Anda di halaman 1dari 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/328730283

SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STATUS TERKINI PENGAJIAN TAHFIZ DI


MALAYSIA

Conference Paper · November 2018

CITATIONS READS

0 9,653

1 author:

Solahuddin Ismail
Universiti Utara Malaysia
10 PUBLICATIONS 27 CITATIONS

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Improving the effectiveness of Public Service Delivery System in Local Government in Perak View project

Culturally Responsive: Exploring the Attributes of Islamic Health Communication View project

All content following this page was uploaded by Solahuddin Ismail on 04 November 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STATUS TERKINI
PENGAJIAN TAHFIZ DI MALAYSIA: MANHAJ DAN MODEL1

SOLAHUDDIN ISMAIL PhD


Pusat Pengajian Kerajaan COLGIS
Universiti Utara Malaysia
solahuddin@uum.edu.my

1. PENGENALAN

Pendidikan tahfiz di Malaysia pada umumnya bersusur galur dari cabang sistem pendidikan
Islam. Ia merupakan warisan turun temurun yang diperkenal dan dipraktik sehingga masa kini.
Perkembangannya mutakhir ini amat memberangsangkan. Ia menandakan wujud kesedaran di
kalangan ibubapa akan peri penting al-Quran itu didampingi bagi memelihara diri dan jiwa anak-
anak dari anasir yang tidak sihat. Selain itu, al-Quran juga diyakini boleh menjaga dan memandu
akal serta fizikal dari terperangkap dalam salah laku moral yang tidak terkawal dewasa ini. Inilah
kehebatan ayat-ayat al-Quran yang terbukti membawa rahmat dan menjadi penawar sejak zaman
Rasulullah s.a.w. sehingga akhir zaman jika diamalkan dan diyakini secara konsisten.

Hafazan al-Quran merupakan salah satu metod perawatan terbaik bagi mengubati roh dan jasad
manusia. Keupayaan ayat-ayat al-Quran menyelesai masalah dalaman manusia secara praktikal
menjadikan kegiatan hafazan berkembang dengan pesat masakini. Dorongan ini menjadikan
ramai di kalangan masyarakat Islam moden yang mempunyai nilai berkesedaran agama yang
tinggi memilih sama ada untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tahfiz atau pun
menawarkan kelas-kelas tahfiz dengan membina pusat-pusat tahfiz di seluruh pelusuk negara
meliputi bandar dan desa. Kerancakan pembangunan institusi tahfiz telah mewujudkan dua
aliran pendidikan tahfiz iaitu kerajaan dan swasta. Senario inilah yang telah mewarnai
pendidikan tahfiz sedia ada di Malaysia sekarang ini.

2. PERKEMBANGAN PENGAJIAN TAHFIZ DI MALAYSIA

1
Kertas Kerja ini dibentangkan di Muzakarah Institusi Tahfiz Negara Wilayah Utara anjuran Majlis Perundingan Islam Malaysia
(MAPIM) dengan kerjasama Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Negeri Kedah (HESA) dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU)
bertempat di Kompleks Darul Murtadha Sungai Petani Kedah pada 1 November 2018.

1
Amalan menghafaz al-Quran ini menjadi amalan tradisi masyarakat Islam. Ia adalah amalan
yang sangat digalakkan dalam Islam dan ganjaran bagi penghafaz amat besar sekali di sisi Allah
SWT. Setiap Muslim sememangnya adalah penghafaz al-Quran sama ada sedikit atau banyak.
Satu surah, sejuzuk ataupun sebuah al-Quran. Cuma mungkin budaya masyarakat yang
meletakkan gelaran al-Hafiz (al-Muqrie – gelaran bagi huffaz al-Quran di negara Arab) itu
mestilah bagi mereka yang menghafaz al-Quran secara keseluruhan (30 juzuk).

Hafazan al-Quran telah menjadi budaya masyarakat Islam Malaysia selari dengan era dakwah
Islam di Alam Melayu lagi. Para pedagang Islam merangkap pendakwah telah menyebar dakwah
Islam bukan hanya dalam konteks tauhid semata-mata malahan juga konteks peribadatan
khususnya solat. Justeru, prasyarat bagi setiap solat itu adalah membaca al-Fatihah dan menjadi
kewajipan Muslim ketika itu untuk menghafaz surah al-Fatihah sebagai keabsahan solat mereka
dengan diiringi surah pendek bagi menyempurnakan solat tersebut. Dengan itu, pengajian al-
Quran dalam aspek tajwid dan hafazan tersebut telah membudaya dalam kehidupan masyarakat
Islam Nusantara dengan adanya penyebaran dakwah Islam tersebut. Masjid, rumah tuan guru,
istana dan sekolah agama juga merangkumi pondok menjadi platfom dan keutamaan untuk
kegiatan fardu ain dan pengajian al-Quran(Ee Ah Meng 1997, Abdullah Jusuh, 1989, Md Jani
Naim 1980). Dan ia dilaksanakan secara tidak formal dan tidak diinstitusikan. Hal yang
demikian berlarutan sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957M.

Pasca Kemerdekaan Tanah Melayu telah memberi cahaya baru khususnya dalam pendidikan
tahfiz. Ia mula diinstitusikan oleh kerajaan dan dilibatkan secara formal dalam arus perdana
sistem pendidikan negara. Pada tahun 1960M, penganjuran Ujian Tilawah al-Quran Kebangsaan
telah memberi cadangan dan idea agar pendidikan tahfiz negara secara dilaksanakan secara
sistematik, lebih tersusun dan bersifat formal. Hanya setelah enam tahun (1966M) idea tersebut
didebatkan, pendidikan tahfiz telah diangkat secara rasmi oleh kerajaan persekutuan dengan
penubuhan Program Pengajian Tahfiz al-Quran2 (Afaf Abdul Ghafor Hameed at. all 2003) di
Masjid Negara Kuala Lumpur. Perkembangan ini diikuti oleh kerajaan negeri dengan penubuhan

2
Pada tahun 1966M, kerajaan Malaysia telahmenubuhkan Kelas Pengajian Menghafaz al-Quran dan Ilmu Qiraat di bawah
pengelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Ia telah
dinaiktaraf menjadi Maahad Tahfiz wal Qiraat pada tahun 1972M seterusnya menjadi Darul Quran pada tahun 1998M sehingga
sekarang.

2
institusi pengajian tahfiz masing-masing seperti di Kelantan (1979M), Terengganu Perak Kedah
Perlis dan Selangor (1980an), Negeri Sembilan Melaka Pahang dan Sabah (awal 1990an) dan
Johor & Pulau Pinang (1996) (Noor Hisham Md Nawi at. all 2014, Nordin Ahmad, 2018).

Namun begitu, institusi tahfiz yang dibernaung dan dikelola oleh kerajaan sama ada di peringkat
persekutuan atau negeri hanya membuat pengambilan pelajar di peringkat tinggi (lepasan SPM
ke atas) dan mereka juga mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang. Hal yang
demikian berlaku kerana pihak kerajaan pada masa itu mempunyai limitasi kewangan yang
terhad dalam menawarkan biasiswa kepada para bakal huffaz tersebut. Keadaan ini telah
membuka ruang kepada pihak swasta melalui orang perseorangan dan pertubuhan untuk
menubuhkan institusi tahfiz sebagai alternatif kepada mereka yang berkeinginan untuk menjadi
hafiz tetapi tidak mencapai kelayakan yang dikehendaki oleh institusi tahfiz kerajaan. Malahan
institusi tahfiz swasta juga telah menawarkan peluang belajar tahfiz pada peringkat pendidikan
yang lebih awal lagi.

Skop sejarah telah beranggapan bahawa institusi tahfiz swasta yang pertama ditubuhkan di
Malaysia iaiah Maahad Tahfiz wal Qiraat di Jeram Selangor pada tahun 1981M. Ia diikuti oleh
Madrasatul Quran Kubang Bujuk Terengganu pada tahun 1982M (Mohd Noh Supardan 2005).
Peringkat awal penubuhan dan pemilikan institusi tahfiz swasta adalah bersifat persendirian.
Kebanyakkannya dipelopori oleh orang perseorangan yang terlibat dalam kegiatan dan aktiviti
Jama’ah Tabligh. Hal ini terjadi kerana ramai dari kalangan ahli Jama’ah Tabligh telah ke luar
negara terutama India dan Pakistan (Noor Hisham Md Nawi at. all 2014) bagi menjalankan
aktiviti dakwah mereka dan telah berminat dengan kaedah, cara serta model hafazan dari negara-
negara yang telah mereka lawati. Justeru minat mereka tersubut talh diterjemahkan dengan
kesungguhan untuk merealisasikan penubuhan institusi tahfiz mereka secara persendirian.

Senario di atas sedikit sebanyak menggambarkan permulaan wujudnya institusi tahfiz dalam
konteks sejarahnya. Susur galur ini telah menjadi pemangkin dan aspirasi kepada pihak kerajaan
dan swasta dalam membangunkan institusi tahfiz di pelbagai peringkat dalam lapisan masyarakat
secara formal menjadi bukti tanda kecintaan mereka terhadap al-Quran. Sokongan dan dokongan
kerajaan, individu, pertubuhan dan sebagainya dalam bentuk wakaf dan infak fi sabilillah secara

3
langsung telah memeriahkan lagi usaha-usaha mentadabbur al-Quran ke dalam jiwa-jiwa yang
berkeinginan untuk memenuhkan dada-dada mereka dengan al-Quran pada masa kini.

3. MANHAJ DAN MODEL PENGAJIAN TAHFIZ DI MALAYSIA

Kemajuan dan perkembangan sesebuah institusi pendidikan amat bergantung kepada manhaj
(sistem) dan model pendidikan yang ditawarkan. Di dalamnya akan diterapkan falsafah dan
konsep yang diinginkan oleh pihak berkepentingan (stakeholders) dalam mencapai objektif yang
dikehendaki. Hala tuju dan matlamat institusi juga akan menjadi lebih fokus dan terarah dengan
adanya manhaj dan model yang jelas. Justeru institusi tahfiz yang menjadi sebagian dari
kerangka pendidikan Islam khususnya di Malaysia perlu mempunyai manhaj dan model yang
berkualiti, berkeupayaan dan berkesan agar produk yang dihasilkan seiring dengan falsafah dan
matlamat pendidikan Islam yang telah digubal oleh kerajaan. Manhaj dan model ini juga
bertindak sebagai teras (core) yang akan menghidupkan institusi tahfiz berkenaan di samping
menjadi jaminan kepercayaan bagi stakeholders yang terlibat. Ia perlu jelas, sistematik dan
praktikal supaya hasilnya mampu dimanfaatkan bukan sahaja untuk pembangunan diri tetapi
ummah secara keseluruhannya.

3.1 MANHAJ

Pengajian tahfiz di Malaysia secara umum terbahagi kepada dua jenis iaitu kerajaan dan swasta.
Matlamat amnya adalah sama dalam melahirkan huffaz yang berjaya di dunia dan akhirat. Inilah
hasil yang dicita-citakan oleh semua pihak yang terlibat. Namun manhaj yang ditawarkan oleh
institusi tahfiz perlu dilihat dalam dua kategori utama iaitu sistem pengajian dan kaedah (teknik)
pembelajaran. Di sini wujud sedikit perbezaan pelaksanaan secara teknikal yang terhasil dari
penjenisan kerajaan dan swasta seperti yang dinyatakan sebelumnya.

Boleh dikatakan keseluruhan manhaj umum institusi tahfiz di Malaysia berpegang kepada aliran
tauhid Ahli Sunnah wal Jamaah, bermazhab Syafie dan tasawuf Imam al-Ghazali. Ia selari
dengan pegangan Islam kerajaaan persekutuan dan majoriti negeri-negeri yang ada di Malaysia.
Ia juga menjadi asas hubungan yang harmoni sesama institusi di pihak kerajaan dan swasta.

4
Pegangan ini perlu dijadikan tanda aras di dalam menyediakan ‘blueprint’ pembangunan
sesebuah institusi tahfiz. Tujuannya adalah untuk memudahkan penyelarasan gerak kerja dan
birokrasi kerana bernaung di bawah manhaj yang sama serta melahirkan modal insan yang
standard piawaiannya diterima pakai oleh kerajaan dan masyarakat umum.

Namun begitu, wujud sedikit perbezaan di dalam pelaksanaan dan pengelolaan institusi tahfiz di
Malaysia. Di pihak kerajaan, institusi tahfiz berkaitan terikat dengan peraturan-peraturan dengan
badan-badan yang bekerjasama dengan mereka. Ia melibatkan perkara-perkara teras seperti
kurikulum, pengiktirafan sijil, proses kualiti, kelayakan guru dan pelajar dan sebagainya. Ikatan
ini dilakukan sebagai jaminan bahawa para lepasan pelajar yang terhasil dari program tersebut
mempunyai nilai yang sah dan diiktiraf untuk menjawat perjawatan dalam sektor kerajaan
ataupun swasta di peringkat persekutuan mahupun negeri. Keadaan ini seolah-olah memaksa
institusi tahfiz kerajaan memulakan penawaran pengajian tahfiz hanya bagi lepasan menengah
sahaja kerana keterikatan dengan polisi yang telah sama-sama dipersepakati. Justeru, kerajaan
Malaysia telah memberikan tanggungjawab ini kepada Darul Quran JAKIM sebagai badan
penyelaras untuk urusan yang berkaitan dengan polisi berkaitan. Oleh itu, persijilan tahfiz di
peringkat sijil dan diploma Darul Quran JAKIM diterima pakai oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam untuk perjawatan dan diiktiraf oleh banyak universiti dalam dan luar negara bagi
peringkat pengajian tinggi.

Manakala di peringkat swasta pula, manhaj institusi tahfiz mereka pada peringkat awal
penubuhan di ambil dari India dan Pakistan. Ia lebih bersifat tradisional yang hanya melibatkan
proses pengajian berteraskan hafazan al-Quran semata-mata. Ia kemudiannya dikembangkan
dengan mewujudkan kurikulum agama (ulum al-dini). Permintaan yang tinggi dari ibubapa dan
tempat yang terhad di institusi tahfiz kerajaan telah memberi satu kelebihan kepada institusi
tahfiz swasta untuk terus berkembang. menjadikan institusi tahfiz swasta membuka ruang yang
lebih luas kepada masyarakat. Ia menjadi lebih rancak apabila institusi tahfiz swasta
menawarkan program tahfiz bermula dari peringkat pra sekolah sehinggalah ke peringkat
pengajian tinggi. Ia menjadi daya penarik baru untuk seluruh masyarakat menyertainya. Pada
masa kini, institusi tahfiz swasta menawarkan empat peringkat pengajian tahfiz iaitu, pra
sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi. Kebanyakan sijil

5
tahfiz swasta tidak diiktiraf oleh kerajaan melainkan mereka terlebih dahulu mengikuti program
persijilan tahfiz yang dianjurkan oleh Darul Quran JAKIM.

Muthkhir ini, perkembangan program tahfiz di Malaysia telah banyak ditambah baik. Wujud
usaha-usaha positif untuk memartabatkan program pengajian. Manhaj tahfiz yang sebelum ini
dicedok dari luar negara telah diubahsuai agar bertepatan dengan keperluan pelajar tempatan.
Aspek kurikulum pengajian tahfiz banyak yang melibatkan kurikulum arus perdana. Dan telah
wujud mu’adalah dengan institusi pengajian tinggi tempatan dan juga luar negara yang
merancakkan lagi proses perkembangan institusi tahfiz negara. Justeru, Manhaj Tahfiz Malizi
yang telah lama dibincangkan, didebatkan dan diubahsuai telah mula diterima sebagai satu
wadah untuk memperkasakan pendidikan tahfiz khasnya dan pendidikan Islam amnya dalam
konteks dunia moden pada masa kini.

3.2 MODEL

Perbincangan berkaitan model institusi tahfiz secara umum terbahagi kepada dua bentuk iaitu
institusi tahfiz tradisional dan institusi tahfiz moden. Institusi tahfiz tradisional tumpuan kepada
hafazan dan ilmu berkaitan dengannya. Ada juga sebahagiannya yang memasukkan kurikulum
agama (ulum al-dini) berasaskan pengajian kitab turath. Pengajian mereka tidak terlibat secara
langsung dengan pendidikan moden seperti sedia ada hari ini. Manakala institusi tahfiz moden
pula menggabung kurikulum tahfiz mereka bersama-sama dengan kurikulum pendidikan semasa
agar para pelajar tidak terpinggir dari arus perdana pendidikan semasa. Ia telah menjadi satu
fenomena dan daya tarikan baru institusi tahfiz di pihak kerajaan mahu pun swasta. Gabungan ini
dirasakan berupaya untuk melahirkan generasi pelajar yang mantap nilai keagamaan dan juga
cemerlang dalam aspek akademik.

Model tahfiz moden diperkenalkan sebagai alternatif kepada sistem pendidikan sekular dan
sistem pendidikan Islam semasa di Malaysia. Ia bertujuan untuk memberi keseimbangan ilmu di
mana pelajar bukan sahaja celik ilmu agama, akademik atau sains tetapi juga mampu menguasai
hafazan al-Quran. Ia diharapkan dapat melahirkan pelajar yang ‘super pintar’ yang berupaya
menguasai pelbagai disiplin ilmu. Model ini menjadikan telah mengintegrasikan hafazan al-

6
Quran bersama-sama ilmu lain sama ada ilmu agama atau akademik (sains sosial atau sains
tulen). Dewasa ini, model sedemikian telah bermula di peringkat menengah dan pengajian tinggi
sahaja.

Di peringkat menengah terdapat dua model yang menjadi rujukan utama institusi tahfiz. Ia
merupakan kurikulum yang diguna pakai oleh kebanyakkan institusi tahfiz kerajaan dan swasta
negara. Pertamanya adalah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Model ini memberi tumpuan
kepada sekolah menengah bantuan penuh kerajaan iaitu Sekolah Menengah Berasrama Penuh
(SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
dan Sekolah IMTIYAZ Terangganu. Kedua adalah model Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)
yang bertumpu kepada Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Model ini
mensasarkan pelajar akan tamat 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima tahun pengajian.

Manakala di peringkat pengajian tinggi pula, model yang digunakan sebagai kurikulum
pengajian adalah model Kurikulum Darul Quran JAKIM. Model ini hanya mengeluarkan sijil
tahfiz kepada semua pusat pengajian tinggi yang berKoloborasi Darul Quran JAKIM. Justeru
pelajar yang terlibat akan mendapat dua kelayakan akademik iaitu ijazah dari universiti masing-
masing bersama dengan Sijil Tahfiz Malaysia Darul Quran JAKIM. Antara pusat pengajian
tinggi yang terlibat dengan muadalah ini adalah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan
Malaysia, UniKL, Universiti Islam Antarabangsa, UiTM dan Universiti Cyberjaya. Manakala
pelajar Diploma al-Quran wal Qiraat Darul Quran JAKIM pula diterima masuk ke institusi
pengajian dalam dan luar negara seperti Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Fakulti
Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Universiti Sains Islam Malaysia, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti
Islam Negeri Sultan Syariff Kasim Riau, Indonesia dan Universiti Al-Azhar, Mesir (Nordin
Ahmad 2018).

Dapat disimpulkan bahawa semua model yang ditawarkan oleh institusi tahfiz di Malaysia
bergerak selari dengan model pendidikan sedia dalam arus perdana pendidikan negara. Ia
menawarkan dua bentuk persijilan iaitu peringkat sijil dan peringkat diploma. Walau
bagaimanapun, pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hanya mengiktiraf

7
persijilan yang dikeluarkan oleh Darul Quran JAKIM sahaja. Oleh yang demikian, institusi tahfiz
di Malaysia perlu mengadakan melalui Darul Quran JAKIM terlebih dahulu bagi mengesahkan
persijilan yang dikeluarkan oleh institusi mereka. Situasi ini menjadi dilemma bagi kebanyakkan
institusi tahfiz swasta dalam negara.

4. Kedudukan Mutakhir Maahad Tahfiz di Malaysia

Perkembangan dan penubuhan institusi tahfiz di Malaysia sangat memberangsangkan pada masa
kini. Dianggarkan terdapat lebih 1000 buah institusi tahfiz yang wujud dalam negara kita
sekarang. Daripada jumlah tersebut hanya 612 buah sahaja yang berdaftar dengan jabatan agama
negeri masing-masing (The Malaysian Insight 2018). Manakala statistik JAKIM menyatakan
terdapat 704 buah institusi di Malaysia tetapi yang berdaftar dengan Darul Quran JAKIM
hanyalah 166 buah sahaja. Akhbar tempatan melaporkan jumlah institusi tahfiz itu melibatkan
kira-kira 150000 pelajar (Utusan Malysia 20 Oktober 2017). Di bawah adalah statistik institusi
tahfiz yang berdaftar dengan JAKIM.

Bil. Negeri Daftar JAKIM


1 Johor 9
2 Kedah 17
3 Kelantan 10
4 Kuala Lumpur 3
5 Melaka 8
6 Negeri Sembilan 2
7 Pahang 8
8 Perak 22
9 Perlis 3
10 Pulau Pinang 9
11 Sabah 5
12 Sarawak 1
13 Selangor 65

8
14 Terengganu 4
JUMLAH 166
sumber: JAKIM 2018

Berikut pula adalah statistik institusi tahfiz di wilayah utara:

Bil. Negeri Jumlah Daftar Jab. Agama Daftar JAKIM


1 Perlis 14 9 3
2 Kedah 67 49 17
3 Pulau Pinang 67 43 9
JUMLAH 148 101 29
sumber: Jab. Agama Islam Negeri & Laporan Akhbar

Kedudukan di atas menggambarkan kepada kita bahawa masih lagi terdapat institusi tahfiz yang
tidak mendaftar dengan pihak berwajib. Kegagalan ini mungkin mempunyai alasan yang
tersendiri. Namun perlu juga difikirkan kesan jangka panjang yang melibatkan hala tuju dan
masa depan para pelajar di institusi berkenaan. Mereka akan terlepas banyak peluang dan
kemudahan sebagaimana yang diperolehi oleh institusi yang berdaftar seperti pengiktirafan,
bantuan serta kemudahan lainnya. Selain itu jaminan keselamatan bangunan dan infrastruktur
juga perlus diambil perhatian bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku. Kelemahan-kelemahan
yang bersifat teknikal ini harus dikikis agar niat baik untuk membangunkan generasi al-Quran
tidak dipandang serong oleh masyarakat. Di samping itu, ia dapat mengelak tohmahan yang
boleh memburukkan imej institusi tahfiz khasnya dan imej Islam amnya.

5. Transformasi Maahad Tahfiz: Satu Cadangan Penambahbaikan

Pembangunan institusi tahfiz bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia adalah amanah yang
sangat besar. Proses penubuhannya melibatkan banyak pihak. Banyak urusan perlu diselesaikan
terlebih dahulu sebelum batu asas penubuhan diletakkan. Urusan yang melibatkan pihak
berautoriti dari satu sudut dan juga urusan yang melibatkan pandangan masyarakat di satu aspek
yang lain. Ia harus diperhalusi agar institusi yang dibangunkan itu berupaya menangani cabaran

9
dan permasalahan yang tidak terduga. Justeru, kemungkinan masalah dan bahaya itu perlu
dielakkan agar pendidikan yang dicadangkan itu dapat memberi manfaat dan menghasilkan
produk yang berkualiti yang mampu diterima pakai di dalam pasaran dan masyarakat.

Kertas ini mencadangankan beberapa penambahbaikan bagi memperkasakan lagi institusi tahfiz
di Malaysia. Ia adalah seperti berikut.

5.1 Maahad Tahiz Perlukan Sebuah Konsortium

Jumlah institusi tahfiz yang berkembang dengan banyak sekali masa kini, maka dicadangkan
agar diwujudkan satu badan yang mampu mengelola seluruh institusi tahfiz tersebut. Ia harus
berfungsi sebagai platform untuk menyelesaikan masalah-masalah berbangkit berkaitan institusi
tahfiz. Persefahaman perlu disatukan agar seluruh institusi tahfiz dalam negara memperoleh
kebaikan platform ini. Di Kedah telah ditubuhkan Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama
(HESA) yang juga memainkan peranan bagi penyatuan sekolah-sekolah agama termasuklah
institusi tahfiz swasta. Di peringkat nasional, telah wujud Persatuan Madrasah Tahfiz al-Quran
Malaysia (PERMATA al-Quran) namun yang mendaftar adalah amat sedikit. Kebanyakkan
institusi tahfiz yang ada dilihat bergerak secara bersendirian dan ia amat merugikan. Justeru
sebuah konsortium tahfiz peringkat wilayah utara ditubuhkan dalam menentukan hala tuju tahfiz
secara bersama agar pengajian tahfiz dapat diangkat nilai dan martabatnya di mata masyarakat.

5.2 Persijilan Yang Diiktiraf

Arus moden masa kini sangat berkehendak kepada persijilan. Ia juga perlu diiktiraf oleh badan
berautoriti. Ini terjadi kerana sistem yang beroperasi (kerajaan) sekarang sangat teliti dalam
menentukan hal ehwal berkaitan dengan keabsahan persijilan ini. Pengiktirafan ini telah menjadi
dilemma bagi kebanyakan institusi tahfiz swasta di Malaysia. Ia juga secara tidak langsung
menjadi kerisauan di kalangan ibubapa.

Kemahiran Kendiri

10
Infrastruktur Yang Kondusif

6. Penutup
Selain itu, institusi tahfiz juga perlu peka dengan perubahan semasa dan perkembangan
teknologi. Ledakan teknologi masa kini perlu dimanipulasi agar memberi faedah dalam
menigkatkan lagi prestasi institusi berkenaan Kertas ini mencadangkan beberapa

RUJUKAN

The Malaysian Insight 15 Feb 2018 Hanya 612 daripada 1,000 maahad tahfiz berdaftar dengan
jabatan agama. diakses pada 26 Dis 2018.

11

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai