Anda di halaman 1dari 1

Cara menangani Gengsterisme di sekolah

Di sekolah, pihak pengurusan sekolah perlu mengambil tindakan-tindakan


pencegahan sebagai langkah awal dalam menangani gejala gangsterisme di kalangan pelajar.
Langkah pertama yang mungkin boleh diambil adalah dengan memperbanyakkan
pendedahan mengenai keburukan kegiatan gengsterisme kepada pelajar, Pihak pengurusan
sekolah dengan kerjasama pengetua, semua guru dan staf sekolah perlu sentiasa
mengingatkan pelajar agar tidak melibatkan diri dengan gejala tidak sihat ini. Selain itu,
mengadakan kempen pencegahan jenayah di setiap sekolah, dengan cara ini ia dapat memberi
kesedaran kepada para remaja sekolah. Di samping itu, pihak sekolah juga boleh membuat
penubuhan kelab bersifat anti jenayah sosial, penubuhan kelab sperti ini ini dapat
mendedahkan impak buruk melakukan jenayah termasuk gengsterisme.

Sehubungan itu, melihat kepada faktor-faktor tersebut antara langkah yang boleh
diambil sebagai usaha menangani gejala gengsterisme ini adalah melalui perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah khususnya. Kesedaran daripada para pelajar itu sendiri
adalah lebih penting. Sekiranya pelajar yang telah terlibat dengan gejala gangsterisme ini
ingin keluar daripada situasi ini, pelajar tersebut sendiri boleh mengambil beberapa langkah
seperti melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti sihat seperti bersukan, bermain muzik,
menanam minat terhadap beberapa hobi. Bagi yang telah terlibat dengan serius dalam gejala
gengsterisme ini dinasihatkan mengambil langkah yang penting mendapatkan khidmat
bimbingan dan kaunseling di sekolah ataupun bagi mereka yang mempunyai kesedaran yang
tinggi dibantu oleh latar belakang keluarga dari kalangan orang berada, boleh merujuk
kepada kaunselor ataupun pakar agama yang betul-betul layak dan berupaya membantu.

Anda mungkin juga menyukai