Anda di halaman 1dari 1

HADIS 1 ‫ (( ِإَّن َم ا‬:ُ‫ َس ِمْع ُت َر ُسوَل اِهللا صلى اهللا عليه وسلم َی ُقول‬:َ‫عن أِمْي ِر الُمْؤ ِم ِنْي َن أِبْي

َح ْف ٍص ُع َمَر ْب ِن الَخ َّط اب َر ِض َي اُهللا َع ْن ُه َق ال‬


‫اَألْع َم اُل ِبالِّن َّياِت َو ِإَّنَم ا ِلُك ِّل اْم ِر ٍئ َم ا َن َو ى َفَم ْن َآاَنْت هِـْج َر ُتُه ِإلَى اِهللا َو َر ُسوِلِه َفِه ْج َر ُتُه إلى اِهللا وَر ُسوِلِه َو َم ْن َآاَنْت ِهْج َر ُتُه ِلُد ْن َي ا ُیِص ْيُبَه ا َأِو‬
‫ رواه إماما الحدثين أبو عبد اهللا محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة‬. ))‫اْم َر َأٍة َی ْن ِكُح َه ا َفِه ْج َر ُتُه ِإَلى َم ا َه اَج َر ِإَلْيِه‬
‫ وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة‬،‫البخاري‬. Daripada
Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya
bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya,
maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu. Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah
Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim
ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan
antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya,
juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim
meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : ‫ األعمال إنما‬.(1908 nombor hadis) ‫باب قوله‬L‫ )بالنية‬Hadis ini
adalah salah satu hadis utama dalam lslam. Pokok perbincangan hadis : 1) Sebab keluar Hadis ini - kisah
Hijrah Ummu Qais 2) Kenapa niat penting : untuk bezakan ibadat dengan adat. untuk tentukan qasad
amal - adakah untuk Allah atau lainnya. 3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid’ah mungkarah : tidak
thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat. haram
sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat). 4) Kesan niat baik pada perkara yang
harus : dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya. makan minum - niat nak
buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri) jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi
hak). 5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah: Tidak boleh jadikan gambaran
luaran perkara harus sebagai qurbah. Cth- berdiri di bawah panas matahari …..(hadis nazar seorang
lelaki) Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah. Mengambil ia sebagai tasyri’ ilahi - yakin
bahawa ianya harus/ tidak melampau/ menepati syariat. Menganggap ianya sebagai juz’ie - tak boleh
berpanjangan sehingga membinasakan diri - sprt - tak makan - berdosa. Antara pengajaran hadis: Niat
adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau
amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah
walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah,
seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan
apa-apa faedah. Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu
amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya. Hijrah
adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang
berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia
atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya. Walaupun hijrah sudah tiada lagi,
namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang
akan dikurniakan pahala.

Anda mungkin juga menyukai