Anda di halaman 1dari 6

Mengikut pemimpin sampai ke akhirat

FIRMAN Allah SWT:

﴿ ‫ ِإَّن َر َّبَك ُه َو َي ْف ِص ُل َب ْي َن ُهْم َي ْو َم اْلِقَياَمِة ِفيَم ا َك اُنوا ِفيِه‬٢٤ ‫َو َج َع ْلَن ا ِم ْن ُهْم َأِئَّم ًة َي ْهُد وَن ِبَأْم ِر َن ا َلَّما َصَب ُروا َو َك اُنوا ِبآَياِتَن ا ُيوِقُنوَن‬
٢٥ ‫﴾َي ْخ َت ِلُفوَن‬

“Dan Kami jadikan daripada kalangan mereka para pemimpin, yang memberi
petunjuk dengan perintah Kami, mereka bersikap sabar (dalam menjalankan
tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat Kami. (24); (Pertentangan antara
satu golongan dengan yang lain itu) Sesungguhnya Tuhanmu. Dia sahaja yang akan
memutuskan hukum-Nya antara mereka pada Hari Kiamat, mengenai apa yang
mereka perselisihkan padanya. (25).” (Surah al-Sajdah: 24-25)

Dalam ayat di atas, Allah SWT menyebutkan tentang Bani Isra’il, bangsa yang paling
ramai dalam kalangan mereka dilahirkan para Rasul, raja-raja dan pemimpin.
Tujuannya supaya menjadi pengajaran kepada umat Islam pada akhir zaman yang
ditugaskan memimpin dunia, kerana kerasulan Nabi Muhammad SAW adalah untuk
seluruh manusia. Termasuklah untuk mengajak Bani Isra’il bersama Islam, perkara
yang disebutkan dalam Kitab Taurat, Injil dan kitab-kitab suci yang lain.

Al-Quran adalah kitab mukjizat ilmu, petunjuk Allah SWT kepada seluruh manusia
pada akhir zaman. Rasulullah SAW pula telah menunjukkan pelaksanaannya yang
sempurna, bermula daripada urusan diri, keluarga sehinggalah urusan menegakkan
negara yang mewajibkan adanya pemimpin.

Setiap pemimpin wajib ada secara silih berganti, berpandukan kepada petunjuk
Allah SWT daripada Kitab-Nya dan contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Ilmu dalam al-Quran terpelihara dalam penulisan yang tidak putus hingga kini.

Selepas Rasulullah SAW wafat, urusan kepimpinan dilangsungkan pelantikannya


berpandukan kepada petunjuk al-Quran dan Sunnah Baginda SAW. Sehingga setiap
ketua negara yang dilantik berbaiah (memberikan kesetiaan) kepada petunjuk
tersebut. Maka, memilih dan mengikut pemimpin yang tidak berpandukan petunjuk
Allah SWT adalah suatu pengkhianatan yang besar dosanya dan kelak akan
ditanggung pada Hari Akhirat.
Firman Allah SWT:

“Pada hari ketika muka mereka dibolik-balikkan dalam neraka, mereka berkata
(dengan sesalnya): ‘Alangkah baiknya, kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat
kepada Allah serta taat kepada Rasul-Nya.’ (66); Dan mereka berkata lagi: ‘Wahai
Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan
pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami daripada jalan yang
benar.’ (67); ‘Wahai Tuhan kami, timpakanlah ke atas mereka azab dua kali ganda,
dan laknatilah mereka dengan laknat-Mu sebesar-besarnya!’ (68).” Al- Ahzab 66 -
68

Firman Allah SWT:


“Dan orang-orang kafir berkata: ‘Kami sekali-kali tidak akan beriman kepada al-
Quran ini dan tidak (pula) kepada Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya.’
Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu
dihadapkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh-menuduh
antara satu dengan yang lain. Orang-orang yang tertindas berkata kepada orang-
orang yang sombong takabbur (yang menjadi ketuanya): ‘Jika tidak kerana kalian
(menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang
beriman.’ (31); Orang-orang yang sombong takabbur itu menjawab kepada orang-
orang yang lemah: ‘Kami inikah yang telah menghalang kalian daripada menerima
hidayah sesudah petunjuk itu datang kepada kalian? (Bukan kami yang
menghalang) Bahkan kalian sendiri yang menjadi orang-orang yang berdosa.’
(32); Dan berkata pula orang-orang yang dianggap lemah kepada orang-orang yang
sombong takabbur itu: ‘Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada
beriman ialah) perbuatan kalian yang memperdayakan kami malam dan siang,
ketika kalian menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan
sekutu-sekutu bagi-Nya.’ Kedua-dua belah pihak menyatakan penyesalan tatkala
mereka melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-
orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah
kerjakan. (33).” (Surah Saba’: 31-33)

Kaum Bani Isra’il dimurkai oleh Allah SWT, sehingga umat Islam diminta supaya
berdoa dalam setiap rakaat solat agar tidak menjadi seperti mereka.

﴿٧ ‫ ِص َر اَط اَّلِذيَن َأْن َع ْم َت َع َلْي ِه ْم َغ ْي ِر اْلَم ْغ ُضوِب َع َلْي ِه ْم َو اَل الَّض اِّليَن‬٦ ‫ اْه ِد َن ا الِّص َر اَط اْلُمْس َت ِقيَم‬٥ ‫﴾ِإَّياَك َن ْع ُبُد َو ِإَّياَك َن ْس َت ِعيُن‬

“Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan. (5); Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6); (Iaitu) Jalan orang-
orang yang Engkau telah kurniakan ni‘mat kepada mereka, bukan (jalan) orang-
orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang
sesat. (7).” (Surah al-Fatihah: 5-7)

Bani Isra’il dimurkai oleh Allah SWT kerana tidak mengikut petunjuk-Nya dalam kitab
Taurat dan Injil, sama ada terus menyelewengkan semuanya atau beriman dengan
sebahagian daripada Kitab sahaja dan kufur (ingkar) dengan sebahagian yang lain.

Selain itu, mereka juga menolak pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi
akhir zaman, pelantikan Allah SWT yang diberitahu oleh para Rasul mereka dan
juga disebutkan dalam kitab suci mereka. Perkara ini telah dibuktikan oleh al-Quran
yang menunjukkan persamaan dari sudut dasar dan juga beberapa hukum.

Mereka memilih pemimpin dan raja berasaskan aspek kebendaan, bukannya


pemimpin yang berusaha untuk menegakkan Kitab Allah dengan ilmunya. Allah
SWT mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh mereka:
‫َو َقاَل َلُهْم َن ِبُّيُهْم ِاَّن َهّٰللا َقْد َبَع َث َلُك ْم َط اُلْو َت َم ِلًك اۗ َقاُلْٓو ا‬
‫َاّٰن ى َي ُك ْو ُن َلُه اْلُم ْلُك َع َلْي َن ا َو َن ْح ُن َاَح ُّق ِباْلُم ْلِك ِم ْن ُه َو َلْم‬
‫ُيْؤ َت َسَع ًة ِّم َن اْلَم اِۗل َقاَل ِاَّن َهّٰللا اْص َط ٰف ىُه َع َلْي ُك ْم َو َز اَد ٗه‬
‫َب ْس َط ًة ِفى اْلِع ْلِم َو اْلِج ْس ِم ۗ َو ُهّٰللا ُيْؤ ِتْي ُم ْلَك ٗه َم ْن َّي َش ۤا ُءۗ َو ُهّٰللا‬
‫َو اِس ٌع َع ِلْي ٌم‬
“Dan Nabi mereka berkata kepada mereka: ‘Sesungguhnya Allah telah melantik
Talut menjadi raja bagi kalian.’ Mereka menjawab: ‘Bagaimana Talut mendapat
kuasa memerintah kami, sedangkan kami lebih berhak dengan kuasa
pemerintahan itu daripadanya, dan dia pula tidak diberikan keluasan harta
kekayaan?’ Nabi mereka berkata: ‘Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut)
menjadi raja kalian, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu
pengetahuan dan kegagahan tubuh badan.’ Dan (ingatlah), Allah jualah yang
memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah
Maha Luas (rahmat-Nya dan pengurniaan-Nya), lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-
Baqarah: 247)

Mereka itu sangat bebal, bahawa dengan ilmu dan harta dapat dihasilkan dan
diuruskan dengan cara yang baik dan berfaedah dengan membawa keberkatan.
Adapun harta tanpa ilmu daripada petunjuk Allah SWT membawa kemusnahan.

Allah SWT menunjukkan kepada umat Islam bahawa memilih pemimpin merupakan
suatu amanah yang paling besar dengan ciri-ciri kepimpinan yang sempurna.

Firman Allah SWT:

﴿ ‫ِإَّن َهَّللا َي ْأُمُر ُك ْم َأْن ُت َؤ ُّدوا اَأْلَم اَن اِت ِإَلى َأْه ِلَه ا َو ِإَذ ا َح َك ْم ُت ْم َب ْي َن الَّن اِس َأْن َت ْح ُك ُموا ِباْلَع ْد ِل ِإَّن َهَّللا ِنِعَّما َيِع ُظ ُك ْم ِبِه ِإَّن َهَّللا َك اَن‬
‫ َي ا َأُّيَه ا اَّلِذيَن آَم ُنوا َأِط يُعوا َهَّللا َو َأِط يُعوا الَّر ُسوَل َو ُأوِلي اَأْلْم ِر ِم ْنُك ْم َفِإْن َتَن اَز ْع ُتْم ِفي َش ْي ٍء َفُرُّدوُه ِإَلى ِهَّللا‬٥٨‫َس ِميًع ا َبِص يًر ا‬
٥٩ ‫﴾َو الَّر ُسوِل ِإْن ُكْنُت ْم ُتْؤ ِم ُنوَن ِباِهَّلل َو اْلَي ْو ِم اآْل ِخ ِر َذ ِلَك َخ ْيٌر َو َأْح َس ُن َت ْأِو ياًل‬

“Sesungguhnya Allah menyuruh kalian supaya menyerahkan segala jenis


amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kalian
menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kalian menghukum
secara adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberikan
pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kalian. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (58); Wahai orang-orang yang beriman, taatilah
kalian kepada Allah dan taatilah kalian kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri
(orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kalian. Kemudian, jika kalian
berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kalian
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya; jika
kalian benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Oleh yang demikian itu
adalah lebih baik (bagi kalian), dan lebih elok pula kesudahannya. (59).” (Surah al-
Nisa’: 58-59)

‘Ulil Amri’ ialah para pemimpin yang memenuhi syarat dan para ilmuwan yang
memelihara petunjuk Allah SWT dan cara pelaksanaannya yang adil. Allah SWT
tetap mengekalkan Islam terpelihara melalui ilmu dan pelaksanaannya walaupun
kuasa Islam sudah dihapuskan, namun ajaran dan ilmunya tidak mampu
dipadamkan cahayanya sekali-kali.

Bukan alasan lagi, kononnya kini tidak mampu dilaksanakan Islam kerana tiada
persediaan dan alasan-alasan lain seperti Islam tidak sesuai pada zaman kini.
Namun sebaliknya, secara terus-menerus melaksanakan perkara selain daripada
ajaran Islam yang dikatakan lebih baik, walaupun apa yang dilakukan itu gagal
menyelesaikan masalah di negara penciptanya.

Inilah alasan mereka yang melaksanakan agenda musuh Islam yang tidak
memberikan tempat dan peluang kepada Islam, atau juga alasan mereka yang buta
al-Quran dan jahil ilmunya.

Allah SWT memberikan amaran agar jangan terpengaruh dengan golongan ini. Hal
ini sebagaimana firman-Nya:

﴿ ‫َو َأِن اْح ُك ْم َب ْي َن ُهْم ِبَم ا َأْن َز َل ُهَّللا َو اَل َت َّت ِبْع َأْه َو اَء ُه ْم َو اْح َذ ْر ُه ْم َأْن َي ْف ِتُن وَك َع ْن َب ْع ِض َم ا َأْن َز َل ُهَّللا ِإَلْي َك َفِإْن َت َو َّلْو ا َفاْع َلْم َأَّن َم ا ُي ِر يُد‬
‫َأ‬ ‫َأ‬ ‫ُذ‬ ‫َأ‬
‫ َف ُح ْك َم اْلَج اِه ِلَّيِة َي ْب ُغ وَن َو َم ْن ْح َس ُن ِمَن ِهَّللا ُح ْك ًما ِلَقْو ٍم‬٤٩ ‫ُهَّللا ْن ُيِص يَب ُهْم ِبَب ْع ِض ُن وِبِه ْم َو ِإَّن َك ِثيًر ا ِمَن الَّن اِس َلَفاِس ُقوَن‬
٥٠ ‫﴾ُيوِقُنوَن‬

“Dan hendaklah kalian menjalankan hukum antara mereka dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah dan janganlah kalian menurut kehendak hawa nafsu mereka,
dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada sesuatu
hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian, jika mereka
berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, bahawa
sesungguhnya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian daripada
dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu
adalah orang-orang yang fasiq. (49); Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak
lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh
keyakinan, tiada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada
Allah. (50).” (Surah al-Ma’idah: 49-50)

Kita sedang menyaksikan kelemahan dan kegagalan ideologi, teori dan semua
ajaran lain daripada Islam. Maka, wajib bagi umat Islam kembali semula memimpin
umatnya bersama ajaran Islam yang sempurna. Agama yang telah membuktikan
kejayaannya pada zaman keemasan, sehingga ia menjadi teladan kepada seluruh
manusia. Firman Allah SWT:

﴿ ‫ُكْنُت ْم َخ ْي َر ُأَّمٍة ُأْخ ِر َج ْت ِللَّن اِس َت ْأُمُروَن ِباْلَم ْع ُروِف َو َت ْن َه ْو َن َع ِن اْلُم ْن َك ِر َو ُت ْؤ ِم ُن وَن ِباِهَّلل َو َلْو آَمَن َأْه ُل اْلِك َت اِب َلَك اَن َخ ْيًر ا َلُهْم‬
١١٠ ‫﴾ِم ْن ُهُم اْلُمْؤ ِم ُنوَن َو َأْك َث ُرُه ُم اْلَفاِس ُقوَن‬
“Kalian (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kalian menyuruh berbuat segala perkara yang
baik dan melarang daripada melakukan segala perkara yang salah (buruk dan
keji), serta kalian pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman). Sekiranya Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang
semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) antara mereka
ada yang beriman dan kebanyakan daripada mereka ialah orang-orang yang
fasiq.” (Surah Ali ‘Imran: 110)

Dalam ayat ini, Allah SWT telah menegaskan ciri-ciri pemimpin yang boleh
menunaikan kewajipan pelaksanaan petunjuk-Nya yang sempurna dan tetap
dipelihara. Firman Allah SWT:

﴿٤١ ‫﴾اَّلِذيَن ِإْن َم َّكَّن اُه ْم ِفي اَأْلْر ِض َأَقاُموا الَّص اَل َة َو آَت ُو ا الَّز َك اَة َو َأَم ُروا ِباْلَم ْع ُروِف َو َن َه ْو ا َع ِن اْلُم ْن َك ِر َو ِهَّلِل َع اِقَب ُة اُأْلُموِر‬

“(Iaitu) Mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah
di bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberikan zakat, dan
mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan
kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan
segala urusan.” (Surah al-Hajj: 41)

Ayat di atas menjelaskan bahawa mereka yang diberikan amanah memimpin,


syaratnya ialah kalangan yang erat hubungannya dengan Allah SWT, menegakkan
ekonomi yang adil, melaksanakan amar ma‘ruf dan nahi munkar, serta berwawasan
Hari Akhirat.

Bukanlah dilantik pemimpin daripada kalangan mereka yang fasiq, pembohong yang
menipu rakyat, tidak melakukan amar ma‘ruf dan nahi munkar, serta hanya
berwawasan dunia tanpa mengambil kira perhitungan pada Hari Pembalasan di
akhirat kelak.

ABDUL HADI AWANG


Presiden PAS
Bertarikh: 24 Zulqa‘dah 1442 / 4 Julai 2021 – HARAKAHDAILY 4/7/2021

Anda mungkin juga menyukai