Anda di halaman 1dari 5

JURNAL MINGGU 9

Tarikh: 11- 14 Oktober 2022

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan


ISU: KEPELBAGAIAN TEKNIK PENGISIAN DALAM TOPIK PENGAJARAN

1. Isu Yang Difokuskan:

Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan baik seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, saya masih
kekurangan idea untuk mempelbagaikan teknik pengisian dalam setiap topik yang
ingin disampaikan. Hal ini menyebabkan beberapa orang murid saya kurang
memberikan tumpuan sewaktu pengajaran dijalankan. Adakalanya saya perlu
bertegas dengan mereka dengan memberi amaran dan sebagainya. Namun, hal ini
menyebabkan gangguan terhadap pelajar lain yang ingin belajar dan disamping
menjejaskan tempoh pengajaran yang telah dirancang.

2. Analisis Isu yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):

Secara jujurnya saya mendapati masih banyak kekurangan dalam diri saya yang perlu
dibaiki. Kadangkala saya kurang memahami topik yang ingin disampaikan secara
mendalam kepada murid menyebabkan kurangnya langkah dan teknik pengajaran
yang diterapkan terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah. Tambahan lagi, saya
tidak berfikir lebih panjang dalam menerapkan teknik yang bersesuaian terhadap
murid saya menyebabkan teknik yang diajarkan tidak begitu berjaya disampaikan
dengan baik.
3. Kajian lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas):

Penyampaian pengajaran merupakan cara guru menyampaikan ilmu (Goldberg,


2015). Ciri-ciri yang diutamakan dalam penyampaian sesebuah proses pengajaran
dan pembelajaran Sejarah ialah penyampaian pengajaran yang jelas dan terang dari
segi penggunaan suara yang teliti serta bahasa yang betul dan jelas. Penyampaian
pengajaran merangkumi nada, suara dan cara penerangan guru dalam
menyampaikan proses pengajaran dalam Sejarah. Nada adalah intonasi atau suara
yang dikeluarkan dalam sesuatu komunikasi (Susanto, 2014). Nada atau suara
seseorang guru dalam menyampaikan sesebuah proses pengajaran memainkan
peranan yang penting (Salleh, 2015). Hal ini kerana, kejelasan suara seseorang guru
akan memastikan proses pengajaran yang disampaikan olehnya mudah difahami oleh
murid dengan jelas dan terang. Suara atau nada yang jelas dan teliti sangat penting
sewaktu penyampaian proses pengajaran supaya ilmu yang disampaikan dapat
diterima sepenuhnya. Maka, disini cara penerangan guru yang teliti memainkan
peranan yang penting dalam pembelajaran Sejarah.

Al-Kailany dan Iyad (1986), menyenaraikan sedikit panduan kepada guru


sebelum mengaplikasikan sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah mesti
sepadan dengan tujuan dan matlamat pelajaran, kaedah mesti sejajar dengan objektif
pelajaran yang hendak dicapai, kaedah juga haruslah sesuai dengan tabiat pelajaran
yang diajar, kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar, kaedah itu
mestilah yang boleh atau mampu diaplikasikan oleh guru, mempunyai masa yang
cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan, kaedah yang dipilih mestilah sesuai
dengan kemudahan yang ada. Guru hendaklah memilih kaedah yang boleh memberi
kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, maIah
yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini
pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan
lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai
memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditanibah pula dengan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai lagi menarik.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:

Masih belum terlewat untuk saya memperbaiki mutu kelemahan saya dalam
menjayakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di masa akan
datang saya akan sedaya upaya mencari teknik pengajaran yang lebih sesuai untuk
diterapkan agar objektif pengajaran tercapai dan segala apa yang dirancang
dilaksanakan dengan begitu berkesan.

Selain itu, saya juga akan memastikan setiap pengisian dalam setiap topik yang
ingin disampaikan akan difahami secara mendalam terlebih dahulu. Saya juga akan
membuat lebih banyak perbincangan bersama guru pembimbing agar setiap masalah
yang timbul dapat di atasi demi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
kelak. Saya turut melayari internet untuk memperoleh banyak maklumat dengan lebih
lanjut.

5. Tempoh Penyelesaian

1 minggu.

6. Tindakan Susulan

Saya akan cuba menjadi lebih kreatif dalam merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran supaya murid saya lebih seronok dan tidak mudah bosan dalam
memahami setiap apa yang diajarkan kelak.

Saya turut mendalami sesuatu tajuk atau topik dibuku teks, internet dan
sebagainya sebelum saya mengajar agar banyak pengisian dan penyampaian untuk
dikongsikan kepada murid-murid.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:

14 Oktober 2022
8. Keberkesanan Langkah yang Dicadangkan:

Setelah membuat banyak ulangkaji, pembacaan dan melayari internet untuk


mendalami sesuatu topik sebelum PdP, saya mendapati diri saya lebih kreatif dan
murid tidak jemu. Saya mempelbagaikan teknik pengajaran saya. Kadangkala saya
menggunakan kuiz, BBM maujud dan juga unsur lagu.

Aktiviti PdP yang berlandaskan permainan sangat menarik minat murid kerana
secara zahirnya kanak-kanak atau murid memang suka bermain. Ini membuka minda
saya untuk membuat sesuatu aktiviti PdP lebih kepada bermain tetapi ada unsur
penyampaian idea atau maklumat untuk murid.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):

Kesimpulannya, seorang guru haruslah merancang proses pengajarannya dengan


cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang
merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan
teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijaIankan. Demikian
juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher). lni bukan sahaja memberi kesan
dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi
yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana
personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar. Ini termasukIah gaya bercakap,
kekemasan berpakaian, penghayatan nilai agama, penjagaan masa pengajaran
(engagement time), ketepatan masa dalam setiap urusan, keadilan dalam layan dan
sebagainya. Kesemua ini akan mencerminkan ciri-ciri guru yang cekap dan berkesan.
Rujukan

Abdul, R., & Amirul R. (2018). Kepentingan Pedagogi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Sejarah serta Kebaikan. Jurnal Kurikulum & Pengajaran
Sejarah 4(3), 2-10.

Agus, A. B., & Salleh, M. J. B. (2009). Kreativiti pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
Dlm. Abdul Razaq&Isjoni. Transformasi pengajaran dan pembelajaran Sejarah
(183–196). Penerbitan bersama Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.

Khairuddin, N. S., & Mailok, R. (2020). Pembelajaran Berasaskan Permainan Dalam


Mata Pelajaran Sejarah Menggunakan Teknik Mnemonik. Journal of ICT in
Education, 7(1), 9-15.

Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbing


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Tarikh:
Tandatangan:
Nama:

Pandangan / Komen Guru Pembimbing


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Tarikh:
Tandatangan:
Nama:

Anda mungkin juga menyukai