"BUGHAH / PEMBERONTAKAN"
DISUSUN OLEH
KELOMPOK 2
1. Elis
2. Muayyad Fadil
3. Ririn Puspita
4. Sitti Maryam safiah
Penyusun
DAFTAR ISI
Kata Pengantar ………………………………………………..............................i
Daftar Isi ………………………………………………………...........................ii
Bab I. Pendahuluan …………………………………………..............................1
Bab II. Pembahasan …………………………………………..............................3
Bab III. Penutup ………………………………………………. ..........................13
Daftar Pustaka ………………………………………………..............................14
BAB I
PENDAHULUAN
A. LATAR BELAKANG
Perdamaian adalah salah satu prinsip yang ditanamkan oleh ajaran Islam
kepada kaum muslimin, karena kata Islam yang menjadi nama agama berasal dari
kata As-Salaam yang artinya perdamaian. Karena As-salam dan Al-islam itu
sama-sama bertujuan menciptakan ketentraman, keamanan, dan ketenangan. Akan
tetapi jika hubungan yang semestinya terjalin itu menjadi pecah,dan putusnya tali
persaudaraan, sehingga sebagian berbuat dzalim kepada yang lain, maka pada saat
itu kaum bughat (pemberontak) wajib diperangi. Pemberontakan menurut arti
bahasa adalah mencari atau menuntut sesuatu . Sedangkan menurut istilah terdapat
beberapa definisi yang dikemukakan oleh ulama mazhab yang berbeda-beda.
1. Imam Al-Mawardi mendefinisikan pemberontakan adalah segala larangan
syara’ (melakukan hal-hal yang dilarang dan meninggalkan hal-hal yang
diwajibkan) yang diancam dengan hukuman had atau ta’zir.
2. Sedangkan ulama syafi’i mengartikan pemberontakan adalah orang-orang
muslim yang menyalahi imam dengan cara tidak mentaatinya dan melepaskan diri
darinya atau menolak kewajiban dengan memiliki kekuatan, argumentasi, dan
pikiran.
Dalam hal ini, antara perampokan dengan pemberontakan terdapat beberapa
kemiripan. Sehubungan dengan adanya kemiripan tersebut, maka orang-orang
yang memerangi Allah dan Rasulnya dan tidak mau tunduk kepada pemerintahan
di bagi menjadi tiga kelompok, yaitu :
1. orang-orang yang membangkang tanpa alasan, baik dengan menggunakan
kekuatan maupun tidak dengan kekuatan, mereka mengintimidasi, mengambil
harta, dan membunuh korbannya. Mereka ini termasuk kelompok perampok.
2. Orang-orang yang membangkang tetapi mereka tidak memiliki kekuatan,
meskipun mereka mempunyai alasan. Mereka juga termasuk kelompok perampok.
3. Orang-orang yang membangkang kepada pemerintahan yang sah dengan
alasan pemerintahannya menyeleweng, melakukan maksiat, dan lain-lain yang
oleh mereka dianggap bertentangn dengan prinsip-prinsip Islam, lalu mereka
menggunakan kekuatan untuk mencapai tujuannya. Mereka inilah yang disebut
dengan pelaku pemberontakan.
B. RUMUSAN MASALAH
A. Apa itu Bughah (Pemberontakan)?
B. Hikamah Dilarngnya Bughah (Pemberontakan)?
C. Apa hukuman kaum Bughah (Pemberontakan)?
C. TUJUAN
1. Agar kita mengetahui apa itu bughah
2. Agar kita mengetahui Apa hikamh dilarangya bughah
3. Agar kita mengetahui Apa hukuman bagi bughah
BAB II
PEMBAHASAN
َو ِإْن َطاِئَفَتاِن ِم َن اْلُم ْؤ ِمِنيَن اْقَتَتُلوا َفَأْص ِلُح وا َبْيَنُهَم ا َفِإْن َبَغْت ِإْح َداُهَم ا َع َلى اُأْلْخ َر ى َفَق اِتُلوا اَّلِتي َتْبِغ ي َح َّتى
… َتِفيَء ِإَلى َأْمِر ِهَّللا
“Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah
antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas
kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia
kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). Jika ia
telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku
saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan”
Sementara Al-Sunnah terdapat beberapa penjelasan terhadap perbuatan
Bughah.
Antaranya adalah seperti berikut;
1. Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud;
Siapa yang telah menghulurkan tangan dan hatinya (memberi bai`ah atau
kesetiaan) kepada seseorang pemimpin, maka hendaklah dia mentaatinya selagi
termampu. Sekiranya datang seorang lain yang coba menentangnya (memerangi
pemimpin yang dibai`ah itu) maka pancunglah kepala penentangnya itu”.
Riwayat Muslim
2. Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya
;
“Siapa yang melihat sesuatu perkara yang ia tidak sukai daripada ketuanya maka
hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya siapa yang berpisah daripada jamaah
walaupun sejengkal lalu dia mati maka matinya adalah mati jahiliah”. HR al-
Bukhari dan Muslim
3. Dari pada `Awf bin Malik al-Asja`i, beliau berkata yang bermaksud :
“Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda; Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang
kamu kasihi mereka dan mereka kasihi kamu, kamu mendoakan mereka dan
mereka mendoakan kamu. Seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang kamu
benci dan mereka bencikan kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat
kamu. Kami berkata; Wahai Rasulullah s.a.w., bolehkah kami memerangi
mereka? Baginda menjawab; Jangan selagi mereka bersembahyang bersama
kamu kecuali orang yang diperintah oleh seorang pemimpin yang melakukan
maksiat maka hendaklah dia membenci maksiat yang dilakukannya itu dan
janganlah sekali-kali kamu mencabut ketaatan”. (Riwayat Muslim dan Ahmad)
4. Daripada Huzayfah bin al-Yaman r.a. berkata yang bermaksud bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada selepasku para pemimpin yang tidak
mengikut petunjukku dan tidak melakukan sunnahku. Akan ada di kalangan kamu
pemimpin yang hatinya seperti hati syaitan dalam jasad manusia. Aku (Huzaifah)
bertanya; Bagaimana harus aku lakukan jika aku sempat hidup dalam suasana
itu ya Rasulullah. Jawab baginda; Kamu dengar dan taat walaupun dia menyebat
kamu dan mengambil harta kamu, hendaklah kamu dengar dan taat. (Riwayat
Muslim, al-Baihaqi dan lain-lain)
5. Daripada Ubadah bin al-Somit beliau berkata yang bermaksud; Kami telah
membaiah Rasulullah s.a.w. untuk dengar dan taat dalam keadaan kami suka
atau benci, kami senang atau susah, mengutamakan pemimpin daripada diri kami
dan untuk tidak menentang pemimpin melainkan terdapat kekufuran yang jelas
hukumnya dalam agama Allah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
6. Daripada Abu Zar bahawa Rasulullah s.a.w. berkata yang
bermaksud; Wahai Abu Zar, bagaimanakah kamu sekiranya nanti kamu berada di
bawah pemimpin yang tamak dan tidak membahagikan harta harta al-fai` ini?.
Jawab Abu Zar; Demi Allah yang mengutuskan tuan dengan kebenaran, aku akan
pikulkan pedang atas bahuku dan memeranginya sehingga aku bertemu tuan.
Baginda pun bersabda; Mahukah jika aku tunjukkan kepadamu yang lebih baik
daripada itu? Iaitu engkau bersabar sehingga engkau menemuiku. (Riwayat
Imam Ahmad, dalam sanadnya terdapat perawi bernama Khalid bin Wahaban ,
Ibnu Hibban menthiqahkannya manakala Abu Hatim pula mengatakannya majhul)
3. Bughah Menurut Pandangan Ulama
1. Imam Ghazali r.h. dalam kitabnya al-Iqtisad fi al-
I`tiqad mengatakan”….persoalan-persoalan ini membangkitkan pertentangan
dan sesiapa yang dapat menghindarkan diri daripadanya lebih selamat
daripada orang yang mencampuri atau terlibat dalamnya, meskipun pendirian
yang diambilnya benar, apa lagi jika memilih jalan yang salah…”
2. Ibn Abi al-`Iz pula berkata,…”adapun wali al-Amri berkemungkinan ia
menyuruh supaya tidak taat kepada Allah S.W.T., ia tidak boleh ditaati
melainkan dalam lingkungan taat kepada Allah S.W.T. dan Rasul-Nya.
Adapun kemestian taat kepada mereka (dalam perkara yang bukan maksiat
kepada Allah S.W.T.) walaupun mereka zalim ialah kerana tidak mentaati
mereka akan mengakibatkan kerosakan yang berganda-ganda melebihi yang
dihasilkan daripada kezaliman mereka. Bahkan sabar terhadap kezaliman
mereka mengkifaratkan dosa-dosa, menambahkan pahala. Allah S.W.T tidak
menurunkan orang zalim ke atas kita melainkan kerana kerosakan perbuatan
kita. Balasan adalah sesuai dengan amalan. Maka kita hendaklah berusaha
bersungguh-sungguh beristighfar, bertaubat dan memperbaiki amalan. Firman
Allah S.W.T. yang berbunyi :
“Atau setiap kali musibah menimpa kamu, sesungguhnya Ia telah menimpa
kamu musibah yang seumpamanya. Kamu bertanya, dari manakah musibah ini.
Katakanlah wahai Muhammad ia datang daripada diri kamu sendiri”. (Ali Imran
ayat 165)
Dan Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud;
“Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang
zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan”. (Al-An`am ayat
129)
Apabila rakyat mau membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah mereka
maka mereka hendaklah meninggalkan kezaliman yang sedang mereka lakukan”.
(Syarh al-`Aqidati al-Tohawiyah, juz 2, hal. 542,)
3. Syeikh Muhammad bin Abdullah bin Sabil berkata, “…kesabaran ke atas
kezaliman imam (pemerintah) selain daripada yang wajib dari segi syarak adalah
lebih ringan mudharatnya daripada bangun menentangnya dan menggugurkan
ketaatan daripada mereka. Ini kerana natijah terhadap penentangan terhadap
mereka membawa kerosakan yang sangat besar. Kemungkinan bangun menentang
mereka akan membawa fitnah yang berpanjangan dan merebak kemudharatannya
yang membawa pertumpahan darah, mencabuli kehormatan, merampas harta
benda dan lain-lain lagi kemudaratan yang banyak dan musibah yang besar ke atas
negara dan rakyat”.( al-Adillatu al-Syar`iyyah fi Bayani Haqqi al-Raa`iyyah.
Riyadh)
4. Budaya `isyan bukanlah budaya Islam, menurut ahli sunnah wal jamaah
kerana ia adalah daripada sifat-sifat iblis. Jika berlaku kezaliman daripada
pemerintah, apa yang mesti dilakukan ialah menjalankan gerakan mengislah
rakyat supaya memperbaiki kerosakan yang mereka lakukan kerana kezaliman
pemerintah itu adalah diutus oleh Allah S.W.T. sebagai balasan atas kerja-kerja
jahat yang mereka lakukan. Apabila rakyat berjalan di atas landasan yang benar
dan berada dalam keadaan yang diredhai oleh Allah S.W.T. maka Allah S.W.T.
akan menarik balasannya dengan memilih dan melantik orang yang adil menjadi
pemerintah mereka.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
“Sesungguhnya akan berlaku selepas zaman kamu kekecohan dan perkara-
perkara yang tidak menyenangkan kamu. Sahabat-sahabat bertanya, apakah
yang patut kami lakukan? Baginda bersabda, “kamu hendaklah menunaikan hak-
hak yang wajib ke atas kamu melaksanakannya dan memohon kepada Allah hak-
hak yang diperuntukkan kepada kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Al-Nawawi berkata, “hadits ini menggesa supaya mendengar dan taat
walaupun orang yang memerintah itu zalim. Maka berilah hak ketaatan kepadanya
dan jangan menentangnya dan jangan melucutkan jawatannya, bahkan hendaklah
berdoa kepada Allah S.W.T. supaya menarik balik siksaan-Nya, berusaha
menolak kejahatan dan menjalankan usaha islah”. (Syarh al-Nawawi li Sahih al-
Muslim, juz 12, hlm. 232)
5. Sahl bin Abdullah al-Tastari berkata, “…manusia sentiasa berada dalam
kebaikan selama mana mereka membesarkan pemerintah dan ulama`. Jika mereka
membesarkan kedua-dua institusi ini, Allah akan memperbaiki dunia dan akhirat
mereka dan jika mereka merendahkan kedua-dua institusi ini, binasalah dunia dan
akhirat mereka”. (al-Jami` li Ahkam al-Quran, juz 5 hal. 260)
Hasanuddin. Nor, Lc, Ma, dkk, Fiqh Sunnah 3 ,Jakarta, Pena Pundi Aksara,
2006
Marsum. Drs, Jinayat, Yogyakarta, UII Yogyakarta, 1991
Wardi Muslich. Ahmad, Drs, H, Hukum Pidana Islam, Jakarta, 2005
http//anakaceh.com