Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGUAN

NAMA: NUR FATIN NABILA BINTI MAT HASSAN

MINGGU PRAKTIKAL: MINGGU PERTAMA (1)

TARIKH: 14 MAC 2024

PENSYARAH PENYELIA: CIK FATIN NAJIHAH BINTI AMRAN

PERISTIWA SEPANJANG MINGGU:

Pada 14 mac yang lalu, saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp)
bersama murid iaitu menulis nama saya. Namun saya menghadapi kesukaran untuk memulakan
sesi pdp kerana saya belum mengenali watak dan tingkah laku murid yang saya ajar. Seperti
sedia maklum, setiap murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Hal ini menjadi satu cabaran
buat saya untuk berinteraksi dengan murid dengan lebih berkesan.

MASALAH ATAU KEKANGAN:

Masalah ini timbul kerana murid-murid mudah meniru daripada orang sekeliling mereka.
Hal ini akan menyebabkan kesukaran saya untuk berinterksi dengan murid-murid. Murid-murid
biasanya “belajar” perkataan yang tidak elok dari sekeliling seperti mencarut, menyumpah atau
kata-kata yang negatif. Bila sebut sekeliling bukan sahaja daripada orang dewasa, ia juga
termasuk dari rakan sebaya, TV dan internet,atau yang sudah pandai baca sikit boleh jadi dari
tulisan.

PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN:

Dalam kelas selama seminggu saya praktikal, saya menggunakan bahasa yang positif
semasa berkomunikasi dengan murid-murid supaya murid-murid tidak menggunakan perkataan
yang negatif dan memberi teguran dengan perkataan yang membina kepada murid-murid untuk
masa depan mereka. Hal ini berlaku kerana murid-murid selalu mendengar perbualan orang
dewasa @ orang sekeliling mereka. murid -murid mudah meniru perkataan yang mereka dengar
hari-hari.
PANDANGAN DAN CADANGAN:

1. Berbual secara positif dengan anak-anak

Cara kita berkomunikasi boleh kualiti hubungan anda dengan anak-anak. Jika dilakukan
dengan betul ia boleh membawa kepada hubungan yang positif. bagaimanapun , komunikasi
dengan yang kurang baik boleh menjejaskan hubungan dengan anak-anak. Kerana ia tidak
berkempampuan menyebabkan rasa serba kekurangan dan menjejaskan prestasi masa depan. Satu
konsep penting yang perlu kita ingat adalah untuk bercakap dengan anak bukan bercakap
padanya. Apabila kita bercakap dengan anak-anak, anak-anak akan menjadi penyumbang sangat
sedikit kepada berbualan itu. Seperti orang dewasa, anak-anak harus diperakui dan diperkasa.
Apabila ia dapat menyumbang kepada sesuatu perbualan, dia akan rasa berguna dan diperkasa
kerana dibenarkan untuk membuat pilihan.

2. Menetapkan masa untuk bercakap

Semasa kita membawanya keluar, semasa menghantar ke sekolah, atau semasa


menyediakan hidangan bersama-sama. Tanamkan sifat ingin tahu, tunjukkan minat kita,
tumpukan perhatian kepada apa yang murid katakan dan bersedia untuk berbual terutamanya jika
murid ingin meluahkan perasaan.

3. Perhatikan bahasa badan

Berhati-hati untuk tidak menggunakan bahasa badan yang bertentangan semasa bercakap
dengannya untuk mengelakkan kekeliruan. Bahasa badannya juga memberikan petunjuk tentang
apa yang murid fikirkan, maka perhatikan bahasa badan semasa berbual. Akui apa yang mungkin
murid rasakan dan bertanya jika kita tidak pasti.

Anda mungkin juga menyukai