut menjelaskan
of
dengan kehadiran sistem pengemudian satelit, kesemua sistem ini menjadi ketinggalan

zaman. Dalam perikanan komersil, pengemudian elektronik dan peralatan mengesan


ty

ikan seperti pemerum gema berwarna dan penderi pukat menggantikan elemen nasib
si

dalam mencari tempat menangkap ikan.54


r
ve
ni
U

52
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
53
Carta nautika pula telah diketegahkan dan apabila digandingkan penggunaanya dengan kapal dan ianya
boleh dikemudi di lautan terbuka. Rujuk: „Navigasi‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
54
Pemerum gema berwarna menggunakan gema yang dihantar ke dasar laut oleh sebuah pemindah aruh
yang terpasang pada badan bot. Gema yang terpantul akan melihat kandungan udara dalam pundi ikan
dan ini akan dipaparkan pada skrin. Penderia pukat yang digabung bersama memerum gema berwarna
boleh menyampaikan pelbagai maklumat seperti lebar dan kepadatan pukat. Alat pandu-automatik dan
Sistem Kedudukan Global (GPS) pula merupakan antara contoh peralatan elektronik yang membawa
manfaat kepada perikanan komersil. Rujuk: „Navigasi‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).

82
Replika-Replika Kapal

Paparan yang keenam di dalam galeri ini antara yang sering menjadi tumpuan

para pengunjung. Ia adalah pameran replika kapal-kapal terhebat di dunia. Pameran ini

dipamerkan sejak tahun pertama galeri ini dibuka iaitu pada tahun 2005.55 Di antaranya

adalah replika kapal United States yang merupakan sebuah kapal penumpang mewah

yang dibina pada tahun 1952 untuk United States Lines dan direka untuk mencipta

recod kelajuan trans-Atlantik. Terdapat juga replika kapal Queen Elizabeth II. Ia sering

a
dirujuk sebagai QE2 dan merupakan kapal laut yang dibina untuk Cunard serta

ay
dikendalikan oleh Cunard sebagai kapal trans-atlantik dan kapal pelayaran 1969

al
sehingga tahun 2008. Selain itu, terdapat juga replika kapal Xebec yang digunakan

sekitar Laut Mediterranean dari abad ke-16 hingga ke-19 dan berasal dari Lanun
M
Barbary. Walaupun berperisai ringan, Xebec adalah kapal memburu yang menakutkan.
of
Ia mengatasi semua kapal lain terhadapt angina dan membawa anak-anak kapal yang

ramai untuk menyerang. Kapal France II pula sebuah kapal layar Perancis dan kapal
ty

komersil yang kedua terbesar yang pernah dibina. Selain itu, terdapat juga replika kapal
si

Titanic, Queen Mary, Black Pearl, Napoleon dan juga beberapa replika lain yang
r

dipamerkan di ruang ini.


ve
ni
U

55
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
83
Kod Keselamatan

Paparan yang terakhir di dalam Galeri ini adalah berjudul “Kod Keselamatan”.

Paparan ini dipamerkan sejak tahun pertama galeri ini dibuka iaitu pada tahun 2005.56

Menurut paparan tersebut, kod keselamatan ini digunakan oleh semua pelayar dalam

menyampai maklumat, berita, kecemasan dan lain-lain. Ianya disampaikan dalam

bentuk kod dan juga bendera. Paparan ini menjelaskan, kesemua kod keselamatan ini

meliputi setiap abjad dari abjad A sehingga Z.

a
ay
Jadual 3.3
Kod Keselamatan

al
Abjad Keterangan
A(Alfa) Bermaksud “Ada penyelam di dalam air”: jauhkan diri dan berlayar
M
perlahan. Dengan tiga angka, azimuth atau bearing.

B(Bravo) Bermaksud “Kami sedang memasukkan atau mengeluarkan atau


of
mengangkut bahan berbahaya”. Istilah ini asalnya digunakan oleh
Tentera Laut Diraja khususnya untuk bahan letupan tentera.
ty

C(Charlie) Bermaksud “sudah tentu”. Dengan tiga angka, haluan dalam darjah
magnetik.
si

D(Delta) Bermaksud “Jauhkan diri, kami mengalami kesukaran mengemudi


kapal”. Dengan dua, empat atau enam angka, tarikh.
r
ve

E(Echo) Bermaksud “Kami mengubah haluan ke kanan”.

F(Foxtrot) Bermaksud “ Kapal ini hilang upaya: berhubung dengan kami”. Jika
ni

dikibarkan oleh kapal induk pesawat udara, ia membawa maksud


“Amaran; operasi penerbangan sedang dijalankan”.
U

G(Golf) Bermaksud “Kami memerlukan malim”. Apabila dikibarkan oleh


kapal perikanan yang dekat dengan kawasan perikanan, ia membawa
maksud “Kami sedang menarik jaring”. Dengan empat atau lima
angka, longitud.

H(Hotel) Bermaksud “Ada malim dalam kapal”.

I(India) Bermaksud “Kami mengubah haluan ke kiri”.

56
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
84
J(Juliet) Bermaksud “Kapal ini terbakar dan mengangkut barang muatan
berbahaya, sila jauhkan diri”. Selain itu, ia membawa maksud “Kami
kebocoran dan barang muatan berbahaya”.

K(Kilo) Bermaksud “Kami hendak berhubung dengan anda. Dengan satu


angka, kami hendak berhubung dengan anda melalui isyarat Morse
dengan panji-panji atau lengan, pelaung suara, lampu isyarat Morse
ataupun isyarat bunyi.

L(Lima) Bermaksud di dalam dua situasi. Jika di pelabuhan “Kapal ini sedang
dikuarantin”. Jika di laut “Tolong hentikan kapal dengan segera”.

M(Mike) Bermaksud “Kapal ini terhenti dan tidak dapat berjalan merentasi air”.

a
N(November) Bermaksud “Tidak”.

ay
O(Oscar) Bermaksud “Orang jatuh laut”.

P(Papa) Bermaksud di dalam dua situasi. Di pelabuhan “Semua kakitangan

al
mesti melapor diri dalam kapal kerana kapal akan berlepaske laut. Jika
di Laut “Jaring kami terkena hambatan dalam laut”.

Q(Quebac)
M
Bermaksud “Kapal kami sihat dan kami memohon praktik bebas”.

Bermaksud “ Kapal ini tidak bergerak”.


of
R(Romeo)

S(Sierra) Bermaksud “Kapal ini sedang bergerak mengundur”.


ty

T(Tango) Bermaksud “Jauhkan diri, pukat tunda terpasang dan sedang


digunakan”.
si

U(Uniform) Bermaksud “Anda sedang menuju ke kawasan bahaya”.


r
ve

V(Victor) Bermaksud “Kami memerlukan bantuan”.

W(Whiskey) Bermaksud “Bantuan perubatan diperlukan”.


ni

X(Xray) Bermaksud“Tolong hentikan segala rancangan anda dan nantikan


isyarat kami”.
U

Y(Yankee) Bermaksud “Kami sedang menyeret sauh” dan yang terakhir

Z(Zulu) Bermaksud “Kapal tunda diperlukan”. Jika dikibarkan oleh kapal


perikanan yang berdekatan dengan kawasan perikanan, ertinya “ Jaring
sedang dilepaskan”. Paparan kod ini mengakhiri semua paparan di
dalam Galeri Keselamatan dan Komunikasi Laut.

(Sumber: Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu


Muzium, Muzium Nelayan Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung
Balau, 5 Oktober 2015.)

85
GALERI KAPAL KARAM DESARU

Galeri Kapal Karam Desaru merupakan galeri yang keempat di dalam Muzium

Nelayan Tanjung Balau. Galeri ini bersebelahan dengan Galeri Keselamatan Dan

Komunikasi Laut. Hanya terdapat satu seksyen ruangan sahaja yang dipaparkan di

dalam galeri ini.

Paparan ini menjelaskan Kapal Desaru merupakan sebuah kapal dari negara

China yang karam pada tahun 1840-an bersama muatan yang dibawanya iaitu seramik

a
Cina.57 Nama kapal ini ada kaitan dengan pusat perlancongan terkenal di tenggara Johor

ay
iaitu Desaru kerana ia karam berdekatan dengan pantai tersebut. Daripada maklumat di

al
paparan tersebut, bahagian dalam Kapal Desaru dibahagikan kepada petak-petak kayu

M
lateral yang mana muatannya disusun di dalamnya dan tiada kesan bukti akan

kewujudan kotak atau bahan pembungkusan lain kecuali beberapa barang penyimpan
of
yang mengandungi seramik kecil. Paparan ini menyatakan bangkai kapal itu terbaring

hampir mendatar di dasar laut dengan bahagian bawah badan kapal, petak-petak tersebut
ty

dan lebih kurang 90cm muatan masih terpelihara dengan baik.


r si

Paparan ini menjelaskan, tapak bangkai kapal terletak dua batu nautika di luar
ve

pantai Desaru, di pantai timur Johor di selatan Semenanjung Malaysia. Bangkai kapal

itu terbenan satu meter di bawah dasar laut berlumpur, pada paras 20m. Oleh kerana
ni

lapisan tebal kelodak yang dimendapkan oleh sungai-sungai berdekatan, ketampakan


U

dalam air adalah terhad. Semasa siasatan di permukaan,ketampakan adalah sifar semasa

air pasang dan maksimum 1.5m semasa air surut.58 Seramik biru dan putih yang ditemui

pada kapal itu adalah cantik tetapi kualitinya tidak dapat menyaingi apa yang ditemui di

dalam kapal Diana (1817) ataupun pada kapal Tek Sing (1822).

57
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
58
Arus pasang surut adalah antara 1-1 dan 2.5 knot. Arus itu pada lazimnya berarah 150 darjah, menjauhi
muara sungai. Rujuk: „Kapal Karam Desaru‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
86
Penutup bagi paparan ini menganalisis isi kandungan dan struktur kapal ini

secara terperinci. Paparan ini menjelaskan, sebilangan besar “Baling” yang ditemui

kasar buatannya.59 Ia menunjukkan bahawa objek praktikal murahan mendapat

permintaan tinggi berbanding barangan hiasan atau barangan bagi majlis jamuan.

Penemuan lebih 50.000 camca sup bersama mangkuk yang tidak sepadan juga

menggambarkan skala perdagangan zaman itu sangat besar namun sangat bahaya jika

sebuah kapal itu membawa muatan yang lebih dari kemampuan sebenarnya. Kapal

a
Desaru ini dianggarkan hampir 30m panjang dan 8m lebar dan ianya dianggap sempit

ay
bagi sebuah kapal kargo. Beberapa ciri pembinaannya nampak tidak kemas, terutama

sekali dengan ketiadaan selak besar dan sokongan bagi siling. Pengemudi berbentuk

al
segiempat dan tiang bagi layar utama agak menarik dari sudut struktur.
M
of
ty
r si
ve
ni
U

59
Baling adalah bilah pada enjin kapal yang menentukan halatuju gerakan kapal. Baling ini digerakkan
oleh enjin kapal yang berada di dalam badan kapal. Sebelum teknologi baling ini bermula, kapal
digerakkan oleh bantuan angin atau dayung sebagaimana pada kapal-kapal layar. Rujuk: „Kapal Karam
Desaru‟, (Paparan Muzium Nelayan Tanjung Balau).
87
KESIMPULAN

Galeri Geologi, Galeri Keselamatan dan Komunikasi Laut Laut serta Galeri

Kapal Karam Desaru ini merupakan nilai tambah yang cukup penting bagi Muzium

Nelayan Tanjung Balau. Penciptaan tiga galeri ini bukan sekadar untuk menyokong

Galeri Utama, tetapi ketiga-tiga galeri tersebut mempunyai signifikasi tersendiri dalam

memberi imej keseluruhan Muzium Nelayan Tanjun Balau. Sebagai contoh adalah

Galeri Geologi. Walaupun pemfokusan di dalam galeri ini memberi penumpuan kepada

a
aspek pembentukan muka bumi Asia dan aspek batuan, perkara penting berkaitan

ay
dengan nelayan terdapat di seksyen 2, Galeri Geologi. Seksyen tersebut menghurai

al
elemen kepelbagaian struktur geologi di Tanjung Balau. Struktur geologi di Tanjung

Balau ini serba sedikit mempengaruhi sumber perikanan tempatan. Galeri Keselamatan
M
dan Komunikasi Laut pula membawa evolusi di dalam teknologi dan hal ehwal dunia
of
nelayan moden. Perubahan dan peralihan ini merupakan titik penting dalam

menampilkan revolusi di dalam dunia nelayan. Manakala Galeri Kapal Karam Desaru
ty

adalah galeri yang memaparkan memori lama kapal yang pernah karam di perairan
si

Desaru. Ketiga-tiga galeri ini memberi sentuhan dan melengkapkan lagi keseluruhan
r

Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.


ve
ni
U

88
BAB EMPAT

GALERI BERMUSIM DAN AKTIVITI MUZIUM

PENGENALAN

Muzium memainkan peranan penting dalam menginterpretasi semula sejarah

negara dengan cara pengumpulan maklumat yang meluas di samping memelihara

warisan yang dimiliki pada masa kini. Melalui cara ini, muzium dapat menyemai

perasaan bangga dan hormat dalam diri masyarakat terhadap khazanah warisan budaya.1

a
Atas dasar itu, pada tahun 2009, pihak pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau

ay
yang diketuai oleh Puan Noriah Hussain selaku Penolong Pengurus Pelancongan

al
Kemajuan Johor Tengaara (KEJORA) telah mengembeling idea dan tenaga dalam

M
memastikan Muzium Nelayan ini terus mendapat tempat dihati pengunjung. Muzium

Nelayan ini perlu diberi nafas baru setelah empat tahun penambahan tiga galeri lain
of
iaitu Galeri Geologi, Galeri Keselamatan Laut dan Galeri Kapal Karam Desaru.
ty

Pihak pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau mengorak langkah dengan


si

menubuhkan satu lagi galeri pada tahun 2009. Galeri tersebut adalah Galeri Bermusim.
r

Langkah ini dilihat sebagai salah satu altenatif dalam menvariasikan produk ataupun
ve

daya penarik baru di Muzium Nelayan Tanjung Balau. Galeri Bermusim ini merupakan

galeri yang dikhususkan untuk pameran yang dijalankan dalam ruang waktu yang
ni

tertentu sahaja. Setelah tamat sesuatu pameran tersebut, pameran yang berlainan pula
U

akan dipamerkan di Galeri Bermusim ini. Selain daripada itu, Muzium Nelayan Tanjung

Balau juga melaksanakan aktiviti-aktiviti sampingan dalam memperkasakan peranan

muzium ini terhadap masyarakat.

1
Wawancara dengan Puan Noriah Hussain, Penolong Pengurus Pelancongan Kejora di Lobi Muzium
Nelayan Tanjung Balau, 21 Julai 2015.
89
GALERI BERMUSIM

Galeri Bermusim merupakan galeri kelima di Muzium Nelayan Tanjung Balau

Kota Tinggi, Johor. Galeri Bermusim ini ditempatkan di bangunan lama Kedai

Cenderamata Muzium Nelayan Tanjung Balau yang tidak digunakan lagi. Lembaga

Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah memperuntukkan dana sebanyak RM

20,000.00 untuk membina hiasan dalaman yang baru sesuai dengan tema Galeri

Bermusim ini. Berikut merupakan jadual pameran yang pernah dijayakan di Galeri

a
Bermusim bermula pada tahun 2010 sehingga tahun 2014.

ay
Jadual 4.1
Pembahagian Seksyen Dan Tajuk Paparan Galeri Bermusim Muzium Nelayan

al
Tanjung Balau

Bil.

1.
Nama Pameran

Pameran Wau Dan Layang-Layang


M Tarikh

15 Julai 2010
Kerjasama

Muzium Layang-
of
Antarabangsa sehingga Layang Pasir Gudang
15 Oktober 2010
ty

2. Pameran Haiwan Ganjil Dan Pelik 5 Mac 2011 Muzium Vaterina


sehingga Kluang Johor
5 Jun 2011
si

3. Pameran Rangka Paus Dan 16 Ogos 2011 Pertubuhan Barangan


Barangan Antik sehingga Antik Sungai Rengit,
r

31 Disember 2011 Johor


ve

4. Pameran Misteri Alam Melayu 15 Januari 2012 Gabungan Belia


sehingga Warisan Nusantara
15 April 2012
ni

5. Pameran Khazanah Dasar Laut 1 Disember 2012 Jabatan Muzium


sehingga Malaysia
U

30 April 2013
6. Pameran Misteri Alam Melayu 2.0 1 Mei 2013 Gabungan Belia
sehingga Warisan Nusantara
31 Julai 2013
7. Pameran Topeng Mistik 18 November 2013 Jabatan Muzium
sehingga Malaysia
1 Jun 2014

(Sumber: Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium,
Muzium Nelayan Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober
2015.)

90
Pameran Wau Dan Layang-Layang Antarabangsa

Pameran pertama yang diadakan di Galeri Bermusim Muzium Nelayan Tanjung

Balau ini adalah “Pameran Wau Dan Layang-Layang Antarabangsa”. Pameran ini

diadakan pada 15 Julai 2010 sehingga 15 Oktober 2010.2 Pameran selama tiga bulan

ini menyingkap kembali kisah permainan tradisional yang popular pada zaman dahulu

iaitu wau dan layang-layang. Pameran ini mendapat kerjasama daripada Muzium

Layang-Layang Pasir Gudang, Johor. Pameran ini menjelaskan permainan tradisional

a
adalah permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu

ay
tempoh yang tertentu. Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada

kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita.3 Asas penting yang menjamin

al
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup
M
nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke
of
individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada

masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan
ty

yang demikian. Apabila musim musim tengkujuh tiba, nelayan mengisinya dengan
si

kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah.


r

Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta
ve

pesta. Pada waktu tersebutlah, permainan tradisional ini akan dimainkan.


ni
U

2
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
3
Pada hari ini, dapat dilihat masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapi semakin lama
semakin dipinggirkan terutama oleh golongan muda di negara ini yang terlalu mengutamakan permainan
moden seperi permainan “video game”. Peminggiran permainan tradisional ini turut diketengahkan oleh
media massa yang sering menyiarkan rungutan penggiat budaya yang menganggap masyarakat belia di
negara ini sudah tidak lagi memandang tinggi permainan budaya sendiri. Ini merupakan cabaran yang
terpaksa ditempuh dalam mengekalkan permainan tradisional. Rujuk: „Pameran Wau Dan Layang-
Layang‟, (Pamplet).
91
Pameran ini menjelaskan definisi layang-layang dan juga wau. Perkataan

layang-layang lebih sinonim dengan negeri-negeri di Pantai Barat dan selatan

Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini terbukti berdasarkan

catatan Tun Sri Lanang yang menyatakan dengan jelas Raja Ahmad bermain layang-

layang dengan pemuda serta kerabat Diraja dan catatan tersebut tidak pula menyebut

nama wau. Berbanding dengan wau di utara Semenanjung Malaysia, saiz layang-layang

di Pantai Barat dan selatan Semenanjung Malaysia adalah lebih kecil dan kurang dari

a
segi motif hiasannya. Secara umumnya, layang-layang di negeri-negeri ini terbahagi

ay
kepada tiga kategori iaitu layang-layang laga, layang-layang anak dan layang-layang

hiasan.

al
Paparan ini turut menjelaskan, di Malaysia, terdapat satu lagi istilah yang juga
M
bermaksud layang-layang iaitu „wau‟. Perkataan wau digunakan oleh negeri-negeri di
of
utara Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Terdapat

beberapa teori yang menyatakan bagaimana perkataan wau ini wujud dan salah satunya
ty

menurut Wayne Hosking dalam bukunya yang bertajuk “Kites Of Malaysia”,


si

mengatakan perkataan wau berasal dari perkataan Belanda iaitu “Wouw” yang merujuk
r

sejenis burung besar yang dijumpai di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, menurut
ve

cerita orang tua-tua di negeri Kedah bahawa perkataan wau berasal dari perkataan
ni

Thailand dan boleh dianggap sebagai teori yang paling kukuh setakat ini. Di Thailand,
U

layang-layang di negara tersebut dipanggil wau. Dari segi geografi pula, keempat-empat

negeri tersebut merupakan negeri yang paling hampir dengan Thiland.4

4
Fakta yang terbaru dijumpai, hasil dari temuramah dengan penggiat-penggiat wau di Semenanjung
Malaysia menyarankan bahawa perkataan wau tersebut wujud daripada bunyi yang dihasilkan oleh busur
yang terdapat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun yang dipasang pada busur tersebut akan
menghasilkan bunyi “wau, “wau”, “wau” secara berirama. Rujuk: „Pameran Wau Dan Layang-Layang‟,
(Pamplet).
92
Tiada catatan sahih mengenai tarikh sebenar serta asal usul kewujudan wau

pertama di Malaysia. Walaubagaimanapun, menurut sejarawan Clive Hart, kedatangan

wau yang pertama di Malaysia dipercayai berasal dari negara China. Ia berdasarkan

karekter dan ciri-ciri yang terdapat pada layang-layang tradisional China yang

mempunyai banyak persamaan dengan layang-layang di Malaysia. Ianya bukan sesuatu

yang mustahil memandangkan Malaysia telah menjalin hubungan dengan negara China

sejak hampir 2000 tahun yang lalu.5

a
Pameran Wau Dan Layang-Layang Antarabangsa ini turut mempamerkan jenis-

ay
jenis layang-layang dari luar negera seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan juga

al
negara China. Pameran selama tiga bulan ini turut diisi dengan program yang menarik

seperti demontrasi membuat wau dan layang-layang. Demonstrasi ini dijalankan


M
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan dan juga pelancong
of
asing mengenai proses pembuatan permainan tradisional ini dari awal sehinggalah

proses akhir. Selain daripada demonstrasi, pihak Muzium Nelayan Tanjung Balau turut
ty

menjalankan beberapa pertandingan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak serta


si

pertandingan melukis corak wau dan layang-layang. Pemeran ini dilihat dapat
r

membugarkan semula permainan tradisional ini yang dilihat semakin malap dalam
ve

kalangan generasi “Y” masakini. Pameran seperti ini mendapat sambutan yang baik
ni

kerana pameran ini julung-julung kalinya dianjurkan di Tanjung Balau semenjak


U

Muzium Nelayan Tanjung Balau ini dibina.6

5
Sebagai contoh salah sebuah negeri di Malaysia iaitu dipanggil “Ho-Lo-Tan” pada kurun ke-5masihi,
“Chih-Tu” pada kurun ke-6 masihi dan “Tan-Tan” pada kurun ke-7 masihi. Walau bagaimanapun konsep
“layang-layang melayu” telah diperakui oleh orang-orang Eropah sejak dahulu lagi. Orang-orang Melayu
telah menggunakan daun kayu yang lebar untuk dijadikan wau. Kemudian, sesuai dengan perkembangan
kemajuan manusia, mereka mencipta beberapa rekabentuk baru. Berkemungkinan juga wau di Malaysia
mengalami satu evolusi dan menyerap unsur- unsur kebudayaan dari negara China. Rujuk: „Pameran Wau
Dan Layang-Layang‟, (Pamplet).
6
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
93
Pameran Haiwan Ganjil Dan Pelik

Pameran kedua yang diadakan di Galeri Bermusim Muzium Nelayan Tanjung

Balau ini adalah “Pameran Haiwan Ganjil Dan Pelik”. Pameran ini diadakan pada 5

Mac 2011 sehingga 5 Jun 2011.7 Pameran selama tiga bulan ini mendapat kerjasama

daripada Muzium Vaterina, Kluang, Johor. Pameran ini memaparkan sebahagian

haiwan yang ganjil serta pelik yang jarang dilihat di mata umum. Di antara haiwan yang

diawetkan yang dipamerkan disini adalah seperti kambing bermata satu, kambing

a
berkepala satu berbadan dua, lembu yang cacat ketika dilahirkan, janin kucing,

ay
tengkorak ikan lumba-lumba, penyu agar, spesis belalang pelik dan beberapa spesis

al
fauna pelik yang lain.

M
Gambar 4.1
Kambing Berkepala Satu Berbadan Dua
of
ty
r si
ve
ni
U

(Sumber: Koleksi peribadi dengan izin Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi,
Johor)

7
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
94
Pameran Rangka Paus Dan Barangan Antik

Pameran ketiga yang diadakan di Galeri Bermusim Muzium Nelayan Tanjung

Balau ini adalah “Pameran Rangka Paus Dan Barangan Antik”. Pameran ini diadakan

pada 15 Ogos 2011 sehingga 31 Disember 2011.8 Pameran selama tiga bulan ini

mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Barangan Antik Sungai Rengit, Johor.

Pameran ini memaparkan lebih 20 koleksi spesimen mamalia seperti skeleton,

tengkorak, gading dan haiwan yang telah diawetkan. Spesimen yang dipamer pula

a
berlatar-belakangkan pemandangan habitat liar dan disertakan dengan maklumat ringkas

ay
tentang haiwan yang dipamer. Kebanyakan spesimen tersebut adalah merupakan antara

al
haiwan yang kian terancam dan hampir pupus. Salah satu tarikan utama di Muzium

Alam Semula Jadi ialah skeleton ikan paus “Bryde” sepanjang kira-kira 39 kaki
M
panjang. Selain pameran, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah lumayan
of
dengan menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Muzium Nelayan

Tanjung Balau di sepanjang program pameran ini berlangsung.


ty
r si
ve
ni
U

8
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
95
Pameran Misteri Alam Melayu

Pameran keempat yang diadakan di Galeri Bermusim Muzium Nelayan Tanjung

Balau ini adalah “Pameran Misteri Alam Melayu”. Pameran ini diadakan pada 1

Disember 2012 sehingga 30 April 2013.9 Pameran selama tiga bulan ini membawakan

tema “ Mari menyelongkar rahsia yang tersirat”. Pengunjung yang hadir ke pameran ini

dapat menyaksikan pelbagai gambar dan pengalaman misteri sepanjang pameran

tersebut berlangsung.10 Pameran ini mendapat kerjasama daripada Gabungan Belia

a
Warisan Nusantara Batu Pahat. Pameran Misteri Alam Melayu ini membawakan lima

ay
segmen misteri yang sering diperkatakan iaitu “Jenglot”, “Ikan Duyung”, “Burung

Cenderawasih”, “Alam Bunian” dan topik yang kelima adalah mengenai senjata silam

al
tradisional pendekar Melayu seperti keris dan tombak.11
M
Gambar 4.2
of
Poster Rasmi Pameran Misteri Alam Melayu
ty
r si
ve
ni
U

(Sumber: Koleksi peribadi dengan izin En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu
Muzium, Muzium Nelayan Tanjung Balau.)

9
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
10
Wawancara dengan En. Mohamad Iqbal Rosli, Penolong Kurator, Muzium Nelayan Tanjung Balau di
Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
11
Utusan Malaysia, 15 Februari 2015, hlm. 24.
96
Diantara daya penarik utama Pameran Misteri Alam Melayu ini adalah

barangan-barangan mistik ini dipamerkan secara langsung dan bukan melalui gambar

semata-mata. Paparan yang pertama adalah “Jenglot”. Keterangan melalui paparan ini

menjelaskan “Jenglot” adalah makhluk berbentuk manusia yang berukuran kecil sekitar

10-17 cm, berkulit gelap dengan bertekstur kasar. “Jenglot” berwajah seperti tengkorak

dan bertaring serta memiliki rambut dan kuku yang panjang. Jenglot ini sangat terkenal

di beberapa wilayah di Nusantara seperti Jawa, Kalimantan dan Bali. Paparan ini turut

a
menjelaskan bahawa “Jenglot” ini mempunyai kesaktian yang luar biasa dan mampu

ay
menunaikan permintaan pemiliknya. Paparan ini menyatakan “Jenglot” ini perlu diberi

makan darah seminggu sekali.12

al
Gambar 4.3
M
“Jenglot” Yang Dipamerkan Di Pameran Misteri Alam Melayu.
of
ty
r si
ve
ni
U

(Sumber: Koleksi peribadi dengan izin En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu
Muzium, Muzium Nelayan Tanjung Balau.)

12
Jenglot merupakan makhluk misteri yang masih belum terungkai asal usulnya. Kehadirannya telah
menggemparkan masyarakat Melayu. Bentuknya yang aneh menyerupai manusia serta teksturnya yang
kasar membuatkan tidak ramai orang ingin mengetahui sejarahnya. Terdapat beberapa teori yang sering
diperkatakan mengenai “Jenglot” ini. Ada yang menyatakan ia berasal daripada petir, jelmaan pertama jin
dan ada juga menyatakan ia adalah manusia yang telah bertapa selama berkurun lamanya. Rujuk:
„Pameran Misteri Alam Melayu‟, (Pamplet).

97
Paparan yang kedua adalah paparan “Ikan Duyung”. Keterangan melalui

paparan ini menjelaskan “Ikan Duyung” adalah makhluk air yang memiliki kepala dan

tubuh seperti seorang perempuan normal tetapi mempunyai ekor menyerupai ikan.

Paparan ini turut menyatakan “Ikan Duyung” hidup di dasar laut dan dikatakan ia

merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya daripada paras

pinggang hingga ke kaki menjadi ikan. Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam

hampir semua masyarakat di dunia. Dalam mitologi Yunani, “Ikan Duyung” dikatakan

a
selalu menggoda para pelaut lelaki yang lalai. Sesiapa yang tergoda akan menemui

ay
ajalnya. Masyarakat Babylon pula menyembah ikan duyung sebagai Tuhan atau dewa

laut yang dikenal sebagai Ea atau Oannes.13

al
Gambar 4.4
M
“Ikan Duyung” Yang Dipamerkan Di Pameran Misteri Alam Melayu.
of
ty
r si
ve
ni
U

(Sumber: Koleksi peribadi dengan izin En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu
Muzium, Muzium Nelayan Tanjung Balau.)

13
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
98
Paparan yang ketiga adalah paparan “Burung Cenderawasih”. Keterangan

melalui paparan ini menjelaskan “Burung Cenderawasih” ialah sejenis burung dalam

keluarga “Paradisaeidae”. Ia terdapat di kawasan Australasia timur Indonesia, New

Guinea dan tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang

dimiliki oleh burung jantan ini digunakan bagi menarik burung betina ketika musim

mengawan. Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan

berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang

a
menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.14

ay
Gambar 4.5
“Burung Cenderawasih” Yang Dipamerkan Di Pameran Misteri Alam Melayu.

al
M
of
ty
r si
ve
ni

(Sumber: Koleksi peribadi dengan izin En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu
U

Muzium, Muzium Nelayan Tanjung Balau.)

14
Paparan ini menjelaskan, menurut kepercayaan masyarakat nusantara, burung Cenderawasih berasal
dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun, memakan awan dan apabila ia jatuh di bumi, ia
akan mati, namun badannya tidak akan reput untuk seketika. Itulah satu-satunya masa untuk melihat akan
kecantikan burung kayangan ini. Ia mempunyai cerita dan lagenda tersendiri. Ramai mempercayai
bahawa burung ini membawa tuah. Selalu juga dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia
juga dikaitkan dengan pelaris kepada sesiapa yang memilikinya. Ia juga berupaya untuk menghalang
pemilik dari dikenakan hantaran santau. Burung cenderawasih ini juga dipercayai penjaga sejenis batu
permata (zamrud hijau) yang tinggi nilainya pada masyarakat nusantara. Rujuk: „Pameran Misteri Alam
Melayu‟, (Pamplet).
99
Paparan yang keempat di dalam Pameran Misteri Alam Melayu ini adalah

paparan “Alam Bunian” dan juga “Alam Ghaib”. Keterangan melalui paparan ini

menjelaskan “Alam Bunian” adalah satu kehidupan lain yang sama seperti manusia

tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa. Maklumat daripada

paparan ini menjelaskan penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat

seperti bermain kompang dan berzanji serta memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.

Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama

a
seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama

ay
seperti manusia. Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika

berpakaian, semuanya mesti satu warna.15 Pameran Mistik Alam Melayu ini

al
membawakan beberapa barangan daripada “Alam Bunian” dan “Alam Ghaib” seperti
M
“Sanggul Bunian”, “Sejadah Bunian”, “Duit Ghaib”, “Buluh Perindu”, “Mani Gajah”,

“Wang Gulung” dan beberapa lagi objek misteri.


of

Gambar 4.6
ty

“Buluh Perindu” Yang Dipamerkan Di Pameran Misteri Alam Melayu.


r si
ve
ni
U

(Sumber: Koleksi peribadi dengan izin En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu
Muzium, Muzium Nelayan Tanjung Balau.)

15
Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan
bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin
tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin dan dua unsur ini menyebabkan mereka
tidak berjasad. Rujuk: „Pameran Misteri Alam Melayu‟, (Pamplet).
100
Segmen yang terakhir di dalam Pameran Misteri Alam Melayu ini adalah

segmen “Senjata Tradisional”. Keterangan melalui paparan ini menjelaskan bahawa

sejarah membuktikan ketamadunan manusia banyak dipengaruhi faktor kekuatan

benteng pertahanan serta kemampuan mengekang asakan musuh. Paparan ini

mengambil contoh “Keris”. “Keris” cukup sinonim dengan kepahlawanan Melayu dan

diangkat sebagai lambang kedaulatan.16 Pengunjung terutama pelancong asing dapat

mengetahui dengan lebih mendalam mengenai misteri yang tersingkap di sebalik senjata

a
tradisional itu terutamanya keris. Ini adalah inisiatif pihak Muzium Nelayan Tanjung

ay
Balau untuk memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan sendiri keunikan seni

warisan bangsa kita. Paparan di bahagian ini bertujuan memberi peluang kepada orang

al
ramai untuk memahami dan mendalami pengetahuan tentang keunikan senjata
M
tradisional. Ramai yang tidak mengetahui sejarah dan asal-usul keris yang merupakan

senjata untuk mempertahankan diri pada zaman dahulu. Terdapat beberapa set keris dan
of
senjata lain yang dipaparkan disini termasuklah paparan keris yang boleh berdiri.
ty

Gambar 4.7
Senjata Yang Dipamerkan Di Pameran Misteri Alam Melayu
r si
ve
ni
U

(Sumber: Koleksi peribadi dengan izin En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu
Muzium, Muzium Nelayan Tanjung Balau.)

16
Dalam penciptaan keris, dapat diperhatikan bentuk matanya berasas kepada nyalaan api atau lidah api
yang melintuk dan meruncing ke atas. Motif alam semula jadi seperti pucuk rebung, awan larat, figura
manusia dan burung serta dedaun, juga dapat dilihat pada keris. Selain kehebatan senjata tradisional yang
dilentur si pandai besi atau Tok Tukang, amalan ritual yang mengiring proses penyelenggaraan senjata
terutama keris sering diperkatakan. Rujuk: „Pameran Misteri Alam Melayu‟, (Pamplet).
101
Pameran Misteri Alam Melayu ini diadakan sekali lagi pada 1 Mei 2013

sehingga 31 Julai 2013. Pameran Mistik Alam Melayu 2.0 ini masih mengekalkan

paparan yang sama. Pihak pengurusan Muzium Nelayan Tanjung telah memutuskan

untuk membuat pameran ini sekali lagi berikutan respon yang diterima daripada

pengunjung amat menggalakkan dan pengunjung mencadangkan kepada pihak muzium

supaya mengulangi Pameran Mistik Alam Melayu ini sekali.17

Gambar 4.8
En. Mohamad Iqbal Rosli, Penolong Kurator Muzium Nelayan Tanjung Balau Di

a
Segmen “Jenglot” Yang Dipamerkan Di Pameran Misteri Alam Melayu

ay
al
M
of
ty
r si
ve

(Sumber: Koleksi peribadi dengan izin En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu
ni

Muzium, Muzium Nelayan Tanjung Balau.)


U

17
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
102
Pameran Khazanah Dasar Laut

Pameran kelima yang diadakan di Galeri Bermusim Muzium Nelayan Tanjung

Balau ini adalah “Pameran Khazanah Dasar Laut”. Pameran ini diadakan pada 15

Januari 2012 sehingga 15 April 2012.18 Pameran selama tiga bulan ini mendapat

kerjasama daripada Jabatan Muzium Malaysia. Paparan di dalam Pameran Khazanah

Dasar Laut ini menjelaskan bahawa perairan negara merupakan antara laluan maritim

terpenting di dunia dan digunakan pedagang sejak awal kurun Masihi lagi. Laluan ini

a
dianggap tali penghubung kepada tamadun manusia sejagat. Bagaimanapun ia juga

ay
merakam banyak kisah tragis kapal-kapal saudagar yang tenggelam akibat cuaca buruk,

kebocoran ataupun serangan.19 Paparan tersebut turut menyatakan kapal karam itu

al
antaranya dari China, Tanah Arab dan negara nusantara.20
M
Pameran ini menjelaskan bahawa usaha mencari serta mengenalpasti lokasi
of
kapal karam di perairan negara telah dilakukan sejak tahun 1980-an oleh pelbagai pihak.

Penemuan kapal karam “Risdam” pada 24 April 1984 oleh seorang rakyat Singapura di
ty

perairan Mersing, Johor merupakan antara pencetus minat ekskavasi kapal karam di
si

negara ini. “Risdam” dipercayai karam pada 1 Januari 1727 kerana kebocoran dan
r
ve

merupakan kapal milik Syarikat India Timur Belanda (VOC) berukuran 46m panjang,

15m lebar dan setinggi 12m. Dua operasi arkeologi dijalankan pada 1984 menemui
ni

pelbagai artifak seperti tempayan, jongkong timah, gading gajah, kayu balak dan
U

kompas.

18
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
19
Utusan Malaysia, 30 September 2011, hlm. 27.
20
Kapal karam bagaikan kapsul masa yang dapat menceritakan struktur perdagangan, komoditi serta
komuniti pedagang itu sendiri pada masa dahulu. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan
antarabangsa yang maju pada kurun ke-15 dan ke-16 menyebabkan pedagang daripada pelbagai
latarbelakang berpusu-pusu datang ke Tanah Melayu. Rujuk: „Pameran Khazanah Dasar Laut‟, (Pamplet).
103
Paparan ini turut menjelaskan, satu lagi kapal karam bernama “Diana” turut

menjadi pencetus minat ekskavasi kapal karam di negara ini. Pada 21 Disember 1993,

Malaysian Historical Salvors (MHS) menemui kapal itu di perairan Selat Melaka.

Kerajaan Malaysia telah menawarkan kepada MHS untuk melakukan aktiviti ekskavasi

maritim “Diana” yang tertanam dalam lumpur di kedalaman 34 meter. Diantara bahan

yang ditemui adalah barangan seramik seperti pinggan, mangkuk, set teh dan bekas

penyimpan sayur serta buah-buahan. Kira-kira 24,000 unit barangan daripada jenis

a
tembikar China berwara biru dan putih ditemui. Selain daripada itu, turut ditemui adalah

ay
barangan herba seperti teh hijau, halia, ginseng dan rhubab.21

al
Jabatan Muzium Malaysia mula melakukan ekskavasi maritim sendiri terhadap

kapal karam di sekitar perairan negara pada tahun 1995 bermula dengan kapal perang
M
Belanda bernama “Nassau”. "Nassau” karam sekitar 5km dari pantai Port Dickson,
of
Negeri Sembilan. Ia dipercayai karam pada 16 Ogos 1606 disebabkan pertempuran

antara Belanda dan Portugis dikenali sebagai peperangan “Cape Rachado”.22 Pada tahun
ty

yang sama juga sebuah lagi kapal karam bernama “Nanyang” yang dipercayai karam
si

pada 1380, ditemui di perairan Pulau Pemanggil, Mersing, Johor dan ia berada 54 meter
r

di dasar laut. Kapal ini berukuran 18m dengan tiang layar 5m panjang dan kapal ini
ve

dicantum menggunakan tanggam kayu seperti pembuatan kapal di Terengganu.


ni

Sebanyak 400 seramik dikeluarkan untuk diselidik, kebanyakannya mengandungi corak


U

Sisatchanalai.23

21
Kapal Diana telah dijumpai oleh Dorian Ball, Pengarah Urusan dan pemilik Syarikat Penyelamat Marin
(MHS) di lokasi berhampiran pelantar minyak petronas di perairan Selat Melaka. Ia tertanam di dalam
lumpur sedalam 34 meter dengan kira-kira 8 batu nautika (3.7km) dari pantai. „Pameran Khazanah Dasar
Laut‟, (Pamplet).
22
Ekskavasi terhadap kapal “Nassau” dijalankan antara Ogos dan Disember 1995 dengan kerjasama
syarikat Transea Sdn. Bhd., Mensun Bound dan Universiti Oxford. Peralatan seperti 'magnometer' dan
'sidescansonar' digunakan untuk mengesan kira-kira 5,000 artifak pada kapal karam itu antaranya
senapang besi-gangsa, sauh besi, peluru dan seramik. „Pameran Khazanah Dasar Laut‟, (Pamplet).
23
Sisatchanalai merupakan sebuah kawasan di Thailand yang pada lewat kurun ke-14 merupakan sebuah
kawasan penghasilan seramik terkemuka di Asia Tenggara. Rujuk: „Pameran Khazanah Dasar Laut‟,
(Pamplet).
104
Pameran Khazanah Dasar Laut ini mempamerkan barangan yang berada di

dalam kapal yang pernah karam seperti tembikar dan pinggan mangkuk. Pameran ini

diakhiri dengan segmen fakta-fakta ringkas mengenai kapal karam yang telah dijumpai

di persisiran negara. Diantaraya Kapal Desaru (1830). Tapak Kapal Desaru ini dijumpai

pada bulan mei 2001 pada kedalaman 20 meter dan lebih kurang 2 batu nautika dari

pantai Desaru, Johor. Ia merupakan sebuah kapal dagang dari negara China dan kapal

ini memuatkan hampir 10% muatan kargonya dengan seramik dari China. Kapal ini

a
tenggelam dipercayai terlanggar batu karang. Kapal ini berukuran 30 meter panjang dan

ay
7 meter lebar.

al
Seterusnya adalah Kapal Wanli (1630). Kapal Wanli ini telah ditemui pada 1

November 2003 di perairan pantai Dungun, Terengganu pada kedalaman 42 meter.


M
Kapal ini dipercayai meletup ketika dalam pelayarannya dan tenggelam akibat diserang
of
oleh kapal musuh. Penemuan serpihan porselin biru dan putih membuktikan

perdagangan antara pihak Portugis, Belanda dan Inggeris yang berlaku pada kurun ke-
ty

17. Kapal yang seterusnya yang dicatatkan pernah karam ini perairan negara adalah
si

Kapal Royal Nanhai (1460).24 Manakala kapal yang terakhir yang dicatatkan pernah
r

karam di perairan negara adalah Kapal Tanjung Simpang Mengayau (960-1126). Kapal
ve

Tanjung Simpang Mengayau merupakan sebuah kapal yang sarat dengan muatan barang
ni

dagangan China dari Dinasti Song (960-1127). Kapal ini ditemui pada kedalaman 12
U

meter dan kira-kira 700 meter dari pantai Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah.

Penyelidikannya mendapati ia merupakan kapal karam tertua di Malaysia. Kapal ini

karam dipercayai akibat terlanggar dengan Terumbu Karang. Antara artifak yang

dijumpai seperti mangkuk seladon hijau, gong dan kendi.

24
Pada pertengahan kurun ke 15, Kapal Royal Nanhai adalah ditugaskan khas untuk membawa lima
mangkuk seramik China berwarna Biru dan putih yang kesemuanya dijumpai berdekatan dengan
bahagian tulang belakang kapal. Mangkuk China tersebut dikategorikan berasal dari tahun pemerintahan
Tieshen (1450-1464). Rujuk: „Pameran Khazanah Dasar Laut‟, (Pamplet).
105
Pameran Topeng Mistik

Pameran ketujuh dan yang terakhir diadakan pada tahun 2014 adalah “Pameran

Topeng Mistik”. Pameran ini diadakan pada 18 November 2013 sehingga 1 Jun 2014.25

Pameran selama tiga bulan ini membawakan tema “Selongkari misteri di sebalik

topeng” dan pameran ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Muzium Malaysia.

Pameran ini menjelaskan penggunaan dan pemakaian topeng dalam masyarakat tertentu

banyak berhubung kait dengan kepercayaan yang wujud dalam masyarakat tersebut.

a
Golongan ini percaya bahawa topeng mampu mewakili satu kuasa luar alam nyata,

ay
mewakili nenek moyang atau kuasa-kuasa lain yang mempunyai hubungan dengan

al
masyarakat berkenaan. Kepercayaan ini seterusnya memberi pengertian bahawa topeng

berfungsi sebagai medium untuk berhubung dengan dunia ghaib, di samping menjadi
M
pelindung terhadap ancaman kuasa-kuasa luar lain yang tidak diketahui mempunyai
of
kaitan dengan kehidupan seharian mereka.26

Muzium Nelayan Tanjung Balau dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia


ty

tampil mengorak langkah tepat dengan mengadakan Pameran Topeng Mistik. Pameran
si

ini bertujuan memberi kefahaman berkaitan falsafah pemakaian topeng yang diamalkan
r
ve

secara global dan memperlihatkan keunikan budaya topeng berdasarkan motif dan

penciptaan reka bentuk. Hampir 100 topeng dari seluruh dunia diperlihatkan pada
ni

pameran tersebut.Antara negara-negara tersebut, dari Asia Tenggara (Indonesia,


U

Thailand, Kemboja), Asia (Jepun, China, India, Korea, Nepal, Sri Lanka, Mesir) dan

Eropah (Itali). Topeng dari Benua Amerika (Amerika Syarikat, Kanada), Amerika Latin

(Mexico, Guatemala, Caribbean, Haiti, Peru, Ecuador, Bolivia) dan Benua Afrika

(Nigeria, Burkine Faso, Ivory Coast, Malawi) juga akan turut dipamerkan.

25
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
26
Sinar Harian, 2 Disember 2012, hlm 12.
106
Koleksi lain seperti koleksi Mek Mulung, Menora, Awang Batil, Mahmeri,

koleksi Orang Ulu, arca topeng Sabah dan lukisan peribadi turut menghiasi pameran.

Setiap topeng yang ada pada pameran ini memaparkan watak dan wajah yang pelbagai.

Ada yang menunjukkan riak wajah marah, sedih dan seolah-olah menyimpan perasaan

dendam. Ada juga topeng menunjukkan wajah gembira, seronok dan menyeramkan.

Walau bagaimanapun, kreativiti pengukir itu sememangnya sangat hebat. Setiap topeng

yang direka dan dicipta dianggap sebagai representatif simbolik yang dekoratif bagi

a
setiap bangsa yang terdapat di dunia ini. Topeng mempunyai pelbagai imej seperti muka

ay
manusia, binatang atau berbentuk abstrak. Topeng diperbuat daripada bermacam jenis

material dan biasanya dipakai bagi tujuan ritual, tanda simbolik, seni persembahan dan

al
hiburan pada masa-masa tertentu sahaja. Kelangsungan budaya topeng sehingga ke hari
M
ini jelas membuktikan kepada kita bahawa budaya ini masih mempunyai signifikan

khususnya kepada etnik-etnik yang mengamalkan kepercayaan animisme dan


of
mempertahankan warisan mereka.27
ty

Gambar 4.9
Poster Rasmi Pameran Topeng Mistik
r si
ve
ni
U

(Sumber: Koleksi peribadi dengan izin En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu
Muzium, Muzium Nelayan Tanjung Balau.)

27
Di Malaysia, beberapa masyarakat etnik di Sarawak, misalnya Orang Ulu masih mengamalkan
pemakaian topeng dalam upacara keagamaan dan ritual. Penggunaan topeng juga dapat dikesan melalui
seni persembahan tradisional terutama bagi masyarakat Melayu tradisi seperti Menora dan Makyung di
Kelantan serta Mek Mulung dan Awang Batil di Kedah dan Perlis. Di Eropah budaya topeng dijadikan
sebagai fesyen oleh kaum bangsawan terutama ketika mengadakan majlis topeng. Di Asia Tenggara
seperti Bali, Indonesia, tarian Barongan yang mempunyai unsur-unsur kebudayaan pra-Hindu turut
menghiasi budaya masyarakat setempat. Hakikatnya budaya topeng ini masih relevan dalam masyarakat
dahulu hingga kini dan pameran ini pastinya akan membantu pelawat untuk lebih memahami sejarah dan
warisan topeng. Rujuk: „Pameran Topeng‟, (Pamplet).
107
PROSES PEMULIHARAAN DAN INVENTORI KOLEKSI

Setiap koleksi di Muzium Nelayan Tanjung Balau perlu melalui proses

konservasi ataupun proses pemuliharaan sebelum dipamerkan atau disimpan. Proses

pemuliharaan ini adalah bagi memastikan bahan-bahan koleksi di Muzium Nelayan

Tanjung Balau berada dalam keadaan baik dan bertahan lama. Bahagian konservasi ini

juga memberi tumpuan terhadap koleksi dengan membuat pemeriksaan serta

pengawasan dan menjalankan rawatan sekiranya perlu. Ia termasuklah membuat

a
pemeriksaan serta pengawalan ke atas setiap galeri dengan mengukur kadar suhu, R.H

ay
“Relative Humidity” dan cahaya yang bersesuaian dengan bahan yang dipamerkan. Oleh

al
yang demikian, pihak pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau sentiasa memastikan

bahan kimia yang digunakan khususnya untuk tujuan pembersihan juga harus mengikut
M
piawaian yang ditetapkan untuk menjaga kualiti barangan tersebut. Elemen penataan
of
cahaya, suhu serta serangan serangga perosak juga dipantau dengan teliti terutamanya

melibatkan koleksi daripada kayu, kulit fabrik dan sebagainya.28


ty

Selain dari penjagaan, aspek pemuliharaan juga perlu membuat pemerhatian


si

ketika aktiviti pembungkusan dan mengangkat koleksi. Petugas yang melaksanakan


r
ve

tugas ini perlu berhati-hati kerana kebanyakan kerosakan yang berlaku adalah

disebabkan kecuaian manusia sendiri dalam mengendalikan koleksi tersebut. Sebagai


ni

contoh, bagi koleksi yang berasaskan kayu dan kulit akan mengeluarkan hidrogen sulfid
U

yang boleh merosakkan pelbagai jenis koleksi lain terutamanya perak. Terdapat prinsip

yang harus dipatuhi ketika menjalan proses konservasi. Prinsip tersebut ialah

pendekatan yang bersifat merawat (kuratif) dan bukan mengembalikan keadaan 100%,

mengembalikan semula ke tahap yang paling hampir dengan asal, mengekalkan keaslian

iaitu keaslian bahan (authenticity of the material), keaslian reka bentuk (authenticity of

28
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
108
design), keaslian teknologi pengerjaan (authenticticity of workmanship), keaslian

tataletak (authenticity of setting) dan meminimumkan penggantian atau pemindahan

struktur mahupun bahan kecuali ia adalah kaedah terakhir untuk memastikan

kelangsungan monumen atau tapak. Penggantian bahan baru hendaklah menurut jenis,

saiz dan teknik pemasangan yang asal dan direkodkan. Bagi menjamin pemeliharaan

koleksi tersebut, pihak Muzium Nelayan Tanjung Balau telah membina beberapa

peraturan yang perlu diberi keutamaan. Contohnya, petugas perlu menggunakan sarung

a
kapas untuk memegang koleksi. Penghawa dingin juga perlu sentiasa dibersihkan dan

ay
suhu dalam stor juga perlu bersesuaian dengan suhu yang diperuntukkan untuk sesuatu

koleksi. Pihak pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau juga membuat pemantauan

al
dan pemerhatian terhadap keselamatan koleksi supaya risiko kerosakan dapat
M
dikurangkan. Oleh itu, semua pihak di Muzium Nelayan Tanjung Balau ini memainkan

peranan yang penting agar koleksi yang diperolehi disimpan dan dipelihara serta
of
dipulihara dengan baik.
ty

Selain daripada aspek pemuliharaan artifak, Muzium Nelayan Tanjung Balau


si

turut menggunakan sistem inventori di dalam tatacara merekod segala tempahan,


r

pembelian dan pembayaran. Rekod-rekod ini sangat penting bagi memastikan aliran
ve

kewangan dan perkara yang berkaitan dengan aset keluar dan masuk berjalan dengan
ni

lancar. Secara asas, perkataan inventori ini berasal dari perkataan inventory yang
U

bermaksud senarai terperinci barang-barang yang terdapat di sesuatu tempat. Oleh yang

demikian, Muzium Nelayan Tanjung Balau menjalankan kaedah inventori sama seperti

di jabatan-jabatan kerajaan tempatan dan induk di Malaysia. Segala dokumen

pembelian, invois, bil-bil, senarai harga, senarai tempahan dan lain-lain akan disalin dan

difailkan mengikut setiap barangan. Sistem ini juga akan diaudit secara dalaman dan

luaran bagi memastikan aliran kewangan berjalan lancar. Oleh itu, setiap barangan yang

masuk dan keluar akan terpelihara dan dicatat serta difail sebaik mungkin.
109
Melalui kaedah inventori yang berkesan, pihak Muzium Nelayan Tanjung Balau

dapat mengakses barangan ataupun artifak yang perlu ditukar, ditambah, dilupus

ataupun barangan yang perlu ganti. Setiap barangan yang terdapat di Muzium Nelayan

Tanjung Balau ini akan dicatat waktu ataupun tarikh sesuatu barang itu dibeli. Oleh

yang demikian, berdasarkan faktor-faktor tertentu, terdapat barangan yang berisiko

seperti berlaku kerosakan ataupun berubah bentuk. Melalui sistem inventori yang baik,

catatan masa pembelian dapat memberikan ruang kepada pihak muzium untuk bersedia

a
bagi menambah sesuatu koleksi ataupun menggantikan koleksi yang sedia ada. Perkara

ay
ini dapat menjadikan perancangan pihak Muzium Nelayan Tanjung Balau berjalan

lancar. Inventori ini juga dapat memastikan segala artifak dan barangan yang dibeli

al
dapat dipelihara dengan baik dari sudut fizikal dan dokumentasinya.
M
Proses asas inventori di Muzium Nelayan Tanjung Balau bermula dengan proses
of
penerimaan. Proses penerimaan ini diuruskan oleh Pegawai Aset Muzium Nelayan

Tanjung Balau. Pegawai Aset adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk menerima
ty

dan mengesahkan penerimaan sesuatu barang ataupun koleksi. Tugasan utama Pegawai
si

Aset adalah memastikan aset yang diterima menepati spesifikasi yang dikehendaki.
r

Selain itu, pegawai ini turut memastikan kualiti dan kuantiti sebenar barangan yang
ve

diterima serta memastikan aset diterima dalam keadaan baik, sempurna dan selamat
ni

untuk dipamerkan. Terdapat 32 dokumen berasingan di dalam proses penerimaan ini


U

bermula daripada dokumen “KEW. PA-1” iaitu “Laporan Penerimaan Aset”

sehinggalah ke dokumen “KEW. PA-32” iaitu “Laporan Tindakan Tatatertib”. Kesemua

dokumen ini akan disimpan dan diselia oleh Pegawai Aset Muzium Nelayan Tanjung

Balau.29

29
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
110
Proses yang berikutnya adalah pendaftaran. Setelah sesuatu koleksi itu diterima

oleh Pegawai Aset, segala maklumat mengenai koleksi itu akan direkodkan. Hal ini

bertujuan untuk memudahkan pengesanan dan pemantauan seterusnya memudahkan

proses penyelenggaraan, pelupusan dan penggantian aset. Terdapat 4 dokumen

pendaftaran yang digunakan di Muzium Nelayan Tanjung Balau. Dokumen pertama

adalah “Dokumen Daftar Harta Modal” ataupun dokumen “KEW. P2-2”. Dokumen

yang kedua adalah “ Dokumen Daftar Inventori” ataupun dokumen “KEW. PA-3”.

a
Dokumen ketiga adalah “Senarai Daftar Harta Modal” ataupun dipanggil dokumen

ay
“KEW. PA-4”. Manakala dokumen yang terakhir adalah “Senarai Daftar Inventori”

ataupun dipanggil dokumen “KEW. PA-5”.

al
Proses yang berikutnya adalah proses “Pelabelan Aset”. Semua koleksi akan
M
diberikan tanda pengenalan pada bahagian ruangan yang telah dipersetujui oleh Kurator,
of
Muzium Nelayan Tanjung Balau. Hal ini sangat penting kerana proses melabel tidak

boleh dilakukan sebarangan kerana ia bakal merosakkan sesuatu koleksi yang bakal
ty

dipamerkan jika tidak dilabel dengan cara yang betul. Setiap koleksi akan ditanda
si

dengan nombor siri pendaftaran mengikut nombor turutan pada dokumen penerimaan.
r

Akhir sekali adalah penyimpanan segala dokumen di dalam “Fail Daftar Aset”.
ve

Dokumen “KEW.PA-2” dan “KEW-PA-3” salinan asal hendaklah disimpan dalam fail
ni

kulit keras dan disimpan ditempat selamat serta dilabelkan dan diasingkan mengikut kad
U

daftar. Seterusnya buku “KEW.PA-6” ataupun “Buku Pergerakan Aset” akan

diwujudkan bagi tujuan peminjaman. Salah satu contoh koleksi yang telah selesai

melalui semua proses adalah batuan dengan nama saintifik “African Ruby”. “African

Ruby” telah didaftarkan dengan nombor “LKJT/M/I/(AFRICAN RUBY)/13/109-

110”.30

30
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
111
AKTIVITI-AKTIVITI MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU

Aktiviti dan program yang dijalankan oleh sesebuah institusi muzium dapat

menyemai semangat kecintaan masyarakat terhadap budaya warisan bangsa. Pada masa

yang sama, ceramah, seminar serta bengkel yang diadakan dapat mendidik dan

menyalurkan maklumat terhadap masyarakat mengenai kepentingan kelangsungan

budaya warisan tersebut. Sejak dari tahun pertama Muzium Nelayan Tanjung Balau ini

dibuka kepada orang ramai iaitu pada tahun 1994 sehinggalah ke tahun 2014, terdapat

a
banyak program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak muzium untuk memperkasakan

ay
peranan muzium ini terhadap masyarakat. Terdapat juga program yang dianjurkan saban

al
tahun oleh pihak Muzium Nelayan ini seterusnya diangkat sebagai program tahunan

muzium. Pihak pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau sentiasa mengemaskini


M
dan membuat penambahbaikkan dalam perlaksanaan program yang diatur bagi
of
memastikan aktiviti yang dianjurkan dapat dijayakan secara berkala dan sistematik.31

Perlaksanaan yang baik dapat memberi impak terhadap semua lapisan masyarakat.
ty

Diantara aktiviti yang pernah dijayakan oleh Muzium Nelayan Tanjung Balau adalah
si

seperti “Pesta Tanjung Balau”, “Program Sehari Bersama Imuda”, “Mini Karnival Kraf
r

Dan Seni Lukis”, “Mini Karnival Upin Ipin”, “Sambutan Hari Muzium Antarabangsa
ve

Peringkat Negeri Johor” dan lain-lain lagi. Program yang dianjurkan ini dilihat dapat
ni

mempromosi Muzium Nelayan Tanjung Balau ini ke satu aras yang tinggi seterusnya
U

mempromosikan negeri Johor kerana lokasi muzium ini berdekatan dengan pantai

Tanjung Balau yang menjadi tarikan pelancong asing yang berkunjung ke negeri selatan

Malaysia. Program dan aktiviti yang dijalankan ini dilihat dapat mendekatkan

masyarakat tempatan terutamanya golongan nelayan, pelancong dalam dan luar negara

dengan insitusi muzium.

31
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzim, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.
112
Pesta Tanjung Balau

Lokasi peranginan Tanjung Balau ini sememangnya mencuri perhatian

pelancong dan orang ramai yang ingin bersantai dan berhibur di hujung minggu. Lokasi

yang strategik ini merupakan faktor utama pihak Kejora menganjurkan pesta ini. Acara

tahunan anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ini diadakan di Tapak

Pesta Tanjung Balau. Pesta yang dijalankan ini bertujuan mempopularkan lagi Tanjung

Balau yang merupakan salah satu destinasi pelancongan menarik di Kota Tinggi.

a
Hampir 40,000 pengunjung membanjiri tapak pesta yang menjadi acara tahunan dalam

ay
Kalendar Pelancongan Negeri Johor bermula pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.32

al
Pelbagai acara dijalankan seperti pertandingan memancing, pertunjukan layang-layang,

sukaneka darat dan laut, bola sepak pantai, sukan tradisional, pertandingan karaoke dan
M
banyak lagi, khusus untuk menarik perhatian pengunjung. Turut diadakan pertandingan
of
mewarna bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, tarik tali, acara pantai, batu seremban,

sepak raga bulatan dan karaoke.33


ty

Sepanjang tempoh “Pesta Tanjung Balau” ini dijalankan, antara lokasi yang
si

dijadikan tapak penting untuk dikunjungi adalah Muzium Nelayan Tanjung Balau.
r
ve

Muzium Nelayan ini berperanan sebagai daya penarik untuk aktiviti pelancongan.

Selain itu, muzium sebenarnya turut berfungsi sebagai pencetus kesedaran serta
ni

pemangkin semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan masyarakat terutamanya


U

generasi muda hari ini.

32
Wawancara dengan Puan Noriah Hussain, Penolong Pengurus Pelancongan Kejora di Lobi Muzium
Nelayan Tanjung Balau, 21 Julai 2015.
33
Terdapat juga gerai-gerai jualan dan pameran oleh agensi kerajaan dan swasta untuk dilawati sepanjang
pesta berlangsung. Selain itu, pengunjung dari jauh juga boleh memilih untuk bermalam di Tanjung Balau
kerana terdapat banyak rumah penginapan disediakan di situ. KEJORA turut menyediakan resort yang
mengandungi 108 bilik, 27 calet dan tapak perkhemahan lengkap dengan kemudahan yang boleh
menempatkan lebih 100 khemah. Rujuk: Wawancara dengan Puan Noriah Hussain, Penolong Pengurus
Pelancongan Kejora di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 21 Julai 2015.

113
Sepanjang “Pesta Tanjung Balau” berlangsung, Muzium Nelayan Tanjung

Balau menganjurkan “Pertandingan Mencari Harta Karun”, “Explorace”, “Rekacipta

Bot Dari Bahan Terbuang”,”Pertandigan Melukis Poster”,“Kuiz Muzium Nelayan”,

“Pertandingan Mewarna” dan “Pertandingan Fotografi”. Semua pertandingan ini

berkonsepkan hal ehwal mengenai Muzium Nelayan Tanjung Balau. Aktiviti yang

dijalankan itu bukan hanya melibatkan golongan kanak-kanak sahaja, malahan

melibatkan gologan ibu bapa. Sebagai contoh adalah “Pertandingan Mewarna Kanak-

a
Kanak”. Walaupun pertandingan ini dikhususkan untuk kanak-kanak, ibu bapa dan

ay
penjaga yang hadir akan turut sama sekali kerana pertandingan ini dijalankan di dalam

muzium. Oleh yang demikian, secara tak langsung golongan penjaga ini akan

al
menikmati paparan dan pameran yang ada di Muzium ini.34 “Pesta Tanjung Balau” ini
M
turut membawakan kepada masyarakat sukan luncur air. Perairan Tanjung Balau

menjadi lokasi pilihan para peluncur yang menggemari aktiviti sukan ekstrem dari
of
dalam dan luar negara seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Pada asasnya, setiap
ty

peluncur perlu memiliki kemahiran berenang dan meluncur.35 Sukan meluncur ombak
si

sebenarnya menguji keberanian dan kemahiran seseorang peluncur untuk mengawal

kestabilan papan luncur ketika ombak kuat.36


r
ve
ni

34
Antara artifak paling berharga dimiliki oleh muzium tersebut ialah pinggan mangkuk dan barang
perdagangan daripada sebuah kapal dagang Negara China yang karam di Perairan Desaru pada tahun
1840-an. Seperti barang purba lain, ia memiliki nilai estetika yang tinggi untuk tatapan generasi akan
U

datang. Rujuk: Wawancara dengan Puan Noriah Hussain, Penolong Pengurus Pelancongan Kejora di Lobi
Muzium Nelayan Tanjung Balau, 21 Julai 2015.
35
Papan luncur ombak dibahagikan kepada dua jenis iaitu papan luncur panjang (longboard) dan papan
luncur pendek (shortboard) yang direka berbeza-beza untuk disesuaikan dengan gaya aksi yang bakal
dipamerkan. Kebanyakan papan luncur hari ini diperbuat daripada polyurethane, jalur-jalur kayu, kain
gentian kaca (fiberglass) dan polyester yang lebih ringan dan tahan lasak. Rujuk: Utusan Malaysia, 4 Jun
2011, hlm.11.
36
Permulaannya, peluncur perlu meniarap di atas papan dan mengayuh papan berkenaan sehingga
melepasi ombak. Kemudian, mereka perlu berdiri di atas papan tersebut dan menunggu sehingga ombak
datang. Ketika itulah masa yang ditunggu-tunggu setiap peluncur untuk mempamerkan pelbagai aksi
menarik. Kemahiran meluncur dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu menangkap gelombang
(drop in catch the wave), pantulan jaringan (the pop-up) dan kedudukan pada gelombang (positioning on
the wave). Peluncur juga perlu menguasai teknik-teknik untuk menembusi ombak seperti “duck diving”
atau “eskimo roll”. Posisi “drop in” memerlukan pengalaman yang luas untuk meramal kedudukan
gelombang ombak di mana ia akan berpecah di mana ia akan menguji setinggi mana kemahiran yang
dimiliki. Rujuk: Utusan Malaysia, 4 Jun 2011, hlm. 8.
114
Bengkel Ukiran Kayu

Pada tahun 2012, Muzium Nelayan Tanjung Balau telah mengadakan bengkel

asas ukiran kayu tradisional bertempat di Ruang Legar Muzium Nelayan Tanjung

Balau. Program ini bertujuan mendidik generasi muda supaya mahir dan berminat

dengan warisan budaya tradisional amalan nenek moyang pada masa dahulu. Bengkel

yang julung-julung kali diadakan itu telah dijayakan dengan kerjasama tenaga pengajar

dari usahawan kraf ukiran kayu dari Muar, Johor, Alias Robani serta penglibatan

a
seramai 50 pelajar Aliran Pendidikan Seni Visual dari dua buah sekolah iaitu Sekolah

ay
Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Mas dan SMK Tanjung Datok, Pengerang.

al
Bengkel itu dimulakan dengan pengenalan tentang sejarah ukiran di Malaysia, jenis-

jenis ukiran kayu, peralatan seterusnya teknik-teknik asas mengukir kayu bagi
M
membentuk sebuah ukiran bersaiz kecil dan sederhana.
of
Dua contoh program yang dijalankan oleh pihak Muzium Nelayan iaitu “Pesta

Tanjung Balau” dan “Bengkel Ukiran Kayu” ini menunjukkan pihak pengurusan
ty

Muzium Nelayan Tanjung Balau optimis dalam usaha mendekatkan masyarakat


si

terhadap muzium. Selain daripada program berbentuk bengkel dan didikan, konsep
r
ve

seperti “Pesta Tanjung Balau” ini dilihat lebih santai dan ianya mampu menarik minat

golongan muda dan berkeluarga untuk sertai program yang diatur. Masyarakat yang
ni

hadir tidak kira masyarakat tempatan mahupun pelancong luar dapat melihat kehidupan
U

nelayan secara terus apabila mengunjungi muzium ini. Bersebelahan dengan muzium

ini, sudah kelihatan perkampungan nelayan dan muzium ini begitu hampir dengan

pinggir pantai dimana tempat para nelayan memulakan langkah untuk turun ke laut.

Dengan adanya aktiviti dan program sebegini saban tahun, ia dapat mempromosikan

kepada masyarakat luar tentang kehidupan sebenar seorang nelayan.

115
KESIMPULAN

Tuntasnya, penciptaan Galeri Bermusim ini merupakan salah satu elemen yang

digunakan oleh pihak Muzium Nelayan Tanjung Balau dalam memperkasa dan

mempelbagaikan bentuk daya tarikan terhadap pengunjung. Pembukaan Galeri

Bermusim ini merupakan salah satu langkah bagi menarik minat pengunjung yang

datang mengunjungi Galeri Bermusim ini, akan turut sama menjejakkan kaki ke setiap

galeri yang lain. Perkara yang menarik mengenai Galeri Bermusim ini adalah tema

a
pameran yang dianjurkan itu tidak sama setiap tahun dan pameran ini ditukar mengikut

ay
jadual yang telah ditetapkan. Variasi pameran yang dilakukan oleh pihak Muzium

al
Nelayan Tanjung Balau ini memberikan impak yang baik terhadap masyarakat yang

mahukan kelainan dan pembaharuan. Selain itu penganjuran aktiviti yang dilaksanakan
M
oleh pihak Muzium Nelayan Tanjung Balau dapat mendekatkan masyarakat dengan
of
institusi muzium. Lanjutan itu, kepelbagaian aktiviti dan pameran yang menarik di

Galeri bermusium ini dapat menyumbang kepada perkembangan maklumat dan


ty

khazanah mengenai dunia peradaban nelayan.


r si
ve
ni
U

116
KESIMPULAN

Pada awalnya, kewujudan muzium dijadikan sebagai sebuah institusi yang

memperihalkan mengenai bahan sejarah. Namun begitu, statusnya telah berubah kerana

telah dimartabatkan sebagai institusi yang memberi kepentingan kepada negara dalam

bidang pelancongan dan pendidikan. Pada masa kini, muzium telah menjadi salah satu

platform yang berupaya mendidik masyarakat dan menyediakan pelbagai pengalaman

melalui pameran beserta aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Muzium juga berperanan

a
sebagai satu institusi pelestarian warisan dan menjadikannya sebagai salah satu wahana

ay
yang berperanan sebagai wadah terpenting dalam pembinaan negara bangsa. Kini,

institusi muzium telah dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan dalam pendidikan

al
kerana kandungan yang terdapat dalam muzium umpama „gedung ilmu‟ yang
M
merangkumi warisan sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna negara.
of
Pengertian dokumentasi di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat membawa

maksud himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen yang disimpan, direkod atau
ty

dipamerkan dalam pelbagai bentuk. Peranan yang dizahirkan Muzium Nelayan Tanjung
si

Balau dalam mendokumentasi peradaban nelayan dapat dilihat di dalam tiga aspek.
r
ve

Aspek pertama adalah peranan Muzium Nelayan Tanjung Balau sebagai gedung

khazanah sejarah dan budaya nelayan Johor. Aspek kedua adalah sebagai medium
ni

pendidikan terhadap masyarakat. Manakala aspek ketiga adalah sebagai wadah dalam
U

memupuk semangat kesedaran masyarakat terhadap sejarah dan budaya. Ketiga-tiga

aspek ini dilihat dapat memacu peranan yang dilaksanakan oleh Muzium Nelayan

Tanjung Balau dalam mendokumentasi peradaban nelayan melalui pameran dan

aktiviti-aktivitinya. Peranan tersebut sekaligus membawa kepada usaha pemuliharaan

artifak dan mendekatkan muzium dengan masyarakat melalui aktiviti yang

direncanakan.

117
Muzium Nelayan Tanjung Balau secara jelas memelihara khazanah sejarah dan

budaya nelayan di Malaysia khususnya Johor. Muzium ini mempunyai komitmen dan

rasa tanggungjawab yang tinggi dalam menyelamatkan dan memelihara warisan nelayan

dan persekitarannya. Komitmen dan rasa tanggungjawab tersebut dapat dilihat dalam

elemen pemilihan koleksi. Muzium Nelayan Tanjung Balau komited dalam memastikan

keaslian koleksi yang dipamerkan. Hal ini terkandung di dalam “Prinsip Asas Muzium

Nelayan Tanjung Balau” yang menyatakan bahan atau koleksi pameran dan segala

a
maklumat berkaitan koleksi yang dipamerkan di Muzium Nelayan ini seharusnya

ay
daripada bahan asal atau salinan-salinan yang jarang dilihat oleh masyarakat. Perkara ini

juga merupakan salah satu promosi yang dilakukan oleh pihak KEJORA agar para

al
pengunjung berterusan mengunjungi ke Muzium Nelayan Tanjung Balau untuk mencari
M
maklumat dan sumber rujukan yang sahih disamping mengimbau budaya nelayan yang

sebenarnya pernah wujud dalam masyarakat nelayan di Tanjung Balau.


of

Selain daripada elemen pemilihan koleksi, Muzium Nelayan Tanjung Balau


ty

turut mementingkan dua perkara dalam rutin pemilikan aset. Perkara yang pertama
si

adalah proses konservasi ataupun proses pemuliharaan koleksi manakala perkara yang
r

kedua adalah inventori. Seorang konservator artifak yang baik dapat membezakan
ve

tindakan pemuliharaan dan mengembalikan keaslian asal artifak berbanding


ni

mencantikkan artifak secara kosmetik. Menokok tambah rawatan dan pembaikan


U

kepada artifak supaya kelihatan lebih cantik adalah satu kesalahan besar kerana ia tidak

asli dan mengelirukan fakta sejarah sebenar. Maka dengan itu, hasil kerja konservasi

yang sebegini akan menghilangkan aspek intergriti, ketulenan dan nilai warisan artifak

tersebut. Di dalam sesebuah projek pemuliharaan artifak warisan, satu rangka kerja

yang khusus perlu dirancang dan diikuti bagi menjamin pelaksanaannya bersifat

menyeluruh dan sistematik.

118
Muzium Nelayan Tanjung Balau sentiasa memberi penumpuan terhadap

penjagaan setiap koleksi dengan mengamalkan prinsip-prinsip asas konservasi yang

disediakan oleh UNESCO. Tiga prinsip utama yang digariskan adalah meminimumkan

gangguan (intervention) seperti membaik pulih hanya struktur dan fabrik bersejarah

yang rosak sahaja manakala yang masih elok perlulah dikekalkan keasliannya. Kedua

adalah mengaplikasi kajian saintifik dan ujian makmal bagi mengenalpasti kandungan

dan sifat bahan binaan serta tahap kerosakannya. Keputusan kajian saintifik dan ujian

a
makmal dapat dijadikan bukti sokongan dalam membuat sebarang keputusan terhadap

ay
kerja pemuliharaan yang akan dilakukan kelak. Manakala prinsip yang terakhir adalah

menjalankan aktiviti pendokumentasian ke atas kerja pemuliharaan sebelum, semasa

al
dan selepas. Pendokumentasian ini sangat penting bukan sahaja sebagai medium di
M
dalam membuat keputusan tetapi juga sebagai rekod dan bahan rujukan pada masa

hadapan. Justeru, adalah sangat penting untuk mengetahui, memahami dan


of
mengamalkan prinsip asas pemuliharaan agar ianya tidak merosakkan artifak dan
ty

koleksi warisan tersebut yang lazimnya bersifat unik dan tidak dapat dicari gantinya
si

apabila mengalami kemusnahan.


r

Rutin pemilikan aset yang kedua yang dilaksanakan oleh Muzium Nelayan
ve

Tanjung Balau adalah inventori. Proses inventori ini melibatkan tatacara pengurusan
ni

aset kerajaan. Tatacara bagi pengurusan harta dan inventori yang dilaksanakan oleh
U

pihak Muzium Nelayan Tanjung Balau ini meliputi enam bahagian utama iaitu bahagian

penerimaan, bahagian pendaftaran, bahagian penyimpanan dan pemeriksaan, bahagian

penyelenggaraan, bahagian pelupusan dan bahagian yang terakhir adalah bahagian

kehilangan dan hapuskira. Proses pengendalian aset ini bermula dari peringkat

perolehan sehinggalah ke peringkat pelupusan. Hal ini membuktikan komitmen yang

ditunjukkan oleh pihak Muzium Nelayan Tanjung Balau dalam memelihara khazanah

bangsa begitu tinggi dan sistematik selaras dengan kaedah pengurusan aset kerajaan.
119
Muzium Nelayan Tanjung Balau juga merupakan salah satu medium pendidikan

terhadap masyarakat. Penyebaran maklumat dalam mendidik masyarakat mengenai

dunia peradaban nelayan adalah salah satu fungsi utama Muzium Nelayan Tanjung

Balau. Perkara yang utama dalam menyalurkan pendidikan terhadap masyarakat adalah

bahan yang dipamerkan dan fakta-fakta yang terdapat di dalamnya. Pada kebiasaannya,

masyarakat akan menilai sesebuah muzium berdasarkan keberkesanan pameran yang

diadakan. Pameran juga merupakan media komunikasi antara pihak muzium dengan

a
masyarakat melalui koleksi yang dipamerkan. Setiap pameran yang dibuat perlulah

ay
disertakan dengan fakta yang padat dan jitu serta tepat. Pengunjung juga datang ke

Muzium Nelayan Tanjung Balau dapat mengikuti pembelajaran berdasarkan koleksi

al
yang dimilik oleh muzium. Berdasarkan kaedah ini, terdapat beberapa pendekatan yang
M
digunakan seperti pendekatan “Multi Disciplinary Collection”. Pendekatan ini

merupakan suatu kaedah yang menggunakan pelbagai koleksi yang terdapat di sesebuah
of
muzium seperti koleksi sejarah, budaya dan alam semulajadi yang digunakan secara
ty

bersepadu.
si

Jika diamati dan diteliti satu persatu, Muzium Nelayan Tanjung Balau dapat
r

menterjemahkan pendidikan secara tidak formal kepada pengunjung yang datang


ve

berkenaan dengan topik nelayan. Bermula dari Galeri Utama, terdapat 4 seksyen di
ni

dalamnya. Seksyen 1 menjurus kepada skop pengenalan iaitu mengenai sejarah Muzium
U

Nelayan Tanjung Balau, sejarah Tanjung Balau, sejarah menangkap ikan dan ramalan

serta kepercayaan bagi golongan nelayan. Seksyen 2 pula menjurus kepada perihal yang

membabitkan golongan nelayan seperti jeti, peraih ikan, alat-alat kelengkapan untuk

menangkap ikan, kotak ke laut dan serba sedikit pengenalan mengenai ilmu hidupan

laut. Manakala seksyen 3 pula gambaran perkampungan nelayan diterjemah dalam

bentuk diorama dan replika rumah kampung lama. Seterusnya di seksyen 4 terdapat

perahu-perahu dalam skala saiz sebenar dipamerkan.


120
Galeri Utama ini sahaja sudah cukup padat dengan informasi dan maklumat.

Hampir di setiap seksyen, paparan yang dicatatkan disertakan sekali dengan contoh

koleksi bahan. Terdapat juga gambaran berbentuk binaan seperti replika rumah

kampung di seksyen 3. Pengunjung boleh masuk ke dalam rumah tersebut untuk

menikmati dan merasai suasana ruang tamu, bilik tidur, dapur dan halaman rumah

kampung seperti di perkampungan nelayan. Sisi pembelajaran dapat dilengkapi dengan

paparan diorama perkampungan nelayan yang menggambarkan kehidupan para nelayan.

a
Begitu juga dengan Galeri Geologi, Galeri Keselamatan dan Komunikasi Laut,

ay
Galeri Kapal Karam Desaru dan juga Galeri Bermusim. Galeri Geologi sememangnya

al
memperihalkan perkara berkaitan aspek geologi terutamanya maklumat batuan geologi

di Tanjung Balau. Manakala Galeri Keselamatan dan Komunikasi Laut pula memberi
M
informasi mengenai teknologi dan maklumat pelayaran. Manakala Galeri Kapal Karam
of
Desaru mencatatkan kisah kapal-kapal yang pernah karam di perairan Desaru. Galeri

Bermusim pula saling menganjurkan pameran yang berlainan sepanjang tahun.


ty

Keempat-empat galeri di Muzium Nelayan Tanjung Balau ini dapat memberi


si

pendidikan yang tidak formal terhadap masyarakat. Informasi dan maklumat mengenai
r

peradaban nelayan dapat diterjemah di dalam pelbagai bentuk dan konsep melalui
ve

empat buah galeri yag terdapat di Muzium Nelayan Tanjung Balau.


ni

Di dalam memupuk semangat kesedaran masyarakat terhadap sejarah dan


U

budaya sendiri, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Muzium Nelayan Tanjung Balau

selari dengan matlamat dalam menyemai semangat kesedaran dan kecintaan masyarakat

terhadap budaya warisan sendiri. Melalui aktiviti yang dianjurkan seperti “Pesta

Tanjung Balau”, program ini dapat membuat masyarakat lebih bersatu, rapat dan

memahami antara satu sama lain. Hubungan ini bukan sahaja melibatkan penduduk

tempatan malahan melibatkan pengunjung dari dalam dan juga luar negara yang

121
menghadiri program pesta ini. Aktiviti “Pesta Tanjung Balau” ini juga dapat

memperlihatkan penyatuan masyarakat. Penyatuan sesebuah masyarakat ini dilihat

dengan kehadiran pengunjung yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama. Secara

tidak langsung dapat mewujudkan tindak balas yang baik di antara semua kaum di

Malaysia khususnya kaum Melayu, Cina dan India. Oleh yang demikian, Muzium

merupakan salah satu platform dalam memupuk semangat kesedaran masyarakat

terhadapat sejarah dan budaya sendiri.

a
Kesan-kesan daripada kegiatan dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak

ay
Muzium Nelayan Tanjung Balau pula dapat dilihat dalam 3 aspek iaitu aspek

al
pendidikan, ekonomi dan sosial. Di dalam aspek pendidikan, impak yang terhasil

daripada kegiatan dan aktiviti yang dilaksanakan adalah masyarakat dapat menikmati
M
pembelajaran warisan secara langsung meliputi pelbagai peringkat umur. Secara
of
umumnya, pendidikan warisan terbahagi kepada dua iaitu iaitu pendidikan secara

langsung dan secara tidak langsung. Pendidikan secara langsung ialah melalui aktiviti
ty

yang dirancang manakala pendidikan secara tidak langsung melalui pameran yang
si

dilihat di galeri-galeri pameran.


r
ve

Dalam menyediakan pelbagai aktiviti dan program, banyak kriteria yang

dititikberatkan oleh pihak muzium. Setiap pelaksanaan program yang dirancang


ni

perlulah mempunyai kelompok sasaran. Kelompok sasaran program amat penting dalam
U

memastikan impak program bergerak seiring dengan matlamat sesebuah program.

Sebagai contoh adalah kelompok pelajar sekolah. Golongan pelajar sekolah mempunyai

tahap psikologi yang berbeza. Golongan pelajar ini tidak begitu ketara perbezaan dari

segi umur, namun mereka berbeza dari segi perkembangan kognitif, kematangan,

kebolehan, minat, pengalaman, emosi dan latar belakang persekitaran sosial. Melalui

kriteria kelompok sasaran ini, aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh pihak

122
muzium jelas berfokus. Sebagai contoh adalah Bengkel Ukiran Kayu anjuran pihak

Muzium Nelayan Tanjung Balau pada tahun 2012. Kelompok sasaran bagi program ini

dikhususkan kepada pelajar sekolah menengah sahaja. Seramai 50 pelajar Aliran

Pendidikan Seni Visual dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan

Bandar Mas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Datok terlibat di dalam

bengkel ini. Manakala Pesta Tanjung Balau pula melibatkan semua peringkat umur dari

peringkat umur kanak-kanak sehingga dewasa. Pesta Tanjung Balau ini dilaksanakan

a
saban tahun. Program ini menyajikan rangkaian aktiviti seperti “Pertandingan

ay
Mewarna” untuk golongan kanak-kanak, “Pertandingan Mencari Harta Karun” dan

“Explorace” untuk golongan remaja serta “Pertandingan Fotografi” dan “Kuiz” untuk

al
golongan dewasa.
M
Terdapat juga program yang menyasarkan kelompok profesional di dalam
of
sesuatu bidang seperti program “Pertandingan Meluncur Air”. Program ini disasarkan

kepada peluncur professional dari dalam dan luar negara. Bagi peminat sukan luncur air,
ty

Tanjung Balau menjadi syurga buat mereka kerana memiliki kawasan pantai yang luas
si

serta mempunyai ombak yang laju dan besar, sekaligus menjadikan ia salah satu tempat
r

meluncur air yang menarik di Malaysia. Melangkah sahaja ke pantai Tanjung Balau,
ve

pengunjung akan dapat melihat menara pemerhati untuk pengawal pantai berserta
ni

bendera pelbagai warna yang menjadi penanda aras bagi sukan air itu. Jika bendera
U

merah dikibarkan bermakna air berbahaya. Tetapi semasa inilah lebih ramai yang

mengambil risiko kerana ketika ini keadaan ombak tinggi sangat sesuai untuk aktiviti

sukan lasak itu. Ombak setinggi tujuh kaki di sini menjadi tarikan utama mereka yang

meluncur. Hal ini menunjukkan, pihak Muzium Nelayan Tanjung Balau jelas berupaya

membantu memberikan pendidikan secara langsung kepada masyarakat melalui

program-program yang bervariasi meliputi segenap peringkat umur.

123
Kesan yang kedua adalah di dalam aspek ekonomi. Lokasi Muzium Nelayan

Tanjung Balau ini terletak di kawasan pelancongan terkenal di negeri Johor iaitu

Tanjung Balau. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan yang dapat memacu

pertumbuhan industri-industri lain yang berperanan sebagai wahana dalam

pembangunan Malaysia. Peningkatan jumlah kedatangan pelancong di sesuatu kawasan

pelancongan banyak berkaitan dengan daya tarikan yang terdapat di destinasi

pelancongan tersebut. Daya tarikan yang unik dan tersendiri merupakan kuasa magnet

a
yang dapat menarik seseorang untuk melancong ke destinasi tersebut. Pelancong lebih

ay
berminat untuk melancong ke sesuatu destinasi pelancongan yang mempunyai ciri-ciri

tarikan semula jadi. Berdasarkan Laporan United Nations World Tourism Organisation

al
pada tahun 2011, Malaysia telah diiktiraf pada peringkat global sebagai antara destinasi
M
pelancongan utama dengan kedudukan tangga ke-9 dari segi bilangan ketibaan

pelancong dan tangga ke-15 dari segi pendapatan hasil daripada industri pelancongan.
of
Pada tahun 2011, Malaysia menerima 24.7 juta orang pelancong dari seluruh dunia
ty

dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM58.3 bilion. Sektor ini telah mewujudkan
si

lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan serta meningkatkan pendapatan negara.
r

Berdasarkan laporan Jabatan Imigresen Johor dan Jabatan Pelancongan Negeri


ve

Johor tahun 2011, seramai 16.5 juta pelancong telah menggunakan Negeri Johor sebagai
ni

pintu masuk ke Malaysia pada tahun 2010 dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak
U

14.4% berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak 15.4 juta pelancong. Manakala daripada

jumlah tersebut, 3% iaitu sebanyak 512,192 pelancong telah berkunjung ke kawasan

pelancongan KEJORA. Muzium Nelayan Tanjung Balau merupakan di antara destinasi

utama pilihan pelancong sekiranya berkunjung ke kawasan pelancongan KEJORA.

Lokasi Muzium Nelayan Tanjung Balau yang terletak di pantai Tanjung Balau ini

merupakan lokasi yang strategik kerana kedudukannya menghadap Laut China Selatan.

124
Aktiviti yang dianjurkan seperti “Pesta Tanjung Balau” dan “Pertandingan

Meluncur Air” dapat menghimpunkan ramai pengunjung dan peluncur dari seluruh

dunia. Secara tidak langsung aktiviti yang dijalankan ini dapat menjana sektor

pelancongan seterusnya meningkatkan ekonomi negara. Jelasnya, aktiviti dan program

anjuran Muzium Nelayan Tanjung Balau ini dapat menarik ramai pelancong hadir ke

dalam negara.

Kesan yang ketiga adalah pengukuhan perpaduan masyarakat tempatan. Muzium

a
Nelayan Tanjung Balau ini mengangkat genre dunia nelayan sebagai intipati utama di

ay
dalam objektif penubuhannya. Selain daripada itu, Muzium Nelayan ini dilihat sebagai

al
simbol ataupun identiti masyarakat di Tanjung Balau yang terdiri daripada golongan

nelayan. Oleh yang demikian, penubuhan Muzium ini secara tidak langsung mengiktiraf
M
dan menghargai bidang pekerjaan golongan nelayan. Dengan adanya program yang
of
dianjurkan oleh Muzium Nelayan Tanjung Balau, ia secara tidak langsung menuntut

penglibatan masyarakat tempatan untuk menyertai dan memeriahkan aktiviti tersebut


ty

tidak kira sebagai peserta mahupun urusetia. Penduduk tempatan juga terlibat sebagai
si

urusetia dalam beberapa program yang dianjurkan. Hal ini menunjukkan program yang
r

dianjurkan oleh pihak Muzium Nelayan Tanjung Balau ini dapat mengukuh penglibatan
ve

masyarakat tempatan seterusnya menjadi platfom perpaduan di antara golongan nelayan


ni

dan institusi muzium.


U

Tuntasnya, Muzium Nelayan Tanjung Balau dapat menunjukkan peranan

melalui 3 aspek utama iaitu dalam memelihara gedung khazanah sejarah dan budaya

nelayan Johor, aspek pendidikan terhadap masyarakat dan aspek ketiga iaitu memupuk

semangat kesedaran masyarakat terhadap sejarah dan budaya. Selain daripada itu, kajian

ini juga telah menunjukkan kesan dan impak yang terhasil daripada kegiatan yang telah

dilaksanakan oleh pihak muzium.

125
BIBLIOGRAFI

SUMBER PRIMER
Laporan
Laporan Tahunan Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Muzium
Malaysia, 2010.
Laporan Tahunan Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Muzium
Malaysia, 2011.
Laporan Tahunan Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Muzium
Malaysia, 2012.

a
Laporan Tahunan Jabatan Imegresen Johor, Johor: Jabatan Imegresen Johor, 2011.

ay
Laporan Tahunan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan 2013.

Laporan Tahunan Lembaga Bandaran Johor Tenggara, Johor: KEJORA, 1999.

al
Laporan Tahunan Lembaga Bandaran Johor Tenggara, Johor: KEJORA, 2000.

M
Laporan Tahunan Lembaga Bandaran Johor Tenggara, Johor: KEJORA, 2005.

Laporan Tahunan Lembaga Bandaran Johor Tenggara, Johor: KEJORA, 2011.


of
Laporan Tahunan Lembaga Bandaran Johor Tenggara, Johor: KEJORA, 2012.

Laporan Tahunan Lembaga Bandaran Johor Tenggara, Johor: KEJORA, 2013.


ty

Laporan Analisa Piagam Pelanggan KEJORA, Johor: KEJORA, 2000.


si

Laporan Aktiviti Persatuan Pelayang Johor, Johor: Pelayang, 2008.


r

Laporan Aktiviti Persatuan Pelayang Johor , Johor: Pelayang, 2012.


ve

SUMBER SEKUNDER
ni

Buku/Buletin/Makalah/Jurnal/Kertas Kerja
U

Abu Talib Ahmad, Museums History And Culture in Malaysia, Singapore: NUS Press,
2015.
Adams, G.D., Museum Public Relations, Nashville, TN: American Association for State
and Local History, 1983.

Adi Taha, Muzium Sebagai Pusat Pembelajaran, Buletin JMA, Jil. 12, No. 6, Feb. 2001.

Ayuni Rezwan, Dimanakah Budaya Bangsa Diperihara, Seri Kembangan, Selangor:


Penerbitan Premier, 2009.

126
Aziz Deraman, „Kenapa Muzium Etnologi Dunia Melayu Malaysia?‟, Kertas kerja
Bengkel „Muzium Nasional Etnografi Dunia Melayu‟, Muzium Kelantan, 7-8 Ogos
1990.

Certo, S., Modern Management 6th Edition, United State: Prentice Hall, 1999.

Condit, L., Museums, Imagination And Education, Paris: Unesco, 1976.

Dzulfawati Hassan, Muzium Dan Cabaran Menjelang Abad Ke-21, Kuala Lumpur:
Institut Perkembangan Minda (INMIND), 1999.

Erik Trinkaus, “The Neanderthal Barin: What was Primitive”, American Journal of
Physical Anthroplogy Supplement, 1991.

a
Jabatan Muzium Malaysia, Koleksi Muzium Negara: Penerokaan Sejarah Dan Budaya,

ay
Kuala Lumpur: Penerbit Jabatan Muzium Malaysia, 2014.

Jabatan Muzium Malaysia, Koleksi Pilihan Dunia Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit

al
Jabatan Muzium Malaysia, 2009.

M
Janet Tee Siew Mooi, „Face to Face with the Architect of Muzium Negara‟. Berita JMA,
Jil. 26, No. 2, Jan. 2000.
of
Johari Mat, Regional Development In West Malaysia: A Comparative Effectiveness
Study Of JENGKA, DARA, KEJORA And KETENGAH, Kuala Lumpur: Institut
Tadbiran Awam Negara, 1983.
ty

Kamarudin Ngah, Rahmat Azam Mustapa, Pengenalan Perancangan Pembangunan


si

Wilayah, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 1991.


r

Mad Redzuan Tumin, Penubuhan Muzium: Idealisme dan Realiti, Buletin JMA, Jil. 32,
ve

No. 8, 2001.

Mad Redzuan Tumin, Prinsip Asas Pengurusan Muzium, Kuala Lumpur: Institut
ni

Perkembangan Minda (INMIND), 1999.


U

Mohd. Shukri Abdullah, Strategi Pembangunan Desa Semenanjung Malaysia, Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.

Nor Hayati Hussain, Muzium Negara, Subang Jaya, Selangor: Massa Monographs,
2010.

Othman Yatim, Pendidikan Formal dan Tidak Formal, Kuala Lumpur: Institut
Perkembangan Minda (INMIND), 1999.

Zakiah Hanum Abdul Hamid, Pengurusan Memorial: Prinsip Asas, Kuala Lumpur:
Institut Perkembangan Minda (INMIND), 1999.
127
Hassan, Z., Kechot, A., „Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan‟: Kajian di Jabatan
Muzium Malaysia. Jurnal Melayu, Jil. 2, Vol. 9, 2012.

Latihan Ilmiah

Abdullah Bin Haji Jedi, „Muzium Negara Malaysia: Sejarah Perkembangan 1958 -
1975‟, Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1981.

Azralina Adun, „Tinjauan Pembangunan Wilayah Dalam Meningkatkan Taraf Hidup:


Kajian Kes di Bandar Penawar‟, Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, 1998.

Lela Maarof, „Bandar Baru Bandar Tenggara, Kulai: Peranannya Dalam Pembangunan

a
Sosio Ekonomi Wilayah‟,Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, 1999.

ay
Akhbar

al
Harian Metro, 8 Okt. 2001.

Harian Metro, 25 Ogos 2003.


M
of
Kosmo, 3 Jan. 2010.

Kosmo, 22 Okt. 2014.


ty

Utusan Malaysia, 4 Feb. 2002.

Utusan Malaysia, 2 Ogos 2004.


si

Utusan Malaysia, 6 Dis. 2004.


r
ve

Utusan Malaysia, 12 Dis. 2004.

Utusan Malaysia, 21 Mac 2009.


ni

Utusan Malaysia, 23 Feb. 2010.


U

Utusan Malaysia, 23 Apr. 2010.

Utusan Malaysia, 26 Okt. 2010.

Utusan Malaysia,10 Dis. 2010.

Utusan Malaysia, 26 Feb. 2011.

Utusan Malaysia, 25 Mac. 2011.

Utusan Malaysia, 11 Jun. 2011.

Utusan Malaysia, 16 Feb. 2013.

128
Wawancara

Wawancara dengan Encik Hamzah Bin Hj. Isa, Pengurus Kerajaan Tempatan KEJORA
di lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014. Beliau merupakan antara staf
yang lama berkhidmat di KEJORA.

Wawancara dengan Puan Noriah Hussain, Penolong Pengurus pelancongan KEJORA di


Muzium Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014. Beliau telah berkhidmat di dalam
beberapa posisi di KEJORA.

Wawancara dengan En. Mohamad Iqbal Rosli, Penolong Kurator, Muzium Nelayan
Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015. Beliau telah
berkhidmat sebagai Pembantu Muzium di Muzium Nelayan Tanjung Balau selama 9

a
tahun bermula pada tahun 2007.

ay
Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium
Nelayan Tanjung Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015.

al
Beliau telah berkhidmat sebagai Pembantu Muzium di Muzium Nelayan Tanjung Balau
selama 9 tahun bermula pada tahun 2007.
M
of
Laman Sesawang

http://www.rurallink.gov.my/en/
ty

http://www.kejora.gov.my/
si

http://www.jmm.gov.my/en

http://www.mdkt.gov.my/
r
ve
ni
U

129
LAMPIRAN

Lampiran 1
Bendera Kod Keselamatan Laut

a
ay
al
M
of
ty
si

(Sumber: Koleksi peribadi dengan izin En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu
r

Muzium, Muzium Nelayan Tanjung Balau.)


ve
ni
U

130
Lampiran 2
Perahu Payang yang dipamerkan di Muzium Nelayan Tanjung Balau

a
ay
al
M
of
ty

(Sumber: https://sayadankamerasaya.wordpress.com/2013/11/11/kembara-kota-johor-lama-
muzium-nelayan-tanjung-balau/)
r si
ve
ni
U

131
Lampiran 3
Perahu Burung Petalawati yang dipamerkan di Muzium Nelayan Tanjung Balau

a
ay
al
M
of
ty
r si

(Sumber: https://sayadankamerasaya.wordpress.com/2013/11/11/kembara-kota-johor-lama-
ve

muzium-nelayan-tanjung-balau/)
ni
U

132
Lampiran 4
Laluan Pejalan Kaki Menuju Ke Muzium Nelayan Tanjung Balau

a
ay
al
M
of
ty

(Sumber: https://sayadankamerasaya.wordpress.com/2013/11/11/kembara-kota-johor-lama-
muzium-nelayan-tanjung-balau/)
r si
ve
ni
U

133
Lampiran 5
Diorama Nelayan Membaiki Perahu dan Jala

a
ay
al
M
of
ty
si

(Sumber: Koleksi peribadi dengan izin En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu
r

Muzium, Muzium Nelayan Tanjung Balau.)


ve
ni
U

134

Anda mungkin juga menyukai