Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN INDIVIDU

Program : Ijazah Sarjana Teknologi Pendidikan


Kod Kursus : UHPS6013
Nama Kursus : Dinamika Kepimpinan
Nama Pensyarah : Assoc. Prof Dr. Jamilah Binti Ahmad
Tajuk Tugasan : Laporan Refleksi
Nama : Mohd Syahiran Bin Mohd Pauzi
No. Matrik : MHP221101
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 REFLEKSI TOPIK 1 DAN TOPIK 2 1-2

2 REFLEKSI TOPIK 3,4 DAN 5 3-4


REFLEKSI TOPIK 1 DAN TOPIK 2 (MINGGU 25.8.2023)

Pada semesta pendek ini, saya telah diperkenalkan dengan satu subjek

Dinamika Kepimpinan yang dikendalikan oleh Assoc. Prof Dr. Jamilah binti Ahmad.

Alhamdulillah, ini merupakan pengalaman pertama saya belajar berkenaan tajuk

kepimpinan ini. Bersyukur kerana kami mempunyai seorang pensyarah yang

mempunyai karisma dan kepimpinan yang tinggi mengajar kami berkenaan dengan

kepimpinan.

Dalam topik 1 dan topik 2, saya telah mempelajari apa itu kepimpinan, 5

elemen kepimpinan, 10 peraturan pengurusan, teori kepimpinan, 5 demensi

personality, teori pencapaian motivasi dan profil pemimpin , teori x dan y dan banyak

lagi perkara yang telah saya pelajari dalam topik 1 dan 2. Begitu banyak perkara-

perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat,

berwibawa dan dihormati oleh masyarakat atau pun pekerja.

Antara topik yang menarik perhatian saya ialah Teori X dan Y oleh Douglas

Mcgregor. Bagaimana seorang majikan atau pun pemimpin menguruskan

pekerjanya di sesebuah organisasi. Pemimpin yang berpaksikan Teori X

menyatakan bahawa pekerjanya cenderung untuk tidak bertanggungjawab terhadap

kerjanya, pemalas, dan tidak suka bekerja. Pemimpin ini menggunakan pendekatan

kawalan dan paksaan untuk menguruskan pekerjanya. Manakala pemimpin yang

berpaksikan Teori Y pula beranggapan pekerjanya bertanggungjawab terhadap

kerjanya, mempunyai matlamat dan boleh dipercayai. Pemimpin ini pula

menggunakan pendekatan dengan cara memberi ruang dan peluang kepada pekerja

untuk menyumbang sebarang idea atau pandangan dan menggalakkan kerjasama

dalam pengurusan organisasi. Dua pemimpin yang jauh berbeza ideologinya.

1
Sebagai seorang guru, saya berpendapat Teori Y adalah teori yang paling

sesuai untuk diamalkan sebagai seorang pemimpin kecil di sekolah. Hal ini demikian

kerana, sebagai seorang guru, saya tidak boleh beranggapan bahawa murid saya

seorang yang malas, murid saya seorang yang tidak bertanggungjawab dan

pelbagai lagi persepsi-persepsi negatif yang saya lontarkan kepada murid-murid di

sekolah saya. Tugas seorang guru adalah untuk mendidik, oleh itu, dengan

pendekatan teori Y ini, saya perlu memberi ruang dan peluang kepada murid-murid

untuk melontarkan idea atau pandangan, memberikan mereka ruang untuk

bekerjasama dan membimbing mereka supaya menjadi seorang yang

berkepimpinan dan bertanggungjawab pada masa akan datang.

Selain itu, setelah mempelajari topik 1 dan 2 ini saya dapati untuk menjadi

seorang pemimpin memerlukan beberapa sikap sebagai seorang pemimpin

antaranya ialah mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berintegriti, kepintaran,

sensitivity, kestabilan, bertenaga dan dominan terhadap sesuatu perkara. Kesemua

ciri-ciri ini perlu ada dalam diri seorang pemimpin.

2
REFLEKSI TOPIK 3,4 DAN 5 (MINGGU 9.9.2023)

Gaya kepimpinan bermaksud gabungan sifat, kemahiran, dan penggunaan

tingkah laku pemimpin semasa mereka berinteraksi dengan pengikutnya. Sebagai

seorang pemimpin, kita perlu mengetahui maksud sebenar apa itu gaya kepimpinan.

Setelah mempelajari topik 3, topik 4, dan topik 5, saya dapati terdapat pelbagai lagi

jenis gaya kepimpinan yang ada. Masing-masing mempunyai fahaman gaya

kepimpinan masing-masing. Antaranya ialah kepimpinan berdasarkan tingkah laku

dan motivasi. Terdapat juga pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan

autokratik dan ada juga pemimpin yang mengamalkan gaya demokratik. Sudah

semestinya gerak kerja dan produktivitinya akan berbeza. Di mana secara umumnya

autokratik ini tidak memberikan kebebasan atau kelebihan kepada pekerja untuk

bersuara menyumbangkan pendapat, manakala kaedah demokratik ini lebih mesra

pekerja, di mana pekerja bebas memberikan idea dan majikan senantiasa menerima

dan menyokong penglibatan pekerja dalam sesebuah organisasi.

Model kepimpinan kontigensi amat menarik perhatian saya kerana

berdasarkan model ini, bagaimana pemboleh ubah situasi berinteraksi dengan

tingkah laku dan personaliti seseorang pemimpin. Pada pandangan saya model

kepimpinan ini sangat relevan kerana tingkah laku dan personality seseorang

pemimpin akan berubah mengikut situasi sesebuah tempat. Ini bermaksud, sebagai

seorang pemimpin yang hebat, dia perlu meneliti dan mengkaji terlebih dahulu

keadaan persekitaran sesebuah organisasi tersebut. Oleh kerana itu, Fred E.

Fiedler telah menyediakan soal selidik “Least Prefered Coworker” (LPC)

untuk menentukan gaya kepimpinan sama ada berorientasikan tugasan

atau berorientasikan motivasi hubungan.

3
Terdapat banyak lagi gaya kepimpinan baharu yang telah saya

pelajari melalui kelas ini. Sebagai seorang guru, ilmu kepimpinan ini amat

penting kepada diri saya untuk menjadi ketua kepada murid-murid dan

juga sebagai seorang ketua kepada keluarga saya.

Anda mungkin juga menyukai