Anda di halaman 1dari 16

1.

Pengenalan

Perang saudara Amerika 1861-1865 dikatakan meletus berpunca daripada isu

perhambaan yang menjadi persoalan serius di Amerika sejak tahun 1830an lagi.

Usaha menentang keras isu perhambaan ini mula mendapat perhatian apabila

pada Januari 1831, William Lloyd Garrison menerbitkan “The Liberator” yang

telah membangkitkan kesedaran warga Amerika khususnya bahagian Utara

terhadap kekejaman dan perhambahan.

Beberapa karya tulisan seperti Harriet Beecher Stowen bertajuk ‘Uncle

Tom`s Cabin’ turut mendedahkan tentang kekejaman sistem perhambahan.

Penduduk di Amerika Utara berusaha untuk menghapuskan amalan tersebut

yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan. Namun pemilik kebun di

Selatan Amerika mengganggap perhambahan sebagai hal yang tetap dan tidak

perlu pelupusan. Ini ditambah lagi dengan kadar peningkatan pengeluaran kapas

yang semakin meningkat di Selatan Amerika dan keperluan terhadap tenaga

hamba juga amat diperlukan. Keadaan ini mendorong mereka untuk

mempertahankan dasar yang sedia.

1
Perang saudara Amerika 1861-1865 ini telah mengorbankan banyak

nyawa dan berlangsung selama empat tahun antara Utara dengan Selatan.

Dalam tempoh tersebut sebanyak 500.000 orang tentera telah terkorban.

Menurut Carl Degler, Rusia berjaya membebaskan Serif pada tahun 1861

melalui cara yang aman. Manakala Brazil juga berjaya menghapuskan

perhambaan pada 1888 tanpa sebarang pertumpahan darah, hanya Amerika

Syarikat sahaja yang terpaksa mengalami perang saudara untuk menghapuskan

perhambahan.1

2. Faktor-faktor yang Menyebabkan Kepada Berlakunya Perang


Saudara

Perang Saudara Amerika Syarikat ini selain diakibatkan oleh isu perkauman dan

sistem perhambahan tetapi juga melibatkan beberapa faktor lain yang

melibatkan ekonomi, politik dan juga sosial.

2.1 Faktor ekonomi.

Utara dan Selatan Amerika mempunyai sistem perekonomian yang

berbeza. Kemakmuran bahagian Utara bertumpuhkan sebagai pusat

perdagangan, perindustrian dan kewangan. Hasil pengeluaran utama seperti

tekstil, pakaian, mesin, barangan kulit dan bulu. Manakala bahagian Selatan pula

1
Carl Degler, 1970 The development of an Amerikan Culture. New Jersey:
Prentice Hall. INC, hlm 92

2
lebih mendominasi hasil pertanian seperti lading kapas, gula, tembakau dan

beberapa industri kecil yang lain. Hasil pertanian Kapas ini bukan sahaja

digunakan dalam industri kecil tetapi juga membekalkan lebih daripada separuh

export Negara. Hasil penanaman lain sepeti gandum dan tenusu juga dijual di

bahagian Utara dan Eropah.

Walaupun kemakmuran kawasan Selatan memperlihatkan hasil

pengeluaran pertanian yang lumayan tetapi perkembangan sistem perindustrian

serta perkembangan ekonomi lebih pesat di utara berbanding Selatan.

Perbezaan dalam sistem perekonomi ini menyebabkan Utara mempunyai

banyak persamaan membentuk satu kesatuan tersendiri. Demikian juga

bahagian Selatan yang membawa kepada wujudnya ‘Sectionalism pada 1960 di

Selatan’,2 Keadaan ini ditambah lagi dengan rungutan penduduk Selatan yang

merasakan hasil bumi mereka telah dibeli dengan harga murah dan dijual

dengan harga mahal di Eropah oleh pedagang di kawasan Utara.

2
R.R Palmer and Joel Colton, 1998. A History or the Modern World.USA: Mc Graw-Hill Publishing Company, hal 538 .

3
2.2 Faktor Sosial

Sistem perhambaan yang sudah menjadi kebiasaan dan rutin di bahagian

Selatan sebaliknya di bahagian Utara tindakan ini merupakan satu bentuk

kekejaman dan perlu dihapuskan. Perasaan anti-perhambahan telah lama wujud

di Utara. Sekumpulan ‘Abolitionists’ atau anti perhambahan berusaha untuk

menjadikan satu realiti.

Namun, di kawasan Selatan, perhambahan merupakan hal yang sebati

dengan kehidupan sehari-hari, sesuatu yang sudah lama wujud dan tidak

memerlukan perubahan apalagi pelupusan. Mereka menuduh hubungan antara

majikan dengan buruh di Utara lebih kejam kerana hanya menguntungkan para

pemilih modal. Di Selatan, kekayaan peladang terletak pada hamba yang dimiliki,

ini memandangkan seekar tanah hanya bernilai $4 hingga $40, manakala nilai

seorang hamba ialah antara $1,200 hingga $1,500. 3

2.3 Pergolakan Politik.

3
Rebekah R.Liebmen and Gertude A. Young, op.cit.hlm 383

4
Pergolakan politik turut menjadi isu kepada berlakunya perang saudara di

Amerika. Ini berkaitan dengan negara-negara yang bergabung dengan Kesatuan

Amerika Syarikat seperti New Mexico, Utah dan Kansas. Para pimpinan Selatan

mengharapkan agar negeri-negeri tersebut memungkinkan perhambahaan

diwujudkan tetapi percubaan ini ditentang keras oleh para pemimpin utara.

Pada tahun 1960, Abraham Lincoln dipilih sebagai Presiden Amerika

syarikat yang ke 16 telah menjadi isu kebimbangan bahagian Selatan.

Pergolakan politik semakin sengit apabila Carolina Selatan menyatakan bahawa

Negara bahagian tersebut akan mengundurkan diri daripada Kesatuan Amerika

Syarikat sekiranya Abraham Lincoln dipilih menjadi presiden Amerika Syarikat

yang baru. Dalam pidato perlantikan Abraham Lincon pada 4 Mac 1861, beliau

telah menyatakan bahawa dari sudut hukum pengunduran diri semua Negara

bahagian Selatan adalah batal.

. Abraham Lincon gagal meyakinkan Selatan rakannya di kongres

bahawa perlantikannya sebagai presiden bukan bermaksud untuk bermusuhan

atau berperang, kompromi yang berjaya dicapai pada tahun 1820 dan 1950 telah

menemui kegagalan dan tindakan keras pihak Selatan dengan menduduki Fort

Sumter, di Charlesto, persisir Carolina Selatan akhirnya telah membawa kepada

tercetusnya Perang Saudara Amerika Syarikat.

3. Kesan Perang Saudara Amerika 1861-1865

5
Peperangan selama empat tahun antara bahagian Utara dan Selatan Amerika

telah mengorbankan seramai 600.000 nyawa. Keadaan ini bukan sahaja

mencetuskan kerugian di pihak kesatuan Amerika Sendiri tetapi juga telah

menjejaskan politik, ekonomi dan sosial Amerika. Umunnya peperangan ini telah

berjaya menyatu padukan Amerika dan menghapuskan perhambahaan yang

memberi pulangan yang baik kepada kemakmuran kepada Utara tetapi

sebaliknya di pihak Selatan mengalami kesan yang teruk akibat peperangan

tersebut. Keadaan yang terjejas teruk ini telah mendorong Abraham Lincoln

untuk mengadakan Program Rekontruksi sebelum tamatnya perang saudara

memandang “then Nation was a far different one but the war ended than when it

began.”4

3.1 Kesan Politik

Beberapa perubahan sistem politik berlaku selepas berakhirnya perang saudara

tersebut. Presiden Amerika pada ketika itu Abraham Lincoln telah mengamalkan

sikap rekonstruksi yang bersifat moderat. Terdapat tiga bahagian dalam

rekronstruks, bahagian pertama mengambalikan konfredensi ke pangkuan union.

Kedua integrasi bekas hamba dalam masyarakat Amerika dan ketiga politik

yang berkuasa5.

4
Keith W.Olson op.cit.lm 89
5
Gerald Leinwnad, op.Cit., hlm 280

6
Namun ramai negarawan Amerika Syarikat yang berpendapat bahawa

kesatuan Amerika Syarikat sukar dipulihkan kembali. Hanya pihak yang kalah

sajaha yang dapat menentukan sikap; apakah mereka ingin menyatakan rasa

setia kembali kepada Negara kesatuan Amerika yang bersifat federalis.

Abraham Lincon mengamalkan sikap pulih kembali yang bersifat sederhana agar

dapat mewujudkan sikap setia sepenuhnya Negara bekas pembangkang kepada

kesatuan Amerika Syarikat.

Walaupun Abraham Lincon ditembak mati pada oleh John Wilkes Booth

pada 14 April 1865, program rekonstruksi di sambung oleh Timbalan Presiden,

Andrew Johnson. Johnson menjalankan program ini hanya dengan sedikit

perubahan berbanding program pemulihan yang asal. Beliau telah melantik

seorang governor di setiap Negara konfederasi dan mengembalikan hak politik

kepada sebahagian besar penduduk Selatan dengan menggunakan kuasa

presiden.

Selepas perang saudara, usaha untuk menggabungkan semua negara-

negara kesatuan Amerika Syarikat dipulihkan. Konvensyen dijalankan bagi

memastikan setiap bekas negara bekas konfederasi dapat memansukan ordinan

pemisah, menolak hutang perang dan menggubal perlembangan negara

bahagian baru dan melantik gorbenor dan masjlis menggubal undang-undang

untuk mengesahkan ‘The Thirteenth Amendment’. Hanya pada tahun 1868 di

bawah Akta Rekonstruksi, kongres mengakui dan memasukkan semula

7
Arkansas, North Carolina, South Carolina, Lousiana, Gerogia, Alabama dan

Florida ke dalam Union.6

Bagi mengelakkan diskriminasi ke atas bekas negara konfederasi ini.

Kongres telah meluluskan civil rights bill dan mendirikan Freeman`s Bureau baru

untuk mengelakkan diskriminasi terhadap Negro oleh legislatures Selatan. Dan

di ikuti oleh Fourteenth Amendment yang menyatakan bahawa :- All persons

born or naturalised in the united states and subject to jurisdiction thereof, are

citizens of the united states and of then states is which they resides’. 7

Kebanyakan negara konfederasi kecuali Tennesee enggan mengesahkan

pindahan (Fourteenth Amendment). Melalui Akta Rekonstruksi March 1867,

negara Selatan telah dibahagikan kepada lima daerah di bawah pentadbiran

militari.

Walaupun beberapa akta telah dipersetujui namun keganasan masih

berleluasa di bahagian Selatan kerana penduduk bimbang apabila mereka

melihat keganasan di Lousiana, South Carolina dan Mississippi dikuasai oleh

Negro.8 Pemerintahan Utara kemudiannya ditamatkan apabila tentera utara

negara dikeluarkan dari kawasan bekas konfederasi. 9

6
Gerlad Leinwand, op.cit,hal 281
7
Keith W.Olson, op.cit, hlm 92
8
Sejarah Amerika Syarikat Modul 1-4, Azhar Hj. Mad Aros, hlm148.
9
Keith W.Olson, op.cit, hlm 93

8
Kesan peperangan ini telah merugikan pihak yang kalah dan mereka

terpaksa menerima resolusi yang ditetapkan oleh kerajaan Utara. Namun

demikain, perang saudara ini secara langsung telah membangkitkan semangat

nasionalisma yang baru dan kuasa kerajaan berpusat meningkat sejak

perlaksanaan ‘Fourteenth Amendment’. Hans

3.2 Kesan Ekonomi

Bahagian Selatan Amerika terjejas teruk akibat perang saudara tersebut. Selain

dari kemusnahan fizikal, Selatan juga mengalami kerugian kewangan. Semua

bonds dan wang konfederasi tidak bernilai lagi. Pembebasan hamba telah

membebankan peladang yang selama ini bergantung kepada tenaga hamba. Ini

di tambah pula oleh kerajaan pusat yang mengenakan cukai yang tinggi ke atas

kapas yang bermakna. $68 juta mengali dari Selatan. 10.

Berbeza bahagian Utara Amerika, pepesatan pembangunan ekonominya

semakin ketara. Semasa perang saudara permintaan terhadap pakaian, selimut,

kasut dan kelengkapan tentera telah menambah. Ini telah mewujudkan

permintaan yang tinggi terhadap pasaran tersebut.

10
John A. Garrantyu. Op.Cit hlm 438

9
3.2 Kesan Sosial

Walaupun kemenangan di pihak Utara tetapi terdapat beberapa anasir yang

wujud di kalangan penduduk kulit putih di Selatan. Kaum hamba telah

dibebaskan selepas perang, masa tetapi masa depan mereka tidak menentu.

Sesetengah tempat di bahagian Selatan khususnya orang-orang kulit hitam

masih tidak mempunyai hak kebebasan seperti orang kulit putih. Banyak

larangan dan peraturan yang telah dikenakan kepada mereka. Hak orang Negro

masih dinafikan. Oleh itu mereka berusaha untuk melupuskan hak kaum sebagai

warganegara Amerika Syarikat. Perlembagaan mahupun dalam Rang Undang-

undang Hak Asasi. Peluang yang saksama tersebut tidak dianggap sebagai satu

keperluan sehinggalah selepas Perang Saudara Amerika tamat, apabila pihak

Konfederasi dilihat dengan jelas tidak mahu memberi layanan yang adil dan

sewajarnya terhadap para hamba abdi yang baru dibebaskan.

Sehubungan itu, anggota Kongres telah memberi reaksi dengan

merangka dan meluluskan Pindaan Ke-14 dalam Perlembagaan Negara yang

mana pindaan tersebut melarang mana-mana negeri daripada menafikan hak

seseorang warganegara, bukan sahaja dalam hak mendapatkan proses undang-

undang yang sepatutnya, tetapi juga perlindungan yang saksama daripada

undang-undang tersebut. Namun hak seperti yang dinyatakan tidak memberi

sebarang kesan kepada masyarakat kulit putih.

10
Mereka juga telah menggubal undang-undang yang dikenali sebagai

Black Codes pada akhir 1965. Undang-undang ini bertujuan untuk melupuskan

pelbagai hak kulit hitam sebagai warganegara Amerika Syarikat termasuk hak

mengundi dalam apa-apa pilihan raya dan hak untuk menjadi juri. Disamping itu

juga, bagi menakutkan orang Negro mereka telah juga telah menubuhkan

‘Invisible Empire of South’ atau dikenali sebagai Ku Klux Klan. Nasib hamba ini

semakin teruk dengan 14 pindahan undang-undang (The Fourteenth

Amendement ) di mana ketua hakim, Robert B telah menyuarakan pandangnya

terhadap hak kaum Negro. Walaupun Pindaan ke-14 ini telah menjadi

sebahagian daripada Perlembagaan Negara pada tahun 1868, namun hanya

selepas hampir 90 tahun berlalu, barulah interpretasi terhadap maksud

“perlindungan yang saksama” ini betul-betul berkembang dan didedahkan

kepada masyarakat.

Dalam masa yang sama di bahagian Selatan, bekas hamba abdi masih

terikat kepada sektor pertanian tetapi sistem sedia ada masih menafikan hak

mereka untuk memiliki tanah sendiri. Ekoran daripada masalah ini, ramai yang

meninggalkan Mississipi, Alabama, Louisana dan Georgia untuk bekerja di kilang

utara dan Barat. Tetapi masi menemui kegagalan. 11Keadaan ini telah mendorong

mereka untuk bergiat dalam bidang perniagaan.

Semasa Abraham Lincoln, berada dipertengahan Perang Saudara yang

berdarah, beliau memanggil Amerika Syarikat “harapan yang terakhir dan


11
Sejarah Amerika Syarikat Modul 1-4, Azhar Hj. Mad Aros, hlm151.

11
terbaik di dunia,” beliau tidak bermaksud bahawa negara itu atau pun

penduduknya mempunyai moral yang lebih unggul dari yang lain. Sebaliknya,

harapan sebuah kerajaan yang bebas bergantung kepada bagaimana ia

melindungi hak rakyat di mana ianya seharus dipelihara supaya demokrasi itu

sendiri dapat bertapak dan berkembang. Namun selepas berakhirnya perang hak

tersebut tidak dapat dicapai.

Selain masalah penafian hak, hampir sebahagian besar hamba abdi ini

tidak memiliki pendidikan yang baik. Namun selepas rekonstruksi, kerajaan telah

memberikan pendidikan percuma kepada semua golongan masyarakat di

Amerika dan ini telah menguntungkan kulit Negro. Menjelang 1877, terdapat

600.000 orang Negro menghadiri sekolah kerajaan yang dibiayai oleh peladang

putih yang kaya.12

3.4 Kewujudan era ekonomi Baru Utara

12
Gerald Leinwand, op.cit,hlm.301

12
Berakhirnya perang saudara telah memberikan satu tempoh kemakmuran

khususnya di bahagian utara Amerika. Bahagian ini telah mengalami

pertumbuhan pembangunan yang pesat. Kebanyakan industri perkembangannya

telah mengalami peningkatan bukan sahaja kepada pembangunan ekonomi

tetapi juga perkhidmatan fizikal. Dari tahun 1860 hingga 1870, bilangan kilang di

Amerika bertambah sebanyak 80%, landasan-landasan keretapi telah bertambah

sejauh 22,000 batu. Sektor pembersihan minyak telah membangun sehingga

menjadi salah satu industri yang terpenting dan Amerika Syarikat telah menjadi

salah satu pengeluar utama dalam pengeluaran besi dan keluli di dunia.

Bermula selepas perang saudara, A.S. telah menerima berjuta pendatang

ke Bandar rayanya hingga menyebabkan keadaan menjadi sesak dan padat.

Purata kedatangan orang-orang Amerika yang baru dalam tempoh 10 tahun

selepas Perang Saudara Amerika Syarikat ialah 10,000 orang setiap tahun.

Ramai pekerja-pekerja diluar Bandar berhijrah ke Bandar. Peluang-peluang yang

diberi tidak terbatas untuk kekayaan terbuka kepada semua ahli perniagaan.

Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan yang ketara diantara Utara

dengan Selatan.

4. PENUTUP

13
Secara umumnya perang Saudara Amerika ini telah memberi satu nafas baru

khusunya golongan Negro. Bahagian Utara Amerika menerima banyak faedah

hasil peperangan tersebut dan secara langsung meningkatkan per kapita

ekonominya. Namun demikian, berbeza halnya di bahagian Selatan, mereka

menerima nasib yang teruk sehingga menjejaskan bukan sahaja aspek fizikal

tetapi keruntuhan nilai ekonominya. Harapan masyarakat Negro untuk hidup

seperti rakyat Amerika yang lain pada prinsipnya sahaja. Mereka masih tidak

diberi layanan sewajarnya. Beberapa akta yang menindas mereka masih

berleluasa di bahagian selatan.

14
BIBLIOGRAFI

Azhar Hj Mad Aros, 2007, Sejarah Amerika Syarikat, Pusat Pengajian Jarak

Jauh, USM.

Gerald Leinwand, 1975, The Paegent of Amerika History, USA: Allyn and Bacon

Inc.

Herbert L. Peacock, 1976, Sejarah Eropah Moden, Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka

R.R Palmer and Joel Colton, 1998. A History or the Modern World.USA: Mc

Graw-Hill Publishing Company

15
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 1

2. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEPADA


BERLAKUNYA PERANG SAUDARA 2

2.1 Faktor Ekonomi 2

2.2 Faktor Sosial 4

2.3 Pergolakan Sosial

2.4 Faktor Politik

3. KESAN PERANG SAUDARA AMERIKA 1861-1865

3,1 Kesan Politik

3.2 Kesan Ekonomi

3.3 Kesan Sosial

3.4 Kewujudan Era Ekonomi Baru Utara

4. PENUTUP

16

Anda mungkin juga menyukai