Anda di halaman 1dari 7

Sekolah Menengah Han Chiang, Pulau Pinang.

Peperiksaan Akhir Tahun, 2022


Bahasa Malaysia

Kertas 1

Kelas : SE11 / SE12 / SE13 / CE1


Masa : 80 minit

ARAHAN KEPADA CALON


1. Mata pelajaran ini mengandungi dua kertas.

2. Kertas ini mengandungi 2 bahagian:

Bahagian 1 : Kefahaman (25%)


Bahagian 2 : Karangan (25%)

3. Jawab semua soalan dalam kertas ini.

4. Tulis jawapan anda dengan pen atau pen mata bulat yang berdakwat biru atau hitam.

5. Kertas ini mengandungi 6 halaman bercetak

Jangan Buka Kertas Soalan Ini Sehingga Diberitahu

Nama Pelajar: __________________________ Nombor Pelajar : ________________

Bahagian 1
Baca teks A di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya. (25%)

-1-
Teks : Keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan

Kini, zaman telah berubah di mana lebih ramai wanita yang bekerja di samping perlu menguruskan rumah
tangga. Peranan wanita sebagai penyumbang kepada ekonomi keluarga tidak dapat dinafikan.Bagaimanapun,
banyak kajian menunjukkan tiada perbezaan antara jantina dan keperluan untuk mencapai keseimbangan antara
kerja dan kehidupan. Hal ini bermakna, lelaki juga turut terkesan dengan tuntutan kerja dan kehidupan. Apabila
berbicara mengenai kehidupan, ia sebenarnya merangkumi banyak perkara termasuklah keluarga, kesihatan,
rekreasi, keperluan rohani, perancangan kewangan serta peningkatan diri.
Keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan adalah satu konsep di mana seseorang individu itu
memberikan keutamaan yang optimum antara kerja dan kehidupan. Keseimbangan ini berlaku apabila individu
memperuntukkan sumber mental, fizikal dan emosi yang terhad dengan cara sesuai untuk mencapai matlamat
yang diinginkan. Keseimbangan kerja dan kehidupan bukan bermaksud masa terbahagi kepada 50 peratus
bekerja dan 50 peratus di rumah. Salah faham beginilah yang sering menjadikan seseorang itu merasa bersalah
apabila lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja berbanding di rumah atau sebaliknya.
Sebenarnya, setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza dan individu itu sendirilah yang tahu
bagaimana untuk meletakkan keutamaan dalam hidup supaya keseimbangan itu dapat dicapai. Keseimbangan
itu tidak akan menjadi tetap pada setiap masa kerana kita perlu sentiasa mengubahnya mengikut keperluan. Hal
ini kerana semua orang akan mempunyai keutamaan yang berbeza pada setiap fasa kehidupan.
Mungkin pada peringkat usia muda dan di awal karier, seseorang itu akan lebih meletakkan
keutamaannya pada kerja serta berjaya dalam karier, pada usia pertengahan akan lebih kepada keluarga serta
rekreasi dan di hujung usia pula akan memberi keutamaan pada kerohanian. Keseimbangan yang optimum
berubah mengikut masa dan berbeza antara individu. Tiada satu saiz atau tempat untuk semua orang dalam
mendapatkan keseimbangan kerja kehidupan.
Dr. William Gentry, seorang pakar dalam kemahiran kepimpinan dari Centre of Creative Leadership,
Amerika Syarikat (AS) berpendapat bahawa tiada siapa pun yang sempurna dalam mencapai keseimbangan
antara kerja dan kehidupan. Tetapi, dia mengatakan yang kita sentiasa boleh melakukan yang terbaik dalam
setiap situasi sama ada ketika di tempat kerja atau di rumah.
Walaupun kita mungkin tidak dapat menghabiskan masa seperti yang diinginkan, tetapi apabila kita telah
cuba lakukan yang terbaik dalam setiap situasi, ia akan mendatangkan perasaan yang harmoni dalam diri. Hal
ini penting untuk mengelakkan timbulnya rasa bersalah dalam diri serta menimbulkan konflik.
Perlu diingatkan bahawa keseimbangan kerja dan kehidupan bukan sahaja merupakan satu keperluan
untuk mereka yang berkeluarga malah kepada mereka yang belum berkahwin atau tiada anak. Terdapat
tanggapan salah di mana ramai berfikir mereka yang berkeluarga lebih wajar mendapat masa tambahan dalam
domain kehidupan mereka berbanding yang belum berkahwin. Hal ini menyebabkan mereka yang belum
berkeluarga sering menjadi mangsa keadaan di tempat kerja di mana mereka dianggap perlu berkorban untuk
orang lain.
Ketidakseimbangan akan menimbulkan konflik dalam diri serta menyebabkan berlakunya stres. Stres
bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan mental tetapi juga kepada kesihatan fizikal dan tingkah laku.
Ianya bergantung kepada daya tahan, sokongan sosial dan personaliti seseorang. Antara gejala yang biasanya
dialami dari segi fizikal ialah sakit kepala, ketegangan otot, kelesuan, berdebar-debar, sukar tidur serta perubahan
selera makan.
Dari segi emosi pula, ketidakseimbangan akan menimbulkan perasaan seperti berasa sedih dan resah,
sukar menumpukan perhatian, sukar membuat keputusan, hilang minat serta cepat berputus asa. Selain itu,
mereka yang mengalami ketidakseimbangan suka menyendiri, mudah melenting, mencetuskan konflik dalam
hubungan peribadi atau kerja serta hilang motivasi.
Jika anda telah mendapati bahawa terdapat ketidakseimbangan antara kerja dan kehidupan, langkah
seterusnya adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang anda daripada mencapai keseimbangan.
Kesimpulannya, keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan bukanlah satu konsep yang mudah dan
sempurna. Adakalanya kita perlu mengorbankan sesuatu perkara untuk mencapai sesuatu perkara yang lain. Oleh
-2-
itu, kita perlu tahu apa yang kita inginkan dalam hidup dan elakkan dari membandingkan hidup kita dengan
orang lain. Keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan yang ingin dicapai adalah mengikut kehendak dan
definisi kita.
(dipetik daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/keseimbangan-dalam-pekerjaan-dan-
kehidupan-realiti-atau-fantasi-213205)

Sila baca teks di atas dan jawab soalan-soalan di bawah.


1. Apakah definisi tentang kehidupan ? (2%)
Kehidupan merujuk kepada keluarga, kesihatan, rekreasi, keperluan rohani,
perancangan kewangan serta peningkatan diri.

2. Terangkan konsep keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan. (2%)


Keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan adalah satu konsep di mana
seseorang individu itu memberikan keutamaan yang optimum antara kerja dan
kehidupan. Keseimbangan ini berlaku apabila individu memperuntukkan
sumber mental, fizikal dan emosi yang terhad dengan cara sesuai untuk
mencapai matlamat yang diinginkan.
3. Mengapakah keseimbangan antara kerja dan kehidupan bukan bermaksud masa terbahagi kepada 50
peratus bekerja dan 50 peratus di rumah? (3%)
Setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza dan individu itu sendirilah
yang tahu bagaimana untuk meletakkan keutamaan dalam hidup supaya
keseimbangan itu dapat dicapai. Keseimbangan itu tidak akan menjadi tetap pada
setiap masa kerana kita perlu sentiasa mengubahnya mengikut keperluan

4. Antara kerja dan kehidupan, apakah yang diutamakan oleh golongan muda dan mengapa? (3%)
Pada peringkat usia muda dan di awal karier, seseorang itu akan lebih
meletakkan keutamaannya pada kerja serta berjaya dalam karier kerana
mereka ingin membina suatu kerjaya yang stabil untuk masa depan yang cerah.
5. Apakah pendapat Dr. William Gentry tentang keseimbangan antara kerja dan kehidupan? (3%)
Dr. William Gentry berpendapat bahawa tiada siapa pun yang sempurna dalam
mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Tetapi, dia mengatakan
yang kita sentiasa boleh melakukan yang terbaik dalam setiap situasi sama ada
ketika di tempat kerja atau di rumah.
6. Kenapakah golongan yang belum berkahwin dianggap perlu berkorban untuk orang lain? (2%)
Ramai berfikir mereka yang berkeluarga lebih wajar mendapat masa tambahan
dalam domain kehidupan mereka berbanding yang belum berkahwin.
7. Apakah tanda-tanda fzikal yang ditunjukkan oleh golongan yang mengalami stres? (3%)
Sakit kepala, ketegangan otot, kelesuan, berdebar-debar, sukar tidur serta
perubahan selera makan.

8. Apakah tingkah laku seseorang yang mengalami stress? (3%)


Suka menyendiri, mudah melenting, mencetuskan konflik dalam hubungan
peribadi atau kerja serta hilang motivasi.

9. Berikan dua faktor yang menghalang seseorang daripada mencapai keseimbangan? (2%)
Tidak pandai menguruskan masa
-3-
Terlalu mengutamakan pekerjaan
Terlalu mengutamakan hiburan/kehidupan
Tidak berani mengatakan “tidak”
10. Bagaimanakah anda mencari keseimbangan Antara pelajaran dan aktiviti ko-kurikulum ? (2%)
Mengutamakan pelajaran,tempat kedua ialah ko-kurikulum

-4-
Bahagian 2

Berikut merupakan sebuah iklan jawatan kosong. Teliti iklan ini. Kemudian, tulis sebuah resume untuk
memohon jawatan kosong terseebut. (25%)

Iklan Jawatan Kosong :

1
Resume _________________________________ (1%)

2 Objektif (2%) :

3 Nama(1%)

4 No. Kad
Pengenalan(1%)
5 Tarikh Lahir(1%)

-5-
6 Status
Kahwin(1%)
7 Alamat
Rumah(1%)

8 Telefon(1%)

9 E-mel(1%)

10 Penguasaan
Bahasa(3%)

11 Pengalaman
bekerja (4%)

12 Latar belakang
Pendidikan (3%)

13 Kemahiran lain
(3%)

14 Rujukan(2%) (1)

(2)

-6-
Disediakan oleh : Poh Sok Boey Disemak oleh : Puan Choy WB

-7-

Anda mungkin juga menyukai