Anda di halaman 1dari 5

Bahasa Melayu Tingkatan 4

Tema : Pendidikan & Kerjaya


Tutorial 24 : Sintaksis

BAHASA MELAYU TINGKATAN 4


TUTORIAL 24 : SINTAKSIS
Tema : Pendidikan & Kerjaya
Nama Pelajar : Tarikh :

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian bina dua ayat majmuk dengan mengekalkan struktur
dan maksud asalnya.

Hasrat pembudayaan membaca dalam kalangan masyarakat diperluas kepada pelbagai


peringkat. Kalangan masyarakat ini terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Hasrat ini
direalisasikan melalui kerjasama bersepadu dengan kementerian, jabatan, serta agensi-
agensi lain. Semua kegiatan dilaksanakan menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan
kebiasaan baharu. Antaranya penyebaran maklumat, penyertaan, penerimaan bahan,
pelaksanaan program dan penghakiman. Pelaksanaannya dibuat secara dalam talian.

[6 markah]

AYAT MAJMUK GABUNGAN


1

Hak Cipta Terpelihara©2022 Disediakan oleh : Cikgu Sathya@Bayu Cemerlang 1


Bahasa Melayu Tingkatan 4
Tema : Pendidikan & Kerjaya
Tutorial 24 : Sintaksis

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi ayat
yang bergaris:

Subjek : _____________________________________________________

Predikat : _____________________________________________________

Selari dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21), pembelajaran dalam talian


yang dituntut dalam norma baharu ini bukanlah sesuatu yang janggal dalam
pendidikan. Objektif PAK-21 adalah untuk melatih menjadi menjadi lebih komunikatif,
kolaboratif, kreatif, dan kritis berfikir. Hal ini sudah pasti menuntut guru-guru supaya lebih maju
dalam bidang teknologi agar dapat berkongsi ilmu dengan lebih efektif. Guru tidak lagi
berfungsi sebagai orang yang memberikan ilmu tetapi menjadi moderator untuk
mendidik murid-murid mendapatkan ilmu. Sejajar dengan kemajuan teknologi, ilmu boleh
diperoleh di hujung jari. Oleh itu, guru memberikan panduan tentang cara murid-murid dapat
memperoleh ilmu daripada pelbagai sumber. Kemudian, ilmu tersebut dipersembahkan
melalui aplikasi khas untuk pendidikan yang tersedia dalam talian. Sebagai contoh, subjek
yang berasaskan pembacaan atau teori agak bosan jika pembelajarannya menuntut
banyak pembacaan dan menyalin nota.
Dipetik dan diubah suai daripada
'Pembelajaran dalam Talian sebagai Norma Baharu',
usim.edu.my

[6 markah]

SUBJEK & PREDIKAT


1 Subjek :

Predikat :

2 Subjek :

Predikat :

3 Subjek :

Predikat :

Hak Cipta Terpelihara©2022 Disediakan oleh : Cikgu Sathya@Bayu Cemerlang 2


Bahasa Melayu Tingkatan 4
Tema : Pendidikan & Kerjaya
Tutorial 24 : Sintaksis

Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan ayat yang bergaris sama ada ayat penyata, ayat
seruan, ayat tanya, atau ayat perintah.

Dulu-dulu ketika di sekolah rendah, Aiman selalu ponteng sekolah. "Bosan dan jelak,"
tingkahnya kepada babah dan ibu.

(1) "Mengapa bosan?” tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku si anak
yang selalu berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya.

(2) "Heh, kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dah cipta formula sendiri.
Biarpun baru berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, (3) Aqil mampu menyelesaikan
masalah matematik Tingkatan Lima," kata murid pintar itu membela diri.

(4) "Aiman pergi duduk di kerusi awak. Sekali lagi awak ganggu kawan, saya akan bawa
awak menghadap Guru Besar". Guru Kelas bersuara tegas, memberi amaran keras.

JENIS AYAT PERINTAH


1

Hak Cipta Terpelihara©2022 Disediakan oleh : Cikgu Sathya@Bayu Cemerlang 3


Bahasa Melayu Tingkatan 4
Tema : Pendidikan & Kerjaya
Tutorial 24 : Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat susunan biasa kepada ayat songsang bagi tiga ayat yang
telah digarisi di bawah.

(1) Minat dan cita-cita merupakan faktor paling dominan yang mempengaruhi
pemilihan kerjaya seseorang. Minat juga menjadi prioriti utama dalam pemilihan sesuatu
kerjaya. (2) Murid yang telah menetapkan matlamat tentang kursus dan kerjaya yang
diingini sememangnya mempunyai hala tuju dalam hidup. Oleh sebab itu, ketika murid
berada di tingkatan empat, mereka perlu menentukan aliran yang dipilih, sama ada aliran Sains
atau aliran sastera. Bertitik tolak daripada itu, murid akan belajar dengan tekunnya untuk
mencapai kejayaan cemerlang bagi semua pakej mata pelajaran yang ditawarkan dalam
jurusan yang diambil. (3) Faktor minat dan cita-cita mewarnai peribincangan ini tidak
dapat dinafikan bahawa kedua-dua aspek penentu kejayaan seseorang agar kerjaya
yang didambakan akan menjadi kenyataan.
(Sumber : Internet)
[6 markah]

Dipetik dan diubah suai daripada Sarang Burung Tempua Jadi Tarikan
AYAT SONGSANG
1 Oleh Noorazura Abdul Rahman, Berita Harian, 20 September 2020.

Hak Cipta Terpelihara©2022 Disediakan oleh : Cikgu Sathya@Bayu Cemerlang 4


Bahasa Melayu Tingkatan 4
Tema : Pendidikan & Kerjaya
Tutorial 24 : Sintaksis

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian tukarkan petikan itu ke dalam bentuk dialog tanpa
mengubah maksud asalnya.

Fiza menanyakan kepada Lili sama ada dia sudah bekerja atau tidak selepas tamat pengajian.
Lili menjelaskan bahawa dia masih menganggur. Pada masa yang sama, dia turut mencari
pekerjaan yang sesuai. Fiza menasihati Lili agar tidak berdiam diri sahaja kerana nanti dia yang
rugi. Lili menanyakan kepada Fiza pula sama ada dia sudah mendapat pekerjaan atau
sebaliknya. Fiza mengatakan bahawa dia pun belum mempunyai pekerjaan tetapi dia sedang
mengikuti program usahawan muda yang dijalankan untuk sesiapa sahaja yang berminat
dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
[6 markah]

Hak Cipta Terpelihara©2022 Disediakan oleh : Cikgu Sathya@Bayu Cemerlang 5

Anda mungkin juga menyukai