Anda di halaman 1dari 5

Maklumat Inovasi

Praktium Fasa 2 Tahun 2020

MAKLUMAT INOVASI PDPC


PRAKTIKUM FASA 2
SEKOLAH DATOK KERAMAT (1) KUALA LUMPUR

1. Inovasi yang Dihasilkan


Saya telah menghasilkan sebuah medium e-lembaran yang bertujuan untuk mengenal
pasti kerja rumah yang mana lagikah masih belu dihantar oleh murid-murid sepanjang sesi
PdPr ini dijalankan disebabkan arahan PKPB di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan juga Selangor. Inovasi tersebut diberi nama iaitu Homework Treacer. Senarai
semak ini digunakan oleh guru yang telah memberikan tugasan dan ingin menyemak
murid-murid yang menghantar atau sebaliknya.

2. Pernyataan Masalah
Terdapat pelbagai masalah yang dikenalpasti sepanjang pembelajaran secara atas talian
ini dijalankan, dan mendorong kepada saya untuk menghasilkan Homwork Tracer
tersebut. Pertama, murid sentiasa mengambil ringan dengan kerja yang diberi. Malah, ada
dalam kalangan murid yang tidak pernah menghantar tugasan sepanjang PdPr
berlangsung sehingga mencapai 60% daripada keseluruhan. Walaupun ada segelintir
yang menghantar, namun mereka menghantar lebih dari tempoh masa yang diberikan
sedangkan sudah panjang. Di samping itu, terdapat segelintir ibu bapa yang tidak
mengingatkan anak-anaknya untuk melengkapkan tugasan walaupun sudah beberapa
kali diingatkan oleh guru di dalam Wahtsapp Group. Kesan daripada semua kekangan ini,
saya sebagai guru agar sukar untuk membuat pentaksiran dan menjatuhkan motivasi saya
sendiri untuk mengajar secara atas talian.

3. Objektif & Sasaran


 Memudahkan guru untuk mengenalpasti murid yang masih tidak menghantar
tugasan.
 Memudahkan ibu bapa untuk mengenal pasti kerja rumah anak-anaknya yang
telah dihantar atau sebaliknya.
 Mendapatkan maklum balas dengan kadar segera oleh ibu bapa dan murid, kerana
kerja rumah dapat terus dihantar selepas ditunjukkan senarai semak ini.
Maklumat Inovasi
Praktium Fasa 2 Tahun 2020

 Meningkatkan motivasi murid untuk sama-sama dan bersaing secara sihat


melengkapkan tugasan seperti rakan-rakannya yang lain.

4. Langkah Penggunaan
1. Guru memberikan tugasan kepada murid berdasarkan topik yang diajarkan.
2. Guru memberi tempoh kepada murid untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
3. Guru mula menanda pada kotak kosong mengikut nama sekiranya murid tersebut
sudah menghantar tugasan yang diberikan.
4. Guru menghantar senarai rekod yang dicatat ke dalam Whatsapp Group ibu bapa
kelas dan minta mengambil tindakan kepada anak-anaknya yang masih belum hantar
(nama ditanda pada ruang ‘belum hantar’).

5. Keberkesanan Langkah yang Dicadangkan


Hasil daripada penggunaan Homework Tracer ini, dilihat murid sudah mula menghantar
tugasan sehingga mencapai 90%, apabila seramai 15 daripada 19 orang murid berjaya
melengkapkan tugasan yang diberi. Hal ini berlaku kerana mereka berasa ketinggalan dan
terwujud perasaan malu apabila namanya diaparkan di Whatsapp Group itu pada
kurungan tidak lengkap atau tidak hantar tugasan. Tugasan yang diberikan pula berjaya
disiapkan pada tempoh yang diberikan, tiada lagi yang lewat hantar secara sengaja atau
sebaliknya. Walaupun tugasan mempunyai kesalahan, namun sekurang-kurangnya
mereka sudah mula menanam rasa tanggungjawab untuk menyiapkan segala tugasan
yang diberikan oleh guru, sama ada dalam subjek yang saya ajar mahupun guru-guru
yang lain.

6. Kekurangan & Penambahbaikan

4 daripada 19 orang murid masih lagi yang tidak menghantar tugasan. Bukan disebabkan
masalah kekangan atau faktor ekonomi keluarga, tetapi saya kenal pasti bahawa mereka
sememangnya sengaja tidak mahu menyiapkan tugasan atas sikap diri yang tidak mahu
memberi kerjasama dan membantu diri sendiri. Sebagai langkah penambahbaikan, saya akan
menyediakan habuan dan ganjaran kepada murid yang berjaya menghantar tugasan melebihi
90% sebagai ganjaran positif kepada murid yang melengkapkan tugasan pada satu-satu sesi
PdPr.
Maklumat Inovasi
Praktium Fasa 2 Tahun 2020
Maklumat Inovasi
Praktium Fasa 2 Tahun 2020

LAMPIRAN
Maklumat Inovasi
Praktium Fasa 2 Tahun 2020




Anda mungkin juga menyukai