Anda di halaman 1dari 4

MITOS

Mitos merupakan satu kepercayaan dalam sesebuah masyarakat yang terbentuk


daripada kisah yang lahir secara semulajadi dalam pelbagai aspek penceritaan lisan
dalam sesebuah masyarakat seperti masyarakat Orang Asli.Dalam kehidupan
seseorang mitos ini merupakan sebuah kisah yang benar dan boleh dipercayai
(Rani,2015).Menurut kamus dwibahasa (1999:186) mitos merupakan dongeng atau
tradisi yang dianggap benar dan kebiasaannya merupakan kepercayaan bukan
kejadian seperti dewa dan alam seluruhnya.Begitu juga dalam masyarakat Orang
Asli semai juga mempunyai mitosnya yang tersendiri.

Didalam masyarakat Orang Asli Semai terdapatnya mitos berkaitan dengan


pepatung,dimana mereka melarang kanak-kanak menangkap dan bermain dengan
pepatung kerana dikatakan akan menjadi pembawa penyakit seperti demam,batuk
dan pening terutamanya apabila serangga itu masuk ke dalam rumah.
(Uniawati,2011) Namun daripada mitos ini tersirat bahawa orang-orang tua dahulu
tidak bagi menangkap dan bermain dengannya adalah bertujuan untuk memelihara
serangga tersebut dalam habitat asalnya.

Selain itu,terdapat juga mitos berkaitan dengan periuk kera.Dimana periuk kera
tidak boleh digunakan dan dijadikan tempat menanak nasi kerana dipercayai akan
mendapat malapetaka.Namun perkara tersirat disebalik mitos tersebut adalah
kerana dalam ruang periuk kera tersebut terdapatnya serangga yang
terperangkap,mati dan mungkin berbisa.Serangga ini boleh membahayakan
kesihatan jika masyarakat menggunakannya.Tambahan lagi,terdapat juga cerita
mitos berkenaan bunga Rafflesia dalam masyarakat Orang Asli Semai dimana
mereka melarang kaum wanita untuk menyentuh atau memegang bunga tersebut
kerana dipercayai dapat membangkitkan semangat hutan yang berbentuk jelmaan
harimau yang akan menghantui wanita tersebut.Ini kerana komuniti tersebut percaya
ada kaitannya dengan kitaran hidup bunga Rafflesia yang mengambil masa
Sembilan bulan untuk berkembang seperti tempoh wanita mengandung.Namun
perkara yang tersirat adalah bagi menakutkan penduduk supaya tidak merosakkan
dan menjaga kelestarian Rafflesia tersebut dan takut dirosakkan sebelum
berkembang.

Namun terdapat juga mitos dalam masyarakat Orang Asli Semai yang digunakan
sebagai satu alasan yang mampu mempengaruhi pemikiran
manusia.Contohnya,mitos larangan memotong kuku pada waktu malam kerana
dikatakan ibubapa akan meninggal dunia akibat tindakan tersebut sedangkan
perkara tersebut dilarang bagi mengelakkan terjadinya kecederaan akibat memotong
kuku pada waktu malam.

BUDAYA MATERIAL

Budaya material dapat kita lihat adalah bahan artifak yang wujud secara
semulajadi atau terhasil bagi memenuhi keperluan kehidupan seharian masyarakat
berkenaan atau barang-barang peninggalan buatan masyarakat pada zaman
tersebut.Selain itu,budaya material juga terdiri daripada aspek
makanan,pakaian,seni bina dan serta pengangkutan(Newmark,1998).Oleh
itu,budaya material dapat dilihat dalam bentuk fizikal.Disini dapat kita lihat budaya
material yang digunakan oleh Masyarakat Orang Asli Semai.

Alatan tradisional yang digunakan oleh Masyarakat Orang Asli Semai seperti
Kercang,penyepit dan bubu.

KERCANG

Alat permainan tradisional yang dipanggil “kercang” merupakan alat yang


digunakan untuk mereka yang tersesak di hutan.Dimana permainan yang
berasaskan rotan yang disusun secara berlapis-lapis mengikut peringkat kesukaran
dan buluh tradisional yang dipanggil “kercang 3 steps”.Selain itu,permainan ini
digunakan apabila mencari jalan keluar yang tersesat di hutan.Tali yang boleh
digerakkan di antara lapisan-lapisan rotan.

BUBU

Bagi masyarakat Orang Asli Semai terdapat juga alatan tradisional yang
digunakan untuk menangkap ikan yang dipanggil bubu.Peralatan ini yang diperbuat
daripada buluh dan diikat dengan rotan.Bubu ini juga mempunyai pelbagai jenis dan
bentuk yang bergantung kepada saiz-saiz dan jenis ikan yang hendak
ditangkap.Cara penggunaannya adalah dengan membenamkan perangkap ikan ke
dalam Sungai.

PENYEPIT

Sumpit ialah alat berburu yang digunakan secara tradisional untuk berburu.Sumpit
pula terbahagi kepada tiga komponen seperti penyepit ,penyepit bilah atau peluru dan
tiub penyepit.Penggunaan sumpit ini biasanya digunakan untuk haiwan seperti
monyet,rusa dan haiwan kecil.Ini kerana masyarakat Orang Asli Semai yang suka
memburu dan merupakan sumber makanan bagi mereka.

PAKAIAN TRADISIONAL

Masyarakat Orang Asli Semai mempunyai pakaian tradisonal yang


tersendiri.Mereka menggunakan bahan yang berasaskan tumbuhan yang terdapat
disekeliling kediaman mereka untuk membuat pakaian dan keperluan hidup
mereka.Pakaian mereka yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti kulit pokok
terap dan skirt rumput.Mereka juga memakai hiasan di atas kepala dimana mereka
melilit kepala dnegan hiasab yang diperbuat daripada dauam yang
dianyam.Kebiasaannya pakaian ini dipakai semasa majlis perkahwinan.Dimana
kaum lelaki akan memakainya sebagai cawat manakala kaum Wanita akan
memakainya sebagai skirt pendek.

CARA MEMASAK DAN PERALATAN DAPUR

Masyarakat orang asli kebanyakannya makanan meraka dimasak dengan cara


rebus dan bakar.Antaranya adalah makan ubi kayu yang dimask dalam buluh secara
membakar.Makanan utama mereka kebanyakan ulam-ulaman dan memburu
dihutan.Antaranya pucuk ubi kayu,pucuk paku,pucuk betik dan pelbagai jenis
ulaman. Manakala bagi peralatan dapur pula mereka menggunakan buluh untuk
dijadikan cawan,bekas air,bekas nasi atau lauk,peniup api dan sudip.Tempurung
kelapa pula dibuat untuk dijadikan sudu,senduk dan sebagainya.

TARIAN TRADISIONAL

Tarian sewang atau disebut juga jenulang merupakakn salah satu tarian tradisi
Masyarakat Orang Asli Semai.Dimana tarian ini digabungkan elemen-elemen
tarian,muzik dan nyanyian.Kebiasaannya fungsi tarian adalah sebagai
hiburan,perkahwinan,memuja semangat padi dan juga perubatan.Tarian ini biasanya
diketuai oleh lelaki yang berusia dan digelakkan Tok Halak yang juga merupakan
penyanyi utama.Cara tarian ini adalah secara bulatan sambil menghentak-hentakkan
kaki ke lantai.
PENUTUP

RUJUKAN

Alberto Gomes et al.1993.Masyarakat semai di Perak:Satu Tinjauan Etnografi

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.(2003).Orang Asli Berjaya Edisi II.Bahagian


Penyelidikan dan Penerangan,JHEOA

Kroes,Gerco.2002.Same Hair Different Heart;Semai Identity in a Malay Context

Rani R.2015.Introduction of various Modern Theories of Myth.

Kamus Dwibahasa.1999.Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia.Dewan Bahasa dan


Pustaka

Uniawati.2011.Mitos dan Aktivitas Melaut Masyarakat Bajo di Buton

Anda mungkin juga menyukai