Anda di halaman 1dari 21

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/349097134

TRANSISI PELAJAR TAHUN PERTAMA DI INSTITUT PENDIDIKAN


GURU: CABARAN DAN STRATEGI PENYESUAIAN AKADEMIK DAN
SOSIAL

Article · February 2021

CITATIONS READS
0 2,232

3 authors, including:

Tengku Norhani Tengku Besar Nor Shafrin Ahmad


Universiti Sains Malaysia Universiti Sains Malaysia
9 PUBLICATIONS 1 CITATION 61 PUBLICATIONS 120 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Mekong 1000 in Vietnam View project

MENEROKA DAN MEMBINA MODEL KAUNSELING KRISIS UNTUK KAUNSELOR MALAYSIA View project

All content following this page was uploaded by Tengku Norhani Tengku Besar on 07 February 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


TRANSISI PELAJAR TAHUN PERTAMA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU:
CABARAN DAN STRATEGI PENYESUAIAN AKADEMIK DAN SOSIAL

Tengku Norhani Tengku Besar¹; Nor Shafrin Ahmad², Ph.D; Shahabuddin


Hashim³, Ph.D
¹²³Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
tengkunorhani77@gmail.com¹

ABSTRAK
Transisi pelajar dari sekolah menengah ke institut pengajian tinggi memerlukan pelajar
menyesuaikan diri dengan persekitaran akademik dan sosial baharu. Keupayaan
pelajar tahun pertama menyesuaikan diri pada fasa transisi mampu merangsang
kejayaan mereka pada fasa seterusnya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap
penyesuaian akademik dan sosial pelajar tahun pertama Program Persediaan Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PPSIMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan meneroka
cabaran dan strategi yang digunakan oleh pelajar dalam proses penyesuaian akademik
dan sosial pada fasa transisi. Seramai 364 orang pelajar PPISMP terlibat dalam
menjawab Soal Selidik Adaptasi Pelajar (SSAP) dan 30 orang pelajar daripada jumlah
tersebut telah ditemu bual secara separa berstruktur. Keputusan kajian menunjukkan
bahawa tahap penyesuaian akademik dan sosial pelajar tahun pertama PPISMP di IPG
adalah sederhana. Di samping itu, pelajar juga berhadapan dengan cabaran
penyesuaian akademik dan sosial. Bagi menangani cabaran tersebut pelbagai strategi
telah digunakan seperti bersikap optimis, mendapatkan sokongan, membuat
perancangan dan membuat perubahan. Dapatan kajian ini penting dalam usaha
membantu pembentukan dan pembinaan intervensi yang bersesuaian untuk
meningkatkan kesejahteraan pelajar tahun pertama di IPG dalam membuat
penyesuaian terhadap persekitaran baharu.

Kata Kunci: Penyesuaian akademik; Penyesuaian sosial; Transisi; Institut Pendidikan


Guru

ĜĔ
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
PENGENALAN
Institut pengajian tinggi memainkan peranan penting dalam menghasilkan komuniti
berpendidikan tinggi yang diperlukan bagi memenuhi hasrat negara. Setiap pelajar yang
menjejakkan kaki ke institut pengajian tinggi selepas mengikuti pengajian di sekolah
menengah mempunyai impian yang ingin dicapai di samping memenuhi harapan ibu
bapa. Transisi pelajar dari sekolah menengah ke institut pengajian tinggi menuntut para
pelajar melakukan penyesuaian terhadap persekitaran akademik dan persekitaran sosial
yang baharu. Keupayaan pelajar menangani cabaran akademik dan sosial sebaik
mungkin, merasai kesejahteraan dan mempunyai ikatan yang rapat secara
keseluruhannya dengan institut pengajian (Baker & Siryk, 1999; Ribbe, Cyrus, &
Langan, 2016) merupakan indikasi penyesuaian pelajar. Hal ini turut dapat dilihat
menerusi sikap pelajar terhadap kursus yang diikuti, penglibatan pelajar dalam
pembelajaran, usaha yang dilakukan ketika belajar (Baker & Siryk, 1984) dan
mempunyai prestasi akademik yang baik (Julia & Veni, 2012). Pelajar perlu bertindak
atau bertingkah laku sesuai dengan perubahan persekitaran. Sekiranya mereka gagal
menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran, keadaan ini akan memberi kesan
kepada kesejahteraan dan mengurangkan peluang berdaya tahan atau resiliensi
(Parameswaran & Beena, 2004). Manusia sentiasa mengalami penyesuaian dan
membuat adaptasi dalam kehidupan. Penyesuaian merupakan perjuangan individu untuk
bertahan terhadap persekitarannya (Lazarus, 1976). Penekanan penyesuaian ini adalah
pada perubahan fungsional atau pembelajaran yang mesti dilakukan oleh individu untuk
mencapai hubungan yang harmoni dengan persekitaran (Atwater, 1979). Proses
menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di kampus, pelajar akan melalui proses
psikologikal untuk mengadaptasi, menangani, dan mengurus isu yang pelbagai seperti
sosial, peribadi-emosi dan perapatan dengan IPG (Nyamayaro & Saravanan, 2013)
secara efektif terhadap pelbagai cabaran yang muncul dalam persekitaran baharu di IPG
(Credé & Niehorster, 2012). Hal ini disebabkan transisi dari sekolah ke IPG
memberikan tekanan kepada pelajar namun kemampuan pelajar menangani tekanan
tersebut adalah berdasarkan keupayaan penyesuaian peribadi (Aspinwall & Taylor,
1992). Pelajar yang dapat berperanan sebagai pelajar di IPG dikatakan telah berjaya
membuat penyesuaian di IPG (Clark, 2005) dan kekal dengan program pengajian
mereka hingga akhir di IPG (Tinto, 1996). Baker dan Siryk (1984) berpendapat
penyesuaian pelajar ke universiti adalah kompleks kerana melibatkan tuntutan yang
pelbagai jenis dan tahap. Justeru, pelajar memerlukan pelbagai strategi untuk
menangani.

Penyesuaian dan Transisi


Transisi ke institut pengajian tinggi disertai dengan cabaran yang kompleks dalam
penyesuaian emosi, sosial dan akademik malah pelajar juga sering tertanya tentang
perhubungan, arah hidup dan harga diri (Chickering, 1969). Transisi merupakan
tempoh untuk membuat penyesuaian kepada satu set keadaan baharu (Kantanis, 2002).
Fasa transisi dilihat sebagai satu tempoh yang singkat dan bukannya sebagai satu
pengalaman yang berterusan (Trach, 2012). Langkah yang perlu diambil ketika transisi
berlaku adalah berusaha menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Proses
penyesuaian melibatkan keupayaan pelajar menerima kekangan atau cabaran (Feldt,
Graham, & Dew, 2011). Pelajar yang mempunyai kemahiran dan kepercayaan bahawa
mereka dapat berfungsi dalam persekitaran baharu dan memahami budaya baharu
Ĝĕ
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
selalunya cenderung berjaya membuat penyesuaian (Margetts, 1999). Transisi boleh
menjadi cabaran dan melibatkan tafsiran interpretasi individu terhadap dunia mereka
dan tempat yang mereka berada di dalamnya. (Huon & Sankey, 2000).

Proses transisi perlu dilihat dalam konteks individu. Integrasi antara persekitaran yang
baharu dengan persekitaran lama dan tempoh masa yang diambil untuk individu
menjadi selesa dengan persektiaran baharu itu adalah ditentukan oleh ciri-ciri peribadi,
pengalaman lalu dan keperluan individu (Kantanis, 2002; Fabian, 2013). Kelancaran
transisi adalah penting bagi pelajar yang memulakan pengajian di universiti sekiranya
mereka hendak mengatasi cabaran pengajian dan membuat penyesuaian positif (Conley,
2007). Transisi dan penyesuaian saling berkaitan namun transisi tidak sinonim dengan
penyesuaian. Transisi adalah proses menyesuaikan diri terhadap situasi baharu yang
mengambil masa dan setelah selesai akan menghasilkan kejayaan penyesuaian terhadap
situasi baharu (Dawborn-Gundlach, 2015). Fokus transisi ialah pergerakan daripada
satu set keadaan atau persekitaran kepada yang lain dan masa yang diperuntukkan untuk
transisi bergantung pada faktor seperti sokongan yang disediakan oleh institusi, ciri
peribadi dan demografi individu, dan jenis pengalaman serta isu yang dihadapi dalam
peringkat awal tempoh transisi (Darlaston-Jones et al., 2003). Penyesuaian terhadap
persekitaran baharu adalah efektif sekiranya tempoh transisi terhad dan transisi tidak
menyebabkan tekanan atau kebimbangan (Conley, 2007). Transisi ke IPG melibatkan
pembinaan pemahaman terhadap persekitaran baharu dan cara persekitaran baharu itu
berfungsi (Huon & Sankey, 2000). Pelajar akan berhadapan dengan cabaran apabila
mereka mula mendaftar di IPG. Pengalaman transisi akan berubah, perasaan kesunyian
dan kebimbangan terhadap cabaran adalah biasa bagi pelajar baharu pada minggu
pertama di IPG (Kantanis, 2002). Transisi ke institut pengajian tinggi sangat kompleks
kerana pelajar bukan sahaja berhadapan dengan cabaran mengakses IPG, akademik dan
budaya sosial IPG malah pelajar juga turut berhadapan dengan identiti perabadi mereka
(Measor, Wilcox & Frame, 2012).

Penyesuaian Akademik
Kajian-kajian awal mengenai penyesuaian banyak membincangkan tentang penyesuaian
akademik dan penyesuaian sosial. Tinto (1975) misalnya, mengutarakan dua jenis
penyesuaian akademik iaitu struktural dan normatif. Struktural merujuk kepada
pencapaian akademik pelajar dan normatif pula memberi fokus kepada persepsi pelajar
terhadap pembangunan keintelektualan mereka. Bean (1982) dan Tinto (1975)
menekankan bahawa kecemerlangan akademik merupakan atribut penting yang
menunjukkan kejayaan penyesuaian pelajar di IPG. Penyesuaian akademik merangkumi
sikap pelajar terhadap matlamat akademik, motivasi, kejayaan atas hasil usahanya dan
persekitaran akademik keseluruhannya (Baker & Siryk, 1999). Pelajar yang berupaya
menyesuaikan diri dalam akademik mempunyai motivasi tinggi dan mempunyai minat
terhadap tugasan akademik serta berpuas hati dengan pencapaiannya. Ini dapat dilihat
daripada aspek pengurusan masa, kehadiran kuliah dan komitmen dalam menyiapkan
tugasan akademik (Baker & Siryk, 1999). Transisi ke IPG memerlukan pelajar
membuat penyesuaian dengan tabiat belajar dan jangkaan akademik (Pascarella &
Terenzini, 1991). Selain itu, Kantanis (2002) menyatakan bahawa penyesuaian terhadap
permintaan akademik di IPG merangkumi penyesuaian terhadap gaya pembelajaran dan
pengajaran yang berbeza, mengenal pasti kesukaran dan bertanggungjawab terhadap
ĜĖ
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
pembelajaran mereka. Pelajar juga perlu sentiasa mengemaskini kerja akademik dan
menggunakan masa belajar secara efektif (Baker & Siryk, 1989, 1999) serta
mempelajari pengetahuan teknologi seperti multimedia dan media sosial (M. Dawborn-
Gundlach & Margetts, 2018). Persediaan akademik (Conley, 2007b; Wilcox, Winn, &
Fyvie-Gauld, 2005), kepuasan pencapaian akademik (Huon & Sankey, 2000) dan
motivasi pelajar merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada pelajar untuk
menyesuaikan diri dengan berkesan di IPG (Baker & Siryk, 1989, 1999). Baker (2004)
mendapati pelajar kurang bermotivasi mempunyai kaitan dengan ketidakupayaan pelajar
menyesuaikan diri di kampus. Oleh itu, pelajar tahun pertama di IPG perlu
menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan kompeten dalam pengurusan masa,
kemahiran belajar yang berkesan, keupayaan untuk menyelesaikan kursus dan
keupayaan untuk melihat transisi sebagai transisi normatif dan bukan krisis (Birnie-
Lefcovitch, 2000). Penyesuaian akademik merujuk kepada keupayaan pelajar
menangani permintaan pendidikan tinggi selepas sekolah menengah (Baker & Siryk,
1999). Penyesuaian akademik meliputi pencapaian akademik, pelbagai tugasan
akademik serta keperluan untuk memenuhi syarat memperoleh kerjaya pada masa
hadapan. Penyesuaian akademik merangkumi sikap pelajar terhadap matlamat
akademik, motivasi, kejayaan atas hasil usahanya dan persekitaran akademik
keseluruhannya(Baker & Siryk, 1999). Pelajar yang berupaya menyesuaikan diri dalam
akademik mempunyai motivasi tinggi. Motivasi memperlihat sikap seorang pelajar
terhadap matlamat akademik serta segala tugasan yang berkaitan dengan akademik.
Tahap motivasi pelajar juga dikaitkan dengan motivasi pelajar untuk berada di universiti
dan motivasi untuk menyiapkan tugasan akademik (Baker & Siryk, 1999). Motivasi ini
diterjemahkan melalui kesungguhan pelajar berusaha dalam akademik dan tugasan
akademik serta memenuhi permintaan akademik (Baker & Siryk, 1999). Pelajar yang
dapat menyesuaikan diri dalam akademik mempunyai minat terhadap tugasan akademik
dan berpuas hati dengan pencapaiannya. Hal ini dapat dilihat daripada aspek
pengurusan masa, kehadiran kuliah dan komitmen dalam menyiapkan tugasan
akademik.

Penyesuaian Sosial
Pelajar yang tidak dapat menyesuaikan diri secara sosial terhadap pengalamannya di
IPG terdedah kepada komplikasi intrapersonal dan mengakibatkan keciciran (Gerdes &
Mallinckrodt, 1994; Martin, Swartz-Kulstad, & Madson, 1999; Pascarella & Terenzini,
2005). Mayo, Murguia dan Padilla (1995) mendapati kejayaan integrasi sosial secara
tidak langsung menyumbang kepada purata mata gred yang tinggi. Pelajar yang
mengalami kesukaran penyesuaian sosial cenderung mengalami perasaan kesunyian,
kebimbangan dan kurang perhubungan positif dengan orang lain (Larose & Boivin,
1998; Stallman, 2010). Penyesuaian di IPG melibatkan dua proses iaitu desosialisasi
dan sosialisasi (Pascarella & Terenzini, 1991). Desosialisasi memerlukan perubahan
atau membuang nilai, kepercayaan dan sifat terpilih yang dibawa ke IPG sebagai tindak
balas pengalaman IPG. Sosialisasi merupakan proses pendedahan diri atau mengambil
nilai, sikap, kepercayaan dan perspektif baharu di IPG. Pelajar tahun pertama di IPG
berhadapan dengan cabaran peribadi dan interpersonal baharu seperti membina
hubungan, kemahiran belajar dan mengubah suai perhubungan sedia ada dengan ibu
bapa dan keluarga (J. Parker, Duffy, Wood, Bond, & Hogan, 2005; Tinto, 1996).
Kualiti perhubungan sosial mempunyai kaitan yang kuat dengan penyesuaian pelajar
Ĝė
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
semasa transisi ke IPG dan sepanjang tahun pertama di IPG (Demaray, Malecki,
Davidson, Hodgson, & Rebus, 2005). Penyesuaian sosial pula aspek penyesuaian
pelajar berkaitan pengalaman interpersonal dan sosial (Baker & Siryk, 1999).
Penyesuaian sosial melibatkan empat aspek iaitu penyesuaian secara umum, hubungan
dengan orang lain, kerinduan dan persekitaran sosial. Pelajar yang dapat menyesuaikan
diri dalam aspek sosial memiliki kemahiran sosial yang baik untuk bergaul dengan
warga universiti serta mempunyai jaringan sosial yang baik di universiti. Pelajar juga
berpuas hati dengan aktiviti sosial mereka di universiti. Selain itu, perhubungan pelajar
dengan individu atau pihak lain di dalam kampus juga memainkan peranan penting
dalam membentuk penyesuaian sosial pelajar (Baker & Siryk, 1999). Hubungan sosial
ini meliputi hubungan pelajar dengan pensyarah, staf universiti, rakan sekelas, rakan
sebilik dan pelajar lain. Penyesuaian sosial juga melibatkan keupayaan pelajar mengurus
perpindahan sosial dan mengawal perasaan apabila berjauhan dari rumah dan orang
yang signifikan (Baker & Siryk, 1999). Bagi pelajar yang mempunyai penyesuaian
sosial yang rendah dari aspek kerinduan, mereka cenderung berasa keseorangan dan
lebih berasa selesa berada di rumah berbanding di kampus.

Penyataan Masalah
Penyesuaian dalam kalangan pelajar di institut pengajian tinggi juga perlu diberikan
perhatian sewajarnya juga di Malaysia. Transisi pelajar dari alam persekolahan ke
institut pengajian tinggi memerlukan mereka menyesuaikan diri dengan keadaan baharu
dan mempunyai tahap resiliensi yang tinggi untuk menempuhi cabaran dengan
persekitaran baharu. Berdasarkan Perangkaan Pendidikan Malaysia 2018, seramai 193
883 orang pelajar mendaftar di institut pengajian tinggi awam seperti universiti, institut
pendidikan guru, politeknik dan kolej matrikulasi pada tahun 2018. Para pelajar terdiri
daripada pelajar lepasan sekolah menengah yang sudah pastinya akan mengikuti sistem
dan persekitaran pembelajaran yang berbeza. Proses transisi antara sekolah dan institut
pengajian tinggi boleh memberi kesan kepada pelajar (Gueudet, 2008) kerana mereka
akan berhadapan dengan masalah baharu. Masalah penyesuaian bukan sahaja berlaku
kepada pelajar di universiti malahan pelajar di institut pendidikan guru (IPG) juga turut
mengalami masalah tersebut. Kajian Nor Hashimah, Zulkifley dan Siti Ilyana (2015)
mendapati bahawa masalah penyesuaian memberi kesan kepada pencapaian matematik
dalam kalangan guru pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PPISMP) di IPG. Keadaan peribadi emosi merupakan faktor utama yang boleh
mengganggu proses penyesuaian akademik guru pelatih dan penyesuaian sosial semasa
transisi institusi. Di samping itu, statistik yang dikeluarkan oleh IPG Sarawak
menunjukkan peratus pelajar yang meninggalkan latihan adalah sebanyak 0.89 hingga
4.35 peratus setiap kohot bagi ambilan tahun 2012 hingga 2015 IPG di Sarawak (Jadual
1.1).

Jadual 1
Bilangan dan peratusan pelajar berhenti pengajian di IPG tahun 2012-2015
Jenis Pelajar Tahun Berhenti Bilangan Peratusan Ikut
Kohot
Sepenuh masa
PPISMP Ogos 2013- Ogos 2015 3 0.89-4.35
PISMP Januari 2013-Disember 7 1.04-4.54
ĜĘ
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Jumlah 2015 10 0.89-4.54
Keseluruhan Januari 2013- Disember
2015
Separuh masa 13 -
Kursus Dalam Cuti 13 -
Jumlah Januari 2012- Disember
Keseluruhan 2015
Januari 2012- Disember
2015
Sumber: HEP IPGK pada 28 Julai 2018 (Chiam, 2018)

Statistik ini hanya berdasarkan IPG di Sarawak. Berdasarkan statistik di atas, peratus
pelajar yang akan meninggalkan IPG boleh mencapai sehingga 24 peratus (Chiam,
2018) sekiranya melibatkan semua IPG di Malaysia.

Kajian berkaitan penyesuaian banyak dijalankan di universiti (Noor Azniza, 2005;


Maria Chong, Habibah, Jegak, & Rahil, 2010; Nasrudin, Lee, Salina, Norshaffika,
Khadijah & Norulhuda, 2011; Aminah, Irma Wani, Norazah, Muhammad Safuan,
Herlina & Rudie, 2017) dan kurang kajian dijalankan di IPG. Meskipun terdapat kajian
yang menggunakan modul kaunseling untuk meningkatkan penyesuaian pelajar, namun
kajian yang dijalankan agak terhad kepada pelajar di universiti sahaja dan tidak dapat
digeneralisasikan kepada pelajar lain. Fokus kajian-kajian lepas juga terhad kepada
melihat hubungan dan faktor. Walaupun banyak kajian berkaitan penyesuaian pelajar ini
telah dijalankan sejak lima dekad yang lalu, namun sampel kajian terhad kepada pelajar
universiti dan kolej sahaja (Wintre et.al, 2006; Horgan et.al, 2016; Puff et.al, 2016;
Quan et.al, 2014; Wintre & Yaffe, 2000; Credé & Niehorster, 2012; Noor Azniza, 2005;
Maria Chong et.al, 2010; Nasrudin et.al, 2011; Aminah et.al, 2017). Malah reka bentuk
kajian juga banyak dijalankan dalam bentuk kuantitatif. Justifikasinya, perlu satu kajian
secara mendalam bagi meneroka pemasalahan berkaitan penyesuaian pelajar tahun
pertama di IPG. Kajian ini berhasrat untuk menambah baik lagi skop kajian yang telah
sedia ada supaya dapat mengukuhkan lagi dapatan atau memberi maklumat yang baru.
Justeru, kajian ini bertujuan untuk menegnal pasti tahap penyesuaian akademik dan
sosial pelajar tahun pertama di IPG. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk
meneroka cabaran penyesuaian yang dihadapi pelajar tahun pertama (PPISMP) di
Institut Pendidikan Guru serta strategi yang digunakan untuk menanganinya.

Soalan kajian
1. Apakah tahap penyesuaian akademik pelajar tahun pertama PPISMP di Institut
Pendidikan Guru?
2. Apakah tahap penyesuaian sosial pelajar tahun pertama PPISMP di Institut
Pendidikan Guru?
3. Apakah cabaran penyesuaian akademik pelajar tahun pertama PPISMP di
Institut Pendidikan Guru?
4. Apakah cabaran penyesuaian sosial pelajar tahun pertama PPISMP di Institut
Pendidikan Guru?

Ĝę
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
5. Apakah strategi yang digunakan oleh pelajar tahun pertama PPISMP di Institut
Pendidikan Guru untuk menghadapi cabaran penyesuaian?

METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan yang melibatkan data kuantitatif
dan kualitatif. Data kuantitatif digunakan sebagai asas untuk mendapat gambaran umum
tentang tahap penyesuaian akademik dan sosial pelajar tahun pertama PPISMP di IPG
manakala data kualitatif digunakan sebagai data tambahan untuk mendapatkan
penjelasan lanjut sekali gus mengukuhkan hasil dapatan kajian kuantitatif.

Populasi dan Sampel


Populasi kajian adalah pelajar tahun pertama yang sedang menjalani Program
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Ambilan Jun 2019) di Institut Pendidikan
Guru Malaysia. Seramai 364 orang pelajar di 14 buah IPG terlibat dalam kajian ini yang
dipilih secara rawak. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih sebagai peserta kajian untuk
ditemu bual bagi mendapatkan data kualitatif.

Instrumen Kajian
Bagi pengumpulan data kuantitatif, Soal Selidik Adaptasi Pelajar (Baker & Siryk, 1999)
telah digunakan untuk mengukur tahap penyesuaian pelajar. Soal selidik ini mengukur
dimensi penyesuaian akademik, sosial, peribadi-emosi dan komitmen institusi. Dalam
kajian ini, pengkaji hanya melihat kepada dimensi penyesuaian akademik dan
penyesuaian sosial. Soal selidik ini menggunakan skala Likert 1 hingga 9 yang disusun
berdasarkan darjah penyesuaian yang rendah kepada darjah penyesuaian yang tinggi.
Skor 9 mewakili jawapan “Berkait rapat dengan saya” manakala skor 1 mewakili
“Langsung tidak berkaitan dengan saya”. Ujian kebolehpercayaan alfa Cronbach bagi
instrumen ini mencapai tahap yang baik iaitu melebihi 0.70 (Hair et al., 2010) iaitu 0.90.

Bagi pengumpulan data kualitatif, protokol temu bual telah digunakan. Soalan protokol
temu bual kajian telah dibina dalam bentuk soalan terbuka dan generik iaitu responden
temu bual bebas menyatakan pandangan mereka berdasarkan soalan-soalan yang
diberikan tanpa disekat. Protokol temu bual yang terdiri daripada pengenalan, soalan
pembuka, soalan kunci, soalan-soalan berkaitan soalan kunci dan soalan penutup
disediakan (Noraini, 2010). Protokol temu bual membantu menjawab persoalan
penyelidikan. Menurut Titchie dan Lewis (2003), temu bual dapat menjelaskan tentang
corak pemikiran seseorang responden. Data atau sumber maklumat yang diperoleh
daripada temu bual lebih kaya dan mendalam.

Analisis Data
Data kajian yang diperoleh daripada set soal selidik dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0. Bagi data kualitatif, analisis
tematik dilakukan seperti yang diutarakan oleh Braun dan Clarke (2006). Terdapat enam
fasa iaitu fasa satu, pengkaji perlu membiasakan diri dengan data, fasa kedua, transkrip
tersebut dibaca secara berulang bagi membiasakan diri pengkaji dengan data, fasa
ketiga, menghasilkan tema daripada kod, fasa keempat, proses menyemak semula tema-
tema awal yang telah dibentuk, fasa kelima yang melibatkan proses menakrifkan,
ĜĚ
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
menapis dan menamakan tema dan menghasilkan peta tematik, fasa keenam,
menghasilkan laporan. Dalam penulisan laporan, bukti dan contoh terperinci bagi
menyokong tema tersebut perlu selaras dengan persoalan kajian. Dalam kajian ini,
proses pengekodan dan menghasilkan tema dilakukan dengan menggunakan perisian
Atlas.ti Versi 8.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian dihuraikan mengikut persoalan-persoalan kajian yang telah dinyatakan.
1) Apakah tahap penyesuaian akademik pelajar tahun pertama PPISMP di Institut
Pendidikan Guru?

Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap penyesuaian akademik pelajar tahun


pertama PPISMP di IPG adalah 1.1 % tinggi, 84.1% sederhana dan 14.8% rendah.

Jadual 2
Tahap Penyesuaian Akademik
Tahap Penyesuaian Bilangan responden Peratus (%)
Akademik
Tinggi (173 dan ke atas) 4 1.1
Sederhana (122-172) 306 84.1
Rendah (121 dan ke bawah) 54 14.8
Jumlah 364 100

2) Apakah tahap penyesuaian sosial pelajar tahun pertama PPISMP di Institut


Pendidikan Guru?

Tahap penyesuaian sosial pelajar tahun pertama PPISMP di IPG ditunjukkan melalui
analisis deskriptif berikut iaitu 80.2% sederhana dan 19.8% rendah.

Jadual 2
Tahap Penyesuaian Sosial
Tahap Penyesuaian Sosial Jumlah responden Peratus (%)
Tinggi (156 dan ke atas) - -
Sederhana (104-155) 292 80.2
Rendah (103 dan ke bawah) 72 19.8
Jumlah 364 100

3) Apakah cabaran penyesuaian akademik pelajar tahun pertama PPISMP di Institut


Pendidikan Guru?

Analisis tematik menunjukkan cabaran yang dialami oleh 30 orang peserta kajian.
Cabaran ini dapat dikelompokkan kepada empat tema utama iaitu tugasan akademik,
pengurusan masa, persekitaran akademik dan motivasi. Rajah 1 menunjukkan tema dan
kategori.

Ĝě
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
sukar
memahami tempoh masa
Banyak tugasan penghantaran
tugasan (93%) tugasan
(93%) (43.3%)
Aktiviti Tugasan
lain akademik Pensyarah
(36.7%) (33.3%)
Cabaran
Pengurusan
Penyesuaia Persekitaran
masa
n akademik
Gagal Akademik
menguruska Kekangan
n masa kemudaha
(83.3%) n (46.7%)
Motivasi

penilaian kendiri Kurang


yang kurang keyakinan
realisitik(16.7%) (15.2%)
Rajah 1. Peta tematik cabaran penyesuaian akademik. Peratusan dalam tanda kurung
mewakili
kekerapan sokongan subtema.

Dapatan menunjukkan bahawa pelajar tahun pertama di IPG turut berhadapan dengan
cabaran penyesuaian akademik seperti cabaran menyiapkan pelbagai tugasan akademik
dan memerlukan penghantaran tugasan tersebut pada tarikh yang sama dan tarikh
berdekatan. Selain itu, pelajar turut berhadapan dengan cabaran untuk memahami
tugasan kerana bentuk tugasan yang baharu dan tidak pernah lakukan di sekolah
sebelum ini.

Terlalu banyak tugasan bagi setiap subjek dan perlu dihantar pada tarikh yang
sama. (S7)

Masalah saya untuk faham tugasan sebab pertama kali buat tugasan seperti ni
(tugasan di IPG). (S15)

Dapatan turut menunjukkan bahawa pelajar tahun pertama di IPG terdedah kepada
cabaran penyesuaian terhadap persekitaran akademik seperti kekangan prasarana dan
sikap pensyarah. Dapatan juga menunjukkan bahawa pelajar mempunyai masalah
dengan masa operasi pusat sumber yang beroperasi pada waktu bekerja dan mempunyai
bahan bacaan yang terhad.

Stres sebab library buka pada waktu bekerja jer. Waktu bekerja tu kami semua
ada kelas. Full. Jadi, waktu malam lah kami nak buat assignment. (S4)

Pensyarah bagi banyak assignment. Tak tau nak mula yang mana. Lepas tu,
semua nak kena cari sendiri. (S22)

ĜĜ
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Selain itu, pelajar turut berhadapan dengan cabaran penyesuaian terhadap motivasi,
kurang keyakinan dan matlamat yang tidak realisitik. Pelajar tidak yakin dapat belajar
dan menamatkan pengajian di IPG. Tambahan pula, mereka tidak berminat untuk
menjadi guru dan merasa tidak layak untuk bergelar seorang guru.

Saya tak pasti sama ada saya dapat habiskan study kat sini. Tugasan yang
banyak memang mencabar. (S9)

Saya tak berminat nak jadi cikgu. Mak ayah yag suruh saya masuk IPG. Rasa
saya ni tak layak nak jadi cikgu. (S24)

Di samping itu, pelajar turut berhadapan dengan cabaran penyesuaian pengurusan masa.
Pelajar didapati sukar menguruskan masa untuk membuat tugasan akademik kerana
waktu kuliah yang padat. Analisis temu bual mendapati terdapat pelajar yang gagal
menguruskan masa dan membuat tugasan pada saat akhir. Pelajar turut sukar
membahagikan masa dengan aktiviti ko-kurikulum dan khidmat masyarakat yang perlu
mereka lakukan.

Saya rasa susah nak susun masa untuk buat assignment, study. Rasa susah hati.
(S1)

Cabaran pengurusan masa la. Di sini saya belajar macam mana susahnya
seorang guru menguruskan masa. Ada banyak kerja nak kena siapkan pada
satu-satu masa. Stres juga. (S15)

4) Apakah cabaran penyesuaian sosial pelajar tahun pertama PPISMP di Institut


Pendidikan Guru?

Analisis tematik data temu bual mendapati pelajar turut berhadapan dengan cabaran
penyesuaian sosial. Dapatan temu bual boleh dikelompokkan kepada empat tema utama
iaitu kemahiran sosial, aktiviti sosial, persekitaran sosial dan kerinduan. Rajah 2
menunjukkan tema dan sub tema.

Ĕēē
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
silang
budaya sukar berkawan
(53.3%) (20%)

Kemahiran
Sosial Persepsi
Keluarga negatif
(43.4%) (56.7%)

Cabaran
Kerinduan Penyesuaian Aktiviti Sosial
Sosial
Rumah Tekanan
(26.7%) (20%)
Persekitaran
sosial

Kepuasan Persekitaran
(73.3%) (40%)

Rajah 2. Peta tematik cabaran penyesuaian sosial. Peratusan dalam tanda kurung
mewakili kekerapan sokongan subtema.

Keputusan kajian mendapati pelajar turut berhadapan dengan cabaran berkaitan


kemahiran sosial untuk berhubung dengan rakan-rakan yang berbeza budaya, bangsa
dan agama. Analisis data temu bual juga mendapati terdapat pelajar yang tidak pernah
berhubung dengan rakan-rakan yang berbangsa lain. Mereka turut berhadapan dengan
cabaran untuk berinteraksi dengan rakan-rakan lain.

Tak pernah bercampur dengan orang yang berlainan bangsa, rasa macam pelik
nak bergaul dengan orang yang bangsa lain. (S3)

Susah juga dapat roommate yang tidak sama macam kita. Saya dari Sarawak.
Roomate dari Kelantan. Stres juga la. Lagi tak dapat nak tukar bilik. Kadang-
kadang saya tidur di bilik kawan. (S18)

Antara cabaran penyesuaian sosial yang dihadapi pelajar adalah terhadap aktiviti sosial
yang memerlukan mereka berinteraksi. Keadaan ini menyebabkan mereka rasa tertekan.
Selain itu, pelajar juga mempunyai persepsi negatif terhadap aktiviti sosial kerana sukar
berinteraksi dengan orang lain.

Terlalu banyak aktiviti yang perlu ikut. Saya lebih suka duduk di bilik seorang
diri dan buat assignment. Dah la setiap hari ada kuliah. Malam saja boleh rehat.
(S5)

Aktiviti lain banyak dan ganggu waktu nak belajar dan buat assignment. Malam
pun ada program. Letih sangat. (S27)

ĔēĔ
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Selain itu, pelajar turut berhadapan dengan cabaran penyesuaian terhadap persekitaran
sosial. Pelajar berasa tidak selesa dengan persekitaran kampus seperti kolej kediaman.
Pelajar tertekan dengan rakan sebilik yang berbeza latar belakang, minat dan personaliti.

Roomate saya buat assignment sambil dengar muzik. Saya tak suka bising. Jadi,
bila dia dengar muzik, saya jadi stres. Saya tak boleh dengar muzik tu. Saya
perlu fokus waktu buat assignment. (S11)

Menariknya, dapatan mendapati pelajar turut berhadapan dengan cabaran penyesuaian


berjauhan dengan keluarga iaitu kerinduan. Terdapat pelajar yang tidak pernah
berjauhan dengan keluarga. Pelajar berasa rindu terhadap keluarga dan ingin pulang ke
rumah.

Saya selalu ingat mak ayah dan rindu mereka. Mereka jauh di Sabah. Saya nak
balik kampung tapi tiket kapal terbang mahal sangat. Cuti semester nanti saja
saya boleh balik. (S17)

Kadang-kadang saya menangis bila teringatkan mak dan ayah. (S26)

6) Apakah strategi yang digunakan oleh pelajar tahun pertama PPISMP di Institut
Pendidikan Guru untuk menghadapi cabaran penyesuaian?

Analisis data temu bual mendapati bahawa pelajar menggunakan pelbagai strategi bagi
menangani cabaran penyesuaian yang dihadapi seperti bersikap optimistik,
mendapatkan sokongan, membuat perancangan dan membuat perubahan. Rajah 3
menunjukkan tema dan sub tema strategi yang digunakan.

Ĕēĕ
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Matlamat Bersyukur
(60%) (20%)

Optimistik Keluarga
Diri (50%)
(56.7%)

Dapatkan Rakan
Perubahan Strategi (56.7%)
sokongan

Usaha (63.3%)
Pensyarah
(20%)
Perancangan

membuat Aktiviti luar


jadual (73.3%) (40%)

Rajah 3. Peta tematik strategi yang digunakan untuk menghadapi cabaran penyesuaian.
Peratusan dalam tanda kurung mewakili kekerapan sokongan subtema.

Keputusan kajian menunjukkan antara strategi yang digunakan oleh pelajar untuk
berhadapan dengan cabaran penyesuaian akademik dan sosial pada fasa transisi ialah
bersikap optimis. Pelajar lebih fokus kepada matlamat mereka berada di IPG dan
bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran di IPG.
Saya tengok balik kenapa saya berada di sini dan apa matlamat saya di sini.
(S11)

Ingat balik matlamat datang sini. (S20)

Saya bersyukur dapat sambung belajar di IPG. Saya perlu belajar betul-betul.
(S21)
Dapatan lain memperlihat bahawa pelajar tahun pertama di IPG mendapatkan sokongan
daripada ibu bapa, keluarga dan pensyarah. Pelajar akan menghubungi ibu bapa untuk
meluahkan perasaan. Terdapat juga pelajar yang menghubungi ibubapanya setiap hari
untuk berkongsi masalah. Selain itu, pelajar turut mendapatkan sokongan daripada
rakan, pensyarah dan mentor.

Saya akan share problem dengan mak ayah saya. Saya akan menangis bila call
mereka. (S8)

Saya call mak ayah tiap hari. Saya nak balik rumah dan peluk mak ayah saya.
(S16)

Saya bertuah sebab ada kawan-kawan yang baik. Mereka selalu bagi motivasi
kat saya. Selalunya saya akan luah kepada mereka. (S19)
ĔēĖ
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Saya akan jumpa mentor dan pensyarah untuk minta nasihat. (S23)

Antara strategi yang digunakan pelajar adalah membuat perancangan dan melakukan
aktiviti luar seperti bersukan dan mendaki bukit. Strategi ini merupakan langkah untuk
menangani cabaran penyesuaian tahun pertama di IPG yang mereka hadapi.

Buat jadual belajar dan disiplin dengan jadual belajar tu. (S2)

Saya dan kawan-kawan main bola jaring. Kadang-kadang kami pergi hiking.
(S17)

Di samping itu, analisis data temu bual juga mendapati pelajar tahun pertama di IPG
membuat perubahan terhadap diri mereka dan berusaha berubah ke arah yang lebih baik
dengan menerima persekitaran baharu dengan lebih positif. Selain itu, mereka juga
berusaha dengan gigih dalam akademik.

Perlu lebih positif dan menerima persekitaran baharu ini. (S10)

Berusaha lebih dalam akademik. Contohnya, buat assignment. Buat persediaan


awal, jadi saya tak akan lewat hantar assignment.(S6)

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penyesuaian akademik dan sosial pelajar
tahun pertama di IPG berada pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, terdapat
pelajar yang mempunyai tahap penyesuaian akademik dan sosial yang rendah. Pelajar
turut berhadapan dengan cabaran akademik dan sosial pada fasa transisi tahun pertama
di IPG. Bagi menangani cabaran penyesuaian akademik dan sosial pada fasa transisi,
pelajar menggunakan pelbagai strategi bagi mengekalkan kesejahteraan fizikal dan
psikologikal.

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN


Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya mencapai objektif dan menjawab
persoalan kajian. Selain itu, selari dengan pengkaji lain (Tinto, 1996; Baker & Siryk,
1999; Wintre, Bowers, Gordner, & Lange, 2006), pelajar tahun pertama di institut
pengajian tinggi berhadapan dengan cabaran penyesuaian akademik dan sosial. Pelajar
tahun pertama di IPG berhadapan dengan cabaran tugasan akademik, persekitaran
akademik, pengurusan masa, dan motivasi. Dapatan ini selaras dengan pendapat Baker
dan Siryk (1999) bahawa pelajar yang mengalami masalah penyesuaian cenderung rasa
kurang mempunyai kawalan terhadap usaha akademik, tidak stabil dan matlamat yang
tidak sesuai dengan usia dan penilaian kendiri yang kurang realisitik. Di samping itu,
pelajar yang mengalami masalah penyesuaian akan mengalami kesukaran akademik
seperti memahami tugasan dan pengurusan masa belajar. (Wintre, Bowers, Gordner, &
Lange, 2006). Penyesuaian akademik merupakan satu aspek yang penting kepada
seorang yang bergelar pelajar. Pelajar perlu bersedia dan terlibat dalam aktiviti
akademik (Hoffman & Julie, 2012) untuk membolehkan penyesuaian yang baik berlaku.
Pelajar tahun pertama di IPG masih mengharapkan pensyarah menyediakan bahan
berkaitan pembelajaran seperti di sekolah. Hakikatnya, sistem pembelajaran dan
pengajaran di IPG berbeza berbanding di sekolah kerana di IPG lebih berfokuskan
Ĕēė
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
pelajar. Pelajar perlu mengakses maklumat berkaitan tugasan dengan sendiri. Selaras
dengan dapatan Beder (1997) bahawa pelajar tahun pertama di universiti mengalami
kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan gaya pengajaran di universiti berbanding di
sekolah. Di samping itu, pelajar tahun pertama di IPG turut berhadapan dengan cabaran
penyesuaian berkaitan motivasi. Pelajar kurang keyakinan diri untuk meneruskan
pengajian dan berasa tidak layak untuk bergelar seorang guru. Dalam fasa transisi,
pelajar akan mengubah konsepsi dan perasaan berkaitan diri mereka serta mula
meneroka dan bereksperimen dengan tingkah laku yang mengundang kemudaratan
(Baumrind, 1987). Salah penyesuaian juga boleh terjadi apabila pelajar tidak dapat
membuat persepsi yang tepat tentang realiti hidupnya pada masa itu dan tidak mampu
untuk menangani tekanan dan kebimbangan. Imej diri yang negatif menyebabkan
mereka tidak mampu untuk meluahkan emosi yang terpendam dan mempunyai
hubungan interpersonal yang kurang baik dengan persekitaran (Noor Azniza, 2005).

Selain itu, pelajar juga berhadapan dengan cabaran penyesuaian sosial. Penyesuaian
sosial memperlihat tahap kejayaan pelajar berurusan dengan tuntutan sosial dalam
persekitaran institusi pengajian tinggi (Baker & Siryk,1999). Ini bermaksud semakin
pelajar dapat menyesuaikan diri dengan tuntutan sosial di IPG seperti hubungan dengan
rakan, pensyarah, dan staf, maka pelajar dikatakan berjaya membuat penyesuaian sosial.
Pelajar tahun pertama PPISMP di IPG berhadapan dengan cabaran kurang kemahiran
sosial. Mereka sukar untuk berkawan dan mempunyai masalah dengan rakan yang
berbeza budaya, bangsa dan agama. Dapatan ini selari dengan pengkaji terdahulu
bahawa pelajar akan mengalami masalah penyesuaian sekiranya cenderung isolasi dan
sukar untuk berkawan (Tinto, 1993). Justeru, pelajar perlu berhadapan dengan cabaran
interpersonal seperti membina perhubungan baharu dengan rakan-rakan, membangun
kemahiran belajar dan mengubah suai perhubungan sedia ada antara ibu bapa dan
keluarga mereka (Parker, Summerfeldt, Hogan, & Majeski, 2004; Tinto, 1996). Di
samping itu, penilaian kendiri dan tret juga turut mempengaruhi penyesuaian pelajar.
Kajian-kajian lalu mendapati kepelbagaian perbezaan individu adakalanya menghalang
atau memudahkan proses penyesuaian (Aspinwall & Taylor, 1992; Becker, 2008;
Brooks & DuBois, 1995; Wintre & Sugar, 2000). Individu yang mempunyai sifat
mudah bergaul, sependapat, bersifat terbuka dan mempunyai emosi yang stabil mudah
membuat penyesuaian dengan membina hubungan sosial baharu dan lebih bersedia
untuk meneroka persekitaran baharu (Credé & Niehorster, 2012). Pelajar tahun pertama
di IPG juga mengalami kerinduan kepada keluarga. Dapatan ini disokong kajian lalu
bahawa krisis yang sering terjadi kepada pelajar tahun pertama melibatkan kesukaran
dalam penyesuaian sosial seperti perasaan kerinduan kepada keluarga, kesunyian
kesukaran bersosial atau berkawan dan kesukaran dalam mengurus masa dan kemahiran
belajar (Belay Ababu, Belete Yigzaw, Dinku Besene, & Getinet Alemu, 2018). Pelajar
tahun pertama PPISMP di IPG juga didapati mempunyai persepsi negatif terhadap
aktiviti sosial dan tertekan apabila perlu melakukan aktiviti sosial. Penglibatan dan
perhubungan sosial merupakan bahagian penting dalam penyesuaian (Enochs & Roland,
2006) di IPG.

Bagi menangani cabaran penyesuaian akademik dan penyesuaian sosial pada fasa
transisi pelajar tahun pertama di IPG, pelajar telah menggunakan pelbagai strategi.
Antaranya, pelajar bersikap optimistik, mendapatkan sokongan daripada keluarga, ibu
ĔēĘ
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
bapa dan pensyarah, membuat perancangan dan melakukan perubahan terhadap diri
serta peningkatan usaha. Sokongan sosial turut berperanan mempengaruhi penyesuaian
pelajar di institut pengajian tinggi. Sokongan sosial merupakan mekanisme dan sumber
penyumbang yang membolehkan pelajar membuat penyesuaian terhadap persekitaran
akademik dan sosial yang baharu (Maton 1989; Schneider &Ward 2003). Pelajar
mungkin mengalami kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan tuntutan persekitaran
institut pengajian tinggi, namun struktur sokongan sosial yang mantap dapat membantu
pelajar membuat penyesuaian dengan lebih pantas (Credé & Niehorster, 2012). Selain
itu, perapatan ibu bapa memainkan peranan penting dalam membina rasa selamat dalam
diri individu. Bishop, Hansen, Keil dan Phoenix (2019) mendapati perapatan ibu bapa
yang kuat merupakan asas kepada rasa selamat pelajar tahun pertama untuk meneroka
persekitaran baharu di universiti.
Kesimpulannya, pelajar tahun pertama PPISMP di IPG berhadapan dengan cabaran
penyesuaian akademik dan sosial pada fasa transisi mereka dari sekolah ke IPG.
Sekiranya mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan tidak
mampu melantun balik daripada kesukaran, mereka akan berhadapan dengan tekanan
dan masalah psikologikal lain. Kajian ini diharapkan dapat membantu dalam
menyalurkan maklumat berkaitan cabaran penyesuaian akademik dan sosial. Dapatan
kajian membuktikan bahawa masalah penyesuaian bukan sahaja berlaku di universiti
dan kolej, malah pelajar di IPG turut mengalami masalah penyesuaian. Kajian ini juga
mendedahkan strategi penyesuaian yang digunakan pelajar untuk menangani cabaran
yang dihadapi. Justeru, diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu kaunselor,
pensyarah, mentor dan pentadbir di IPG untuk menyediakan intervensi atau program
bagi membantu pelajar PPISMP melalui proses penyesuaian dengan jayanya dan
meningkatkan tahap penyesuaian pelajar pada fasa transisi dan fasa seterusnya.

Ĕēę
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Rujukan
Aminah Hasbullah, Irma Wani Othman, Norazah Mohd Suki, Muhammad Safuan
Yusuff, Herlina Jupiter, Rudie Adie Razak. (2016). Pengalaman tahun pertama
pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Sabah. Labuan e-Journal of Muamalat
and Society, 11 (2017). pp. 77-85. ISSN 1985-482X. Diakses daripada
http://eprints.ums.edu.my/19550/
Atwater, E. (1979). Psychology of adjustment. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
Ashwini, R., & Barre, V. (2014). Stress and adjustment among college students in
relation to their academic performance. Indian Journal of Health and
Wellbeing, 5(3), 288-292. Diakses daripada http://www.i-
scholar.in/index.php/ijhw/article/view/53047

Aspinwall, L. G., & Taylor, S. E. (1992). Modeling Cognitive Adaptation: A


Longitudinal Investigation of the Impact of Individual Differences and Coping on
College Adjustment and Performance. Journal of Personality and Social
Psychology, 63(6), 989–1003. https://doi.org/10.1037/0022-3514.63.6.989
Atwater, E. (1979). Psychology od Adjustment. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
Nor Hashimah Abu Bakar, Zulkifley Mohamed, Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah &
Siti Ilyana Mohd Yusof. (2015). JuKu JuKu. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik, (April), 1–12.
Baker, R.W, & Siryk, B. (1999). SACQ: Student Adaptation to College Questionnaire
Manual. Los Angeles: Western Psychological Services.
Baker, Robert W, & Siryk, B. (1984). Measuring Adjustment to College. Journal of
Counseling Psychology, 31(2), 179–189.
Baker, S. R. (2004). Intrinsic, Extrinsic, and Amotivational Orientations : Their Role in
University. Current Psychology: Developmen, Learning, Personality, Social,
23(3), 189–202. https://doi.org/10.1007/s12144-004-1019-9
Belay Ababu, G., Belete Yigzaw, A., Dinku Besene, Y., & Getinet Alemu, W. (2018).
Prevalence of Adjustment Problem and Its Predictors among First-Year
Undergraduate Students in Ethiopian University: A Cross-Sectional Institution
Based Study. Psychiatry Journal, 2018, 1–7.
https://doi.org/10.1155/2018/5919743
Bishop, D. I., Hansen, A. M., Keil, A. J., & Phoenix, I. V. (2019). Parental Attachment
and Adjustment to College: The Mediating Role of Avoidant Coping. The Journal
of Genetic Psychology, 180(1), 31–44.
https://doi.org/10.1080/00221325.2019.1577797
Conley, D. T. (2007a). Redefining College Readiness. (March).
Conley, D. T. (2007b). The Challenge of College Readiness. 64(7), 23–29.
Credé, M., & Niehorster, S. (2012). Adjustment to College as Measured by the Student
Adaptation to College Questionnaire : A Quantitative Review of its Structure and
Relationships with Correlates and Consequences. 133–165.
https://doi.org/10.1007/s10648-011-9184-5
Darlaston-Jones, D., Pike, L., Cohen, L., Young, A., Haunold, S., & Drew, N. (2003).
Are they being served? Student expectations of higher education. Issues in
Educational Research, 13(1), 31–52.
Dawborn-Gundlach, L. M. (2015). The experience of transition and adjustment for
mature-age, undergraduate students in their first year of university (University of
ĔēĚ
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Melbourne). Diakses daripada https://minerva-
access.unimelb.edu.au/handle/11343/91743
Dawborn-Gundlach, M., & Margetts, K. (2018). Social Adjustment and Transition to
University for Mature-Age, Undergraduate Students. Journal of Education &
Social Policy, 5(1), 88–96. Diakses daripada www.jespnet.com
Demaray, M. K., Malecki, C. K., Davidson, L. M., Hodgson, K. K., & Rebus, P. J.
(2005). The relationship between social support and student adjustment: A
longitudinal analysis. Psychology in the Schools, 42(7), 691–706.
https://doi.org/10.1002/pits.20120
Feldt, R. C., Graham, M., & Dew, D. (2011). Measurement and Evaluation in
Counseling and Development. https://doi.org/10.1177/0748175611400291
Gerdes, H., & Mallinckrodt, B. (1994). Emotional, Social, And Academic Adjustment
of College Students: A Longitudinal Study of Retention. Journal of Counseling &
Development, 72, 281–288.
Hair, J.F., Black, W.C., Babin, B.J. and Anderson, R.E. (2010). Multivariate Data
Analysis. 7th Edition. New York: Pearson.
Horgan, A., Sweeney, J., Behan, L., & McCarthy, G. (2016). Depressive symptoms,
college adjustment and peer support among undergraduate nursing and midwifery
students. Journal of Advanced Nursing, 72(12), 3081–3092.
https://doi.org/10.1111/jan.13074
Huon, G., & Sankey, M. (2000). The transition to University Understanding differences
in success. In 6th Pacific Rim First Year in Education Conference: Changing
Agendas, University of Canterbury, Christchurch, New Zealand, 8–10.
Julia, M., & Veni, B. (2012). An analysis of the factors affecting students’ adjustment at
a University in Zimbabwe. International Education Studies, 5(6), 244–250.
https://doi.org/10.5539/ies.v5n6p244
Kantanis, T. (2002). Same or different: Issues that affect mature age undergraduate
students’ transition to university. In 6th Proceedings, Pacific Rim, First Year in
Higher Education Conference: Changing Agendas-Te Ao Hurihuri, Vol.5, No.7.
Larose, S., & Boivin, M. (1998). Attachment to parents, social support expectations, and
socioemotional adjustment during the high school-college transition. Journal of
Research on Adolescence, 8(1), 1–27. https://doi.org/10.1207/s15327795jra0801_1
Lazarus, R. S. (1976). Patterns Of Adjustment (3rd Ed.). London: McGraw-Hill
Kogakusha, Ltd.
Martin, W. E., Swartz-Kulstad, J. L., & Madson, M. (1999). Psychosocial Factors That
Predict the College Adjustment of First-Year Undergraduate Students:
Implications for College Counselors. Journal of College Counseling, 2(2), 121–
133. https://doi.org/10.1002/j.2161-1882.1999.tb00150.x
Nasrudin Subhi, Lee Chui Pei, Salina Nen, Norshaffika Izzaty Zaiedy Nor, Khadijah
Alavi & Norulhuda Sarnon. (2011). Penyesuaian Diri dan Cara Gaya Tindak
Pelajar Sabah dan Sarawak di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Jurnal
Personalia Pelajar, Bil 14 : 69-79.
Noor Azniza Ishak. (2005). Perbandingan kesan intervensi kelompok singkat fokus
'Rebt' dan tingkah laku terhadap salah penyesuaian. Tesis tidak diterbitkan. Pulau
Pinang: USM.
Nyamayaro, P. C., & Saravanan, C. (2013). The relationship between adjustment and
negative emotional states among first year medical students. Asian Journal of
Ĕēě
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Social Science & Humanities, 2(3), 270–278.
Parameswaran, E.G. & Beena, C. (2004). An invitation to psychology. Hyderabad:
Neelkamal Publication Pvt. Ltd.
Parker, J. D. A., Summerfeldt, L. J., Hogan, M. J., & Majeski, S. A. (2004). Emotional
intelligence and academic success: Examining the transition from high school to
university. Personality and Individual Differences, 36(1), 163–172.
https://doi.org/10.1016/S0191-8869(03)00076-X
Parker, J., Duffy, J., Wood, L., Bond, B., & Hogan, M. (2005). Academic Achievement
and Emotional Intelligence: Predicting the Successful Transition from High School
to University. Journal of The First-Year Experience & Students in Transition,
17(1), 67–78.
Puff, J., Kolomeyer, E., McSwiggan, M., Pearte, C., Lauer, B. A., & Renk, K. (2016).
Depression as a mediator in the relationship between perceived familial criticism
and college adaptation. Journal of American College Health, 64(8), 604–612.
https://doi.org/10.1080/07448481.2016.1210612
Quan, L., Zhen, R., Yao, B., & Zhou, X. (2014). The effects of loneliness and coping
style on academic adjustment among college freshmen. Social Behavior and
Personality: An international journal, 42(6), 969-978.
Ribbe, R. J., Cyrus, R., & Langan, E. (2016). Exploring the Impact of an Outdoor
Orientation Program on Adaptation to College. Journal of Experiential Education,
(1991), 1–15. https://doi.org/10.1177/1053825916668900
Schneider, M. E., & Ward, D. J. (2003). The Role of Ethnic Identification and Perceived
Social Support in Latinos’ Adjustment to College. Hispanic Journal of Behavioral
Sciences, 25(4), 539–554. https://doi.org/10.1177/0739986303259306
Shankland, R., Genolini, C., Franca, L. R., Guelfi, J. D. & Ionescu, S. (2010). Student
adjustment to higher education: the role of alternative educational pathways in
coping with the demands of student life. Higher Education, 59, 353–366.
Stallman, H. M. (2010). Psychological distress in university students: A comparison
with general population data. Australian Psychologist, 45(4), 249–257.
https://doi.org/10.1080/00050067.2010.482109
Titchie, J. & Lewis, J.(2003). Qualitative Research Practice; A Guide for Social Science
and Researchers, Sage Publication Ltd. Diakses daripada
https://mthoyibi.files.wordpress.com/2011/10/qualitative-research-practice_a-
guide-for-social-science-students.
Tinajero, C., Martínez-López, Z., Rodríguez, M. S., Guisande, M. A., & Páramo, M. F.
(2015). Gender and socioeconomic status differences in university students’
perception of social support. European Journal of Psychology of
Education, 30(2), 227-244.
Tinto, V. (1996). Reconstructing the First Year of College. Planning for Higher
Education, 25, 1–6.
Tugade, M. M., & Fredrickson, B. L. (2004). Resilient individuals use positive emotions
to bounce back from negative emotional experiences. Journal of personality and
social psychology, 86(2), 320.
Wilcox, P., Winn, S., & Fyvie-Gauld, M. (2005). “It was nothing to do with the
university, it was just the people”: The role of social support in the first-year
experience of higher education. Studies in Higher Education, 30(6), 707–722.
https://doi.org/10.1080/03075070500340036
ĔēĜ
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Wintre, M. G., Bowers, C., Gordner, N., & Lange, L. (2006). Re-evaluating the
university attrition statistic: A longitudinal follow-up study. Journal of Adolescent
Research, 21(2), 111-132.
Wintre, M. G., & Yaffe, M. (2000). First-year students’ adjustment to university life as
a function of relationships with parents. Journal of Adolescent Research, 15(1), 9–
37. https://doi.org/10.1177/0743558400151002

ĔĔē
JURNAL IPDA BIL. 27, TAHUN 2020
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai