Anda di halaman 1dari 17

APLIKASI TIK TOK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KESUSASTERAAN

MELAYU

Abstrak
Proses pengajaran dan pembelajaran telah mengalami banyak perubahan seiring perkembangan
teknologi. Media sosial sudah menjadi sebahagian dalam kegiatan seharian pelajar kerana media
sosial mempunyai daya tarikan yang besar di kalangan pelajar. Sumber-sumber percuma seperti
aplikasi mudah alih menjadi platform yang mudah untuk diakses. Media sosial yang popular
seperti aplikasi Tik Tok harus dimanfaatkan oleh guru sebagai media pembelajaran yang inovatif
dan interaktif untuk diintegrasikan ke dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran
Kesusasteraan Melayu. Oleh itu, tulisan ini bertujuan untuk melihat bagaimana penggunaan
aplikasi Tik Tok yang menyediakan pelbagai fitur yang menarik mampu meningkatkan daya
kreativiti pelajar dan menarik minat serta motivasi pelajar dalam pembelajaran Kesusasteraan
Melayu.
Kata kunci: inovasi, pendidikan, Tik Tok, media sosial, Kesusasteraan Melayu

Abstract
The teaching and learning process has undergone many changes along with technological
developments. Social media has become integral to students’ everyday routines because of its
popularity among students. Free resources, such as social media apps, have become accessible
platforms. Teachers should utilize popular social media such as the Tik Tok application as an
innovative and interactive learning medium in teaching and learning Malay Literature.
Therefore, this essay explores how using the Tik Tok application, which has various fascinating
features, might boost students' creativity while also attracting their interest and enthusiasm in
learning Malay Literature.
Keywords: innovation, education, Tik Tok, social media, Malay Literature
Pengenalan

Hari ini, proses pengajaran dan pembelajaran telah mengalami banyak perubahan seiring

perkembangan teknologi yang menghidangkan pelbagai kemudahan. Sumber-sumber percuma

dalam internet semakin bertambah setiap hari. Sumber-sumber percuma ini merupakan produk

dan perkhidmatan yang menguntungkan pengguna khususnya para pendidik dan pelajar.

Pelbagai aplikasi digunakan dengan meluas kerana memudahkan keperluan pengajaran dan

pembelajaran dengan cekap dan pantas. Sumber-sumber percuma ini telah menyediakan segala

kemudahan untuk pendidik dalam meningkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran.

Kajian banyak dijalankan dimana-mana yang melibatkan penggunaan sumber-sumber percuma

dan hasil menunjukkan penggunaan aplikasi-aplikasi seperti Tik Tok, Instagram, VivaVideo,

Kahoot!, Powtoon, dan Canva amat tinggi. Aplikasi-aplikasi ini sangat membantu guru dalam

meningkatkan kemahiran pelajar kerana pengajaran berbantukan multimedia sangat berkesan

malah dapat meningkatkan pencapaian pelajar (Chuah, 2013; Kurniawan, Purnomo & Idris,

2020; Salamah, 2020).

Dalam dunia era digital sekarang, para pelajar banyak menggunakan aplikasi percuma

dalam kegiatan seharian mereka dan ini tidak menghairankan kita kebanyakan masa mereka diisi

dengan melayari media sosial. Malah para pendidik juga harus memanfaatkan sumber-sumber

yang ditawarkan media sosial untuk tujuan mencari bahan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai

seorang pendidik, ada banyak keperluan perlu disediakan untuk menarik minat pelajar dan ini

memerlukan para guru menggunakan ruangan media sosial dan internet untuk proses merancang,

menulis, mencipta dan menyunting. Penggunaan sumber-sumber percuma seperti aplikasi-

aplikasi yang tersedia boleh digunakan sesuai dalam bilik darjah. Ini sebenarnya memberi

1
kemudahan kepada guru dan pelajar untuk berinovasi dan berkreatif. Sejalan dengan pendapat

Yélamos-Guerra, García-Gámez dan Moreno-Ortiz (2022:85) tentang media sosial, ‘social

media tools allow information and education to be combined with entertainment through the use

of multimodal resources (e.g., texts, images, videos, and audios), thus motivating learners to feel

more engaged with the learning process. Oleh itu, para guru boleh saja menghasilkan aplikasi

atau laman web sendiri berkaitan dengan sesuatu mata pelajaran dengan mudah melalui

gabungan pelbagai media. Segala-galanya dari Tik Tok dan Facebook sehingga ke Instagram

telah menemui caranya untuk diintegrasi ke dalam perancangan pengajaran guru di seluruh

global (Chuah, 2013). Penggunaan pelbagai aplikasi ini tidak semestinya dipandang remeh

apabila ia sebenarnya boleh menjadi alat yang berguna dalam membantu mencapai kemahiran

pelajar malah melibatkan pelajar pada tahap yang lebih berkesan dan bermakna. Kebanyakan

aplikasi adalah percuma dan mudah diakses oleh sesiapa saja dan boleh menjadi alat yang sangat

kreatif sebagai alat bantu mengajar. Dengan cara interaktif seperti ini, pelajar boleh berinteraksi

atau membuat pertanyaan terus kepada guru melalui aplikasi yang digunakan.

Dunia pendidikan kita sekarang memerlukan teknologi secara maksimal untuk

menyampaikan dan mendapatkan maklumat pelajaran (Resmini, Satriani & Rafi, 2021).

Penggunaan sumber-sumber percuma ini memberi galakan kepada guru untuk berkreasi

menghasilkan bahan ajar. Bagi pelajar pula, membantu meningkatkan pembelajaran mereka

kerana dengan keupayaan teknologi yang baru ini, pembelajaran akan menjadi lebih interaktif.

Apabila guru menggunakan aplikasi yang mampu menarik perhatian pelajar, ini merupakan satu

cara untuk melibatkan pelajar-pelajar dalam pembelajaran. Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini,

pelajar boleh belajar lebih seronok dan cepat. Salah satu platform aplikasi yang sangat popular

yang boleh memperkaya dan menambah pembelajaran ialah aplikasi Tik Tok. Pelajar-pelajar

2
sekarang memerlukan pembelajaran yang inovatif dan unik sebagai satu motivasi untuk belajar.

Ini bermakna pengajaran konvensional tidak lagi diperlukan dan perlu diubahsuai atau

dikemaskini supaya lebih dinamik. Pelajar sekarang adalah pelajar revolusi industri 4.0 atau era

digital yang lebih memilih aplikasi sebagai pendamping mereka. Aplikasi Tik Tok sudah menjadi

trend para pelajar malah kanak-kanak sekolah juga sudah mula menikmatinya. Jadi, guru harus

memanfaatkan aplikasi Tik Tok sebagai media pembelajaran interaktif. Ini kerana ‘media

pembelajaran interaktif dapat mewakili apa yang belum bisa disampaikan guru dan proses

pembelajaran akan lebih efektif dan efisien,’ (Aji, 2020:147).

Apa itu Tik Tok?

Menurut Hutamy dan rakan-rakan (2021:21), ‘Tik Tok merupakan aplikasi yang disukai,

dikagumi, menarik, dan digandrungi oleh para milenial’ dan mengalahkan aplikasi-aplikasi

popular yang lainnya. Aplikasi Tik Tok adalah ‘platfrom bagi destinasi video singkat asal negeri

Tiongkok yang diluncurkan pada awal September 2016. Aplikasi ini mendapat banyak perhatian

dari masyarakat karena merupakan aplikasi yang paling banyak diunduh,’ (Humtamy dkk.,

2021:23). Aji (2020:148) juga menjelaskan ‘aplikasi Tik Tok adalah sebuah jejaring sosial dan

platform video [dimana] aplikasi tersebut memberi akses kepada para pemakai untuk membuat

video musik pendek mereka sendiri.’ Manakala, Yélamos-Guerra, García-Gámez dan Moreno-

Ortiz (2022:86) pula menerangkan ‘TikTok is based on the creation of short videos whose

duration varies between fifteen seconds and one minute. In addition, TikTok offers its users a

quick way to share a wide variety of creative content, as these short videos cover very different

areas, ranging from dancing and cooking to comedy.’ Malah kajian Yelamos-Guerra (2022) dan

rakan-rakannya memperlihatkan aplikasi Tik Tok telah menjadi salah satu platform media sosial

yang paling menonjol dan berjaya mengatasi aplikasi popular seperti Facebook, sekali gus

3
menjadi tapak web yang paling banyak dikunjungi sejak tahun 2021. Yang, Zhao dan Ma

(2019:340) turut mendeskripsikan Tik Tok sebagai ‘music creative short video social software,

which is a 15-second music short video community based on contemporary young people. Users

of this software can choose their own music interface, add special effects such as beauty and

slow motion, and then create their favorite short video of music.’ Isnaini dan Fauzi (2022:183)

membicarakan ‘Tik-Tok's mission is to record and present creative and precious moments from

all corners of the world through mobile phones. Tik-Tok allows everyone to be a creator and

encourages users to share creative expression through 15-second videos. What makes TikTok

unique and very valuable to them is the Tik-Tok algorithm that is different from other social

media platforms.’ Menariknya, Herlisya dan Wiratno, (2022:192-193) menghuraikan ‘Tik Tok

application is a social media application that can be downloaded via the App Store and Google

Play Store. Originating from China, tik tok is a Chinese social network and music video

platform launched in September 2016. This app allows users to create their own short music

videos. In China this application is known as Dou Yin, but because it is considered less familiar

to people outside China, the name was changed to TIK TOK .’ Berdasarkan pendapat-pendapat

ini dapatlah disimpulkan bahawa Tik Tok merupakan aplikasi media sosial yang membolehkan

sesiapa saja menghasilkan dan menyunting video yang berdurasi tiga hingga lima belas saat dan

menggabungkan video mengikut kreativiti masing-masing. Aplikasi Tik Tok ini dibina untuk

menghasilkan video muzik, lip-sync, tarian, hiburan, bercerita dan banyak lagi mengikut citarasa

penggunanya. Ringkasnya, aplikasi Tik Tok membolehkan pengguna melakukan apa sahaja yang

mereka perlukan dan sangat mudah digunakan.

4
Penggunaan aplikasi Tik Tok dalam pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu

Melihat betapa pelajar-pelajar sekarang begitu lekat dengan smartphone mereka, disinilah

guru memainkan peranan untuk memanfaatkan aplikasi-aplikasi yang ada sebagai satu inovasi

perkembangan pengajaran dan pembelajaran. Guru harus memperkenalkan kesan positif

menggunakan aplikasi Tik Tok kepada pelajar agar mereka cenderung untuk belajar. Penggunaan

aplikasi Tik Tok mampu memperkembangkan emosi pelajar baik dari segi keperibadian, daya

pikir dan pemahaman. Aplikasi Tik Tok sebagai media pembelajaran yang sangat menarik dan

interaktif semakin meluas digunakan di seluruh negara (Hutamy dkk., 2021; Herlisya & Wiratno,

2022; Yang, Zhao & Ma, 2019). Sebilangan pendidik mungkin melihat peranti mudah alih atau

smartphone sebagai satu gangguan mengakibatkan pelajar tidak mahu belajar dan tidak dapat

berkonsentrasi dalam bilik darjah. Penggunaan media baru ini boleh saja menjadi satu saluran

kreatif yang menyumbang ke arah pembelajaran interaktif. Pelajar-pelajar akan turut serta

melibatkan diri dalam pembelajaran dan aplikasi Tik Tok menawarkan banyak cara untuk

menarik perhatian pelajar, malah akan membuatkan mereka teruja tentang kandungan pelajaran.

Kita sedia maklum, ada sesetengah pelajar mungkin tidak berasa selesa mengangkat tangan

mereka di dalam kelas berbanding pelajar lain, dan ini tidak mengapa! Tik Tok memberi peluang

kepada pelajar-pelajar ini untuk melibatkan diri dalam perbincangan dengan menaip soalan-

soalan dan memberi idea secara interaktif. Siapa tahu, selepas berbuat demikian, dapat

memupuk sikap berani tampil ke hadapan untuk mula bersuara dalam bilik darjah nanti.

Aji (2020) dalam kajian beliau memperlihatkan fitur-fitur yang ditawarkan di dalam

aplikasi Tik Tok sangat efektif sebagai media pembelajaran subjek kesusasteraan seperti baca

puisi. Beliau mendapati bahawa guru ‘memanfaatkan aplikasi Tik Tok sebagai media presentasi

5
praktik membaca puisi oleh peserta didik,’ (2020:155). Guru memberi tugasan kepada pelajar

untuk membacakan puisi dengan teknik yang betul menggunakan aplikasi Tik Tok iaitu dengan

membuat video. Pelajar akan merakam suara mereka dan menyelitkan elemen bunyi atau muzik

sebagai latar lalu dihantar pada aplikasi tersebut. Kemudian guru dan pelajar yang lain akan

sama-sama menilai hasil kerja masing-masing dan disinilah berlakunya interaksi sesama pelajar

mengenali teknik bacaan puisi yang betul. Selain baca puisi, teknik membaca naskah drama juga

turut digunakan oleh guru melalui aplikasi Tik Tok. Dalam kajian Aji (2020) menunjukkan

bagaimana pelajar diminta menyiapkan sebuah rakaman berisi dialog kemudian memasukkan

fitur media lagu atau muzik sebagai latar. Pelajar dikehendaki menggunakan ekspresi yang betul

dan menghayati sesuai dengan dialog yang diucapkan. Selain itu, pelajar juga diberi pilihan

untuk memanfaatkan fitur duet atau kolaborasi untuk berdialog seolah-olah satu lakonan pendek.

Penilaian bersama akan dilakukan setelah semua tugasan dimuat turun di dalam aplikasi tersebut.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Aji (2020:156) tentang keberkesanan aplikasi Tik Tok

dalam pengajaran bahasa dan sastera, beliau menyimpulkan bahawa ‘Aplikasi Tik Tok bersama

dengan pengunaan metode dan teknik yang tepat, dapat dimanfaatkan sebagai media

pembelajaran interaktif pada pembelajaran dan pengajaran.’

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran subjek Kesusasteraan Melayu di Negara

Brunei Darussalam, guru juga boleh menggunakan aplikasi Tik Tok untuk menghasilkan video

pendek mengenai isi pelajaran tertentu yang boleh ditonton oleh pelajar. Ini boleh saja

menerangkan maksud sajak, sinopsis, peristiwa-peristiwa penting dalam cerpen, novel atau

hikayat. Ini sangat bagus untuk menerangkan konsep pelajaran. Ia bukan sahaja bermaksud

video pendek dan tepat sasaran, tetapi video yang boleh ditonton beberapa kali supaya pelajar

boleh menyemak semula sebagai panduan semasa menjalankan kerja sekolah pada bila-bila

6
masa. Dengan menggunakan Tik Tok di dalam bilik darjah, pelajar boleh menikmati aplikasi

sambil belajar. Guru memperkenalkan topik yang berbeza setiap hari dan kemudian meminta

pelajar menghasilkan video yang boleh dijadikan bahan perbincangan. Buku teks Kesusasteraan

Melayu sarat dengan nilai-nilai moral, persoalan, pengajaran dan juga mesej yang boleh saja

menjadi topik perbincangan pelajar. Pelajar boleh mencipta klip video 15 saat hingga 60 saat

untuk membincangkan dan meringkaskan tema atau perkara penting yang dipelajari tentang

sesuatu topik dengan mudah. Kelebihan pembelajaran menggunakan aplikasi Tik Tok ini adalah

pelajar boleh mengakses bahan pembelajaran dari peranti mereka dan belajar bila-bila masa dan

di mana-mana saja.

Berdasarkan dari hasil eksplorasi yang diperolehi oleh Asdiniah dan Lestari (2021)

mendapati penggunaan aplikasi Tik Tok di kalangan pelajar mampu meningkatkan prestasi

pelajar. Penelitian menunjukkan adanya pengaruh yang signifikan pada pelajar apabila

menggunakan Tik Tok sebagai media pembelajaran dan mempengaruhi pencapaian pembelajaran

mereka kerana sering memanfaatkan aplikasi ini ke arah tujuan akademik. Ini adalah satu

perubahan yang positif apabila aplikasi ini mampu membuatkan pelajar lebih tertarik untuk

belajar kerana Tik Tok menghidangkan pelbagai ruang selain untuk hiburan. Pengajaran yang

berbasis internet dan media baru ini dapat menyediakan pelajar berdaya saing kerana metodologi

pengajaran yang inovatif ini memberi manfaat kepada pelajar. Pelajar sastera boleh melihat

subjek Kesusasteraan Melayu itu dari pelbagai aspek dan sudut pandang apabila mereka mahir

menggunakan aplikasi Tik Tok. Teks Kesusasteraan Melayu di sekolah seperti novel, cerpen,

sajak dan hikayat akan mudah difahami kerana penggunaan platform Tik Tok dapat membantu

meningkatkan penghayatan kandungan yang diajar dan kemungkinan untuk mengingati apa yang

telah dipelajari. Ini membawa kepada peningkatan kemahiran belajar pelajar iaitu kemahiran

7
mencari maklumat, menganalisis, menyoal dan menyelesaikan masalah. Tambahan pula, aplikasi

Tik Tok mampu memupuk kerja berpasukan dan kemahiran lisan pelajar (Asdiniah & Lestari,

2021; Wulandari & Lestari, 2021).

Penggunaan aplikasi Tik Tok sebagai media pembelajaran yang sesuai juga dapat

meningkatkan kemahiran bertutur pelajar (Herlisya & Wiratno, 2022). Pelajar cenderung

menyukai perkara baru yang sesuai dengan kehidupan seharian mereka, contohnya,

menggunakan aplikasi media sosial. Pelaksanaan penggunaan Tik Tok sebagai media

pembelajaran terbukti mampu meningkatkan kemahiran bertutur pelajar (Herlisya & Wiratno,

2022). Dalam kajian yang dijalankan oleh Herlisya dan Wiratno (2022) mendapati pelajar lebih

mudah untuk menyerap kosa kata Bahasa Inggeris dengan lebih cepat kerana mereka belajar

melalui media yang mereka suka dan biasa gunakan. Herlisya dan Wiratno (2022) berpendapat

bahawa bertutur merupakan salah satu kemahiran yang paling sukar yang perlu dihadapi oleh

pelajar. Ini kerana kebanyakan pelajar agak malu untuk bertutur apabila mereka merasakan

mereka tidak menguasai sesuatu bahasa itu. Banyak pengkaji juga mendapati masalah

kekurangan penguasaan kosa kata dan kurang latihan turut menyukarkan kebanyakan pelajar

bertutur. Kesukaran ini boleh mengurangkan motivasi dan minat pelajar untuk terus memacu diri

mereka untuk fasih bertutur di khalayak. Oleh itu, hasil dari kajian yang mereka jalankan,

penguasaan Bahasa Inggeris pelajar menunjukkan peningkatan yang sangat baik apabila guru

menggunakan aplikasi Tik Tok dalam bilik darjah. Kajian mereka merekodkan ‘pelajar

menunjukkan maklum balas positif menggunakan Tik Tok sebagai media pembelajaran bahasa

mereka. Video kandungan Bahasa Inggeris mudah difahami dan mudah untuk menghafal

pelbagai perbendaharaan kata yang mereka temui pada video tersebut, seperti perbendaharaan

kata tentang kata kerja, kata nama, dll,’ (2022:196).

8
Dengan mengambil contoh di atas, jika kita kaitkan dengan subjek Kesusasteraan

Melayu, pembacaan sajak memerlukan pelajar petah dalam mengucapkan bunyi-bunyi artikulasi

atau kata-kata. Pelajar harus tahu cara untuk mengekspresikan, menyatakan dan menyampaikan

maksud, gagasan, fikiran dan emosi apabila mendeklamasi sajak. Ini memerlukan pelajar yang

berani untuk tampil berbicara di depan kelas. Kemahiran bertutur sangat penting dan boleh

dikembangkan dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai. Seringkali guru berdepan

dengan pelajar yang kurang yakin untuk bercakap di hadapan kelas. Seringkali juga pelajar akan

cuba untuk mengelak dari dipanggil oleh guru kerana berasa kurang yakin untuk mendeklamasi

sajak di depan rakan-rakan. Ada pelajar menghabiskan banyak masa untuk memperbaiki sebutan

mereka. Dengan fitur yang ada pada aplikasi Tik Tok, pelajar boleh memperkembangkan

kemahiran bertutur mereka dan berkongsi kreativiti mereka dengan menyisipkan elemen-elemen

bunyi, muzik, grafik dan lagu sebagai latar. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan

penyertaan pelajar. Pelajar yang agak pendiam boleh mengambil bahagian dan membentuk satu

kumpulan. Melalui video yang dipamerkan, pelajar dapat berkongsi idea sekaligus

menggalakkan pelajar untuk tampil ke depan membincangkan hasil karya mereka.

Proses pengajaran dan pembelajaran tidak hanya setakat memberikan tugas semata-mata.

Karya sastera harus dinikmati dan mampu difahami serta dihayati oleh pelajar untuk

mendapatkan kesan yang sempurna. Karya sastera yang sarat dengan nilai-nilai moral

memuatkan cerita-cerita kehidupan. Jadi, bagaimana guru menggunakan aplikasi Tik Tok dalam

menyampaikan pesan moral kepada pelajar? Satu kajian yang dijalankan oleh Isnaini dan Fauzi

(2022) mengaplikasikan Tik Tok sebagai media untuk membimbing pelajar ke arah memperbaiki

diri agar menjadi insan yang memiliki nilai-nilai murni. Aplikasi Tik Tok diisi dengan kegiatan-

kegiatan sejajar dengan nilai-nilai Islam. Contoh sifat-sifat yang dituntut dalam Islam diterapkan
9
melalui aplikasi Tik Tok. Hasil penelitian yang dilakukan oleh Isnaini dan Fauzi (2022)

memperlihatkan amalan hidup yang bersih oleh pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Tayangan

video pendek melalui aplikasi Tik Tok tentang kehidupan pelajar-pelajar asrama mendapat

sambutan dari banyak pengguna Tik Tok. Semangat kerjasama dan tolong menolong yang

ditonjolkan mengajak pengguna (atau masyarakat) agar mementingkan permuafakatan dan

musyawarah. Kehidupan tinggal di asrama di kalangan pelajar yang susah memberi kesedaran

kepada pengguna lainnya dan seperti juga karya sastera yang banyak menggambarkan pahit

maung dan rencam kehidupan manusia dan masyarakatnya. Konten yang cuba diperlihatkan

melalui tayangan video Tik Tok ini dapat dijadikan bahan ajar sastera untuk mengajak pelajar

menjadi insan yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah dan tidak lupa untuk sentiasa berterima

kasih pada Allah. Apabila terdapat unsur didaktif dan nilai-nilai sastera digarap melalui aplikasi

Tik Tok, ini secara tidak lansgung menjadi teladan kepada para pelajar. Mesej dan pengajaran

yang ingin disampaikan mudah difahami dan dihayati oleh pelajar. Pemupukan nilai-nilai Islam

sangat penting dalam pembelajaran Kesusasteraan Melayu dan generasi pelajar sekarang telah

membesar dalam persekitaran di mana teknologi adalah gaya hidup yang normal dan bahagian

penting dalam kehidupan. Generasi sekarang belajar sangat berbeza daripada zaman ibu bapa

mereka dulu.

Terdapat banyak sebab mengapa nilai-nilai Islam itu perlu diterapkan dalam pengajaran

Kesusasteraan Melayu kerana keupayaannya dalam mendidik dari pelbagai sudut. Menariknya,

aplikasi Tik Tok ini sebenarnya sudah mencapai pelbagai gaya pembelajaran secara efisien dan

efektif. Ramai juga yang menggunakan aplikasi ini dalam pembelajaran sastera kerana banyak

kemahiran yang boleh dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Selain Isnaini dan Fauzi (2022) yang

memperlihatkan bagaimana aplikasi Tik Tok mampu menyampaikan mesej dan pengajaran

10
kepada pengguna, Anis Nur Athirah Anuar dan rakan-rakan (2022) juga mengemukakan hal

yang sama. Mereka menggunakan aplikasi Tik Tok sebagai platform penyampaian dakwah

kepada remaja agar dapat memberikan kesan positif kepada kehidupan para remaja. Dapatan

kajian mereka menyimpulkan bahawa pendekatan dakwah melalui media sosial dapat memberi

impak positif terhadap diri remaja. Kajian mereka menunjukkan bahawa aplikasi Tik Tok adalah

paling tinggi penggunaannya di kalangan remaja. Mereka mendapati ilmu tentang adab

merupakan topik yang sering ditonton oleh remaja kerana kebanyakan konten yang dipamerkan

‘mengajak dan mendidik para remaja dalam mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian

mereka dengan baik,’ (2022:422). Antara kesan positif yang diperlihatkan dalam perolehan Anis

Nur Athirah Anuar dan rakan-rakan (2022) ialah dapat memberi keinsafan pada remaja. Menurut

mereka, penulisan tentang pengajaran dakwah melalui animasi-animasi dan ceramah yang

dikongsikan di media sosial memberikan impak yang kuat pada remaja. Malah, ‘nilai-nilai murni

dan akhlak mulia juga boleh disalurkan melalui penyiaran media berunsur dakwah. Oleh itu,

remaja akan terdetik untuk berubah kepada sikap atau perwatakan lebih baik setelah membaca

atau menonton video dakwah yang disampaikan,’ (ibid. hal 424). Melihat pada kelebihan fitur

yang ada pada aplikasi Tik Tok dalam menyebarkan mesej dan pengajaran dengan ‘keratan-

keratan video pendek, gambar, poster islamik, animasi, cerita pendek dan sebagainya’ (ibid. hal

423), guru boleh memanfaatkan fitur ini dalam pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan

Melayu kerana konten video Tik Tok selalunya ringkas, padat dan mudah difahami pelajar.

Jika aplikasi Tik Tok ini dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Kesusasteraan Melayu, tidak mustahil ianya dapat membentuk kesempurnaan jati

diri di kalangan pelajar. Karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan apa yang terlihat

pada sesuatu masyarakat. Konten-konten yang ada di dalam aplikasi Tik Tok boleh saja dijadikan

11
bahan ajar pada pelajar seperti menyentuh persoalan sosial, budaya, agama, sejarah dan

sebagainya bagi menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar. Selain mengajak pelajar untuk

lebih kreatif dan berfikiran kritis, penggunaan aplikasi Tik Tok boleh saja dijadikan media yang

unik untuk mencetuskan idea yang berlegar di sekitar kehidupan manusia itu sendiri. Dengan

penggunaan aplikasi Tik Tok, maka mudah bagi pelajar untuk menyeimbangkan kegiatan sosial

dengan akademik. Masa yang diluangkan akan lebih menjurus pada pendidikan. Apabila pelajar

terlibat, maka pembelajaran akan lebih berkesan. Inilah sebabnya para pendidik harus

menggunakan rangkaian aplikasi Tik Tok untuk berkongsi maklumat dan berhubung dengan

pelajar. Karya sastera diapresiasikan melalui video-video pendek mampu menarik minat pelajar

untuk meminati kesusasteraan itu sendiri. Pembelajaran sastera tidak hanya bergantung pada

buku teks sahaja malah dengan menggunakan daya kreativiti yang ada, karya-karya sastera diberi

nafas baru melalui penggunaan media sosial. Pemahaman pelajar tentang sastera juga turut

berubah apabila sastera diajar menggunakan aplikasi Tik Tok. Ini boleh meangsang minat pelajar

dan dapat melibatkan pelajar secara aktif meningkatkan daya kreativiti mereka.

Jika mata pelajaran Kesusasteraan Melayu atau apa jua genre sastera dapat disalurkan

melalui aplikasi Tik Tok, maka pembelajaran akan lebih seronok dengan menguji cara berfikir

serta mendorong pelajar untuk mengenali serta meminati sastera. Jadi dengan menggunakan

aplikasi media sosial seumpama ini, pelajar diberi peluang untuk berkarya secara kreatif

menggunakan kaedah baru iaitu melalui aplikasi Tik Tok. Aplikasi ini mengajak pelajar berfikir

dan menguji minda serta kreativiti mereka dalam berkarya. Selain itu, aplikasi ini telah mengajar

pelajar secara tidak langsung tentang banyak hal yang berkaitan tentang diri sendiri dan

masyarakat sekitarnya.

12
Secara keseluruhannya, aplikasi Tik Tok yang berasaskan internet ini merupakan

platform yang sangat popular dan digemari di kalangan generasi sekarang. Ia mempunyai

pengaruh yang sangat besar dalam menyebarkan maklumat dan menjadi saluran komunikasi

digital untuk pengguna berinteraksi. Pelbagai fungsi ditawarkan oleh aplikasi Tik Tok dan

‘kewujudan teknologi di hujung jari ini sedikit sebanyak telah membantu dalam kehidupan

terutamanya dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat [khususnya pada para pelajar],’

(Ismail dkk., 2021:534). Namun apa yang penting sebagai seorang pendidik yang memainkan

peranan penting membentuk generasi pelajar, setiap pengajaran dan pembelajaran perlulah

berlandaskan falsafah negara iaitu Melayu Islam Beraja. Penggunaan aplikasi Tik Tok ini bukan

hanya ‘membolehkan pelajar berdikari dan tidak bergantung kepada tenaga pengajar untuk

memperoleh sesuatu ilmu,’ (ibid. hal 538). Keberkesannya terbukti dalam memupuk interaksi,

meningkatkan kemahiran belajar malah menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar walau

di mana sahaja mereka berada. Apabila pelajar sudah terbiasa mengamalkan nilai-nilai murni

melalui penggunaan aplikasi Tik Tok, maka objektif sebenar pendidikan sudah pun tercapai.

Pelajar akan menggunakan aplikasi media sosial ini dengan betul dan boleh menggalakkan

pelajar untuk terus berkarya.

Rumusan

Penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menghadapi cabaran

era digital ini amatlah perlu dan harus ada pembaharuan. Pendidikan sekarang sudah berpusatkan

pada pelajar dengan kaedah koperatif yang lebih interaktif mengganti corak pembelajaran

tradisional (berpusatkan guru semata-mata). Jika kemahiran-kemahiran yang diperolehi dari

penggunaan aplikasi Tik Tok ini banyak berpihak pada kebaikan, maka kita telah pun mengajar

pelajar-pelajar celik IT di abad ini. Kita akan melahirkan generasi inovatif dalam menangani

13
masalah dengan menanai budaya kerjasama yang sihat. Dengan melihat beberapa contoh dari

negara luar dan bagaimana keberkesanan penggunaan media sosial iaitu aplikasi Tik Tok sebagai

media pembelajaran, tidak salah jika guru sebagai pendidik dapat mengaplikasikannya dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuannya adalah bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi

pelajar tanpa meninggalkan nilai-nilai baik dalam diri pelajar. Kalau aplikasi ini digunakan

dengan betul maka pembelajaran sudah pasti berpihak pada kebaikan. Seperti mana yang

diungkapkan oleh Anis Nur Athirah Anuar dkk. (2022:422) iaitu ‘apabila mereka [pelajar]

menggunakan media sosial dengan cara yang betul dan bijak, maka ia akan memberi impak yang

positif pada diri dan rohani mereka sendiri dan begitulah sebaliknya.’

14
RUJUKAN

Aji, Wisnu Nugroho. “Aplikasi Tik Tok Sebagai Media Pembelajaran Keterampilan Bersastra.”
Jurnal Metafora 6, no. 2 (2020).

Anuar, Anis Nur Athirah, Raudhatul Jannah Azhar, Nurdamia Khalida Kasim, dan Madya Dr
Syed Najihuddin Syed Hassan. “Media Sosial Sebagai Platform Penyampaian Dakwah:
Implikasinya Terhadap Remaja.” Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan
Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022). Diakses dari
http://conference.kuis.edu.my/pasak/images/pasak7/eprosiding2022/PASAK7_046_ANI
S.pdf

Asdiniah, Euis Nur Amanah, dan Triana Lestari. 2021. “Pengaruh Media Sosial Tiktok Terhadap
Perkembangan Prestasi Belajar Anak Sekolah Dasar”. Jurnal Pendidikan Tambusai 5
(1):1675-82. https://www.jptam.org/index.php/jptam/article/view/1156.

Chuah, Kee Man. “Aplikasi media sosial dalam pembelajaran Bahasa Inggeris: Persepsi pelajar
universiti.” Issues in Language Studies 2, no. 1 (2013).

Herlisya, Destia, dan Purna Wiratno. 2022. “Having Good Speaking English through Tik Tok
Application”. Journal Corner of Education, Linguistics, and Literature 1 (3):191-98.
https://doi.org/10.54012/jcell.v1i3.35.

Hutamy, E. T., Andi Naila Quin Azisah Alisyahbana, Nur Arisah, dan Muhammad Hasan.
“Efektivitas Pemanfaatan Tik Tok Sebagai Media Pembelajaran Dalam Meningkatkan
Hasil Belajar Peserta Didik.” Jurnal Pendidikan Dompet Dhuafa, 11(2021):21-26.
Diakses dari http://jurnal.pendidikandd.org/index.php/JPD/article/view/242

Isnaini, Muhammad, dan Ahmad Fauzi. “Islamic Boarding School Marketing Communication
and Da'wah Through Tik-Tok.” Dakwatuna: Jurnal Dakwah dan Komunikasi Islam 8,
no. 2 (2022): 180-192.

Kurniawan, Bayu, dan Agus Purnomo. “Penggunaan aplikasi google classroom sebagai upaya
peningkatan pembelajaran online bagi guru matapelajaran IPS.” International Journal of
Community Service Learning 4, no. 1 (2020): 1-9.

15
Nurdiansyah, Muhamad Farhan, dan Triana Lestari. 2021. “Persepsi dan Sikap Anak Tentang
Media Sosial Dalam Pemanfaatannya Untuk Belajar”. Jurnal Pendidikan Tambusai 5
(1):1551-54. https://www.jptam.org/index.php/jptam/article/view/1139.

Pratiwi, Anggi E., Naura N. Ufairah, dan Riska S. Sopiah. “Utilizing TikTok application as
media for learning English pronunciation.” dlm. International Conference on Education
of Suryakancana (IConnects Proceedings). 2021.

Salamah, Wiladatus. “Deskripsi Penggunaan Aplikasi Google Classroom dalam Proses


Pembelajaran.” Jurnal Penelitian Dan Pengembangan Pendidikan 4, no. 3 (2020): 533-
538.

Wulandari, Dwi, dan Triana Lestari. 2021. “Pengaruh Gadget Terhadap Perkembangan Emosi
Anak.” Jurnal Pendidikan Tambusai 5 (1):1689-95.
https://www.jptam.org/index.php/jptam/article/view/1162.

Yang, Shuai, Yuzhen Zhao, dan Yifang Ma. “Analysis of the reasons and development of short
video application-Taking Tik Tok as an example.” dlm. Proceedings of the 2019 9th
International Conference on Information and Social Science (ICISS 2019), Manila,
Philippines (2019):12-14.

Yélamos-Guerra, María Salomé, María García-Gámez, dan Antonio Jesús Moreno-Ortiz. “The
use of Tik Tok in higher education as a motivating source for students.” Porta
Linguarum Revista Interuniversitaria de Didáctica de las Lenguas Extranjeras 38
(2022): 83-98.

16

Anda mungkin juga menyukai