Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

PENILAIAN BERTERUSAN TEORI - KUIZ


SEMESTER 2 KURSUS 1 DEA SESI 2024
JABATAN JABATAN ELEKTRIK
PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
KOD / KURSUS DEA 2332 – SUPERVISORY ELECTRICAL WORKS
1.0 Schedule Subordinates Activities
KOMPETENSI
2.0 Carry Out Work Distribution
1.1 Explain Schedule Subordinate Activities
1.2 Planning Subordinates activities
1.3 Prepare schedule chart or table.
1.4 Lab: 1.4.1 Prepare schedule chart activities
KOMPETENSI UNIT
2.1 Determine job description
2.2 Delegate work according to section.
2.3 Confirm the work distribution been carried out
2.3 Lab: Carry Out Work Distribution
Upon completion of the course, students will be able to:
1. Manage unit budget and accident report according to standard management
HASIL procedures. (C2, PLO3)
PEMBELAJARAN 2. Proceed unit meeting according to management orders. (P2, PLO10)
3. Perform work distribution, budgeting, subordinate activities, staff appraisal and log
book on work activities refer to standard management procedures. (A2, PLO7)
TARIKH HARI MASA 1 jam

NAMA M/S : 3

ANGKA GILIRAN NO. K/P


PEMBERAT CLO1, C2 (5%)
PERKARA CLO1 CLO2 CLO3
MARKAH MARKAH PENUH 20
MARKAH DIPEROLEHI
PERATUS MARKAH
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH: KEPUTUSAN PENILAIAN
LULUS
……….…………………………… …….………………..……………….
GAGAL
KASSEY BINTI SEBLI LAWRENCE ANAK CHULIN
(PENTAKSIR) (KETUA JABATAN)
SILA TANDAKAN √ PADA RUANGAN
YANG DISEDIAKAN)
TARIKH: TARIKH :

PERHATIAN :
Tujuan penilaian ini adalah untuk menilai pengetahuan anda Anda dikehendaki menjawab semua
soalan yang diberikan dengan sempurna sebagai bukti keterampilan anda.

PERATURAN PENILAIAN

Calon-calon dikehendaki :
1. Berada di tempat penilaian 15 minit sebelum penilaian dimulakan.
2. Baca arahan soalan dengan teliti.
3. Mengambil peperiksaan dengan jujur. Sekiranya anda didapati melanggar peraturan
penilaian atau menipu, anda tidak dibenarkan meneruskan penilaian.

Arahan : Jawab semua soalan di bawah ini.

1. Huraikan kepentingan membuat perancangan. (C2)

i. la memberi arah dan tujuan sesebuah organisasi.


ii. la menyelaraskan semua aktiviti dalam oganisasi.
iii. la membantu organisasi mengelakkan pengurusan krisis (crisis management).
Perancangan yang baik membantu mengurangkan penyelia menghadapi masalah
berterusan dalam masalah yang tidak disangka.
iv. la mambantu organisasi meramalkan perubahan-perubahan masa akan datang dan
bersedia menghadapinya.
v. la juga membantu mengelakkan pembaziran tenaga membuat kerja-kerja yang
berulang.
(5 markah)

2. Apakah kesan perancangan tanpa tanggungjawab? Huraikan. (C2)

Perancangan tanpa tanggungjawab (commitment) adalah satu pembaziran sumber.


Penglibatan sumber (resources) memerlukan keputusan diantara pilihan-pilihan yang
dibuat. Keputusan-keputusan mesti dibuat pada beberapa peringkat dalam proses
perancangan dimana keputusan-keputusan ini mestilah ditukarkan kepada tindakan.
(1 markah)

3. Apakah yang dimaksudkan dengan WBS? (C2)

WBS adalah persembahan hirarki untuk sebuah projek. Ia menunjukkan bagaimana untuk
mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan pada permulaan dan akhiran projek.
Kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik untuk menentukan aktiviti-aktiviti yang
merangkumi sebuah projek yang telah digunakan dengan meluas. Konsep WBS ini mudah
dan cepat difahami dan dipelajari.
(2 markah)

4. Apakah ciri-ciri WBS yang baik? (C2)


i. Status dan penyudahan aktiviti mudah diukur
ii. Ia mempunyai peristiwa (event) mula dan tamat yang tetap
iii. Ia mempunyai tugasan-tugasan yang mudah diurus (manageable), boleh diukur
(measurable), dan tidak bergantung kepada tugasan aktiviti lain
iv. Ia biasanya membentuk satu siri aktiviti-aktiviti yang berterusan dari mula hingga
akhir.
(4 markah)

5. Berikan langkah-langkah untuk membina WBS (work breaking structure) dalam satu program.
(C2).

Langkah 1 : Bahagikan projek kepada beberapa objektif utama


Langkah 2 : Agihkan setiap objektif kepada beberapa aktiviti yang mesti dilaksanakan untuk
menyempumakan objektif tersebut.
Langkah 3 : Untuk setiap aktiviti, bahagikan kepada beberapa sub-aktiviti kecil.
Langkah 4 : Peringkat terendah sub-aktiviti didalam hirarki merupakan pakej kerja asas yang
perlu dilaksanakan untuk menyempurnakan projek.
(8 markah)

Anda mungkin juga menyukai