Anda di halaman 1dari 2

Seperti yang pernah dikongsi sebelum ini, pesakit talasemia major memerlukan rawatan

permindahan darah secara berkala.


Ini kerana, pesakit akan menghadapi beberapa masalah seperti:
1. Pemeriksaan lanjutan menunjukkan pembesaran hati dan limpa. Ini kerana kedua organ
tersebut berusaha membersihkan sel darah yang rosak sehingga membengkak.
2. Terencat tumbesaran mengikut carta pertumbuhan. Ini disebabkan anemia yang sangat
kronik. Anemia ialah kurang sel darah merah.
3. Kelainan bentuk tulang akibat pembesaran sumsum tulang, terutamanya di bahagian
muka. Sumsum tulang berfungsi untuk menghasilkan darah dan terdapat di tulang bahagian
muka. Dahi pesakit kelihatan menonjol, jarak antara kedua mata menjadi jauh, tulang hidung
tenggelam dan tulang pipi yang menonjol.
4. Pesakit sukar mengunyah makanan disebabkan susunan gigi yang tidak teratur atau
pon crowding kesan dari pembesaran tulang muka tadi.
5.Pesakit akan mudah menghidapi osteoperosis disebabkan pembengkakan sum sum
menyebabkan tulang menjadi nipis dan senang patah.
6. Tahap anemia (Hemoglobin kurang dari 7)
7.Komplikasi organ seperti tekanan pada saraf tunjang boleh menyebabkan lumpuh.

Bagaimanakah yang dikatakan pemindahan darah telah berjaya?


1. Hemoglobin darah meningkat kepada 9. Sekiranya masih kurang, pesakit perlu
menambah kekerapan tranfusi darah.
2. Pertumbuhan pesakit memuaskan (iaitu berat dan ketinggian)
3. Tiada pembengkakan limpa
4. Tiada komplikasi lain seperti, demam, gatal dan alloantibodi, iaitu keadaan di mana badan
pesakit menolak darah penderma. Oleh itu, amat digalakkan melakukan permindahan darah
di hospital yang sama kerana suda ada rekod.
SOALAN:
PPKI: 1. Siapakah yang memerlukan rawatan permindahan darah? Talasemia major atau
talasemia minor?
Ting 3: Berapakah bilangan hemoglobin dalam sel darah merah pada tahap anemia?
Ting 4: Berikan satu ciri kelainan pada struktur muka pesakit talasemia major?
Ting 5: Mengapakah hati dan limpa pesakit boleh membengkak?

Soalan pilihan lain:


1. Berikan satu ciri permindahan darah telah berjaya.
2. Apakah itu osteoperosis?
3. Apa terjadi jika saraf tunjang pesakit mendapat tekanan dari pembesaran sumsum?

Anda mungkin juga menyukai