Anda di halaman 1dari 12

AS20303

ORGANISASI ANTARABANGSA [1-2023/2024]

TUGASAN INDIVIDU

NAMA : AFIEFA AGULLANA BINTI AZMAN


NO. MATRIK : BA22110636
NAMA PENSYARAH : DR. RIZAL ZAMANI IDRIS

SOALAN :
Bagaimanakah Teori Realisme Melihat Prospek Kerjasama dalam
Konteks Antarabangsa? Apakah Halangan-halangan Kepada
Kerjasama Menurut Teori Tersebut?
1.0 PENGENALAN

Hubungan antarabangsa merupakan satu kajian tentang hubungan antara


negara dan negara lain serta negara dengan organisasi antarabangsa yang
menitikberatkan tentang aktiviti antara negara seperti peperangan, diplomatik dan
tadbir urus negara . Menurut Holsti (1983), hubungan antarabangsa bermaksud
interaksi perhubungan antara ahli-ahli dalam negara berlainan sama ada
perhubungan yang melibatkan kerajaan ataupun tidak. Manakala, Aristotle
mengatakan bahawa manusia secara semula jadinya memerlukan perhubungan.
Seseorang yang hidup tanpa makhluk lain adalah sama ada Tuhan ataupun binatang.
Dalam kajian hubungan antarabangsa terdapat beberapa teori yang digunakan oleh
pengkaji bagi memudahkan kita memahami dan melihat dunia dari pelbagai
perspektif dan pemikiran. Teori ini juga adalah gabungan pemikiran yang
menerangkan bagaimana sistem hubungan antarabangsa terjadi dan dilaksanakan.
Teori dapat dirumuskan sebagai kenyataan atau penerangan yang dicipta bagi
menerangkan suatu fenomena dan situasi. Kenneth Waltz merupakan seorang tokoh
yang pertama menulis tentang teori hubungan antarabangsa dimana buku itu
bertajuk “ Theory of International Politics” pada tahun 1979 yang menerangkan
tentang hubungan antarabangsa seperti teori realist, neorealism dan sebagainya.
Waltz (1975) mengemukakan bahawa istilah teori ini digunakan secara bervariasi
oleh pengkaji hubungan antarabangsa. Teori-teori ini sering diguna pakai bagi
meneliti karya-karya yang bersifat keilmuan. Teori hubungan antarabangsa terbahagi
kepada dua iaitu sebagai pengetahuan kontemplatif dan teori yang sebagaimana
dipahami secara ilmiah. Antara teori yang wujud dalam hubungan antarabangsa
ialah Realisme, Liberalisme dan Marxism . Dimana kajian ini akan mengupas tentang
bagaimana teori Realisme melihat prospek kerjasama dalam konteks antarabangsa .

Realisme merupakan salah satu pendekatan utama dan dominan dalam kajian
perhubungan antarabangsa. Teori ini diletakkan bersama-sama dua lagi pendekatan
utama iaitu Idealisme dan Globalisme (M. H. Sabtu, & M. H. Suhaimi., 2020). Teori
Realisme ini muncul disebabkan kegagalan teori Idealisme dimana ahli Idealist
membuat andaian bahawa sifat manusia adalah baik, bertamadun, suka akan
keamanan dan mengamalkan kerjasama. Namun pemikiran idealisme ini semakin
luput apabila Jerman melancarkan serangan terhadap Poland dan mencetuskan
Perang Dunia Kedua (Mohd Irwan, Wan Kamal & Azyati Azhani,2016). Oleh itu,

