Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN (SEKULARISME)

Seperti yang kita ketahui, Islam merupakan agama yang sempurna dan memelihara segala
aturan dan kemanusiaan dalam kehidupan. Komponen Iman, Islam dan Ihsan telah menjadi
benteng pertahanan bagi seseorang dalam menjalani kehidupan seharian. Namun, terdapat
pemikiran yang menyeleweng dan tidak menerapkan ajaran agama Islam dalam kehidupan
mereka antaranya ialah ajaran sekularisme. Sekularisme dimaksudkan dengan ideology
bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan
dari urusan keagamaan. Hal ini bermaksud, sekularisme menolak peraturan syariah dan
lebih suka peraturan selain dari syariah. Penyokong sekularisme berpendapat bahawa
undang-undang tuhan tidak sesuai untuk digunakan pada masa kini dan hanya sesuai
digunakan pada waktu ianya diwahyukan. Menurut Izlan Rozlin (2022), ideologi sekularisme
merosakkan diri manusia dan institusi kekeluargaan, termasuklah politik, ekonomi, sosial
dan alam sekitar. Politik dan undang-undang negara memainkan peranan penting dalam
mengekang atau menyebarkan sekularisme. Selepas itu, sekularisme bukan sahaja
memberi impak yang besar kepada diri sendiri malah ia memberi impak yang besar kepada
keadaan sekeliling. Menurut laporan itu, presiden PAS iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang
berkata, perkara itu sangat membahayakan kerana amalan mereka yang terlalu bebas tanpa
mempedulikan soal perhitungan dosa dan pahala yang ditekankan dalam agama.
Tambahan pula, sekularisme mempunyai satu prinsip dimana agama adalah masalah
peribadi yang tidak mempunyai kaitan dengan negara dan manusia bebas dari asuhan
agama dan ketetapan dari Yang Maha Esa. Secara ringkas, sekularisme tidak mengambil
cakna tentang hukum yang telah diturunkan kepada mereka melalui Al-Quran dan Al-
Sunnah. Bagi mereka, hukum syariat tidak sesuai untuk digunakan pada zaman kini. Namun
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sekularisme ini termasuklah pengenalan
system pembelajaran yang dipengaruhi oleh budaya barat. Contohnya, pengenalan system
pendidikan akademik telah menjadi tumpuan berikutan peredaran zaman yang lebih moden
telah menarik perhatian ibu bapa pada zaman sekarang untuk menghantar anak mereka ke
sana berbanding ke pusat ilmu yang mempelajari bidang agama. Hal ini kerana bidang
akademi lebih mendapat tumpuan dan peluang pekerjaan yang lebih besar berbanding ilmu
agama. Mereka menganggap bahawa pelajar di bawah bidang agama lebih cenderung
untuk bekerja di bawah bidang agama sahaja dan tidak layak untuk bekerja seperti orang
lain. Menurut Hashim Hj. Musa (1983), bahawa ke atas diri kita ini ada suatu kuasa yang
maha berkuasa yang menguasai kita dan menghambai kita. Tetapi nilai barat sebaliknya
menekankan kebebasan individu yang mana mereka bebas untuk beragama atau tidak,
bebas untuk solat atau tidak, bebas untuk tidak berzakat dan lain. Hal ini bermaksud,
mereka mempunyai kebebasan dalam segala perkara sedangkan agama islam tidak
memberi galakan sama sekali dalam berbuat demikian.

https://www.sinarharian.com.my/article/214579/berita/nasional/sekularisme-itu-ajaran-
sesat---abdul-hadi
CIRI-CIRI SEKULARISME
Anti agama dan tradisi
Seperti yang kita ketahui, sekularisme mementingkan hal-hal keduniaan dalam semua
aspek dan tidak melibatkan agama dalam memajukan hal-hal keduniaan termasuklah
undang-undang, ekonomi, sosial dan sebagainya. Mereka hanya menggunakan agama
apabila melibatkan hal-hal agama sahaja. Perkara ini sangat dilarang kerana kita perlulah
melakukan perkara-perkara ini berteraskan pegangan agama iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah
bagi mendapatkan keberkatan dan keredhaan dari-Nya. Dalam hal ini, fahaman sekularisme
menggunakan kebebasan dalam segala perkara dan menjadikan seseorang insan
dipengaruhi dengan perkara-perkara yang melalaikan dalam keseronokan duniawi
sehinggakan mereka lupa bahawa akhirat adalah tempat yang kekal dan dunia bersifat
sementara. Menurut Muhammad Mushfique bin Ahmad Ayoup @ Ayub (2016) nabi SAW
bersabda bahawa
‫الُّد ْن َي ا َم ْز َر َع ُة اآلِخَر ِة‬
Maksudnya: “Dunia ini adalah ladang (tempat bercucuk tanam) bagi akhirat”.
Hadis ini menerangkan bahawa dunia yang bersifat sementara ini merupakan tempat untuk
kita melaburkan tenaga untuk membuat kebaikan dan medapat balasan syurga di akhirat
yang kekal nanti. Oleh itu, kita perlulah melakukan amal kebaikan dan meninggalkan
keburukan bagi menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah.

HTTPS://WWW.MUFTIWP.GOV.MY/MS/ARTIKEL/IRSYAD-AL-HADITH/1077-
IRSYAD-AL-HADITH-SIRI-KE-98-DUNIA-ADALAH-LADANG-BAGI-AKHIRAT

-Menolak keimanan daripada Allah dan konsep ibadah.


Sebagai umat islam, kita dilahirkan bagi menjadi seorang khalifah dan menumpahkan taat
setia sebagai seorang hamba. Tambahan pula, Agama Islam boleh diterima oleh orang yang
tidak beragama sebagai anutan umat semata-mata dan
tidak melebihi itu. Oleh itu, orang sekular masih menentang Islam kerana syariah
dan kepercayaan Islam diletakkan sebagai asas kepada amalan ini. Islam sahaja
diterima hanya sebagai upacara dan ibadat, manakala pengamalannya
bergantung pada individu itu sendiri. Adat resam dan etika Islam diterima, tetapi bukan
itu menunjukkan bahawa mereka terikat dengannya. Sekular sahaja akan menerima
sebahagian daripada Islam jika ia sesuai dan sesuai
dengan kehendak mereka sendiri. Oleh itu, secara amnya, sekular telah
mengumumkan perang dengan Islam. Orang sekular hanya memikirkan
menganjurkan ibadat Islam seperti solat, puasa, haji dan umrah. Walaupun begitu, mereka
musykil dan tidak memahami sepenuhnya Islam. Di sini, mereka juga
tidak menggunakan pensyarah dan ulama Islam yang dihormati sebagai rujukan.

https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/sains-matematik/ciri-ciri-
sekularisme-dengan-agama-islam/20845063
-fahaman ini bersifat ideology materialism

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, materialism membawa erti fahaman atau falsafah
yang mempercayai bahawa hanya bendalah yang menyebabkan adanya dan terjadinya
segala sesuatu dalam dunia ini. Hal ini bermaksud la mementingkan sifat kebendaan tanpa
agama. Ini akan secara tidak langsung mengabaikan perkara yang berkaitan dengan dunia
akhirat dan hanya mencari hidup di dunia ini. Menurut Drs. Sidi Gazalba (1983) apabila
suatu akidah bertambah kuat, bertambah lemah atau hilang sama sekali, ia mmeberi kesan
yang buruk kepada masyarakat. Ini bermaksud, jika akidah semakin lemah, masyarakat
cenderung untuk meninggalkan kebudayaan Islam dan mengambil alih kebudayaan bukan
islam. Salah satu contoh yang menunjukkan perubahan pada waktu sekarang
adalahperubahan yang disebabkan oleh pembangunan. Seperti yang kita ketahui, terdapat
banyak negara yang sedang bersaing dalam penhasilan pembangunan, ekonomi dan
system pentadbiran yang maju. Hal ini teah mmebuktikan bahwa ia adalah salah satu faktor
dalam mewujudkan ideology materialism.

https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=materialisme

KESAN SEKULARISME KEPADA:


AGAMA
agama adalah satu pegangan bagi setiap insan lebih-lebih lagi bagi umat islam. Semua
pekara yag kita lakukan haruslah dilakukan Tambahan pula, agama islam merupakan
agama rasmi dan utama di negara kita. Jika sekularisme semakin berleluasa,
Kesan sekularisme terhadap aspek agama penghayatan nilai keislaman yang diamalkan
negara semakin hari semakin rapuh dan memandang soal agama hanyalah upacara ritual
semata-mata. Hal ini dikatakan sedemikian kerana fahaman sekularisme mengetepikan
ajaran islam dan hal-hal akhirat serta mencari kehidupan di dunia sahaja. Bagi mereka
akhirat merupakan perkara kedua kehidupan yang akan difikirkan di akhirat kelak.
Contohnya, negara kita mementingkan pelajar yang mengambil aliran sains berbanding
aliran agama demi mencapai objektif negara yang melahirkan generasi yang genius
generasi yang pakar dalam bidang sains. Jika perkara ini berterusan dan tidak dibendung,
golongan agamawan atau pakar yang mahir dalam bidang agama menjadi semakin rendah
saban hari. Oleh itu, ilmu agama tidak dapat disebarkan dengan lebih luas berikutan perkara
tersebut.

MASYARAKAT
Antara kesan terhadap masyarakat ialah budaya barat semakin menjadi-jadi. Hal ini
dikatakan sedemikian kerana masyarakat tidak lagi mengamalkan gaya hidup yang
berteraskan Al-Quran dan Al-sunnah. Mereka sudah terikut-ikut gaya hidup dan budaya
yang mengejar keseronokan dunia dan tidak menghayati gaya kehidupan Islam yang
sebenar. Hal ini telah menunjukkan bahawa orang-orang barat telah berjaya mempengaruhi
umat Islam. Dengan pengamalan gaya hidup barat yang berterusan, ia telah menjadi satu
penghalang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam
Pendidikan Islam. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam pada zaman kini juga
turut terjebak dengan teori-teori barat dimana pelajar hanya tahu menjawab peperiksaan
tetapi tidak tahu untuk mengamalkannya. Dalam Islam, kita dituntut untuk sentiasa
mengamalkan ilmu yang kita pelajari bertepatan dengan sebuah syair arab yang bermaksud
ilmu itu di dada dan bukan di buku. Syair ini membawa maksud bahawa kita bukan sahaja
menuntut ilmu semata-mata mendapatkan cemerlang dalam pelajaran tetapi ilmu tersebut
perlu dipraktikkan dalam kehidupan setiap insan. Perkara ini perlulah dititikberatkan oleh
pihak berkuasa terutama bagi pemimpin negara dalam menangani yang berat ini. Oleh itu,
sekularisme memberi impak buruk yang besar kepada masyarakat dan juga generasi akan
datang. Sebagai umat Islam, kita perlulah bersama-sama untuk mentaati Allah dan
meninggalkan larangannya.

NEGARA
Sekularisme membawa kesan buruk kepada negara iaitu kemerosotan penghayatan nilai
keislaman yang rapuh dan memandang soal agama hanyalah ritual semata-mata. Seperti
yang kita ketahui, agama adalah satu pegangan bagi setiap insan lebih-lebih lagi bagi umat
islam. Semua pekara yag kita lakukan haruslah dilakukan dengan sepenuh hati kerana Allah
taala kerana sesungguhnya segala amalan perlu dimulakan dengan niat. Dengan aadanya
niat, ia akan memudahkan segalanya. Tambahan pula, agama islam merupakan agama
rasmi dan utama di negara kita. Jika sekularisme semakin berleluasa, segala kegiatan
termasuklah ekonomi, undang-undang dan
CADANGAN KAEDAH MENGATASI
Memilih pemimpin yang betul
Menurut kamus dewan edisi keempat, pemimpin merupakan orang yang memipin.
Pemimpin merupakan seorang yang penting dalam setiap perkara sama ada dalam sesuatu
kumpulan, pentadbiran malah keluarga juga memerlukan seorang pemimpin. Tambahan
pula, pemimpin perlulah berkeperibadian dalam memimpin sesebuah kumpulan seperti
seorang yang jujur, berfikiran jauh, amanah dan sentiasa memberikan yang terbaik. Jadi,
pemimpin yang adil, saksama dan berpendirian tegas dalam hal agama perlu ada bagi
mengatasi masalah sekularisme ini. Hal ini dikatakan sedemikian kerana pemimpin
merupakan tunjang utama bagi sesebuah kelompok. Dengan adanya pemimpin sebegini, ia
dapat membentuk negara untuk mengamalkan gaya hidup islam yag sebenar. Islam sangat
mengambil berat tentang kepemimpinan dan perkara yang menyumbang kepada pemilihan
pemimpin. Pilihan pemimpin tidak boleh dibuat secara sembarangan atau mengikut nafsu
tanpa mempertimbangkan pengetahuan, latar belakang pendidikan, keadaan fizikal dan
mental mereka.

Kehidupan beragama dan bermasyarakat termasuk perkara penting seperti memilih


pemimpin yang betul. Pemimpin mempunyai tanggungjawab besar untuk menentukan jalan
yang akan memberi kesan kepada kesejahteraan umat. Menurut Dr. mohammad nidzam
abdul kadir (2023), Islam sangat mengambil berat tentang kepemimpinan dan perkara yang
menyumbang kepada pemilihan pemimpin. Pilihan pemimpin tidak boleh dibuat secara
sembarangan atau mengikut nafsu tanpa mempertimbangkan pengetahuan, latar belakang
pendidikan, keadaan fizikal dan mental mereka. Kehidupan beragama dan bermasyarakat
termasuk perkara penting seperti memilih pemimpin yang betul. Pemimpin mempunyai
tanggungjawab besar untuk menentukan jalan yang akan memberi kesan kepada
kesejahteraan umat.
Berdasarkan peraturan tertentu, memilih pemimpin Islam adalah wajib. Dengan adanya
pemimpin islam dan mahir tentangnya, sudah tentu mereka dapat melaksanakan tugas
mereka dengan penuh tanggungjawab. Hal ini kerana setiap yang memilih pasti akan
dipersoalkan sekiranya tersalah memilih pemimpin khususnya yang mengabaikan
kepentingan islam dalam aspek duniawi dan ukhrawi. Menurut Torek Sulong (2022),
pernyataan ini dapat disokong dengan firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 27
٢٧ ‫َي ٰٓـَأُّيَه ا ٱَّلِذيَن َء اَم ُنو۟ا اَل َت ُخ وُنو۟ا ٱَهَّلل َو ٱلَّر ُسوَل َو َت ُخ وُنٓو ۟ا َأَمٰـ َن ٰـ ِتُك ْم َو َأنُتْم َت ْع َلُموَن‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah)
Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang
kamu mengetahui (salahnya).

Oleh itu, adalah kewajipan kita untuk menilai ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki oleh calon
pemimpin yang juga dikenali sebagai khalifah sebagaimana yang ditekankan oleh
Islam.Antara mereka yang dipilih ialah mereka yang mengikuti perintah Allah SWT dan
Rasul SAW, mempunyai pengetahuan yang mendalam, mempunyai integriti yang tinggi
(sifat amanah), dan ciri-ciri lain.Seorang pemimpin Islam mesti mempunyai sifat siddiq,
amanah, tabligh dan fatonah. Rasulullah SAW adalah idola dan contoh yang harus diikuti
oleh para pemimpin.
https://www.utusan.com.my/pancaindera/jejak-ulama/2022/10/tertib-memilih-pemimpin/

https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=pemimpin

- pihak kerajaan memperbanyakkan perkara-perkara melibatkan keagamaan dalam


negara. Hal ini kerana dengan memperbanyakkan perkara-perkara keagamaan, ia
dapat memberi kesedaran serta keinsafan kepada umat islam. Dengan adanya
keinsafan dalam diri, mereka takut untuk membuat segala perkara yang dilarang
dalam agama. Pendidik juga memainkan peranan dalam meyampaikan ilmunya.
Menurut Abdul Halim El-Muhammady (1991), ulama’ dalam penggunaan bahasa
Arab bermaksud ahli ilmu dan mengikut istilah merujuk kepada ahli dalam bidang
ilmu syariat dan berkaitan ilmu-ilmu asas termasuklah ilmu tafsir, hadith, fiqh dan
sebagainya. Perkara ini membincangkan bahawa ulama’ yang mahir dalam bidang
keilmuan Islam secara khusus dapat memenuhi keperluan umat Islam yang sedang
membangun pada masa kini. Selain itu, pengaruh agama yang besar dapat
membendung dan mengelakkan daripada sekularisme yang berleluasa. Menurut
Dato’ Dr. Haron Din (2007), cara kita hendak merendah diri dan patuh kepada Allah
adalah dengan menurut dan mematuhi system atau cara-cara kehidupan yang
ditentukannya. Cara-cara atau system hidup Ilahi ini terkandung dalam ajaran-ajaran
islam sebagai ad-din. Islam merupakan agama yang telah diatur dengan lengkap
serta merangkumi semua bidang kehidupan. Oleh itu, kita perlu bersyukur kerana
telah dipilih oleh Allah untuk dilahirkan dalam keadaan beragama Islam. Jadi, kita
perlulah menunjukkan rasa syukur dengan membuat segala kebaikan dan
meninggalkan larangannya seperti dalam firman Allah taala

١٠٤ ‫َو ْلَت ُك ن ِّمنُك ْم ُأَّمٌۭة َي ْد ُعوَن ِإَلى ٱْلَخ ْي ِر َو َي ْأُمُروَن ِبٱْلَم ْع ُروِف َو َي ْن َه ْو َن َع ِن ٱْلُمنَك ِر ۚ َو ُأ۟و َلٰٓـِئَك ُه ُم ٱْلُم ْف ِلُحوَن‬

Maksudnya :

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang


menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan
Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan
keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-
orang yang berjaya.

Penutup
Konklusinya, islam adalah cara hidup yang mempunyai
keserasian dan persefahaman antara cita-cita dan
kenyataan. Hal ini bermaksud Islam menggalakkan
manusia supaya berusaha menuju kepada pembentukan
manusia yang sempurna sedaya-upaya yang boleh. Ia juga
menghendaki supaya setiap kelakuan, perbuatan,
perkataan, pemikiran dan kecenderungannya bersetuju
dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Islam. Dalam
mencapai tujuan yang tinggi itu, Islam menetapkan
peraturan-peraturannya yang dapat dicapai dan
dilaksanakan oleh manusia dalam batas-batas
kemampuan manusia. Oleh sebab itu, peraturan-peraturan
yang ditetapkan Islam bersifat sederhana dan tidak
berlawanan dengan fitrah atau tabiat semula jadi manusia.
Berdasarkan kepada hakikat ini, sudah semestinya
diusahakan perlaksanaan Islam sebagai sistem hidup
demi kebaikan umat manusia seluruhnya. la menjadi
kewajipan manusia mengetahui dan mempelajari sistem
Ilahi ini bagi diamalkan dalam segenap lapangan hidup. Ia
adalah sebagai bukti keimanan dan Islam itu sendiri satu
sistem yang paling sesuai bagi keamanan dan
keselamatan umat manusia.

Anda mungkin juga menyukai