Anda di halaman 1dari 2

Nama ahli kumpulan 11 Bahasa Melayu C:

● Muhamad Azib Danish bin Yahya


● Intan Denissa binti Asraff Fariz
● Aisyah Maisarah binti Mokhtar
● Amira Sofea binti Abd Aziz

SOALAN

Gabungkan beberapa ayat tunggal untuk membentuk ayat majmuk berikut:


i. Ayat majmuk gabungan
ii. Ayat majmuk campuran
[15 markah]

Ayat majmuk gabungan

Ayat majmuk gabungan merupakan ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang
dijadikan satu ayat dengan menggabungkan ayat-ayat tersebut dengan menggunakan
beberapa kata hubung seperti dan, atau, tetapi lalu, serta dan sebagainya. Seterusnya,
untuk membentuk ayat gabungan, ayat yang digabungkan tersebut haruslah
mempunyai sifat yang setara iaitu ayat yang sama taraf dan mampu berdiri sendiri.
Contoh ayat gabungan termasuklah:

Ayat tunggal
1) Hobi Ahmad adalah membaca buku
2) Hobi Ahmad adalah bermain bola

Ayat Gabungan
Hobi Ahmad adalah membaca buku dan bermain bola
Ayat di atas merupakan dua ayat yang telah digabungkan menjadi satu ayat dengan
menggunakan kata hubung dan. Kedua-dua ayat tunggal tersebut mempunyai unsur
yang sama iaitu menceritakan tentang hobi Ahmad. Oleh itu, proses pengguguran telah
berlaku iaitu menggurkan sebahagian ayat yang berulang. Misalnya, penulis tidak
menulis ayat, Hobi Ahmad adalah membaca buku dan hobi Ahmad adalah bermain
bola. Sebaliknya, penulis menggugurkan sebahagian ayat iaitu hobi Ahmad adalah.
Maka ayat tersebut menjadi Hobi Ahmad adalah membaca buku dan bermain bola.

Ayat majmuk campuran

Ayat majmuk campuran adalah ayat yang terdiri dari dua atau lebih jenis ayat dalam
satu ayat. Jenis ayat yang umum digunakan dalam ayat majmuk campuran adalah ayat
tunggal, ayat majmuk setara dan ayat majmuk bertingkat. Ayat majmuk gabungan
digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, serta, atau,
tetapi, sambil dan sebagainya.

Ayat tunggal 1: Kita makan gaji


Ayat tunggal 2: Lebih baik bekerja sendiri
Ayat majmuk campuran: Daripada kita makan gaji, lebih baik bekerja sendiri.

Berdasarkan ayat di atas, ayat tunggal pertama ialah “kita makan gaji” dan ayat kedua
ialah “lebih baik bekerja sendiri”. Kedua-dua ayat ini telah dicantumkan menggunakan
kata hubung “daripada” yang bertujuan untuk menyusun fakta yang berturutan.
Seterusnya, ayat tersebut menjadi kata majmuk apabila digabungkan dengan kata
hubung “dan” dan menjadi satu ayat. Ayat diatas disebut sebagai ayat majmuk
campuran yang lengkap dengan dengan menggunakan kata hubung "daripada". Jadi,
secara keseluruhan, ayat diatas ini menggabungkan unsur-unsur ayat majmuk setara
dan bertingkat.

Anda mungkin juga menyukai