Anda di halaman 1dari 8

KURSUS:

KKKH4413 PENGURUSAN SISA PEPEJAL


2023/2024

PROJEK:
PROJEK TAMAN LESTARI YSD: KAJIAN PERBANDINGAN BAJA
ORGANIK DALAM PENANAMAN SAYUR

PENSYARAH:
DR. IRFANA BINTI KABIR

AHLI KUMPULAN:
1. EGI ALIA BINTI BAMBANG SUGIAN (A182361)
2. NURUL FATHIAH AZZAHRA BINTI ZAILANI (A181118)
3. MUHAMMAD TSAQIF BIN MAZELAN (A182781)
1.0 PENGENALAN
Projek Taman Lestari YSD adalah inisiatif yang dijalankan oleh Yayasan Sime Darby (YSD)
yang bertujuan untuk mendorong kelestarian alam dan persekitaran semula jadi. Dalam konteks
kajian perbandingan baja organik dalam penanaman sayur, projek ini fokus kepada penggunaan
tiga jenis baja yang berbeza iaitu baja organik dan baja non-organik untuk menilai kesan
keduanya terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman sayur. Bagi menjalankan projek ini, kami
akan menggunakan baja dari sisa sebagai baja organik dalam pertanian lestari. Baja organik
memainkan peranan penting dalam menggalakkan pertumbuhan tumbuhan dan meningkatkan
kesihatan tanah.
Projek ini mengandungi 3 bahagian
i. Bahagian 1: Penyediaan Eksperimen
ii. Bahagian 2: Penanaman dan Penjagaan
iii. Bahagian 3: Pengumpulan Data

2.0 OBJEKTIF
Dengan menetapkan objektif-objektif, Projek Taman Lestari YSD dapat dilakukan dengan
menyusun tindakan yang terarah bagi mencapai hasil yang diinginkan serta memastikan
kontribusinya terhadap keberlanjutan lingkungan dan pertanian. Oleh itu, dalam projek ini,
terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai pada hasil akhir projek dalam semester ini.

i) Mendorong Kelestarian Sekitar


Memotivasikan diri dalam mengikuti praktik pertanian yang mampan dan mesra alam.

ii) Pengembangan Pertanian Berkelanjutan


Mempelajari cara pertanian yang efisien dan mampan untuk meningkatkan produk sayur.

iii) Pendidikan dan Kesedaran


Mengetahui maklumat tentang pentingnya pertanian dan penggunaan baja organik.

3.0 METODOLOGI
3.1 BAHAGIAN 1: PENYEDIAAN EKSPERIMEN
Penyediaan Eksperimen terdiri daripada menentukan jenis sayuran, baja organik, penyediaan
tanaman dan mereka bentuk eksperimen.

3.1.1 Penentuan Jenis Sayuran


Bagi menjalankan kajian ini, kumpulan kami telah memilih sayur sawi
kerana sayur sawi merupakan tanaman yang mudah ditanam dan dijaga.
Penjagaan sawi tidak begitu rumit, ia hanya perlu dibaja dab diberi semburan
organik secara berkala.
Sawi adalah tumbuhan renek yang berbatang lembut dengan warna hijau
keseluruhan batang dan daun. Kitaran hidup sawi hanyalah semusim yang
bermaksud sawi akan mula mati selepas berbunga dan mengeluarkan biji benih.
Sawi mempunyai pelbagai jenis seperti sawi putih, sawi hijau.

Gambar 1: Contoh sawi putih dan sawi hijau

3.1.2 Pemilihan Baja Organik

Gambar 2: Baja yang digunakan

Kami telah pun memilih untuk menggunakkan baja kompos UKM


sebagai baja organik untuk penananaman sawi kami. Baja kompos ini
mengandungi campuran bahan organik dan tanah. Seperti daun kering apabila
reput, bahan ini dicampur tanah.
3.1.3 Penyedian Tanaman

Gambar 3: Anak benih sawi

Sebelum kami melakukan proses penanaman, kami melakukan proses


semaiaan iaitu menyemai biji benih sawi di dalam bekas semaiaan dan tunggu
sehingga ia disemai dan kemudian pindahkannya untuk ditanam di dalam plot
yang lebih besar. Hal ini bagi mengelakkan sekiranya kami melakukan proses
penanaman terus biji benih sawi ke dalam plot besar, ia bakal dimakan oleh
siput atau beluncas. Kami juga dapat mengawal biji benih yang disemai dengan
lebih dekat.

Selepas itu, kami juga menyediakan tanah yang baik untuk plot
penanaman kami. Kami menggunakkan tanah hitam yang sesuai untuk tanaman
sawi. Kami juga menyediakan plot kami di tempat yang boleh mendapat cahaya
matahari yang cukup supaya benih yang bercambah mendapat matahari yang
cukup. Kami juga menyediakan jaring yang bersesuaian untuk tutup plot agar
tidak mendapat cahaya matahari yang berlebihan

3.1.4 Reka Bentuk Eksperimen


Bagi reka bentuk eksperimen, kami menyediakan plot yang besar
berukuran 3-meter x 1-meter dengan ketinggian 30 sentimeter dari aras tanah.
Namun, tanah hitam diisi 3/4 ke dalam plot. Hal ini bagi membolehkan sayur
sawi kami membesar dengan baik. Untuk penanaman dalam plot pula kami
memilih untuk menanam 18 biji benih yang ditanam secara 3 biji benih bagi
satu baris dan 6 biji benih bagi satu lajur. Kami juga melabelkan setiap biji benih
dengan batang aiskrim dan nama bagi memudahkan proses pengumpulan data.
Gambar 4: Penyedian plot sebelum anak benih ditanam

3.2 BAHAGIAN 2: PENANAMAN DAN PENJAGAAN


Dalam bahagian ini pula, kami mengfokuskan kepada penanaman, penyuburan dan penjagaan
tanaman.
3.2.1 Penanaman
Bagi proses penanaman, kami melakukan pemindahan sawi dari bekas semaian
selepas 4-5 helai daun telah pun tumbuh. Selepas pemindahan, kami menutup plot
kami dengan jaring supaya tanaman redup bagi mengelakkan kerosakan akar dan
pokok tidak mengalami kejutan pindahan. Kami juga menanam pokok dengan
jarak yang sesuai agar tiada persaingan antara anak benih sawi. Kami akan
mengumpul data setiap minggu dengan melihat atau memerhati perkembangan
seperti pertumbuhan tumbuhan (ketinggian, bilangan daun), bilangan bunga,
tekstur tanah dan sebagainya.

3.2.2 Penyuburan
Penyuburan ini terdiri daripada penyiraman, dan pembajaan. Bagi penyiraman,
kami siram sawi 2 kali sehari iaitu pada pagi dan petang. Hal ini kerana, sawi
memerlukan tanah yang lembap. Bagi pembajaan pula, kami meletakkan
segenggam baja sebaik sahaja kami memindahkan bibit ke dalam plot. Kemudian,
kami tabur lagi segenggam baja selepas 2 minggu. Cukup untuk 2 kali pembajaan
sahaja. Kami menaburkan baja jauh dari pangkal pokok kerana baja bersifat
panas. Jika terkena anak pangkal pokok, batang pokok pasti melecur atau anak
pokok sawi mati.

3.2.3 Penjagaan tanaman


Sawi sangat digemari oleh serangga perosak seperti beluncas, afid, koya, lalat
putih dan belalang. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, kami menyembur
dengan cuka kayu sebagai kawalan pencegahan. Selain itu, kami juga akan
sentiasa bersedia untuk buang daun yang layu agar tidak didekati oleh serangga
perosak.

3.3 BAHAGIAN 3: PENGUMPULAN DATA


Sepanjang kajian dilakukan, pengumpulan data telah dilakukan mengikut kriteria yang
diperlukan bagi memperoleh hasil akhir dan perbandingan yang diperhati terhadap tanaman
yang dipilih. Kriteria yang diperhatikan dalam kajian ini termasuk:

• Pertumbuhan tumbuhan (tinggi, bilangan daun, dan lain-lain)


• Bilangan bunga dan hasilan buah
• Kejadian serangan perosak dan penyakit (jika ada)
• Sebarang pemerhatian luar biasa atau cabaran yang dihadapi
Kriteria/ 1-3 4-6 7 8 9 10 11 12
Minggu
Pertumbu -3 -2 -2 -1 -Mati -Mati
han -Tiada -Tiada -Tiada -Tiada
tumbuhan buah buah buah buah
(cm)
Bilangan
bunga dan Tiada bunga & buah
hasilan
buah

Kejadian
serangan -Tiada -Tiada -Ada -Ada -Ada -Tiada
perosak
dan
penyakit
Sebarang
pemerhati
an luar -Plot -Plot -Plot -Plot -Plot -Plot
bertakung kering kering bertakung kering bertakung
biasa atau
air air air
cabaran
yang
dihadapi

Petunjuk bahawa minggu ini anak benih baru disemai


4.0 HASIL DAN CABARAN YANG DIHADAPI
4.1 HASIL KAJIAN
Gambar 5: Anak benih sawi mati selepas sebulan ditanam

Daripada hasil kajian yang kami dapati, anak benih sawi kami mati di peringkat awal.
Kami menerima maklumat bahawa anak benih kami dimakan serangga. Kami juga mengesyaki
bahawa anak benih sawi kami mati disebabkan plot tanaman yang bertakung air. Anak benih
yang masih kecil sangat mudah terjejas sekiranya tidak dijaga dengan baik. Faktor lain yang
membawa kepada kerosakan fatal juga mungkin daripada cara kami menanam disebabkan
kurang ilmu pengetahuan. Namun, anak benih ini diberikan kepada kami juga dalam keadaan
yang tidak baik. Pekebun memberitahu kami bahawa anak benih tersebut sebahagian besar
telahpun dimakan serangga. Hal ini mungkin adalah salah satu faktor anak benih tersebut tidak
dapat bertahan lama dan tumbuh dengan subur.

4.2 CABARAN YANG DIHADAPI


Sepanjang menjalani eksperimen ini, kami sedar bahawasanya menanam sayuran bukan lah
suatu yang mudah untuk dilakukan lebih-lebih lagi sayuran sawi. Menanam dan menjaga
tanaman merupakan suatu komitmen dan kami haruslah konsisten menjaga dan memastikan
tanaman ini terus kekal subur. Antara cabaran yang dihadapi ialah musim hujan yang
berpanjangan. Sawi memerlukan penyiraman yang konsisten. Kelebihannya kami tidak perlu
sering datang untuk menyiram, namun, hal ini menjadikan plot tanaman kami memperoleh
sumber air yang berlebihan atau bahasa yang lebih difahami, bergenang. Genangan air dapat
merugikan pertumbuhan dan kesehatan tanaman. Bukan itu sahaja, sumber air berlebihan boleh
menyebabkan suatu tanaman itu mati.
Selain itu, serangga pengganggu seperti ulat, lalat, dan kutu daun yang sering merosak tanaman
sawi dengan menghisap nutrisi atau merosak daun. Juga, mampu menyebabkan kerosakan
mekanism pada anak benih sawi dengan menggigit atau memakan daun, batang, atau buah.
Kerosakan ini dapat merugikan pertumbuhan dan tanaman. Kehilangan daun atau bahkan
kematian tanaman dapat mengurangkan penghasilan yang diharapkan. Cabaran lain adalah
persaingan dengan rumput liar menjadi antara masalah, terutama pada fasa awal pertumbuhan
tanaman sawi. Rumput liar dapat memberikan berbagai kesan buruk terhadap tanaman sawi
kerana perlu bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan sumber daya dan memberikan
ketidaknyamanan bagi pertumbuhan dan perkembangan tanaman.

6.0 KESIMPULAN DAN IMPLIKASI PROJEK

Kesimpulannya, projek taman lestari ini memberikan pendedahan dan praktikal secara
terperinci di plot kejadian di samping memelihara persekitaran yang sihat dan seimbang. Projek
ini menekankan kepentingan mengamalkan amalan mampan untuk kelestarian taman. Amalan
ini termasuk penggunaan bahan organik, pembajaan pintar, penggunaan air yang cekap dan
pemantauan kesihatan tumbuhan. Selain itu, projek ini menekankan kepentingan kesedaran
masyarakat mengenai kelestarian alam sekitar. Ini melibatkan penglibatan masyarakat dalam
penyelenggaraan taman dan menggalakkan pendekatan mesra alam dalam menguruskan taman
. Dengan mematuhi prinsip mampan, projek ini bertujuan untuk mencapai keseimbangan yang
harmoni antara keperluan manusia dan alam sekitar, memelihara keindahan alam semula jadi
dan memberikan faedah jangka panjang untuk semua pihak berkepentingan. Penggunaan bahan
organik, pemuliharaan sumber air, dan penekanan terhadap pengurangan bahan kimia boleh
menyumbang secara positif kepada alam sekitar. Namun begitu, pendekatan ini juga
memerlukan pemantauan yang berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kesan buruk terhadap
alam semula jadi. Keselamatan dan kesihatan adalah elemen penting dalam pengurusan taman
yang mampan. Mengutamakan penggunaan bahan organik yang selamat dan mematuhi amalan
keselamatan yang penting memastikan kelestarian taman tanpa membahayakan kesihatan
pengurus atau pelawat taman.

Anda mungkin juga menyukai