Anda di halaman 1dari 8

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,

DURIAN DAUN,
75400 MELAKA

KERJA KURSUS
SEMESTER 3 TAHUN 2023

NAMA PELAJAR: NUR A’ISYATULHUMAIRA’ BINTI


MOHAMAD IKHSAN
ANGKA GILIRAN: 2022142380040
NOMBOR KAD PENGENALAN: 951211-01-6672

KUMPULAN/UNIT: PDP PI2

KOD DAN NAMA KURSUS: PIMK2283DR


NAMA PENSYARAH: MOHD IBROHIM BIN MD TAHA
TARIKH HANTAR: 22.07.2023

Pengakuan Pelajar Menerima Maklum Medium:-


Balas Daripada Pensyarah

Tanda Tangan: Tarikh: 22.07.2023

Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja


Markah Selepas
Moderasi
NO. MARKAH
TUGASAN
Pemeriksa Pemeriksa Pemeriksa
1 2 3 Markah dalam 100 %

JUMLAH

1
1.0 Pengenalan

1.1 Definisi Tarannum…………………………………….. 3


1.2 Definisi Tartil…………………………………………… 3
1.3 Kaedah pembacaan Al-Quran ……………………… 3
1.4 Definisi Murattal dalam ilmu Qiraat …………………4

2.0 Bagaimana Kaedah tarannum dan murattal

mampu membantu meningkatkan penguasaan

ilmu tajwid?.................................................................................. 5

3.0 Bagaimana kaedah tarannum dan murattal membantu

meningkatkan pembacaan Al-Quran……………………………….6

4.0 Penutup………………………………………………………………7

5.0 Rujukan ……………………………………………………………..8

2
1.0 Pengenalan
Al-Quran merupakan wahyu daripada Allah S.W.T untuk kita mendalami dan
mengahayati isi kandungan nya dan memnafaatkan segala ilmu yang datang daripada
nya. Terdapat panduan dan hukum-hakam yang boleh digunapakai setiap zaman. Ia
juga terdapat keistimewaan yang tidak terdapat pada kitab samawi lain kerana Al-Quran
mempunyai seni bacaan yang tinggi dengan keseniaan lagu dan bentuk ayatnya.
Menurut kamus Al-Mu’jam al-A’rabi al- asasi, Al-quran merupakan Kalamullah yang
diturunkan ke atas RasulNya Nabi Muhammad S.A.W yang ditulis didalam bentuk
mushaf berdasarkan firman Allah S.W.T :
َ ُ َ ُ َّ َّ ࣰ ُ ٰۡ َۤ
﴾ ٢ ﴿‫إ َّنا أ َنزل َنـ ُه ق ۡر َء أ ًنا َع َرب ّیا ل َعلك ۡم ت ۡعقلون‬
Surah Yusuf, Ayat 2
1.1 Definisi Tarannum
Menurut Muhammad Lukman, Mohd Yakub@Zulkifli, & Mustaffa(2012),
tarannum dari segi bahasa bermaksud menyanyi, mendendang dan
memperelokkan suara terhadap sesuatu. Manakala dari segi istilah ia bermaksud
suatu ilmu atau kaedah yang membicarakan tentang kepelbagaian bunyi melalui
proses-proses seperti nada, rentak dan irama yang tertentu bagi tujuan untuk
manambahakan kemerduan sesuatu bacaan Al-Quran (Nik Jaafar,2012; Mohd
Zaini, Adnan & Norakyairee,2018).
1.2 Definisi Tartil
Ibnu Manzur dalam kitabnya, Lisan al-Arab menukilkan bahawa al-tartil
Bermaksud sebaik-baik bacaan, jelas, terang dan perlahan-lahan. Manakala Ibn-
Abbas dalam penulisan kitab Ruh al-Ma‟ani mentafsirkan sebagai bacaan yang
jelas, terang makhrajnya serta perlahan-lahan. Berdasarkan firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Dan bacalah Al-Quran dengan "tartil".


Surah al-Muzammil(73): 4
1.3 Kaedah pembacaan Al-Quran
Walaupun kaedah apapun kita gunakan ketika membaca Al-Quran, ia
mestilah tidak lari daripada membacanya dengan tajwid serta makhraj yang betul
iaitu sempurna waqaf dan ibtida’ nya. Secara umum kita boleh lihat keadaan
membaca Al-Quran terbahagi kepada dua keadaan iaitu :
I. Mengikut jenis bacaan : membaca dalam keadaan biasa atau bacaan menurut
Qiraat.

3
II. Mengikut rentak bacaan : samaada bacaan murattal atau bacaan mujawwad atau
dikenali dengan bacaan berlagu.

1.4 Definisi Murattal dalam ilmu Qiraat


Bacaan murattal ialah bacaan yang menepati hukum-hukum tajwid dan meliputi
kesemua jenis bacaan Al-Quran seperti tahqiq, hadar dan tadwir tanpa tarannum.
Dengan kata erti lain, kita membaca Al-Quran dalam keadaan perlahan dan
tertib. Ia digunakan bagi mereka yang telah mahir membaca Al-Quran,bukan
untuk mereka yang baru nak mempelajari Al-Quran kerana ia menekankan dalam
aspek tadabbur pada makna serta penjagaan terhadap hukum-hakam.

4
2.0 Bagaimana Kaedah tarannum dan murattal mampu membantu meningkatkan
penguasaan ilmu tajwid?

Berdasarkan kajian, kaedah tarannum dan murattal memberi kesan besar kepada si
pembacanya terutamanya pembaca yang ingin mendalami ilmu Al-Quran dan ingin
mengetahui dengan mendalam ilmu Qiraat. Hal ini kerana, orang yang mendalami ilmu
tarannum akan lebih fokus dan dan mempunyai kosentrasi yang tinggi dan ini membantunya
untuk memelihara tajwid nya ketika membaca Al-Quran.
Bukan itu sahaja, kaedah ini dinilai dan dilihat akan potensi nya oleh kerajaan
sehinggan Kementerian Pelajaran Malaysia menubuhkan Kelas Khas Kemahiran Membaca
dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) pada tahun 1986 bagi tujuan untuk memperkasakan
kemahiran dalam kalangan pelajar dengan menggunakan kaedah mendalami ilmu
tarannum, hafazan, tajwid, Ulum Quran, Rasm Uthmani dan Qiraat al- Sab’ie. Dengan
kenyataan ini, ia membuktikan bahawa siapa yang mempelajari atau meningkatkan
kemahiran diri dengan ilmu tarannum, ia akan membantu memperbaiki kemahiran membaca
Al-Quran terutamanya dari aspek tajwid.
Tambahan lagi, demi memastikan ia berterusan memberi manfaat kepada anak-anak
islam di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia sekali lagi menginovasikan sistem
Pendidikan Al-Quran dengan memperkenalkan Tahfiz Model Ulul- Albab (TMUA) pada tahun
2014. Ini merupakan kesinambungan usaha kerajaan bagi memartabatkan tentang
keistimewaan ilmu Al-Quran kerana menyedari bahawa dengan mendalami ilmu Al-Quran
seperti Ilmu Qiraat, ia akan menjadikan proses pembelajaran akan lebih mudah kerana jiwa
yang bersih dan akal yang sihat datang daripada amalan membaca Al-Quran kerana
sanubarinya sentiasa dialunkan ayat-ayat yang memberi ketenangan pada ketenteraman
jiwa pelajar-pelajar.

5
3.0 Bagaimana kaedah tarannum dan murattal membantu meningkatkan pembacaan
Al-Quran

Tarannum merupakan kaedah yang bukan semua orang mampu mempelajari nya. Ia
perlukan kekuatan rohani dan mental untuk mengingatinya dan mengaplikasikan nya dalam
pembacaan Al-Quran. Justeru itu, kerajaan telah melahirkan Pembinaan Model Latihan
Tarannum bersepadu. Hal ini terjadi disebabkan Kerajaan cakna dan prihatin terhadap
individu yang mempunyai rasa ingin tahu untuk menroka tentang kaedah-kaedah membaca
Al-Quran seperti musyafahah, talaqqi, mujawwad dan murattal serta lain-lain.

Ini terbukti apabila kita melihat akan peningkatan kelas kemahiran Al-Quran di
Malaysia kerana banyak kemudahan yang telah disediakan dan peningkatan kesedaran
orang islam untuk mempelajari lebih mendalam ilmu tarannum walaupun hanya asasnya
sahaja. Ini akan membawa mereka kepada pembaikkan kaedah membaca dan
menggunakan tajwid yang betul ketika membaca Al-Quran.

Satu kajian telah dibuat oleh pelajar tuntutan Universiti Malaya bahawa guru pelatih
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai
dengan psikologi dan keperluan pelajar. Pengkaji mendapati bahawa wujud hubungan
signifikan antara dasar Pendidikan Malaysia dengan pengajaran guru didalam kelas. Ini
kerana Rancangan pengajaran telah diberi namun jika guru tidak mengasah kemahiran nya
dengan baik terutama dalam ilmu Al-Quran seperti tarannum, maka ia akan memberi
kesulitan dalam memberikan kefahaman kepada murid.

Murid akan lebih mudah faham dan tertarik jika gurunya sendiri yang mengalunkan
bacaan Al-Quran dengan tarannum yang tersendiri. Ia akan dapat dilakukan dengan lebih
kerap dalam proses pembelajaran didalam kelas berbanding jika perlu memanggil guru luar
untuk mengajarkan ilmu tarannum pada murid-murid. Menurut Eadil(2010), beliau mendapati
bahawa penguasaan tarannum dalam kalangan guru adalah rendah yang menyebabkan
murid tiada pendedahan untuk mendalami Teknik pembacaan Al-Quran dan penguasaan
tajwid. Maka ini lah menjadi sebab masih ramai dikalangan anak-anak islam yang masih
tidak pandai membaca Al-Quran walaupun sudah meningkat remaja.

Justeru itu, Peningkatan kelas kemahiran membaca Al-Quran dan pendedahan yang
dilakukan akan memberikan kesan yang baik dari segi aspek pembacaan Al-Quran
sekaligus individu tersebut mampu membaca dengan tajwid yang betul.

6
4.0 Penutup

Ilmu Tarannum dipercayai telah mula bertapak sekian lama di Malaysia. Menurut Nik
Jaafar (2012), sejarah pengajian Al-Quran dan Tarannum telah mula berkembang di
kepulauan Tanah Melayu seiring dengan kemunculan pedagang dan pendakwah Arab iaitu
pada kurun ke-sepuluh hingga ke-lima belas Masihi. Ini berlaku setelah kemunculan
penulisan jawi yang juga datangnya daripada pedagang-pedagang arab melalui tulisan
bahasa arab.

Sehingga ke hari ini, ilmu-ilmu tersebut terus berkembang hasil daripada lahirnya
ramai perintis dalam setiap bidang ilmu. Ilmu Tarannum juga tidak terkecuali dengan adanya
program-program tilawah al-Quran yang mengangkat ilmu tersebut dan sekaligus memberi
pendedahan kepada orang awam tentang nya. Begitu juga lahirnya ramai qari-qari serta
qariah-qariah yang dapat memelihara ilmu Tarannum ini.

7
5.0 RUJUKAN

1. Al-Quran Al-Karim
2. Ahmad Mahmud Abd al-sami’ al-hafayan (2001), Asyhar al-mustalahat fi fann
al-ada’wa ilm al-qiraat at Beirut: Dar al-kutub al-ilmiyyah h. 159
3. Nik Jaafar Nik Ismail (2012). Buku Qawaid Tarannum; Cara Berlagu. Darul
Fikir: Kuala Lumpur.
4. Khalid, I., Muhammad Lukman, I., & Mahyudin, D. (2016). Tan Sri Dato’ Haji
Hassan Azhari: Metodologi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Ilmu Taranum
al-Quran. ALBASIRAH, 6(1), 31–47.
5. http://conference.kuis.edu.my/thiqah/images/eprosiding2020/
eproceedingthiqah20_002_ILMU-TARANNUM-DI-MALAYSIA.pdf
6. http://studentsrepo.um.edu.my/2248/5/BAB_2.pdf
7. https://www.academia.edu/29578426/
KAJIAN_PENDEKATAN_PENGAJARAN_TARANNUM_AL_QURAN_DALAM_K
ALANGAN_GURU_PELATIH_SARJANA_MUDA_PENDIDIKAN_ISLAM

Anda mungkin juga menyukai