Anda di halaman 1dari 2

SOLAT HAJAT PERDANA PELAJAR SPM BERSAMA IBUBAPA PERINGKAT SMK

KOTA GELANGGI 2 TAHUN 2023

Ucapan Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu


Aluan wassalamu ‘ala ashrofil anbiya-i wal mursalin wa ‘ala alihi wasahbihi
Pengerusi ajma’in
Majlis
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat dating
Awal bismillah pembuka bicara

Majlis mengucapkan selamat datang ke Majlis Solat Hajat Perdana Calon


SPM bersama Ibu Bapa bagi Tahun 2023.

Dimulakan lafaz dengan nama Allah,


Dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian kepada Allah Rabbul Izzati,
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi.

Yang Berusaha Puan Zarena Binti Hamzah, Puan Pengetua SMK Kota
Gelanggi , Yang Dihormati…………………………………………NYDP
PIBG SMK KOTA GELANGGI 2, Yang Dihormati, Tuan Haji Ahmad
Mohktar Bin Zakaria, GPK Pentadbiran, Encik Mashuran Bin Hussein,
GPK Hal Ehwal Murid SMK Kota Gelanggi 2, Puan Wan Zuraida binti
Wan Mohamed Zain, GPK Kokurikulum

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya anak-anak pelajar yang
dikasihi sekalian

Alhamdullillah…. syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin limpah kurnia


Nya pada hari ini, kita sekali lagi bersama-sama berhimpun di Surau At-
Taqwa ini bagi mengadakan majlis solat hajat perdana pelajar SPM
bersama ibu bapa.

Terlebih dahulu bagi pihak majlis , kami amat berbesar hati dan mengalu-
alukan kehadiran NYDP PIBG , BArisan AJK PIBG SMK kota Gelanggi 2,
para ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian ke majlis yang penuh barakah
ini.

Semoga dengan kesudian kalian meluangkan masa pada majlis kali ini
membolehkan kita duduk berkumpul dalam ikatan kekeluargaan di
samping mendoakan kejayaan anak-anak kita bagi peperiksaan SPM
yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi
Bacaan Hadirin yang di rahmati Allah sekelian,
Surau
Yassin dan Majlis dimulakan dengan solat hajat dan bacaan yassin. Sehubungan
Solat Hajat dengan itu majlis menjemput dengan segala hormatnya al-fadhil ustaz
sabri bin awang the untuk mengetuai bacaan surah Yassin dan solat hajat
kita pada hari ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan...

Terima Kasih diucapkan kepada Ustaz Sabri Bin Awang Teh di atas
pimpinan surah Yassin dan solat hajat sebentar itu tadi
Ucapan Sebelum aturcara kita yang berikutnya dimulakan, dipersilakan barisan
Pengetua Puan Pengetua, NYDP pibg dan barisan ajk pibg untuk mengambil tempat
yang telah disediakan di bahagian hadapan surau at-taqwa ini.

Baiklah hadiri sekalian, saya dengan segala hormatnya mempersilakan


Puan Zarena binti Hamzah, Pengetua SMK kota Gelanggi 2 untuk
memberikan ucapan. Dipersilakan Puan.

Terima Kasih diucapkan kepada Puan Pengetua di atas ucapan, amanat


dan pesanan yang diberikan kepada calon SPM 2023 sebentar itu tadi.
Diharapkan pelajar mendapat suntikan semangat dalam mengharungi
perjalanan peperiksaan SPM yang akan bermula tidak lama sahaja lagi.
Edaran Majlis Sekali lagi mempersilakan Puan pengetua diiringi NYPD PIBG
Kismis dan untuk menyampaikan edaran kismis dan air Yassin kepada para pelajar
Air Yassin SPM 2023.

Kita mulakan dengan mempersilakan pelajar lelaki untuk mengambil


edaran kismis dan air Yassin yang telah disediakan. Dipersilakan.

Terima kasih kepada Puan Pengetua dan NYDP PIBG di atas kesudian
menyampaikan edara kismis dan air Yassin kepada pelajar SPM bagi
tahun 2023.
Jamuan Dengan berakhirnya serahan kismis dan air Yassin sebentar itu tadi,
maka majlis kita pada hari ini berada di hujungnya. Terima kasih
diucapkan kepada kesudian ibu bapa dan penjaga pelajar spm yang
sanggup meluangkan waktu dan tenaga menghadirkan diri ke majlis kita
pada hari ini. Semoga dengan kebersamaan antara pihak sekolah dan
ibubapa semua, mendapat rahmat dan keredhaan daripada ALLAH SWT
bagi anak-anak pelajar sPM mencapai kejayaan yang cemerlang kelak.
Majlis menjemput dan mempersilakan ibubapa dan penjaga ke kantin smk
kota gelanggi untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Sekian
Terima kasih .. saya sudahi dengan wabillah hitaufik wal hidayah
wassalammualaikum w. b.t dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai