Anda di halaman 1dari 10

AMTHAL QURAN

PERUMPAMAAN ORANG BODOH SEPERTI BINATANG

SURAH ALRAF AYAT 179

‫َو َلَقْد َذ َر ْأَنا ِلَجَهَّنَم َك ِثْيًرا ِّم َن اْلِج ِّن َو اِاْل ْنِۖس َلُهْم ُقُلْو ٌب اَّل َيْفَقُهْو َن ِبَهۖا َو َلُهْم َاْع ُيٌن اَّل ُيْبِص ُرْو َن ِبَهۖا‬
‫ٰۤل‬ ‫ٰۤل‬
‫َو َلُهْم ٰا َذ اٌن اَّل َيْس َم ُعْو َن ِبَهۗا ُاو ِٕىَك َك اَاْلْنَع اِم َبْل ُهْم َاَض ُّل ۗ ُاو ِٕىَك ُهُم اْلٰغ ِفُلْو َن‬

Terjemahan

Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka
memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka
memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan
mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat
Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang
lengah.

JENIS AMTHAL

Jenis Amthal yang terdapat dalam ayat ini ialah Amthal Kaminah. Matsal yang di dalamnya tidak
disebutkan dengan jelas lafaz tamsil tetapi ia menunjukkan makna-makna yang indah, menarik
dan mempunyai pengaruh tersendiri bila dipindahkan kepada yang serupa dengannya.
‫ٰۤل‬
‫ُاو ِٕىَك َك اَاْلْنَع اِم َبْل ُهْم َاَض ُّل‬
Yang bermaksud : Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi.

PERUMPAMAAN

Dalam ayat ini, Allah menerangkan bahawa jika manusia tidak mengikuti Syariat yang telah di
tetapkan, mereka bebas seperti haiwan sahaja. Manusia dan haiwan berbeza kerana haiwan tidak
ada taklif iaitu tanggungjawab untuk menegakkan syariat.

Oleh yang demikian, jika manusia tidak mahu jadi seperti haiwan, maka manusia hendaklah
patuh pada syariat yang telah di sebutkan di dalam wahyu. Sekiranya manusia patuh pada syariat
yang ditetapkan, mereka akan mendapat tempat di syurga. Namun, seperti yang kita tahu, ramai
manusia yang tidak mengikuti syariat. Oleh itu, mereka ini di sama kan dengan haiwan kerana
mengikut hawa nafsu.

‫َو َلَقد َذ َر أنا ِلَجَهَّنَم َك ثيًرا ِم َن الِج ِّن َو اِإل نِس‬


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia

Dalam ayat ini, Allah memberitahu bahawa ramai manusia dan jin yang masuk dalam neraka.
Dalam hadis ada disebut bagaimana 999 dari seribu manusia akan masuk neraka. Ini bermaksud,
lebih ramai manusia yang masuk neraka dari masuk syurga.

Oleh yang demikian, hendaklah kita berdoa kepada Allah agar Allah melindungi kita daripada
api neraka. Dan jangan sekali-kali kita mengikuti amalan yang dilakukan oleh manusia hanya
kerana ianya banyak di lakukan. Ini kerana, kebanyakan perbuatan manusia ini membawa
mereka ke neraka. Maka, kita jangan terikut dengan perbuatan dan amalan manusia yang banyak
ini kerana majoritinya masuk ke dalam neraka berbanding ke syurga.

Kenapakah ramai manusia dimasukkan ke dalam neraka? Allah beritahu selanjutnya:

‫َلُهم ُقلوٌب ال َيفَقهوَن ِبها‬


yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya

Kenapa mereka ini berakhir di dalam neraka? Kerana mereka ada hati tapi mereka tidak
menggunakan hati itu untuk ikut kebenaran dari wahyu. Hati mereka tidak ingin memahami
kebenaran. Mereka tidak menggunakan kelebihan yang Allah telah berikan kepada mereka iaitu
fitrah yang sudah kenal Allah dari alam roh lagi.

Mereka tidak menggunakan hati sedangkan untuk benda lain, mereka menggunakan hati
tersebut. Namun malangnya untuk mencari kebenaran, hati tersebut tidak di pakai pula. Jika hati
tidak di buka untuk menerima kebenaran, bagaimanakah kebenaran tersebut hendak masuk ke
dalam hati? Oleh yang demikian, untuk kebenaran masuk ke dalam hati, kita perlu untuk buka
hati kita terlebih dahulu.

Begitulah ramai dari kalangan masyarakat kita yang Muslim pun yang tidak menggunakan hati
untuk menerima ajaran yang ada dalam Qur’an, sedangkan Qur’an sahajalah sumber kebenaran
yang ada zaman sekarang. Mereka tidak belajar ayat-ayat Qur’an dan tanya hati mereka: adakah
ini kebenaran yang aku patut di ikuti?

‫َو َلُهم َأعُيٌن ال ُيبِص روَن ِبها‬


dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya

Mereka ada mata, tapi mereka tidak gunakan mata itu untuk melihat kebenaran. Mereka hanya
melihat dengan mata zahir mereka sahaja, tidak melihat dengan mata hati. Sedangkan manusia
ada mata zahir dan ada mata hati.

Mata zahir digunakan untuk mengetahui ilmu dunia, tapi ilmu wahyu memerlukan kita
menggunakan mata hati untuk memahaminya. Tapi mereka yang terkandas masuk ke dalam
neraka itu kerana mereka gunakan satu mata sahaja – mata zahir.

Mereka itu senang ditipu oleh Dajjal kerana Dajjal itu memang mempunyai satu mata sahaja.
Oleh itu, jangan kita melihat dengan mata zahir sahaja, tapi hendaklah kita memikirkan
kebenaran yang ada di sebaliknya. Ini seperti yang Allah telah firmankan dalam ayat yang lain:

‫}َفِإَّنَها اَل َتْع َم ى األْبَص اُر َو َلِكْن َتْع َم ى اْلُقُلوُب اَّلِتي ِفي الُّص ُد وِر‬
Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.
(Al-Hajj: 46)

Ketepatan bahasa yang digunakan dalam Al-Qur’an: kalimah ‫ عين‬asalnya bermaksud ‘mata’ dan
ia juga digunakan untuk mata air (sesuatu yang indah dipandang mata).

Jamak bagi ‫ عين‬adalah ‫ أعُين‬dan ‫ ُعُيون‬dan digunakan di dalam Bahasa Arab untuk jamak bagi mata
dan juga mata air. Ia boleh bertukar-tukar penggunaannya. Akan tetapi Al-Qur’an sentiasa
menggunakan penggunaan yang tepat. Kalimah ‫ أعُين‬sentiasa digunakan bagi mata dan kalimah
‫ ُعُيون‬sentiasa digunakan bagi mata air.

‫َو َلُهم آذاٌن ال َيسَم عوَن ِبها‬


dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya

Mereka ada telinga tapi mereka tidak menggunakan kelebihan telinga itu untuk mendengar
wahyu Allah. Malah, meluangkan masa untuk belajar pun mereka tidak mahu. Jika mereka
diajak untuk mempelajari tafsir Qur’an, mereka tidak mahu mendengar. Mereka rasa selesa
dengan apa sahaja ilmu yang mereka ada. Padahal, mereka tidak ada ilmu wahyu pun, tapi
mereka rasa mereka telah selamat.

Mereka ini menyangka bahawa mereka adalah ahli syurga. Padahal tidak akan masuk syurga
melainkan mereka yang telah belajar memahami ayat-ayat Qur’an dengan belajar tafsir Qur’an.
Ini kerana jiks tidak tahu tentang tafsir Qur’an, syaitan akan mudah menipu sehingga manusia itu
masuk neraka. Maka, hendaklah kita meluangkan masa kita untuk belajar tafsir kerana dengan
mengetahui tafsir wahyu Allah ini (dan mengamalkannya), baru akan selamat kita di dunia dan
akhirat.

Tetapi orang yang akan masuk ke neraka itu tidak menggunakan kelebihan-kelebihan yang Allah
telah berikan. Dengan kata lain, mereka tidak memanfaatkan indera-indera yang telah dijadikan
oleh Allah sebagai jalan untuk mendapat hidayah, seperti pengertian yang terkandung di dalam
ayat lain:

‫َو َجَع ْلَنا َلُهْم َسْم ًعا َو َأْبَص اًرا َو َأْفِئَد ًة َفَم ا َأْغ َنى َع ْنُهْم َسْم ُعُهْم َو ال َأْبَص اُر ُهْم َو ال َأْفِئَد ُتُهْم ِم ْن َش ْي ٍء ِإْذ‬

‫َك اُنوا َيْج َح ُد وَن ِبآَياِت ِهَّللا‬


dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan, dan hati; tetapi
pendengaran, penglihatan, dan hati mereka itu tidak berguna sedikit jua pun bagi mereka,
karena selalu mengingkari ayat-ayat Allah (Ahqaf: 26) hingga akhir hayat

‫ُأوٰل ِئَك َك اَألنعاِم َبل ُهم َأَض ُل‬


mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi;

Allah kata mereka itu serupa macam binatang ternak sahaja kerana tidak ikut peraturan. Allah
gunakan perumpamaan ‘binatang ternak’ seperti lembu kerana binatang ternak adalah binatang
yang jenis lemah, lembik sahaja. Mereka bergerak perlahan kalau dibandingkan dengan binatang
lain. Mereka jenis tidak kisah dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Sebagai contoh,
jika hendak di sembelih pun, mereka tidak akan tahu.

Begitulah manusia yang tidak ada ilmu wahyu, mereka tidak sedar tentang penipuan yang
dilakukan oleh syaitan. Mereka tidak nampak bahaya mengikut syaitan itu. Mereka tidak sedar
yang mereka sedang menuju ke neraka. Mereka lemah dan membuang masa dengan kehidupan
mereka, leka dengan dunia, buang masa dengan main permainan atas talian, mendengar lagu dan
menonton TV semata-mata.

Allah menambah lagi dengan mengatakan mereka itu bahkan lebih sesat dari haiwan. Ini adalah
kerana haiwan itu memang akalnya tidak cukup, maka kita faham sekiranya sifat mereka begitu.
Manakala manusia pula telah di ciptakan lengkap dengan segala pancaindera dan kelebihan yang
tiada pada haiwan namun mereka sia-siakan. Haiwan tidak ada semua itu maka haiwan tidaklah
boleh dipersalahkan, kerana sifat mereka memang macam itu. Tapi manusia? Maka kerana itulah
mereka dikira lebih teruk dari haiwan.

Juga bermaksud mereka itu lebih sesat daripada haiwan ternak, kerana haiwan ternak adakalanya
memenuhi seruan penggembala ketika penggembala memanggilnya, sekalipun ia tidak mengerti
apa yang diucapkan penggembala itu. Lain halnya dengan manusia yang langsung tidak dengar
apa-apa arahan.

Haiwan ternak melakukan perbuatan sesuai dengan apa yang diciptakan untuknya, adakalanya
berdasarkan tabiatnya, adakalanya pula kerana ditundukkan. Lain halnya dengan orang yang
engkar, kerana sesungguhnya dia diciptakan hanya semata-mata untuk menyembah Allah dan
mengesakan-Nya, tetapi ternyata dia engkar dan mempersekutukan-Nya. Maka mereka lebih
teruk kerana tidak menjalankan tugas mereka.

Oleh kerana itu, disebutkan bahawa barang siapa yang taat kepada Allah, maka dia lebih mulia
daripada malaikat ketika di hari dia kembali ke alam akhirat. Dan barang siapa yang kafir kepada
Allah, maka haiwan ternak lebih sempurna daripadanya.

‫ُأوٰل ِئَك ُهُم الغاِفلوَن‬


mereka itulah orang-orang yang lalai.

Allah kata mereka itu lalai dan leka dari mencari kebenaran. Mereka tidak merasa takut dengan
kejadian selepas kematian. Mereka terleka dengan keihnaah dunia dan merasakan akan hidup
selama-lamanya.

Lalai leka adalah tema surah ini. Kerana itu banyak diperkatakan tentang perkara ini. Allah
ingatkan berkali-kali jangan lalai dengan dunia kerana ianya amat penting. Allah ingatkan selalu
kerana inilah masalah benar yang dialami oleh manusia. Inilah juga punca utama kenapa manusia
jadi sesat.

RUMUSAN PERUMPAMAAN

Dunia yang sementara ini tidak boleh diagungkan sehingga melupai negeri akhirat.
Mengutamakan dunia semata-mata, seolah kita memberi ruang kepada banyak penyakit
berbahaya yang akan memudaratkan kita di akhirat.

Sifat kasih serta cinta kepada dunia boleh melemahkan jiwa dan fizikal serta mempunyai kesan
mendalam kepada kehidupan. Mereka juga terancam di akhirat seperti firman Allah SWT yang
bermaksud: "Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami
berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di
dunia ini tidak akan dirugikan. Itulah orang yang tidak akan memperoleh apa-apa di akhirat
kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-
sialah yang telah mereka kerjakan." (Surah Hud, ayat 15-16)

Kebenaran perkara itu juga pernah diungkapkan dengan kata-kata yang sangat masyhur daripada
sahabat Baginda SAW bahawa kasih kepada dunia adalah punca segala kejahatan. Imam Ahmad
menceritakan daripada Imam Sufyan, Nabi Isa bin Maryam berkata: 'Cinta dunia itu sumber
segala kesalahan dan di dalam harta benda terdapat banyak penyakit. Sahabat bertanya: Apa
penyakitnya? Baginda menjawab: Orang yang cinta dunia tidak dapat meninggalkan sifat bangga
dan angkuh. Sahabat bertanya lagi: Jika dia mampu menghindari sifat itu? Isa menjawab: Dia
akan sibuk mengurus dan meningkatkannya hingga lalai daripada berzikir kepada Allah SWT.
Maka lalai daripada zikrullah adalah bahaya yang paling minimum akibat cinta dunia.'

Ayat ini menerangkan bahawa manusia yang lalai dan leka adalah manusia yang rugi. Golongan
ini adalah antara golongan yang akan memasuki neraka. Mereka ini jika dibandingkan dengan
haiwan, adalah lebih teruk daripada haiwan kerana haiwan tercipta dengan fitrah yang
sedemikian. Manakala manusia pula telah di lengkapi dengan pelbagai pancaindera dan
kebolehan yang melebihi kemampuan seekor haiwan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa manusia
yang lalai dan leka dengan syariat Allah adalah lebih teruk daripada haiwan.

Di akhirat kelak, lebih ramai manusia yang memasuki neraka berbanding syurga. Puncanya
adalah tidak mematuhi syariat Allah dengan tidak membuka hati, mata dan telinga mereka
berkaitan syariat Allah. Mereka ini adalah golongan yang leka dengan keindahan dunia tanpa
memikirkan berkenaan akhirat kelak. Oleh yang demikian, sentiasalah kita beringat bahawa
kehidupan di akhirat kelak adalah kehidupan abadi, manakala kehidupan dunia ini hanyalah
keindahan sementara yang penuh dengan helah dan tipu daya.

KEPENTINGAN DALAM MENJAGA SYARIAT ISLAM

Firman Allah taala:

‫لقد أنزلنا رسلنا بالبينات وأنزلنا معهم الكتاب والميزان ليقوم الناس بالقسط‬

‫كتاب أنزلناه إليك لتخرج الناس من الظلمات إلى النور‬

Allah taala maha kaya daripada hambaNya, Dia tidak berhajat kepada sesuatu daripada
hambaNya.

Di dalam ayat pertama disebut: “Agar manusia menegakkan keadilan,” ayat kedua
“Mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya.”

Secara ringkasnya, syariah adalah:

‫كل ما يهدى الناس في الحياة إلى الطريق القويم والتوازن‬

Setiap perkara yang menyusun kehidupan dan memandu kepada jalan yang lurus dan sistematik,
itulah tugasan syariah, agar mereka mendapat kebaikan di dunia, dan di akhirat.

Pada dasarnya syariat Islam dilaksanakan hanya untuk membawa kebaikan kepada manusia
daripada sebarang keburukan atau malapetaka, pada masa sekarang atau akan datang, di dunia
mahupun di akhirat. Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah dan diturunkan
kepada manusia bagi mengatur kehidupan mereka. Al-Quran merupakan sumber hukum Islam
yang utama, asli dan abadi. Ia merupakan sebuah kitab yang lengkap, yang menjadi panduan
kepada semua umat manusia. Kandungannya merangkumi pelbagai hukum dan peraturan hidup
untuk manusia dalam segala aspek kehidupan Setiap perundangan hukum dalam syariah
Islamiyah adalah bertujuan untuk melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta,
nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia. Islam adalah agama yang syumul ( sempurna),
setiap garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam adalah bersesuaian mengikut tempat,
bangsa dan zaman. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Jathiah ayat 18 yang
bermaksud :

“Pada kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau)
menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dan hukum-hukum agama ; Maka turutlah akan
jalan itu dan jangan engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara
yang benar.)”

Bagi ummat Islam, Syariat Islam adalah merupakan panduan hidup yang integral/menyeluruh
dan sempurna bagi seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Setiap
permasalahan yang melibatkan agama harus dirujuk kembali kepada syariah Islam agar setiap
apa pun yang dilakukan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Berikut adalah kepentingan
syariah dalam kehidupan manusia:

1. Untuk mendidik manusia- Hakikatnya kehidupan manusia tidak terlepas dari ujian dan
dugaan sebagaimana dalam firman Allah dalam surah Surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang
bermaksud:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah
beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang
yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Setiap ujian dan dugaan yang menimpa manusia adalah datang daripada Allah dan tujuannya
adalah untuk mendidik manusia agar lebih kuat dan menjadi insan yang lebih bertakwa. Syariat
diturunkan bagi mendidik manusia menghadapi segala ujian dan cubaan tersebut. Syariah
menanamkan keimanan dan nilai-nilai amanah dan kebenaran dalam jiwa seseorang itu.
Sebahagaian dari program pendidikan dalam Islam ialah melalui ibadah. Amalan ibadah yang
disyariatkan oleh Allah ini memainkan peranan mendidik manusia supaya menjadi ahli
masyarakat yang berguna dan memberi manfaat kepada yang lain.

Sebagaimana firman Allah yang mensyariatkan hambanya agar menunaikan solat didalam Al-
quran yang bermaksud:
“Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan
bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Alah Maha
Melihat apa-apa yang kamu kerjakan”

(Surah Al Baqoroh : 110)

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu ,
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” (Surah Al Baqoroh : 153)

“Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar.” (Al-Ankabut: 45)

2. Syariah sebagai perisian Problem Solving ( Penyelesaian Masalah) dalam kehidupan-


Syariat Islam merupakan satu peraturan yang bersifat universal dan global (Syumuliyyah). la
merangkumi seluruh bidang keperluan manusia yang meliputi aspek hubungan antara manusia
dengan tuhan, hubungan sesama manusia dan alam sekitar. Syariah memelihara lima tunjang
yang menjadi pokok dan asas utama dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan seluruh
umat manusia iaitu menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Lima perkara tersebut
dipanggil sebagai maqasid Syariah. Setiap permasalahan yang melibatkan kelima perkara ini
akan diselesaikan berdasarkan syariat Islam dengan menjadikan wahyu Illahi, hadis dan sunnah
sebagai sumber rujukan utama. Syariat Islam digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu
perkara itu wajib, harus, sunat, makruh atau pun haram dilakukan. Tujuannya adalah untuk
menjernihkan kekeliruan yang melibatkan bab-bab agama agar setiap perkara yang dilakukan
mendapat keredhaan Allah dan demi kemaslahatan manusia.

Penghayatan yang kedua ini juga amat berkaitan dengan perhubungan masyarakat terutamanya
dalam hubungan menjaga hak asasi manusia dan tidak mencerobohinya. Jika berlaku
pencerobohan maka hukuman tertentu menantinya.Hukuman yang ditetapkan oleh syarak bukan
semata-mata bertujuan untuk menghukum si penjenayah tetapi membendung masyarakat dari
melakukan jenayah tersebut. Bagi mencapai matlamat inilah disyariatkan agar melaksanakan
undang-undang jenayah Islam seperti hudud,qisas dan takzir.

3. Sebagai Penegak Keadilan- “Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami
dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan
bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya
manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya
mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi
dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam
kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang
(menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta
menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya
Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa” (Surah Al-hadid : 25).

Berdasarkan daripada ayat diatas, jelas menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang adil dan
seimbang. Tidak terlalu memberatkan malah memudahkan. Sepertimana dalam firman Allah
yang bermaksud :

“Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”. (Al-Hajj:78)

RUJUKAN

Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin (1998). Pengantar Ilmu Tauhid.Kuala Lumpur
: Pustaka Salam

Auni Haji Abdullah (2010), Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Alam Raya
Enterprise Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai