Anda di halaman 1dari 2

Peribahasa

Peribahasa

Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud yang
tertentu
Peribahasa dibahagikan kepada 6 kategori:
Simpulan bahasa
Perumpamaan
KIasan
Pepatah
Bidalan
Kata-kata hikmat

16.1 Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.


Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat
dan padat.
Contoh simpulan bahasa:

Contoh Maksud

Air Muka Rupa atau wajah yang menggambarkan perasaan seseorang

Baik hati Suka menolong, mudah simpati dan pengasih

Cari Jalan Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Tangkai
Orang yang kedekut
jering

Tidak sedar, tidak insaf, tidak ingat akan keadaan dirinya yang sebelum itu lebih
Lupa diri
susah.

16.2 Kiasan

Kiasan ialah bentuk ungkapan yang mengambarkan perlakuan (sifat seseorang) atau benda
secara bandingan.
Bandingan yang digambarkan itu adalah jelas dan nyata.
Contoh kiasan:
Angkuh seperti merak
Bersinar seperti permata
Cantik seperti bidadari
Garang seperti harimau
Kuning seperti kunyit
Tajam seperti sembilu

16.3 Pepatah

Pepatah ialah peribahasa yang berangkap dan terdapat kata yang berulang di dalamnya.
Pepatah juga digunakan untuk menyatakan sesuatu penegasan, falsafah, atau pengajaran yang
hendak disampaikan.
Contoh pepatah:

Contoh Maksud

Kais pagi makan pagi, kais Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau
petang makan petang tidak bekerja tidak makan).

Kerana pulut santan binasa,


Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.
kerana mulut badan binasa

Hutang emas boleh dibayar, Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya,
hutang budi dibawa mati kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang.

16.4 Bidalan
www.pand
Bidalan ialah peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang
membentuknya.
Bidalan tidak mengandungi sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan.
Contoh bidalan:

Contoh Maksud

Indah khabar daripada rupa Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Melentur buluh biarlah ketika


Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
rebung

Nasi sudah menjadi bubur Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi.

Sudah terhantuk baru


Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat.
tengadah

Berbuat sesuatu atau bertindak atau berbelanja mengikut


Ukur baju di badan sendiri
kemampuan diri sendiri.

16.5 Kata-Kata Hikmat

Peribahasa yang terbit daripada ayat-ayat suci dalam kitab-kitab atau daripada percakapan
serta penulisan oleh seseorang yang dihormati dan terbilang.
Kata-kata tersebut mengandungi falsafah atau pengajaran yang berguna sebagai panduan
hidup.
Contoh kata-kata hikmat:
Bahasa menunjukkan bangsa.
Bersatu teguh, bercerai roboh.
Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang.
Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman

© 2023 Pandai.org Hakcipta Terpelihara Didikan penuh  dari Malaysia

Anda mungkin juga menyukai