1
munculnya teori Realisme di mana teori ini merupakan suatu pendekatan utama
yang penting dalam hubungan antarabangsa kerana memperlihatkan bahawa sifat
manusia secara semulajadi yang sanggup melakukan apa sahaja untuk bersaing
demi memenuhi kepentingan sendiri. Kemunculan teori ini dipelopori oleh tokoh-
tokoh seperti Hans Morgenthau, Sun Tzu, Thucydides, dan Machiavelli. Menurut
pandangan sarjana aliran realisme iaitu Thucydides dalam karya agungnya “History
of the Peloponnesian War”, beliau percaya bahawa kuasa adalah segala-galanya
kerana negara yang paling berkuasa akan sentiasa mencapai kemenangan. Bagi
mencapai kemenangan, soal moral, soal nilai ataupun agama tidak perlu di ambil kira
malah ia diketepikan kerana negara yang kuat dan memiliki kuasa akan tetap dilihat
sebagai pihak yang benar dan apa yang mereka lakukan adalah betul. Teori ini
menjelaskan segala fenomena-fenomena hubungan antarabangsa yang terjadi di
dunia sesuai dengan fakta di lapangan. Antara perspektif lain yang boleh
mentafsirkan teori realisme ialah pandangan pesimis atas sifat manusia, keyakinan
bahawa hubungan antarabangsa pada dasarnya konfliktual dan mempercayai
bahawa konflik permasalahan antarabangsa akan lebih mudah untuk diselesaikan
melalui peperangan serta realist juga menjunjung tinggi nilai-nilai keselamatan
nasional demi kelangsungan hidup sesebuah negara.

2
2.0 PROSPEK KERJASAMA ANTARABANGSA DALAM TEORI REALISME

2.1 KESEIMBANGAN KUASA


Menurut McShane, Von Glinow (2009), kuasa adalah keupayaan seseorang,
pasukan atau organisasi untuk mempengaruhi orang lain, bukan untuk bertindak
mengubah sikap atau kelakuan seseorang. Kuasa sangat signifikan dalam bidang
politik bagi membuat keputusan dan melaksanakan dasar. Kuasa merupakan suatu
keperluan dan mempunyai hubungan dengan beberapa aktiviti dalam organisasi.
Perlunya kuasa disebabkan keinginan untuk mengawal orang lain, mempengaruhi
tingkah laku dan bertanggungjawab kepada mereka (Aldag, R. & Kuzuhara, L. 2002).
Namun kewujudan kuasa semata-mata tanpa diseimbangkan akan melahirkan
pelbagai impak negatif . Oleh itu, muncul konsep keseimbangan kuasa yang begitu
penting dalam prospek kerjasama antarabangsa . Keseimbangan kuasa ini penting
kerana konsep ini mampu memacu kekuatan setiap negara namun dalam masa yang
sama konsep ini juga dapat mengekalkan keseimbangan kekuatan antara negara dan
dapat mengelakkan kekuasaan daripada didominasi oleh sebuah pertubuhan atau
negara serta sekaligus mampu mengelakkan peperangan.

Bagi perspektif Realisme yang mempercayai bahawa manusia dilahirkan dengan


sifat tamak dan mahu berkuasa dalam segala hal, pemimpin realist perlu bersifat
agresif dan mementingkan kepentingan diri sendiri sebelum menjalankan kerjasama
nasional. Setiap kerjasama yang dijalinkan perlulah memberi manfaat kepada kedua
buah negara ataupun memberi lebih banyak manfaat kepada negara mereka. Oleh
itu, terdapat empat elemen utama yang perlu dilihat iaitu kuasa, keseimbangan
kuasa, kepentingan nasional dan keselamatan kolektif. Ahli pemikir Realisme iaitu
Morgenthau (1973), Politik antarabangsa sama juga seperti politik yang lainnya iaitu
pergelutan untuk mendapatkan kuasa melalui peperangan. Konsep keseimbangan
kuasa atau balance of power adalah suatu keadaan sesebuah negara menggunakan
kuasa yang mereka ada ke atas negara lain untuk mengimbangi kuasa (Joshua S.
Goldstein & Pevehouse, 2004). Realisme menganggap keseimbangan kuasa bukanlah
sesuatu konsep yang kekal kerana dinamika global akan sentiasa berubah
menyebabkan negara-negara perlu bijak beradaptasi dalam persaingan kuasa agar
dapat menjaga posisi dan kepentingan nasional mereka. Menurut pemikiran
Realisme, terdapat tiga strategi yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah negara bagi

3
menyeimbangkan kuasa sekaligus memberi manfaat kepada mereka melalui
Persenjataan (Armament), Pakatan (Alliances) dan Gabungan (Bandwagoning).

I) Persenjataan (Armament)
Persenjataan dan ketenteraan merupakan elemen penting bagi mencapai
keseimbangan kuasa . Namun ahli realist akan melihat kekukuhan ekonomi sebuah
negara sebelum menjalinkan kerjasama nasional. Kekuasaan sebuah negara dari segi
persenjataan cenderung untuk tujuan mengelakkan negara diganggu oleh kuasa lain
ataupun atas dasar ingin mencapai kepentingan nasional sendiri dengan menjalinkan
hubungan kerjasama antarabangsa dengan negara luar. Hal ini dapat kita lihat
apabila kuasa-kuasa besar seperti kesatuan Eropah seperti Perancis, Itali, Sepanyol
dan lain-lain sama sekali tidak terancam oleh mana-mana negara lain. Persenjataan
ini merupakan strategi keseimbangan kuasa yang tidak dapat dielakkan berikutan
konsep asas bagi Realisme itu sendiri ialah peperangan adalah sesuatu yang
dibolehkan (Suhaimi & Sabtu H.,2020). Kerakusan sesebuah kuasa besar yang
memiliki ketenteraan kuat dan digeruni membolehkan mereka melakukan apa sahaja
demi mencapai objektif dan tujuan yang mereka ingini.

II) Pakatan (Alliances)


Pakatan merupakan sebuah penggabungan antara dua buah negara bagi
memperoleh kesetaraan kuasa yang dimiliki oleh sebuah negara berkuasa besar.
Pakatan diperlukan bagi kerjasama antarabangsa untuk mencapai kata sepakat dan
mempromosikan keamanan sejagat. Terdapat tiga kategori dalam strategi Pakatan
iaitu Taktikal, Historikal dan Natural. Pakatan Taktikal dilakukan bagi menangani
ancaman musuh yang dikhuatiri akan menganggu kepentingan sebuah negara.
Manakalah pakatan Historikal dicapai antara dua buah negara yang pernah
menjalinkan hubungan antarabangsa bagi mengekalkan kepentingan nasional di
antara dua buah negara tersebut. Pakatan Natural pula merujuk kepada kerjasama
yang melibatkan negara yang memiliki persamaan dalam budaya politik yang mampu
mewujudkan hubungan yang berdaya saing dalam menghadapi keadaan semasa dan
di masa hadapan bersama-sama.

4
III) Gabungan (Bandwagoning)
Ahli pemikir Neo-realisme berpendapat bahawa pembahagian sumber dan kuasa di
antara negara-negara ialah kunci kepada penentuan keselamatan dasar negara. Walt
(1987) menyatakan bahawa bandwagoning terjadi apabila sesebuah negara itu
menjadi semakin lemah, maka semakin tinggi kecenderungan negara tersebut untuk
melakukan strategi penggabungan. Konsep ini mampu menjamin keselamatan dan
memberi manfaat bagi negara yang lemah sekiranya menjalinkan gabungan dengan
kuasa besar.

2.2 KEPENTINGAN NASIONAL


Kepentingan nasional ataupun national interest merupakan istilah yang sering
digunakan dalam bidang hubungan antarabangsa. Teori realisme menjadikan
kepentingan nasional sebagai elemen yang penting sebelum memateraikan kerjasama
dengan sesebuah pihak. Menurut Hans J. Morghentau, kepentingan nasional ialah
perlindungan terhadap identiti fizikal yang merujuk kepada pengekalan keutuhan
wilayah, seterusnya perlindungan identiti politik yang merujuk kepada mempertahankan
ekonomi dan politik serta perlindungan budaya.

Ahli realist menjadikan kepentingan nasional sebagai sebuah elemen penting dalam
pembentukan kerjasama antarabangsa . M eskipun mereka tidak begitu cakna terhadap
kerjasama antarabangsa namun mereka masih mengharuskan kerjasama demi
mendapatkan kepentingan nasional . Menurut teori yang dikemukakan oleh E.H.Carr
ini, kepentingan nasional merupakan satu elemen yang amat dititikberatkan kerana
dasar luar sesebuah negara juga akan digubal berdasarkan kepada kepentingan
nasional. Setiap negara yang menjalinkan hubungan nasional maka sudah pasti ada
kepentingan dan matlamat yang ingin dicapai oleh negara tersebut.

I) Kepentingan dari segi ketenteraan


Israel menjalinkan hubungan kerjasama dengan Amerika syarikat bagi memenuhi
tuntutan ketenteraan mereka kerana Amerika Syarikat merupakan sebuah kuasa
besar dan memiliki kecanggihan teknologi ketenteraan. Menurut laporan artikel Sinar
Harian pada 15 November 2023, sehingga akhir Oktober, sebanyak 36,000 peluru
meriam 30mm dan kira-kira 3,500 peranti penglihatan malam telah dihantar kepada
sekutunya(Israel) ketika kempen pengeboman ke atas Gaza. Amerika Syarikat juga
memberi sokongan ketenteraan dan memindahkan bekalan senjata serta

5
memperuntukkan bantuan tahunan berjumlah AS$3.8 billion(RM17.7 billion) kepada
kerajaan Israel.

II) Kepentingan dari segi Ekonomi


Antara contoh kerjasama antarabangsa berdasarkan kepentingan dari segi ekonomi
ialah Organisasi Kesatuan Eropah (European Union) . Organisasi ini dianggotai oleh
27 buah negara eropah yang bertujuan untuk mewujudkan integrasi ekonomi dan
politik yang lebih stabil antara negara-negara eropah . Kerjasama antara negara-
negara ini memberikan manfaat sesama ahli terutamanya dari segi ekonomi kerana
kerjasama ini telah mencipta pasaran tunggal yang bersatu iaitu dengan
mengahapuskan sekatan perdagangan, memudahkan pergerakan barang dan
perkhidmatan antara ahli. Kerjasama ini membolehkan kesatuan eropah
mengembangkan ekonomi, memperluaskan pasaran bersama serta memperkuat dan
meningkatkan nilai mata wang euro.

Maka jelaslah bahawa, teori realisme ini amat menitikberatkan manfaat yang akan
mereka perolehi selepas menjalinkan kerjasama antarabangsa kerana mereka
mengamalkan dasar tertutup demi melindungi hak rakyat mereka dan memberi
kelebihan kepada negara mereka. Walaupun pemimpin realist tidak gemar akan
pakatan dan kerjasama namun mereka tidak mengendahkan kepentingan untuk
menjalinkan kerjasama dengan negara lain.

6
3.0 HALANGAN KEPADA PEMBENTUKAN KERJASAMA ANTARABANGSA
MENURUT TEORI REALISME

3.1 Konsep “Human Nature”

Teori Realisme ini signifikan dengan konsep “Human Nature” dimana mereka
mengandaikan bahawa manusia sentiasa terdorong dengan perilaku buruk seperti
bersikap tamak, pentingkan diri sendiri dan ingin berkuasa dalam segala hal. Konsep
ini dapat kita lihat dari pandangan tokoh realism yang menyatakan “ Human were
ungrateful, fickle, false, coward (and) covetous “ (Machiavelli,1988). Machiavelli
percaya bahawa manusia pada umumnya egois dan perasaan mereka terhadap
orang lain mudah untuk berubah-ubah. Manusia mungkin boleh dipercayai baik,
namun juga boleh berubah menjadi seorang yang egois, suka menipu, dan hanya
melakukan sesuatu sekiranya itu demi kepentingan mereka sendiri. Pemikiran
sebegini mengakibatkan kesulitan bagi mewujudkan kepercayaan antara sebuah
negara dengan ngeara dan pihak lain. Realisme mengetahui bahawa kerjasama
antarabangsa yang dijalinkan adalah berdasarkan tujuan pencapaian kepentingan
nasional semata-mata . Konsep ini menyebabkan keraguan dalam kalangan
pemimpin untuk menjalinkan hubungan kerjasama kerana takut akan terjadinya
pengkhianatan antara mereka dan akan mengancam kepentingan nasional mereka.
Teori ini memperlihatkan bahawa ketergantungan terhadap kuasa atau negara lain
merupakan sebuah risiko yang mengakibatkan kurang keterbukaan dan diplomasi
dalam kalangan pemimpin realisme.

Pemimpin realist mengutamakan kepentingan nasional dan keseimbangan kuasa


bagi melihat setiap tindakan kerjasama sama ada ianya berupaya mempertahankan
dan meningkatkan kekuatan negara. Ketidakpercayaan yang wujud disebabkan
konsep ini menjadi punca kesulitan bagi mereka menjalankan kerjasama
antarabangsa. Teori realisme menggambarkan bahawa setiap negara berusaha
untuk mengaut sebanyak mungkin keuntungan bagi kepentingan negara mereka
sendiri. Oleh yang demikian , hal ini menjadi halangan utama pembentukan
kerjasama antarabangsa .

7
3.2 Persaingan Kuasa

Ahli realisme begitu berhati-hati untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan


negara lain . Hal ini kerana mereka ingin memastikan setiap kerjasama yang
dijalinkan akan memberi keuntungan kepada mereka. Terdapat pelbagai elemen
yang perlu dititikberatkan oleh pemimpin realist sebelum mengadakan kerjasama
dengan sebuah pihak. Pemimpin realist menekankan kepentingan mendapatkan
manfaat dari setiap kerjasama yang dijalinkan . Sekiranya, perjanjian tersebut
dianggap tidak memberikan manfaat dan mungkin membahayakan kepentingan
nasional yang dilindungi mereka selama ini, maka mereka enggan untuk melibatkan
diri. Perspektif realisme selama ini yang berpegang kepada sistem negara adalah
berbentuk anarki dimana tiada kuasa selain negara yang mampu menganggu-gugat
dan campur tangan terhadap negara mereka bagi melindungi kedaulatan negara dan
mengelakkan ketergantungan yang memberi peluang kepada pengaruh pihak luar.
Persaingan kuasa antara negara menyebabkan negara luar enggan untuk
bekerjasama kerana pemimpin realist akan memastikan mereka memperolehi
manfaat atau lebih manfaat bagi negara mereka.

3.3 Mementingkan Keamanan Nasional


Realisme begitu mementingkan keamanan nasional sehingga menghalang
pembentukan kerjasama antarabangsa. Kedaulatan dan keamanan negara amat
dititikberatkan oleh pemimpin realist kerana perspektif anarki dan persaingan kuasa
yang kuat dalam kalangan mereka. Mereka lebih percaya akan kekuatan dan potensi
kerajaan dan negara mereka sendiri daripada harus bergantung dengan pihak luar
yang mungkin akan mengancam keamanan nasional. Terdapat beberapa perjanjian
yang boleh dikatakan mengamalkan perspektif Realisme kerana mementingkan
keamana nasional iaitu:

I) Perjanjian NATO (North Atlantic Treaty Organization)


NATO merupakan persekutuan ketenteraan dalam kalangan negara-negara Barat
yang ditubuhkan pada tahun 1949 bagi melindungi ancaman persenjataan.
Perjanjian ini mencerminkan prinsip realisme dimana ia memastikan setiap anggota
akan sentiasa saling membantu dan melindungi keamanan nasional mereka daripada
ancaman yang mungkin akan wujud.

8
II) Perjanjian ANZUZ (Australia, New Zealand, United States Security
Treaty)
Perjanjian ini dianggotai oleh Australia, New Zealand, Amerika Syarikat . Setiap
negara ini saling bekerjasama dalam memelihara keamanan nasional mereka.

III) Perjanjian Perdamaian Westfalen (1648)


Meskipun Perdamaian Westfalen bukanlah sebuah perjanjian yang sepenuhnya
mengamalkan prinsip realisme dalam konteks moden, namun secara umumnya
perjanjian tersebut dianggap sebagai tonggak sejarah perkembangan sistem negara
moden. Perjanjian tersebut menetapkan prinsip-prinsip dasar kedaulatan nasional
dan kebebasan untuk menentukan hala tuju negara tanpa campur tangan asing yang
bertepatan dengan pandangan realist yang mementingkan anarki dan kepentingan
nasional.

4.0 KESIMPULAN

Teori Realisme ini sebuah pemikiran yang sangat berwaspada dalam menjalinkan
kerjasama antarabangsa disebabkan pegangan konsep yang dibawakan oleh
Machiavelli (1988) yang menyatakan bahawa manusia memiliki sikap tamak dan
pentingkan diri sendiri . Namun, teori ini tidak menolak kepentingan dan manfaat
yang akan diperolehi sekiranya menjalinkan kerjasama dengan pihak luar. Teori ini
memperlihatkan bahawa setiap kerjasama yang dijalinkan harus memberi manfaat
dan kepentingan nasional tersendiri bagi kedua-dua pihak. Kerjasama yang terjalin
tanpa manfaat dan matlamat yang jelas itu hanyalah sia-sia dan mungkin akan
memberikan kerugian. Setiap keputusan terutamanya berkaitan negara harus diteliti
dan ditelusuri . Jika kita melihat sisi positif teori ini, kita mempercayai bahawa segala
keputusan kerjasama yang dijalinkan oleh pemimpin yang mengamalkan teori ini
menginginkan faedah yang baik bagi pembangunan negara mereka dan ingin
memelihara keamanan dan kepentingan nasional mereka darpada ancaman pihak
luar.

9
RUJUKAN

Aldag, R. and Kuzuhara, L. (2002) Organizational Behavior and Management: An


Integrated Skills Approach. South-Western Thomson Learning, Cincinnati, OH.

Holsti, K. J. (1983). International Politics: A Framework for Analysis. London:


Prentice Hall International Inc.

Joshua S. Goldstein & Jon C. Pevehouse, International Relations, New York:


PearsonLongman [textbook]. (7th Ed.: 2005). (Updated 7th Ed.: 2006). (8th Ed.:
2007). (Updated 8th Ed: 2008). (9th Ed.: 2009). (Updated 9th Ed.: 2010). (10th Ed.:
2011). (Updated 10th Ed: 2012-2014).

Machiavelli, N”The Prince” (1988 CUP ed. In SL)

M. Abdullah, Halim, & Khairruddin. (2014). Jurnal . Pengaruh Kepimpinan LMX


Terhadap Tingkah Laku Kewarganegaraan Keselamatan Dalam Kalangan Bukan
Eksekutif, 28(1)(ISSN 2289-8174), 88–97.

Muhamad Helmy Sabtu, & Muhamad Suhaizi Suhaimi. (2020). artikel. Paradigma
Realisme Dan Keseimbangan Kuasa Suatu Pengenalan , 1–12. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/343054230_Paradigma_Realisme_dan_Kes
eimbangan_Kuasa_Suatu_Pengenalan

Pongpearchan, P. (2016). Effect of transformational leadership and high performance


work system on job motivation and task performance: Empirical evidence from
business schools of Thailand universities. Journal of Business and Retail Management
Research, 10(3).

Saidin, M. I. S., Mujani, W. K., & Mazuki, A. A. M. (2016). Perang Enam Hari Arab
Israel 1967 Menerusi Perspektif Teori Realisme/Arab-Israeli Six-Day War 1967
through the Perspective of the Realism Theory. International Journal of Islamic
Thought, 9, 18.

10
Walt, S. M. (1987). The Origins of Alliances. Cornell University Press.
http://www.jstor.org/stable/10.7591/j.ctt32b5fc

11

Anda mungkin juga menyukai