Anda di halaman 1dari 3

MEMORANDUM

Kepada: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, Sarawak.

Daripada : Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bumi Indah Sibu.

Memorandum tentang Sikap Buruk Pemandu Lori Memandu Secara Merbahaya Dan
Membawa Muatan Berat Secara Berlebihan Ketika Menggunakan Jalan Raya Utama Di
Kawasan Perumahan

1.0 Pendahuluan

Kemalangan jalan raya sering berlaku di kawasan perumahan dan memberi


kesan serius kepada penduduk setempat. Terdapat beberapa pemandu lori yang
memandu di kawasan perumahan memandu secara merbahaya dan membawa
muatan yang berlebihan menggunakan jalan raya utama di kawasan perumahan
menimbulkan pelbagai masalah khususnya kepada penduduk setempat. Oleh
itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bumi Indah Sibu, Sarawak
menghantar memorandum ini untuk mengemukakan kesan buruk sikap pemandu
lori yang memandu secara merbahaya dan membawa muatan yang berlebihan
dan juga usul untuk menangani kesan yang dimaksudkan.

2.0 Penyataan Kekesalan

Pihak persatuan berasa kesal tentang isu berkenaan sikap pemandu lori
memandu di jalan utama perumahan secara merbahaya dan membawa muatan
berat yang berlebihan boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada
penduduk setempat.

2.1 Sikap Pemandu Lori

Pengguna jalan raya harus memainkan peranan yang penting dalam


mengurangkan berlakunya kemalangan jalan raya di kawasan
perumahan. Mereka harus mematuhi peraturan jalan raya yang telah
ditetapkan oleh pihak berkuasa perumahan tempatan. Pemandu haruslah
bersikap berhati-hati semasa menggunakan jalan utama kawasan
perumahan taman indah. Oleh itu, membawa muatan yang berlebihan
sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk tempatan
merupakan satu kesalahan pemandu. Keselamatan penduduk perumahan
haruslah dijaga supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini
berlaku.
2.2 Pengaruh Negatif.

Selain itu, sikap buruk pemandu lori atau terpengaruh dengan cara
pemanduan dalam televisyen kadangkala bertentangan dengan nilai
ketimuran, ternyata mempengaruhi tingkah laku pemandu. Oleh sebab itu
kebanyakan pemandu lori pada hari ini lebih suka memandu secara
merbahaya dan membawa muatan yang berlebihan tanpa mengira
dimana berada. Pihak Syarikat terlalu memikirkan keuntungan tanpa
mengambil peduli keselamatan pengguna yang lain.

3.0 Usul

Yang berikut merupakan usul bagi menangani masalah tersebut.

3.1 Menguatkuasakan Undang – Undang

Cara terbaik untuk mengatasi sikap buruk pemandu lori yang memandu di
kawasan perumahan adalah dengan menguatkuasakan undang-undang.
Penguatkuasaan undang-undang di kawasan perumahan haruslah
diperketatkan supaya tiada lagi pemandu yang bersikap sambil lewa
memandu dengan merbahaya di kawasan perumahan. Kawasan
perumahan di diami pelbagai lapisan masyarakat. Keselamatan penduduk
perumahan hendaklah ditikberatkan oleh pemandu lori. Kehadiran
kenderaan berat yang melalui kawasan perumahan telah menimbulkan
bunyi bising yang kuat dan menggangu ketenteraman penduduk di
kawasan perumahan. Pihak berkuasa tempatan hendaklah menyediakan
papan tanda pada setiap simpang jalan supaya kenderaan berat seperti
lori tidak melalui kawasan perumahan. Pelbagai gangguan yang
ditimbulkan oleh pemandu lori seperti pengeluaran asap kenderaan yang
banyak menimbulkan rasa kesal penduduk di kawasan itu. Asap
kenderaan yang banyak telah menggangu sistem penafasan dan
kesihatan penduduk perumahan. Selain itu, kawasan perumahan menjadi
sunyi kerana penduduk perumahan dikawasan itu tidak berani untuk
mengadakan aktiviti riadah dikawasan perumahan.

3.2 Pemantauan Pihak Berkuasa

Pihak berkuasa hendaklah membuat rondaan yang kerap di kawasan


perumahan. Jika pihak berkuasa membuat pemantauan, sudah pasti
pemandu lori yang memandu secara merbahaya dan membawa muatan
yang lebih akan disaman dan dikenakan tindakan undang-undang oleh
pihak berkuasa. Pemandu lori yang melakukan kesalahan membawa lori
secara merbahaya dikawasan perumahan sewajarnya dikenakan tindakan
sejajar dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Sekiranya ada
tindakan undang-undang diambil terhadap pemandu lori, sudah pasti
perkara ini tidak akan berulang lagi di kawasan perumahan.

4.0 Kesimpulan

Kami berharap agar pihak tuan memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap
kesan yang dihadapi oleh penduduk perumahan. Pihak kami tidak menuntut agar
penggunaan jalan melalui kawasan perumahan tidak boleh dilalui oleh
kenderaan berat seperti lori, tetapi yang paling penting adalah keselamatan,
keselesaan dan tahap kesihatan penduduk perumahan sentiasa terjamin.
Persatuan ini berharap agar pihak berkuasa tempatan mengambil berat isu ini
dan melakukan pemeriksaan yang sewajarnya untuk memastikan usul yang kami
kemukakan ini adalah berasas. Semoga matlamat untuk mengurangkan risiko
berlakunya kemalangan dikawasan perumahan dapat diatasi menjadi kenyataan.

Disediakan oleh, 27 Mac 2023

Sanusi

(SANUSI BIN SAINI)


Pengrusi
Persatuan Penduduk Taman Bumi Indah,
Daerah Sibu

(641 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai